• Tidak ada hasil yang ditemukan

Talking Point Naib Canselor UniMAP Brig. Jeneral Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin, sempena Majlis Makan Malam SUKUM 2011

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Talking Point Naib Canselor UniMAP Brig. Jeneral Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin, sempena Majlis Makan Malam SUKUM 2011"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

TALKING POINT

BRIG. JENERAL DATO’ PROF DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA

MAJLIS MAKAN MALAM SUKUM 2011 PADA 25 JULAI 2011,

DI OCEAN GLOW, PUTRA BRASMANA, KUALA PERLIS

Bismillah Hirrahman Nirrahim

SALUTATION :

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor UniMAP (Akademik Dan Antarabangsa),

Yang Berbahagia Prof. Dr. Ismail Daut, Timbalan Naib Canselor UniMAP (Penyelidikan Dan Inovasi),

Yang Berusaha Puan Saodah Hassan, Bendahari UniMAP,

Yang Berusaha Puan Mazmin Mat Akhir, Pustakawan Kanan UniMAP

Dekan - Dekan Dan Ketua-Ketua Jabatan UniMAP

Barisan atlit-atlit UniMAP ke Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti-Universiti Malaysia (SUKUM) kali ke-36 seterusnya warga Universiti Malaysia Perlis yang diraikan sekalian.

(2)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia.

Alhamdulillah, syukur saya panjatkan ke hadhrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah rahmatNya, dapat kita sama-sama berkumpul pada malam ini dalam meraikan para atlet dan pengurusan yang memberikan komitmen penuh sewaktu Sukan Staf Antara Universiti-universiti Malaysia (SUKUM) 2011 yang telah berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 8 hingga 17 Julai baru-baru ini.

Sesungguhnya, pencapaian yang diraih oleh barisan atlit-atlit UniMAP ini amat membanggakan saya. Sehingga hari ini, kita msih kekal sebagai kuasa besar sukan di kalangan staf IPTA dan saya amat berharap ianya mampu diteruskan lagi di masa-masa akan datang.

Cuma terdapat beberapa aspek yang perlu ditingkatkan lagi untuk memastikan kita mampu meraih kejayaan yang lebih cemerlang.Sebagai contoh, pasukan bola tampar (wanita) UniMAP seringkali berjaya melangkah ke pusingan akhir, namun hanya mampu menamatkan saingan dengan kilauan perak sahaja.

Justeru, saya amat mengharapkan, En Afizal Abu Othman selaku Pengarah Pusat Sukan dapat mencari mekanisme baru untuk memastikan kita mampu menukar kilauan pingat kepada pingat emas sekali gus menewaskan musuh tradisi iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS).

(3)

Hadirin dan hadirat sekalian,

Semalam saya telah mendapat perkhabaran gembira apabila dua kakitangan kita iaitu Mohd Faiz Musa dan Mohd Robani Hassan telah berjaya menempah tiket ke Kejohanan Sukan SEA yang akan berlangsung di Indonesia, November ini.

Lebih membanggakan apabila, Mohd. Faiz yang merupakan pemenang pingat perak di Sukan SEA Laos dua tahun lalu, telah berjaya mencatat rekod baru kebangsaan sekaligus memecahkan rekod yang bertahan selama sebelas tahun dalam acara Snatch dengan angkatan 145kg dan Clean And Jerk 191kg bagi kategori 94kg. Inilah sebenarnya yang saya harapkan.

Barisan atlit-atlit UniMAP sewajarnya tidak hanya berpuas hati apabila mampu menyumbangkan pingat pada Kejohanan Sukan Staf, sebaliknya anda boleh berusaha lebih tinggi lagi untuk menyumbang kepada negara pula.

Marilah kita sama-sama berdoa semoga pencapaian Mohd. Faiz akan diteruskan lagi di Indonesia nanti dan semoga hasrat beliau untuk mencatatkan rekod baru dalam acara Snatch akan dapat tercapai. Saya juga mendoakan semoga Mohd. Robani dan Mohd.

Faiz dapat menyumbangkan pingat kepada kontinjen negara kelak.

Insya Allah.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Kejayaan Pasukan Staf kita sebenarnya bermula dengan kejayaan di Kejohanan Sukan Badan Berkanun Edisi Ke -7,(SUKANUN

(4)

VII),2011 yang telah diadakan pada 08 hingga 14 Mei 2011 dimana pada tahun ini, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah dipilih sebagai penganjur dan UniMAP berjaya meraih dua pingat emas, dua perak dan 1 gangsa. UniMAP juga telah mendapat tempat Ke – 5 keseluruhan daripada 70 pasukan yang bertanding.

Seterusnya pasukan Golf kita telah memenangi acara GROSS dan dinobatkan sebagai JOHAN BERPASUKAN GROSS dalam Kejohanan Golf IPTA Antara Universiti-Universiti Malaysia Kali Ke- 38, 2011 yang telah berlangsung pada 2 & 3 Julai 2011 bertempat di UTM Skudai, Johor.

Untuk para atlit, malam ini malam anda, malam untuk meraikan kegemilangan selepas berusaha sehabis daya untuk menghadiahkan pingat kepada pasukan masing-masing. Tidak ketinggalan, malam ini juga dianjurkan khusus untuk menghargai usaha dan penat lelah barisan sekretariat dalam memastikan pasukan UniMAP terus memperoleh kejayaan.

Juga, tidak dilupakan, pengurusan kontinjen terutama ketua kontinjen dan pengurus pasukan yang berjaya menjalinkan kerjasama erat antara semua pihak dalam memeriahkan kejohanan.

Sesungguhnya, hanya ini yang mampu saya selaku Pengurusan Tertinggi UniMAP hadiahkan untuk menghargai kalian semua.

Sekian,

Wassalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.

Referensi

Dokumen terkait

Zainai bin Mohamed Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti LPU UniMAP dan ahli- ahli LPU yang lain kerana sudi melapangkan masa untuk bersama- sama kita pada Majlis Tautan Mesra LPU

Terlebih dahulu patik bagi seluruh warga kerja Universiti Malaysia Perlis ingin merafak sembah, menjunjung kasih yang tidak terhingga di atas perkenan Tuanku berdua bercemar duli

Alhamdulillah, syukur saya panjatkan ke hadhrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah rahmatNya, dapat kita beriadah kembali pada minggu ini dan pada masa yang sama, mengucapkan

Justeru, saya amat mengharapkan agar warga UniMAP mengambil peluang yang hanya hadir setahun sekali ini, untuk menyempurnakan ibadat masing-masing dengan seikhlas hati dan pada masa

Alhamdulillah, marilah kita menadah tangan mengucap syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinanNya, membolehkan kita untuk bersama-sama berkumpul pada pagi yang berbahagia ini

Dato’ Prof Dr Kamarudin Hussin Sempena Majlis Menandatangani MoU Antara UniMAP dan Universitas Padjadjaran UNPAD Bandung Indonesia Pada 25 Jun 2011 Assalamualaikum

Adalah menjadi harapan saya agar melalui mesyuarat ini anda semua akan dapat mencapai keseragaman dalam menguruskan hal ehwal kewangan selain saya turut mengharapkan universiti yang

Hadirin dan hadirat sekalian, Meskipun kami di UniMAP mengambil masa yang agak lama untuk membuat kunjungan balas iaitu lebih kurang 4 bulan tetapi dalam tempoh tersebut telah ada