• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teks Ucapan Aluan Brig. Jeneral Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis Sempena Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor IPTA ke 15/2010

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Teks Ucapan Aluan Brig. Jeneral Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis Sempena Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor IPTA ke 15/2010"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

1

Bahagian Media PNC – Aida Othman

MESYUARAT JAWATANKUASA

NAIB CANSELOR / REKTOR IPTA KE 15 / 2010 Teks Ucapan Aluan

BRIG. JENERAL DATO’ PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN Naib Canselor

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

pada 4 Januari 2011, di Bilik Sumber PPK Mekatronik UniMAP, Ulu Pauh, Perlis.

Bismillah hirrahman nirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Yang berusaha pengacara majlis,

Yang Berbahagia Naib - Naib Canselor dan Rektor - Rektor Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA),

Yang Berbahagia Prof. Dr. Ismail Daut, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UniMAP,

Wakil-wakil Naib - Naib Canselor dan Rektor - Rektor Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

Pegawai-pegawai Utama Universiti, Dekan-dekan, Ketua-Ketua Jabatan,

(2)

2

Bahagian Media PNC – Aida Othman

Seterusnya para hadirin sekalian.

Marilah kita bersama menadah tangan mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinanNya, dapat kita berkumpul di Kampus Tetap Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor / Rektor Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ke – 15 yang baru sahaja selesai sebentar tadi. Terima kasih juga saya ucapkan buat pihak penganjur majlis kerana berjaya melaksanakan majlis ini dalam keadaan teratur dan berjalan lancar tanpa sebarang kecacatan. Saya berharap agar segala usaha anda ini akan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Amin.

Sekalung penghargaan saya titipkan buat pihak Majlis Mesyuarat Naib Canselor / Rektor Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang memilih dan memberi peluang kepada UniMAP untuk menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat yang diadakan ini.

Ini merupakan satu penghargaan bagi sebuah universiti yang masih baru kerana mendapat kepercayaan untuk menjadi tuan rumah mesyuarat ini dan saya mewakili seluruh warga UniMAP ingin mengucapkan ’Selamat Datang’ kepada semua Naib Canselor dan Rektor IPTA ke UniMAP dan juga negeri Perlis.

Yang Berbahagia Dato’, Prof., Dr., Prof. Madya,

Saya berasa sangat berbesar hati menerima kedatangan anda semua di sini kerana ini sekaligus memberi peluang dan

(3)

3

Bahagian Media PNC – Aida Othman

kesempatan kepada saya untuk memperkenalkan Kampus Tetap UniMAP kepada anda sekalian. Seperti yang kita sedia maklum, UniMAP sebenarnya dikenali dengan Kampus Teragih atau

’Distributed Campus’ dimana lokasi kampus UniMAP ini berada di seluruh negeri Perlis. Sekarang ditapak Ulu Pauh ini, kita telah membangunkan kampus tetap UniMAP yang sebahagiannya telahpun beroperasi dan sebahagiannya lagi masih dalam proses binaan mengikut fasa yang telah ditetapkan.

InsyaAllah, satu hari nanti apabila pembinaan ini lengkap dilaksanakan, kita akan dapat menyaksikan satu perubahan besar yang bakal berlaku kepada lanskap negeri Perlis ini.

InsyaAlah.

Yang Berbahagia Dato’, Prof., Dr., Prof. Madya,

Pelbagai agenda telah kita bincangkan dalam mesyuarat yang baru sahaja selesai sebentar tadi. Seperti yang kita maklum, Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor / Rektor Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ini menghimpunkan semua Naib Canselor dan Rektor IPTA serta wakil bagi membincangkan hala tuju sesebuah universiti dan tindakan yang perlu diambil bagi memastikan peningkatan kualiti sesebuah universiti ini.

Saya berharap agar isu-isu yang dibangkitkan dalam mesyuarat sebentar tadi akan segera mendapat perhatian semua pihak agar kita dapat bersama-sama mengembleng tenaga bagi memastikan peningkatan IPTA yang kita terajui ini. Semoga Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor / Rektor Institusi Pengajian Tinggi

(4)

4

Bahagian Media PNC – Aida Othman

Awam (IPTA) akan diadakan sekerap mungkin bagi memastikan pelbagai isu dan perkara berbangkit dapat dikongsi dan segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan melalui musyawarah sesama kita.

Yang Berbahagia Dato’, Prof., Dr., Prof. Madya,

Rasanya tidak perlulah untuk saya bercakap panjang pada tengahari ini. Harapan saya agar kita dapat bertemu sekali lagi dalam mesyuarat yang akan datang dengan pelbagai agenda dalam memastikan peningkatan kualiti IPTA ini.

Sebelum saya mengundurkan diri izinkan saya untuk menyampaikan serangkap pantun,

Minit dicatat sebagai ingatan,

Untuk pembangunan universiti tercinta, Amanah dipikul penuh keikhlasan,

Bagi memastikan kualiti tercipta.

Ikan ditangkap menggunakan tangan, Kemudian dimasak pelbagai cara, Tersedia di meja, segala hidangan,

Silalah jemput, menjamu selera.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

Unit Media PNC – Aida Othman Alhamdulillah, marilah kita menadah tangan mengucap syukur kehadrat Allah S.W.T kerana mengizinkan kita berkumpul pada petang yang berbahagia ini dalam

Alhamdulillah, syukur saya panjatkan ke hadhrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah rahmatNya, dapat kita sama-sama berkumpul pada malam ini dalam meraikan para atlet dan pengurusan

Hadirin sekalian, Saya berasa lebih berbangga kerana UniMAP menjadi perintis Institusi Pengajian Tinggi IPT di zon utara yang menganjurkan Kejohanan Liga Besbol Piala Raja Muda Perlis

Hadirin sekalian, Bagi pihak UniMAP, sengaja kita anjurkan majlis pada hari ini kerana kita mahu kegembiraan yang anda rasai semasa diumumkan sebagai pemenang pameran ITEX2011 turut

Dikesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada Pusat Kokurikulum UniMAP kerana sudi mengadakan majlis ini bagi meraikan anugerah-anugerah yang diterima oleh

Dr Rujhan Mustaffa Ini merupakan satu penghormatan bukan sahaja kepada saya tetapi juga kepada UniMAP sebagai sebuah universiti muda untuk mewakili semua IPTA dalam Malaysia ini untuk

Dengan pemilihan UniMAP sebagai tuan rumah pada kali ini, kita bakal mencipta sejarah kerana selama 11 tahun penubuhannya, kita menjadi penganjur buat pertama kalinya bagi AUPF di

Di sini saya mengalu-alukan kepada semua staf yang untuk turut serta bersama pasukan Program Kampus Lestari UniMAP untuk menjaga kampus yang kita sayangi ini... Rasanya cukuplah