• Tidak ada hasil yang ditemukan

Islamic Banking, Accounting And Finance International Conference The 9 th ibaf 2020

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Islamic Banking, Accounting And Finance International Conference The 9 th ibaf 2020"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

226

Islamic Banking, Accounting And Finance International Conference–

The 9

th

iBAF 2020

Sentimen Akhbar Bahasa Malaysia Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1: Analisa Kandungan Ekonomi dan Kepenggunaan

Mohammad Noorizzuddin Nooh

Faculty of Economics and Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan Malaysia

Tel: +606 798 6460 E-mail: noorizzuddin@usim.edu.my

Nur Aimie Syarmimi Bt Jaafar

USIM Tijarah Holdings Sdn Bhd, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan Malaysia Tel: +601114790049 E-mail: aimiesyarmimi@yahoo.com

Abstrak

Penyampaian berita memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat terutama ketika sesuatu krisis berlaku. Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah menyebabkan berlakunya perubahan lanskap dalam kita menjalankan kehidupan seharian sehinggakan ianya digelar sebagai norma baharu. Akhbar memainkan perananan yang penting dalam penyampaian berita kepada khalayak masyarakat dengan menetapkan tona dan nada berita yang ingin disampaikan ketika berlakunya sesuatu krisis. Kertas ini bertujuan untuk mengupas tema-tema utama berkaitan ekonomi dan kepenggunaan yang disiarkan di akhbar-akhbar utama Bahasa Malaysia di sepanjang Fasa 1 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlansung dari 18 sehingga 31 Mac 2020. Pendekatan analisis kandungan telah digunakan untuk mendapatkan tema- tema utama berita berkaitan ekonomi dan kepenggunaan yang disiarkan disepanjang tempoh 2 minggu tersebut. Dapatan telah menunjukkan bahawa tema-tema utama untuk kedua-dua isu tersebut berkisar mengenai tanggungjawab kerajaan dalam mempastikan bekalan barangan asas mencukupi. Selain itu tema-tema utama yang berkisar mengenai peranan kerajaan dalam meransang ekonomi dengan memperkenalkan bantuan-bantuan umum dan khas untuk rakyat serta penerangan mengenai prosedur sektor ekonomi untuk beroperasi juga menjadi keutamaan untuk disiarkan di akbar-akhbar utama Bahasa Malaysia. Secara kesimpulan, nada yang ingin disampaikan oleh kedua-dua akhbar ini adalah bersifat positif yang memperlihatkan usaha kerajaan dalam memberi penerangan kepada rakyat mengenai perubahan norma kehidupan disamping memperkenalkan bantuan-bantuan yang akan diberikan oleh kerajaan disebabkan berlakunya Pandemik COVID-19 ini.

Katakunci: COVID-19; Kepenggunaan; Ekonomi; Berita; Akhbar; Analisis Kandungan

1. Pengenalan

Pandemik COVID-19 telah menzahirkan kesan yang belum pernah terjadi sebelumnya kepada seluruh dunia. Ini adalah satu peristiwa besar yang berlaku yang memerlukan penilaian dan tindakbalas yang pantas. Banyak negara telah membuat keputusan yang sukar untuk ‘menutup’ negara mereka untuk mengekang penularan wabak ini. Malaysia adalah antara negara pertama yang melaksanakan Perintah Kawalan Gerakan atau Sekatan di Asia Tenggara berikutan krisis wabak COVID-19 yang semakin meruncing. Wabak Coronavirus (COVID-19) adalah penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan penyakit pernafasan, seperti selesema dengan gejala batuk, demam dan kesukaran bernafas yang boleh menyebabkan kematian. Sebagai langkah untuk membendung wabak ini, Perdana Menteri Malaysia telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1 pada 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020. Perintah ini adalah bersandarkan pada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 (Majlis Keselamatan Negara, 2020)

Pada 25 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020 (Fasa 2) dan pada 10 April 2020, sekali lagi PKP telah dilanjutkan tempohnya sehingga 28 April 2020 (Fasa 3). Seterusnya pada 23 April 2020, Perdana Menteri mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4 akan dilanjutkan sehingga 3 Mei 2020.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat mula diperkenalkan pada 4 Mei 2020 dengan objektif utamanya adalah untuk membuka

kembali ekonomi nasional secara berstruktur dan ini membolehkan pengoperasian semula di beberapa sektor ekonomi, tetapi

harus mengikuti peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Pada 7 Jun 2020. Perdana Menteri

mengisytiharkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan berakhir pada 9 Jun dan digantikan dengan

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). yang berkuat kuasa dari 10 Jun hingga 31 Ogos 2020 dan pada 28 Ogos 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah diumumkan akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020. Pemantauan

dilakukan dari semasa ke semasa untuk mempastikan agar masyarakat dapat mematuhi SOP dalam norma baharu agar dapat

diputuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini.

(2)

227

Kebanyakan kajian berkenaan media yang dilaksanakan ketika pandemik COVID-19 berkisar mengenai isu penyebaran berita palsu. Md Saiful Islam et. al. (2020) telah menjalankan kajian berkenaan 2,311 berita mengenai khabar angin, stigma dan teori konsipari di 87 negara dan mendapati kebanyakan berita palsu tersebut berkisar mengenai kaedah jangkitan penyakit dan juga kadar kematian. Selain itu, kewujudan berita yang mengelirukan juga telah mempengaruhi kesihatan mental pelancong dari China (Zheng, Goh, & Wen, 2020). Kajian yang dilaksanakan oleh Brennen et. al. (2020) telah mendapati bahawa 59% daripada maklumat yang tidak tepat di dalam berita adalah berita yang telah diolah semula dari berita asal manakala 38% daripadanya adalah berita yang dicipta sendiri.

Kajian-kajian media massa yang lain daripada Shelby et. al. (2020), Aslam et. al. (2020), dan Jurkowitz (2020) berkisar mengenai sentimen yang dimainkan oleh akhbar dan televisyen berkenaan isu COVID-19 pada suku pertama tahun 2020.

Kriteria seperti ketakutan, kepercayaan, kesedihan dan marah banyak mempengaruhi sentimen pembaca terhadap berita yang disiarkan ketika pandemic COVID-19. Satu kajian berkenaan Surat kepada Pengarang telah dijalankan ke atas akhbar The Star Online oleh Siti Aesiha dan Syamimi telah mendapati bahawa surat yang merujuk kepada pandemic COVID-19 memiliki konotasi yang negatif serta sarat dengan emosi (Joharry & Turiman, 2020). Satu kajian mengenai kepenggunaan telah dijalankan oleh S.M. Yasir Arafat et. al. (2020) mendapati bahawa kebanyakan laporan pembelian panik yang membincangkan mengenai sebab dan impak berlaku di negara membangun.

2. Metod Kajian

Berita mengenai ekonomi dan kepenggunaan yang dikaji adalah berdasarkan berita yang telah disiarkan di dalam media cetak utama Bahasa Malaysia iaitu akhbar Berita Harian dan Harian Metro. Menurut NSTP, jumlah pembaca Harian Metro telah meningkat sehingga mencecah kepada angka 3 juta pada tahun 2019 berbanding 106,000 orang pada tahun 1993 (NSTP, 2020).

Akhbar ini adalah merupakan tabloid Bahasa Malaysia yang paling laris di pasaran. Khalayak pembaca bagi Harian Metro adalah mereka yang berumur antara 18 – 35 tahun manakala untuk Berita Harian adalah untuk mereka yang berumur 35 tahun ke atas (Prima, 2020). Untuk kajian ini, penulis merasakan kriteria spektrum khalayak pembaca telah dipenuhi kerana kedua-dua akhbar Bahasa Malaysia ini mempunyai khalayak pembaca bermula dari 18 tahun ke atas yang merangkumi golongan belia dan golongan dewasa.

Kaedah yang telah digunakan oleh penulis ialah kaedah analisa kandungan. Kaedah ini dipilih atas kesesuaian dengan bentuk kajian yang dijalankan. Berita yang di analisa adalah berita bercetak dan bukannya berita yang bercorak digital. Berita-berita bercetak ini dikumpulkan secara fizikal dari tarikh 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020. Ini adalah bersesuaian dan berpadanan dengan tarikh Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1 yang dilaksanakan di seluruh Malaysia selama 2 minggu pada ketika itu.

Berita-berita ini diambil hanya dari ruangan berita tempatan dan nasional tidak termasuk ruangan bisnes.

Kaedah analisa akan di bahagikan kepada dua bahagian. Pertama, berita-berita dari akhbar Harian Metro dan Berita Harian di asingkan mengikut tajuk, isu dan tema di bawah dua isu iaitu ekonomi dan kepenggunaan. Kedua, pengiraan frekuensi dilaksanakan bagi gabungan tema yang terhasil dan pengiraan kumulatif peratusan akan dibuat atas tema yang terhasil.

3. Dapatan dan Perbincangan

Jadual 1 dan 2 menunjukkan tajuk-tajuk berita berkaitan perihal ekonomi dari tempoh 18 – 31 Mac 2020. Berita berkaitan ekonomi dari kedua-dua akhbar tersebut telah diasingkan mengikut tajuk isu dan tema. Bagi tempoh tersebut sebanyak 18 berita ekonomi di akhbar Berita Harian dan sebanyak 13 berita ekonomi di akhbar Harian Metro.

Jadual 1: Surat Khabar Berita Harian (Ekonomi)

TAJUK BERITA ISU TEMA

RESTORAN DIBUKA TAPI DIBELI

BUNGKUS Premis boleh membuka restoran namun

mesti menggunakan perkhidmatan penghantaran seperti Grab Food dan food panda. Makanan hanya boleh dibungkus atau take-away

Kebenaran untuk beroperasi tetapi perlu mematuhi waktu dan syarat yang ditentukan

PASAR RAYA BESAR UTAMA

BEROPERASI SEPERTI BIASA Pengoperasian untuk pasar besar beroperasi dibuka dan tempoh pembukaan pasar besar seperti mydin, tesco dibuka awal dari waktunya

Kebenaran untuk beroperasi tetapi perlu mematuhi waktu dan syarat yang ditentukan

RM600 SEBULAN BAGI PEKERJA CUTI

TANPA GAJI Kerajaan bagi peruntukan 120 juta menerusi

program pengekalan pekerja ( ERP ) Peruntukan dari Kerajaan mengurangkan beban rakyat

PASARAN KEWANGAN OPERASI

SEPERTI BIASA BNM galak ramai guna menggunakan

perkhidmatan dalam talian Menggalakkan perkhidmatan atas talian untuk memudahkan urusan

ORANG RAMAI DIMINTA TIDAK

KELUAR RUMAH Pusat beli belah kelihatan lengang berikutan

perintah kawalan pergerakan berkuatkuasa Kesan PKP menyebabkan sektor ekonomi terjejas dan tidak mendapat sambutan ramai PASAR MALAM , PASAR TANI TAK

DIBENAR BEROPERASI Pasar malam , pasar tani tidak dibenarkan beroperasi tetapi yang dibenarkan beroperasi ialah pasar yang mempunyai struktur bangunan kekal

Pasar yang tidak mempunyai bangunan kekal seperti pasar malam tidak dibenarkan untuk beroperasi

PELBAGAI LANGKAH RANGSANG Kerajaan Perak memberi bantuan khas Peruntukan dari Kerajaan mengurangkan

(3)

228

EKONOMI sebanyak 7 juta seperti memeberi kotak yang

berisi makanan kepada penduduk setempat dan menangguhkan pembayaran balik pinjaman perak

beban rakyat

SEKTOR MAKANAN, TEKNOLOGI

ANTARA BERDAYA TAHAN TINGGI Industri penginapan penerbangan paling terdedah dan terkesan dengan impak covid 19 , dan sektor makanan, teknologi antara sektor yang mempunyai tahan tinggi

Sektor makanan menjadi kepentingan dari sektor yang lain

INISIATIF BANTU PENCARUM KWSP HARUNGI IMPAK PENULARAN VIRUS

Keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran caruman akaun dua iaitu akaun kumpulan simpanan kewangan pekerja supaya dan membantu mengurangkan kesan ekonomi di Malaysia

Kerajaan memberi inisiatif untuk membantu ekonomi Malaysia

PENGUNJUNG DI PASAR AIR ITAM

BERKURANGAN Jumlah pengunjung ke pasar Air Hitam di Johor semakin berkurangan selepas langkah kawalan dilaksanakan

Kesan PKP menyebabkan sektor ekonomi terjejas dan tidak mendapat sambutan ramai KELUAR KWSP RINGANKAN BEBAN Sekurang-kurangnya pengeluaran KWSP

mampu membantu meringankan belanja dapur

Kerajaan memberi inisiatif untuk membantu ekonomi Malaysia

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

LEBIH LAMA BERI IMPAK BESAR Perintah kawalan pergerakan lebih lama beri impak besar kerana bakal berhadapan inflasi yang tinggi. Ini semestinya akan

meningkatkan kos sara diri yang akan menghimpit terutama B40

Peningkatan kos sara hidup

PM UMUM INISIATIF KHAS RANSANG

EKONOMI ESOK Pengumuman pakej rangsangan ekonomi

mengumumkan inisiatif seperti penangguhan Pembayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Negara

Peruntukan dari Kerajaan mengurangkan beban rakyat

MORATORIUM BANTU RINGAN

BEBAN RAKYAT Pembayaran balik pinjaman bank

ditangguhkan seperti pembayaran kereta dan kerajaan membantu PKS

Kerajaan memberi inisiatif untuk membantu ekonomi Malaysia

PENANGGUHAN BANTU PIHAK

TERJEJAS BNM umum langkah kawalan membolehkan

bank menyokong ekonomi ketika waktu mencabar

Kerajaan memberi inisiatif untuk membantu ekonomi Malaysia

GAJI MENTERI, TIMBALAN DIPOTONG

2 BULAN UNTUK TABUNG COVID 19 Langkah ini membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka menerima kesan akibat penularan wabak covid 19

Kerajaan prihatin dan bersungguh mengawal penularan wabak

RM250 B RANGSANG EKONOMI

BANTU RAKYAT Pakej prihatin sediakan bantuan segera untuk

membantu ekonomi rakyat Kerajaan prihatin dan bersungguh mengawal penularan wabak

PAKEJ RANGSANGAN ELAK EKONOMI

TERUS MERUDUM Pakej rangsangan prIhatin)mendapat pujian

pelbagai pihak disifatkan pakej menyeluruh Kerajaan prihatin dan bersungguh mengawal penularan wabak

Jadual 2: Surat Khabar Berita Metro ( Ekonomi )

HEADINGS ISU TEMA

BAYAR PENUH DAHULU Sebelum ini jual dulu barang kemudian baru membayarnya tetapi sewaktu PKP mesti membuat bayaran penuh

Keutamaan penjualan tunai berbanding penjualan kredit

BERSESAK SEJAK 8 PAGI Pasar raya besar beroperasi dan menjadi sasaran penduduk dan ramai yang membeli stok dengan banyak dan pasar raya perlu menambah stok

Kebenaran untuk beroperasi tetapi perlu mematuhi waktu dan syarat yang ditentukan

PERCUTIAN TERBANTUT Sesiapa yang pergi percutian perlu pulang dari percutian tersebut kerana bimbang keselamatan dan kesihatan

Sektor pelancongan turut terkesan

12 TENGAH MALAM TUTUP KEDAI Waktu pengoperasian dihadkan dan perlu

mengikut waktu yang ditetapkan Kebenaran untuk beroperasi tetapi perlu mematuhi waktu dan syarat yang ditentukan MELAKA ARAH TUTUP 7 MALAM Melaka arah tutup 7 malam dan menutup

perniagaan lebih awal Kebenaran untuk beroperasi tetapi perlu mematuhi waktu dan syarat yang ditentukan PREMIS DI KOTA BHARU HENTI

OPERASI 7 MALAM Tempoh beroperasi yang bermula pada 7 pagi akan ditutup lebih awal termasuk perkhidmatan drive- thru

Kebenaran untuk beroperasi tetapi perlu mematuhi waktu dan syarat yang ditentukan IBU KOTA LENGANG Jalan Chow Kit , Jalan Tunku Abdul

Rahman dan Bukit Bintang kelihatan sunyi dan pelanggan yang datang hanya membeli barang keperluan dantidak mengambil masa terlalu lama untuk memilih barang

Kesan PKP menyebabkan sektor ekonomi terjejas dan tidak mendapat sambutan ramai

RINGAN BEBAN KEWANGAN RAKYAT

DENGAN AKAUN ILESTARI Pencarum KWSP yang berumur bawah 55 tahun dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan akaun dua sebanyak RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan

Kerajaan memberi inisiatif untuk membantu ekonomi Malaysia

KERAJAAN UMUM TIGA LANGKAH PENANGGUHAN BABIT HUTANG RAMAI DAN PERNIAGAAN

Bermula 1 April , kerajaan menawarkan moratorium atau penangguhan bayaran balik hingga enam bulan kepada peminjam

Peruntukan dari Kerajaan mengurangkan beban rakyat

(4)

229 individu dan PKS

40,000 PENIAGA DIKECUALIKAN

BAYARAN 40,000 peniaga dikecualikan bayaran sewa

tapak perniagaan mulai april hingga oktober ( pakej rangsangan ekonomi )

Peruntukan dari Kerajaan mengurangkan beban rakyat

SAYA HILANG REZEKI Hilang punca pendapatan susulan PKP mendesak pekerja bergaji harian, peniaga, gerai, penjaja jalanan mendapatkan bantuan NGO

Hilang pendapatan sewaktu PKP dijalankan

RM100 B RANGSANG EKONOMI Kerajaan memperuntukkan RM100 billion untuk menyokong perniagaan termasuk 2 billion untuk memperkukuhkan ekonomi yang terjejas akibat PKP

Kerajaan memberi inisiatif untuk membantu ekonomi Malaysia

TIADA BAZAR RAMADAN DI MELAKA

TAHUN INI Bazar ramadan tidak dibenarkan sebarang

aktiviti pasar dan bazar tidak diadakan sepanjang ramadan

Pasar yang tidak mempunyai bangunan kekal seperti pasar malam tidak dibenarkan untuk beroperasi

Jadual 3 dan 4 menunjukkan tajuk-tajuk berita berkaitan perihal kepenggunaan dari tempoh 18 – 31 Mac 2020. Berita berkaitan kepenggunaan dari kedua-dua akhbar tersebut telah diasingkan mengikut tajuk isu dan tema. Bagi tempoh tersebut sebanyak 11 berita kepenggunaan di akhbar Berita Harian dan sebanyak 6 berita kepenggunaan di akhbar Harian Metro.

Jadual 3:Surat Khabar Berita Harian (Kepenggunaan)

HEADINGS ISU TEMA

KPDNHEP JAMIN BEKALAN CUKUP KPDNHEP menjamin barangan asas mencukupi. Pengeluaran ayam/ telur meningkat . Sebulan 800 juta biji telur terjual tetapi sebelum ini 620/630 juta biji telur.

Peningkatan permintaan stok barang asas dan keperluan secara mendadak

SEKTOR PEMBUATAN PRODUK

KRITIKAL DIBENAR OPERASI Kerajaan beri kelulusan untuk beroperasi yang ditakrifkan kritikal :

Iaitu seperti makanan, minuman, pertanian, perikanan dan barangan rumah

Aliran produk kritikal seperti makanan, pertanian, perikanan menjadi tumpuan

TAK PERLU PANIK STOK BERAS

CUKUP Kementerian memaklumkan bekalan

makanan import dan konsisten Barang keperluan asas dijamin mencukupi oleh kerajaan

KPDNHEP BENAR IMPORT TOPENG

MUKA Kerajaan menetapkan harga siling naik

kepada RM2 Kerajaan mengawal harga barang dengan

baik SOROK TOPENG MUKA PUNCA HABIS

DI PASARAN Ada pihak kaut untung mudah jual dipasaran

gelap dengan harga tinggi Peningkatan kes penipuan dicatatkan semasa PKP terutama dalam urusan jual beli facemask

BEKALAN DAGING, TELUR

MENCUKUPI Bekalan daging, telur mencukupi untuk

menampung permintaan domestik Barang keperluan asas dijamin mencukupi oleh kerajaan

BEKALAN MAKANAN DIJAMIN

CUKUP – ISMAIL SABRI Kementerian pertanian dan industri makanan memberi jaminan bekalan makanan untuk keperluan rakyat

Barang keperluan asas dijamin mencukupi oleh kerajaan

JAWATANKUASA KHAS PASTIKAN

BEKALAN TAK TERPUTUS Jawatankuasa ini akan memastikan bahan dan bekalan makanan bukan sahaja dihasilkan boleh juga dihantar serta dibungkus

Barang keperluan asas dijamin mencukupi oleh kerajaan

PENYEWA PPR, DBKL DIKECUALIKAN

3 BULAN SEWA Kementerian bersetuju mengecualikan

bayaran sewa premis perniagaan kepada 6000 penyewa.

Kerajaan memberikan kemudahan kepada premis perniagaan

BEKALAN MENCUKUPI TIADA

KENAIKAN HARGA KPDNHEP gerak 2500 penguatkuasa

pastikan peniaga patuh peraturan Barang keperluan asas dijamin mencukupi oleh kerajaan

INTERNET PERCUMA BERMULA 1

APRIL Pemberian Internet secara percuma dengan

kuota 1 GB sehari bermula 1 april sehingga tamat PKP

Internet merupakan keperluan asas juga ketika PKP

Jadual 4: Surat Khabar Harian Metro (Kepenggunaan)

HEADING ISU TEMA

TERKEJUT 900 PAPAN TELUR

TERJUAL Peniaga menyatakan kebiasaanya telur yang

terjual lebih kurang 100 papan telur sahaja sehari, namun 900 papan terjual sewaktu PKP dan perlu ada 1000 lebih sehari untuk menampung permintaan

Peningkatan permintaan stok barang asas dan keperluan mendadak

PHARMANIAGA JAMIN UBAT CUKUP Pharmaniaga membuat persediaan awal dan menjamin bekalan ubat ke semua hospital dan klinik kerajaan tak terganggu

Penyediaan stok dibuat persediaan awal

MASIH BELI DALAM JUMLAH

BANYAK Orang ramai masih berpusu-pusu dan

membeli keperluan harian dalam jumlah banyak

Orang ramai risau akan ketidakcukupan barang keperluan dan panik

STOK BARANG LAMBAT MASUK Pembeli terpaksa ke beberapa kedai untuk

memenuhi keperluan Orang ramai risau akan ketidakcukupan barang keperluan dan panik

(5)

230 370 KES TIPU BELIAN PENUTUP

MULUT, HIDUNG DAN BARANGAN LAIN

Ramai yang menjadi mangsa kes penipuan membabitkan pembelian penutup mulut dan hidung serta barangan lain sepanjang penularan jangkitan

Peningkatankes penipuan dicatatkan semasa PKP terutama dalam urusan jual beli facemask

SOKONG INTERNET PERCUMA Menyambut baik pakej khas internet

percuma pada 1 April hingga tamat PKP Internet merupakan keperluan asas juga ketika PKP

Jadual 5 menunjukkan kekerapan dan kumulatif peratusan untuk berita berkaitan ekonomi yang disiarkan di akhbar Berita Harian dan Harian Metro bagi tempoh 18 – 31 Mac 2020. Secara keseluruhan, sejumlah 31 berita berkaitan ekonomi disiarkan di kedua- dua akhbar tersebut ketika Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1 sedang berlangsung. Tema-tema berita dengan kekerapan tertinggi berkisar tentang isu inisiatif kerajaan dalam membantu kelangsungan ekonomi Malaysia serta penerangan mengenai waktu operasi premis perniagaan ketika tempoh Fasa 1 PKP. Kedua-dua aspek ini dapat melancarkan pergerakan ekonomi dalam keadaan ketidaktenuan yang disebabkan oleh Pandemik COVID-19 ini. Dalam masa Fasa 1 PKP, kedua-dua tema ini telah disiarkan sebanyak 6 kali bagi setiap tema. Selain itu, tema yang mempunyai kekerapan sebanyak 5 kali disiarkan dalam jangkamasa 2 minggu pertama PKP berkisar secara khusus mengenai peruntukan dari kerajaan untuk rakyat. Selain itu tema mengani kesan PKP yang telah menyebabkan beberapa sektor ekonomi terjejas atas faktor keterbatasan perjalanan fizikal telah disiarkan sebanyak 3 kali sama seperti berita mengenai usaha dan keperihatinan kerajaan dalam memerangi wabak tersebut.

Selain itu berita yang bertemakan penerangan mengenai jenis-jenis perniagaan yang tidak dibenarkan beroperasi ketika Fasa 1 PKP telah disiarkan sebanyak 2 kali.Tema-tema seperti peningkatan kos sara hidup, keutamaan penjualan tunai berbanding jualan kredit, pengalakkan penggunaan perkhidmatan atas talian dalam memudahkan urusan, kepentingan industri makanan berbanding industri lain ketika PKP, kesan terhadap sektor pelancongan dan kes kehilangan punca pendapatan disebabkan PKP adalah antara tema lain yang timbul dari berita berkenaan ekonomi dengan kekerapan 1 bagi setiap tema.

Jadual 5: Kekerapan Dan Peratusan (Ekonomi)

TEMA KEKERAPAN PERATUS

Kerajaan memberi inisiatif untuk membantu

ekonomi Malaysia 6 19.35%

Kebenaran untuk beroperasi tetapi perlu

mematuhi waktu dan syarat yang ditentukan 6 19.35%

Peruntukan dari kerajaan mengurangkan

beban rakyat 5 16.13%

Kesan PKP menyebabkan sektor ekonomi

terjejas dan tidak mendapat sambutan ramai 3 9.68%

Kerajaan prihatin dan bersungguh mengawal

penularan wabak 3 9.68%

Pasar yang tidak mempunyai bangunan kekal seperti pasar malam tidak dibenarkan untuk beroperasi

2 6.45%

Peningkatan kos sara hidup 1 3.23%

Keutamaan penjualan tunai berbanding

penjualan kredit 1 3.23%

Menggalakan perkhidmatan atas talian untuk

memudahkan urusan 1 3.23%

Sektor makanan menjadi kepentingan dari

sektor yang lain 1 3.23%

Sektor pelancongan turut terkesan 1 3.23%

Hilang pendapatan sewaktu PKP dijalankan 1 3.23%

31 100%

Jadual 6 menunjukkan kekerapan dan kumulatif peratusan untuk berita berkaitan kepenggunaan yang disiarkan di akhbar Berita Harian dan Harian Metro bagi tempoh 18 – 31 Mac 2020. Secara keseluruhan, sejumlah 17 berita berkaitan kepenggunaan disiarkan di kedua-dua akhbar tersebut ketika Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1 sedang berlangsung. Tema berita dengan kekerapan tertinggi berkisar tentang isu jaminan daripada kerajaan kepada rakyat sebagai pengguna bahawa barang keperluan asas adalah mencukupi dan tema ini telah disiarkan sebanyak 5 kali di sepanjang tempoh 2 minggu tersebut. Tema-tema yang mempunyai kekerapan sebanyak 2 kali setiap satu ialah kenaikan mendadak dari segi permintaan barangan asas, peningkatan kes penipuan pembelian barangan, Internet dianggap sebagai keperluan asas ketika PKP serta kebimbangan orang ramai akan kemungkinan berlakunya kekurangan barang keperluan. Selain itu, tema seperti penumpuan terhadap aliran produk kritikal, penyediaan stok awal, kawalan harga dari kerajaan serta kemudahan yang disediakan oleh kerajaan kepada pemis perniagaan telah disiarkan dengan kekerapan 1 kali sepangjang 2 minggi Fasa 1 PKP di antara 18-31 Mac 2020.

Jadual 6: Kekerapan Dan Peratusan (Kepenggunaan)

TEMA KEKERAPAN PERATUS

Barang keperluan asas dijamin mencukupi

oleh kerajaan 5 29%

(6)

231 Peningkatan permintaan stok barang asas

dan keperluan secara mendadak 2 12 %

Peningkatan kes penipuan dicatatkan semasa PKP terutama dalam urusan jual beli facemask

2 12%

Internet merupakan keperluan asas juga

ketika PKP 2 12%

Orang ramai risau akan ketidakcukupan

barang keperluan dan panik 2 12%

Aliran produk kritikal seperti makanan,

pertanian, perikanan menjadi tumpuan 1 6%

Penyediaan stok dibuat persediaan awal 1 6%

Kerajaan memberikan kemudahan kepada

premis perniagaan 1 6%

Kerajaan mengawal harga barang dengan

baik 1 6%

17 100%

4. Kesimpulan

Dalam ketidaktentuan ekonomi yang berlaku ketika mulanya Pandemik COVID-19 melanda Malaysia, sewajarnya isu mengenai kesihatan dan ekonomi menghiasi dada-dada akhbar utama. Kajian ini telah mendapati, untuk berita yang bertemakan ekonomi, hanya 31 artikel yang disiarkan di akhbar Berita Harian dan Harian Metro manakala 17 artikel bertemakan kepenggunaan disiarkan di akhbar-akhbar berikut. Tema-tema utama untuk kedua-dua isu tersebut berkisar mengenai tanggungjawab kerajaan dalam mempastikan bekalan barangan asas mencukupi. Selain itu tema-tema utama yang berkisar mengenai peranan kerajaan dalam meransang ekonomi dengan memperkenalkan bantuan-bantuan umum dan khas untuk rakyat serta penerangan mengenai prosedur sektor ekonomi untuk beroperasi juga menjadi keutamaan untuk disiarkan di akbar-akhbar utama Bahasa Malaysia.

Secara kesimpulan, nada yang ingin disampaikan oleh kedua-dua akhbar ini adalah bersifat positif yang memperlihatkan usaha kerajaan dalam memberi penerangan kepada rakyat mengenai perubahan norma kehidupan disamping memperkenalkan bantuan- bantuan yang akan diberikan oleh kerajaan disebabkan berlakunya Pandemik COVID-19 ini.

Rujukan

Arafat, S. Y., Kar, S. K., Menon, V., Kaliamoorthy, C., Mukhrejee, S., Alradie-Mohamed, A., . . . Kabir, R. (2020, July 16). Panic Buying: An Insight from the Content Analyssis of Media Reports During COVID_19 Pandemic. Neurology, Psychiatry and Brain Research, 37, 100-103.

Aslam, F., Awan, T. M., Syed, J. H., Kashif, A., & Parveen, M. (2020). Sentiments and Emotions Evoked by News Headlines of Coronovirus Disease (COVID- 19) Outbreak. Humanities & Social Sciences Communications, 7(23), 1-9.

Brennen, J. S., Felix M. Simon, P. N., & Nielsen, R. K. (2020). Types, Sources, and Claims of COVID_19 Misinformation. Oxford: Reuters Institute for the Study of Journalism.

Buckman, S. R., Shapiro, A. H., Sudhof, M., & Wilson, D. J. (2020, April 6). News Sentiment in the Time of COVID-19. Research from Federal Reserve Bank of San Francisco, pp. 1-5.

Islam, M. S., Sarkar, T., Khan, S. H., Kamal, A.-H. M., Hasan, S. M., Kabir, A., . . . Seale, H. (2020). COVID-19-Related Infodemic and Its Impact on Public Health: A Global Social Media Analysis. American Journal of Tropical Medicine and Hygiene, 1621.

Joharry, S. A., & Turiman, S. (2020, August). Examining malaysian Public Letters to Editor on COVID-19 Pandemic: A Corpus-assisted Discourse Analysis.

Journal of Language Studies, 20(3), 2420260.

Jurkowitz, M. (2020, April 1). Cable TV and COVID-19: How Americans Perceive the Outbreak and View Media Coverage Differ by Main News Source.

Journalism & Media, 1-8.

Majlis Keselamatan Negara. (2020, March 18). Soalan Lazim (FAQ's) - Bil. 1 (Dikemaskini) 18-31 Mac 2020. Putrajaya, Putrajaya, Malaysia: Majlis Keselamatan Negara.

NSTP. (2020, October 27). NSTP. Retrieved from Products: https://www.nstp.com.my/harian-metro-2/

Prima, M. (2020, October 27). NSTP. Retrieved from Media Prima: https://www.mediaprima.com.my/?page_id=228

Zheng, Y., Goh, E., & Wen, J. (2020). The Effects of Misleading Media Reports ABout COVID-19 on CHinese Tourists' Mental Health: A Perspective Article.

Anatolia, 31(2), 337-340.

Referensi

Dokumen terkait

Child Behavior Checklist(CBCL) adalah instrumen komprehensif yang dianggap sebagai standar emas untuk menilai adanya gangguan psikososial seperti gangguan emlosional

Jenis komik dengan tema seperti ini secara tidak langsung dapat menjadi suatu metode belajar yang baik karena selain formatnya yang menarik dan mengibur, tema

PIT berwenang merrasuki ternpat l:egiatan usahn pertambanqan umum setiaP

Temuan penelitian ini menunjukkan bahwa jenis Tema yang paling dominan dalam umpasa Simalungun adalah Tema tidak lazim majemuk sebanyak 43 % dan unsur Tema yang dominan

Pedakatan ini digunakan sebab tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui hubungan antar variabel dependen yang dalam hal ini adalah kinerja auditor dan

“Menyimak adalah suatu proses kegiatan mendengarkan lambang-lambang lisan dengan penuh perhatian, pemahaman, argumentasi, serta interprestasi untuk memperoleh

Essensi iman kepada Allah adalah tauhid yaitu meng-Esakan-Nya, baik dalam zat, asma, sifat,..

Perusahaan yang berukuran besar memiliki peluang yang besar untuk memiliki sumber pendanaan dari berbagai sumber, sehingga untuk mendapatkan pinjaman dari kreditur