1
LAMPIRAN
GARIS PANDUAN
GERAN INOVASI PENTADBIR
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Geran Inovasi Pentadbir, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ini bertujuan untuk membangunkan potensi menerusi penerapan budaya penyelidikan dan inovasi dalam kalangan Pentadbir universiti. Ia juga memberi peluang kepada Pentadbir untuk meneroka ilmu baharu, menyebarluaskan serta mengaplikasikan penemuan baharu yang diperolehi hasil daripada projek yang dijalankan.
2.0 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
2.1 Terbuka kepada Pentadbir Gred 41 ke atas dari pelbagai gred jawatan di universiti.
2.2 Pentadbir adalah bertaraf tetap atau kontrak sahaja. Tempoh lantikan Pentadbir kontrak hendaklah selaras dengan tempoh projek yang akan dijalankan. Staf dalam status cuti belajar / sementara tidak layak memohon sebagai Ketua Projek.
2.3 Pentadbir kontrak yang ingin menjadi Ketua Projek, perlu melibatkan seorang (1) staf bertaraf tetap Gred N41 ke atas sebagai ahli projek.
2
2.4 Bilangan minimum keahlian dalam projek adalah dua (2) orang staf, tidak termasuk Ketua Projek.
2.5 Pemohon mestilah melibatkan staf akademik bergred DS45 ke atas sebagai ketua projek/ahli projek agar hasil projek turut menyumbang kepada pencapaian data Malaysia Research Assessment (MyRA®), menerusi hasil penerbitan, harta intelek dan sebagainya.
2.6 Pemohon hendaklah mengisi Borang Permohonan Geran Inovasi Pentadbir.
2.7 Setiap permohonan hendaklah disokong oleh Pusat Tanggungjawab (PTj ) dan diluluskan oleh Pejabat Pendaftar selaku pihak pembiaya, sebelum dimajukan kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) untuk pengesahan.
2.8 Bagi tujuan penilaian projek, Pejabat Pendaftar boleh menubuhkan jawatankuasa penilaian atau taskforce di mana keahliannya terdiri dari pelbagai PTJ mengikut kesesuaian.
2.9 Pemohon dikehendaki membentangkan kertas cadangan penyelidikan sekiranya diminta oleh pihak pembiaya bagi tujuan penilaian dan kelulusan.
2.10 Keutamaan akan diberikan kepada Pentadbir yang berpotensi untuk melaksanakan projek penyelidikan atau kolaborasi bersama institusi luar seperti industri, institusi pengajian dalam negara atau luar Negara.
3
2.11 Geran Inovasi Pentadbir akan dikatogerikan sebagai Geran Kontrak Universiti. Justeru itu, pengurusan dan pemantauan geran ini adalah tertakluk kepada peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan untuk semua Geran Kontrak Universiti.
2.12 Carta Alir Permohonan Geran Inovasi Pentadbir adalah seperti di Lampiran 1 Garis Panduan.
3.0 TEMPOH DAN LOKASI PROJEK
3.1 Tempoh menjalankan penyelidikan adalah selama dua belas (12) bulan.
3.2 Perlanjutan tempoh geran ini adalah tidak dibenarkan kecuali dengan justifikasi yang munasabah.
3.3 Projek dan aktiviti yang berkaitan hanya boleh dijalankan di Malaysia sahaja.
4.0 SILING PERUNTUKAN
4.1 Siling peruntukan bagi menjalankan projek di bawah geran ini adalah tidak melebihi RM5,000.00. Walau bagaimanapun, kelulusan jumlah peruntukan adalah tertakluk kepada peruntukan kewangan semasa.
4.2 Sumber peruntukan geran adalah dari Tabung Pembangunan Modal Insan di bawah Pejabat Pendaftar atau lain-lain sumber yang diluluskan universiti.
4 5.0 PETUNJUK PRESTASI PROJEK
5.1 Bagi setiap projek, perlu memenuhi petunjuk prestasi (KPI) projek seperti berikut:
i) Satu (1) modul atau bab dalam buku atau kertas jurnal/prosiding
atau;
ii) Satu (1) produk penyelidikan atau;
iii) Satu (1) laporan teknikal yang menunjukkan inovasi telah dilaksanakan
atau:
iv) Satu (1) laporan yang menunjukkan komuniti menerima manfaat dari projek yang dilaksanakan
5.2 Petunjuk prestasi projek yang berupa penerbitan modul atau bab dalam buku atau kertas jurnal/prosiding seperti di Para 5.1(i) mestilah disahkan oleh Pejabat Penerbit (mana-mana yang berkenaan) serta dimuatnaik ke dalam Sistem Maklumat Penerbitan Universiti (SMPU).
5.3 Petunjuk prestasi projek yang berupa produk penyelidikan seperti di Para 5.1(ii) mestilah didaftarkan sebagai Harta Intelek (IP) UTHM. Kos IP adalah dibiayai oleh Pusat Inovasi dan Pengkomersilan atau lain-lain sumber yang diluluskan oleh universiti.
5
5.4 Petunjuk prestasi projek yang berupa laporan teknikal seperti di Para 5.1(iii) juga hendaklah disahkan oleh Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC), UTHM.
5.5 Manakala, bagi petunjuk prestasi projek yang berupa manfaat kepada komuniti seperti di Para 5.1(iv) hendaklah disahkan oleh Pejabat Hubungan Universiti dan Masyarakat (PHUM), UTHM.
5.6 Bagi kesemua petunjuk prestasi projek seperti yang tersenarai pada Perkara 5.1 (i) – (iii), mestilah melibatkan staf akademik bergred DS45 ke atas sebagai ahli.
5.7 Petunjuk prestasi yang sama tidak boleh digunakan untuk pengiraan KPI bagi projek yang lain.
6.0 IMBUHAN PENERBITAN
6.1 Ketua Projek atau ahli geran yang berjaya menghasilkan penerbitan, boleh dipertimbangkan untuk pemberian imbuhan penerbitan.
6.2 Syarat dan kadar imbuhan adalah tertakluk kepada Garis Panduan Bayaran Imbuhan Penerbitan Yang Berindeks Dengan Perluasan Kategori dan Liputan Pengindeksan yang berkuatkuasa.
6.3 Sumber pembiayaan bagi imbuhan penerbitan ini adalah dari dana penyelidikan (sumber dalaman/UTHM) di bawah RMC atau lain-lain sumber yang diluluskan oleh universiti.
6 7.0 PERATURAN KEWANGAN
7.1 Vot 11000 - Upah dan Elaun Pembantu Penyelidik
7.1.1 Upah dan elaun untuk membiayai Pembantu Kerja Lapangan (PKL) sahaja dibenarkan. Siling upah dan elaun bagi PKL adalah tidak melebihi RM600.00 sebulan dengan minimum kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
7.1.2 Agihan semula Vot 11000 tidak dibenarkan sepanjang tempoh geran.
7.2 Vot 21000 - Perjalanan dan Pengangkutan
7.2.1 Perbelanjaan merangkumi semua perjalanan dan pengangkutan domestik (dalam Negara) yang berkaitan dengan projek.
7.2.2 Perjalanan ke luar Negara adalah tidak dibenarkan.
7.2.3 Perjalanan yang dibenarkan adalah tertakluk kepada kecukupan geran yang telah dipohon. Hanya ahli kumpulan penyelidikan sahaja yang dibenarkan bagi tujuan tersebut. Perjalanan dalam Negara yang dibenarkan ialah bertujuan untuk menghadiri persidangan/ seminar/ bengkel/ kolokium/ kerja lapangan untuk membentangkan hasil penyelidikan dan diterbitkan di dalam jurnal berindeks atau tidak berindeks.
7
7.2.4 Destinasi perjalanan tersebut mestilah merupakan tempat yang paling sesuai dan ekonomikal dari segi kemudahan, kepakaran dan pemindahan teknologi.
7.2.5 Jumlah perbelanjaan untuk perjalanan tidak boleh melebihi 30% daripada jumlah keseluruhan projek.
7.3 Vot 24000 - Sewaan
Sewaan hanya dibenarkan untuk bangunan, peralatan, pengangkutan dan barangan lain yang terlibat secara langsung dengan projek.
7.4 Vot 27000 - Bekalan dan Bahan Penyelidikan
7.4.1 Hanya perbelanjaan yang berkaitan dengan projek sahaja dibenarkan.
7.4.2 Pembelian peralatan komunikasi dan perkakasan ICT (iPAD, smartphone/telefon bimbit, komputer/komputer riba, pencetak dan alat tulis yang tidak berkaitan) adalah tidak dibenarkan.
7.5 Vot 28000 - Baik Pulih Kecil dan Ubahsuai
7.5.1 Hanya perbelanjaan untuk baik pulih dan peralatan atau lain-lain barang yang berkaitan dengan projek yang dibenarkan.
8
7.5.2 Kos penyelenggaraan peralatan sedia ada semasa projek dilaksanakan adalah dibenarkan. Selepas projek selesai kos penyelenggaraan ini tidak akan ditanggung lagi oleh geran ini.
7.6 Vot 29000 - Perkhidmatan Ikhtisas
7.6.1 Vot ini meliputi perbelanjaan yuran penerbitan dalam dan luar Negara. Selain itu, ia juga termasuk lain-lain perkhidmatan seperti percetakan, hospitaliti, honorarium, perkhidmatan profesional, konsultansi, pemprosesan data dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan projek.
7.6.2 Perbelanjaan perkhidmatan khas merangkumi kos menghadiri kursus, program sangkutan jangka pendek (sekali (1) sahaja) untuk mempelajari teknik - teknik khusus yang berkaitan dengan projek. Tempoh yang dibenarkan adalah tidak melebihi satu (1) minggu.
7.6.3 Jumlah keseluruhan perbelanjaan pula tidak melebihi 10% dari peruntukan geran.
7.7 Vot 35000 - Aksesori dan Peralatan
7.7.1 Hanya pembelian peralatan khas dan aksesori (termasuk meningkatkan keupayaan peralatan sedia ada) yang berkaitan dengan projek dibenarkan. Sila beri senarai dan justifikasi alat yang dipohon.
9
7.7.2 Jumlah yang dipohon pula tidak melebihi 40% dari peruntukan geran.
7.8 Pemilikan Aset dan Inventori
7.8.1 Aset dan inventori projek yang dibeli menggunakan peruntukan geran hendaklah dikembalikan kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) setelah tempoh projek tamat. Semua aset dan inventori akan dibarkod dan menjadi Hak Milik UTHM.
8.0 PEMILIKAN HARTA INTELEK
Sekiranya projek ini menghasilkan produk yang perlu dilindungi di bawah Harta Intelek atau Intellectual Property (IP), persetujuan bersama antara pihak-pihak yang terlibat perlu dicapai dan dinyatakan secara bertulis dalam dokumen/perjanjian.
9.0 PEMANTAUAN
9.1 Laporan Kemajuan
Laporan Kemajuan Projek:
i) Hendaklah dimajukan ke Pejabat Pendaftar dan Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), setiap tiga (3) bulan atau tempoh yang ditetapkan.
ii) Hendaklah menggunakan format Laporan Kemajuan Geran Inovasi Pentadbir.
10 9.2 Laporan Akhir
Laporan Akhir hendaklah dikemukakan ke Pejabat Pendaftar dan Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), selewat-lewatnya 3 bulan selepas tarikh tamat tempoh tamat projek.
10.0 TANGGUNGJAWAB KETUA PENYELIDIK
10.1 Ketua Penyelidik adalah bertanggungjawab dalam memastikan projek dijalankan secara efektif berdasarkan objektif, jangkamasa dan peruntukan geran yang diberikan.
10.2 Kegagalan Ketua Penyelidik mematuhi peraturan/garis panduan boleh menyebabkan pihak universiti mengenakan tindakan mengikut peraturan dan garis panduan yang berkuatkuasa setelah mengambilkira kepentingan universiti.
11
LAMPIRAN 1 GARIS PANDUAN
CARTA ALIR PERMOHONAN GERAN INOVASI PENTADBIR
TINDAKAN
Lengkapkan Borang Permohonan Geran Inovasi Pentadbir
Kemukakan Borang Permohonan Yang Telah Disokong ke Pejabat Pendaftar
Majukan Kelulusan kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) untuk
Pengesahan
RMC
Maklumkan Keputusan Permohonan ke Pejabat Pendaftar dan Pemohon
Pejabat Pendaftar Pemohon Pemohon RMC Semakan Kelulusan Tidak Disahkan Lulus Pejabat Pendaftar Mula Selesai Semakan Pengesahan Sah Tidak Lulus
Majukan Permohonan Pembukaan Vot
Projek ke Pejabat Bendahari RMC
Maklumkan kepada Pemohon/ Selesai Kembalikan ke Pejabat Pendaftar Dapatkan Sokongan Ketua PTJ Pemohon