• Tidak ada hasil yang ditemukan

Harga minyak mentah, sawit tinggi sehingga 2022

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Harga minyak mentah, sawit tinggi sehingga 2022"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.

Empat perlima komoditi kini menyaksikan harga melebihi paras pra-pandemik - Foto fail Bloomberg

Harga minyak mentah, sawit tinggi sehingga 2022

Oleh Mahanum Abdul Aziz - Mei 18, 2021 @ 12:50pm [email protected]

KUALA LUMPUR: Sektor komoditi berkaitan minyak mentah dan sawit dijangka menunjukkan prestasi lebih kukuh tahun ini dan tahun depan berikutan pemulihan permintaan global.

Ketua Penyelidik TA Securities Holdings Bhd, Kaladher Govindan, berkata daripada minyak, logam asas hingga produk ternakan dan pertanian, harga komoditi memulakan 2021 dengan peningkatan memberangsangkan ke paras yang tidak pernah dilihat selama bertahun-tahun.

Beliau berkata, mengikut Bank Dunia, empat perlima komoditi kini menyaksikan harga melebihi paras pra- pandemik, malah dalam beberapa keadaan, ia jauh lebih tinggi.

"Harga dipacu oleh pemulihan global daripada kemelesetan tahun lalu, prospek pertumbuhan yang lebih baik dan faktor bekalan khusus komoditi untuk minyak mentah, tembaga serta beberapa komoditi makanan," katanya dalam satu nota penyelidikan.

Kaladher berkata, pihaknya bulis terhadap sektor minyak dan gas berikutan harga minyak yang kukuh dengan jangkaan aliran yang meningkat.

(2)

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.

Katanya, bagi separuh kedua 2022 hingga 2022, TA Securities percaya harga minyak kekal kukuh dengan jangkaan aliran yang meningkat.

"Kami mengekalkan unjuran harga minyak bagi 2021 pada paras AS$60 hingga AS$65 setong. Kami percaya harga minyak akan terus disokong oleh pengeluaran Amerika Syarikat (AS) yang perlahan, campur tangan aktif oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), pemulihan permintaan susulan kempen vaksin COVID-19 dan inventori yang berkurangan.

"Namun begitu, risiko penurunan terhadap unjuran harga masih wujud seperti kemungkinan kuota tidak dipatuhi oleh anggota OPEC+, ketidakpastian penggunaan vaksin seperti kekurangan bekalan, varian virus baharu, peningkatan kes COVID-19 yang lebih tinggi daripada dijangkakan di Eropah, India dan Brazil serta peningkatan pengeluaran minyak mentah Iran," katanya.

Bagi minyak sawit mentah (MSM) pula, Kaladher berkata, TA Sercurities menjangkakan permintaan bagi minyak sawit pada 2021 dan 2022 akan kukuh.

Beliau berkata, pihaknya percaya bahawa apabila pandemik COVID-19 reda, penggunaan minyak boleh dimakan akan meningkat dan akan memacu permintaan terhadap minyak sawit dan sekali gus menyokong harga MSM.

"Secara keseluruhannya, kami jangka eksport akan berkembang sebanyak tiga peratus dan satu peratus pada 2021 dan 2022, selepas kemerosotan ketara enam peratus pada 2020, sekali gus menyediakan asas kukuh untuk harga sawit yang lebih berdaya saing," katanya.

Beliau menambah, pihaknya juga masih mengekalkan unjuran purata harga MSM bagi 2021 pada paras RM3,000 satu tan dan RM3,050 satu tan bagi 2022.

Referensi

Dokumen terkait

Rajah 3.2 Peratusan Keluasan Tanaman Utama di Negeri Johor bagi ST2 2008 3-5 Rajah 3.3 Purata Pengeluaran dan Harga Minyak Sawit Mentah CPO Bulanan di Johor, Januari 2007 –

Five experimental groups were designed as follows: 1 control group HepG2 cells in medium only; 2 vehicle control – to ensure that DMSO as extract solvent does not affect cell growth