• Tidak ada hasil yang ditemukan

Interaksi rakan sekelas dalam program pendidikan inklusif dari perspektif murid berkeperluan khas - UMS INSTITUTIONAL REPOSITORY

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Interaksi rakan sekelas dalam program pendidikan inklusif dari perspektif murid berkeperluan khas - UMS INSTITUTIONAL REPOSITORY"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

Interaksi rakan sekelas dalam program pendidikan inklusif dari perspektif murid berkeperluan khas

ABSTRAK

Program Pendidikan Inklusif (PPI) ialah pernyertaan Murid Berkeperluan Khas (MBK) dalam pembelajaran di kelas perdana bersama murid perdana. Salah satu cabaran kepada peningkatan bilangan MBK dalam PPI ialah MBK kurang berminat untuk menyertai program ini. MBK yang telah menyertai PPI pula kurang bermotivasi dan segelintirnya kecewa dan mengundur diri. Aspek interaksi rakan sekelas dilihat dapat dieksploitasi untuk menghadapi cabaran ini. Oleh yang demikian, kajian ini telah dilaksanakan untuk mengenalpasti sejauhmana interaksi rakan sekelas dalam PPI dari perspektif MBK. Kajian ini telah dijalankan terhadap 108 MBK Bermasalah Pembelajaran dalam PPI di 14 buah sekolah menengah di 10 daerah di kawasan Pantai Barat Sabah. Kajian ini menggunakan soal selidik yang diadaptasi dari soal selidik “What is Happening in this Class” (WIHIC) yang dibangunkan oleh Fraser et al. (1996) serta data yang diperolehi dianalisis menggunakan IBM SPSS Statistics 20. Kajian mendapati bahawa interaksi rakan sekelas dalam PPI dari perspektif MBK di beberapa sekolah menengah di negeri Sabah ialah di tahap sederhana dengan skor min 3.961 (s.p. 0.496).

Manakala tahap bagi subaspek kejelekitan, penglibatan rakan sekelas dan kerjasama adalah masing-masing dengan skor min 4.004 (s.p. 0.553), 3.727 (s.p. 0.658) dan 4.036 (s.p. 0.549).

Interaksi rakan sekelas di tahap sederhana ini menunjukkan bahawa peluang masih terbentang luas untuk menarik minat lebih ramai MBK yang layak menyertai PPI dengan cara meningkatkan lagi kualiti interaksi rakan sekelas melalui pelbagai program yang sesuai.

Referensi

Dokumen terkait

Persoalan kedua kajian ini ialah berkaitan pola kompetensi PdPC bahasa Melayu guru prasekolah pendidikan khas yang mengikut konstruk iaitu dari aspek kemahiran

Terdapat pelbagai cabaran dalam pelaksanaan Program Transisi Kerjaya (PTK) untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Masalah Pembelajaran (MP), namun terbukti bahawa pihak yang

PERLINDUNGAN HUKUM BAGI ANAK BERKEBUTUHAN KHUSUS DENGAN PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN.. KHUSUS/INKLUSIF DI TINJAU DARI BERBAGAI UNDANG- UNDANG

Secara keseluruhannya pengajaran dan pembelajaran dalam bidang tilawah al-Quran untuk murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bermasalah pendengaran ini menggunakan

Abstrak: Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk meneroka pengetahuan, kefahaman dan cabaran guru pendidikan khas yang mengajarkan bahasa Melayu kepada murid khas masalah

Page 1 KENYATAAN MEDIA USR CGS UniMAP CERIAKAN MURID PENDIDIKAN KHAS SK PUTRA Kangar, 25 April – Prihatin dengan murid-murid program pendidikan khas integrasi masalah pembelajaran

Secara keseluruhannya pengajaran dan pembelajaran dalam bidang tilawah al-Quran untuk murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi PPKI bermasalah pendengaran ini menggunakan rancangan