..E/Pekeliling//Surat Edaran – SPP 5/2009
Ruj Kami : ( 98 ) PPS 10/4/2 BUB JLD.4 Semua Pengarah Bahagian Tarikh : 13 Mac 2009
Semua Pengarah JPS Negeri Semua Jurutera Projek
Semua JUB Negeri / Unit Kontrak
Y. Bhg. Dato’ / Tuan / Puan SURAT EDARAN
SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 5 TAHUN 2009 – PERUBAHAN HAD NILAI DAN TATACARA PENGURUSAN PEROLEHAN SECARA SEBUT HARGA.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan Kementerian Kewangan Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Perberbendaharaan (SPP) mengenai Perubahan Had Nilai Dan Tatacara Pengurusan Perolehan Secara Sebut Harga dalam SPP Bil. 5 Tahun 2009 bertarikh 24 Februari 2009.
3. Berikut adalah ringkasan mengenai SPP Bil. 5 Tahun 2009 tersebut.
3.1 Secara umumnya SPP Bil. 5/2009 ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua Kementerian, Jabatan dan Badan Berkanun (Agensi) mengenai perubahan had nilai dan tatacara pengurusan perolehan secara sebut harga bagi bekalan, perkhidmatan dan kerja.
3.2 SPP ini telah menetapkan bahawa had nilai perolehan secara sebut harga dinaikkan daripada RM200,000 kepada RM500,000 bagi kedua-dua perolehan secara bekalan dan perkhidmatan serta perolehan kerja.
3.3 SPP ini juga menerangkan tatacara pengurusan perolehan kerajaan secara sebut harga seperti yang dinyatakan pada Lampiran 1, SPP Bil 5/2009.
3.4 Sebut harga hendaklah dipelawa tertakluk kepada nilai seperti berikut:- 3.4.1 Perolehan Bekalan/Perkhidmatan
i) Perolehan bernilai melebihi RM50,000 hingga RM100,000, hendaklah dipelawa di kalangan sekurang-kurangnya lima (5) pembuat/pembekal tempatan bertaraf Bumiputera dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang yang berkaitan.
..E/Pekeliling//Surat Edaran – SPP 5/2009
ii) Perolehan bernilai melebihi RM100,000 hingga RM500,000 hendaklah dipelawa di kalangan sekurang-kurangnya lima (5) pembuat/pembekal tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang berkaitan dan terbuka kepada pembuat/pembekal bertaraf Bumiputera dan Bumiputera. Syarikat pembuat/pembekal bertaraf Bumiputera hendaklah diberi keutamaan harga bedasarkan SPP yang berkuat kuasa.
3.4.2 Perolehan Kerja
i) Perolehan kerja-kerja kecil yang tidak mengubah struktur asal dan tidak mempunyai Jadual Kadar Kejuruteraan Awam bernilai melebihi RM20,000 hingga RM200,000 hendaklah dipelawa di kalangan sekurang-kurangnya lima (5) kontraktor tempatan Kelas F yang berdaftar dengan PKK di bawah kepala dan sub-kepala berkaitan dan LPIPM/CIDB dalam gred dan kategori yang berkenaan.
ii) Perolehan bernilai melebihi RM200,000 hingga RM500,000 hendaklah dipelawa di kalangan sekurang-kurangnya lima (5) kontraktor Kelas E yang berdaftar dengan PKK di bawah kepala dan sub-kepala berkaitan dan LPIPM/CIDB dalam gred dan kategori yang berkenaan.
iii) Perolehan kerja elektrik bernilai melebihi RM50,000 hingga RM500,000 hendaklah dipelawa di kalangan sekurang-kurangnya lima (5) kontraktor elektrik tempatan yang berdaftar dengan PKK di bawah kepala dan sub-kepala berkaitan dan LPIPM/CIDB dalam gred dan kategori yang berkenaan.
iv) Perlaksanaan perolehan kerja secara pakej merangkumi kerja utama dan kerja yang lazimnya dipelawa secara Wang Kos Prima seperti kerja-kerja elektrik dan mekanikal adalah dibenarkan dengan syarat subkontraktor yang dilantik adalah berdaftar dengan PKK di bawah kepala dan sub- kepala berkaitan dan LPIPM/CIDB dalam gred dan kategori yang berkenaan.
3.5 Penentuan kaedah perolehan secara sebut harga ini hendaklah mengambilkira nilai perolehan tahunan atau nilai kontrak dan dilarang memecah kecilkan perolehan bekalan, perkhidmatan atau kerja bagi megelakkan pelawaan sebut harga/tender.
3.6 SPP ini berkuatkuasa pada tarikh ianya ditandatangani iaitu pada 24 Februari 2009 dan hendaklah dibaca bersekali dengan Arahan Perbendaharaan (AP) dan Pekeliling lain yang berkaitan seperti di Lampiran 2, SPP Bil. 5/2009.
..E/Pekeliling//Surat Edaran – SPP 5/2009
4. Kerjasama Y.Bhg. Dato’ /Tuan / Puan untuk mematuhi pekeliling tersebut amatlah diharapkan dan SPP tersebut boleh dimuat turun dari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di alamat berikut http://www2.treasury.gov.my/pekeliling/spp/spp052009.pdf.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.”
Saya yang menurut perintah,
………...
( Sr. Md. Fauzi Bin Md. Rejab )
Pengarah Bahagian Ukur Bahan dan Kontrak b.p. Ketua Pengarah
Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia
s.k. - Ketua Pengarah JPS Malaysia
- Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) - Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) - Juruukur Bahan BUBK