• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hadkan jumlah pengunjung

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Hadkan jumlah pengunjung"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Provided for client's internal research purposes only. May not be further copied, distributed, sold or published in any form without the prior consent of the copyright owner.

Hadkan jumlah pengunjung

terutama semasa negara masih dilanda pandemik Covid-19.

Antara kesan sampingan yang dijangka berlaku apabila keupayaan tampungan tidak dipatuhi adalah kawasan lawatan menjadi sesak dengan pelawat, SOP di- abaikan seperti pengunjung yang tidak mengamalkan penjarakan fizikal, parkir kenderaan tidak mencukupi, persekitaran yang kotor dengan sampah-sarap dan me- nimbulkan perasaan kurang senang ke- pada pelawat dan penduduk tempatan.

Contohnya seperti yang berlaku di ka- wasan rekreasi Sungai Pisang di Gombak baru-baru ini. Kawasan itu menjadi sesak dengan pengunjung untuk aktiviti berke- lah dan mandi-manda setelah kerajaan memberi kebenaran merentas daerah.

Contoh lain di luar negara adalah ke- sesakan pengunjung di Ta m a n G u n u n g Huangshan, China pada April 2020 apabila sekatan perjalanan dilonggarkan.

Padahal tempat itu hanya mampu menerima paling ramai 20,000 pengunjung dalam sehari.

Kesesakan pengunjung juga berlaku di kawasan pe- lancongan Bournemouth, United Kingdom apabila per int ah kawalan pergerakan dilonggarkan pada Jun 2020. Turut ber- laku adalah kesesakan lalu lintas dan janaan sampah- sarap yang banyak kira-kira 33 tan.

Justeru, kita perlu celik dalam aspek keupayaan tampungan tempat lawatan dan sedar tentang tanggung jawab masing-masing terutama dalam ke- adaan negara masih berperang dengan Covid-19.

Kerajaan juga dicadangkan mengemas kini SOP sektor rekreasi dan pelancongan dalam Pelan Pemulihan Negara iaitu me- netapkan had jumlah pengunjung di se- suatu kawasan agar proses riadah dapat berlangsung dengan berhemah.

Dalam pada itu, pengendali tempat lawatan hendaklah mengambil inisiatif dengan menetapkan bilangan maksimum pelawat yang boleh diterima untuk sesuatu masa bagi menjamin kebersihan dan pe- matuhan SOP.

Pelawat juga perlu mengambil berat keupayaan tampungan sesuatu tempat lawatan selepas ini agar usaha untuk me- ngekang jangkitan Covid-19 dapat terus dilakukan.

L

ebih setahun wabak Covid-19 melanda negara Malaysia.

Dalam tempoh itu, rakyat perlu mematuhi pelbagai peraturan dan arahan kerajaan seperti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetap- kan serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Semalam, kerajaan mengumumkan kebenaran aktiviti merentas negeri apabi- la kadar vaksinasi golongan dewasa telah mencapai 90 peratus.

Berita gembira itu pasti- nya disambut baik oleh rak- yat yang telah lama tidak dapat merentas negeri untuk menjenguk keluarga di kam- pung halaman.

Ramai juga yang teruja ingin beriadah dan me- lancong di pelbagai lokasi menarik dalam negara.

Namun, apakah yang bakal berlaku kepada tempat-tempat riadah atau kawasan pelancongan apa- bila rakyat dibenarkan me- rentas negeri?

Apakah peristiwa seperti kesesakan pengunjung yang luar biasa dan longgokan sampah-sarap yang banyak akan berulang seperti yang berlaku di beberapa tempat baru-baru ini?

Sepatutnya, bagi mengelak isu yang sama berulang, aktiviti lawatan perlu di- buat secara beretika dan keupayaan se- suatu kawasan menampung jumlah pe- ngunjung perlu diberikan perhatian.

Dalam bahasa yang mudah difahami, keupayaan tampungan ialah ukuran paling banyak penggunaan sesuatu tempat tanpa merosakkan persekitarannya dan me- nimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan pengguna.

Ukuran paling banyak itu diwakili oleh suatu angka dan ia perlu dipatuhi. Sebagai contoh, jika bilangan paling ramai pelawat di sesuatu tempat riadah atau pelancongan itu adalah seramai 300 orang untuk satu tempoh masa tertentu, maka patuhilah angka tersebut.

Keupayaan tampungan tidak dipatuhi apabila bilangan pelawat melebihi angka 300 orang.

Perkara berkenaan perlu diberi per- hatian oleh semua pihak termasuklah pe- ngendali tempat lawatan atau pelancong

Sepatutnya, bagi mengelak isu yang sama berulang, aktiviti lawatan perlu dibuat secara beretika dan keupayaan sesuatu kawasan menampung jumlah pengunjung perlu diberikan perhatian.”

* Dr Muhamad Asri Abdullah Kamar ialah Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, UiTM Perak DR MUHAMAD ASRI

ABDULLAH KAMAR

PERSPEKTIF

AUTHOR: DR MUHAMAD ASRI ABDULLAH KAMAR SECTION: NASIONAL PAGE: 18

PRINTED SIZE: 428.00cm² REGION: KL MARKET: Malaysia PHOTO: Full Color ASR: MYR 9,074.00 ITEM ID: MY0045566581

Page 1 of 2

11 OCT, 2021

Hadkan jumlah pengunjung

Sinar Harian, Malaysia

(2)

Provided for client's internal research purposes only. May not be further copied, distributed, sold or published in any form without the prior consent of the copyright owner.

SUMMARIES

Lebih setahun wabak Covid-19 melanda negara Malaysia. Dalam tempoh itu, rakyat perlu mematuhi pelbagai peraturan dan arahan kerajaan seperti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Semalam, kerajaan mengumumkan kebenaran aktiviti merentas negeri apabila kadar vaksinasi golongan dewasa telah mencapai 90 peratus.Berita gembira itu pastinya disambut baik oleh rakyat yang telah lama tidak dapat merentas negeri untuk menjenguk keluarga di kampung halaman.

AUTHOR: DR MUHAMAD ASRI ABDULLAH KAMAR SECTION: NASIONAL PAGE: 18

PRINTED SIZE: 428.00cm² REGION: KL MARKET: Malaysia PHOTO: Full Color ASR: MYR 9,074.00 ITEM ID: MY0045566581

Page 2 of 2

11 OCT, 2021

Hadkan jumlah pengunjung

Sinar Harian, Malaysia

Referensi

Dokumen terkait

category of mild anxiety by 83,5 %, this is because elderly people will face a pension gain high acceptance and social support, and the elderly who will face

3 A person who carries out an activity is taken to have complied with the cultural heritage duty of care in relation to Aboriginal cultural heritage if— a the person is acting— i