• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kajian Hubungan Jangka Masa Panjang Faktor-Faktor Yang

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Kajian Hubungan Jangka Masa Panjang Faktor-Faktor Yang"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

Kajian Hubungan Jangka Masa Panjang Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Peningkatan Kos Sara Hidup di Malaysia (A Study of the Long-Term Relationship Between Factors that Driving

Up Cost of Living in Malaysia)

Muhammad Zulkarnaen Mohd Nazri1*, Norlin Khalid1

1 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: [email protected]

Accepted: 15 August 2022 | Published: 1 September 2022 DOI:https://doi.org/10.55057/jdpg.2022.4.3.1

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Peningkatan kos sara hidup sering dikaitkan dengan pelbagai faktor luar dan dalam negara yang menjadi punca kepada peningkatan harga barangan ditambah pula dengan peningkatan mendadak harga minyak mentah dan gas asli di seluruh dunia. Hal ini menjadi bertambah rumit apabila negara masih bergelut dengan masalah pengangguran di mana ratusan ribu rakyat kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19 yang telah menyebabkan isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana mengalami masalah kewangan yang teruk.

Hal ini menjadi persoalan kepada banyak pihak dalam membincangkan solusi jangka masa panjang kerana melihat perkara ini seolah-olah tidak mempunyai jawapan sejak sekian lama.

Memandangkan kos sara hidup terus meningkat walaupun gaji masih kekal pada tahap yang sama, saiz golongan B40 dilihat semakin membesar apabila golongan M40 berkemungkinan akan mengecil dan malah boleh jatuh ke dalam kemiskinan bandar. Oleh itu, kajian ilmiah ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti dan mengkaji variabel yang mempengaruhi kos sara hidup di Malaysia. Kajian ini juga menggunakan model Autoregressive Distributed Lag (ARDL) dan data siri masa sepanjang tahun 1981-2021. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan jangka masa panjang antara faktor pendapatan isi rumah, kadar pengangguran, pertumbuhan populasi, darjah keterbukaan dan nilai mawatang Ringgit terhadap peningkatan kos sara hidup di Malaysia. Walaubagaimanapun, kadar faedah tidak mempunyai hubungan secara langsung kepada pembolehubah bersandar.

Kata Kunci: kos sara hidup, pendapatan, penawaran dan permintaan, ARDL

Abstract: The rising cost of living is often linked to various external and domestic factors that cause the rising of commodity prices coupled with the sharp rise in crude oil and natural gas prices around the world. This matter become more complicated when the country is still struggling with unemployment where hundred thousand of people lost their occupations due to the Covid-19 pandemic which has caused low and middle income households to suffer severe financial problems. These issues become a question to many people in discussing long-term solutions since these matters seem to have no solution for so long. As the cost of living continues to increase even though wages remain at the same level, the size of the B40 group is seen to be growing as the M40 group is likely to shrink and may even fall into urban poverty. Therefore, this scientific study is performed to identify and study the variables that affect the cost of living in Malaysia. The study also used the Autoregressive Distributed Lag (ARDL) model and time series data from 1981 until 2021. The findings showed that there is a long-term relationship between the factors of household income, unemployment rate, population growth, degree of

(2)

openness and the value of the Ringgit to the rising cost of living in Malaysia. However, interest rates do not have direct relationship to the dependent variable.

Keywords: cost of living, income, supply and demand, ARDL

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Kos sara hidup adalah kos perbelanjaan yang diperuntukkan untuk memenuhi setiap keperluan dan kehendak isi rumah mengikut lokasi dan waktu pada zaman yang tertentu (Bahari et al., 2018). Antara kos keperluan asas yang ditanggung oleh isi rumah adalah seperti makanan, minuman, kediaman dan pakaian (Rose et al., 2020). Selain itu, kehendak lain yang dianggap perlu pada zaman ini meliputi kos kesihatan, pendidikan dan pengangkutan untuk menjamin keselesaan isi rumah selari dengan globalisasi dunia. Lazimnya, kos sara hidup sering dikaitkan dengan taraf hidup. Taraf hidup mengukur kemampuan isi rumah untuk berbelanja berdasarkan pendapatan yang diterima (Latimaha et al., 2020). Sekiranya kadar pendapatan isi rumah lebih tinggi berbanding kos sara hidup, maka taraf kehidupan isi rumah tersebut telah meningkat.

Sebaliknya, taraf hidup akan dikatakan merosot apabila kos sara hidup lebih tinggi daripada pendapatan isi rumah.

Secara umum, keadaan ekonomi semasa dunia dan negara memberi kesan yang besar kepada perubahan trend kos sara hidup di Malaysia. Seperti di dalam Rajah 1.1, kegawatan ekonomi yang melanda dunia pada tahun 1997-1998, 2008-2009 dan 2019-2021 telah menyebabkan kejatuhan harga pasaran modal yang teruk dan menyebabkan banyak syarikat mengalami kerugian. Kejatuhan ini berlaku hampir kepada seluruh negara termasuklah Malaysia.

Rajah 1.1: Trend Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia 1996 - 2020

Dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi yang sangat mencabar, rakyat Malaysia dihantui dengan masalah peningkatan pendapatan isi rumah tidak selari dengan peningkatan kos sara hidup. Malah, diburukkan lagi dengan masalah pengangguran dan kehilangan punca pendapatan akibat daripada pasaran buruh yang tidak stabil. Walaupun kadar inflasi di Malaysia antara yang terendah berbanding negara jiran di ASEAN seperti Thailand, Filipina dan Indonesia, peningkatan kos sara hidup dikatakan melangkaui peningkatan pendapatan isi rumah (Wahab et al., 2018). Antara punca yang menyebabkan peningkatan kos sara hidup termasuklah kemerosotan matawang Ringgit, pendapatan purata isi rumah yang rendah, kadar inflasi import yang tinggi dan peningkatan kadar pengangguran (Latimaha et al., 2020).

(3)

Rajah 2.1: Trend Indeks Harga Pengguna (2010:100)

Seperti kebanyakan negara, inflasi menjadi topik hangat di Malaysia apabila rata – rata rakyat Malaysia berasa bimbang dengan data terkini yang dikeluarkan oleh syarikat penyelidikan Merdeka Center yang mendapati bahawa inflasi dianggap sebagai isu paling mendesak yang dihadapi oleh purata rakyat Malaysia, mengatasi kebimbangan mengenai ketidakstabilan politik dan Covid-19 (Nikkei Asia, 2022). Kenaikan harga barangan telah dijangka akibat daripada pandemik dan halangan rantaian bekalan. Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine baru- baru ini dan jangkaan kenaikan harga tenaga dan makanan global yang akan dibawanya, hanya boleh menimbulkan lebih banyak cabaran ekonomi (Berita Harian, 2022). Sebagai tindak balas kepada peningkatan kos sara hidup, kerajaan telah bercadang menaikkan gaji minimum, mengawal harga barangan dengan meletakkan harga siling dan subsidi untuk barangan keperluan.

Apabila di lihat dari sudut lokasi penduduk, sesetengah rakyat yang berpendapatan sederhana berpotensi mengalami defisit dalam belanjawan mereka. Memandangkan kadar peningkatan kos sara hidup di bandar lebih pantas berbanding di kawasan luar bandar, ia telah menjadi semakin sukar bagi isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana di bandar-bandar untuk menampung bajet keperluan asas mereka dan mengekalkan taraf hidup yang sederhana atau pun sama seperti dahulu (Bahari et al., 2018). Jelaslah bahawa perlu ada kajian yang mendalam untuk mengetahui tahap minimum pendapatan yang sepatutnya bagi mengekalkan taraf hidup mereka seperti sebelum ini. Di samping itu, kerajaan perlu mengambil langkah awal dalam membendung masalah isu pendapatan rendah dan sederhana berkenaan kos sara hidup, terutamanya bagi rakyat yang tinggal di bandar-bandar yang besar.

Matlamat utama penyelidikan ini ialah untuk mengenal pasti pembolehubah yang mempengaruhi peningkatan kos sara hidup di Malaysia. Kajian ini penting untuk memberi gambaran dan pendedahan sejauh mana faktor-faktor ini mempengaruhi peningkatan kos sara hidup di Malaysia dalam jangka masa panjang supaya tindakan awal dapat di ambil oleh pihak kerajaan dalam memantau dan mencari jalan penyelesaian. Di samping itu, kajian ni membincangkan langkah-langkah yang boleh di ambil dalam mengawal kadar kos sara hidup di Malaysia supaya selari dengan pendapatan isi rumah demi menjamin kesejahteraan rakyat.

0.00 20.00 40.00 60.00 80.00 100.00 120.00 140.00

1975 1980 1985 1990 1995 2000 2005 2010 2015 2020 2025

Indeks Harga Pengguna (2010:100) 1981 - 2021

(4)

2. Kerangka Teori dan Kajian-Kajian Lepas

Permintaan dan penawaran ialah teori asas yang digunakan dalam kajian ini. Teori penawaran dan permintaan menerangkan tentang interaksi antara pengguna dan pengeluar berkaitan penjualan barang atau perkhidmatan berdasarkan harga yang dipersetujui bersama (Haryanti, 2019). Harga akan ditentukan mengikut permintaan barang atau perkhidmatan oleh pengguna dan kuantiti yang diberikan oleh pengeluar di dalam pasaran yang bebas dan kompetitif. Titik keseimbangan akan dihasilkan apabila pengguna bersedia membeli barangan dan perkhidmatan yang disediakan oleh penjual pada harga yang dipersetujui pada masa itu dan penjual bersedia mengeluarkan barangan atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna (Muflihin, 2019). Dalam konteks harga, ia merupakan elemen penting dalam kajian ini kerana harga barangan dan perkhidmatan akan mempengaruhi tindak balas manusia dalam membuat keputusan untuk berbelanja (Muslimin et al., 2020).

Selain itu, teori penggunaan dan utiliti digunakan dalam mengkaji faktor yang mempengaruhi peningkatan kos sara hidup. Penggunaan ialah perbelanjaan isi rumah terhadap barangan dan perkhidmatan di pasaran berdasarkan keperluan dan kehendak (Yahya et al., 2019). Aspek penggunaan dalam makroekonomi adalah sebagai penunjuk arah kepada peningkatan kekayaan sesebuah negara melalui indikator pendapatan. (Mustafar et al., 2021). Apabila dilihat dari perbandingan konsep antara penggunaan menurut Islam dan konvensional, secara ringkas, konsep penggunaan menurut Islam adalah berdasarkan falsafah dan nilai-nilai moral Islam, manakala konsep penggunaan menurut konvensional adalah berdasarkan pemikiran untuk mendapatkan kepuasan yang maksima melalui penggunaan barang dan perkhidmatan. Dalam kajian ini, pendapatan merupakan elemen yang penting dalam mewakili kuasa beli manusia dalam berbelanja demi memenuhi keperluan dan kehendak (Aditya, 2020).

Islam telah menggariskan panduan sejajar dengan kerangka Maqasid Syariah untuk menjaga agama, harta, akal, keturunan dan nyawa. Terdapat tiga jenis penggunaan menurut pandangan Islam (Rosyida, 2019) iaitu:

a. Daruriyyat ialah keperluan asas manusia untuk kelangsungan hidup. Contohnya seperti makanan, minuman, pakaian dan tempat kediaman.

b. Hajiyyat ialah keperluan yang menjamin keselesaan dan ketiadaannya tidak akan menjejaskan kehidupan isi rumah. Contohnya ialah kenderaan persendirian dan rumah yang dilengkapi penghawa dingin.

c. Tahsiniyyat ialah kehendak kepada kemewahan dan harta yang unik. Contohnya, pembelian perhiasan yang mahal seperti barang kemas, barang antik dan kenderaan mewah.

Berdasarkan kajian-kajian lepas berkenaan faktor-faktor yang mempengaruhi peningkatan kos sara hidup, terdapat beberapa penemuan daripada pelbagai penyelidik yang menyatakan bahawa terdapat hubungan yang signifikan terhadap pemboleh ubah yang akan diuji di dalam kajian ini terhadap kos sara hidup di Malaysia.

Menurut Latimaha et al. (2020), hasil kajian empirikal menunjukkan bahawa pendapatan perkapita adalah signifikan dalam peningkatan kos sara hidup. Hal ini disebabkan peningkatan permintaan untuk barang dan perkhidmatan yang memberi kesan peningkatan tahap harga secara keseluruhan. Walaubagaimanapun, Siwar (2019) berpendapat bahawa pendapatan perkapita bukanlah pemboleh ubah yang signifikan dalam menentukan kos sara hidup kerana perkara tersebut tidak jelas berdasarkan kajian kepada 12 kategori perbelanjaan yang berbeza memberikan hasil yang berbeza berdasarkan pendapat dan pilihan yang berbeza. Bahari et al.

(5)

(2018) pula bersetuju bahawa pendapatan perkapita mempunyai hubungan yang signifikan kepada kos sara hidup kerana menggunakan pendapatan sebenar adalah ukuran kesejahteraan ekonomi yang lebih baik untuk mengenal pasti perubahan kos sara hidup. Data yang digunakan adalah kadar inflasi dan harga semasa untuk menilai kesan sebenar terhadap kos sara hidup di kawasan tertentu.

Selain itu, kajian Latimaha et al. (2020) mendapati bahawa terdapat hubungan positif antara peningkatan populasi penduduk dengan peningkatan kos sara hidup. Semakin besar populasi, semakin tinggi kos sara hidup kerana permintaan barang dan perkhidmatan adalah lebih tinggi.

Di samping itu, Bahari et al. (2018), juga berpendapat bahawa saiz penduduk mempengaruhi kos sara hidup apabila mengambil kira faktor luaran seperti pencemaran udara, kesesakan lalu lintas dan kos pengangkutan darat. Akibatnya, kawasan dengan masalah alam sekitar mengalami kos sara hidup yang lebih tinggi terutama di ibu kota. Siwar et. al (2019) juga menyokong pendapat penyelidik sebelum ini dan menyatakan bahawa pertumbuhan penduduk mempunyai hubungan positif dengan kos sara hidup apabila pertumbuhan penduduk selepas tahun 1990-an meningkat dengan kadar yang agak tinggi. Perubahan pertumbuhan penduduk ini dapat mempengaruhi perubahan kos sara hidup secara tidak langsung.

Menurut Aziz (2020) mendapati bahawa kadar pengangguran bukanlah pembolehubah yang signifikan untuk mengkaji kenaikan kos sara hidup kerana terdapat hubungan negatif antara pembolehubah ini. Walaubagaimanapun, Bahari et al. (2018) mempunyai pendapat yang berbeza dan menyatakan bahawa kadar pengangguran adalah signifikan terhadap perubahan kos sara hidup, tetapi arah hubungan tidak jelas berdasarkan data mengenai kadar pengangguran terdiri daripada pengangguran siklikal, struktur dan geseran. Dari perspektif yang berbeza, ketiga-tiga jenis pengangguran ini mempunyai kesan yang berbeza terhadap kos sara hidup. Hanafe et al. (2022), juga bersetuju bahawa pengangguran telah menurunkan taraf hidup seseorang apabila isi rumah tidak lagi berkemampuan untuk berbelanja seperti mana mereka mempunyai pendapatan sebelum berlakunya krisis ekonomi akibat penyebaran penyakit Covid 19.

Berdasarkan kajian Bahari et al. (2018), taraf hidup mempunyai kaitan rapat dengan nilai pertukaran wang. Dapat disimpulkan bahawa kedua-duanya saling berkaitan dan mempunyai hubungan sebab-akibat. Sebagai contoh, penurunan harga eksport dunia yang memberi kesan pada perdagangan akan menyebabkan Ringgit Malaysia menyusut. Oleh itu, keseimbangan kadar pertukaran wang yang sebenar akan menyusut untuk mengembalikan permintaan. Di samping itu, Latimaha et al. (2020) berpendapat bahawa nilai tukaran wang memainkan peranan penting dalam ekonomi, terutamanya untuk ekonomi kecil dan terbuka. Indeks tahap harga yang diperoleh dengan membahagikan kuasa beli dengan kadar pertukaran nominal secara rasmi untuk mengukur pengaruh kos sara hidup. Bagi sebuah negara kecil seperti Malaysia, kadar pertukaran merupakan pembolehubah penting dalam keputusan ekonomi kerana ia mewakili harga relatif barangan domestik dan import. Oleh itu, Malaysia perlu mengetatkan pengaliran keluar RM sebagai langkah berjaga-jaga untuk melindungi ekonomi Malaysia (Wahab et al., 2018).

Menurut Rose et al. (2020), terdapat hubungan positif antara darjah keterbukaan perdagangan dan pertumbuhan ekonomi. Hal ini merujuk kepada negara-negara kecil kerana darjah keterbukaan perdagangan mereka mempengaruhi taraf hidup melalui kos sara hidup.

Berdasarkan kajian yang dilakukan di Malaysia, Sulaiman et al. (2020) menyatakan perdagangan untuk ekonomi kecil dan terbuka seperti Malaysia, perubahan dalam syarat perdagangan pada amnya akan mempengaruhi kadar pertukaran matawang dan taraf hidup.

(6)

Wahab et al. (2018) bersetuju bahawa eksport dan import memainkan peranan yang lebih besar dalam ekonomi kecil seperti Malaysia apabila pengeluaran domestik dan galakkan eksport akan menjana pertumbuhan ekonomi yang positif dan sekaligus dapat mengawal kadar peningkatan harga barangan yang di pasaran Malaysia.

Peningkatan kadar faedah akan mengurangkan inflasi melalui beberapa saluran, termasuk mengurangkan penggunaan dan pelaburan apabila kos pembiayaan dan kos modal meningkat (Latimaha et al. 2020). Ini akan membawa kepada permintaan agregat yang lebih rendah dan kesannya isi rumah akan hanya berbelanja kepada barangan keperluan asas sahaja. Walau bagaimanapun, Hamzah et al. (2018) menyatakan bahawa perubahan kadar faedah tidak akan banyak mempengaruhi kos sara hidup, terutamanya bagi ekonomi membangun, kerana mereka sangat terdedah kepada kejutan luaran. Ia juga mungkin datang dengan kesan negatif kerana kadar pertukaran akan meningkat dan akan menjejaskan perdagangan luar. Oleh itu, tiada bukti konklusif bahawa kadar faedah adalah alat dasar yang berkesan untuk membendung kos sara hidup.

Terdapat kekurangan kajian yang tulen dan kukuh berkenaan peruntukan kewangan untuk keperluan asas di seluruh dunia, terutamanya di Malaysia. Oleh kerana terdapat sedikit kajian yang telah dilaksanakan dalam konteks peruntukan kewangan keperluan asas dan ditambah pula kesukaran untuk mencari bentuk penyelidikan akademik mengenai faktor utama yang mempengaruhi bajet keperluan asas, maka kajian ini boleh bertindak sebagai mukadimah kepada kajian akan datang.

Selain itu, memandangkan Malaysia tidak mempunyai indeks kos sara hidup rasmi, penggunaan Indeks Harga Pengguna (IHP) sebagai proksi boleh diterima seperti mana kajian yang dijalankan oleh Latimaha et al., (2020). IHP adalah ukuran terbaik yang ditafsirkan dalam rangka kerja indeks kos sara hidup bersyarat. Walau bagaimanapun, kenaikan harga seperti yang diukur oleh IHP tidak mengukur dengan tepat perubahan dalam kos sara hidup kerana individu yang rasional menggunakan penggantian untuk melindung nilai mereka terhadap taraf hidup yang merosot apabila inflasi tinggi. Oleh itu, pengkaji mencadangkan untuk menggunakan kos sebenar indeks sara hidup untuk mencapai objektif dalam mengenal pasti variabel yang mempengaruhi peningkatan kos sara hidup di Malaysia.

3. Data dan Metodologi Kajian

Kaedah kuantitatif digunakan dalam pelaksanaan kajian ini. Penyelidikan ini memerlukan usaha pembacaan bahan ilmiah dan pengumpulan data siri masa bagi mengkaji variabel yang mempengaruhi kos sara hidup di Malaysia. Koleksi data ini telah di rekod dan di siarkan di laman sesawang oleh pihak berautoriti seperti Bank Dunia dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Untuk kajian ini, model Autoregressive Distributed Lag (ARDL) akan digunakan untuk mengkaji hubungan jangka panjang kerana kaedah ini semakin mendapat perhatian penyelidik kerana kesesuaiannya dalam mengkaji data yang kompleks dan sangat efisien untuk kajian kos sara hidup. Selain itu, aplikasi kaedah ini lebih menyeluruh dan membolehkan masalah – masalah yang terdapat di dalam data sekunder dapat ditangani dengan sebaiknya.

Oleh yang demikian, model baharu yang diperkenalkan untuk mengkaji kos sara hidup di Malaysia dirumuskan seperti berikut:

𝐼𝐻𝑃 = 𝑓(𝑙𝑛𝐾𝐷𝑁𝐾𝑃𝐾, 𝐾𝑃, 𝑃𝑃𝑜, 𝐷𝐾, 𝑀𝑊, 𝐾𝐹)

(7)

IHP : Indeks Harga Pengguna (2010 : 100)

KDNKPK : Keluaran Dalam Negara Kasar Perkapita (RM) KP : Kadar Pengangguran (%)

PPo : Pertumbuhan Populasi (%) DK : Darjah Keterbukaan (%)

MW : Kadar Pertukaran Ringgit Sebenar (2010 :100) KF : Kadar Faedah Sebenar (%)

Bagi kajian ini, KDNKPK ditukar sebagai nombor log oleh kerana nilainya yang besar. Ia digunakan untuk mewakili pendapatan isi rumah. Memandangkan penyelidikan ini mengambil kira landskap ekonomi Malaysia dan ciri demografinya, kajian ini merangkumi beberapa pembolehubah yang mempengaruhi kos sara hidup di Malaysia seperti kadar pengangguran, pertumbuhan populasi, darjah keterbukaan, kadar pertukaran Ringgit sebenar dan kadar faedah sebenar. Walaubagaimanapun, bagi mengelakkan masalah kolineariti dan mengekalkan kestabilan model, kajian ini dijalankan secara berasingan menggunakan dua model iaitu Model I and Model II seperti di dalam Jadual 7.1 dan 7.2:

Model I: 𝐼𝐻𝑃𝑡 = α + β1𝐼𝐻𝑃𝑡−𝑖+ β2𝑙𝑛𝐾𝐷𝑁𝐾𝑃𝐾𝑡−𝑗+ β3𝐾𝑃𝑡−𝑗+ β4𝑃𝑃𝑜𝑡−𝑗 + 𝑝𝑖=1𝛿1𝑖Δ𝐼𝐻𝑃𝑡−𝑖 + 𝑞𝑗=0𝛿2𝑖Δ𝑙𝑛𝐾𝐷𝑁𝐾𝑃𝐾𝑡−𝑗 + 𝑞𝑗=0𝛿3𝑖Δ𝐾𝑃𝑡−𝑗 + 𝑞𝑗=0𝛿4𝑖Δ𝑃𝑃𝑜𝑡−𝑗 + 𝜀t1

Jadual 7.1: Ringkasan data siri masa Model I

No. Perkara Kajian Pembolehubah Proksi Data Sumber

1. Kos Sara Hidup Bersandar Indeks Harga Pengguna DOSM

2. Pendapatan Isi Rumah Bebas Keluaran Dalam Negara Kasar Perkapita

DOSM

3. Pengangguran Bebas Kadar Pengangguran DOSM

4. Populasi Penduduk Bebas Pertumbuhan Penduduk DOSM

Model II: 𝐼𝐻𝑃𝑡 = α + β1𝐼𝐻𝑃𝑡−𝑖+ β2𝐷𝐾𝑡−𝑗+ β3𝑀𝑊𝑡−𝑗+ β4𝐾𝐹𝑡−𝑗 + 𝑝𝑖=1𝛿1𝑖Δ𝐼𝐻𝑃𝑡−𝑖 +

𝑞𝑗=0𝛿2𝑖Δ𝐷𝐾𝑡−𝑗 + 𝑞𝑗=0𝛿3𝑖Δ𝑀𝑊𝑡−𝑗 + 𝑞𝑗=0𝛿4𝑖Δ𝐾𝐹𝑡−𝑗 + 𝜀t2

Jadual 7.2: Ringkasan data siri masa Model II

No. Perkara Kajian Pembolehubah Proksi Data Sumber

1. Kos Sara Hidup Bersandar Indeks Harga Pengguna DOSM

2. Import dan Eksport Bebas Darjah Keterbukaan Bank Dunia

3. Nilai Ringgit Bebas Kadar Pertukaran Wang

Sebenar

Bank Dunia

4. Kadar Faedah Bebas Kadar Faedah Sebenar Bank Dunia

Dalam menjalankan ujian ARDL, beberapa ujian penting perlu dilakukan bagi memastikan data di dalam model adalah normal dan bebas dari sebarang penyakit dalam data statistik.

Berikut ringkasan kepada pecahan kepada beberapa ujian yang telah dijalankan bagi mengenal pasti pembolehubah yang mempengaruhi kos sara hidup seperti dalam Jadual 7.3 seperti berikut:

(8)

Jadual 7.3: Ringkasan pecahan dalam ujian ARDL dan tujuannya

Pecahan ujian dalam Model ARDL Tujuan

Ujian Punca Unit (Unit Root Test)

Menguji kepegunan pembolehubah di dalam Model I dan II

Ujian Hubungan Jangka Masa Panjang (ARDL Bound Test)

Mengenalpasti dan menguji hubungan jangka masa panjang antara variabel bebas dan variabel bersandar Ujian Diagnostik Mengenalpasti Model I dan II tidak mengalami

masalah data seperti:

Normaliti

Kolerasi bersiri

Heteroskedastisiti Ujian Kestabilan Data

CUSUM

CUSUM Square

Memastikan data adalah stabil dan berkualiti dalam Model I dan II

4. Hasil Kajian

Ringkasan dapatan kepegunan menggunakan ujian punca unit adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 8.1. Berdasarkan ujian punca unit, kesemua pembolehubah kecuali PPo di dalam Model I adalah pegun pada aras I(0) and I(1). Kepegunan pembolehubah PPo hanya signifikan pada ujian statistik ADF dan Phillips-Perron I(1). Bagi Model II pula, kesemua pembolehubah adalah pegun pada peringkat aras I(0) and I(1).

Jadual 8.1: Hasil Ujian Punca Unit

Model I Model II

Kaedah ADF PP

Pemintas t-stat t-stat

Tahap I(0)

IHP -5.2110*** -5.2351***

LNKDNKPP -6.0394*** -6.0359***

KP -7.0372*** -6.8922***

PPo -2.1943 -2.4651

Tahap I(1)

IHP -6.4679*** -11.0494***

LNKDNKPP -7.5101*** -28.1855***

KP -4.1645*** -28.4326***

PPo -6.9591*** -2.7266*

Kaedah ADF PP

Pemintas t-stat t-stat

Level I(0)

IHP -5.2110*** -5.2351***

DK -4.5338*** -4.6505***

MW -4.4638*** -4.5533***

KF -7.4714*** -34.6606***

Level I(1)

IHP -6.4679*** -11.0494***

DK -7.8393*** -10.6575***

MW -5.3252*** -15.7394***

KF -6.9967*** -41.3561***

Nota: ***,** dan * adalah signifikan pada 1% , 5% dan 10%

ADF: Statistik Augmented Dickey–Fuller PP: Statistik Phillips-Perron

Hasil ujian ARDL di dalam Jadual 8.2 pada kedua-dua model menunjukkan bahawa kesemua pembolehubah adalah signifikan kecuali pembolehubah KF pada Model II. Maka, hal ini

(9)

menunjukkan bahawa kadar faedah tidak mempengaruhi kos sara hidup secara langsung.

Walaubagaimanapun kedua-dua model mempunya R-Square yang tinggi.

Jadual 8.2: Hasil Ujian ARDL

Model I Model II

Pembolehubah Statistik

LNKDNKPK 23.0331*** (0.0000)

KP 5.3435*** (0.0000)

PPo -4.0435*** (0.0003)

Pemalar -11.5538*** (0.0000) Model lag 1,0,0,0

R-Square 0.9923

Adjusted R-Square 0.9917

F-Stat 1594.1910

Pembolehubah Statistik

DK -4.6421***(0.0000)

MW -10.7086*** (0.0000)

KF -1.1111 (0.2730)

Konstan 13.4633*** (0.0000)

Model lag 1,0,0,1

R-Square 0.8129

Adjusted R-Square 0.7977

F-Stat 53.5685

Nota: ***,** dan * adalah signifikan pada 1% , 5% dan 10%

Bagi hasil ujian ARDL hubungan jangka panjang seperti dalam Jadual 8.3, dapatan kajian menunjukkan F-stat adalah lebih besar dari nilai kritikal pada tahap signifikan 10%, 5% dan 1%. Maka semua pembolehubah di Model I dan II mempunyai hubungan jangka panjang dengan pembolehubah bersandar IHP.

Jadual 8.3: Hasil Ujian ARDL Hubungan Jangka Panjang

Model I Model II

F-STAT 37.3460

Nilai Kritikal I(0) I(1)

10% Aras Signifikan 2.37 3.20 5% Aras Signifikan 2.79 3.67 1% Aras Signifikan 3.65 4.66

F-STAT 28.7378

Nilai Kritikal I(0) I(1)

10% Aras Signifikan 2.37 3.20 5% Aras Signifikan 2.79 3.67 1% Aras Signifikan 3.65 4.66 Nota: Ho: Tiada hubungan jangka masa panjang, H1: Wujud hubungan jangka masa panjang

Jika F-stat > nilai kritikal atas I(1) dan bawah I(0), tolak Ho

Manakala Jadual 8.4 menunjukkan hasil ujian ARDL bagi jangka masa pendek, dapatan kajian menunjukkan bahawa koefisien berada dalam julat -2 hingga 0, maka model ini mempunyai hubungan jangka masa panjang apabila Ho boleh di tolak.

Jadual 8.4: Hasil Ujian ARDL Hubungan Jangka Pendek

Model I Model II

Variabel Koefisien

ECT (-1) -0.1992

Variabel Koefisien

ECT (-1) -0.0079

Nota: Ho: Tiada hubungan jangka masa panjang, H1: Wujud hubungan jangka masa panjang

(10)

Selain itu, ujian diagnostik dijalankan bagi mengelakkan data yang tidak stabil dan juga masalah-masalah seperti kolerasi bersiri dan heteroskedastisiti. Maka Jadual 8.5 merupakan ringkasan kepada ujian diagnostik bagi Model I dan II. Hasil menunjukkan bahawa data adalah normal dan bebas daripada masalah kolerasi bersiri dan heteroskedastisiti.

Jadual 8.5: Hasil Ujian Diagnostik

Ujian ARDL Model I (1,0,0,0) ARDL Model II (1,0,0,1)

Obs*R2 Prob (F) Obs*R2 Prob (F)

Normaliti 0.1126* 0.7636*

Kolerasi bersiri LM 0.0033 0.9986** 0.5265 0.8090**

Heteroskedastisiti Breusch-Pagan-Godfrey

5.4726 0.2586*** 4.8207 0.4727***

Heteroskedastisiti:

ARCH

0.0005 0.9834**** 0.8839 0.3603****

* Ho: Normal, H1: Tidak Normal - Prob (F) > 0.05: Gagal untuk menolak Ho – maka data ini adalah normal

**Ho: Bebas daripada masalah kolerasi bersiri, H1 - Tidak bebas daripada masalah kolerasi bersiri Prob (F) >

0.05, Gagal untuk menolak Ho, maka model ini bebas daripada masalah kolerasi bersiri

*** Ho: Homoskedastisiti, H1: Heteroskedastisiti - Prob (F) > 0.05, Gagal untuk menolak Ho: Tiada masalah heteroskedastisiti

**** Ho: Tiada ARCH, H1: Wujud ARCH - Prob (F) > 0.05, Gagal untuk menolak Ho: Tiada masalah ARCH

Dalam menjalankan ujian Kestabilan Model seperti dalam Jadual 8.6, garisan biru hendaklah tidak melebihi sempadan pada tahap signifikan 5% untuk ujian CUSUM dan CUSUM Square.

Oleh kerana garisan biru berada di dalam sempadan, maka model ini adalah stabil.

Jadual 8.6: Ujian Kestabilan Model

Model I Model II

CUSUM CUSUM

CUSUM Square CUSUM Square

-15 -10 -5 0 5 10 15

00 02 04 06 08 10 12 14 16 18 20

CUSUM 5% Significance

-20 -15 -10 -5 0 5 10 15 20

1990 1995 2000 2005 2010 2015 2020

CUSUM 5% Significance

(11)

5. Kesimpulan dan Cadangan

Sebagai rumusan, terdapat hubungan jangka masa panjang antara faktor – faktor yang dikaji seperti pendapatan isi rumah, kadar pengangguran, pertumbuhan populasi, darjah keterbukaan dan nilai mawatang Ringgit Malaysia terhadap peningkatan kos sara hidup di Malaysia.

Walaubagaimanapun, kadar faedah tidak mempunyai hubungan secara langsung kepada kos sara hidup oleh kerana terdapat faktor luaran yang menyumbang kepada peningkatan ini.

Pelbagai langkah penyelesaian telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengawal peningkatan kos sara hidup di negara ini. Hal ini termasuk pengawalan harga bagi barangan keperluan utama seperti ayam segar, bahan api dan minyak masak. Walaupun langkah jangka pendek seperti kawalan harga boleh memberi manfaat kepada pengguna dalam beberapa keadaan, tetapi ia mungkin menyumbang kepada kesan jangka panjang apabila dipandu oleh prinsip – prinsip kerajaan yang lestari (Bank Negara Malaysia, 2022).

Oleh kerana kos sara hidup adalah bergantung kepada fungsi kedua-dua pendapatan dan kos, maka menanganinya memerlukan fokus dan tindakan kepada kedua-dua bahagian ini. Antara langkah awal yang boleh dilakukan adalah dengan mengurangkan duti dan cukai ke atas barangan dan perkhidmatan di samping memberi subsidi kepada rakyat untuk meningkatkan kuasa membeli agar permintaan dan penawaran dapat diselaraskan demi menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara. Institusi zakat dan wakaf juga berperanan dalam membantu asnaf dan rakyat yang terjejas dengan peningkatan kos sara hidup dengan memberi segala bentuk insentif supaya dapat mengurangkan masalah sosial di kalangan masyarakat setempat.

Untuk jangka masa panjang, penggubal dasar Malaysia harus berusaha untuk meliberalisasikan sektor utama tertentu dan menggalakkan persaingan yang lebih besar. Kerajaan perlu membuka peluang barangan-barangan luar negara yang di import iaitu produk barangan mampu milik dari Thailand, China, Indonesia, Taiwan dan lain-lain bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negara. Pelaksanaan dasar perdagangan bebas ini menjadikan kuasa beli rakyat berfokuskan kepada barangan mampu milik sahaja. Selain itu, kerajaan juga perlu memberi perhatian yang serius dalam merungkai persekitaran perdagangannya yang terlalu terkawal dan lebih teliti menangani kelaziman rasuah dan kronisme dalam rantaian bekalannya. Secara amnya, amalan rasuah dan kronisme ini menyumbang kepada kenaikan harga secara mendadak serta tidak menggalakkan pertumbuhan produktiviti dan pelaburan nilai tambah.

-0.4 -0.2 0.0 0.2 0.4 0.6 0.8 1.0 1.2 1.4

00 02 04 06 08 10 12 14 16 18 20

CUSUM of Squares 5% Significance

-0.4 -0.2 0.0 0.2 0.4 0.6 0.8 1.0 1.2 1.4

1990 1995 2000 2005 2010 2015 2020

CUSUM of Squares 5% Significance

(12)

Rujukan

Aditya, H. (2020). Analisa Perilaku Konsumen, Produksi, Dan Pasar Dalam Islam. Ihtiyath:

Jurnal Manajemen Keuangan Syariah.

Aziz, A. R. A. (2020). Pengangguran dalam kalangan Tenaga Kerja Semasa Wabak COVID- 19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11), 1-9.

Bahari, Z., & Ismail, N. A. (2018). Factors influencing the basic needs budget among the middle income earners in selected major cities in Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 52(3), 29-39.

Bank Negara Malaysia, Annual Report 2021. Penelitian Semula Kos Sara Hidup: Punca dan Kesannya. https://www.bnm.gov.my/bnm-annual-report.

Berita Harian. (2022). Ringgit lemah: Kos sara hidup rakyat meningkat. https://www.bharian.

com.my/bisnes/pasaran/2022/05/953694/ringgit-lemah-kos-sara-hidup-rakyat- meningkat.

Department of Statistics Malaysia (2022). Statistics on Demand. Time Series Data.

https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/ctimeseries&menu_id=bnk3bk 0wTTkxOXVHaVg3SUFDMlBUUT09.

Hamzah, N. H., & Masih, M. (2018). Revisiting effectiveness of interest rate as a tool to control inflation: evidence from Malaysia based on ARDL and NARDL.

Hanafe, N., & Abdullah, B. (2022). Faktor-Faktor Peningkatan Kadar Pengangguran Di Malaysia Ketika Pandemik Covid-19.

Haryanti, N. (2019). Teori Permintaan Dalam Perspektif Ekonomi Islam Dan Konvensional.

Ejournal Sunan Gunung Djati State Islamic University, 1(2).

Latimaha, R., Ismal, N. A., & Bahari, Z. (2020). Cost of Living and Standard of Living Nexus:

The Determinants of Cost of Living. Jurnal Ekonomi Malaysia, 54(3), 1-14.

Muflihin, M. D. (2019). Permintaan, Penawaran Dan Keseimbangan Harga Dalam Prespektif Ekonomi Mikro Islam. JES (Jurnal Ekonomi Syariah), 4(2).

Muslimin, S., Zainab, Z., & Jafar, W. (2020). Konsep Penetapan Harga Dalam Perspektif Islam. Al-Azhar Journal of Islamic Economics, 2(1), 1-11.

Mustafar, M. Z., & Mohamad, M. T. (2021). Model gelagat pengguna muslim: Analisa perspektif sarjana ekonomi Islam. E-Journal of Islamic Thought & Understanding (E-JITU), 1, 74-88.

Nikkei Asia. (2022). Malaysia should open its markets to lower the cost of living.

https://asia.nikkei.com/Opinion/Malaysia-should-open-its-markets-to-lower-the- cost-of-living.

Parakkasi, I., & Kamiruddin, K. (2018). Analisis Harga Dan Mekanisme Pasar Dalam Perspektif Islam. Laa Maisyir: Jurnal Ekonomi Islam, 5(1).

Rose, R. A. C., & Mutsamy, R. (2020). Kenaikan harga barangan dan impaknya terhadap penduduk B40 di Muar, Johor. Asian People Journal (APJ), 3(2), 106-121.

Rosyida, S. (2019). Islamisasi Teori Konsumsi Masyarakat Muslim Modern. Islamika: Jurnal Ilmu-Ilmu Keislaman, 19(01), 8-25.

Siwar, C., Ismail, M. K., Alias, N. A., & Zahari, S. Z. (2019). Kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) di Malaysia: Mengenal pasti trend, ciri, isu dan cabaran. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sulaiman, N. F. C., Sanusi, N. A., & Muhamad, S. (2020). Survey dataset of Malaysian perception on rising cost of living. Data in brief, 28, 104910.

Sutrisno, A. (2021). Ekonomi Islam Perspektif Ibnu Taimiyah. MUAMALATUNA, 13(1), 103-120.

(13)

The Edge Markets (2021). Ringgit on weakening path in 2022, says Fitch Solutions.

https://www.theedgemarkets.com/article/ringgit-weakening-path-2022-says-fitch- solutions

Wahab, M. A. A., Shahiri, H. I., Mansur, M., & Zaidi, M. A. S. (2018). Kos Sara Hidup Tinggi di Malaysia: Pertumbuhan Pendapatan Isi Rumah yang Perlahan atau Taraf Hidup yang Meningkat. Jurnal Ekonomi Malaysia, 52(1), 117-133.

World Bank Data (2022). https://data.worldbank.org/indicator/.

Yahya, A. N. A., & Wan Hasan, W. N. (2019). Prinsip-Prinsip Penggunaan Islam Dalam Pelaksanaan Bantuan Rakyat (Principles of Islamic Consumption in the Implementation of People’s Aid). Journal Of Islamic, Social, Economic and Development, 4(24).

Referensi

Dokumen terkait