1 Garis Panduan Geran Inovasi Universiti Penyelidikan
I. LATAR BELAKANG
1. Dana ini akan membantu penyelidik mengenalpasti kehendak pasaran dan mengurangkan risiko pelabur dalam membiayai projek/teknologi berisiko tinggi ke arah pengkomersilan. Ia akan digunakan bagi melonjakkan sesuatu teknologi atau perkhidmatan yang tertentu ke arah pengkomersilan.
2. Dana ini tidak boleh dianggap sebagai pelaburan atau ekuiti kepada penyelidik, yang membenarkan exit opportunity, dan ia tidak boleh digunakan untuk membayar bridging finance yang telah diterima dari sumber lain.
3. Dana ini diberikan kepada para penyelidik untuk membangunkan α-Prototaip dan memajukan hasil penyelidikan ke arah prakomersilan, supaya ia dapat bergerak dengan lebih dinamik, bagi menarik rakan kongsi dan/atau pelabur.
4. Seed funding yang diberikan melalui Dana Inovasi hanya akan diberikan setelah penyelidik dapat membuktikan Proof of Concept (PoC) telah dicapai oleh suatu projek seperti berikut:
i. Peringkat Akhir R&D
Proof of Concept (PoC) telah dibangunkan, dan mempunyai rancangan perniagaan yang baik (bankable business plan) tetapi tiada prototaip.
ii. Pembangunan α-Prototaip atau demonstrasi komersil.
iii. Hasil penyelidikan strategik dalam memajukan teknologi yang dibangunkan di UKM atau mempunyai potensi pasaran yang menggalakkan.
II. DEFINISI
Dana untuk membangunkan α-Prototaip dan memajukan hasil penyelidikan ke arah prakomersilan.
III. TUJUAN
1. Tujuan dana ini diwujudkan adalah untuk menampung jurang pembiayaan (funding gap) dalam pembangunan suatu inovasi/ teknologi dari tahap proof-of- concept (PoC) kepada suatu tahap di mana ia boleh menjadi suatu produk atau perkhidmatan yang boleh menarik minat industri atau pelabur. Ia berfungsi untuk memberi bantuan kepada projek berasaskan teknologi dan/atau perkhidmatan, untuk membuka peluang penubuhan syarikat terbitan universiti (STU)
2. Perkara yang boleh dibiayai oleh dana ini termasuk:
a. Pembangunan daripada model skala-makmal kepada prototaip- α.
b. Menaik taraf prototip- α kepada prototip komersil bagi ujian/kehendak pasaran.
c. Membangun bahan/produk untuk pasaran bersama rakan kongsi.
d. Aktiviti yang boleh menggalakkan kerjasama yang lebih erat dengan pelanggan dari segi pembiayaan dan pembangunan.
e. Melantik pengurus berpengalaman untuk menjadi ahli dalam kumpulan projek.
2 IV. KRITERIA PEMILIHAN DAN KELAYAKAN
Kriteria pemilihan projek pra-STU adalah:
1. Inovasi sains/teknologi
o “novelty” projek tersebut berbanding dengan projek yang serupa dalam bidang berkenaan.
o Produk atau perkhidmatan yang menawarkan potensi kompetetif yang jelas.
2. Harta intelek
o Mempunyai asas teknologi dan IP yang kukuh.
o Kedudukan IP projek/produk, berbanding dengan harta intelek yang sedia ada (prior art).
3. Kekuatan kumpulan :
o Anggota kumpulan yang memainkan peranan aktif dalam projek tersebut.
o Peneraju utama dalam bidang teknologi/perniagaan/keusahawanan.
4. Peluang perniagaan :
o Projek yang mempunyai potensi untuk dikomersilkan.
o Mempunyai prospek pertumbuhan yang jelas.
5. Projek yang telah mendapat pembiayaan dari agensi luar atau rakan kongsi yang menunjukkan kemampuan untuk bekerjasama dalam pembangunan produk dan pembiayaan.
6. Keutamaan diberikan kepada para penyelidik yang telah mempunyai rakan kongsi yang diperakukan oleh Panel Penilai.
V. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN Syarat-syarat permohonan adalah:
i. Hasil penyelidikan dan inovasi yang sedang dalam proses pendaftaran atau yang mempunyai IP yang berdaftar di UKM.
ii. Terbuka kepada semua kakitangan akademik, kakitangan bukan akademik dan pelajar UKM.
VI. JANGKA MASA PROJEK
Tempoh pembiayaan adalah selama 2 tahun (maksimum). Walau bagaimanapun tempoh ini boleh diubahsuai mengikut merit dan dipersetujui oleh Panel Penilai.
VII. SKOP PEMBIAYAAN
Skop pembiayaan adalah mengikut skop yang sedia diguna pakai oleh pihak Universiti. Pembiayaan yang dipohon mestilah bersesuaian dengan aktiviti yang dirancang dan disertakan dengan justifikasi yang munasabah. Panel Penilai berhak menentukan jumlah sebenar yang akan diluluskan.
3 VIII. PROSEDUR PERMOHONAN & PENILAIAN
1. Penyelidik yang ingin memohon digalakkan untuk mendapat khidmat rundingan dengan pegawai di Pusat Inovasi Kolaboratif untuk sesi perbincangan awal bagi menjelaskan:
i. Peluang dan potensi komersilan, pembangunan yang ingin dicapai (gap analysis).
ii. Penerangan yang ringkas dan jelas tentang teknologi dan novelty dan status pembangunan semasa.
ii. Maklumat IP dan pemilikan IP yang jelas.
iii. Ringkasan analisis pasaran, termasuk pertandingan dan strategi pemasaran.
iv. Memperkenalkan ahli dalam kumpulan dan kepakaran yang ada, serta komitmen yang jelas dari setiap ahli dari segi masa dan sweat equity (disertakan CV).
v. Ringkasan financial projection, termasuk perbelanjaan utama dan pendapatan untuk jangkamasa 5 tahun.
vi. Pengakuan atau perjanjian dengan rakan kongsi yang melibatkan pembiayaan atau ekuiti, dan, jika ada, sebab mengapa mereka tidak berminat untuk meneruskan kerjasama pembangunan produk.
2. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang disediakan.
Borang A : Permohonan untuk kategori a,b,c,d dalam Perkara III.2
Permohonan untuk kategori e dalam Perkara III.2 – pemohon diminta untuk menghantar resume.
3. Permohonan perlu dikemukakan kepada Bahagian Inovasi dan Pemindahan Teknologi, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PIK) mengikut tarikh tutup yang ditetapkan.
4. Semua permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian yang terdiri daripada:
TNC HEPI/Pengarah PIK (Pengerusi) Wakil PIK
Wakil fakulti/Nic Penyelidikan/UKMTech Sdn Bhd Penilai Bebas 1 (Industri/Pelabur/VC)
Penilai Bebas 2 (Industri/Pelabur/VC) 5. Keputusan penilaian adalah muktamad.
4 IX. TARIKH MULA PROJEK
Semua projek akan bermula selepas mendapat perakuan Panel Penilai.
X. PEMANTAUAN PRESTASI PROJEK
1. Laporan kemajuan projek akan dinilai pada setiap enam bulan.
2. Prestasi penerima dana ini akan dipantau oleh Panel Penilai dan/atau UKMTech Sdn Bhd menurut jejak kunci yang telah dipersetujui.
3. Sebarang ubah-suaian pada jejak kunci dari segi masa dan matlamat yang ingin dicapai, perlu mendapat persetujuan Panel Penilai.
4. Dalam kes tertentu, Panel Penilai boleh menerima permohonan atau mencadangkan tambahan dana berdasarkan merit.
XI. LAPORAN AKHIR PROJEK
Laporan akhir perlu dikemukakan dalam tempoh tiga bulan selepas projek tamat.