Kajian Keberkesanan Program Keusahawanan Komuniti Terhadap Usahawan Mikro di Betong, Sarawak
(The Effectiveness of Entrepreneurship Programme for Community towards Micro-Entrepreneur in Betong, Sarawak)
Nurul Hidayah Yussof1*, Arelene Sharon anak Peter Adil2*
1 Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Betong, Sarawak, Malaysia
2 Unit Akademik, Kolej Komuniti Betong, Sarawak, Malaysia
*Pengarang Koresponden: [email protected], [email protected] Accepted: 15 November 2022 | Published: 1 December 2022
DOI:https://doi.org/10.55057/jdpg.2022.4.4.1
_________________________________________________________________________________________
Abstrak: Berdasarkan kepada Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan pada tahun 2020, antara peruntukan yang telah disalurkan kepada Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ialah Program Keusahawanan Komuniti (PKK). Melalui program ini, peserta akan dilatih sebagai usahawan untuk menghasilkan produk daripada pembelajaran pelbagai bidang kemahiran dan keusahawanan melalui pelaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Sehubungan itu, peruntukan juga telah disalurkan kepada Kolej Komuniti Malaysia termasuklah Kolej Komuniti Betong (KKB). KKB telah melaksanakan Kursus Keusahawanan dan Kursus Kemahiran Pemprosesan Makanan Sejuk Beku pada September hingga Disember 2021. Oleh sebab itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan Program Keusahawanan Komuniti (PKK) yang dilaksanakan oleh Pensyarah KKB bersama dengan 15 usahawan mikro di sekitar Betong, Sarawak serta menilai sejauh mana program ini berjaya memberikan pendedahan tentang pemasaran digital, pembungkusan dan pelabelan serta kemahiran dalam pemprosesan makanan sejuk beku. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang diintegrasikan dalam bentuk borang soal selidik yang diedarkan kepada responden. Instrumen diedarkan dalam bentuk skala Likert bagi mendapatkan data deskriptif. Berdasarkan analisis data yang diperolehi menunjukkan PKK telah memberikan kesan yang baik kepada responden dan telah berjaya meningkatkan pendapatan bulanan responden. Melalui kajian ini, diharap PKK dapat diteruskan lagi di masa hadapan dan membantu lebih ramai lagi usahawan mikro bukan sahaja di Betong tapi seluruh negara dengan mempelajari kursus keusahawanan dan pelbagai lagi kemahiran bagi meningkatkan pendapatan hidup mereka.
Kata kunci: keusahawanan, komuniti, usahawan mikro, Betong
Abstract: Based on the Budget 2021 that was presented in 2020, among the allocations that have been distributed to the Technical and Vocational Education and Training Program (TVET) under the Ministry of Higher Education (MoHE) is the Entrepreneurship Training Program for Community (PKK). This program trains participants as entrepreneurs to produce products by learning various fields of skills and entrepreneurship through the implementation of Lifelong Learning. Allocations have also been distributed accordingly to Malaysian Community Colleges including Betong Community College (KKB). KKB has organized an
Community College lecturers together with 15 micro-entrepreneurs around Betong, Sarawak and evaluate the extent to which this program has been successful in providing exposure to digital marketing, packaging and labelling as well as skills in frozen food processing. This study used a quantitative method that is integrated in the form of a questionnaire which is then distributed to the respondents. Instruments are distributed in the form of a Likert Scale to obtain descriptive data. Based on the analysis of the data obtained, it shows that PKK has a good impact on the respondents and has successfully increased their monthly income. Through this study, it is hoped that PKK can continue in the future and help more micro-entrepreneurs not only in Betong but throughout the country by learning entrepreneurship courses and various skills to increase their income.
Keywords: entrepreneurship, community, micro-entrepreneur, Betong
_________________________________________________________________________
1. Pengenalan
Kolej Komuniti Malaysia merupakan sebuah institusi KPT di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Kolej Komuniti menyediakan pelbagai jenis kursus dalam bidang TVET. Selain menawarkan Sijil Kolej Komuniti dengan memberikan pendidikan dan latihan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Kolej Komuniti turut menawarkan kursus PSH bagi membantu komuniti setempat. Kolej Komuniti membantu komuniti terutama sekali komuniti luar bandar dalam menyediakan infrastruktur bagi mendapatkan latihan kemahiran seperti kursus-kursus pendek. Kursus-kursus ini merupakan elemen penting dalam pelaksanaan matlamat PSH untuk membentuk komuniti yang lebih dinamik bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta taraf sosioekonomi melalui pelaksanaan program sepanjang hayat yang fleksibel dan mudah alih (Bakar, Saidun, 2021).
Merujuk kepada Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan oleh Kerajaan Malaysia pada 6 November 2020, sebanyak RM29 Juta telah diturunkan untuk pelaksanaan program TVET termasuklah program PSH. PKK yang mensasarkan 1000 orang peserta dalam kalangan komuniti setempat merupakan inisiatif yang dilaksanakan di bawah Program TVET. Melalui program tersebut, usahawan akan dilatih untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan hasil daripada pembelajaran kemahiran dan bidang keusahawanan di Kolej Komuniti.
Sejajar dengan Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti (2018 - 2025), dalam Teras Strategik Pertama, Objektif Strategik B iaitu menambah baik ekosistem keusahawanan. Di dalam pelan tersebut juga telah mengulas bahawa bidang keusahawanan merupakan nadi kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang juga penyumbang utama kepada peluang pekerjaan di Malaysia dan juga membantu mengembangkan sektor ekonomi negara. Tambahan lagi, di dalam Inisiatif B1 dan Inisiatif B2, Politeknik dan Kolej Komuniti haruslah melaksanakan Program Keusahawanan yang bercirikan Revolusi Perundustrian Keempat (4IR) dengan menggunakan teknologi sedia ada yang terkini secara optimum dalam merancang, membina, memasarkan, menjalankan dan mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih baik (Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti [JPPKK], 2018).
Penyaluran peruntukan bagi PKK telah disalurkan kepada 48 buah Kolej Komuniti Malaysia termasuklah KKB. Pelaksanaan PKK hendaklah merangkumi pembelajaran kemahiran, pembelajaran keusahawanan dan latihan amali perniagaan. Bagi kursus kemahiran, KKB telah melaksanakan Kursus Asas Pemprosesan Makanan Sejuk Beku manakala bagi kursus keusahawanan pula ialah Kursus Asas Keusahawanan Digital serta Kursus Pembungkusan dan
Pemasaran. Seramai 15 orang usahawan mikro yang terdiri daripada komuniti sekitar Bahagian Betong Sarawak yang menyertai program ini. Oleh yang demikian, kajian ini telah dibuat bagi mengetahui tahap keberkesanan pelaksanaan PKK yang telah dilaksanakan oleh KKB bersama dengan usahawan mikro.
2. Objektif Kajian
1) Mengukur tahap peningkatan pengetahuan usahawan mikro dalam PKK.
2) Mengukur tahap peningkatan kemahiran usahawan mikro dalam PKK.
3) Mengukur peningkatan produktiviti perniagaan usahawan mikro dalam PKK.
3. Penyataan Masalah
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyarankan agar usahawan sentiasa memperkasakan diri dengan kemahiran baru terutama sekali dalam teknologi digital bagi meningkatkan mutu perniagaan masing-masing. Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad iaitu Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar mengeluarkan kenyataan sewaktu Mini Karnival Usahawan Desa di Lipis agar usahawan menghadiri latihan serta program dalam meningkatkan kemahiran dalam keusahawanan sebagai langkah menghadapi persaingan kompetitif dalam dunia perniagaan (Mohamed, 2022).
Tambahan lagi, antara bidang yang semakin berkembang di Malaysia adalah industri makanan sejuk beku. Selaras dengan perubahan gaya hidup manusia, permintaan kepada industri makanan sejuk beku juga semakin menarik perhatian rakyat Malaysia. Produk sejuk beku merupakan produk konvenien, mudah disediakan, berkualiti dan mempunyai peningkatan permintaan setiap masa. Permintaan produk sejuk beku turut meningkat setiap tahun disebabkan faktor tersebut (Shamsudin, Dardak, Nizat & Ahmad, 2014). Justeru itu, dengan pelaksanaan kursus keusahawanan digital dan juga kursus kemahiran sejuk beku ini dalam PKK, usahawan mikro dapat menambah pendapatan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran yang telah diberikan sekaligus akan meningkatkan pendapatan dan sosioekonomi mereka.
4. Kajian Literatur
4.1 Program Keusahawanan
Terdapat pertumbuhan negatif pada ekonomi negara akibat Pandemik COVID-19 disebabkan kemerosotan aktiviti perniagaan. Maka di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), salah satu usaha yang dilaksanakan adalah penjanaan semula ekonomi yang memfokuskan pemulihan pertumbuhan sektor ekonomi utama. Selain daripada itu, usaha yang lain adalah dengan meningkatkan pertumbuhan industri strategik dan berimpak tinggi termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) (Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, 2021). Dalam mendokong usaha menjana semula ekonomi terutamanya perusahaan mikro oleh usahawan mikro, terdapat banyak program keusahawanan dianjurkan oleh agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), TEKUN Nasional dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Melalui penyertaan program keusahawanan, ia memberi banyak sumbangan dan impak dalam peningkatan produktiviti perniagaan usahawan khususnya bumiputera di luar bandar.
4.2 Usahawan Mikro
Usahawan mikro didefinisikan sebagai firma yang mempunyai jumlah jualan tahunan kurang daripada RM300,000 atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang bagi sektor pembuatan, perkhidmatan dan lain (SME Corp. Malaysia, 2022). Menurut SME Corp.
Malaysia (2021), usahawan mikro merupakan salah satu tonggak ekonomi utama negara iaitu sebanyak 78.6% (964,495 firma) pada tahun 2021. Berdasarkan kajian impak Pandemik COVID-19 ke atas isi rumah dan perusahaan mikro dan kecil, pendapatan perusahaan mikro dan kecil banyak terkesan semasa tempoh sekatan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, maka untuk menyokong kestabilan kewangan dalam jangka masa yang panjang, usaha peningkatan kemahiran dan latihan semula untuk menghadapi norma baharu melalui pembelajaran sepanjang hayat menerusi program keusahawanan (Kementerian Kewangan [MOF], 2021). Bantuan khas untuk membantu kepada usahawan mikro dan kecil adalah seperti Pembiayaan Mikro: PRIHATIN, PEMERKASA, & PEMULIH yang berjumlah RM4.26 billion.
4.3 Keberkesanan Program terhadap Perniagaan
Perubahan ekonomi negara berlaku akibat Pandemik COVID-19 menyebabkan banyak graduan menganggur. Kerajaan menggalakkan bukan sahaja graduan malah tenaga muda untuk menjadi usahawan sebagai langkah menangani masalah pengangguran yang kian menambah (Sipon, 2021). Dengan adanya program keusahawan ia mampu menolong sedikit sebanyak dalam menambah pengetahuan dan kemahiran berkaitan keusahawanan serta meningkatkan jumlah jualan perniagaan sekaligus pendapatan. Antara keberkesanan yang dapat diukur setelah mengikuti program keusahawanan adalah dari segi pengetahuan, kemahiran dan juga produktiviti perniagaan.
5. Metodologi
Seramai 15 orang peserta PKK yang dianjurkan oleh KKB pada September hingga Disember 2021 menjadi responden kepada kajian ini. Borang soal selidik telah diedarkan kepada mereka untuk mengumpul data kajian. Kaedah ini digunakan dalam pengumpulan data kajian untuk dianalisis adalah dalam bentuk kuantitatif. Instrumen soalan diedarkan kepada responden dalam bentuk tafsiran skala Likert bagi memudahkan untuk mengukur peratusan kajian instrumen.
Instrumen yang digunakan dalam borang kaji selidik ini terdiri daripada 3 bahagian yang berbeza. Bahagian A dirangka bagi mengumpul maklumat data demografi dan maklumat asas responden seperti nama, umur, jantina, bangsa dan taraf pendidikan responden. Bahagian B pula dirangka untuk mengumpul butiran-butiran perniagaan responden seperti jenis produk perniagaan, kekerapan berniaga dan tempoh telah menjalankan perniagaan serta hasil jualan responden setiap bulan.
Bahagian C pula terdiri daripada soalan yang ingin mencapai objektif kajian ini. Bahagian ini terbahagi kepada 3 iaitu untuk mengukur tahap peningkatan pengetahuan responden, peningkatan kemahiran responden dan juga tahap peningkatan produktiviti responden. Analisis deskriptif seperti peratusan digunakan untuk mentafsir data yang telah dikumpul bagi memudahkan pemahaman. Skala Likert yang digunakan untuk mengukur adalah dari 1 hingga 5 (1 = ‘Sangat Lemah’; 5 = ‘Sangat Baik’).
6. Dapatan dan Analisis Kajian
Berdasarkan kepada borang soal selidik yang telah diedarkan, dapatan dan analisis kajian dihasilkan mengikut pecahan bahagian instrumen soalan. Dalam bahagian A, data yang dikumpul adalah demografi dan maklumat asas responden. Merujuk kepada Rajah 1 yang disertakan, didapati kesemua responden adalah daripada 100% jantina perempuan dan tiada responden berjantina lelaki.
Rajah 1 : Jantina Responden
Bagi instrumen umur pula, merujuk kepada Rajah 2, semua responden adalah terdiri dalam kalangan umur 21 tahun hingga 60 tahun. Perinciannya adalah 20% responden berumur 21 – 30 tahun, 20% responden berumur 31 – 40 tahun, 33.3% responden berumur 41 – 50 tahun dan 26.7% responden berumur 51 – 60 tahun.
Rajah 2 : Jumlah Responden Mengikut Umur
Berdasarkan Rajah 3, kajian ini menunjukkan bahawa majoriti responden adalah berbangsa Melayu iaitu seramai 13 orang (87%) manakala seorang (6.5%) adalah Bumiputera Sarawak dan seorang (6.5%) adalah berbangsa Cina.
Lelaki 0%
Perempuan 100%
Jantina Responden
Lelaki Perempuan
3, 20%
3, 20%
5, 33.3%
4, 26.7%
Jumlah Responden Mengikut Umur
20 Tahun Ke Bawah 21 - 30 Tahun 31 - 40 Tahun 41 - 50 Tahun 51 - 60 Tahun 61 Tahun Ke Atas
Rajah 3 : Jumlah Responden Mengikut Bangsa
Dalam instrumen soal selidik bahagian B pula, kajian mengumpul maklumat berkenaan dengan butiran asas perniagaan responden. Merujuk kepada Rajah 4, majoriti merupakan usahawan sepenuh masa iaitu sebanyak 87% manakala 13% adalah usahawan separuh masa.
Rajah 4 : Jumlah Responden Mengikut Mod Perniagaan
Rajah 5 pula menunjukkan jenis produk perniagaan responden. Terdapat 11 orang responden yang mengusahakan produk kuih muih, 4 orang untuk makanan kering seperti biskut dan kuih kering, 7 orang mengusahakan masakan panas seperti lauk pauk, 1 orang mengusahakan produk minuman dan 1 orang lagi merupakan produk selain makanan dan minuman.
Rajah 5 : Jenis Produk Perniagaan Responden Melayu
87%
6.5 % 6.5%
Jumlah Responden Mengikut Bangsa
Melayu Cina
Bumiputera Sarawak
Usahawan Sepenuh Masa
87%
Usahawan Separuh Masa
13%
Jumlah Responden Mengikut Mod Perniagaan
Usahawan Sepenuh Masa Usahawan Separuh Masa
11
4
7
1 1
0 2 4 6 8 10 12
Kuih Muih dan Kek
Makanan Kering
Masakan Panas Minuman Selain Makanan dan
Minuman
Jumlah Responden
Jenis Produk Perniagaan
Jenis Produk Perniagaan Responden
Merujuk kepada Rajah 6 berikut adalah tempoh responden telah menjalankan perniagaan mereka. 20% responden telah menjalankan perniagaan kurang dari 1 tahun, 27% responden menjalankan perniagaan 1 – 3 tahun, 20% responden menjalankan perniagaan 3 – 5 tahun, 13%
responden menjalankan perniagaan 5 – 10 tahun dan 20% telah menjalankan lebih daripada 10 tahun.
Rajah 6 : Tempoh Responden Telah Menjalankan Perniagaan
Rajah 7 menunjukkan kaedah responden memasarkan produk perniagaan mereka. Data menunjukkan 2 orang responden menjalankan pemasaran perniagaan dari rumah, 3 orang responden mempunyai kedai atau gerai milik sendiri atau keluarga, 6 orang lagi menghantar produk di kedai atau gerai milik orang lain manakala 9 orang telah menggunakan platform dalam talian untuk pemasaran perniagaan mereka.
Rajah 7 : Kaedah Pemasaran Perniagaan Responden
Rajah 8 menunjukkan hasil jualan bulanan responden. Seramai 34% responden memperoleh hasil jualan RM500 ke bawah sebulan, 20% memperoleh RM501 – RM1000 sebulan, 33%
memperoleh RM1001 – RM2000 sebulan dan 13% memperoleh RM2001 – RM3000 sebulan.
Manakala tiada data yang diperolehi bagi hasil jualan RM3000 ke atas.
Kurang 1 Tahun 20%
1 - 3 Tahun 27%
3 - 5 Tahun 20%
5 - 10 Tahun 13%
Lebih 10 Tahun 20%
Tempoh Telah Menjalankan Perniagaan
Kurang 1 Tahun 1 - 3 Tahun 3 - 5 Tahun 5 - 10 Tahun Lebih 10 Tahun
2 3
6
9
0 12 3 4 56 7 8 109
Perniagaan dari Rumah
Mempunyai Kedai/Gerai Milik
Sendiri/Keluarga
Menghantar di Kedai/Gerai Milik
Orang Lain
Melalui Platform Dalam Talian (FB,
IG, WA Business dan seumpama)
Jumlah
Kaedah Perniagaan
Kaedah Pemasaran Perniagaan
Rajah 8 : Hasil Jualan Bulanan Responden
Bahagian C telah dipecahkan kepada 3 instrumen yang mengandungi 4 item soalan setiap instrumen. Dalam bahagian C (a), instrumen diukur adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan responden dalam PKK sebelum dan selepas mengikuti kursus. Jadual 1 menunjukkan analisis bagi setiap item soalan di dalam instrumen C (a).
Jadual 1 : Analisis Tahap Pengetahuan Responden Sebelum dan Selepas PKK
No Item Soalan Sebelum PKK Selepas PKK
1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
1. Tahu Asas Perniagaan 3 6 4 2 0 0 0 0 10 5
2. Tahu Kaedah Pemasaran
dan Promosi 4 7 3 1 0 0 0 2 7 6
3.
Tahu Teknik Pembungkusan dan Pelabelan
8 4 3 0 0 0 0 0 11 4
4.
Tahu Kaedah
Pemprosesan Makanan Sejuk Beku
10 4 1 0 0 0 0 1 12 2
Peratusan 42% 35% 18% 5% 0% 0% 0% 5% 67% 28%
Merujuk kepada Rajah 9, peratusan pengetahuan responden sebelum dan selepas PKK adalah meningkat ke arah baik dan sangat baik. Bagi data sebelum kursus, sejumlah 77% responden memilih tahap pengetahuan mereka adalah sangat lemah dan lemah. Namun selepas mengikuti PKK di KKB, peratusan tahap pengetahuan responden meningkat kepada 95% memilih baik dan sangat baik.
Rajah 9 : Peratusan Tahap Pengetahuan Responden Sebelum dan Selepas PKK 34%
20%
33%
13%
Hasil Jualan Bulanan Responden
RM500 Ke Bawah RM501 - RM1000 RM1001 - RM2000 RM2001 - RM3000 RM3001 Ke Atas
0%
20%
40%
60%
80%
1 (Sangat Lemat)
2 (Lemah) 3 (Sederhana) 4 (Baik) 5 (Sangat Baik)
42% 35%
18%
5% 0%
0% 0% 5%
67%
28%
Peratusan
Skala Likert
Peratusan Tahap Pengetahuan Responden Sebelum dan Selepas PKK
Sebelum Selepas
Dalam bahagian C (b), instrumen diukur adalah untuk mengetahui tahap kemahiran responden dalam PKK sebelum dan selepas mengikuti kursus. Jadual 2 menunjukkan analisis bagi setiap item soalan di dalam instrumen C (b).
Jadual 2 : Analisis Tahap Kemahiran Responden Sebelum dan Selepas PKK
No Item Soalan Sebelum PKK Selepas PKK
1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
1. Boleh Menjalankan
Perniagaan 0 8 4 3 0 0 0 1 8 6
2.
Boleh Menggunakan Aplikasi Pemasaran dan Promosi
7 4 3 1 0 0 0 3 5 7
3.
Boleh Menggunakan Teknik Pembungkusan dan Pelabelan
7 5 3 0 0 0 0 0 12 3
4. Boleh Menghasilkan
Makanan Sejuk Beku 10 4 1 0 0 0 0 1 9 5
Peratusan 40% 35% 18% 7% 0% 0% 0% 8% 57% 35%
Merujuk kepada Rajah 10, peratusan kemahiran responden sebelum dan selepas PKK adalah meningkat ke arah baik dan sangat baik. Bagi data sebelum kursus, sejumlah 75% responden memilih tahap kemahiran mereka adalah sangat lemah dan lemah. Namun selepas mengikuti PKK di KKB, peratusan tahap pengetahuan responden meningkat kepada 92% memilih baik dan sangat baik.
Rajah 10 : Peratusan Tahap Kemahiran Responden Sebelum dan Selepas PKK
Dalam bahagian C (c), instrumen diukur adalah untuk mengetahui tahap peningkatan produktiviti perniagaan dalam PKK sebelum dan selepas mengikuti kursus. Jadual 3 menunjukkan analisis bagi setiap item soalan di dalam instrumen C (c).
0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
1 (Sangat Lemat)
2 (Lemah) 3 (Sederhana) 4 (Baik) 5 (Sangat Baik)
40% 35%
18%
7%
0%
0% 0%
8%
57%
35%
Peratusan
Skala Likert
Peratusan Tahap Kemahiran Responden Sebelum dan Selepas PKK
Sebelum Selepas
Jadual 3 : Analisis Tahap Produktiviti Perniagaan Responden Sebelum dan Selepas PKK
No Item Soalan Sebelum PKK Selepas PKK
1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
1.
Hasil Keuntungan Jualan Produk Perniagaan
1 7 5 2 0 0 0 0 7 8
2. Kuantiti Penghasilan
Produk Perniagaan 1 8 4 2 0 0 0 1 7 7
3.
Persepsi Pelanggan Pembungkusan dan Pelabelan Produk Perniagaan
4 6 2 3 0 0 0 1 9 5
4. Pemasaran Produk
Perniagaan Meluas 6 4 4 1 0 0 0 1 8 6
Peratusan 20% 42% 25% 13% 0% 0% 0% 5% 52% 43%
Merujuk kepada Rajah 11, peratusan tahap produktiviti perniagaan responden sebelum dan selepas PKK adalah meningkat ke arah baik dan sangat baik. Bagi data sebelum kursus, sejumlah 62% responden memilih tahap produktiviti perniagaan mereka adalah sangat lemah dan lemah serta 25% adalah sederhana. Namun selepas mengikuti PKK di KKB, peratusan tahap produktiviti perniagaan responden meningkat kepada 95% memilih baik dan sangat baik.
Rajah 11 : Peratusan Tahap Produktiviti Perniagaan Responden Sebelum dan Selepas PKK
7. Perbincangan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap keberkesanan PKK yang dianjurkan oleh KKB terhadap usahawan mikro di Betong, Sarawak. Dalam kajian ini, antara aspek yang dapat diukur untuk mengetahui tahap keberkesanan PKK adalah dari segi peningkatan pengetahuan, peningkatan kemahiran dan juga peningkatan produktiviti perniagaan dikalangan usahawan mikro yang telah mengikuti PKK.
Berdasarkan dapatan kajian, majoriti peserta PKK adalah wanita. Usahawan mikro dalam PKK adalah majoriti golongan berumur 41-50 tahun. Golongan belia pula hanya 20% daripada jumlah peserta yang mengikuti iaitu golongan yang paling sedikit menyertai PKK ini bersama dengan golongan berumur 31-40 tahun. Kini, disebabkan Pandemik COVID-19 yang menular beberapa tahun yang lepas, ekonomi negara agak terjejas dan ramai graduan yang menganggur dan mengalami kesukaran mencari pekerjaan. Salah satu inisiatif kerajaan dalam menangani
0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
1 (Sangat Lemat)
2 (Lemah) 3 (Sederhana) 4 (Baik) 5 (Sangat Baik) 20%
42%
25%
13%
0%
0% 0% 5%
52%
43%
Peratusan
Skala Likert
Peratusan Tahap Produktiviti Perniagaan Responden Sebelum dan Selepas PKK Sebelum Selepas
masalah ini adalah dengan menggalakkan graduan menjadi usahawan bagi menyara kehidupan.
Kerajaan telah membentuk satu teras strategik yang memperadabkan keusahawanan untuk setiap lapisan masyarakat seperti mewujudkan bilangan komuniti usahawan yang ideal dan mengukuhkan implementasi pendidikan dan kemahiran keusahawanan di kalangan pelajar bermula pada usia yang muda (Kementerian Pembangunan Usahawan, 2019). Usahawan mikro yang mengikuti PKK juga majoriti daripada Bumiputera (Melayu dan Bumiputera Sarawak).
Ini sekaligus mendokong usaha kerajaan seperti di Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) dalam Teras Strategik 3 untuk merangsang pembangunan keusahawanan di kalangan bumiputera.
Majoriti usahawan mikro yang mengikuti PKK adalah terdiri daripada usahawan sepenuh masa dan minoriti daripada usahawan separuh masa. Usahawan mikro komuniti Betong banyak menghasilkan produk menjurus kepada penjualan makanan dan minuman. Perniagaan makanan dan minuman di Sarawak dianggap berpotensi apabila Kuching diiktiraf sebagai Bandar Gastronomi Kreatif Unesco. Hal ini dibuktikan di mana industri makanan dan minuman Sarawak berpotensi menjadi penumbang utama kepada ekonomi tempatan dan menyediakan lebih banyak peluang kepada usahawan makanan tempatan (Abdullah, 2022). Majoriti peserta PKK adalah usahawan mikro yang telah menjalankan perniagaan selama 1-3 tahun ini adalah kerana tempoh sekatan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dikeluarkan oleh pihak kerajaan yang menyebabkan ramai yang kehilangan pekerjaan. Oleh itu, salah satu inisiatif mencari pendapatan adalah dengan perniagaan kecil-kecilan. Majoriti usahawan mikro ini menggunakan Facebook, Instagram dan juga Whatsapp sebagai cara pemasaran mengikuti arus permodenan dan menyesuaikan perniagaan dengan cara norma baharu pasca Pandemik COVID-19. Selaras dengan dasar kerajaan berkaitan 4IR, gelombang perubahan teknologi kini kian meluas penggunaannya dan perniagaan adalah salah satu bidang yang terpaksa mengikut arus permodenan di mana kini, perniagaan digital yang menggunakan platform seperti Shopee, foodpanda, Grab, Amazon, Lazada dan lain-lain untuk kesinambungan dan sekaligus meluaskan perniagaan di luar negara.
Berdasarkan dapatan kajian, terdapat peningkatan pengetahuan, kemahiran dan juga produktiviti perniagaan dalam kalangan usahawan mikro sebelum dan selepas mengikuti PKK.
Untuk menghasilkan usahawan mikro yang berjaya, tenaga pengajar seharusnya mempunyai ilmu dalam bidang keusahawanan dan kemahiran serta dapat memberi pendedahan kepada para usahawan melalui penyampaian yang merangsangkan serta dapat menarik minat mereka (Yubidi & Othman, 2022). Untuk sentiasa kekal relevan dan bertahan di industri perniagaan, kemahiran untuk setiap usahawan mikro seharusnya sentiasa berinovatif dan pemikiran di luar kotak.
8. Kesimpulan
Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebelum mengikuti PKK para usahawan mikro mempunyai pengetahuan, kemahiran serta produktiviti perniagaan yang agak rendah namun selepas mengikuti PKK para usahawan mikro menunjukkan peningkatan dari aspek pengetahuan berkaitan keusahawanan, kemahiran menggunakan aplikasi yang menjurus kepada 4IR dan juga peningkatan pendapatan perniagaan. Program seperti PKK ini harus diadakan setiap tahun bagi membantu usahawan mikro khususnya komuniti Betong sekaligus meningkat ekonomi setempat serta pendapatan keluarga. Dengan adanya program keusahawanan ini selaras dengan dasar berkaitan keusahawanan membantu kerajaan dalam
usahawan mikro yang baru serta memberi sokongan kepada usahawan mikro yang sedia ada (Yubidi & Othman, 2022).
Rujukan
Abdullah, Z. (2022, Mei 11). Makanan penyumbang utama ekonomi Sarawak. Suara Sarawak.
Retrieved from https://suarasarawak.my/2022/05/makanan-penyumbang-utama- ekonomi-sarawak/
Bakar, Z.A., Saidun, S. (2021). Kajian Kes Keberkesanan Perlaksanaan Kursus Jangka Pendek Kepada Komuniti Sekitar Kepala Batas Pulang Pinang. Write With Passion, Vol 1, 1-8 Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. (2018). Pelan Strategik Politeknik dan
Kolej Komuniti 2018-2025. Malaysia: Author.
Kementerian Kewangan (2020). Belanjawan 2021. Malaysia: Author.
Kementerian Kewangan. (2021). Tinjauan Ekonomi 2022. Malaysia: Author.
Kementerian Pembangunan Usahawan. (2019, Julai). Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030). Retrieved from https://www.malaysia.gov.my/portal/content/
30904?language=my
Mohamed, L. (2022, Julai 3). Usahawan luar bandar disaran kuasai kemahiran pemasaran digital. Suara Merdeka. Retrieved from https://suaramerdeka.com.my/usahawan-luar- bandar-disaran-kuasai-kemahiran-pemasaran-digital/
Shamsudin, S., Dardak, R. A., Nizat, M. N. M., Ahmad. S. A. (2014) Potensi Pasaran Kuih- Muih Tradisional Sejuk Beku di Selangor. Economic and Technology Management Review, (Vol 9b). 163 -170
Sipon, S. (2021, Januari 2). Galak graduan jadi usahawan era teknologi maklumat. Berita
Harian. Retrieved from
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2021/01/771383/galak-graduan-jadi- usahawan-era-teknologi-maklumat
SME Corp. Malaysia. (2022). Definisi PKS. Retrieved from https://www.smecorp.gov.my/index.php/my/polisi/2020-02-11-08-01-24/sme-
definition
SME Corp. Malaysia. (2022). Statistik PMKS. Retrieved from https://www.smecorp.gov.my/index.php/my/polisi/2020-02-11-08-01-24/statistik-pks Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. (2021, Julai). Rancangan Malaysia Ke-12
(RMKe-12). Retrieved from https://rmke12.epu.gov.my/bm/dokumen/rmke-12
Yubidil, K.D., & Othman, N. (2022). Hubungan Pendidikan Keusahawanan Dengan Operasi Perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana Golongan Belia di Ranau. Jurnal Dunia Perniagaan, 3(4), 17-30. doi: https://doi.org/10.55057/jdpn.2022.3.4.3