• Tidak ada hasil yang ditemukan

Islamic Banking, Accounting And Finance International Conference– The 9thiBAF 2020

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Islamic Banking, Accounting And Finance International Conference– The 9thiBAF 2020"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

192

Islamic Banking, Accounting And Finance International Conference–

The 9

th

iBAF 2020

Autonomi Daerah : Kesan Pelaksanaannya terhadap Perkembangan Sistem Perbankan Islam di Negeri Aceh Darussalam

Mujiburrahman Muhammad Saleh

Jabatan Muamalat, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Peti Surat 68, Nilam Puri, 15730 Kota Bharu, Kelantan

Tel : 019-9461041 Email : mujiburrahmanmohdsaleh@gmail.com

Nur Shahidah Ab Hamid

Jabatan Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Peti Surat 68, Nilam Puri, 15730 Kota Bharu, Kelantan

Tel : 014-8220041 Email : nurshahidahhamid@gmail.com

Abstrak

Pasca berlakunya tsunami pada tahun 2004, melalui MoU Helsinki yang dimeteraikan antara pemerintah Republik Indonesia dan Aceh, Negeri Aceh diberikan satu kuasa “Autonomi Daerah” dalam menjalankan pentadbiran negeri. Tujuan dan permasalahan yang dibincangkan dalam artikel ini adalah melihat bagaimana peluang autonomi daerah yang telah diberikan oleh kerajaan Indonesia kepada negeri Aceh dapat digunakan sepenuhnya untuk melaksanakan sistem perbankan Islam. Kajian ini digarap berasaskan metode kualitatif melalui pendekatan deskriptif semula. Hasil dari kajian ini adalah Aceh yang terkenal dengan negeri serambi mekkah ini mengalami keterlambatan dalam pelaksanaan sistem perbankan Islam walaupun sebenarnya pada tarikh 16 Julai 2008 telah disahkan Undang-undang Nomor 21 Tahun 2008 tentang Perbankan Syariah sebagai landasan hukum tersendiri bagi bank syariah di Indonesia namun Qanun Aceh yang mengatur tentang sistem kewangan Islam baru muncul pada tahun 2018. Kesimpulannya, dengan peluang antonomi daerah yang diberikan oleh pemerintah pusat Indonesia kepada negeri Aceh, Aceh perlu mengambil langkah-langkah yang konstruktif bagi memastikan pelaksanaan syariah di negeri tersebut dapat dilaksanakan secara kaffah termasuk dalam bidang sistem perbankan Islam.

Kata kunci : Autonomi Daerah/Khusus, Sistem Perbankan Islam, Negeri Aceh Darussalam.

1.1 PENDAHULUAN

Negeri Aceh Darussalam (NAD) adalah salah satu negeri yang bernaung di bawah pemerintah Republik Indonesia. Statistik dikeluarkan oleh Badan Statistik Indonesia (BPS) pada 2010 jumlah keseluruhan penduduk Indonesia 237.556.633 jiwa yang sebahagian besarnya tertumpu di Pulau Jawa. Daripada keseluruhan jumlah ini sekitar 204 juta orang adalah Muslim. Berdasarkan jumlah ini, Indonesia dikatakan sebagai negara yang berpenduduk Muslim terbesar di dunia. Negeri Aceh pula jumlah penduduknya berjumlah 4.494.410 jiwa (Badan Pusat Statistik Republik Indonesia. 2010) dan Aceh adalah adalah sebuah negeri yang majoriti penduduknya adalah muslim. Negeri ini juga digelar dengan gelaran negeri Serambi Mekah dengan peranannya sebagai pusat penyebaran Islam di Nusantara (Mohd Zailani bin Haji Mohd Yusof. 2001).

Perkembangan perbankan syariah di Indonesia bermula pada tahun 1991 dengan tertubuhnya Bank Muamalat Indonesia (BMI) dan rasmi beroperasi pada tahun 1992 Suryani, S. . 2012). Berdasarkan undang-undang No.23 tahun 1999 dan kemudiannya telah dipinda kepada undang-undang No.3 tahun 2004 tentang Bank Indonesia (BI), menyatakan Indonesia mengaplikasikan sistem kewangan dan perbankan ganda, iaitu sistem syariah dan sistem konvensional. Ertinya berdasarkan undang-undang ini pemerintah Indonesia telah mengakui dan menerima sistem kewangan dan perbankan syariah sebagai salah satu sistem kewangan dan perbankan di Indonesia dan sekaligus telah membantah undang-undang perbankan No 14 tahun 1967 (Mutiara Dwi Sari, Zakaria Bahari, Zahri Hamat. 2013).

(2)

193

Perkara ini juga dinyatakan dalam undang-undang No. 7 tahun 1992 dan telah dipinda menjadi undang-undang No. 10 tahun 1998. Dalam undang-undang No. 10 tahun 1998 tersebut dinyatakan bahawa bank-bank mendapatkan kesempatan yang lebih luas untuk melaksanakan operasinya dengan diperbolehkan menjalankan operasi dual banking system. Pada tahun 2008 pemerintah Indonesia mengeluarkan lagi undang-undang yang lebih komprehensif tentang perbankan syariah iaitu undang- undang No.21 Tahun 2008 dan diikuti dengan undang-undang Sukuk Negara No.19 tahun 2008.

Dengan diberlakukannya undang-undang ini, maka semakin menguatkan lagi landasan hukum kepada sistem kewangan dan perbankan syariah (Mutiara Dwi Sari, Zakaria Bahari, Zahri Hamat. 2013).

Manakala di negeri Aceh, pelaksanaan perbankan syariah di Aceh adalah berasaskan Undang- undang no. 7 tahun 1992 yang telah ditetapkan oleh pemerintah republik Indonesia dan Undang-undang Pemerintah Aceh (UUPA) tahun 2006 sebagaimana termaktub dalam pasal 125 dan Qanun Aceh Nomor 8 Tahun 2014 tentang Asas-asas Syari’at Islam, secara tegas telah mewajibkan bahawa Institusi Kewangan yang beroperasi di Aceh wajib dilaksanakan berdasarkan Prinsip Syariah. (UUPA Nomor 11 Tahun 2006). Jadi dalam masa ini di Aceh adalah sebuah keniscayaan yang tidak boleh ditawar-tawar lagi agar semua pihak terkait wajib mendukungnya. Apa lagi sejak tahun 2016 bank pemerintah daerah (BPD Aceh) telah dipisahkan oleh Menteri Besar (governor) bersama Dewan Undangan Negeri Aceh menjadi Bank Syariah sepenuhnya (Spint Off) (Zaini M. Amin. 2018).

1.2 METODOLOGI

Kajian ini digarap berasaskan metode kualitatif, iaitu kajian yang mengadaptasi metode pengumpulan data melalui penganalisisan kandungan dokumen melalui pendekatan deskriptif dengan merujuk kembali kepada beberapa penulisan sebelum ini yang berkaitan dengan autonomi daerah dan pelaksanaan sistem perbankan Islam di Aceh. Pengumpulan data kajian melalui kajian kepustakaan yang mana rujukan dibuat kepada sumber sekunder melibatkan buku, jurnal, artikel, kertas persidangan, seminar, kertas penyelidikan, tesis, keratan akhbar, carian di internet dan seumpamanya sama ada dalam Bahasa Indonesia, Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Tujuan penulisan ini adalah untuk melihat bagaimana peluang autonomi daerah yang telah diberikan oleh kerajaan Indonesia kepada negeri Aceh dapat digunakan sepenuhnya untuk melaksanakan syariat Islam secara kaffah khususnya dalam bidang perbankan Islam di Aceh.

1.3 SEJARAH PERBANKAN ISLAM DI DUNIA

Perbankan Islam secara umumnya didefinisikan sebagai urusan perbankan yang bebas daripada amalan riba dan berasaskan kepada prinsip-prinsip muamalat Islam yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah (Joni Tamkin Borhan. 2000).

Secara asasnya, praktik dan prinsip dalam perbankan Islam bermula semenjak zaman Rasulullah s.a.w. lagi dan berkembang sehingga ke hari ini. Syariat Islam yang bersifat anjal mampu disesuaikan mengikut peredaran zaman.

Pada era 60-an apabila berlakunya perubahan zaman dan kebanjiran sistem perbankan konvensional di negara-negara umat Islam, para cendikiawan Islam telah mengeluarkan fatwa pengharamkan perbankan konvensional dan mengingatkan masyarakat agar tidak bermuamalat dengan riba. Para cendiakawan juga banyak menulis maqalah-maqalah yang mencadangkan operasi dan alternatif bagi Sistem Perbankan Islam. Kemuncaknya, mereka juga menggesa penubuhan sebuah institusi Islam yang mampu menjadi altenatif kepada sistem perbankan secara konvensional (Dr.

Uthman Syibir. 2007).

Seterusnya pada tahun 1963, perbankan Islam dunia mula mengorak langkah dengan menubuhkan sebuah bank yang berteraskan prinsip syariah namun tidak meletakkan nama Islam iaitu penubuhan Mit Ghamr Local Saving Bank di Mesir. Walaupun tidak menggunakan nama Islam, bank ini menawarkan produk yang selaras dengan syariah. Bank ini menyediakan kemudahan asas bank, seperti akaun simpanan (akaun tabungan), akaun pinjaman, penyertaan ekuiti, pelaburan terus, dan perkhidmatan

(3)

194

sosial. Perkhidmatan berdasarkan prinsip-prinsip syariah yang disediakan oleh bank ini mendapat sambutan hangat oleh penduduk tempatan dan petani-petani. Jumlah penyimpan di bank ini bertambah dengan mendadak iaitu sejumlah 17, 560 penyimpan pada tahun pertama operasinya (1963/1964) meningkat kepada 251, 152 penyimpan pada akhir tahun kewangan 1966/1967. Bagitu juga dengan jumlah wang yang disimpan dalam bank ini. Pada akhir tahun pertama operasi, jumlah deposit hanya sebanyak L 40, 944.00 (mata wang mesir) dan bertambah kepada L 1, 828, 375.00 pada akhir tahun kewangan 1966/1967. Di samping keupayaan menghalang pelanggan-pelanggannya dari pergi kepada peminjam-peminjam wang untuk mendapatkan bantuan kewangan, bank ini turut berjaya menanamkan semangat kepada para pelanggan untuk menganggap bank tersebut kepunyaan mereka sendiri dan inilah salah satu faktor yang menyebabkan bank ini beroleh kejayaan (Sudin Haron. 1996).

Walau bagaimanapun kewujudan bank ini tidak lama. Akibat daripada pertukaran iklim politik di Mesir, operasi bank ini telah diambil alih oleh Bank Kebangsaan Mesir (National Bank of Egypt) dan juga Bank Pusat Mesir (central Bank of Egypt) yang kemudian menukar operasi bank ini kepada sistem riba. Penukaran dari SPI kepada sistem riba menyebabkan merosotnya jumlah penyimpan dan pelanggan yang berurusan dengan bank ini. Namun begitu, kematian sistem tanpa riba tidaklah berpanjangan apabila pada tahun 1971 di bawah pemerintahan Presiden Anwar Sadat, konsep SPI ini dihidupkan semula. Konsep ini diadakan semula apabila kerajaan menubuhkan Nasser Social Bank pada tahun 1972. Seperti Mit Ghamr, operasi Nasser Social Bank adalah berlandaskan hukum Syariah (Sudin Haron. 1996).

Keperluan untuk menubuhkan bank berlandaskan prinsip syariah ini memuncak terutamanya pada tahun-tahun 1970 –an. Namun begitu, penubuhan bank Islam ini digerakkan oleh individu-individu dan kebanyakannya bukan atas usaha kerajaan sesebuah negara. Proses penubuhan bank ini juga berbeza antara sesebuah Negara Islam dengan Negara Islam yang lain. Almarhum Raja Faisal bin Abdul Aziz Al-Saud dari Arab Saudi dianggap sebagai orang yang memainkan peranan penting dan memberi sumbangan besar terhadap perkembangan ekonomi Islam dan SPI. Bagindalah yang mengusahakan Pertubuhan Negara-negara Islam atau lebih dikenali sebagai Organization of Isamic Conferences (OIC). Raja Faisal jugalah yang menyaran setiap Negara Islam menubuhkan SPI. Penubuhan Islamic Development Bank pada tahun 1975 dianggap sebagai pendorong kepada penubuhan bank-bank Islam di Negara Islam. Sebagai contoh, Dubai Islamic Bank juga telah ditubuhkan pada tahun yang sama, iaitu pada tahun 1975. Pada tahun 1977, terdapat tiga buah lagi bank Islam ditubuhkan iaitu Faisal Islamic Bank of Egypt, Faisal Islamic Bank of Sudan dan Kuwait Finance House. Senarai bank-bnak Islam yang ditubuhkan pada tahun 1970-an dan awal tahun 1980-an ditunjukkan dalam jadual 1.1.

Walaupun pada permulaannya penubuhan bank Islam di Negara-negara Islam adalah atas daya usaha individu-individu tertentu, tetapi sokongan padu kerajaan adalah penting bagi menjamin kejayaan bank-bank yang ditubuhkan itu (Sudin Haron. 1996).

Jadual 1.1 Senarai Bank-bank Islam

NAMA NEGARA TARIKH

PENUBUHAN

Nasser Social Bank Mesir 1972

Islamic Development Bank Arab Saudi 1975

Dubai Islamic Bank Emiriyah Arab Bersatu 1975

Faisal Islamic Bank of Egypt Mesir 1977

Kuwait Finance House Islamic Banking System Kuwait 1977

International Holding Luxemburg 1978

Jordan Islamic Bank Jordan 1978

Bahrain Islamic Inv. Company Bahrain 1981

Islamic International Bank for Investment & Development Mesir 1981

Al-Baraka Investment and Development Bank Arab Saudi 1982

Saudi-Philipine Islamic Development Bank Arab Saudi 1982

Bank Islam Malaysia Berhad Malaysia 1983

Islami Bank Bangladesh Limited Bangladesh 1983

Islamic Bank International Denmark 1983

Tadamon Islamic Bank Sudan 1983

(4)

195

Qatar Islamic Bank Qatar 1983

Bait Ettamouil Saudi Tounsi Tunisia 1984

West Sudan Islamic Bank Sudan 1985

Al-Baraka Turkish Fin. House Turki 1985

Faisal Finance Institution Inc. Al-Rajhi Company for Currency

Exchange & Commerce Arab saudi 1985

Al-Ameen Islamic & Financial Inv. Corp. India Ltd India 1985

1.4 SEJARAH PERBANKAN ISLAM DI INDONESIA

Sebagaimana perkembangan pemikiran perbankan syariah di dunia khususnya negara-negara Islam, Indonesia juga tidak lari dari tuntutan pemikiran cendekiawan-cendekiawan muslim Indonesia. Di Indonesia sepanjang awal abad ke-20, sistem kewangan syariah sekadar menjadi bahan diskusi dan retorika (Suryani, S. 2012).

Indonesia sebagai negara majoriti penduduk Muslim terbesar di dunia, muncul pemikiran tentang perlunya menerapkan perbankan berteraskan syariah yang dimulai pada 1974. Hadirnya gagasan pemikiran perbankan berteraskan syariah dalam sebuah seminar Hubungan Indonesia-Timur Tengah yang diadakan oleh Lembaga Studi Ilmu-Ilmu Kemasyarakatan (LSIK). Perkembangan pemikiran tentang perlunya umat Islam Indonesia memiliki perbankan Islam sendiri mulai sejak itu, seiring munculnya kesedaran baru kaum intelektual dan cendekiawan muslim dalam mengukuhkan ekonomi masyarakat.

Pada awalnya memang terjadi perdebatan yang berpanjangan mengenai hukum bunga bank dan hukum zakat vs cukai di kalangan para ulama, cendekiawan dan intelektual muslim. Perbezaan pandangan di kalangan ulama Indonesia mengenai bunga terbahagi pada tiga kelompok iaitu; kelompok yang menghalalkan, kelompok yang mengatakan syubhat dan kelompok yang mengharamkan. Hal ini sangat menentukan respon masyarakat terhadap bank syariah (Suryani, S. 2012).

Adanya perbezaan di kalangan umat Islam tidak menghalang penubuhan perbankan syariah di Indonesia, permulaan praktik perbankan Islam di Indonesia dimulai pada awal tahun 1980-an, melalui diskusi-diskusi bertemakan bank Islam sebagai tunjang ekonomi Islam.

Cadangan lebih khusus mengenai pendirian bank Islam di Indonesia baru dilakukan tahun 1990. Pada tanggal 18-20 Ogos tahun tersebut, Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengadakan diskusi bunga bank dan perbankan di Cisarua, Bogor, Jawa Barat. Hasil diskusi tersebut kemudian dibahas lebih mendalam pada Musyawarah Nasional IV MUI di Jakarta 22 – 25 Ogos 1990, yang menghasilkan amanat bagi pembentukan jawatankuasa kerja bank Islam di Indonesia. Jawatankuasa ini dinamakan sebagai “Tim Perbankan MUI” dengan diberi tugas untuk melakukan pendekatan dan konsultasi dengan semua pihak yang terkait. Sebagai hasil kerja Tim Perbankan MUI tersebut adalah berdirinya PT. Bank Muamalat Indonesia (BMI), yang sesuai akta pendiriannya, berdiri pada tanggal 1 November 1991 (Karim, Adiwarman A. 2004). Sejak tanggal 1 Mei 1992, BMI beroperasi secara rasmi dengan modal awal sebesar Rp. 106.126.382.000,-. Sehingga bulan September 1999, BMI telah memiliki lebih dari 45 cawangan yang tersebar di seluruh wilayah Indonesia.

Setelah berdirinya Bank Muamalat Indonesia (BMI) yang diikuti oleh berdirinya Bank Pembiayaan Rakyat Syariah (BPRS) lainnya dan terbukti perbankan syariah tidak terkesan dengan krisis kewangan pada tahun 1998 maka akhirnya perbankan-perbankan konvensional pula membuka kaunter-kaunter perbankan syariah. Selanjutnya, perbankan syariah dikuatkan lagi oleh Undang-undang No. 21 Tahun 2008 tentang Perbankan Syariah. Undang-undang ini sudah merupakan peraturan secara keseluruhan mengenai sistem dan operasi perbankan syariah secara mandiri, maksudnya akta mengenai perbankan syariah dan konvensional diatur dalam undang-undang yang berbeza. Sejak diberlakukannya UU No. 7 Tahun 1992 tentang Perbankan, sebagaimana telah diubah dengan UU No. 10 Tahun 1998, bank syariah secara rasmi telah diperkenalkan kepada masyarakat dan dengan diberlakukannya Undang-Undang No. 21 Tahun 2008 tentang Perbankan Syariah yang terbit tanggal 16 Juli 2008, maka pengembangan industri perbankan syariah di Indonesia semakin memiliki landasan undang-undang yang memadai serta akan mendorong pertumbuhannya secara lebih cepat lagi (Suryani, S. 2012).

Sehingga tahun 2019, perbankan syariah mencatatkan perkembangan dan pertumbuhan yang baik. Keseluruhan aset berjumlah Rupiah 538,32 Triliion dan pertumbuhan aset sebanyak 9.93 %.

Keseluruhan perkembangan dan pertumbuhan bank syariah di Indonesia pada tahun 2019 terdapat dalam jadual 2 (Laporan Perkembangan Kewangan Syariah Indonesia yang dikeluarkan oleh Otoriti Jasa Kewangan (OJK) Indonesia tahun. 2019).

(5)

196

Jadual 2. Indikator Utama Perbankan Syariah 2019 Industri

Perbankan Jumlah

Institusi Jumlah

Kantor Aset

Triliun Rp PYD

Triliun Rp DPK Triliun Rp

Bank Umum Syariah 14 1.919 350,36 225,15 288,98

Unit Usaha Syariah 20 381 174,20 130,04 127,58

Bank Pembiayaan Rakyat

Syariah 164 617 13,76 9,94 8,73

Total 198 2.917 538,32 365,13 425,29

1.5 AUTONOMI KHUSUS DAN SYARIAT ISLAM DI ACEH

Perjuangan Aceh untuk mendapatkan kebenaran melaksanakan hukum syariat Islam sudah sejak sekian lama ketika zaman pemerintah Soekarno di mana ketika itu pemimpin Aceh yang terkenal Tengku Daud Beureueh sudah memohon berkali-kali dari pemerintah pusat namun gagal ditunaikan oleh soekarno sehingga penolakan ini berakibat munculnya gerakan menentang kerajaan yang berlanjut sehingga puluhan tahun (Ali Geno Berutu. 2016).

Ali Geno Berutu dalam tulisan yang bertajuk “Penerapan Syariat Islam Aceh Dalam Lintas Sejarah” membahagikan sejarah pelaksanaan syariat Islam di Aceh kepada tiga tahap, di antaranya, tahap pertama ; pada zaman awal kemerdekaan Indonesia sampai tahun 1959, tahap kedua ; zaman kemerdekaan (1959-1998), dan tahap ketiga ; zaman reformasi (1999 sampai sekarang).

Zaman awal kemerdekaan Indonesia sehingga tahun 1999 dimana ketika itu Indonesia telah memasukan kepada fasa baharu dari sejarah iaitu zaman reformasi yang ditandai dengan jatuhnya presiden Soeharto, sebuah harapan baharu muncul kepada masyarakat Aceh dengan dikeluarkannya undang-undang no. 44 tahun 1999 tentang pemberian hak istimewa kepada Provinsi Daerah Istimewa Aceh dimana undang-undang ini mengambil kira kepentingan Aceh dalam bidang agama, adat istiadat tempatan dan peranan ulama dalam berbangsa dan bernegara (Misran. 2012). Sebagai langkah awal untuk melaksanakan syariat Islam di Aceh dan respon positif dari munculnya undang-undang tersebut, maka kerajaan negeri Aceh menerbitkan Peraturan Daerah (Perda) no.5 tahun 2000 yang mengatur tentang pelaksanaan syariat Islam. Namun Perda tidak berjalan dengan efektif sehingga terjadilah pindaan terhadap Undang-undang No. 44 Tahun 1999 menjadi UU No. 18 Tahun 2001 tentang Autonomi Khusus dan sekaligus mengubah nama Provinsi Daerah Istimewa Aceh menjadi Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam (Provinsi NAD). Di dalam UU Autonomi Khusus (UU Otsus) bagi Aceh yang ditandatangani oleh Presiden Megawati Soekarno Putri ini terdapat beberapa instrumen yang menjadi dasar pelaksanaan syariat Islam di Aceh diantaranya adalah Mahkamah Syar’iyah dan Qanun Pemerintahan Aceh (Ali Geno Berutu. 2016).

Di antara kebijakan yang diambil kerajaan Indonesia bagi mengakhiri konflik berpanjangan antara kerajaan pusat dan negeri Aceh adalah dengan digubalnya Undang-undang no.18 tahun 2001 tentang Autonomi Khusus (UU Otsus) bagi provinsi Nanggroe Aceh Darussalam (NAD) bagi melengkapi UU No. 44 Tahun 1999 tentang Keistimewaan Provinsi NAD yang mencantumkan empat keistimewaan asas bagi Aceh, di antaranya :

(1) keistimewaan dalam menyelenggarakan kehidupan beragama dalam bentuk pelaksanaan syariat Islam bagi pemeluknya;

(2) keistimewaan dalam menyelenggarakan pendidikan;

(3) keistimewaan dalam menyelenggarakan kehidupan adat; dan

(4) keistimewaan menempatkan peran ulama dalam penetapan kebijakan (Pasal 11 UU No. 44 Tahun 1999 tentang Keistimewaan Aceh, Pasal 9 dan 11 UU No. 18 Tahun 2001 tentang Otsus).

Setelah berlakunya peperangan yang berkepanjangan antara kerajaan Indonesia dan Gerakan Aceh Merdeka (GAM) serta pasca berlakunya tragedi tsunami yang melanda Aceh pada tahun 2004, kerajaan Indonesia telah melakukan perdamaian dengan GAM dengan menandatangani memorandum persefahaman antara kedua-dua pihak iaitu MoU Helsinki. MoU yang ditandangani disaksikan oleh mantan presiden Finland ini, mengandungi beberapa perkara penting bagi membolehkan Aceh menjalankan syariat Islam iaitu keperluan dikeluarkan satu undang-undang khusus tentang pemerintahan Aceh (UUPA) dan juga Qanun Aceh akan disusun kembali dengan menghormati tradisi sejarah Aceh dan adat istiadat rakyat Aceh serta mencerminkan keperluan hukum terkini Aceh (MoU antara Pemerintah Republik Indonesia dan Gerakan Aceh Merdeka. Tahun 2005). Rentetan dari MoU ini, maka pemerintah Indonesia telah menerbitkan Undang-undang No.11 tahun 2006 tentang

(6)

197

Pemerintah Aceh (UUPA). Dalam UUPA ini dinyatakan secara khusus bahawa syariat Islam yang dilaksanakan di Aceh meliputi akidah, akhlak dan syariah. Syariah yang dimaksudkan adalah meliputi ibadah, ahwal al-syakhsiah, muamalat, jinayat, qadha’ syarie, tarbiyah, dakwah, syiar dan pembelaan Islam (Undang-undang Republik Indonesia No.11 tahun 2006).

Maka, dengan kuasa yang diberikan oleh inilah kerajaan negeri Aceh menyusun dan menggubal beberapa Qanun Syariat Islam untuk diaplikasikan di Aceh.

1.6 QANUN LEMBAGA KEWANGAN SYARIAH (LKS) ACEH TAHUN 2018

Negeri Aceh adalah satu-satunya negeri di Indonesia yang memiliki undang-undang tersendiri dalam bidang perbankan Syariah dan uniknya undang-undang ini hanya membenarkan perbankan syariah sahaja yang beroperasi di Aceh. Formalisasi dan legalisasi syariat Islam di Aceh merupakan hasil dari konflik yang berkepanjangan antara Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dengan Pemerintah Republik Indonesia (Latief, H. M. A. 2012).

Selaku daerah istimewa, Aceh memiliki kuasa khusus untuk mentadbirurus sendiri hal ehwal pemerintahan dan kepentingan masyarakat setempat, salah satunya adalah pelaksanaan kehidupan beragama. Dalam mewujudkan ekonomi masyarakat Aceh yang adil dan sejahtera dalam naungan Syariat Islam, Pemerintah Daerah Aceh telah mengeluarkan kebijakan Qanun Aceh Nomor 11 Tahun 2018 tentang Lembaga Kewangan Syariah. Latar belakang disusunnya Qanun Lembaga Kewangan Syariah ini adalah menjadikan prinsip syariah Islam sebagai satu-satunya landasan dalam transaksi kewangan di Aceh. Dengan diberlakukannya Qanun Lembaga Kewangan Syariah di Aceh, maka institusi kewangan yang beroperasi di Aceh harus sesuai dengan prinsip syariah. Hal tersebut bererti institusi kewangan konvensional yang berada di Aceh harus menyesuaikan operasinya agar sesuai dengan prinsip syariah paling lambat 3 (tiga) tahun sejak Qanun diundangkan atau 4 Januari 2022 (Laporan Perkembangan Kewangan Syariah yang dikeluarkan oleh Otoriti Jasa Kewangan Indonesia.

tahun 2019).

Qanun Institusi Kewangan Islam Aceh ini terdiri dari 9 bab dan 61 pasal sepertimana yang digmbarkan dalam jadual berikut :

BAB TAJUK

Bab Satu Ketentuan Umum

Bab Kedua Jenis, Pendirian, Kepemilikan, dan Perizinan

Bab Ketiga Bank Syariah

Bab Keempat Institusi Kewangan Non- Bank

Syariah

Bab Kelima Kegiatan Usaha dan Cakupan

Wilayah Usaha

Bab Keenam Dewan Pengawas Syariah, Dewan

Syariah Aceh, dan Dewan Syariah Perbandaran

Bab Ketujuh Tanggungjawap Kerajaan Negeri

dan Perbandaran

Bab Kelapan Perlindungan Pelanggan, Rakan

Kongsi, Institusi Kewangan dan Penjaminan

Bab Kesembilan Pembinaan, Pengaturan dan

Pengawasan

Bab Kesepuluh Denda Pentadbiran

Bab Kesebelas Tempoh Transisi

Bab Keduabelas Penutup

1.7 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Kuasa autonomi daerah yang diberikan oleh pemerintah Indonesia yang diberikan kepada Aceh sejak tahun 2001 telah digunakan sebaik mungkin oleh kerajaan negeri Aceh untuk melaksanakan syariat

(7)

198

Islam yang telah diperjuangkan sejak sekian lama. Namun, pelaksanaan syariat Islam dalam kerangka autonomi daerah ini, kerajaan Aceh lebih memberikan keutamaan kepada pelaksanaan hukum Jinayat dan Uqubat pada peringkat awalnya, manakala sistem perbankan Islam baru mampu diterjemahkan sepenuhnya melalui Qanun Institusi Kewangan Islam (LKS) Aceh pada tahun 2018 yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Aceh (Qanun Aceh, No.11 tahun 2018 tentang Lembaga Keuangan Syariah).

Walaupun awal berkembangnya perbankan syariah di Indonesia pada tahun 1992 dengan ditubuhkan Bank Muamalat, namun perkara tersebut tidak berkembang di Aceh dalam tempoh yang singkat. Di antara faktor yang menyebabkan lamanya tempoh masa perkembangan perbankan syariah di Aceh adalah konflik yang berkepanjangan antara kerajaan pusat dan masyarakat Aceh sehingga konflik yang berlaku ini direspon oleh masyarakat Aceh dengan mengambil pendekatan Muwajahah Silahiyyah/ Harbiyyah (perang) demi menuntut keadilan dari kerajaan pusat. Hal ini berbeza dengan apa yang berlaku di negeri Kelantan pada tahun 1990, walaupun berlaku perbezaan parti yang memerintah antara pusat dan negeri, namun kerajaan negeri Kelantan yang ketika itu diperintah oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengambil pendekatan Muwajah Silmiyyah, iaitu pendekatan damai dengan masuk bertanding dalam sistem pilihanraya dan PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990.

Kemenangan yang diperolehi ini dijadikan sebagai peluang untuk melaksanakan syariat Islam secara bertahap di Kelantan walaupun kuasa kerajaan negeri adalah terhad. Bermula tahun 1983 contohnya, penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) merupakan tunas pertama yang lahir daripada kepada perbankan Islam yang pertama di Malaysia. Selepas tahun 1991, sistem perbankan Islam mulai berkembang dengan pesat bermula tindakan Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan al-Marhum Dato’

Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat mengeluarkan semua simpanan wang Kerajaan Negeri dari dalam bank-bank yang mengamalkan sistem riba dan memasukkan ke dalam BIMB. Bermula dari situlah, sistem perbankan Islam di Malaysia mulai bercambah dan tumbuh bagaikan tumbuhnya cendawan selepas hujan sebagaimana yang dapat disaksikan pada hari ini (Mohamed Fadzli bin Dato’ Haji Hassan. 2017).

Pada tahun 2018, dengan kuasa autonomi daerah yang diberikan pemerintah Indonesia kerajaan negeri Aceh telah berjaya mengeluarkan satu undang-undang khusus yang berkaitan dengan kewangan dan perbankan Islam untuk dilaksanakan di Aceh. Undang-undang yang dimaksudkan adalah Qanun Lembaga Kewangan Syariah (LKS) Aceh dimana qanun ini menjadi punca kuasa mutlak kerajaan Aceh untuk melaksanakan sistem perbankan Islam di Aceh (Al Yasa’ Abubakar dan M. Daud Yoesoef, 2004). Apa yang menarik dari qanun ini adalah semua institusi kewangan yang beroperasi di Aceh wajib mengikut syariat Islam bermula tahun 2018 yang lalu. Pihak otoritas jasa kewangan Indonesia (OJK) telah memberikan tempoh masa transisi selama tiga (3) tahun bermula tahun 2018 sehingga 2021 kepada semua institusi kewangan konvensional yang masih belum beralih ke perbankan syariah di Aceh. Inilah satu anugerah dan hadiah terbesar yang diperoleh oleh masyarakat Islam Aceh setelah melalui tribulasi perjuangan berdarah-darah yang sangat panjang dengan mengorbankan jutaan nyawa manusia. Maka sudah selayaknya peluang keemasan ini mesti digunakan oleh kerajaan dan msyarakat Aceh untuk melaksanakan sepenuhnya sistem perbankan yang patuh syariah dengan efektif.

Dengan izin Allah SWT, pada tahun 2022 dunia akan menyaksikan bahawa tidak ada perbankan yang beroperasi di Aceh melainkan perbankan Islam sahaja.

Berikut adalah beberapa cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan Aceh agar pelaksanaan sistem perbankan Islam di Aceh dapat berjalan secara efektif pada peringkat ini, di antaranya :

1. Sosialisasi.

Kerajaan negeri mesti mengambil peranan secara aktif dalam memberikan pengetahuan dan penerangan tentang sistem perbankan Islam kepada semua lapisan masyarakat.

Penerangan ini boleh dibuat dengan merancakkan penganjuran seminar, wacana ilmiah dan kuliah maghrib secara tersusun di masjid-masjid seluruh negeri Aceh.

2. Sumber Manusia dan Kepakaran.

Di antara faktor kejayaan sebuah sistem adalah wujudnya sumber manusia dan pakar bidang yang mampu melaksanakan sistem dengan baik. Maka, tugas ini mesti dikolaborasikan antara pihak kerajaan negeri, perbankan dan institusi pengajian tinggi di Aceh bagi menjayakan agenda melahirkan pakar-pakar bidang perbankan Islam yang berkompeten.

3. Pondok Pesantren.

Di antara kekuatan masyarakat Islam di Aceh adalah wujudnya pondok-pondok pesantren yang banyak di Aceh. Pondok-pondok ini telah memainkan peranan yang sangat penting dalam menjayakan pelaksanakan syariat Islam di Aceh. Maka selayaknya Institusi Pondok ini dilibaturus dalam menjayakan pelaksanaan sistem perbankan Islam di Aceh.

(8)

199

Semoga dengan penglibatam semua pihak ini, sistem perbankan Islam di Aceh dapat diterima dengan baik oleh semua lapisan masyarakat dan mampu berkembang setanding dengan perbankan konvensional di Indonesia.

1.8 KESIMPULAN

Negeri Aceh merupakan salah satu negeri bahagian dari pemerintah Indonesia yang terkenal dengan gelaran bumi Serambi Mekah dengan majoriti penduduknya adalah muslim. Walaupun perbankan Islam pertama muncul di Indonesia pada tahun 1992 namun perkembangannya dan pelaksanaannya sistem perbankan Islam tidak begitu memberi kesan yang signifikan di Aceh. Namun dengan kuasa autonomi khusus yang diberikan oleh pemerintah Indonesia kepada Aceh, mereka memiliki peluang untuk melaksanakan syariat Islam secara kaffah termasuk dalam bidang system perbankan Islam, dimana bermula tahun 2018 semua institusi kewangan yang beroperasi di Aceh diberikan tempoh transisi dari sistem konvensional kepada sistem patuh syariah sepenuhnya selama tiga tahun. Dengan erti kata lain, pada tahun 2021 dapat dipastikan bahawa tiada lagi institusi kewangan konvensional beroperasi di Aceh.

1.9 RUJUKAN

Sudin Haron, 1996. Prinsip dan Operasi Perbankan Islam , Berita Publishing Sdn. Bhd., Kuala Lumpur Joni Tamkin Borhan, 2000. “Pemikiran Perbankan Islam: Sejarah dan Perkembangannya”, Jurnal Usuluddin, Bil 12, Disember 2000, Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya.

Al Yasa’ Abubakar dan M. Daud Yoesoef, 2004. Qanun Sebagai Peraturan Pelaksanaan Otonomi Khusus di Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam, Jurnal Legislasi Indonesia, Vol.1, No.3 – November 2004

Uthman Syibir, 2007. Al-Muamalat Al-Maliah Al-Mu’asarah fi al-fiqh al-Islami, Dar al-Nafais, Amman.

Suryani, S. ,2012. Sistem Perbankan Islam di Indonesia: Sejarah dan Prospek Pengembangan. Muqtasid: Jurnal Ekonomi dan Perbankan Syariah, 3(1), 111-131.

Latief, H. M. A. ,2012. Disonansi Qanun Syariat Islam dalam Bingkai Konstitusi Hukum Indonesia : Aceh sebagai Studi Kasus.

Mutiara Dwi Sari, 2013. Perkembangan Perbankan Syariah di Indonesia ; Satu Tinjauan, Jurnal Aplikasi Bisnis, Vol.3, No.2, April 2013.

Ali Geno Berutu, 2016. Penerapan Syariat Islam di Aceh dalam Lintas Sejarah, Jurnal Hukum, Vol. 13.

Zaini M. Amin, 2018. Perbankan Syariah dalam Bingkai Undang-undang Pemerintah Aceh (UUPA) tahun 2006, Jurnal Al-Ijtimaiyyah/Vol. 4, No. 2, Juli-Desember 2018.

Mohamed Fadzli bin Dato’ Haji Hassan, 2017, Salaman dan Keadilan, Kertas Kerja sempena Wacana Keputeraan Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V tahun 1439H/ 2017M.

Laporan Perkembangan Kewangan Syariah Indonesia yang dikeluarkan oleh Otoriti Jasa Kewangan (OJK) Indonesia tahun 2019.

Undang-undang Republik Indonesia No. 7 tahun 1992 tentang Perbankan.

Undang-undang Republik Indonesia No. 10 tahun 1998 tentang Perubahan UU. Perbankan.

Undang-undang Republik Indonesia No. 44 tahun 1999 tentang Penyelenggaraan Keistimewaan Aceh.

Undang-undang Republik Indonesia No. 18 tahun 2001 tentang Autonomi Khusus Pemerintah Nanggroe Aceh Darussalam.

Undang-undang Republik Indonesia No. 11 tahun 2006 tentang Pemerintahan Aceh (UUPA).

Undang-undang Republik Indonesia No. 21 tahun 2008 tentang Perbankan Syariah.

Qanun Aceh, No.11 tahun 2018 tentang Lembaga Keuangan Syariah.

Referensi

Dokumen terkait

Dan terkait dengan implikasi/saran yang bisa peneliti berikan berdasarkan hasil dari penelitian ini, yakni: (1) Dengan hasil penelitian ini, diharapkan kepada semua pihak

Kajian ini dijalankan bagi menganalisis kestabilan perbankan Islam dengan menggunakan beberapa Petunjuk Kestabilan Kewangan (FSIs) yang diperkenalkan oleh

However, Microfinance bank is based on promoting the interest of low-income earner to access the financial institution at a lower level for those traditionally

Dalam kajian ini, terdapat empat hipotesis nol yang diuji: (i) Tidak wujud hubungan yang signifikan antara deposit permintaan perbankan Islam dengan kadar pulangan

ATTITUDE TOWARD ISLAMIC BANK AWARENESS RELIGIOUS BELIEFS Religion RESPONDENTS PROFILE Age Group Gender Country Programme Academic Year Knowlegde Islamic banking and finance