• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hubungan Efikasi Kendiri Dan Kepuasan Kerja Guru

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Hubungan Efikasi Kendiri Dan Kepuasan Kerja Guru"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Hubungan Efikasi Kendiri Dan Kepuasan Kerja Guru Pendidikan Khas Sekolah Rendah Di Negeri Melaka

(The Relationship Of Self-Efficiency And Job Satisfaction Of Primary School Special Education Teachers In Melaka)

Wong Tien Jann1*, Manisah Mohd Ali1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

*Pengarang Koresponden: p111202@siswa.ukm.edu.my

Received: 25 April 2023 | Accepted: 20 June 2023 | Published: 30 June 2023 DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.2.8

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Efikasi kendiri guru bermaksud guru yakin pada diri sendirinya dalam keupayaannya untuk memberikan pengajaran yang efektif dan memberi manfaat kepada murid. Kepuasan kerja merupakan perasaan seseorang individu terhadap pekerjaannya.

Kajian tinjauan ini dijalankan untuk menentukan hubungan antara tahap efikasi kendiri guru pendidikan khas dengan tahap kepuasan kerja guru pendidikan khas sekolah rendah negeri Melaka. Seramai 217 orang guru pendidikan khas di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah rendah negeri Melaka telah dipilih menjadi sampel kajian.

Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik. Data kajian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan sisihan piawai dan skor min untuk mengenal pasti tahap efikasi kendiri dan kepuasan kerja guru manakala korelasi Pearson digunakan untuk mengenal pasti hubungan antara efikasi kendiri dengan kepuasan kerja guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap efikasi kendiri dan kepuasan kerja guru pendidikan khas di sekolah rendah negeri Melaka adalah tinggi iaitu mencapai nilai skor min 4.10 dan nilai skor min 3.93. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara tahap efikasi kendiri dan tahap kepuasan kerja dengan nilai signifikan p = .000 dan nilai pekali r = 0.468. Guru pendidikan khas dalam kajian ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam melaksanakan amanah mereka sebagai seorang guru pendidikan khas dan mereka berpuas hati dengan status pekerjaan mereka.

Kata kunci: efikasi kendiri; kepuasan kerja; guru pendidikan khas; Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Abstract: Teacher self-efficacy refers to the teacher's self-belief in their competence to influence student learning. Job satisfaction is the feeling of individual towards his job. This survey was conducted to determine the relationship between the level of self-efficacy and job satisfaction of special education teachers in the state of Melaka. A total of 217 special education teachers in the Special Education Integration Program in primary schools in the state of Melaka were selected as the samples. A set of questionnaire is used as the research instrument. Descriptive statistics involving the mean score and standard deviation was used to identify the level of self-efficacy and job satisfaction among teacher. Pearson Correlation was used to identify the relationship between teacher’s self-efficacy and job satisfaction. The findings of the study show that the level of self-efficacy and job satisfaction of special education teachers in primary schools in the state of Melaka is high, reaching a mean score of 4.10 and a mean score of 3.93. There is a significant and positive relationship between the level of self-

(2)

efficacy and the level of job satisfaction with a significant value of p = .000 and a coefficient value of r = 0.468. The special education teachers have high self-confidence in carrying out their duties as a special education teacher and they are delighted with their job status.

Keywords: self-efficacy; job satisfaction; special education teacher; Special Education

Integration Program

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Efikasi kendiri guru bermaksud guru yakin pada diri sendirinya dalam keupayaannya untuk memberikan pengajaran yang efektif dan memberi manfaat kepada murid. Contohnya, kemampuan guru dalam merancang strategi pengajaran, menyediakan bahan pembelajaran, melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran serta kawalan kelas akan mempengaruhi pencapaian murid. Bandura (1997) menyatakan bahawa guru yang mempunyai keyakinan pada kemampuan diri sendiri percaya bahawa murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran mampu mempelajari sesuatu sekiranya guru memberikan usaha tambahan serta merancang strategi yang sesuai dengan keupayaan murid tersebut. Bagi memastikan efikasi kendiri guru, guru haruslah terus memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan bidang pendidikan khas. Guru yang mengajar murid istimewa yang memberikan komitmen yang berterusan dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendidikan khas akan dapat membantu murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) dalam meningkatkan penguasaan sesuatu kemahiran atau ilmu pengetahuan.

Kepuasan kerja merupakan perasaan seseorang individu terhadap pekerjaannya. Menurut Afendi (2014), kepuasan kerja adalah perasaan positif seseorang individu seperti gembira, senang, selesa dan aman terhadap pekerjaannya. Zaffar (2018) menyatakan bahawa kepuasan kerja adalah sangat penting dalam pekerjaan. Sekiranya seseorang individu berasa gembira semasa bekerja, maka motivasi mereka juga dapat ditingkatkan dan menghasilkan kesan yang positif dalam pekerjaannya. Guru pendidikan khas merupakan satu pekerjaan atau satu profesion yang mempunyai tanggungjawab dalam membantu MBPK untuk mempelajari dan mahir dalam sesuatu bidang. Oleh itu, kepuasan kerja guru pendidikan khas tidak boleh diketepikan kerana kejayaan murid berkeperluan pendidikan khas adalah bergantung kepada usaha yang dijalankan oleh guru pendidikan khas. Torpova (2021) berpendapat bahawa kepuasan kerja guru memudahkan kesejahteraan guru dan murid, perpaduan sekolah dan pengekalan guru.

2. Tinjauan Kepustakaan

Guru pendidikan khas berperanan mendidik MBPK yang istimewa. Pekerjaan tersebut adalah amat mencabar dan kualiti guru juga turut mempengaruhi pencapaian MBPK. Tinjauan kepustakaan ini membincangkan kajian lepas yang berkaitan dengan efikasi kendiri, kepuasan kerja dan hubungan antara dua pembolehubah ini.

Efikasi Kendiri Guru

Efikasi kendiri merupakan faktor utama dalam membantu guru mencapai kejayaan dalam kerjaya mereka. Kajian Norsimah dan Mahadzir (2020) menyatakan bahawa guru yang memperolehi tahap efikasi kendiri yang tinggi mampu mencapai prestasi kerja yang optimal.

Kepercayaan guru pada diri sendiri yang tinggi berimbas positif dalam beberapa aspek dalam

(3)

bilik darjah dan juga pencapaian murid (Zee & Koomen, 2016). Guru yang yakin pada diri sendiri mampu mewujudkan suasan pembelajaran yang kondusif kepada murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) dan seterusnya pencapaian MBPK dapat ditingkatkan.

Efikasi kendiri yang rendah dalam kalangan guru pendidikan khas membawa kesan yang negatif terhadap guru itu sendiri dan juga muridnya. Kajian Schwab (2019) mendapati bahawa tahap efikasi kendiri guru memang boleh terjejas apabila mereka berdepan dengan murid berkeperluan pendidikan khas yang menghadapi masalah ketidakupayaan yang lebih kompleks. Aster, Elke dan Karine (2020) yang mengkaji tentang hubungan antara sokongan sosial dengan efikasi kendiri guru terhadap murid berkeperluan pendidikan khas mendapati bahawa guru yang mengajar murid berkeperluan pendidikan khas memiliki kepercayaan diri yang lebih rendah jika berbanding dengan guru yang mengajar murid tipikal. Hal ini berlaku kerana guru mungkin m erasa tidak pasti tentang kebolehan mereka untuk memberikan pengajaran yang sesuai dan membantu murid mencapai matlamat pembelajaran mereka.

Schwab (2019) menyatakan bahawa efikasi kendiri guru yang mendidik MBPK terutamanya MBPK yang mengalami Kecelaruan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif adalah rendah.

Efikasi kendiri guru pendidikan khas yang rendah boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk ketidakpastian tentang keperluan khas murid, kurangnya pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendidikan khas, dan kekurangan sokongan dalam sistem pendidikan.

Aster (2020) menyatakan guru yang berpengalaman dalam bidang pendidikan khas biasanya lebih berkeyakinan tinggi daripada guru yang kurang berpengalaman. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk pengalaman dan kemahiran yang diperoleh melalui pengalaman bekerja dengan murid berkeperluan pendidikan khas, dan juga sokongan tambahan yang biasanya diberikan dalam sistem pendidikan khas.

Kepuasan Kerja Guru

Terdapat beberapa faktor kunci yang harus dipertimbangkan dalam menentukan kepuasan kerja seseorang individu. Berdasarkan Kajian Windy dan Roslee (2018), kepuasan kerja dipengaruhi oleh suasana sekolah yang merangkumi aspek rakan sekerja, penyeliaan, gaji, peluang kenaikan pangkat dan prosedur kerja. Kajian Ilias, Olga dan Thomas (2019) menunjukkan bahawa guru yang mengajar Pendidikan Jasmani di Greek lebih berpuas hati dengan pekerjaan sebagai seorang guru, diikuti dengan penyeliaan, keadaan kerja dan prosedur kerja. Guru berasa kecewa dengan peluang kenaikan pangkat dan gaji.

Menurut Abid Hussain, Saghir dan Ayesha (2017), kepuasan kerja guru dipengaruhi oleh gaya kepimpinan pihak pentadbir. Dapatan kajian mereka menunjukkan bahawa guru lebih suka dengan gaya kepimpinan pengetua yang demokratik iaitu bersifat terbuka berbanding dengan gaya kepimpinan autokratik. Guru berasa tidak seronok semasa bekerja dengan pengetua yang menggunakan gaya kepimpinan autokratik. Guru pendidikan khas telah diberikan tugasan yang terlalu berat dan membebankan terutamanya tugasan di luar bidang pendidikan khas. Ini turut menyebabkan guru pendidikan khas berasa tidak puas hati dalam pekerjaan mereka kerana tekanan guru pendidikan khas yang tinggi dalam melaksanakan tugasan (Amalina & Azita, 2016). Dapatan kajian-kajian yang dinyatakan di atas menunjukkan bahawa tidak ada satu elemen tunggal yang dapat menentukan kepuasan kerja seseorang guru, tetapi ia bergantung kepada banyak faktor yang berkaitan dengan persekitaran tempat kerja, sifat kerja itu sendiri, organisasi dan faktor-faktor peribadi. Oleh itu, untuk meningkatkan kepuasan kerja seseorang individu, perlu diberi perhatian kepada semua aspek ini dan menyesuaikan faktor-faktor ini dengan keperluan dan kehendak pekerja.

(4)

Hubungan antara Efikasi Kendiri dan Kepuasan Kerja Guru

Terdapat hubungan yang positif antara kepuasan kerja dengan efikasi kendiri guru (Florynah

& Salleh, 2022; Lin, 2019; Norsimah Dasan, 2020; Kasalak, 2020). Kepuasan kerja guru cenderung meningkat seiring dengan peningkatan efikasi kendiri mereka yang dapat mempengaruhi hasil kerja dan prestasi mereka dalam melaksanakan tugas mereka. Guru yang memiliki kepercayaan yang tinggi pada kemampuannya akan lebih optimis dalam mengatasi cabaran dan kesulitan dalam melaksanakan tugas mereka, serta dapat meningkatkan motivasi mereka untuk berusaha lebih gigih. Hal ini pada akhirnya akan meningkatkan kepuasan kerja guru kerana mereka merasakan bahawa mereka berjaya dalam tugas mereka.

Namun begitu, terdapat dapatan kajian yang memberikan hasil yang berbeza dalam korelasi antara efikasi kendiri guru dengan kepuasan kerja guru. Fackler (2016) menyatakan guru yang kurang yakin pada keupayaan sendiri mempengaruhi kepuasan guru secara negatif dan seterusnya pencapaian murid menjadi lemah. Walau bagaimanapun, terdapat juga dapatan kajian yang menyatakan bahawa efikasi kendiri guru tidak mempengaruhi kepuasan kerja guru (Islam, 2018). Berdasarkan kajian yang telah dinyatakan boleh dikatakan bahawa terdapat konflik dalam dalam kajian-kajian lepas yang dibincangkan. Oleh itu, kajian tinjauan ini bertujuan menentukan hubungan antara tahap efikasi kendiri dengan tahap kepuasan kerja guru pendidikan khas sekolah rendah di negeri Melaka.

3. Metodologi Kajian

Reka bentuk kajian tinjauan ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada guru pendidikan khas di sekolah rendah di negeri Melaka. Berdasarkan data yang diperolehi daripada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, terdapat seramai 502 orang guru pendidikan yang berkhidmat di sekolah rendah. Pengkaji telah memilih 217 orang guru pendidikan khas daripada populasi tersebut untuk menjalankan kajian. Saiz sampel ini adalah berdasarkan Jadual Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970). 

Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Instrumen tersebut mempunyai kebolehpercayaan iaitu mendapat nilai Cronbach’s Alpha α = 0.973. Borang soal selidik dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu demografi responden, tahap efikasi kendiri guru dan tahap kepuasan kerja guru pendidikan khas. Demografi responden merangkumi 5 item iaitu umur, jantina, pengalaman mengajar, taraf pendidikan dan daerah berkhidmat. Efikasi kendiri guru pendidikan khas merangkumi 12 item iaitu strategi pengajaran, penglibatan murid dan pengurusan bilik darjah. Kepuasan kerja guru pendidikan khas merangkumi 18 item iaitu gaji, peluang kenaikan pangkat, gaya kepimpinan pihak pentadbir, faedah sampingan, penghargaan, prosedur kerja, rakan sekerja, pandangan diri terhadap pekerjaan dan komunikasi. Item dalam Bahagian B dan Bahagian C diukur berdasarkan Skala Likert Lima Mata. Keterangan yang digunakan dalam skala Likert 5 mata adalah dari 1 (sangat tidak setuju) hingga 5 (sangat setuju).

Borang soal selidik dalam bentuk Google Form disebarkan melalui pengisian WhatsApp atau Telegram. Data kajian dianalisis dengan menggunakan analisis statistik deskriptif dan inferensi. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk menentukan kekerapan dan peratusan demografi responden. Manakala, tahap efikasi kendiri dan tahap kepuasan kerja responden diterangkan dengan menggunakan sisihan piawai dan min. Analisis statistik inferensi iaitu analisis Korelasi Pearson digunakan untuk menentukan hubungan antara tahap kepuasan kerja dengan tahap efikasi kendiri guru pendidikan khas.

(5)

Tafsiran nilai skor min bagi melihat tahap efikasi kendiri guru pendidikan khas dan tahap kepuasan kerja guru pendidikan khas adalah seperti jadual yang berikut.

Jadual 1: Tafsiran Skor Min

Skor Min Tahap

1.00 – 2.33 Rendah

2.34 – 3.66 Sederhana

3.67 – 5.00 Tinggi

Bagi melihat hubungan antara tahap efikasi kendiri dan tahap kepuasan kerja guru pendidikan khas, analisis statistik Korelasi Pearson telah digunakan. Kekuatan hubungan antara dua pembolehubah ditaksir berdasarkan Skala Kekuatan Hubungan yang dikemukakan oleh Cohen, Manion dan Marrison (2011) seperti jadual yang berikut.

Jadual 2: Intepretasi Skala Kekuatan Korelasi

Saiz Pekali Korelasi (r) Kekuatan Korelasi

±.81 hingga 1.00 Sangat Kuat

±.51 hingga .80 Kuat

±.31 hingga .50 Sederhana

±.21 hingga .30 Lemah

±.01 hingga .20 Sangat Lemah

Sumber: Cohen, Manion dan Marrison (2011)

4. Dapatan Kajian

Bahagian ini menganalisis dapatan kajian bagi tahap efikasi kendiri guru pendidikan khas, tahap kepuasan kerja guru pendidikan khas serta hubungan antara tahap efikasi kendiri guru dengan kepuasan kerja guru pendidikan khas.

Tahap Efikasi Kendiri Guru Pendidikan Khas

Jadual 3 menunjukkan bahawa min dan sisihan piawai bagi 3 elemen efikasi kendiri guru pendidikan khas serta purata bagi ketiga-tiga elemen tersebut. Berdasarkan Jadual 3, elemen strategi pengajaran mempunyai nilai skor min yang paling tinggi iaitu 4.12 dan diikuti dengan elemen penglibatan murid iaitu 4.11 serta elemen pengurusan bilik darjah 4.07. Secara kesimpulannya, tahap efikasi kendiri guru pendidikan khas di sekolah rendah negeri Melaka adalah tinggi iaitu mencapai nilai skor min 4.10.

Jadual 3: Taburan skor min, sisihan piawai dan tahap efikasi kendiri guru pendidikan khas

Elemen Efikasi Kendiri Min Sisihan Piawai Tahap

Penglibatan Murid 4.11 0.46 Tinggi

Strategi Pengajaran 4.12 0.40 Tinggi

Pengurusan Bilik Darjah 4.07 0.47 Tinggi

Nilai Purata 4.10 0.40 Tinggi

Tahap Kepuasan Kerja Guru Pendidikan Khas

Berdasarkan Jadual 4, tahap kepuasan kerja guru pendidikan khas di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi sekolah rendah adalah pada tahap yang tinggi iaitu dengan nilai skor min 3.93.

(6)

Jadual 4: Taburan skor min, sisihan piawai dan tahap kepuasan kerja guru pendidikan khas

Konstruk Min Sisihan Piawai Tahap

Kepuasan Kerja 3.98 0.47 Tinggi

Hubungan Antara Tahap Efikasi Kendiri dan Tahap Kepuasan Kerja Guru Pendidikan Khas Berdasarkan Jadual 5, terdapat hubungan signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah dengan nilai signifikan, p < .05. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat korelasi yang sederhana dan positif antara tahap efikasi kendiri dan tahap kepuasan kerja dengan nilai signifikan p = .000 dan nilai pekali r = 0.468.

Jadual 5: Nilai pekali dan nilai signifikan antara dua pembolehubah

Tahap Efikasi Kendiri Tahap Kepuasan Kerja Tahap Efikasi Kendiri

Pearson Correlation 1 .468**

Sig. (2 tailed) .000

N 217 217

Tahap Kepuasan Kerja Pearson Correlation .468** 1

Sig. (2 tailed) .000

N 217 217

5. Perbincangan

Guru pendidikan khas di negeri Melaka yakin bahawa mereka berupaya untuk memotivasikan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) yang kurang bersemangat dalam mengerjakan tugasan sekolah, meningkatkan keyakinan diri MBPK untuk menyiapkan kerja sekolah dengan baik dan membantu MBPK mementingkan pembelajaran mereka. Motivasi merupakan faktor yang penting dalam meningkatkan keberhasilan belajar seseorang individu. Berdasarkan Jaafar (2020) dan Zubir (2018), motivasi murid adalah kerelaan murid dalam menunjukkan dedikasi dan berkomitmen penuh unutk menyelesaikan tugas dengan baik. Apabila murid mempunyai kerelaan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan, maka mereka dapat menguasai sesuatu kemahiran melalui tugasan tersebut dan seterusnya pencapaiannya juga dapat ditingkatkan.

Selain itu, responden juga berpendapat bahawa mereja mampu bekerjasama dengan keluarga MBPK dalam membantu MBPK meningkatkan prestasi di sekolah. Zamri (2021) mandapati ibu bapa yang kurang prihatin terhadap kemajuan anak mereka akan mengakibatkan pencapaian anak mereka lebih rendah berbanding dengan kanak-kanak lain. Oleh itu, komunikasi antara guru dengan ibu bapa adalah amat penting.

Selain itu, guru pendidikan khas juga menganggap diri sendiri memiliki strategi pengajaran yang dapat membantu MBPK. Guru pendidikan khas mendapati bahawa mereka berupaya membekalkan soalan yang baik dan memberi penjelasan atau contoh yag sesuai dan melaksanakan strategi alternatif dalam bilik darjah. MBPK merupakan golongan yang amat istimewa dan mereka memerlukan cara yang paling sesuai untuk belajar dan diajar. Contohnya, guru boleh menyediakan gambar atau bahan maujud apabila memberi contoh dan bukan memberikan penjelasan secara lisan sahaja. Mok Soon Sang (2006), seorang guru seharusnya menguasai pelbagai teori pembelajaran, model pengajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran, pendekatan, gaya, kaedah dan teknik untuk membantu MBPK dalam pembelajaran mereka. Aspek penilaian pembelajaran MBPK juga tidak boleh dikecualikan.

Dalam kajian ini, responden yakin bahawa mereka berupaya menggunakan pelbagai strategi penilaian yang sesuai dengan keupayaan MBPK. Penilaian yang dijalankan seharusnya dicatat dan disimpan supaya ibu bapa atau guru boleh sentiasa menyemak perkembangan pembelajaran MBPK. Contohnya, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Rancangan Pedidikan

(7)

Guru pendidik khas perlu mempunyai kemampuan dalam mengawal dan menenangkan MBPK yang mengganggu proses pendidikan di dalam bilik darjah. Namun, masalah tingkah laku berbeza yang ditunjukkan oleh MBPK secara tidak langsung menyebabkan tekanan emosi guru meningkat (Siti 2018). Tingkah laku disruptif seperti mengamuk atau tidak boleh duduk diam merupakan satu cabaran yang amat besar. Kebbi (2018) menyatakan bahawa mengajar MBPK memerlukan perhatian, sumber dan masa yang lebih berbanding dengan murid arus perdana.

Oleh itu, guru pendidikan khas haruslah mempunyai keyakinan diri dalam mengawal tingkah laku disruptif dengan sentiasa menambah ilmu pengetahuan diri sendiri dalam bidang tersebut.

Tambahan pula, guru pendidikan khas juga dapat memastikan MBPK mematuhi peraturan bilik darjah dan mewujudkan sistem pengurusan bilik darjah berdasarkan pelbagai kategori MBPK.

Awwad (2018) berpendapat bahawa guru haruslah cekap dalam pengurusan dan tidak hanya memiliki keterampilan pedagogis dan pengetahuan akademik sahaja. Bilik darjah merupakan tempat yang diperlukan oleh MBPK untuk belajar. Oleh itu, suasana bilik darjah juga merupakan elemen yang tidak boleh dikecualikan bagi memastikan pembelajaran MBPK tercapai.

Selain itu, guru pendidikan khas berpuas hati terhadap status pekerjaan mereka. Menurut Okeke (2017), perkara yang dapat mempengaruhi kepuasan kerja guru adalah seperti gaji, penyelia dan rakan sekerja. Gaji yang mencukupi dan adil dapat memotivasikan guru supaya bekerja dengan lebih efektif dan efisien, manakala penyelia yang baik dan rakan sekerja yang menyokong juga dapat mencipta persekitaran kerja yang baik dan membantu meningkatkan motivasi kerja guru. Dalam kajian ini, guru pendidikan khas berpendapat bahawa mereka telah mendapat faedah sampingan yang mereka sepatutnya menerima iaitu Bayaran Insentif Pengajaran Kanak-kanak Berkeperluan Khas sebanyak RM250. Mereka juga berpendapat bahawa mereka berasa bangga terhadap pekerjaan mereka sebagai seorang guru pendidikan khas dan mereka berasa pekerjaan tersebut adalah bermakna. Apabila mereka berasa pekerjaan tersebut bermakna, mereka akan berusaha untuk meningkatkan profesional diri sendiri untuk membantu MBPK.

Menurut Gee (2018), pihak pentadbir sekolah yang mempunyai harapan yang terlalu tinggi terhadap pencapaian MBPK telah mengakibatkan guru yang mengajar MBPK mengalami tekanan yang terlampau. Kewujudan keadaan tersebut adalah kerana kekurangan kefahaman pihak pentadbir sekolah terhadap bidang pendidikan khas dan juga ciri-ciri MBPK yang pelbagai. Bukan itu sahaja, bagi MBPK inklusif yang menyertai peperiksaan awam juga menimbulkan perasaan kurang senang hati dalam kalangan pihak pentadbir sekolah kerana pihak pentadbir menganggap MBPK akan menjatuhkan pencapaian keseluruhan sekolah (Siti Muhibah, 2018). Bukan itu sahaja, guru pendidikan khas juga bersetuju bahawa mereka mempunyai terlalu banyak kerja di luar bidang tugas guru pendidikan khas. Zuhairah (2010) menyatakan bahawa guru pendidikan khas telah diarahkan untuk membawa murid arus perdana bagi menyertai pertandingan di luar sekolah.

Dapatan kajian menunjukkan efikasi kendiri dengan kepuasan kerja guru pendidikan khas adalah saling berkaitan. Guru pendidikan khas yang yakin pada kemampuan diri sendiri dalam bidang pendidikan khas juga mempunyai kesediaan untuk menghadapi cabaran dalam mendidik MBPK (Florynah dan Salleh, 2022; Lin, 2019; Norsimah Dasan, 2020). Guru yang yakin pada diri sendiri berupaya melaksanakan tugas yang diarahkan (Robert & Chiu, 2011), mereka akan mengalami hasil yang baik seperti kepuasan yang tinggi (Zee & Koomen, 2016).

Guru seperti ini mempunyai inisiatif dalam mencapai kejayaan dalam kerjaya dan dapat melahirkan modal insan yang seimbang (Aswaniza, 2018). Dengan kepuasan kerja yang tinggi, guru pendidikan khas ini juga dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada murid-

(8)

murid mereka dan seterusnya dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik dan sosial murid berkeperluan pendidikan khas.

6. Kesimpulan

Dalam kajian ini, guru pendidikan khas menunjukkan kepuasan kerja dan efikasi kendiri yang tinggi. Kualiti guru seperti ini haruslah dikekalkan supaya MBPK memperolehi manfaat yang maksimum. Kejayaan MBPK tidak bergantung kepada guru pendidikan khas sahaja tetapi tergantung pada komitmen daripada pelbagai pihak seperti ibu bapa, pihak pentadbir, pihak kerajaan dan masyarakat. Ini menjadi satu dorongan kepada guru pendidikan khas untuk memajukan diri sendiri dalam profesion bidang perguruan. Guru pendidikan khas merupakan satu kerjaya yang amat mencabar kerana guru pendidikan khas berhadapan dengan murid berkeperluan pendidikan khas yang mempunyai pelbagai ciri-ciri sama ada tingkah laku, gaya pembelajaran atau ketidakupayaan murid tersebut. Jadi, diharapkan kajian lanjutan boleh dijalankan untuk guru pendidikan khas di sekolah menengah dan bukan sahaja di sekolah rendah. Bukan itu sahaja, kajian ini juga boleh dijalankan di seluruh Malaysia dan bukan di negeri Melaka sahaja. Kajian lanjutan tentang ilmu pengetahuan pihak pentadbir terhadap murid berkeperluan pendidikan khas dan bidang tugas guru pendidikan khas juga boleh dijalankan pada masa hadapan.

Rujukan

Abid, H., Saghir, A., Misbah, M., & Ayesha, B. (2017). Principals' leadership styles and teachers' job satisfaction: A correlation study at secondary school level. Bulletin of Education and Research, 39(3), 45-56.

Amalina Razali, & Azita Ali. (2016). Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap stres guru pendidikan khas. Online Journal for Tvet Practitioners, 1(1), 1-7.

Aster V. M., Elke, S. & Karine, V. (2020). The relevance of sources of support for teacher's self-efficacy beliefs towards student with special educational needs. European Journal of Special Needs Education, 37(1), 28-42.

Aswaniza Shamsudin & Rosadah Abd Majid. (2018). Efikasi kendiri guru sekolah dalam hospital di Malaysia. Journal of Social Sciences and Humanities, 13(3), 20-28.

Awwad Othman Abdelaziz Ahmed. (2018). EFL teachers’ and students’ approaches in using teaching aids: a case study. Arab World English Journal (AWEJ) Special Issue on CALL Number 4, 109-124.

Bandura, A. (1997). Self-efficacy: Toward a unifying theory of behavioral change.

Psychological Review, 84(2), 191-215.

Fackler, S., & Malmberg, L. (2016). Teachers’ self-efficacy in 14 OECD countries: Teacher, student group, school and leadership effects. Teaching and Teacher Education, 56, 185-195.

Fatimah binti Afendi. (2014). Tahap kepuasan kerja dan komitmen organisasi dalam kalangan guru kolej vokasional: Pendekatan structural equation model. Tesis. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Florynah Bakar & Salleh Amat. (2022). Efikasi kendiri, sokongan sosial dan kepuasan kerja dalam kalangan guru. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(1), 363-371.

Gee, K., & Gonsier-Gerdin, J. (2018). The first year as teachers assigned to elementary and middle-school special education classrooms. Research and Practice for Persons with Severe Disabilities, 43(2), 94-110.

(9)

Ilias, K., Olga, K. & Thomas, K. (2019). Physical education teacher’s job satisfaction and burnout levels in relation to school’s sport facilities. International Journal of Instruction, 12(4), 579-592.

Kasalak, G., & Dağyar, M. (2020). The relationship between teacher self-efficacy and teacher job satisfaction: A meta-analysis of the Teaching and Learning International Survey (TALIS). Educational Sciences: Theory and Practice, 20(3), 16-33.

Kebbi & Al-Hroub. (2018). Stress and coping strategies used by special education and general classroom teachers. International Journal of Special Education, 33(1), 34-61.

Kjercie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities.

Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607-610.

Lin Ling, Mohamad Nizam Nazarudin & Zakiah Noordin. (2019). Kepuasan kerja dan efikasi guru tingkatan enam di pantai barat Sabah. International Journal of Education Psychology and Counseling, 4, 51-66.

Mok Soon Sang. (2006). Ilmu Pendidikan untuk KPI Sekolah Rendah: Komponen 1 & 2 (Psikologi Pendidikan & Pedagogi) Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Norsimah Dasan & Mohd Mahadzir Rahimi Mohamed Nawi. (2020). Hubungan efikasi kendiri guru dengan prestasi kerja dalam kalangan guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Journal of Social Sciences and Humanities, 7(4), 173-187.

Okeke, C. I., & Mtyuda, P. N. (2017). Teacher job dissatisfaction: Implications for teacher sustainability and social transformation. Journal of Teacher Education for Sustainability, 19(1), 54-68.

Robert, M. K. & Ming Ming Chiu. (2011). The occupational commitment and intention to quit of practicing and pre-service teachers: Influence of self-efficacy, job stress, and teaching context. Contemporary Educational Psychology, 36, 114-129.

Schwab, S. (2019). Teacher's student-specific self-efficacy in relation to teacher and student variables. Educational Psychology, 39(1), 4-18.

Siti Muhibah binti Hj Nor & Zetty Nurzuliana Rashed. (2018). Peranan dan cabaran guru-guru pendidikan khas membentuk kemenjadian murid-murid masalah pendengaran dalam abad ke 21. Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs, 1(1), 1-8.

Torpova Anna, M. E. (2021). Teacher job satisfaction: the importance of school working conditions and teacher characteristics. Educational Review, 73(1), 71-97.

Wan Naliza Wan Jaafar & Siti Mistima Maat. (2020). Hubungan antara motivasi dengan pencapaian Matematik dalam kalangan murid sekolah luar bandar. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 10(1), 39-48.

Windy Anjilus & Roslee Talip. (2018). Pengaruh iklim organisasi terhadap kepuasan kerja guru akademik di pusat tingkatan enam. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 3(4), 35-49.

Zaffar, A. N. (2018). Comparative study on job satisfaction of J&K bank employees. North Asian International Research Journal of Social Science & Humanities, 4(1), 281-293.

Zamri Mahamod, Rohaida Mazalan, Norziah Amin & Mohd Zaki Abd Rahman. (2021). Tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis murid-murid B40 dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(1), 40-62.

Zee, M., & Koomen, H. (2016). Teacher self-efficacy and its effects on classroom processes, student academic adjustment, and teacher well-being: a synthesis of 40 years of research. Rev. Educ. Res, 86, 981-1015.

Mohd Uzir bin Zubir, Rohaidah Kamaruddin & Sharil Nizam Sha’ri. (2018). Motivasi dan sikap terhadap pembelajaran Bahasa Melayu murid Tingkatan Satu (Junior One Loyalty), Sekolah Menengah Persendirian Kwang Hua. Jurnal Kesidang, 3, 82-91.

Zuhairah Muhammad & Zamri Mahamod. (2010). Masalah guru-guru pendidikan khas di sekolah: Satu tinjauan. Proceeding First Annual Inclusive Education Practice

(10)

Conference. Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universitas Pendidikan Indonesia Bandung.

Referensi

Dokumen terkait

...adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam

Wong (2006) juga mendapati keadaan yang sama dimana guru pendidikan khas menyatakan bahawa murid di sekolah pendidikan khas tidak begitu berdikari dan ramai yang masih bergantung

Hal ini menurut pandangan pengkaji, menjadikan GPI masih belum mencapai tahap keyakinan yang optimum dalam membimbing akademik dan sahsiah murid kerana ia melibatkan banyak faktor

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan dijadikan

...adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam

Secara ringkas, kajian ini mendapati bahawa kepimpinan distributif menjadi moderator terhadap hubungan antara penglibatan guru dalam proses membuat keputusan

Kajian ini bertujuan untuk meneroka tahap dan pengaruh efikasi guru pendidikan khas terhadap penglibatan murid, amalan pengajaran dan pengurusan bilik darjah di sekolah

Justeru, pelajar dengan mempunyai efikasi kendiri yang tinggi yakin bahawa mereka boleh belajar dan melaksanakan tugas yang diberikan walaupun tugas tersebut sukar Malik et al., 2019.”