• Tidak ada hasil yang ditemukan

Garis Panduan Permohonan Dana Inovasi UKM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Garis Panduan Permohonan Dana Inovasi UKM"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

UKM-PIK-GP01 Pindaan : 01 Tarikh Kuatkuasa: 1/1/2013 Garis Panduan Permohonan Dana Inovasi UKM

PUSAT INOVASI KOLABORATIF

(PIK)

Versi 2: 19/11/12

Garis Panduan Permohonan

Dana Inovasi UKM

(2)

2 / 6

GARIS PANDUAN GERAN INOVASI UNIVERSITI PENYELIDIKAN

I. LATAR BELAKANG

1. Dana ini akan membantu penyelidik mengenalpasti kehendak pasaran dan mengurangkan risiko pelabur dalam membiayai projek/teknologi berisiko tinggi ke arah pengkomersilan. Ia akan digunakan bagi melonjakkan sesuatu teknologi atau perkhidmatan yang tertentu ke arah pengkomersilan.

2. Dana ini tidak boleh dianggap sebagai pelaburan atau ekuiti kepada penyelidik, yang membenarkan exit opportunity, dan ia tidak boleh digunakan untuk membayar bridging finance yang telah diterima dari sumber lain.

3. Dana ini diberikan kepada para penyelidik untuk membangunkan α-prototaip dan memajukan hasil penyelidikan ke arah prakomersilan, supaya ia dapat bergerak dengan lebih dinamik, bagi menarik rakan kongsi dan/atau pelabur.

4. Seed funding yang diberikan melalui Dana Inovasi hanya akan diberikan setelah penyelidik dapat membuktikan Proof of Concept (PoC) telah dicapai oleh suatu projek seperti berikut:

i. P

Proof of Concept (PoC) telah dibangunkan, dan mempunyai rancangan perniagaan yang baik (bankable business plan) tetapi tiada prototaip.

eringkat Akhir R&D

ii. Pembangunan α-prototaip atau demonstrasi komersil.

iii. Hasil penyelidikan strategik dalam memajukan teknologi yang dibangunkan di UKM atau mempunyai potensi pasaran yang menggalakkan.

II. DEFINISI

Dana untuk membangunkan α-prototaip dan memajukan hasil penyelidikan ke arah pra-pengkomersilan.

III. TUJUAN

1. Tujuan dana ini diwujudkan adalah untuk menampung jurang pembiayaan (funding gap) dalam pembangunan suatu inovasi/ teknologi dari tahap proof-of- concept (PoC) kepada suatu tahap di mana ia boleh menjadi suatu produk atau perkhidmatan yang boleh menarik minat industri atau pelabur. Ia berfungsi untuk memberi bantuan kepada projek berasaskan teknologi dan/atau perkhidmatan, untuk membuka peluang penubuhan syarikat terbitan universiti (STU)

2. Perkara yang boleh dibiayai oleh dana ini termasuk:

a. Pembangunan daripada model skala-makmal kepada prototaip- α.

b. Menaik taraf prototip- α kepada prototip komersil bagi ujian/kehendak pasaran.

c. Membangun bahan/produk untuk pasaran bersama rakan kongsi.

d. Aktiviti yang boleh menggalakkan kerjasama yang lebih erat dengan pelanggan dari segi pembiayaan dan pembangunan.

(3)

3 / 6 IV. KRITERIA PEMILIHAN DAN KELAYAKAN

Kriteria pemilihan projek pra-STU adalah:

1. Inovasi sains/teknologi

o Mempunyai ”Proof of Concept (PoC)” untuk menunjukkan bahawa penyelidikan teknologi yang dibangunkan adalah terbukti;

o “novelty” projek tersebut berbanding dengan projek yang serupa dalam bidang berkenaan.

o Produk atau perkhidmatan yang menawarkan potensi kompetetif yang jelas.

2. Harta intelek

o Mempunyai asas teknologi dan IP yang kukuh.

o Kedudukan IP projek/produk, berbanding dengan harta intelek yang sedia ada (prior art).

3. Kekuatan kumpulan :

o Anggota kumpulan yang memainkan peranan aktif dalam projek tersebut.

o Peneraju utama dalam bidang teknologi/perniagaan/keusahawanan.

4. Peluang perniagaan :

o Projek yang mempunyai potensi untuk dikomersilkan.

o Mempunyai prospek pertumbuhan yang jelas.

5. Projek yang telah mendapat pembiayaan dari agensi luar atau rakan kongsi yang menunjukkan kemampuan untuk bekerjasama dalam pembangunan produk dan pembiayaan.

6. Keutamaan diberikan kepada para penyelidik yang telah mempunyai rakan kongsi yang diperakukan oleh Panel Penilai.

V. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN Syarat-syarat permohonan adalah:

i. Hasil penyelidikan dan inovasi yang telah mempunyai IP (paten, pembaharuan utiliti, hak cipta, cap dagangan, rahsia dagangan, reka bentuk industri, Varieti Tumbuhan Baru dan Know-How) yang berdaftar di UKM.

ii. Terbuka kepada semua kakitangan akademik, dan kakitangan bukan akademik VI. JANGKA MASA PROJEK

Tempoh pembiayaan adalah selama 12 bulan (maksimum). Walau bagaimanapun tempoh ini boleh diubahsuai mengikut merit dan dipersetujui oleh Panel Penilai.

VII. SKOP PEMBIAYAAN

i. Jumlah pembiayaan adalah RM 100, 000 (maksimum)

ii. Skop pembiayaan adalah mengikut skop yang sedia diguna pakai oleh pihak Universiti. Pembiayaan yang dipohon mestilah bersesuaian dengan aktiviti yang dirancang dan disertakan dengan justifikasi yang munasabah. Panel Penilai berhak menentukan jumlah sebenar yang akan diluluskan;

(4)

4 / 6

iii. Pembiayaan yang tidak dibenarkan adalah:

1. Pembantu penyelidik (RA) / Pembantu penyelidik siswazah (GRA) 2. Pameran / Persidangan / Penerbitan

3. Perjalanan ke luar negara (kecuali mendapat kelulusan J/K Teknikal Dana Inovasi

4. Alat-alat elektronik yang tidak berkaitan dengan projek 5. Bil telefon

6. Bahan rujukan

iv. Pembayaran peruntukan Dana Inovasi ini adalah berdasarkan kepada pencapaian milestone.

VIII. PROSEDUR PERMOHONAN & PENILAIAN

1. Penyelidik yang ingin memohon digalakkan untuk mendapat khidmat rundingan dengan pegawai di Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK) untuk sesi perbincangan awal bagi menjelaskan:

i. Penerangan yang ringkas dan jelas tentang teknologi, novelty dan status pembangunan semasa.

ii. Maklumat IP dan pemilikan IP yang jelas.

iii. Memperkenalkan ahli dalam kumpulan dan kepakaran yang ada, serta komitmen yang jelas dari setiap ahli dari segi masa dan sweat equity (disertakan CV).

iv. Pengakuan atau perjanjian dengan rakan kongsi yang melibatkan pembiayaan atau ekuiti.

2. Penyelidik juga perlu berhubung dengan UKM Technology Sdn. Bhd. untuk mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat mengenai:

i. Peluang dan potensi komersilan, pembangunan yang ingin dicapai (gap analysis);

ii. Ringkasan analisis pasaran, termasuk persaingan dan strategi pemasaran;

iii. Perbelanjaan projek yang ingin di pohon; dan

iv. Ringkasan financial projection, termasuk perbelanjaan utama dan pendapatan untuk jangka masa 5 tahun.

3. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang disediakan.

4. Permohonan perlu dikemukakan kepada pejabat PIK mengikut tarikh tutup yang ditetapkan.

5. Proses penilaian akan dijalankan sepanjang tahun. Walau bagaimana pun, permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 30 November setiap tahun.

(5)

5 / 6

6. Ketua projek perlu akan di jemput untuk membuat pembentangan permohonan kepada J/K Penilai.

7. 15 minit diberikan kepada ketua projek untuk pembentangan dan 30 minit sesi soal jawab.

8 . Ketua projek di minta untuk membentangkan perkara-perkara berikut:

i) Laboratory Prove of Concept (PoC)

- Maklumat teknikal, data-data yang berkaitan dengan projek dan yang berkaian.

ii) Penerangan Prototaip / Produk dan Perlindungan Harta Intelek;

iii) Potensi Pasaran;

iv) Belanjawan Projek; dan

v) Penanda aras (milestone) dan Pencapaian (deliverable).

7. Semua permohonan akan dinilai oleh Jawatan kuasa Penilaian yang terdiri daripada:

TNC HEPI/Pengarah PIK (Pengerusi) Wakil PIK

Wakil fakulti/Nic Penyelidikan

Ketua Pegawai Eksekutif UKMTech Sdn. Bhd.

Penilai Bebas 1 (Industri/Pelabur/VC) Penilai Bebas 2 (Industri/Pelabur/VC) IX. TARIKH MULA PROJEK

1. Semua projek akan bermula setelah mendapat Surat Pengakuan Penerimaan Dana Inovasi dan akan dibantu oleh pihak UKMTech yang akan bertindak sebagai Project Management Team (PMT)

2. Ketua projek diwajibkan untuk menandatangani surat Pengakuan Penerimaan tersebut dan mengembalikan semula kepada Urus Setia Dana Inovasi.

X. PERANAN UKM TECHNOLOGY SDN. BHD. SEBAGAI PMT

1. Menyelia dan menilai projek-projek yang dijalankan oleh penyelidik dari segi teknikal dan kewangan;

2. Memberikan bimbingan dan bantuan kepada para penyelidik dalam menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan projek yang dicadangkan;

3. Memastikan projek-projek yang dijalankan selaras dengan terma dan syarat- syarat dan pencapaian seperti yang digariskan dalam perjanjian antara PIK dan Penyelidik;

4. Menilai prestasi kemajuan projek-projek yang dijalankan serta untuk membuat bayaran bagi perbelanjaan yang ditanggung dalam melaksanakan projek.

5. Mengesyorkan sebarang perubahan dalam projek seperti ahli kumpulan projek, skop dan metodologi projek, pencapaian atau perkara lain yang berkaitan dengan projek apabila perlu;

6. Mencadangkan penambahbaikan terhadap prosedur dan garis panduan yang sedia ada berdasarkan kepada penemuan daripada penilaian yang dilakukan.

(6)

6 / 6 XI. PEMANTAUAN PRESTASI PROJEK

1. Ketua projek dikehendaki menghantar Laporan Kemajuan projek seperti berikut:

a. Laporan bulanan kepada pengurus projek; dan

b. Laporan mid-term kemajuan projek kepada Urusetia Dana Inovasi, PIK mengikut format yang disediakan.

2. Prestasi penerima dana ini akan dipantau oleh Panel Penilai dan/atau UKMTech Sdn Bhd menurut jejak kunci yang telah dipersetujui.

3. Sebarang ubah-suaian pada jejak kunci dari segi masa, matlamat yang ingin dicapai dan belanjawan projek perlu mendapat persetujuan Panel Penilai.

4. Dalam kes tertentu, Panel Penilai boleh menerima permohonan atau mencadangkan tambahan dana berdasarkan merit.

XII. LAPORAN AKHIR PROJEK

1. Laporan akhir projek perlu dikemukakan kepada Urusetia Dana Inovasi, PIK selewat-lewatnya satu (1) bulan selepas tarikh tamat projek mengikut format yang disediakan; dan

2. Ketua projek akan di minta untuk membentangkan Laporan Akhir kepada Jawatan Kuasa Teknikal Dana Inovasi UKM.

Referensi

Dokumen terkait