• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teks Ucapan Kol. Prof. Dato’ Dr. Kamarudin Hussin, Naib Canselor UniMAP Bersempena Dengan Program Outreach Pelajar Melalui Kaunselor Kawasan Utara

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Teks Ucapan Kol. Prof. Dato’ Dr. Kamarudin Hussin, Naib Canselor UniMAP Bersempena Dengan Program Outreach Pelajar Melalui Kaunselor Kawasan Utara"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

TEKS UCAPAN

KOL. PROF. DATO’ DR. KAMARUDIN HUSSIN, NAIB CANSELOR UniMAP

BERSEMPENA DENGAN PROGRAM OUTREACH PELAJAR MELALUI KAUNSELOR KAWASAN UTARA PADA 19 APRIL

2007 DI DEWAN KAPITOL

Bismillah Hirrahman Nirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

Yang Berbahagia Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Pengantarabangsaan) UniMAP,

Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UniMAP,

Pegawai-pegawai Utama UniMAP,

Yang diraikan Para Kaunselor Kawasan Utara Tanahair,

Dekan-dekan dan Ketua-ketua Jabatan, Wakil-wakil media dan Warga kerja UniMAP yang dikasihi sekalian.

(2)

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT yang Maha Pemurah kerana memberikan keupayaan hingga membolehkan kita semua berhimpun dan bertemu dalam majlis pada pagi ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada para kaunselor kawasan Utara seramai 170 orang ke Universiti Malaysia Perlis. Adalah menjadi harapan saya agar pertemuan pada pagi ini akan merintis kepada suatu perhubungan yang lebih erat di masa akan datang.

Jutaan terima kasih, syabas dan tahniah diucapkan kepada ahli jawatankuasa kerana telah bekerja keras dan bertungkus lumus dalam memastikan kelancaran majlis pada pagi ini.

Hadirin Dan Hadirat Sekalian,

UniMAP yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) telah ditubuhkan sebagai sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam yang ke-17 setelah ia diluluskan oleh kabinet pada 25 Julai 2001.

Penubuhan UniMAP bertujuan untuk melahirkan jurutera berkemahiran tinggi bagi memenuhi pelan perindustrian negara selain memberi alternatif kepada pelajar yang cenderung kepada pembelajaran secara praktikal. UniMAP

(3)

mungkin masih baru di Malaysia tetapi ia telah lama dipraktikkan di universiti terkenal luar negara seperti di Universiti Cambridge, England. Konsep sebegini memberi kelebihan kepada para pelajar untuk lebih berinteraksi dengan penduduk setempat selain mendedahkan mereka kepada persekitaran dan isu-isu domestik dan juga memberi impak kepada pembangunan sosioekonomi penduduk setempat.

Pembelajaran yang dilaksanakan di UniMAP adalah secara

’lab intensive’ yang memberi lebih penekanan kepada amali dan kursus-kursus yang ditawarkan menyatukan teori dan amali mengikut keperluan industri. Pelajar UniMAP telah dibiasakan dengan segala peralatan seperti mana yang terdapat di industri sejak tahun pertama pengajian lagi.

UniMAP turut membekalkan para pelajarnya dengan kemahiran pengurusan, perakaunan, keusahawanan, kemahiran berkomunikasi, kokurikulum dan pembangunan sahsiah atau lebih tepat disebut “ softskill”. Maka tidak dapat tidak, keunikan sistem pembelajaran yang dijalankan di universiti ini yang menggunapakai sistem ’fachhochshule’ dari Jerman bukan sahaja mampu menghasilkan kualiti graduan yang tinggi malah memenuhi keperluan serta pasaran gunatenaga pekerja berkemahiran tinggi di industri.

(4)

Justeru saya berharap dengan adanya program sebegini para kaunselor dapat menambah informasi mengenai bidang kejeruteraan yang ditawarkan di universiti ini. Kerana saya percaya bahawa kaunselor adalah nadi utama yang menjadi agen penyampai maklumat kepada para pelajar di sekolah mengenai program-program yang ditawarkan di sesebuah universiti. Malah kaunselor merupakan penyalur maklumat yang tepat dan mampu menyampaikan mesej dengan cara yang tersendiri tetapi berkesan di samping membantu para pelajar mengenalpasti keperluannya agar pelajar dapat membuat rancangan yang realistik dalam kehidupannya. Hal ini kerana para pelajar merupakan the engine of growth masa depan negara. Jelaslah bahawa kita mempunyai tugas dan agenda yang cukup berat untuk memberi sumbangan dan komitmen kepada pembangunan tamadun masyarakat madani.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama merealisasikan aspirasi negara iaitu bukan sekadar mahu melahirkan graduan yang cemerlang di dalam akademik sahaja.

Sebaliknya ingin melahirkan graduan yang bersepadu iaitu mereka yang cemerlang dari segi pencapaian akademik dan mempunyai personaliti unggul, berketrampilan, mempunyai akar umbi serta jatidiri bangsa Malaysia yang mantap,

(5)

pengisian oleh kementerian pengajian tinggi menjurus kepada keperluan pembangunan RMK-9 dalam sistem pengajian di peringkat universiti.

Dengan lafaz Bismillah Hirrahman Nirrahim dengan ini saya merasmikan “Penutupan Program Outreach Pelajar Melalui Kaunselor Kawasan utara. Sekian, Terima kasih

Referensi

Dokumen terkait

Sehingga kelmarin, berdasarkan data yang dikumpulkan, daripada 953 orang graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang bergraduat hari ini, sebanyak 536 orang (56.2%) telah

Ingin saya nyatakan sekali lagi, bahawa sesungguhnya kewajipan berpuasa adalah merupakan latihan secara praktikal kepada setiap muslim agar memiliki hati dan perasaan yang penuh insaf

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia dengan kasih sayangNya dapatlah kita bersama-sama pada malam ini bertemu dan bermesra dalam majlis “Prom Night Tahun Akhir PPK

Perayaan ini merupakan satu sambutan yang berjaya menghimpunkan kita sebagai sebuah keluarga yang besar iaitu UniMAP – negeri Perlis dimana ianya lebih bermakna apabila masyarakat

Terlebih dahulu, patik bagi seluruh warga Universiti Malaysia Perlis UniMAP merafak sembah, menjunjung kasih yang tidak terhingga, atas perkenan Duli Tuanku berdua bercemar duli

Hadirin sekalian, Sebenarnya, cabaran tahun baru kita telahpun bermula pada minggu lepas dengan penganjuran MURoC yang bermaksud Malaysia University Robot Competitions ataupun

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis dan Yang Berbahagia Datin Seri kerana sudi hadir ke majlis

Adalah menjadi harapan saya agar melalui mesyuarat ini anda semua akan dapat mencapai keseragaman dalam menguruskan hal ehwal kewangan selain saya turut mengharapkan universiti yang