• Tidak ada hasil yang ditemukan

INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

1

Ruj Kami/ Our Ref: FRIM500-2/2/1(19) Tarikh: 07.05.2015 Ruj Tuan/ Our Ref:

IKLAN JAWATAN KOSONG KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL SIRI 2/2015 Permohon adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan bagi mengisi jawatan berikut di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

1. (a) JAWATAN : PENGAWAI PENERANGAN GRED S41 (Kekosongan satu (1) jawatan) (b) PENEMPATAN: Unit Komunikasi Korporat (c) TARAF

JAWATAN : TETAP/KONTRAK

(d) JADUAL GAJI: RM 1,909.00 (Minimum) – RM 8,644.00 (Maksimum) (e) KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN: RM 225.00

(f) IMBUHAN :

(i) Tetap Khidmat Awam : Rm 300.00 (ii) Tetap Perumahan : Rm 250.00 (iii) Bantuan Sara Hidup : RM 300.00

(g) SYARAT LANTIKAN DAN KELAYAKAN

Calon-calon bagi jawatan di atas hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- (i) terdiri daripada warganegara;

(ii) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(iii) ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

(Gaji permulaan ialah pada Gred S41: RM1,909.00); atau

(iv) Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

(Gaji permulaan ialah pada Gred S41: 2,112.86); atau BAHAGIAN SUMBER MANUSIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM) KEPONG, 52109 SELANGOR DARUL EHSAN

(2)

2

(v) Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dengan kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred S41: RM2,112.86); atau

(vi) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

(Gaji permulaan ialah pada Gred S41: RM2,112.86); dan

(vii) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang Komunikasi Massa, Sains Kemasyarakatan dan Sains Sosial bergantung kepada keperluan jabatan serta berpengalaman dalam menguruskan dan menyediakan nota-nota taklimat dan maklumat, pameran dan bertindak sebagai pegawai perhubungan awam di jabatan).

(h) SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penerangan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Pegawai Penerangan Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(i) (a) mempunyai kelayakan di perenggan (iii),(iv),(v) dan (vi) di atas;

atau

(b) lulus Peperiksaan Khas; dan

(ii) had umur pelantikan:

(a) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(b) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(c) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem permohonan jawatan dalam talian yang boleh diakses di laman sesawang Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Hanya permohonan yang dibuat melalui sistem permohonan dalam talian FRIM http://www.frim.gov.my/careers/ akan diproses.

(3)

3

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 26 Mei 2015 (Selasa)

CATATAN AM

Hanya calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menjalani proses saringan.

Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

No. Dokumen: 10169661

Referensi

Dokumen terkait

a JAWATAN : PEMBANTU AWAM GRED H11 b PENEMPATAN: BAHAGIAN OPERASI & BAHAGIAN PENYELIDIKAN c TARAF JAWATAN : TETAP/KONTRAK d JADUAL GAJI: RM 1,218.00 Minimum – RM 2,939.00

a JAWATAN : PEMBANTU OPERASI GRED N11 b TARAF JAWATAN : TETAP / KONTRAK c JADUAL GAJI : P1 RM 802.00Minimum – P1 RM 2663.00Maksimum d KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM80.00

a JAWATAN: PEGAWAI TADBIR GRED N41 b TARAF JAWATAN : TETAP / KONTRAK c JADUAL GAJI : RM 1,911.00 Minimum – RM 8,646.00 Maksimum d KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN: RM225.00

a JAWATAN : PEREKA GRED B19 b TARAF JAWATAN : TETAP/KONTRAK c JADUAL GAJI: RM 1,360.00 Minimum – RM 4,032.00 Maksimum d KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 100.00 e IMBUHAN

a JAWATAN : PEMBANTU AWAM GRED H11 b TARAF JAWATAN : TETAP/KONTRAK c JADUAL GAJI: RM 1,218.00 Minimum – RM 2,939.00 Maksimum d KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 80.00 e

a JAWATAN : PEMBANTU AWAM GRED H11 b TARAF JAWATAN : TETAP/KONTRAK c JADUAL GAJI: RM 837.00 Minimum – RM 2,619.00 Maksimum d KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM80.00 e

a JAWATAN : PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED J17 b TARAF JAWATAN : Kontrak/Tetap c JADUAL GAJI: RM 931.00 Minimum – RM 3,379.00 Maksimum d KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN :

a JAWATAN : PEMBANTU PENYELIDIK GRED Q17 Kekosongan satu 1 jawatan b TARAF JAWATAN : KONTRAK 6 BULAN c PROJEK : STESEN PENYELIDIKAN LUAR FRIM - KUKUP d JADUAL GAJI: RM