• Tidak ada hasil yang ditemukan

JAWATAN KOSONG LIGNI-ENERGY SDN. BHD.(842684-U)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "JAWATAN KOSONG LIGNI-ENERGY SDN. BHD.(842684-U)"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

1/ 3

JAWATAN KOSONG

LIGNI-ENERGY SDN. BHD.

(842684-U)

Syarikat kami merupakan sebuah syarikat bioteknologi di bawah Program Biousahawan iaitu program kerjasama di antara FRIM-MTDC. Kami menjalankan aktiviti Pengkomersialan Teknologi Bahan Api Biojisim Pelet dan Briket bertempat di Bukit Rambai, Melaka.

Kami ingin mencari calon – calon berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1) PENYELIA CUM JURUTEKNIK (2 KEKOSONGAN) Bidang Tugasan Penyelia cum Juruteknik:

1. Membantu Teknikal Eksekutif dalam urusan pengendalian mesin

2. Bertanggungjawab untuk penjagaan dan penyelenggaraan mesin serta menyelesaikan perkara-perkara yang melibatkan masalah teknikal

3. Membantu pihak syarikat mencapai sasaran pengeluaran

4. Membantu pihak syarikat mengeluarkan produk berkualiti dan memenuhi tahap piawaian

Syarat kelayakan khusus Penyelia cum Juruteknik:

1. Lelaki berumur tidak melebihi 45 tahun 2. Sihat tubuh badan

3. Pendidikan Jurusan Kejuruteraan Teknikal / Mekanikal : a) SPM + 5 tahun pengalaman, atau

b) Diploma + 1 tahun pengalaman

4. Berkomunikasi dan menulis dengan baik di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

5. Boleh menulis laporan dengan baik.

6. Mahir di dalam teknologi pemprosesan.

7. Boleh bekerja di dalam industri biomas Lokasi Bertugas : Bukit Rambai, Melaka

(2)

2/ 3 2) Kerani Pentadbiran Cum Akaun (1 KEKOSONGAN)

Bidang Tugasan Kerani Pentadbiran cum Akaun:

1. Menaip persuratan, memo dalaman, laporan, minit mesyuarat dan membuat sistem pemfailan.

2. Tertakluk fungsi Jabatan / Bahagian / Unit, bertanggungjawab untuk pengurusan kewangan dan pentadbiran pejabat.

3. Mencatat dan memasukkan data / rekod perakaunan ke dalam sistem simpanan 4. Mengira kos pengeluaran dan pengendalian

5. Mernyediakan senarai gaji dan rekod yang berkaitan untuk gaji pekerja bagi tujuan penyimpanan rekod berkanun.

6. Menyediakan invois, menerima dan menyimpan wang panjar runcit (petty cash), menyimpan rekod transaksi, mengeluarkan resit dan menunaikan cek.

7. Bertanggungjawab menyimpan maklumat sulit syarikat

8. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang diarahkan pegawai atasan dari semasa ke semasa

Syarat kelayakan khusus Penyelia cum Juruteknik:

1. Berkelulusan minima SPM dengan Kepujian Bahasa Melayu dan Matematik 2. Mahir menggunakan komputer

3. Berpengalaman sekurang-kurangnya setahun dalam bidang pengkeranian dan perakaunan

4. Boleh bekerja di bawah tekanan dan pengawasan yang minimum 5. Komited, amanah dan rajin bekerja

Lokasi Bertugas : FRIM, Kepong / Bukit Rambai, Melaka

(3)

3/ 3 Calon – calon yang berminat, boleh menghantar resume anda ke alamat seperti di bawah:

LIGNI-ENERGY SDN BHD

FRIM-MTDC INCUBATION CENTRE,

INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM), 52109, KEPONG, SELANGOR

(u/p: Pn. Marlia Alias)

Calon-calon juga boleh menghantar resume melalui emel di alamat [email protected] No. telefon untuk dihubungi : 03 – 6262 6462 (pejabat) / 012-302 4827 (Marlia)

Tarikh tutup penghantaran permohonan : 28 Ogos 2012

Referensi

Dokumen terkait