156
Islamic Banking, Accounting And Finance International Conference–
The 9
thiBAF 2020
Aset Wakaf Tidak Produktif : Cadangan Penyelesaiannya Menggunakan Instrumen Tawriq dan Istibdal di Negeri Sembilan
Hanim Misbah, Fuadah Johari, Mohammad Haji Alias, Muhammad Aunurrochim bin Mas’ad Saleh, Mohd Nazri bin Mohd Noor
Faculty of Economics and Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan Malaysia
Tel: +0196019403 E-mail: [email protected]
Abstrak
Pengurusan wakaf berhadapan dengan beberapa isu mengenai aset tidak produktif. Masalah ini sekiranya tidak ditangani dengan baik akan mengundang beberapa masalah lain pada masa akan datang. Antara kemungkinan yang akan dihadapi ialah Majlis Agama Islam Negeri tepaksa menanggung liabiliti seperti bil utiliti, kos penyelenggaraan dan lain-lain kos pengurusan. Kajian ini cuba melihat konsep tawriq dan istibdal sebagai satu solusi kepada masalah aset tidak produktif ini. Antara solusi yang dilihat dapat digunakan untuk menangani isu ini adalah, menggunakan instrumen Istibdal dan Tawriq. Konsep asal instrumen Istibdal adalah menukarkan tanah kepada tanah, manakala Tawriq pula adalah mencairkan tanah kepada tunai. Kedua-dua instrumen adalah cadangan pilihan solusi penyelesaian semasa terhadap harta wakaf, tanah dan bangunan yang tidak produktif. Kajian ini menggunakan metode kualitatif, dengan menganalisis teks kandungan (content analysis) beserta temubual bersama Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dan Pegawai Jabatan Wakaf dan Sumber Am Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (PBNS). Kajian ini mendapati, empat daripada tujuh harta wakaf tidak produktif boleh diberdaya majukan menggunakan kaedah Tawriq Istibdal. Manakala tiga harta wakaf yang selebihnya masih boleh dimanfaatkan walaupun tidak memberi pulangan. Kajian ini mencadangkan tiga strategi pelaksanaan Tawriq Istibdal. pertama, mengIstibdalkan tanah-tanah dilokasi yang tidak strategik, kedua, Tawriq dan Istibdal tanah- tanah di lokasi tidak strategik ke tanah di lokasi strategik dan ketiga, Tawriq sebahagian tanah yang mempunyai keluasan yang bersesuaian untuk mendapatkan dana bagi membangunkan tanah yang sama dengan kerjasama penduduk serta komuniti setempat. Implikasi polisi kepada kajian ini adalah, MAINS dan Institusi Wakaf boleh mengenalpasti harta-harta wakaf yang tidak produktif dan mengambil langkah-langkah proaktif dengan membangunkan polisi membangunkan harta tidak produktif dengan menggunakan instrumen Istibdal dan Tawriq.
Katakunci: Dana wakaf, hujjah wakaf, Istibdal, mawquf alaih, Tawriq
6. Pengenalan
6.1. Pengurusan Wakaf Negeri Sembilan
Pengurusan wakaf yang dilaksanakan di Negeri Sembilan secara umumnya dipantau oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sebagai Pemegang Amanah tunggal bagi mana-mana harta wakaf yang terletak di Negeri Sembilan. Menurut Kamal Amran Kamarudin et al. (2013), penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan pada dasarnya adalah bertujuan untuk membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam. Keanggotannya terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, 5 orang anggota atas nama jawatan yang memegang jawatan iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri, Pegawai Kerajaan Negeri, Mufti dan Ketua Polis Negeri serta tidak lebih daripada 10 orang anggota lain dan sekurang-kurangnya 5 daripada mereka hendaklah yang arif dalam Hukum Syarak. Objektif MAINS adalah seperti berikut:-
a. Meninggi dan meningkatkan syiar Islam di Negeri Sembilan.
157
b. Memaju dan dan mengukuhkan keunggulan Umat Islam dalam pelbagai bidang dan kemahiran.
c. Memaju dan memperkasakan agensi-agensi pelaksana dasar Islam agar dapat memainkan peranan dengan lebih baik, cekap dan berkesan.
d. Menjana pembangunan sosio ekonomi Umat Islam melalui penggemblengan dan eksploitasi sumber yang sedia ada.
e. Meningkatkan kesedaran dan pengamalan Islam sebagai cara hidup (Ad Din) oleh masyarakat Islam dan dalam masa yang sama meningkatkan persefahaman dengan masyarakat bukan Islam.
6.2. MAINS Holdings Sdn Berhad dan peranannya
MAINS Holdings Sdn Bhd. merupakan syarikat milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan nama MAINS Holdings Sdn Bhd dikenali secara rasminya mulai 10 November 1998.
Pada awal penubuhannya, MHSB berfungsi dalam 3 bahagian iaitu Bahagian Pengurusan Hartanah dan Projek Hartanah, Bahagian Teknologi Maklumat serta Bahagian Pentadbiran dan Kewangan. MHSB berperanan dalam memastikan agar segala pengurusan aset milik MAINS dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan disamping merancang untuk melaksanakan projek-projek pembangunan hartanah yang dapat memberikan pulangan kepada masyarakat. MAINS Holdings Sdn Bhd mempunyai 2 anak syarikat yang bernaung di bawahnya iaitu MAINS Hotel Sdn Bhd dan Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan. MAINS Hotel Sdn Bhd telah ditubuhkan dan didaftarkan pada 14 Jun 2010 mengikut Akta Penubuhan Syarikat 1965 sebagai sebuah syarikat sendirian berhad yang dimiliki sepenuhnya oleh anak syarikat MAINS iaitu MAINS Holdings Sdn Bhd. Ia dikenali juga dengan nama Hotel Wakaf kerana hotel ini dibina di atas tanah wakaf Baitul Hilal seluas 3.5 ekar. Hotel ini menjalankan operasi perniagaannya dengan menggunakan nama Klana Beach Resort Port Dickson. Bahagian pengurusannya diuruskan oleh pihak Klana Management Sdn Bhd terletak di lokasi yang strategik iaitu di kawasan pusat pelancongan Port Dickson, Negeri Sembilan.
Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan Sdn Bhd (PWNS) pula telah ditubuhkan pada 22 April 2005 dan ianya merupakan 100% anak syarikat milik penuh MAINS Holdings Sdn Bhd. PWNS telah mula beroperasi sejak 10 Jun 2005 dengan matlamat untuk menjalankan urusan pengurusan wakaf dan perkara-perkara berkaitan dengannya di Negeri Sembilan bagi memantapkan pengurusan institusi wakaf di Negeri Sembilan. Tujuan penubuhan PWNS adalah untuk mewujudkan sebuah institusi wakaf yang berperanan menjalankan pengurusan wakaf dan perkara-perkara yang berkaitan dengan wakaf di Negeri Sembilan secara profesional dan teratur. Terkini, pengurusan institusi Wakaf di kelola di bawah Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan di bawah Jabatan Wakaf dan Sumber Am.
MAINS telah melaksanakan penstrukturan semula unit-unit di bawahnya. Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (PBNS) telah ditubuhkan pada tahun 2018. Sebahagian besar unit-unit di bawah MAINS yang sebelum ini beroperasi secara berasingan diletakkan di bawah PBNS. Antara jabatan- jabatan penting dibawah PBNS adalah Jabatan Pentadbiran, Jabatan Kewangan, Jabatan Pemasaran, Jabatan Dakwah, Jabatan Wakaf dan Sumber Am, Jabatan Pelaburan dan Jabatan Penyelidikan (Mohd Farihal Osman et al., 2019). MAINS Holdings Sdn Bhd masih lagi entiti berasingan.
Penubuhan PBNS adalah satu inisiatif untuk membangun dan mengoptimumkan peranan Baitulmal secara lebih komprehensif untuk memperkasakan kedudukan sosio-ekonomi Ummah dan Islam di Negeri Sembilan. PBNS focus kepada bidang operasi manakala MAINS focus kepada dasar. Sebelum ini Baitulmal merupakan satu unit kecil sahaja di bawah MAINS. Justeru keupayaannya terhad untuk mendepani tanggungjawab perbendaharaan (treasury) yang besar, dari segi keperluan sumber kewangan dan modal insan untuk membangunkan sosio-ekonomi Ummah.
Penstrukturan semula pentadbiran agama Islam di Negeri Sembilan khususnya penubuhan PBNS telah menghasilkan impak dan faedah yang positif dalam pengurusan Baitulmal. Sebelum penbuhan PBNS telah wujud masalah seperti kekurangan sumber manusia, beban kerja yang tinggi dan sistem-sistem kurang sempurna (Yaakub et al., 2017). Penubuhan PBNS dimana sebahagian besar unit disatukan di bawah satu bumbung mengoptimumkan penggunaan sumber terutamanya IT, sumber manusia dan kewangan. Penstrukturan semula pengurusan tertinggi serta barisan pentadbir sokongan memudahkan lagi perancangan dan pelaksanaan pembangunan. PBNS menjadi lebih sistematik dalam pembangunan hartanah (mal) dan sistem (Hajar et al., 2017).
PBNS lebih bersedia untuk membangunkan produk-produk wakaf baru. Dalam konteks kertas kerja ini PBNS juga lebih bersedia untuk membangunakan harta wakaf yang tidak produktif untuk menjadikannya produktif, menghasilkan peningkatan dalam nilai aset dan jariah pendapatan/manfaat
158
yang boleh digunakan untuk kebajikan Ummah. Aplikasi Istibdal dan Tawriq terhadap harta wakaf yang tidak produktif perlu dibuat mengikut kehendak Syariah tanpa mengkompromikan tujuan asal wakaf itu diwujudkan.
7. Sorotan literatur: konsep Wakaf, Istibdal dan Tawriq 2.1. Konsep Wakaf
Wakaf dalam bahasa Arab berasal daripada kata wa-qa-fa mempunyai beberapa makna dan kegunaannya. Dari segi bahasa, ianya bermaksud berhenti (ﻦﻜـﺴﻟا), menegah (ﻊـﻨﻤﻟا) atau menahan (ﺲﺒـﺤﻟا) (Siti Mashitoh, 2006; al-Mughniyah, 2004; Osman Sabran, 2002; Wahbah Zuhaili, 1996).
Manakala dari segi syarak pula Al-Mughniyah, (2004) menjelaskan maksud wakaf iaitu sesuatu pemberian yang pelaksanaanya dilakukan dengan menahan pemilikan asal (ﻞـﺻﻻا ﺲﺒـﺣ) kemudian menjadikan manfaatnya dirasai oleh masyarakat umum. Menurut beliau, menahan pemilikan asal disini adalah menahan aset yang diwakafkan itu agar tidak diwarisi, dijual, dihibahkan, digadai, disewakan, dipinjamkan dan lain-lain. Cara memanfaatkannya adalah dengan menggunakannya sesuai dengan kehendak pemberi wakaf (wakif) tanpa imbalan. Kata kunci kepada wakaf adalah menahan harta asal dan menggunakan manfaatnya hasil daripada harta wakaf tersebut (al-Mughniyah, 2004).
Bagi menyempurnakan maksud wakaf, terdapat 4 rukun wakaf yang terlibat. Iaitu orang yang berwakaf (wakif), harta yang diwakafkan (Mawquf), penerima manfaat wakaf (Mauquf Alaih) dan Sighah (lafaz maksud wakaf) (Osman Sabran, 2002). Wakaf pula terbahagi kepada dua, sama ada wakaf Umum atau disebut sebagai waqf Khairi dan Wakaf Khas yang dinyatakan secara jelas tujuan wakaf diwujudkan. Terdapat juga wakaf Irsod iaitu wakaf daripada pemerintah dan wakaf al-Dhurri iaitu wakaf yang dikhususkan kepada ahli keluarga. Untuk memastikan manfaat wakaf boleh dimanfaatkan secara mampan dan lestari, harta wakaf hendaklah dalam keadaan yang baik, kekal dan tujuan wakaf adalah cara untuk menjadi lebih dekat dengan Allah (taqarrub) dengan menyediakan kebajikan sosial kepada orang lain.
Antara nas-nas al-Quran dan Hadith mengenai pensyariatan wakaf ialah seperti firman Allah SWT bermaksud:
Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya. (Surah Ali Imran: 92)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Apabila mati seseorang manusia itu, maka terputuslah segala pahala dari amalan kebaikannya melainkan tiga perkara: sedekah jariah (sedekah jariah di sini merujuk kepada wakaf) atau ilmu yang dapat di manfaat dengannya atau doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya. (Al-Tarmizi, 1395. 3: 652).
Oleh itu sekiranya harta wakaf tidak lagi berfungsi dan dimanfaatkan sebagaimana hasrat pewakif yang asal, Istibdal dan Tawriq bolehlah diguna pakai. Berikut adalah maksud IstibdaL
2.2. Konsep Istibdal
Istibdal membawa maksud menjual harta mawquf dan membeli harta yang lain menggantikan harta mawquf tersebut sama ada dari jenis yang sama ataupun yang lain. (Al-Ubaydiy, 2009). Kemudian pemahaman dan amalan Istibdal berkembang menjadi menjual harta mawquf secara tunai. (Al- Ubaydiy, 2009). Terdapat istilah lain yang serupa dengan Istibdal, iaitu ibdal yang bermaksud menukar harta mawquf dengan harta lain. Namun begitu menurut pakar bahasa tiada perbezaan antara kedua-dua istilah tersebut. Mereka menyebutnya sebagai : (jacl syay’ makan syay’ akhar) iaitu menukarkan sesuatu sebagai ganti sesuatu yang lain, Ibn Manzur (2005). Istibdal tidak hanya berlaku pada permasalahan wakaf sahaja, tetapi ia satu amalan yang hukum asalnya adalah harus selama mana ia dilaksanakan oleh yang berkemampuan dan tidak bercanggah dengan syarak. (al-Kasaniy, 1997).
Hukum hakam Istibdal dan ibdal mengikut ulama fiqh juga berlaku pada permasalahan zakat, qurban (udhiyyah), kaffarah, jual beli, ijarah dan sebagainya. (al-Mawsucah al-Fiqhiyyah, 1993).
Istibdal juga bermaksud menjual apa yang kurang atau telah hilang hasil atau pendapatan daripada mawquf dan membeli apa yang lebih baik daripadanya serta menjadikannya sebagai ganti. Dalam statut wakaf Negeri Selangor (1999), Negeri Sembilan (2004) dan Negeri Melaka (2005)
159
memperuntukkan bahawa Istibdal bermaksud menggantikan sesuatu mawquf dengan harta lain atau wang yang sama atau lebih nilainya sama ada melalui gantian, belian, jualan atau apa-apa cara lain menurut hukum syarak).
2.3. Konsep Tawriq Wakaf
Tawriq Wakaf :bermaksud mencairkan aset waqf bagi menangani masalah harta wakaf yang belum produktif, tidak produktif, tiada nilai komersial dan kekurangan sumber dana bertujuan untuk pembiayaan dan pelaburan projek sosial Islam yang lebih lestari (Fuadah Johari, 2020). Mohd Daud Bakar (2017) menjelaskan bahawa, al-Tawriq adalah asal kata al-Wariq iaitu menukarkan aset kepada kecairan tunai. Kecairan tunai ini bermaksud menjual sebarang aset iaitu ditukarkan kepada wang tunai atau bersamaan tunai dengan tempoh segera dan kos efektif. Dalam kes aset wakaf, Tawriq adalah menjual sebahagian harta wakaf untuk menampung kos pengurusan, penyelenggaraan ataupun pembangunan namun dalam masa yang sama masih mengekalkan ain atau hasrat pewakaf sebagaimana akad asal ketika mewakafkan harta tersebut.
Tawriq wakaf juga bermaksud kecairan tunai dalam bentuk (sekuriti) iaitu instrumen yang menggerakkan pelbagai aset hutang terjamin, dengan menukarkannya dari hutang kepada kredit yang dibangunkan, dan kemudian ditawarkan kepada orang awam melalui cara khas untuk langganan dalam bentuk sekuriti yang sesuai untuk meminimumkan risiko dan untuk memastikan aliran mudah tunai yang berterusan (Ajil Jasim al-Nasyami, (2009). Selain itu, al-Tawriq adalah (sekuriti) dalam penukaran pinjaman ke dalam pasaran sekuriti yang boleh dipasarkan dan pindahan hutang dari penghutang primer kepada penghutang yang lain (Muhammad Ahmad Ghanim, 2009).
Oleh itu, secara ringkasnya Tawriq wakaf boleh dimaksudkan dalam dua keadaan. Pertama, adalah mencairkan aset untuk mendapatkan tunai. Kedua adalah mencairkan aset tidak alih (property sebenar) iaitu aset melalui penciptaan hutang / instrument kewangan (sijil) baru dalam erti memindahkan aset kewangan dari pemberi pinjam asal kepada yang lain, yang sebahagian besarnya melalui institusi kewangan dan bursa saham).
2.4. Enakmen Wakaf mengenai Istibdal dan Tawriq Wakaf
Terdapat illah yang membolehkan pelaksanaan Istibdal dan Tawriq dalam keputusan Mesyuarat jawatankuasa Fatwa negeri Pulau- Pinang dalam perkara tiga, iaitu apabila terhenti maksud hajat dan keperluan wakaf, Jawatankuasa Fatwa bolehlah merujuk kepada pandangan mana-mana mazhab yang lain. Berikut dinyatakan Meyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 5/2018 yang bersidang pada 16 Oktober 2018 telah memutuskan hal berkenaan Istibdal seperti berikut:
i. Hukum Istibdal tanah dan harta wakaf adalah diharuskan dengan syarat-syarat yang tertentu.
ii. Harta wakaf dikategorikan kepada dua bahagian iaitu harta tak alih dan harta alih.
Harta tak alih tidak boleh Istibdal sama sekali, manakala harta alih dibolehkan Istibdal.
iii. Jika terhenti maksud hajat dan keperluan wakaf, Jawatankuasa Fatwa bolehlah merujuk kepada pandangan mana-mana mazhab yang lain.
iv. Tanah yang diberi milik oleh kerajaan untuk kepentingan umat Islam hendaklah diwartakan sebagai wakaf irsod.
2.5. Tawriq dalam Istibdal : enakmen Negeri Sembilan
Enakmen 5 Tahun 2005, Enakmen Wakaf (Negeri Sembilan) 2005, Bahagian I – Permulaan, Seksyen 2. Tafsiran. Definisi Istibdal adalah seperti berikut;
“Istibdal” ertinya menggantikan suatu mawquf dengan harta lain atau wang, atau berupa wang, yang sama dengan atau lebih tinggi nilainya daripada mawquf itu, sama ada melalui gantian, belian, jualan atau apa-apa cara lain menurut prinsip Syariah;
Berdasarkan definisi istibdal di dalam enakmen ini, mengantikan suatu maquf dengan harta lain atau wang memenuhi pelaksanaan Tawriq. Ini bermaksud kebolehlaksanaan Tawriq wujud pada pelaksanaan Istibdal bagi harta wakaf di Negeri Sembilan. Wakaf pada asalnya tidak boleh dijual, diwarisi, dihibahkan dan terputus hak pemilikan pemberi wakaf kepada hartanya. Namun, dalam
160
beberapa hal tertentu terdapat prinsip keharusan yang dibenarkan untuk mencairkan atau menjual aset- harta wakaf tersebut. Ini kerana, di mana ia perlu bagi tujuan wakaf, qadi boleh membenarkan penjualan, atau mengubah peraturan pengurusan wakaf, walaupun ia telah dilarang secara nyata dalam hukum asal. Qadi boleh; 1) membenarkan hutang kontrak untuk membaiki harta itu, atau untuk membayar cukai apabila tiada pendapatan atau cara membayarnya daripada wakaf. 2) menggadai tanah yang didedikasikan hasilnya dengan cara aman untuk hutang yang dikontrakkan 3) menjual sebahagian tanah khusus untuk tujuan yang disebutkan di atas (Mohd Zain Othman, 1982: Fuadah et al, 2017).
Manakala kajian mengenai al-Tawriq banyak dilakukan sebelum ini berkisar mengenai konsep, terminologi dan kriteria al-Tawriq itu sendiri.
Ajil Jasim al-Nasyami (2009) dalam kajiannya bertajuk Terma dan Syarat al-Tawriq dan al-Taskik, menekankan kepentingan pensekuritian serta kriteria dalam perbandingan dan perbezaan keduanya sebagai satu inovasi baharu dalam bidang kewangan Islam. Kajian ini disokong oleh Muhammad Ahmad (2009) dan akhirnya produk sukuk telah menjadi satu resolusi baharu dalam Fiqh. Kajian Fuadah et al (2018) pula menyatakan terdapat beberapa prinsip-prinsip asas yang membenarkan al- Tawriq ini dilaksanakan antaranya harta wakaf tidak lagi berfungsi seperti tujuan asal diwakafkan.
Kajian mereka juga mengusulkan al-Tawriq digunapakai sebagai salah satu solusi kepada pembangunan aset-harta wakaf di Malaysia yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti aset dengan mewujudkan kecairan tunai sebagai sumber dana baharu kepada perbelanjaan penyelenggaraan ataupun pembangunan. Ianya penting bagi memastikan harta wakaf menjadi lebih produktif, dapat dimanafaatkan oleh penerima manfaat, dan jariah pahalanya boleh berjalan, berterusan dan memberi impak yang positif kepada pembangunan dan ekonomi umat Islam dan manusia sejagat.
Fuadah Johari (2020), telah membuat kajian menggunakan kaedah Masalik al-Illah untuk mengenalpasti illah Tawriq wakaf ini. Sembilan contoh berlakunya Tawriq berasaskan bukti-bukti yang dinyatakan dalam hadith dan athar yang menjadi hujah pandangan Imam Hambali, al-Qadhi, Imamiyah, Abu Bakar dan Ibnu Qudamah sebagaimana yang dicatatkan dalam penulisan al- Mughniyah, Muhammad Jawwad (2004), Ibnu Qudamah (1997) dan Muhammad Abu Zahrah (1971) berasaskan analisis kandungan teks (content analysis). Diakhir kajian, illah bagi keharusan Tawriq Wakaf yang dikenalpasti adalah apabila harta wakaf gagal berfungsi berdasarkan tujuan asalnya (contohnya kes masjid untuk solat dan kuda perang untuk digunakan sebagai kenderaan peperangan).
Kegagalan fungsi asal wakaf ini akan memberi natijah menghilangkan manfaat wakaf dan kelestariannya. Illah ini turut disokong dengan prinsip asas wakaf, iaitu “Habs al-Asal wa Sabili al- Thamarat”, iaitu menahan harta asasnya (pokok) dan sedekahkan hasilnya. Sekiranya sesuatu harta wakafitu gagal berfungsi, adalah mustahil aset tersebut mengeluarkan sedekah daripada hasilnyaplatform. Because this internet-based platform is managed utilizing some internet facilities, the occurrence of administrative cost in managing and maintaining the system is unavoidable.
161 8. Metode kajian
Penyelidikan ini merupakan kajian kualitatif yang melibatkan sesi temubual bersama dengan Yang Berhormat Sahibus Samahah Mufti Negeri Sembilan dan Pegawai Sumber Am dan Wakaf Negeri Sembilan. Temubual Bersama Mufti telah di adakan pada 12 Jun 2020 di Pejabat Mufti, Menara MAINS, Seremban, Negeri Sembilan. Temubual ini diadakan untuk mendapat maklumbalas mengenai pelaksanaan Istibdal dan potensi pelaksanaan Tawriq Wakaf di Negeri Sembilan. Sesi temubual kedua adalah bersama Encik Ali Mazri, Pemangku Ketua Jabatan Wakaf dan Sumber Am, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan pada 17 Jun 2020.
Hasil temubual bersama Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato Mufti Negeri Sembilan, secara ringkat menyatakan bahawa sehingga temubual diadakan, tiada permohonan Istibdal diterima, dan sekiranya diandaikan berlaku, kemungkinan tanah yang akan di Istibdal adalah tanah yang diperlukan oleh pihak pemerintah untuk kegunaan masyarakat awam. Sekiranya berlaku Istibdal, tanah perlu dinilai terlebih dahulu dan pilihan utama adalah tanah ditukar kepada tanah juga. Sekiranya perlu ditukarkan kepada nilai semasa, nilai Ain asal perlu dikekalkan, malah boleh dikembangkan dengan membeli kepada aset yang lain. Manakala pandangan beliau mengenai Tawriq pula, penggunaan istilah ini agak baharu, dan berdasarkan penjelasan tidak rugi melaksanakan Tawriq Wakaf, malah boleh dilaksanakan kalau ianya memberi faedah kepada tanah wakaf sedia ada.
9. Analisis aset Wakaf tidak produktif : cadangan penyelesaiannya berasaskan kaedah Tawriq dan Istibdal di Negeri Sembilan
4.1. Profail harta Wakaf yang tidak produktif di Negeri Sembilan
Berdasarkan maklumat semasa temubual bersama Pegawai Unit Wakaf dan Sumber Am, negeri Sembilan mempunyai sejumlah tanah wakaf tidak produktif yang berpotensi untuk dibangunkan.
Maklumat tanah wakaf yang tidak produktif dan berpotensi dibangunkan menggunakan instrumen Tawriq Istibdal ini adalah seperti di dalam senarai dibawah:
Jadual 1 Profile harta Wakaf yang tidak produktif di Negeri Sembilan
Sumber : Temubual bersama En. Ali Mazri, pemangku ketua Jabatan Wakaf dan Sumber Am, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan
Berdasarkan Jadual 1 di atas, harta bernombor hakmilik GRN 50107, terletak di aras 9 pangsapuri PD Perdana. Pihak MAINS telah berusaha untuk mendapatkan manfaat daripada aset tersebut termasuk membuka untuk sewaan tetapi kebanyakan penyewa menarik balik hasrat tersebut kerana bangunan tersebut terlalu sunyi. Hal ini kerana pangsapuri tersebut hanya berpenghuni sehingga aras 2 sahaja.
Manakala bagi harta wakaf nombor hakmilik GRN 103903, GRN 47541 dan GRN 201085, ketiga- tiga harta wakaf tanah tersebut telah diwakafkan oleh individu kepada MAINS dan mereka memohon semula untuk menduduki hartanah tersebut sehingga meninggal dunia.
Bagi harta wakaf nombor hakmilik GM 170041, tanah tersebut terletak di mukim Gemas, Tampin.
Lokasi harta wakaf ini terletak jauh ke pendalaman sehingga hanya boleh dilalui melalui tanah milik Bil Jenis
No. Hakmilik
No. Lot / Pt
Daerah Mukim /
Pekan / Bandar
Kategori Keluasan
Wakaf Jenis
Wakaf Catatan 1 GRN 50107 LOT
1300 Port Dickson Pekan Telok
Kemang Bangunan 0.0077 Ha Am Apartmen Pd Perdana 2 GRN 103903 LOT
8430 Seremban Pekan Rasah
Jaya Bangunan 0.0150 Ha Am Taman Rasah Jaya
(Mak Engku) 3 GRN 47541 LOT
14338 Seremban Pekan Seremban Jaya
Bangunan 0.0100 Ha Am Taman Seremban Jaya
4 GRN 201085 LOT
27650 Seremban Bandar Nilai
Utama Bangunan 0.0167 Ha Am Taman Desa Melati, Nilai
5 GM 170041 LOT
3986 Tampin Mukim
Gemas Pertanian 0.8125 Ha Am Tanah Kosong
6 GRN 219536 LOT
22601 Seremban Bandar Mantin Utama
Bangunan 0.0746 Ha Am College Mantin Heights 7 GRN 264063 LOT
20006 Rembau Pekan
Rembau Pertanian 0.7639 Ha Am Tanah Kosong Pekan Rembau
162
orang lain dan perlu menggunakan kenderaan pacuan 4 roda. Ini juga menyukarkan pihak MAINS untuk memberdaya majukan tanah ini.
Jika tanah wakaf yang disebut sebelum ini adalah sukar untuk diuruskan oleh pihak MAINS, lain pula bagi harta wakaf bernombor hakmilik GRN 219536 dan GRN 264063. Kedua-dua harta wakaf ini merupakan tanah tidak produktif namun berpotensi dan mempunyai harga nilaian yang tinggi kerana terletak di College Height Mantin dalam kawasan pekan Rembau. Harta wakaf (kategori tanah untuk didirikan bangunan Lot Banglo) di College Height Mantin ini merupakan kawasan elit berpengawal dan berpagar. Harta ini diwakafkan oleh seorang warga Singapura pada tahun 2017 pada anggaran nilai dua ratus ribu ringgit (RM 200,000)
4.2. Liabiliti / tanggungan harta Wakaf keatas MAINS
Harta wakaf dibawah pentabiran MAINS yang belum berjaya dimanfaatkan akan menjadi liabiliti atau tanggungan kepada pihak MAINS. Ini adalah kerana setiap daripada harta wakaf tersebut perlu di selenggara oleh pihak MAINS selaku pemegang amanah. Jadual berikut menunjukkan senarai liabiliti (tanggungan kepada MAINS) dalam menguruskan harta wakaf yang tidak produktif di Negeri Sembilan.
Jadual 2 Senarai liabiliti / tanggungan harta Wakaf yang perlu diuruskan oleh Mains
Sumber : Temubual Bersama En. Ali Mazri, Pemangku Ketua Jabatan Wakaf Dan Sumber Am, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan
Berdasarkan Jadual 2 diatas, harta wakaf pangsapuri di PD Perdana menunjukkan kadar liabiliti atau tanggungan yang lebih banyak kepada MAINS berbanding harta wakaf yang lain. Pangsapuri PD Perdana pada ketika ini tiada penyewa, kerana tingkat yang dipenuhi hanya sehingga tingkat ke 2 sahaja dan telah tidak dihuni selama 9 tahun sejak tahun 2012. Perbelajaan telah dibuat dengan membuat pengubahsuaian dan pembaikan pada tahun 2012, namun sejak tahun tersebut tiada penyewa walaupun pada kadar sewa yang rendah iaitu pada kadar RM 400 sebulan. Oleh kerana tiada penyewa, MAINS menanggung kos penyelenggaraan pangsapuri sebanyak RM 136.00 sebulan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan liabiliti ke atas MAIS adalah sebanyak RM 14, 688.00 (dengan andaian RM 136.00 sebulan x 108 bulan). Ini tidak termasuk kos-kos lain seperti taksiran tahunan RM 200.00 serta bil utiliti minimum.
Merujuk kepada Jadual 2 juga, tiga harta wakaf yang manfaatnya dimanfaatkan oleh pewakaf, menunjukkan tiada liabiliti atau tanggungan kepada pihak MAINS pada masa kini iaitu harta wakaf di pekan Rasah Jaya, Seremban dan Bandar Nilai Utama. Namun harta-harta ini perlu ditadbirkan apabila
Bil Jenis No.
Hakmilik Mukim / Pekan /
Bandar Liabiliti / Tanggungan Kepada Mains Kos Selenggara Cukai
Taksiran Bil Utiliti Cukai Tanah / Strata
Kos-Kos Lain 1 Grn 50107
Lot 1300 Apartmen Pd Perdana
Pekan Telok Kemang Port
Dickson √ √ √ Nil √
2 Grn 103903 Lot 8430 Taman Rasah Jaya (Mak Engku)
Pekan Rasah Jaya
Seremban Tiada Tanggungan Kepada Mains Kerana Harta Wakaf Ini Diduduki Sehingga Pewakaf Meninggal Dunia
3 Grn 47541 Lot 4338 Taman Seremban Jaya
Seremban Tiada Tanggungan Kepada Mains Kerana Harta Wakaf Ini Diduduki Sehingga Pewakaf Meninggal Dunia
4 Grn 201085 Lot 7650 Taman Desa Melati, Nilai
Bandar Nilai Utama
Seremban Tiada Tanggungan Kepada Mains Kerana Harta Wakaf Ini Diduduki Sehingga Pewakaf Meninggal Dunia
5 Gm 170041 Lot 3986 Tanah Kosong
Mukim Gemas
Tampin - - - Nil -
6 Grn 219536 Lot 22601 College Mantin Heights
Bandar Mantin
Utama Seremban - - - √ -
7 Grn 264063 Lot 20006 Tanah Kosong Pekan Rembau
Pekan Rembau
Rembau - - - Nil -
163
pewakaf meninggal dunia kelak. Harta-harta ini turut berpotensi untuk mengalami susutnilai jika tidak selenggara dan menjadi liabiliti pihak MAINS sekiranya tidak mempunyai penyewa pada masa akan datang.
Bagi tiga harta wakaf berbentuk tanah, satu daripadanya dikenakan cukai tanah yang perlu dibayar oleh MAINS setiap tahun. Berdasarkan carian di laman sesawang pada pautan http://ptg.ns.gov.my/en/public/online-services/pertanyaan-cukai-tanah. Tanah bernombor hakmilik GRN 219536 yang berada di Mantin dikenakan cukat tanah sebanyak RM 291.00 setahun. Manakala dua tanah yang lain, masih belum ada rekod dalam pangkalan data cukai tanah Negeri Sembilan.
4.3. Kategori Harta Wakaf Tidak Produktif Berdasarkan Manfaatnya
Harta Wakaf yang tidak produktif secara umumnya dikategorikan kepada dua bahagian iaitu a) harta wakaf yang boleh manfaat dan b) harta wakaf yang belum dimanfaatkan. Keterangan selanjutnya adaalh seperti dibawah:
a) Harta wakaf yang boleh dimanfaat
Dalam kajian ini, harta wakaf yang sedang dimanfaatkan adalah tanah GRN 103903 lot 8430 Taman Rasah Jaya yang berada di pekan rasah jaya seremban, GRN 47541 lot 4338 Taman Seremban Jaya dan GRN 201085 Lot 7650 Taman Desa Melati, Nilai di Seremban. Ketiga-tiga harta wakaf ini sedang dimanfaatkan oleh penyumbang harta wakaf (dalam masa yang sama sebagai penerima manfaat wakaf) ini sehingga meninggal dunia.
b) Harta wakaf yang belum dimanfaatkan.
Dalam kajian ini, harta wakaf yang belum dimanfaatkan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu:
i. Harta wakaf tidak produktif yang berada di lokasi strategik
Dua harta wakaf di lokasi strategik adalah GRN 219536 LOT 22601 College Mantin Heights dan GRN 264063 LOT 20006 Tanah Kosong Pekan Rembau.
ii. Harta wakaf tidak produktif yang berada di lokasi tidak strategik
Dua harta wakaf di lokasi tidak strategik adalah GM 170041 LOT 3986 Tanah Kosong Dan GRN 50107 LOT 1300organization.
10. Perbincangan dapatan kajian dan cadangan penyelesaian
Berdasarkan analisis yang telah diperbicangkan, terdapat beberapa dapatan bagi harta wakaf yang tidak produktif tersebut berpotensi untuk dibangunkan menggunakan kaedah Tawriq Istibdal. Kategori harta wakaf yang berpotensi untuk dibangunkan menggunakan kaedah Tawriq Istibdal adalah seperti berikut:
5.1. Harta Wakaf yang tiada hasil dan mempunyai kos penyelenggaraan kepada MAINS.
Dalam menentukan harta wakaf yang berpotensi untuk dibangunkan menggunakan kaedah Tawriq Istibdal ini, didapati, harta wakaf tersebut perlulah merupakan harta wakaf yang tidak memberi hasil kepada MAINS malahan boleh pula menyebabkan MAINS menanggung tanggungan kos seperti kos penyelenggaraan, cukai dan lain-lain kos kepada kepada MAINS. Bagi bangunan pula, ianya mempunyai kos susutnilai jika jika tidak diselenggara dengan baik, ia akan menyebabkan kos penyelenggaraan akan lebih tinggi (merujuk kepada pangsapuri PD Perdana). Perkara ini selari dengan pandangan Penasihat Syariah Pesuruhjaya Sekuriti Malaysia, Mohd Daud Bakar (2017) menjelaskan bahawa, al-Tawriq adalah asal kata al-Wariq iaitu menukarkan aset kepada kecairan tunai terutamanya bagi harta wakaf yang mempunyai liabiliti dan perlu menampung kos pengurusan, penyelenggaraan ataupun pembangunan.
5.2. Harta Wakaf di lokasi strategik
Bagi harta wakaf yang berbentuk tanah, dan berada pada lokasi strategic iaitu Tanah di Kawasan perumahan elit dan berpagar (GRN 219536 LOT 22601 College Mantin Heights) serta tanah pertanian (GRN 264063 LOT 20006 Tanah Kosong Pekan Rembau) yang berada di tepi laluan utama Pekan
164
Rembau, strategi jangka pendek boleh diambil untuk memberdaya majukan tanah wakaf tersebut.
Tindakan stategik secara segera perlu diambil, dengan mengambilkira ianya menjadi illah utama kepada pelaksanaan Istibdal dan Tawriq. Sebagaimana yang telah termaktub dalam kandungan Meyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 5/2018 yang bersidang pada 16 Oktober 2018 telah memutuskan hal berkenaan Istibdal, perkara tiga (3) iaitu jika terhenti maksud hajat dan keperluan wakaf, Jawatankuasa Fatwa bolehlah merujuk kepada pandangan mana-mana mazhab yang lain dalam kes Istibdal bagi harta wakaf.
5.3. Harta Wakaf di lokasi yang tidak strategik
Namun bagi yang berada dilokasi agak terpencil iaitu Tanah, ianya bolehlah disimpan dahulu sehinggalah ianya mempunyai nilai yang lebih tinggi kelak. Saranan ini bersesuaian dengan pandangan Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato Yusuf Ahmad, Mufti Negeri Sembilan yang telah di adakan pada 12 Jun 2020 di Pejabat Mufti, Menara MAINS, Seremban, Negeri Sembilan. Adalah menjadi keperluan untuk pihak MAINS menjaga hasrat wakif supaya harta wakaf sentiasa dimanfaatkan.
5.4. Cadangan pelaksanaan Tawriq Istibdal.
5.4.1. Strategi I: Pelaksaan Tawriq Istibdal bagi jangka pendek (3-5 tahun)
Berdasarkan tujuh harta wakaf tidak produktif dalam kajian ini, Pangsapuri di PD Perdana adalah harta wakaf paling utama untuk dilaksanakan samada kaedah Istibdal ataupun Tawriq Istibdal.
Berdasarkan padangan Yang Berhormat Dato Mufti juga, penilaian harta wakaf tersebut perlu mengambil nilai keutamaan menukar fizikal kepada fizikal yang sama. Sekiranya perkara ini sukar untuk dilaksanakan, pilihan kedua adalah dinilaikan dengan nilai yang sama. Keutamaan adalah bagaimana tanah itu boleh dimanfaatkan dan dibangunkan.
5.4.2. Strategi II: Pelaksaan Tawriq Istibdal bagi jangka panjang (melebihi 5 tahun)
Bagi harta wakaf yang berada di lokasi yang tidak strategik, dicadangkan untuk di Tawriq dan Istibdal harta wakaf di lokasi yang lebih strategik.
5.4.3. Strategi III: Perlaksanaan Tawriq sebahagian tanah
Bagi harta wakaf yang mempunyai keluasan yang bersesuaian dicadangkan untuk Tawriq sebagahian tanah tersebut untuk mendapat dana memajukan sebahagian besar baki tanah tersebut.
Dicadangkan juga projek ini perlu berkolaborasi dengan penduduk setempat untuk mengusaha dan untuk mendapat manfaat daripada tanah tersebut. Perancangan yang terperinci, penilaian projek yang bersesuaian dengan tanah tersebut perlu dilakukan. Sekiranya ke tiga-tiga strategi ini dapat dilaksanakan, ianya dapat mengekalkan hasrat asal pewakaf bertujuan untuk mengekalkan manfaat wakaf dan lestari sehingga hari kiamat.
11. Kesimpulan
Secara kesimpulannya, pelaksanaan Istibdal boleh dilaksanakan terutamanya melibatkan harta-harta tidak produktif. Manakala Tawriq berpotensi dilaksanakan bersesuaian dengan peruntukan Istibdal yang telah dinyatakan di dalam enakmen Negeri Sembilan. Berdasarkan dapatan harta-harta wakaf tidak produktif dalam kajian ini, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat empat (4) daripada tujuh harta wakaf tidak produktif berpotensi untuk dibangunkan menggunakan kaedah Tawriq Istibdal. Manakala bagi tiga (3) harta wakaf yang manfaatnya masih digunakan iaitu rumah di Seremban, Seremban Jaya dan Desa Melati, tiada tindakan perlu diambil sehinggalah pewakaf yang menikmati manfaat tersebut meninggal dunia.
Bagi harta yang tidak dimanfaatkan, langkah-langkah strategik memberdaya majukan harta wakaf ini bolehlah dilakukan. Antaranya pertama, mengIstibdalkan tanah-tanah dilokasi yang tidak strategik, kedua, Tawriq dan Istibdal tanah-tanah di lokasi tidak strategik ke tanah di lokasi strategik dan ketiga, Tawriq sebahagian tanah yang mempunyai keluasan yang bersesuaian untuk mendapatkan dana bagi
165
membangunkan tanah yang sama dengan kerjasama penduduk serta komuniti setempat. Sekiranya ini berlaku, hasraf pewakaf sentiasa terjaga dan lestari sehingga hari kiamat.
Untuk tujuan tersebut, kajian ini mencadangkan satu kajian membangunkan polisi pengurusan risiko harta-harta wakaf untuk menilai harta-harta tidak produktif mengikut nilai semasa dan pada masa akan datang. Selain itu, satu rubrik khas dicadangkan untuk dibangunkan bagi membantu pengurusanan wakaf dalam menilai harta yang bakal diwakafkan untuk mengelakkan risiko MAINS perlu menanggung liabiliti yang tidak sepatutnya. Kajian ini juga mencadangkan diadakan satu kajian mengenai Fiqh Istisna’ (Fiqh Penyelenggaraan) bagi harta-harta wakaf untuk menilai semua keupayaan harta wakaf untuk lebih berdaya maju pada masa yang akan datang.
Tawriq Istibdal merupakan satu mekanisma bagi membangunkan harta wakaf agar lebih produktif.
Untuk memastikan kejayaan perlaksanaan Tawriq dan Istibdal, harta wakaf mestilah memenuhi keperluan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak. Tawriq dan Istibdal dilihat sebagai satu solusi yang akan banyak memberi manfaat dan faedah kepada masyarakat awam berbanding ia dikekalkan dalam bentuknya yang asal dan berterusan menjadi tidak produktif. Hakikatnya, pelaksanaan konsep ini turut menzahirkan kelenturan serta keutuhan sistem wakaf dalam menyediakan kemudahan dan bantuan kepada umat Islam.
Rujukan
Abi Bakar Muhammad bin Abdullah (undated). Al-Qabasu fi Sharh Muwatta’ Ibni Anas. Beirut: Dar al- Kutb al-Ilmiah.
Ajil Jasim al-Nasyami, (undated). Al-Tawriq wa al-Taskik wa Tatbiqatihima. Majma’ al-Fiqh al- Dawli: Munadhamah al-Mu’tamar al-Islami (18th Session: Emirate of Sharjah State of United Arab Emirates).
Al-Kasaniy, Ala’ al Din Abu Bakr. (1997). Bada’ic al-Sana’ic fi Tartib al-Syara’c. Cet. 1. Jil.5. M.s 326- 331. (t.p).: Mu’assasah al Tarikh al-Arabiy.
Al-Khassaf, Abu Bakar Ahmad Muhair al-Shaibani (tanpa tarikh). Al-Ahkam al-Awqaf. Kaherah:
Maktabah al-Thaqafah a-Diniyah.
Al-Ubaydiy, Ibrahim. (2009). Istibdal al-Waqf Ru’yah Syarciyyah Iqtisadiyyah Qanuniyyah. Cet 1. Ms.
55. Dubai: Dairah al-Syuun al-Islamiyyah wa al-Amal al-Khairiy.
Camille Paidi (2014). The history of Sukuk. <www.slideshare.net/CamillePaldi/the-history-of-sukuk.
Oct 19, 2014.
Fuadah Johari, Mohammad Haji Alias, Muhammad Ridhwan Ab Aziz, Zurina Kefeli, Nursilah Ahmad, Kalsom Abd Wahab, Fauzi Abu Hussin & Patmawati Ibrahim (2015). “Identifying the potential of continuity in cash Waqf contribution: A descriptive analysis”. The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research. Vol 12 (2). Pp: 55-67.
Fuadah Johari (2017a) Al-Tawriq for Waqf Asets. YTI Brown Bag series. 12 July 2017. Dean Room.
Faculty of Economics and Muamalat, USIM.
Fuadah Johari, Muhammad Ridhwan Ab Aziz, Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Muhammad Aunurrochim Mas’ad, Abdullah Mohammed Ahmed (2017b). “Liquidating Waqf Asets And Future Framework of Al-Tawriq”. In Syadiyah et al (Eds). e-Proceeding entitled ‘The 7th Islamic Economic System Conference 2017 (iECONS 2017) at Sundus Rotana Hotel Muscat, Sultanate of Oman.
Fuadah Johari, Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Muhammad Aunurrochim Mas’ad, Abdullah Mohammed Ahmed and Idris Mukhtar (2017c). “The Conceptual Framework of al-Tawriq and a Scholarly Discussion on the Liquidation (al-Suyulah) of Waqf Aset”. In Abdul Halim et al (Eds).
Contemporary Issues and Development in Islamic Social Finance. Nilai: USIM PRESS collaboration with Centre for Islamic Philantropy and Social Finance (CIPSF), UiTM. (2)
Hajar, S., Manap, J., & Idris, F. 2017. The Role of External Protective Factors on Young Enterpreneurs’
Resilience: An Explorative Study. International Journal if Academic Research in Business and Social Sciences. 7 (7), pp. 1-12. http://doi.org/10.6007/IJARBSS/v7-i7/3069.
Fuadah Johari (2019). ‘al-Tawriq (Liquidating Part of Waqf Assets) and Views on its Application in Malaysian Perspective’. The Chapters. Islamic Finance and Banking. Issues 3/2019. pp 12-18.
Fuadah Johari (2020). Liquidating (Tawriq) Waqf Assets In Financing And Investing Islamic Social Project For Sustainability. Webinar Pasca Sarjana : Institut Agama Isalam Tazkia. Rabu, 24 June 2020 / 3 Zulkaedah 1441 : Zoom Link Meeting Id : 87055908230 Password : 369828
Ibn Manzur. (2005). Lisan al-Arab. Cet.5. Jil 1. M.s. 344. (لﺪﺑ). Beirut: Dar Sadir.
166
Ibn Qudamah, Abdullah Ibn Ahmad (1997). Al-Mughni. Juz 8. Riyadh: Darul ‘Alim Kutub.
Ismail Lutfi Fatoni. 2016. Wakaf: Teras Pembangunan Umat Wahidah dalam Menyebar Rahmah ke Alam Sejagat. Fatoni University.
J.N. D Anderson (1955). Islamic Law in Africa. Routledge.
Jalil, A. (2008). Waqf Instruments for Construction contract: An analysis of structure. The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research (JMIFR), 5(1), 14.
Johari, F., Wan Ismail, W. A. F., Mas’ad, M. A., Misbah, H., Baharuddin, A. S., & Abdul Razak, N. A.
(2019). Penerokaan Konsep Al-Tawriq dalam Pencairan Aset Wakaf: Exploration of the Concept of al-Tawriq in Waqf Asset Liquidity. Journal of Fatwa Management and Research, 13(1), 198- 214. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol13no1.179
Kamal Amran Kamarudin, Azzerol Effendi Abdul Kadir, Zurina Syafii & Mohammad Haji Alias. 2016.
Bab dalam buku. Alias, M., Johari, F., & Rahman, A. A. (2014). Waqf financing for Islamic higher education: USIM’s perspectives. Publication USIM: Negeri Sembilan.
Khairun Najmi Saripudin, (2013). Isu-Isu Syariah dalam Sukuk Musyarakah di Malaysia:
Kajian terhadap Sukuk yang telah diterbitkan dari tahun 2005 hingga 2010. Unpublished Master Thesis: Department of Fiqh and Usul, Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya.
Majallah Majma’ al-Fiqh al-Islamiy al-Dawli, 178 (19/4). Mu’tamar al-Islamiy. The Organisation of the Islamic Conference, held at the 9th session of the tenth Emirate of Sharjah State of United Arab Emirates. 30 April 2009.
Malik bin Anas (1991). Al-Muwatta. al-Nadwi (ed.). Vol. (3). Damsyik: Dar al-Qalam
Mohammad Haji Alias & Mohd Farihal Osman. 2018. Keberdayaan Baitulmal dalam Menangani Permasalahan Sosioekonomi Ummah. Kertas kerja dibentangkan di Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2018 anjuran JAWHAR JPM pada 27 November, Putrajaya.
Mohammad Haji Alias & Mohd Farihal Osman. 2018. Keberdayaan Baitulmal dalam Menangani Permasalahan Sosioekonomi Ummah. Kertas kerja dibentangkan di Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2018 anjuran JAWHAR JPM pada 27 November, Putrajaya.
Mohammad Haji Alias, Azzerol Effendi Abdul Kadir, Muhammad Ridwan Abdul Aziz & Nurizzati Adnan. 2017. Waqf Development and Financing in the State of Negeri Sembilan: Post Waqf Enactment (Negeri Sembilan) 2005. Paper presented at iECONS 2017 conference, Oman, 12 – 13 December.
Mohammad Haji Alias, Azzerol Effendi Abdul Kadir, Nurizzati Adnan, Nur Hidayah Mazlan & Nik Nursalina Raja Dollah. 2018. Development of Awqaf Products in the State of Negeri Sembilan Post-Wakaf Enactment (Negeri Sembilan) 2005: Effectiveness of Promotion Campaigns Paper prepared and presented at ICOMS 2018 Conference, Yogyakarta 28 March.
Mohammad Haji Alias, Farihal Osman & Azzerol Effendi Abdul Kadir. 2016. Meningkatkan Keberdayaan Baitulmal dalam Menangani Permasalahan Sosioekonomi Umat Islam.
Disediakan untuk Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2016 anjuran JAWHAR, The Everly Hotel Putrajaya, 27 September.
Mohammad Tahir Sabit (2006). Innovative Modes of Financing the Development of Waqf Property.
Konvensyen Waqf Kebangsaan organised by the Department of Awqaf, Zakat and Hajj. Kuala Lumpur.
Mohd Daud Bakar (2008). Al-Suyulah: The Islamic Concept of Liquidity. In Essential Reading in Islamic Finance.
Mohd Daud Bakar & Engku Rabiah Adawiyah Engku Ali (Eds.). Kuala Lumpur: CERT Publications Sdn. Bhd.
Mohd Daud Bakar (2017a). Liquidity in Islamic Finance and Human Life. YTI Brown Bag Session Series. 12 July 2017. Dean’s Meeting Room. Faculty of Economics and Muamalat. USIM.
Mohd Daud Bakar (2017b). Waqf: Instrumen Keagamaan atau Kewangan? Ucaputama. Muktamar Iqlimi Ke-5. Anjuran Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI). 19 September 2017. Dewan Kuliah Fakulti Ekonomi dan Muamalat.
Mohd Farihal Osman, Mohammad Haji Alias & Nor Azmi Musa. 2019. Restructuring of the Negeri Sembilan Baitulmal Corporation: The Way Forward. Paper presented at The 7th South East Asia Islamic Philanthropy Conference. 2-4 April, Bangkok, Thailand.
Mohd Zain Othman, (1982). Islamic Law with Special Reference to the Institution of Waqf.
Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri.
Mu’jam al-Ma’ani al-Jamik – Mu’jam Arabi Arabi, <http://www.almaany.com/ar/dict/ar-ar> accessed at 22/12/2016
167
Mughniyah, Muhammad Jawad (2004). Fiqh Lima Mazhab. Masykur A.B, Afif Muhammad, Idrus al- Kaff (Terj).
Faisal Abudan, Umat Shahab (Penyunting). ‘Al-Fiqh ‘ala al-Madzahib al-Khamsah’. Cet. 12. (Edisi Lengkap) Jakarta: Lentera.
Muhammad Abu Zahrah (1971). Muhadarāt fi al-Waqf. Kaherah: Dar al-Fikr al-Arabi
Osman Sabran (2002), Pengurusan Harta Wakaf, Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Razali Othman (2015). Institusi Waqf Sejarah dan Amalan Masa Kini. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Mashitoh Mahamood. (2006). Waqf in Malaysia: Legal and Administrative Perspectives. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya
Wahbah al-Zuhaili (1996). Fiqh dan Perundangan Islam. Md Akhir Haji Yaacob et. al. (Terj.) ‘al-Fiqh al-Islami wa-Addillatuhu’. Cet. 5. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yaakub,N., Ramli, N. M., & Muhamad, N. A. 2017. Application of Online Payment at Pusat Zakat.
Journal of Ilmi. (7). Pp. 99-108.
Yayasan Wakaf Malaysia (2016). Kajian Pelan Induk Transformasi Pembangunan Harta Tanah Wakaf di Malaysia. YWM. Putrajaya.