JAWATAN KOSONG
Projek The Malaysian Cohort yang berurusetia di Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI), Cheras Kuala Lumpur merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan yang telah diluluskan oleh Kabinet. Kami menjemput anda WARGANEGARA MALAYSIA, BERUMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
Jawatan : PEGAWAI PENYELIDIK Q41 (3 KEKOSONGAN) Tarikh Iklan : 27 April hingga 10 Mei 2021
Taraf jawatan : Kontrak
---
Syarat-syarat :
i. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Pokok: RM 2,315.00) ATAU
ii. Ijazah Sarjana dalam bidang Sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Pokok: RM2,833.78)
DAN
iii. Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM/ SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Tambahan :
Jawatan 1 (Pegawai Penyelidik Q41 : 2 Kekosongan)
1. Bidang keutamaan : Biologi Molekul/ Biokimia/ Kimia
2. Berkebolehan melaksanakan kaedah analisis makmal biologi untuk pelbagai ujian.
3. Boleh menganalisis data dan menyediakan laporan komprehensif.
4. Boleh melaksanakan penyelenggaraan dan penjagaan peralatan makmal serta dokumentasi prosedur operasi piawai.
5. Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan. Mampu berkerja dengan penyeliaan minimum serta boleh berkerja dalam satu pasukan.
6. Keutamaan diberikan kepada calon:
● Berpengalaman dalam organisasi penyelidikan adalah kelebihan
● Berkemahiran dalam tugasan makmal yang baik (pipetting / pengetahuan peralatan makmal)
● Berpengalaman / berkemahiran mengendalikan peralatan makmal
● Berpengetahuan di dalam penggunaan peralatan khusus seperti high performance liquid chromatograph (HPLC), Inductively Coupled Plasma Mass Spectrometry (ICP- MS) dan Mass Spectrometry.
Jawatan 2 (Pegawai Penyelidik Q41 : 1 Kekosongan):
1. Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana dalam bidang Epidemiologi Dan Statistik Perubatan/Statistik/ Data Sains/Kecerdasan Pembuatan (Artificial Intelligence)
2. Berpengalaman dalam menganalisa data menggunakan perisian seperti SPSS atau STATA.
3. Mempunyai latar belakang biostatistik atau statistik perubatan, programming/kecerdasan pembuatan- diberi keutamaan.
4. Kelulusan English: MUET Band 4 dan ke atas .
5. Mempunyai pengalaman dalam menganalisa data dan mengendalikan pangkalan data.
6. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Ketua Projek dari semasa ke semasa.
7. Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan. Mampu berkerja dengan penyeliaan minimum serta boleh berkerja dalam satu pasukan.
Calon yang berminat dan berkelayakan, sila hantarkan resume berserta salinan transkrip dan skrol akademik anda ke salah satu alamat berikut :
ATAU
Sekretariat The Malaysian Cohort
Tingkat 7, Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak 56000 Cheras, Kuala Lumpur
(u.p Bahagian Pentadbiran/ Perjawatan)
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian 03-91710415 (En Arman : ext 722/ Pn Afifah : ext 719)