• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hubungan Antara Minat Kerjaya Dan Efikasi Kendiri Kerjaya

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Hubungan Antara Minat Kerjaya Dan Efikasi Kendiri Kerjaya"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Hubungan Antara Minat Kerjaya Dan Efikasi Kendiri Kerjaya Dalam Pemilihan Kerjaya Pelajar Universiti Awam

(The Relationship Between Career Interest and Career Self-Efficiency in The Career Choice of Public University Students)

Nur Azeera Yahya1*, Mohd Izwan Mahmud1

1Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: [email protected]

Accepted: 15 December 2022 | Published: 31 December 2022

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.4.8

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Pemilihan kerjaya yang tepat menjadi keutamaan dan idaman kepada setiap pelajar yang bakal menamatkan pengajian dan memasuki dunia pekerjaan. Dalam hal ini, minat dan efikasi kendiri kerjaya dapat membantu pelajar dalam membuat pemilihan kerjaya. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat minat kerjaya dan tahap efikasi kendiri kerjaya pelajar universiti awam dalam pemilihan kerjaya. Seterusnya melihat hubungan antara minat kerjaya dengan tahap efikasi kendiri kerjaya pelajar terhadap pemilihan kerjaya pelajar universiti awam. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berasaskan kajian tinjauan yang terdiri daripada 90 orang pelajar pendidikan tinggi sebagai sampel kajian. Kajian dijalankan menggunakan instrumen soal selidik secara atas talian dalam bentuk Google Form bagi proses pengumpulan maklumat. Soal selidik mempunyai tiga bahagian kecil iaitu; 1. Maklumat demografi, 2. Tahap minat kerjaya, 3. Tahap efikasi kendiri kerjaya. Seterusnya, data yang diperolehi dianalisis menggunakan analisis diskriptif dan inferensi bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan analisis diskriptif menunjukkan nilai min bagi minat kerjaya mengikut subskala kesukaan adalah tinggi (M=1.51, SP=0.19), subskala kecekapan adalah tinggi (M=1.52, SP=0.22) dan mengikut subskala jenis pekerjaan adalah tinggi (M=1.31, SP=0.25).

Di samping itu, analisis deskriptif terhadap tahap nilai min keseluruhan bagi tahap efikasi kendiri kerjaya dalam membuat pemilihan kerjaya adalah tinggi (M=4.08). Dapatan analisis kolerasi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (r = 0.208) antara minat kerjaya dan efikasi kendiri kerjaya dalam membuat pemilihan kerjaya. Dapat disimpulkan melalui hasil kajian ini menunjukkan bahawa minat kerjaya menjadi penyokong kepada efikasi kendiri kerjaya pelajar dalam membuat pemilihan kerjaya. Implikasi dapatan kajian ini dapat menjadi rujukan kepada pelajar pendidikan tinggi agar mempunyai pengetahuan yang lebih berkaitan perjalanan serta haluan perkembangan kerjaya mereka kelak.

Kata kunci: minat kerjaya, efikasi kendiri kerjaya, pemilihan kerjaya, pelajar pendidikan tinggi, pelajar universiti awam

Abstract: Choosing the right career is a priority and dream for every student who is about to graduate and enter the world of work. In this regard, interest and career self-efficacy can help students in making career choices. The purpose of this study is to see the career interest and level of career self-efficacy of public university students in career choice. Next, look at the relationship between career interest and the level of student career self-efficacy regarding the career choice of public university students. This study uses a quantitative approach based on a survey consisting of 90 students as a study sample. The study was conducted using an online

(2)

questionnaire instrument in the form of Google Form for the information collection process.

The questionnaire has three sub-sections namely; 1. Demographic information, 2. Level of career interest, 3. Level of career self-efficacy. Next, the data obtained was analyzed using descriptive and inferential analysis to answer the research question. Descriptive analysis findings show that the mean value for career interest according to the Likert scale is high (M=1.52, SP=0.22), the competence subscale is high (M=1.52, SP=0.22) and according to the job type subscale is high ((M=1.31, SP=0.25). in addition, the descriptive analysis of the mean level of career self-efficacy in making a career choice is high ((M=4.08). The result of the correlation analysis shows that there is a significant relationship (r=0.208) between career interest and career self-efficacy in making career choice. It can be concluded through the results of this study that career interest is a supporter of students’ career self-efficacy in making career choices. The implications of the findings of this study can be a reference for higher education student to have more knowledge related to path and their future career development.

Keywords: career interest, career self-efficacy, career choice, higher education students, public university students

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Membuat pemilihan kerjaya adalah suatu proses yang kompleks. Pemilihan kerjaya yang tepat menjadi keutamaan serta idaman kepada setiap pelajar yang bakal menamatkan pengajian dan memasuki dunia pekerjaan. Hal ini kerana kerjaya memainkan peranan penting dan luar biasa dalam kehidupan seseorang individu.

Pelajar yang mempunyai efikasi kendiri kerjaya yang tinggi mempunyai kecenderungan untuk membuat keputusan yang positif. Sebaliknya, pelajar yang mempunyai efikasi kendiri kerjaya yang rendah menghadapi kesukaran dalam membuat keputusan pemilihan kerjaya dan akan mengelak keterlibatan dalam aktiviti membuat tugasan kerjaya. Hal ini kerana mereka merasakan tidak mempunyai keupayaan atau keyakinan diri dan seterusnya mengakibatkan tekanan serta kebimbangan (Mohd Izwan, 2019)

Melalui tinjauan kajian-kajian lepas, Fam Mei (2021) mencadangkan agar kajian sebegini turut dilakukan ke atas pelajar swasta. Hal ini kerana, kemungkinan tahap efikasi kendiri pelajar swasta mempunyai perbezaaan dalam membuat pemilihan kerjaya. Mohd Izwan (2019), turut mencadangkan agar kajian lanjutan perlu dijalankan dengan meneroka Teori Sosial Kognitif Kerjaya dengan mengaplikasikan intervensi yang sesuai bagi membantu pelajar universiti menghadapi isu kesediaan kerjaya. Tambahan pula, kajian yang melibatkan pelajar universiti awam dari bidang sains sosial dan sains masih kurang dijalankan. Maka, tinjauan terhadap tahap minat kerjaya dan tahap efikasi kendiri kerjaya dijalankan dalam kalangan pelajar khususnya bidang pengajian sains sosial dan pengajian sains.

Kajian ini akan berfokus kepada apakah minat kerjaya dapat meningkatkan efikasi kendiri kerjaya dalam kalangan pelajar pendidikan tinggi terutamnya di universiti awam. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti tahap minat kerjaya pelajar universiti awam, mengenalpasti tahap efikasi kendiri pelajar universiti awam, mengukur perbezaan minat kerjaya dan efikasi kendiri kerjaya berdasarkan bidang pengajian antara sosial sains dan pengajian sains serta mengukur hubungan antara minat kerjaya dan efikasi kendiri kerjaya pelajar universiti awam.

Responden kajian terdiri daripada pelajar prasiswazah universiti awam. Daripada dapatan kajian, dapat dilihat efikasi kendiri kerjaya dalam kalangan pelajar adalah pada tahap tinggi.

(3)

Dalam perbincangan seterusnya, akan dibincangkan berkaitan konsep dan tinjauan literatur dalam minat kerjaya dan efikasi kendiri kerjaya. Seterusnya metodologi, analisis dan perbincangan dapatan berdasarkan kajian yang dijalankan.

2. Tinjauan Literatur

Bahagian ini membincangkan berkaitan pembolehubah yang terlibat dalam kajian. Di samping itu, turut dinyatakan kajian lepas dan teori yang terlibat bagi menyokong setiap pembolehubah.

Pemilihan Kerjaya

Teori Pemilihan Kerjaya Holland telah diperkenalkan pada tahun 1959 oleh John Lewis Holand. Teori ini menyatakan bahawa dalam memilih kerjaya, individu lebih menyukai pekerjaan di mana mereka dapat berada dalam persekitaran orang lain yang seperti mereka.

Individu mencari persekitaran yang akan membolehkan mereka menggunakan kemahiran dan kebolehan, dan menyatakan sikap dan nilai mereka, di samping melaksanakan peranan dan menyelesaiakan masalah dalam keadaan yang baik. Tingkah laku ini ditentukan oleh interaksi antara personaliti dan persekitaran.

Andaian asas teori Holland adalah terdapat enam jenis personaliti dan persekitaran seperti realistik, investigatif, artistik, sosial, keusahawanan dan konversional. Teori ini beranggapan bahawa setiap individu mempunyai keserasian kepada satu daripada enam jenis personaliti tersebut. Teori ini membantu mengenalpasti potensi diri termasuk personaliti, minat, nilai dan pencapaian individu. Selain daripada itu, dapat membantu pelajar mencari kerjaya yang bersesuaian dengan minat mereka.

Efikasi Kendiri Kerjaya

Efikasi kendiri mengikut Teori Kognitif Sosial Bandura dinyatakan dalam kajian Mohd Izwan (2020), adalah ditakrifkan sebagai keyakinan individu dalam mengurus dan melaksanakan kemahiran kognitif, tingkah laku dan kemahiran sosial yang lain untuk mencapai matlamat kerjaya yang diingini. Justeru itu, efikasi kendiri merupakan salah satu faktor pengaruh dalam proses membuat pemilihan kerjaya seseorang.

Efikasi kendiri kerjaya yang tinggi merujuk kepada keupayaan mengenal diri sendiri termasuklah mengenali minat kerjaya, bakat, kebolehan, potensi, kecenderungan dan keinginan kerjaya. Di samping itu mereka juga berkeupayaan mendapatkan maklumat kerjaya, mempunyai matlamat kerjaya yang jelas, berkemampuan membuat perancangan kerjaya dengan sebaik mungkin dan dapat membuat penyelesaian masalah.

Teori Sosial Kognitif Kerjaya (TSKK) dikembangkan oleh R.W. Lent, S.d. Brown dan G.

Hackett (1994). TSKK menekankan kepentingan efikasi kendiri, motivasi, pembelajaran kendiri dan penetapan matlamat individu terhadap perubahan perilaku (Al-Mansor Abu Said

& Rodziah Mohd Rasdi, 2012). Teori ini mengenalpasti interaksi antara sifat individu, faktor persekitaran luaran dan tingkahlaku dalam membuat keputusan kerjaya. Pengaruh interaksi individu dengan persekitaran terhadap efikasi kendiri dan jangkaan hasil serta pengaruh efikasi kendiri dan jangkaan terhadap pembangunan minat, matlamat dan pilihan kerjaya. (Stitt- Gohdes di dalam Dayang Norlila, 2001).

Berdasarkan kajian Fam Mei (2021), tahap efikasi kendiri pelajar yang tinggi menjadikan mereka lebih cenderung menentukan jenis gaya hidup yang diimpikan, merancang matlamat kerjaya, menetapkan langkah yang perlu diambil dan yakin dalam membuat keputusan kerjaya.

(4)

Secara ringkasnya, berdasarkan kajian-kajian lepas menunjukkan tahap efikasi kendiri dipertimbangkang bagi pemilihan dan membuat keputusan kerjaya.

Minat Kerjaya

Minat terutamanya berkaitan kerjaya dilihat sebagai hasil daripada efikasi kendiri dan juga jangkaan hasil. Menurut Selvanathan et al. (2016) minat peribadi adalah satu faktor penting yang mempengaruhi pemilihan kerjaya pelajar. Ini dapat disokong apabila tahap minat peribadi dalam kerjaya meningkat, motivasi untuk memasuki alam pekerjaan dan membuat pemilihan kerjaya turut meningkat.

Menurut Meddour et al. (2016), mempunyai pengetahuan asas atau awal berkaitan kerjaya adalah penting untuk perkembangan minat dalam kerjaya. Dengan adanya pengetahuan awal dapat menyediakan individu yang lebih bersedia dan mereka dapat menjangkakan apa yang bakal dilakukan sebelum keputusan diambil. Kedua, kerjaya memberi banyak kepentingan kepada individu. Dalam menjalani kehidupan harian yang lebih baik, kerjaya adalah suatu yang penting dalam meningkatkan beberapa perkara seperti minat, personaliti, peribadi, nilai dan lain-lain.

Afzal Humayon et al (2018) dalam kajiannya menyatakan bahawa dengan adanya minat peribadi yang baik, maka keputusan pemilihan kerjaya yang baik dapat dibuat. Hal ini membuktikan terdapat hubungan positif antara minat peribadi dan juga pilihan kerjaya. Secara ringkasnya, berdasarkan kajian-kajian lepas menunjukkan faktor luaran seperti kepentingan peribadi terutamanya minat menjadi faktor utama yang mempengaruhi pemilihan dan membuat keputusan kerjaya dalam kalangan pelajar pendidikan tinggi.

3. Metodologi

Bahagian ini membincangkan berkaitan dengan kaedah kajian yang dijalankan termasuklah reka bentuk kajian, tempat kajian, populasi kajian, kaedah persampelan kajian, instrumen kajian, prosedur kajian, dan penganalisisan data. Menurut (Cohen, Manion, dan Morrison, 2003) tujuan sesuatu metodologi dalam penyelidikan adalah untuk membantu para pengkaji memahami secara lebih terperinci tentang proses kajian yang sedang dijalankan.

Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan.

Soal selidik diedarkan kepada responden sebagai instrumen pengumpulan data. Populasi kajian adalah pelajar pendidikan tinggi dari universiti awam yang berada di peringkat prasiswazah yang terdiri daripada bidang pengajian sains sosial dan pengajian sains. Kajian ini menetapkan saiz sampel seramai 90 orang dengan menggunakan kaedah persampelan secara rawak. Soal selidik diedarkan secara atas talian melalui aplikasi Google Form.

Dalam soal selidik ini terdapat tiga bahagian iaitu Bahagian A yang bertujuan bagi mendapatkan maklumat responden berkaitan jantina, umur, bidang pengajian dan tahun pengajian. Bahagian B mengandungi 192 item yang diadaptasi dari instrumen Inventori Minat Kerjaya Sidek (IMKS) berasaskan Teori Kerjaya Holland. IMKS digunakan bagi menentukan minat kerjaya pelajar terhadap pekerjaan dalam bidang tertentu. Manakala Bahagian C pula mengandungi 25 item yang diadaptasi dari instrumen Career Decision Self-Efficacy-Short Form (CDSE-SF) oleh Betz dan Taylor (2006) bagi mengenalpasti keupayaan diri berkaitan dengan keyakinan diri pelajar dalam membuat pertimbangan perancangan kerjaya. Soal selidik di bahagian ini menggunakan skala Likert lima tahap iaitu bermula 1 = Tidak Yakin, hingga 5

= Sangat Yakin.

(5)

Dapatan yang diperoleh berdasarkan borang soal selidik dianalisis secara diskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian SPSS 26.0. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang cemerlang dengan nilai Alpha Cronbach iaitu 0.969. Hasil kajian analisis deskriptif diinterpretasikan dengan merujuk jadual tahap skor min seperti dalam jadual 1.

Jadual 1: Interpretasi tahap skor min CDSE-SF

Skor Min Tahap

1.00 hingga 2.33 Rendah

2.34 hingga 3.66 Sederhana

3.67 hingga 5.00 Tinggi

Jadual 2: Nilai Pekali Korelasi Pearson

Nilai Korelasi (r) Tafsiran

0 - 0.19 Sangat rendah

0.2 - 0.39 Rendah

0.40 - 0.59 Sederhana

0.60 - 0.79 Tinggi

0.80 - 1.00 Terlalu tinggi

Sumber: Kowang, Long and Rasli (2015) 4. Dapatan Kajian

Pada bahagian ini dapatan kajian dikategorikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama terdiri daripada analisis deskriptif. Statistik deskriptif digunakan untuk menjelaskan tentang ciri-ciri pembolehubah utama kumpulan data secara kuantitatif seperti demografi responden.

Manakala bahagian kedua terdiri daripada dapatan analisis inferensi.

Demografi Responden

Jadual 3 menunjukkan dapatan demografi responden berkaitan jantina, umur, fakulti dan bidang pengajian. Daripada 90 responden, 23 responden (25.6%) adalah lelaki manakala selebihnya adalah perempuan iaitu sebanyak 67 responden (74.4%). Hal ini menunjukkan bahawa populasi pelajar lelaki di universiti awam lebih rendah berbanding pelajar perempuan.

Berdasarkan kepada umur responden pula, kebanyakkan responden adalah berumur 18 sehingga 24 tahun dengan jumlah seramai 57 responden (63.3%), diikuti dengan 28 responden (31.1%) dalam linkungan umur 25 sehingga 34 tahun dan hanya 5 responden (5.6%) yang berumur 35 sehingga 44 tahun. Seterusnya, responden daripada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan adalah yang paling ramai iaitu seramai 34 responden (37.8%) diikuti dengan responden daripada Fakulti Pendidikan seramai 20 responden (22.2%), responden daripada Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan seramai 16 responden (17.8%), responden daripada Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat seramai 15 responden (16.7%), responden daripada Fakulti Sains Kesihatan seramai 3 responden (3.3%) dan selebihnya ialah responden daripada Fakulti Perubatan seramai 2 responden (2.2%). Selanjutnya, terdapat 2 jenis bidang pengajian iaitu Sains Sosial dan Sains. Seramai 65 responden (72.2%) adalah daripada bidang Sains Sosial manakala 25 responden (27.8) lagi adalah daripada bidang Sains.

(6)

Jadual 3: Demografi Responden (n = 90)

Maklumat Demografi Kekerapan Peratus (%)

Jantina Lelaki 23 25.6

Perempuan 67 74.4

Umur 18 – 24 57 63.3

25 – 34 28 31.1

35 – 44 5 5.6

Fakulti Fakulti Ekonomi dan Pengurusan 34 37.8

Fakulti Pendidikan 20 22.2

Fakulti Perubatan 2 2.2

Fakulti Sains Kesihatan 3 3.3

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan 16 17.8 Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat 15 16.7

Bidang Pengajian Sains 25 27.8

Sains Sosial 65 72.2

Tahap Minat Kerjaya Pelajar Universiti Awam

Dapatan kajian ini menjawab objektif kajian yang pertama iaitu mengenalpasti tahap minat kerjaya pelajar universiti awam. Jadual 4 menunjukkan analisis deskriptif terhadap nilai min dan sisihan piawai bagi faktor minat kerjaya (kesukaan, kecekapan dan nama pekerjaan). Skor min (skala 2 Likert) telah digunakan untuk mengenal pasti tahap minat kerjaya dari segi kesukaan, kecekapan dan jenis pekerjaan pelajar universiti awam. Nilai min bagi kesukaan menunjukkan tahap yang tinggi dengan nilai (M=1.51, SP=0.19). Nilai min bagi kecekapan pula menunjukkan tahap yang tinggi dengan nilai (M=1.52, SP=0.22). Seterusnya, nilai min bagi jenis pekerjaan menunjukkan tahap yang agak tinggi dengan nilai (M=1.31, SP=0.25).

Secara keseluruhan, nilai min bagi minat kerjaya pelajar univesiti awam adalah menghampiri nilai 2. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar universiti awam mempunyai minat yang tinggi dalam pelbagai bidang kerjaya.

Jadual 4: Tahap Minat Kerjaya Pelajar Universiti Awam

N Minimum Maksimum Min Sisihan Piawai

Interpretasi

Kesukaan 90 1.07 1.97 1.51 0.19 Tinggi

Kecekapan 90 1.00 2.00 1.52 0.22 Tinggi

Jenis Pekerjaan 90 1.00 2.00 1.31 0.25 Tinggi

Tahap Efikasi Kendiri Pelajar Universiti Awam

Dapatan kajian ini menjawab objektif kajian yang kedua iaitu mengenalpasti tahap efikasi kendiri pelajar universiti awam. Jadual 5 menunujukkan dapatan kajian terhadap tahap efikasi kendiri pelajar universiti awam. pelajar di universiti awam menunjukkan tahap efikasi kendiri kerjaya yang tinggi (M=4.08). Secara keseluruhannya, ia menunjukkan bahawa pelajar universiti awam berkeupayaan membuat keputusan kerjaya yang bermaklumat, bertanggungjawab dengan mengambil tindakan terhadap keputusan yang dibuat dan melaksanakan tugasan kerjaya dengan melalui latihan dan program-program yang sesuai.

Jadual 5: Interpretasi Skor Min Tahap Efikasi Kendiri Kerjaya

Pembolehubah Min Interpretasi

Efikasi Kendiri Kerjaya 4.08 Tinggi

(7)

Perbezaan Minat Kerjaya dan Efikasi Kendiri Kerjaya Berdasarkan Bidang Pengajian Dapatan kajian ini menjawab objektif kajian yang ketiga iaitu mengukur perbezaan minat kerjaya dan efikasi kendiri pelajar universiti awam antara bidang pengajian Sains Sosial dan Sains.

Jadual 6: Skkor Min Bagi Perbezaan Minat Kerjaya dan Efikasi Kendiri

Bidang Pengajian N Min Sisihan

Piawai

Minat Kerjaya Sains 25 1.46 0.17

Sains Sosial 65 1.44 0.21

Efikasi Kendiri Kerjaya

Sains 25 4.14 0.57

Sains Sosial 65 4.06 0.58

Jadual 7: Ujian T-sampel Untuk Perbezaan Antara Skor Min Minat Kerjaya dan Efikasi Kendiri Kerjaya

Ujian

Levene Ujian t untuk Kesamaan Min

F Sig t df

Sig (2- tailed)

Perbezaan Min

Std error

diff.

95% selang keyakinan

terhadap perbezaan Rendah Tinggi

Minat Kerjaya

Varian yang sama diandaikan

3.120 0.081 0.385 88 0.701 0.01857 0.04825 -0.07732 0.11445 Varian

yang sama tidak diandaikan

.428 55.094 0.607 0 .02857 0.04340 -0.06841 0.10554

Efikasi kendiri kerjaya

Varian yang sama diandaikan

0.154 0.695 0.601 88 0.55 0.08222 0.13686 -0.18976 0.35419 Varian

yang sama tidak diandaikan

.607 55.476 0.547 0.08222 0.13551 -0.1908 0.35523

Seperti yang ditunjukkan dalam lajur 3 dan 4 pada Jadual 7, keputusan Ujian Levene untuk kesamaan varians bagi minat kerjaya (p=0.081) dan bagi efikasi kendiri kerjaya (p=0.695) menunjukkan bahawa ujian-t dengan andaian varians yang sama harus ditafsirkan.

Ujian T-Sampel Tidak Bersandar telah dijalankan untuk mengkaji sama ada terdapat perbezaan antara minat kerjaya dan efikasi kendiri kerjaya pelajar universiti awam berdasarkan bidang pengajian antara Sains Sosial dan Sains. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam minat kerjaya untuk bidang pengajian Sains Sosial (M=1.44, SP=0.21) dan bidang pengajian Sains

(8)

(M=1.46, SP= 0.17; t = 0.305, p = 0.018) p=0.701>α=0.05. Dalam efikasi kendiri kerjaya pula, bidang pengajian Sains Sosial (M=4.06, SP=0.58) telah menunjukkan skor yang hampir sama dengan bidang pengajian Sains adalah (M=4.14, SP=0.57; t = 0.601, p = 0.082) p=0.550>α=0.05.

Secara rumusan, untuk minat kerjaya, min bidang Sains Sosial adalah hampir dengan min bidang Sains. Begitu juga untuk efikasi kendiri kerjaya, min bagi bidang Sains Sosial juga hampir dengan min bidang Sains. Purata minat kerjaya bagi pelajar bidang Sains adalah hanya 0.01857 lebih tinggi daripada purata minat kerjaya pelajar bidang Sains Sosial. Manakala purata efikasi kendiri kerjaya pelajar bidang Sains dan Sains Sosial hanya berbeza sebanyak 0.08. Ini secara konklusif menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang ketara antara minat kerjaya dan efikasi kendiri kerjaya pelajar universiti awam mengikut bidang pengajian Sains Sosial dan Sains.

Kajian ini telah memperoleh selang keyakinan (confidence interval) antara dua bidang pengajian dengan melihat nilai varians yang sama. Selang keyakinan bagi minat kerjaya antara bidang Sains Sosial dan bidang Sains adalah antara -0.07732 dan 0.11445. Selain itu, selang keyakinan bagi efikasi kendiri kerjaya antara bidang Sains Sosial dan bidang Sains adalah antara -0.18976 dan 0.35419. Kedua kedua selang keyakinan adalah termasuk nilai sifar.

Kesimpulannya, kajian ini telah membuktikan lagi sekali bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara minat kerjaya dan efikasi kendiri kerjaya pelajar universiti awam terhadap dua bidang pengajian yang berlainan.

Hubungan antara minat kerjaya dan efikasi kendiri kerjaya pelajar

Dapatan kajian ini menjawab objektif kajian yang keempat iaitu mengukur hubungan antara minat kerjaya dan efiklasi kendiri kerjaya pelajar universiti awam. Jadual 8 menunjukkan, nilai-p adalah 0.049 iaitu kurang daripada nilai signifikan alpha 0.05. Ia menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kedua-dua faktor. Nilai korelasi pearson, r = 0.208 yang boleh dikatakan sebagai hubungan yang signifikan rendah. Oleh itu, terdapat hubungan positif yang rendah antara minat kerjaya dan efikasi kendiri kerjaya. Ini menunjukkan bahawa semakin tinggi minat kerjaya pelajar universiti awam, semakin tinggi tahap efikasi kendiri kerjaya pelajar tersebut.

Jadual 8: Nilai Korelasi Pearson

Korelasi

Minat Kerjaya Efikasi Kendiri Kerjaya

Minat Kerjaya Korelasi Pearson 1 0.208*

Sig. (2-tailed) 0.049

N 90 90

Efikasi Kendiri Kerjaya Korelasi Pearson 0.208* 1

Sig. (2-tailed) 0.049

N 90 90

*. Korelasi signifikan pada tahap 0.05 (2-tailed).

(9)

5. Perbincangan

Berdasarkan analisis deskriptif yang telah dijalankan dalam kajian ini menunjukkan bahawa tahap minat kerjaya dari aspek kesukaan, kecekapan terhadap pelajar universiti awam dalam membuat pemilihan kerjaya berada pada tahap yang tinggi. Kekerapan tertinggi berdasarkan pembolehubah ini bagi aspek kesukaan adalah komponen personaliti sosial iaitu sebanyak 604 responden. Perkara ini menunjukkan kecenderungan minat kerjaya dalam pemilihan kerjaya bergerak sendiri memberi impak yang positif terhadap pelajar universiti awam dalam membuat pemilihan kerjaya. Kekerapan tertinggi berdasarkan pembolehubah ini bagi aspek kecekapan juga adalah komponen personaliti sosial sebanyak 724 responden. Tambahan pula, kekerapan tertinggi berdasarkan pembolehubah ini bagi aspek pekerjaan juga adalah komponen personaliti sosial sebanyak 450 responden. Dapat dilihat pelajar universiti awam mempunyai minat yang tinggi dalam pelbagai bidang pekerjaan terutamanya yang memerlukan penglibatan sosial. Individu yang mempunyai personaliti sosial menggemari pekerjaan yang berinteraksi dengan orang lain. Mereka mempunyai kemahiran berinteraksi serta komunikasi dengan baik dan melibatkan pekerjaan yang membantu, mengajar, melatih dan melayani orang lain.

Individu ini gemar bekerja dalam persekitaran yang dapat menyumbang kepada orang sekeliling. Di samping itu, kebanyakan responden kajian adalah pelajar dari bidang sains sosial dan ini dapat dirumuskan bahawa minat kerjaya mereka turut dibentuk dan dipengaruhi oleh persekitaran.

Melihat kepada tahap efikasi kendiri kerjaya pelajar universiti awam dalam membuat pemilihan kerjaya, nilai keseluruhan min skor berada pada tahap tinggi (M=4.08). Ini menunjukkan dapatan yang positif terhadap tahap efikasi kendiri kerjaya yang dimiliki oleh pelajar universiti awam. Nilai tertinggi bagi pemboleh ubah ini adalah pada sub-konstruk

‘Maklumat Pekerjaan’ (M=4.18), manakala nilai min yang terendah adalah sub-konstruk

‘Perancangan’ (M=4.01). Ini jelas menunjukkan pelajar universiti awam percaya dan yakin terhadap keupayaan dalam membuat keputusan kerjaya dengan adanya maklumat yang baik dan mencukupi berkaitan bidang pekerjaan yang diminati. Di samping dengan adanya perancangan yang teliti dalam menentukan halatuju kerjaya, individu dapat menjamin peluang serta posisi yang lebih baik kelak bersesuaian dengan personaliti, kehendak dan keperluan diri.

Ini selari dengan dapatan kajian oleh Mohd Izwan et al. (2020) mendapati efikasi kendiri kerjaya adalah elemen penting yang perlu diberi perhatian kerana ia adalah faktor yang mempengaruhi kesediaan kerjaya termasuklah persediaan perancangan kerjaya pelajar.

Kajian ini telah menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam minat kerjaya untuk bidang pengajian Sains Sosial (M=1.44, SP=0.21) dan bidang pengajian Sains (M=1.46, SP=0.17). Dalam efikasi kendiri kerjaya pula, bidang pengajian Sains Sosial (M=4.06, SP=0.58) telah menunjukkan skor yang hampir sama dengan bidang pengajian Sains adalah (M=4.14, SP=0.57). Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang ketara antara minat kerjaya dan efikasi kendiri kerjaya pelajar universiti awam mengikut bidang pengajian Sains Sosial dan pengajian Sains. Perbezaan bidang pengajian tidak menjadi halangan kepada pelajar dalam menentukan pemilihan kerjaya mereka. Hal ini kerana, bidang pengajian yang sedang diambil oleh pelajar merupakan aliran yang relevan dan mempunyai prospek kerjaya yang masih tinggi permintaannya dalam industri pekerjaan di Malaysia.

Kajian ini telah menunjukkan hubungan yang kuat antara minat kerjaya terhadap efikasi kendiri kerjaya dalam membuat pemilihan kerjaya dalam kalangan pelajar universiti awam. Ini membuktikan bahawa sekiranya minat kerjaya pelajar universiti awam tinggi, tahap efikasi kendiri kerjaya mereka juga akan tinggi. Oleh demikian, pendedahan terhadap pelbagai bidang

(10)

kerjaya yang baik perlu diberikan semasa mereka masih menuntut di universiti dan secara tidak langsung memupuk laluan minat, pengetahuan serta keyakinan pelajar terhadap sesuatu bidang kerjaya. Justeru itu, dapat memberi lebih keyakinan dalam perancangan serta pemilihan kerjaya dan kehidupan mereka selepas tamat belajar.

6. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, pelajar pendidikan tinggi yang mempunyai sumber pengetahuan dan maklumat yang baik lebih cenderung mempunyai minat kerjaya yang lebih tinggi, di samping penglibatan pelajar dalam aktiviti kerjaya dan penerokaan kerjaya. Dengan mengenal potensi minat kerjaya, pelajar dapat membuat pemilihan kerjaya yang mengikut kesukaan orentasi peribadi individu. Kerjaya yang bertepatan dengan personaliti serta persekitaran akan memberikan kepuasan yang sebaiknya kepada individu dan perkembangan kerjaya yang positif dapat dicapai (Azriah, 2019).

Antara cadangan susulan kepada kajian akan datang adalah kajian ini perlu dilakukan di peringkat pra-siswazah di institusi pendidikan persendirian di Malaysia supaya dapatan kajian dapat disimpulkan secara umum dan menyeluruh. Di samping itu, kajian ini boleh dijalankan untuk melihat perbezaan minat kerjaya dan efikasi kendiri kerjaya mengikut jantina. Hal ini kerana berkemungkinan terdapat perbezaan tahap efikasi kendiri kerjaya pelajar berlainan jantina dalam membuat pemilihan kerjaya.

Dapat disimpulkan melalui hasil kajian ini menunjukkan bahawa minat kerjaya menjadi penyokong kepada efikasi kendiri kerjaya pelajar dalam membuat pemilihan kerjaya. Implikasi dapatan kajian ini dapat menjadi rujukan kepada pelajar pendidikan tinggi agar mempunyai pengetahuan yang lebih berkaitan perjalanan serta haluan perkembangan kerjaya mereka kelak.

Rujukan

Abe, E. N., & Chikoko, V. (2020). Exploring the factors that influence the career decision of STEM students at a university in South Africa. International Journal of STEM

Education, 7(1). https://doi.org/10.1186/s40594-020-00256-x

Afaq Ahmed, K., Sharif, N., & Ahmad, N. (2017). Factors Influencing Students’ Career Choices: Empirical Evidence from Business Students. Journal of Southeast Asian Research, 2017, 1–15. https://doi.org/10.5171/2017.718849

Afzal Humayon, A., Raza, S., Aamir Khan, R., & ul ain Ansari, N. (2018). Effect of Family Influence, Personal Interest and Economic Considerations on Career Choice amongst Undergraduate Students in Higher Educational Institutions of Vehari, Pakistan.

International Journal of Organizational Leadership, 7(2), 129–142.

https://doi.org/10.33844/ijol.2018.60333

Asma Shahid Kazi, & Abeeda Akhlaq. (2017). Factors Affecting Students’ Career Choice.

Journal of Research and Reflections in Education, 2(December 2017), 187–196.

Fayadh, W. A. B., Yusr, M. M., Alqasa, K. M., Alekam, J. M. E., & Yusr, Y. M. (2017).

Factors Affecting Career Choice Among Undergraduate Students In University Of Aden. Journal of Technology and Operations Management, 12(2), 1–6.

Helmi Ali, M., Ismail, A., Suleiman, N., & Azrul Tajuddin, M. (2016). Faktor Pemilihan Kerjaya di Kalangan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia : Satu Panduan untuk Industri (Career Selection Factors among University Students: A Guide for Industry).

Jurnal Personalia Pelajar, 19(2), 9–15.

Lee, P. C., Lee, M. J. (MJ), & Dopson, L. R. (2019). Who Influences College Students’

(11)

Career Choices? An Empirical Study of Hospitality Management Students. Journal of Hospitality and Tourism Education, 31(2), 74–86.

https://doi.org/10.1080/10963758.2018.1485497

Meddour, H., Abdo, A. A. M., Majid, A. H. A., Auf, M. A. A., & Aman, A. M. (2016).

Factors affecting career choice among undergraduate students in universitas Indonesia.

International Journal of Economic Perspectives, 10(4), 630–644.

Nyamwange, J. (2016). Influence of Student ’ s Interest on Career Choice among First Year University Students in Public and Private Universities in Kisii County , Kenya. Journal of Education and Practice, 7(4), 96–102. www.iiste.org

Selvanathan, M., Ali, R., Mariadas, P., Perumal, G., & Tan, P. (2016). Factors Influencing Career Choice Amongst Undergraduate Students in Malaysia. European Journal of Business Research, 16(1), 7–20. https://doi.org/10.18374/ejbr-16-1.1

Al-Mansor Abu Said, & Rodziah Mohd Rasdi. (2012). Tinjauan Faktor-faktor Pendorong Kejayaan Kerjaya Ahli Akademik : Konteks Universiti Penyelidikan di Malaysia.

Sosiohumanika, 5(2), 185–202.

Dayang Norlila. (2001). Persepsi Pekerja Terhadap Faktor-faktor Perkembangan Kerjaya:

Kajian Kes Di Perbadanan Perbekalan Letrik Sarawak. Faculty of Cognitive Science and Human Development. Universiti Malaysia Sarawak.

Seng, T. ., Abdullah, A., & Mat Rashid, A. (2019). The Influence of Selected Factors toward Entrepreneurial Career Aspirations among Students of Community Colleges.

Akademika, 89(3), 41–52. https://doi.org/10.17576/akad-2019-8903-04 Professional Development Services. (2019). Holland’s Theory.

https://www.careers.govt.nz/resources/career-practice/career-theory-models/hollands- theory/

F Mei, F. Mydin Kutty, N. Othman. (2021). Penglibatan Ibu Bapa dan Efikasi Kendiri Murid Sekolah Menengah dalam Membuat Keputusan Kerjaya. Malaysia Journal of Sosial Sciences and Humanities (MJSSH), 6(9), 230-240.

https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i9.1023

Mohd Izwan Mahmud, C. Kee, Z. Othman et al. (2020). Career Self-Efficacy among Undergraduate Studen in a Public University. Akademika: Journal of Southeast Asia Sociial Sciences and Humanities, 90(3), 167-175.

Mohd Izwan Mahmud, S. noah, W. Jaafar er al. (2019). The Career Readiness Constructio Between Dysfunctional Career Thinking and Career Self-Efficacy Among

Undergraduate Students. Journal of Engineering Science and Technology. School of Engineering, Taylor's University.

Azriah Azmir, K. Johari, I. Mahmud. (2019). Relationship Between Multiple Intelligence and Career Interest among Secondary School Students. Global Conferences Series: Social Sciences, Education and Humanities (GCSSSEH), 1, 121-132.

https://doi.org/10.32698/2154

Bimo, S. (1970). Korelasi Pearson. Tutorial Statistik. Retrieved December 25, 2021, from http://www.statistikolahdata.com/2010/11/korelasi-pearson.html.

Kowang, T. O., Long, C. S., & Rasli, A. (2015). Innovation Management and Performance Framework for Research University in Malaysia. International Education Studies, 8(6), 32-45.

Mishra, P., Pandey, C. M., Singh, U., Gupta, A., Sahu, C., & Keshri, A. (2019). Descriptive statistics and normality tests for statistical data. Annals of cardiac anaesthesia, 22(1), 67.

Mulud, Z. A. (2017). Analysis of Likert Scale- Mean Score. The Impact of Rusnani Concept Mapping (RCM) On Academic Achievement and Clinical Practices Among Diploma Nursing Students.

(12)

Norhisham, S. (2019). Statistik Deskriptif Dan Mentafsir Statistik. Pascasiswazah. Retrieved December 25, 2021, from https://www.pascasiswazah.com/statistik-deskriptif-dan- mentafsir-statistik/.

Referensi

Dokumen terkait

Definisi bagi tajuk kajian Hubungan di antara Personaliti dan Efikasi Kendiri dalam kalangan Pelajar Sarjana dan Pelajar Doktor Falsafah bagi Program Bimbingan

Hasil ujian Korelasi Pearson menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap pelajar dan efikasi kendiri sains pelajar terhadap pencapaian Sains

Kajian ini dijalankan di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dalam meramal prestasi kerja para pelajar berdasarkan Adversity Quotient (AQ) dan minat kerjaya.

Sokongan sosial terbukti sebagai faktor penting yang mempengaruhi determinasi kendiri dan aspirasi kerjaya pelajar dalam bidang MPV justeru peranan ibu bapa dan rakan sebaya tidak

Justeru, pelajar dengan mempunyai efikasi kendiri yang tinggi yakin bahawa mereka boleh belajar dan melaksanakan tugas yang diberikan walaupun tugas tersebut sukar Malik et al., 2019.”

48 TAHAP PERSEPSI PELAJAR BAHASA ARAB TERHADAP EFIKASI KENDIRI DALAM MEMBACA Nur Hasimah binti Abdullah1 Che Radiah binti Mezah, Ph.D2 Nik Farhan bin Mustapha, Ph.D3 Abstrak Isu

Objektif bagi kajian ini adalah untuk mengenal pasti: 1 tahap amalan gaya komunikasi kepimpinan dalam kalangan guru besar sekolah rendah daerah Dalat, 2 tahap efikasi kendiri guru

3 http://e-journal.um.edu.my/publish/JuPiDi/ OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini secara khususnya bertujuan mengenal pasti: a Tahap efikasi kendiri guru di sekolah menengah harian di barat