• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hanya 4 tandas untuk 104 pekerja

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Hanya 4 tandas untuk 104 pekerja"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Hanya 4 tandas untuk 104 pekerja

Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi - Mac 17, 2022 @ 6:48pm [email protected]

Platform Media : https://youtu.be/EV8ee5CWMYs

KUALA LUMPUR: Hanya menyediakan empat tandas untuk kegunaan 104 pekerja. Itu antara kesalahan majikan yang dikesan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dalam operasi bersepadu di dua lokasi berasingan, di sini, hari ini.

Operasi Banteras Perangi Isu Buruh Paksa dan Pemerdagangan Orang (Ops Banteras) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu bermula seawal jam 6 pagi di Wangsa Maju serta Bandar Tun Razak.

Seramai 57 anggota menjayakan operasi berkenaan membabitkan kerjasama JTK Kuala Lumpur, Jabatan Imigresen (Imigresen), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JTKSM, Mohd Asri Abd Wahab, berkata operasi itu meliputi pemeriksaan terhadap 104 pekerja asing dalam sektor pembinaan di Wangsa Maju, dan 30 pekerja termasuk 10 warga tempatan dalam sektor peruncitan di Bandar Tun Razak.

Beliau berkata, operasi dijalankan di sebuah pasar raya di Bandar Tun Razak antara lain mendapati pekerja warga asing dipercayai tinggal di stor dengan ada yang tidur di atas kotak saja, di samping tiada kemudahan asas lain seperti lampu, katil dan almari.

"Kesalahan lain yang turut dikesan dilakukan majikan mengikut Akta Kerja 1955 ialah tidak melaporkan pengambilan pekerja asing.

"Kedua-dua premis itu juga didapati menggajikan pekerja asing dalam kapasiti ramai dan gagal menyediakan penginapan kondusif untuk didiami.

"Disebabkan majikan gagal membuat sebarang permohonan untuk mendapatkan Perakuan Penginapan, mereka melakukan kesalahan bawah Seksyen 24D Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja 1990 (Pindaan 2019) (Akta 446) kerana tiada perakuan penginapan," katanya kepada pemberita selepas Ops Banteras di Bandar Tun Razak.

(2)

Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, Ops Banteras menumpukan pematuhan beberapa akta yang dikuatkuasakan JTK dan agensi penguat kuasa lain.

"Ops Banteras diadakan serentak hari ini di seluruh Semenanjung serta Labuan membabitkan isu buruh paksa dan pemerdagangan orang.

"Dalam operasi di sini, JTK Kuala Lumpur akan membuka sekurang-kurang lima kertas siasatan bagi kedua-dua premis terbabit," katanya.

Beliau memaklumkan dari 1 Februari hingga kelmarin, sebanyak 1,285 kertas siasatan bagi penguatkuasaan Akta 446 dikeluarkan, dengan 135 daripadanya sudah didakwa membabitkan denda berjumlah RM1 juta, manakala 908 dikompaun sebanyak RM10.5 juta.

Mohd Asri menegaskan, JTK akan meneruskan usaha penguatkuasaan melalui Ops Banteras atau pemeriksaan berkanun bagi memastikan keharmonian dalam industri perburuhan, sekali gus membendung kegiatan buruh paksa serta pemerdagangan orang.

"Ini susulan liputan meluas media luar negara yang mendakwa negara kita terbabit isu buruh paksa.

"Justeru, JTK akan memastikan semua majikan akan terus mematuhi ketetapan akta tanpa sebarang kompromi, demi kepentingan bersama dan kelestarian perkembangan guna tenaga kerja negara," katanya.

Operasi hari ini turut menyaksikan JIM menahan 13 pekerja sektor pembinaan mengikut Akta Imigresen 1959/63, iaitu tiada dokumen perjalanan yang sah.

(3)

Antara keadaan di tempat penginapan pekerja asing yang dikesan dalam Ops Banteras di sekitar Kuala Lumpur, hari ini. - NSTP/AZIAH AZME

Referensi

Dokumen terkait

PRODUCTION AND INCOME IMPROVEMENT OF PADDY FARMING ON FOOD SELF SUFFICIENCY PROGRAM IN PONOROGO, EAST-JAVA, INDONESIA Dwinda Rahmadya*1, Syafrial2, Suhartini2 1Master’s Degree, Post