• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jurnal Refleksi Kepemimpinan Jilid III, 2020

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Jurnal Refleksi Kepemimpinan Jilid III, 2020"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

176

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI ROLE MODEL Tengku Nor Husna binti Tengku Jamil, PhD

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, 71900 Bandar Enstek, Nilai,

Negeri Sembilan.

tengkunorhusna@pendidikguru.edu.my

PENGENALAN

Menjadi role model bukan perkara yang mudah. Masyarakat sering didengarkan dengan ibu bapa sebagai role model, guru sebagai role model dan murid yang boleh dicontohi sebagai role model.

Kebiasaannya role model sering dikaitkan dengan ibu bapa yang cemerlang, guru yang cemerlang dan murid yang cemerlang.

Hakikatnya, kalau dilihat daripada kisah ibu bapa yang cemerlang tidak semestinya menjurus kepada bidang akademik semata-mata.

Ramai ibu bapa yang lahir daripada kalangan masyarakat sederhana tetapi dapat melahirkan anak-anak yang cemerlang bukan sahaja daripada sudut pelajaran tetapi juga bidang-bidang yang lain. Sebagai contoh pada tahun 2018 dalam akhbar berita harian bertarikh 27 Februari, sepasang suami isteri telah menerima anugerah keluarga mithali. Pasangan yang berasal daripada Terengganu ini telah berjaya membesarkan 13 orang anak dengan pendidikan yang terbaik dengan pendapatan sebagai seorang buruh.

Guru Pendidikan Islam (GPI) adalah role model kepada murid dalam membentuk insan yang berakhlak dan bertakwa (Ab. Halim et.al 2010). Menurut kamus English, role model adalah daripada perkataan Bahasa Inggeris yang bermaksud contoh. GPI mestilah menjadi contoh tauladan dalam penghayatan cara hidup Islam sebagaimana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Islam. Sebagai guru, GPI mestilah melengkapkan diri dengan kandungan ilmu yang

(2)

177

disampaikan kepada murid dan mengaplikasikan tuntutan agama dalam kehidupan semasa agar murid belajar daripada perkara yang dilihat, bukan sekadar mendapatkan ilmu semata-mata.

Mendidik diri menjadi seorang role model perlukan usaha dan pengorbanan. Menurut Syaubari (2017) antara contoh terbaik yang boleh ditunjukkan oleh seorang guru adalah menjalinkan hubungan dengan individu berilmu dan selalu melaksanakan amal ibadat agar dapat memberikan aura yang positif kepada murid, yang sentiasa menjadikan guru mereka sebagai contoh

NABI MUHAMMAD SEBAGAI ROLE MODEL

Islam telah menujukkan konsep terpilih dan dijadikan contoh seawal Nabi Adam dilantik menjadi Nabi. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa Nabi dan Rasul adalah lelaki pilihan Allah yang di pilih untuk menerima agama daripada Allah dan sebagai Rasul perlu disampaikan kepada orang lain. Pilihan ini menunjukkan Allah menetapkan sesuatu kelebihan kepada insan yang terpilih sama ada melalui kebaikan atau kesusahan. Sebagai contoh Nabi Sulaiman diberikan kebaikan manakala Nabi Noh diberikan kesusahan.

Begitu juga dengan Nabi Muhammad SAW yang merupakan manusia pilihan Allah yang sangat istimewa. Allah telah mengutuskan Rasulullah sebagai role model bagi umat Islam. Rasulullah SAW yang kita cintai dan kenali bersama, merupakan qudwah terbaik yang memiliki ciri- ciri keperibadian unggul lagi terpilih yang tidak langsung terdapat padanya cacat dan cela yang memastikan bahawa apa-apa yang datang daripada baginda merupakan suatu tuntutan yang wajar dan perlu dicontohi bersama.

Allah SWT telah berfirman dalam al-Quran )al-Jumu’ah 62: 2(:

(3)

178

Maksudnya: Dialah yang telah mengutus dalam kalangan orang (Arab) yang ummiyyīn, seorang Rasul (Nabi Muhammad) daripada bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah SWT (yang membuktikan keesaan Allah SWT dan kekuasaan-Nya), dan membersihkan mereka (dari iktikad yang sesat) serta mengajarkan mereka Kitab Allah SWT (al-Quran) dan hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu dalam kesesatan yang nyata.

Menurut Wahbah al-Zuhaily (2002) matlamat pelantikan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulullah SAW bagi merealisasikan tiga perkara utama iaitu yang pertama, membaca dan menyampaikan ayat-ayat suci al-Quran yang mengandungi hidayah dan petunjuk, yang kedua, membersihkan hati umatnya dengan iman dan menyucikan diri dari kekufuran dan kekotoran dan yang ketiga mengajar al-Quran, sunah dan segala yang terkandung dalamnya seperti syariat, hukum-hakam, hikmah kebijaksanaan dan perkara- perkara yang tersirat.

Allah menyatakan secara jelas dan nyata bahawa Rasulullah SAW model ikutan yang harus dicontohi, berdasarkan firman Allah SWT )al- Aḥzab 33:21(:

Maksudnya: Demi sesungguhnya, Rasulullah itu merupakan contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah SWT dan (balasan baik) hari

(4)

179

akhirat, serta dia sering menyebut dan mengingati Allah SWT (dalam masa susah dan senang).

Ibn Kathir (1978) menyatakan ayat ini merupakan dalil utama tuntutan meniru dan mencontohi Rasulullah SAW dalam semua aspek sama ada ucapan, perbuatan dan amalan. Dalam ayat ini Allah SWT telah memerintahkan kaum Mukmin yang ketika itu sedang khuatir, gelisah dan goyah menghadapi peperangan agar meniru sikap Nabi Muhammad SAW dalam peristiwa perang Ahzab dari segi kesabaran, keteguhan hati, kesediaan dan perjuangan serta semangat Baginda SAW yang sentiasa menanti jalan keluar daripada Allah SWT.

Tidak dapat disangkal bahawa pengaruh kaedah pendidikan melalui contoh teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW lebih kuat melekat di hati dan memudahkan pemahaman (Abdul Fattah 2011).

Peristiwa Rasulullah SAW bersama-sama para sahabat membangunkan masjid Quba’ membuktikan amalan Rasulullah SAW bekerja bersama-sama untuk menyampaikan syiar Islam. Peristiwa lain yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW apabila Rasulullah SAW bersama-sama dengan masyarakat Islam menggali parit bagi menghadapi perang khandak sehingga terlihat batu diperut baginda SAW yang digunakan untuk menahan kelaparan. Kehebatan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW seharusnya di fahami dan dihayati oleh masyarakat Islam masa kini dan mengamalkan amalan-amalan yang membawa kebaikan semata-mata untuk penghayatan dan pembudayaan Islam.

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI ROLE MODEL

Manusia dikurniakan akal oleh Allah SWT dan aspek inilah yang membezakan antara manusia dan haiwan (Ibnu Khaldun 1986).

Dengan akal yang dikurniakan oleh Allah SWT manusia berupaya untuk belajar dan mengajar. Individu yang belajar adalah pelajar dan individu yang mengajar adalah guru. Individu yang belajar dan individu yang mengajar mempunyai peranan masing-masing. Tidak kira sama

(5)

180

ada belajar atau mengajar kedua-duanya mempunyai tanggungjawab masing-masing yang mesti dilaksanakan. Rasulullah SAW bersabda:

ِسانلِل ْمُهُعَفْنَأ ِسانلا ُرْيَخ

Maksudnya: Sebaik-baik-manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.

Hadis ini menerangkan bahawa sebaik-baik manusia adalah insan yang memberi manfaat kepada orang lain. Tugas guru sangat besar manfaatnya kepada seorang murid. Satu ilmu yang diberikan, memberi ganjaran besar kepada seorang guru sebagaimana maksud hadis “sampaikanlah daripadaku walau satu ayat”. Sebagai GPI tugas membentuk murid yang seimbang dan harmoni dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sangat besar dan memberi impak tinggi kepada pembentukan masyarakat dan negara. Oleh yang demikian, bagi melahirkan masyarakat yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan mampu mencapai kesejahteraan diri serta menyumbang kepada keharmonian masyarakat sebagaimana yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan sangatlah berat. GPI mestilah berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan falsafah tersebut.

Ditambah lagi dengan Model 5M, GPI juga adalah sebagai mudarris, muaddib, murabbi, mursyid dan mu’allim yang bukan sahaja menitikberatkan penghayatan ilmu malahan tanggungjawab mendidik bagi memastikan kecemerlangan akhlak untuk menjamin kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Dikukuhkan lagi dengan pandangan bahawa guru Pendidikan Islam adalah dai di sekolah (Khadijah 2015 dan Rohizan 2012). Gesaan dari surah al-Nahl ayat 125 turut menggesa pendakwah atau guru agar berdakwah secara berhikmah sebagaimana firman Allah:

(6)

181

Maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu wahai Muhammad, dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahas dengan mereka (orang yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya Tuhanmu, Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua lebih mengetahui sesiapa yang mendapat hidayah dan petunjuk.

Menurut al-Maraghiy (2001) ayat ini adalah syariat Allah yang perlu digunakan dan diaplikasikan ketika berdakwah. Berdasarkan wahyu yang diberikan mengajak manusia ke jalan Allah antaranya juga adalah melalui pengajaran dan peringatan yang berulang kali sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat ini. Berbantah juga adalah dengan bantahan yang lebih baik seperti memberi maaf dan bersikap lemah lembut melalui penyampaian kata-kata yang memujuk.

Berdasarkan ayat al-Quran ini dapat difahami bahawa Allah SWT telah menyediakan garis panduan khusus bagi mengajak manusia ke jalan Allah SWT dengan kebijaksanaan dan nasihat serta menggunakan pendekatan yang baik. Akhlak mulia dan sopan santun ini akan dicontohi oleh murid-murid dan orang-orang sekeliling dan seterusnya menjadi pembudayaan dalam masyarakat.

GPI di sekolah rendah memahami konsep contoh dan ikutan yang baik melalui Dokumen Standard Kurikulum Bersepadu Pendidikan Islam (DSKP). Melalui dokumen ini GPI memahami konsep tahap penguasaan tertinggi bagi mencapai band tertinggi dalam pentaksiran kepada murid. GPI juga boleh menggunakan ukuran tahap ini dari semasa ke semasa untuk sentiasa muhasabah bagi menentukan kedudukan diri berada diperingkat kemahiran yang tinggi atau sebaliknya. Keadaan ini akan memberi galakkan kepada GPI untuk

(7)

182

sentiasa menambah baik diri secara berterusan. GPI boleh menggunakan penyataan umum tahap penguasaan murid sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 1:

Jadual 1

Penyataan Umum Tahap Penguasaan KBAT Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Tahap Penguasaan

Tahap Kemahiran

Pernyataan Standard 1 Ilmu Murid dapat mengetahui asas

pengetahuan, kemahiran dan nilai, dalam setiap kandungan yang dipelajari mengikut keupayaan masing-masing.

2 Amali Murid dapat menjelaskan konsep atau menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai secara praktik dalam kandungan yang dipelajari mengikut keupayaan masing- masing.

3 Amalan Murid dapat menjelaskan dan mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai daripada kandungan yang dipelajari mengikut keupayaan masing- masing dalam kehidupan seharian.

4 Iltizam Murid berkebolehan menghuraikan

dan mengaplikasikan

pengetahuan, kemahiran dan nilai daripada kandungan yang dipelajari secara bersungguh-

(8)

183

Sumber: Dokumen Standard Kurikulum Bersepadu Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Murid yang berjaya mencapai tahap tertinggi adalah murid yang berupaya merumuskan pengetahuan, mampu mengaplikasikan kemahiran dan nilai dalam kehidupan serta mempamerkan ciri-ciri kepimpinan dan bukan sahaja boleh dicontohi semata-mata tetapi juga berupaya untuk membimbing orang lain. Untuk melahirkan generasi ini GPI seharusnya memahami konsep keperluan dan kehendak dalam melahirkan murid berkualiti yang mencapai tahap pendidikan abad ke 21 yang mampu berkomunikasi, berkolaborasi, kreatif, kritis dan mempunyai nilai-nilai yang tinggi. Oleh yang demikian guru bukan sahaja mesti memahami tetapi mestilah menunjukkan, membuktikan dan mengaplikasikan supaya mereka sungguh dan bertanggungjawab melaksanakannya dalam kehidupan harian.

5 Penghayatan Murid berkebolehan memberikan justifikasi serta istiqamah terhadap tindakan yang dilakukan dalam kehidupan harian berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan nilai daripada kandungan yang dipelajari.

6 Pentabiatan Murid berkebolehan merumuskan pengetahuan, mengaplikasikan kemahiran dan nilai daripada kandungan yang dipelajari dalam bentuk perubahan tingkah laku serta mempamerkan ciri-ciri kepimpinan sebagai seorang yang bertakwa dan boleh dicontohi atau boleh membimbing orang lain.

(9)

184

boleh diikuti dan dicontohi lengkap dengan amalan-amalan perbuatan sebagaimana yang mereka inginkan untuk murid mereka.

Menurut Ghazali Basri (2008) kaedah contoh dan teladan sangat penting dalam pembinaan sahsiah murid kerana aspek adab dan budipekerti ini tidak dapat diajar dengan lisan dan pelajaran di bilik darjah semata-mata. Melalui pengalaman, pengajaran akhlak mesti disertakan dengan peristiwa-peristiwa khususnya kisah-kisah Rasulullah SAW supaya murid mendapat sesuatu dan mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengannya yang boleh ditiru dan dicontohi. Oleh yang demikian guru mestilah bijak untuk memasang strategi bagi memastikan budaya role model ini dapat diaplikasikan di sekolah.

STRATEGI MENJADI ROLE MODEL

Menjadi role model atau menjadi contoh kepada orang lain bukanlah sesuatu yang diharapkan. Namun perlu diingat sekiranya amalan kebaikan yang disampaikan kepada orang lain dan diikuti pula oleh orang lain akan berterusan pahalanya selagi orang lain itu melakukan dan melaksanakannya. Sebagai manusia yang lemah, pergantungan kepada Allah sangat diperlukan. Jadi tindakan utama yang perlu dilakukan sebagai hamba Allah yang hina, sentiasalah berdoa agar kehidupan dan setiap pelakuan yang dilakukan mendapat keredaan dan rahmat daripada Allah SWT dan menjadi amalan kerja baik yang sentiasa memberi kebaikan kepada ummah.

Menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai Amalan

Sebagai GPI, sudah tentu mempunyai pegangan dan pengetahuan yang tinggi terhadap al-Quran dan al-Sunnah. Sentiasalah muhasabah diri agar sentiasa berada di landasan yang benar dan betul. Rasulullah SAW bersabda:

ِهِ يِبَن َةَّنُس َو ،ِ َّاللَّ َباَتِك :اَمِهِب ْمُتْكَّسَمَت اَم ا ْوُّل ِضَت ْنَل ،ِنْي َرْمَأ ْمُكْيِف ُتْكرَت Maksudnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang

(10)

185

dengannya iaitu kitab Allah (al-Qur’an) dan sunnah Nabi- Nya (Sunnah Nabi SAW).”

Sesungguhnya berdasarkan hadis menunjukkan bahawa seorang manusia itu tidak akan sesat selagi mereka berpegang kepada al- Quran dan al-Sunnah. Dalam al-Quran terkandung perkara-perkara yang perlu dilakukan dan perkara-perkara yang pelu dijauhi.

Sekiranya GPI merasakan ada perlakuan dan perbuatan yang menyalahi dengan al-Quran dan al-Sunnah maka kembalilah kepada Allah dan Rasul. Tidak dinafikan manusia sering diuji dan ujian daripada Allah pelbagai. Oleh yang demikian GPI mestilah beringat bahawa Allah tidak akan menguji umatnya bukan dengan kemampuan yang ada pada umatnya. Begitu juga dalam menghadapi murid-murid yang diluar jangkaan, walau rasa diri tidak mampu menjadi contoh kepada murid sentiasalah berdoa kepada Allah SWT agar Allah memberikan hidayah dan petunjuk kepada murid yang memerlukan.

Iktikad Menjalankan Amanah kerana Allah SWT

Iktikad adalah perasaan yakin dalam hati manakala amanah adalah perkara yang wajib dipelihara dan ditunaikan kepada penerima amanah (Haron Din 2007). GPI mestilah mempunyai keyakinan yang teguh untuk menjalankan amanah Allah ketika melaksanakan pekerjaannya. Melalui ketulusan hati dengan kepercayaan tersebut akan dapat membantu GPI melakukan yang terbaik dan bersungguh- sungguh dan tidak mengharapkan balasan dunia. Sebagai murid, mereka juga dapat melihat keikhlasan dan kesungguhan guru-guru mereka. Cuba letakkan diri kita dalam situasi sebagai murid sudah tentu GPI juga inginkan guru yang mempunyai kesungguhan dan kekuatan yang luar biasa ketika mengajar. Bergerak aktif, rajin, ikhlas dan penyayang. Jadi begitu jugalah yang diinginkan oleh para murid.

Allah berfirman dalam surah Nisa’ ayat 58:

(11)

186

Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.

Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu.

Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Memiliki Sifat-sifat Mahmudah

Diriwayatkan daripada Ibn Ishaq bahawa Rasulullah SAW pernah mengutus Amr bin Ash kepada al-Julanda Malik untuk mengajaknya memeluk agama Islam

lalu Amr berkata bahawa dia telah menunjukkan kepadaku seorang nabi yang ummi. Sungguh baginda tidak pernah menyuruh suatu kebaikan sebelum baginda sendiri melakukannya. Sebaliknya, baginda tidak pernah melarang suatu kejahatan sebelum baginda sendiri meninggalkannya. Sungguh baginda tidak sombong meskipun memiliki kekuasaan. Sebaliknya baginda tidak mengeluarkan kata-kata kotor sekalipun baginda dikalahkan. Baginda sentiasa memenuhi dan melaksanakan janji. Saya bersaksi bahawa baginda adalah benar-benar seorang Nabi (Abdul Fattah 2011).

(12)

187

Berdasarkan kisah yang dibawa, ternyata Rasulullah SAW melaksanakan perkara yang disuruh dan diperintahkan terlebih dahulu sebelum meminta orang lain melaksanakannya. Terdapat banyak peristiwa-peristiwa yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dalam baginda menyantuni dan memuliakan orang-orang Islam dan bukan Islam. Antaranya kisah Rasulullah SAW memberi makan kepada pengemis buta yang menghina beliau, menziarahi jiran baginda SAW yang sakit walaupun jiran tersebut tidak memandang baginda dan memaafkan seorang kanak-kanak yang berhadas kecil di masjid. Rasulullah SAW memandang positif setiap perkara yang berlaku dan perkara yang berlaku tersebut memberi ruang kepada baginda SAW untuk menunjukkan akhlak-akhlak yang mulia dan boleh dicontohi oleh mad’unya.

Berdasarkan kajian didapati bahawa guru Pendidikan Islam sentiasa mengamalkan akhlak mulia dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti kasih sayang, ikhlas, nasihat, berhikmah dalam usaha menegur kesilapan, pengajaran bertahap dan beramal dengan ilmu (Ab. Halim et.al 2012). Walaupun cara penyampaian dan tingkah laku guru mengikut kaedah mereka yang tersendiri namun masih dibatasi dengan prinsip-prinsip dan kehendak Islam yang telah ditetapkan. Amalan sifat mahmudah ini mesti diteruskan oleh guru agar sentiasa di contohi dan menjadi panduan kepada murid dan membawa kepada peranan guru sebagai role model utama di sekolah.

ISU DAN CABARAN

Menjadi idola dan role model kepada murid merupakan sesuatu yang diimpikan oleh guru yang ingin menjadi inspirasi kepada murid.

Namun ianya bukan sesuatu yang mudah. Isu kekangan kerja seperti melaksanakan kerja-kerja pengkeranian dan kerja-kerja teknikal yang lain menyebabkan guru rasa terbeban untuk melakukan yang terbaik kepada murid (Berita Harian, 9 Oktober 2018). Adakah rasa lelah dan letih menyebabkan fokus untuk menunjukkan akhlak yang mulia dan peribadi yang mulia tidak menjadi keutamaan? Hakikatnya, inilah cabaran yang mesti dilalui sebagai seorang guru. Sebagai seorang

(13)

188

guru Pendidikan Islam khususnya mestilah sentiasa mengutamakan lima tugas utama guru iaitu menyampaikan ilmu, membentuk diri, mengasuh peribadi, membina kemahiran diri dan menjadi contoh tauladan.

Begitu juga dengan tuntutan murid masa kini yang lebih ke depan daripada guru-guru. Murid boleh membuat pilihan sendiri dalam meletakkan role model kehidupan mereka. Alangkah baiknya jika role model pilihan mereka adalah insan-insan yang mulia lebih-lebih lagi Rasulullah SAW. Apa yang ditakutkan sekiranya role model pilihan mereka adalah insan yang boleh merosakkan dan menghancurkan masa depan mereka. Disinilah cabaran bagi guru-guru untuk menarik minat murid dan meyakinkan murid bahawa segala yang ditunjukkan oleh guru semata-mata adalah untuk memastikan murid menjadi orang yang bermanfaat kepada masyarakat negara dan ummah.

Jiwa yang kuat dan semangat yang kental sangat diperlukan dalam jiwa guru-guru. Meletakkan tanggungjawab didepan lebih daripada segalanya akan membawa dan mendorong diri untuk bersungguh- sungguh melaksanakan tanggungjawab dan tugasan serta peranan yang telah ditetapkan. Berpegang kepada al-Quran dan al-Sunah serta pergantungan yang tinggi kepada Allah serta perhiaskan diri dengan sifat-sifat mahmudah akan membina dan membentuk jati diri melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya.

KESIMPULAN

Role model, menjadi contoh dan menjadi teladan adalah perkara yang sama. Semua GPI mesti berusaha kearah itu semata-mata memberi hak kepada murid-murid untuk mendapatkan yang terbaik. Bukan sahaja mendapat ilmu di bibir semata-mata tetapi dapat dilihat secara visual dan lebih mudah untuk diikuti dan dicontohi. Berjaya seorang guru dapat dibuktikan melalui kelahiran murid-murid yang berjaya bukan sahaja terikat kepada kejayaan akademik semata-mata tetapi kepada pembinaan sahsiah dan akhlak murid yang lahirnya daripada seorang guru yang berakhlak mulia.

(14)

189 RUJUKAN

al-Quran al-Karim. (2019). Kuala Lumpur: Karya Bestari dan Karangkraf.

Ab. Halim Tamuri, Mohd Khairul Azman, Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Berkesan Berteraskan Konsep Mu‘allim, Journal of Islamic and Arabic Education 2(1), 2010 43-56 Ab. Halim Tamuri, Ismail, Muhamad Faiz & Jasmi, Kamarul Azmi.

(2012). Komponen asas untuk latihan guru pendidikan Islam.

Global Journal Al Thaqafah 2(2):53–63.

http://site.gjat.my/main/3074/index.asp?pageid=122521.

Ahmad Mustafa al-Maraghiy. (2001). Tafsir Al-Maraghiy. Muhammad Thalib (pnyt.). Cetakan Pertama. Kuala Lumpur: Yayasan Islam Terengganu.

Ghazali Basri. (2012). Falsafah Pendidikan Islam, Huraian Konsep Dan Aplikasi. Cetakan 2. Brunei Darusalam: Kolej Universiti Perguruan Agama Seri Begawan.

Haron Din. (2007). Islam: Rujukan Afektif Akhlak Mulia, Cetakan Pertama. Kuala Lumpur: PTS Millenia Sdn Bhd.

Ibn Kathir. (1978). Tafsir Al-Qur'an Al-ᶜAzim. Dar Ihya’al-Kutub al- Arabiyah.

Ibn Khaldun. (1986). Muqadimah Ibn Khaldun. Bayrut: Dar al-Masyriq.

Khadijah Abdul Razak dan Mohamad Zaid Dzakaria (2015), Penghayatan Sifat Da ’ I Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam. In Pemerkasaan Pendidikan Islam Dalam Cabaran Zaman. Bangi, Selangor: Persatuan Intelek Muslim Malaysia, p. 71-92. ISBN: 978-967-10160-55-70. 4(2):2012–13.

Mahani M Ghani & Mohd Aderi Che Noh. (2016). Kaedah Tunjukcara Dalam Pengajaran Pendidikan Islam. Prosiding Wacana Pendidikan Islam, Bangi, 709-714.

(15)

190

Mohd Syaubari Bin Othman & Ahmad Yunus Bin Kassim. (2017).

Konsep Pengajaran Akidah Kepada Kanak-Kanak Menurut Al-Quran Dan Imam Ghazali Berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Jurnal al-Abqari, 10:83–93.

Said Hawa. (1990). Al-Rasul. al-Qahirah: Dar al-Salam.

Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah. (2011). 40 Strategi Pendidikan Rasulullah SAW. Terbitan P. Selangor: Pelima Media Sdn Bhd.

Rohizan Ya, Ab. Halim Tamuri, Mohd Musnizan Jaafar, Khairul Najah Abd Rahim & Mohd Hishamuddin Abd Hamid. 2012. Peranan Guru Pendidikan Islam Menerusi Falsafah Pendidikan Islam Dalam Membentuk Kemenjadian Individu Murid Yang Berakhlak. Jurnal IPG Kampus Pendidikan Islam 1–17.

Sofiah Mohamed, Kamarul Azmi Jasmi, Muhammad Azhar Zailaini.

(2016). Akhlak Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam, Jurnal Akademika, 86:31-42.

Syafiqah Solehah Ahmad & Tengku Sarina Aini Tengku Kasim.

(2017). Permasalahan Dan Cabaran Guru Pendidikan Islam (GPI) Dalam Membentuk Personaliti Dan Akhlak Pelajar: Satu Analisis Secara Kritis. Proceedings of the International Conference on Islam, Development and Social Harmony in Soutthest Asia 1992:1-15.

Wahbah al-Zuhaily. 2002. Tafsir Al-Munir. Abdul Karim Ali & Ahmad Hasan Mohd Nazam (pnyt.). Cetakan Pertama. Selangor:

Intel Multimedia & Publication.

Zana Roslina Ujang dan Zaharah Hussin. (2017). Konsep Taakulan Akhlakiyah Bagi Kurikulum Pendidikan Islam. ISPEN 2017: 8- 16.

Referensi

Dokumen terkait