• Tidak ada hasil yang ditemukan

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) akan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) akan"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

KUALA LUMPUR: Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) akan memperkasa program INSKEN e-BizCLinic bagi membantu dan membimbing usahawan terkesan pandemik COVID-19, untuk terus beroperasi walaupun dalam kadar minimum.

Bermula tahun lalu sehingga kini, seramai 1,835 usahawan sudah mendaftar dan menerima konsultasi percuma secara dalam talian melalui e-BizClinic.

Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Muhd Firdaus Azharuddin, berkata berdasarkan kepada penutupan sektor penuh ekonomi dan sosial sehingga 14 Jun ini, pihaknya menjangka prestasi ekonomi usahawan di negara ini terus merosot.

Beliau berkata, INSKEN e-BizClinic adalah inisiatif konsultasi percuma diberikan oleh BisKaunselor INSKEN kepada usahawan bagi membantu, memperbaiki dan menambah baik perniagaan mereka.

Katanya, inisiatif ini akan membolehkan usahawan dibimbing secara individu menerusi sesi dalam talian menggunakan platform bersesuaian seperti Google Meet, Zoom dan panggilan video WhatsApp.

"Menerusi inisiatif ini, usahawan berpeluang berbincang bersama BisKaunselor bagi merangka tindakan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam perniagaan.

(2)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

"Selain itu, panduan dan cadangan penyelesaian untuk masalah dihadapi, selain pendedahan dan maklumat mengenai bantuan perniagaan disediakan kerajaan bagi membantu usahawan juga akan diberikan.

"Usahawan perlu sentiasa merebut peluang melalui inisiatif disediakan kerajaan dan agensi membabitkan pembangunan usahawan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhd Firdaus berkata, langkah segera kalangan usahawan digalakkan mendapatkan maklumat supaya matlamat mereka tercapai khususnya dalam memperbaiki dan memperkukuhkan perniagaan.

"INSKEN menyasarkan lebih ramai usahawan akan dibimbing dan dibantu melalui inisiatif ini dalam masa terdekat dan pada masa depan," katanya.

Maklumat lanjut mengenai Program e-BizClinic dan program latihan serta bimbingan keusahawanan INSKEN boleh diperoleh melalui laman www.insken.gov.my

Referensi

Dokumen terkait

Table 3shows the risk ratios RRs of the associations between pediatric asthma diagnosed at 0-19 years of age and adult PCOS diagnosed at≥20 years of age, stratified by the age of adult