Keberkesanan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) Dalam Kalangan Murid-Murid Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
(The Effectiveness of Home-based Teaching and Learning (PdPR) Implementation among the Pupils of Integrated Special Education
Program (PPKI)
Maritza Marsya Sahat Abdullah1*, Mohd Hasrudi Ibrahim2
1 Sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu, Kuching, Sarawak, Malaysia
*Pengarang Koresponden: [email protected] Accepted: 15 January 2023 | Published: 31 January 2023
DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.4.20
_________________________________________________________________________________________
Abstrak: Kajian ini dilakukan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam kalangan murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu, Kuching. Ia juga mengkaji kesan pelaksanaan PdPR terhadap ibu bapa dan penjaga. Metodologi kajian menggunakan analisis deskriptif. Borang soal selidik secara dalam talian menggunakan Google Form digunakan untuk memperoleh data kuantitatif. Seramai 32 orang responden yang terdiri daripada ibubapa dan penjaga murid-murid PPKI Sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu, Kuching terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap keberkesanan PdPR yang tinggi.
Murid-murid PPKI menunjukkan tahap kemajuan dalam PdPR. Ibu bapa turut memberi respon positif terhadap pelaksanaannya. Kesimpulannya, pelaksanaan PdPR dalam kalangan murid- murid PPKI adalah berkesan dan memberi impak positif kepada murid-murid dan ibu bapa.
Kata kunci: Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), keberkesanan, pelaksanaan, impak
Abstract: This study evaluates the effectiveness of Home-based Learning (HBL) implementation among the pupils of Integrated Special Education Program (PPKI) in Tabuan Ulu Primary School, Kuching. It also examined the effect of HBL to the parents or guardians.
The research methodology is using the descriptive analysis method. A set of questionnaires was created through Google Form and distributed online to obtain the quantitative data. 32 respondents who consisted of parents and guardians of PPKI pupils have participated in the questionnaires. The results indicated high level of effectiveness of HBL. The pupils showed progress in HBL. Parents also gave positive feedback on HBL implementation. As conclusion, the implementation of HBL among the PPKI pupils of Sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu is highly effective and give positive impact to both pupils and parents.
Keywords: Home-based Learning (HBL), Integration Special Education Program (PPKI), effectiveness, implementation, impact
___________________________________________________________________________
1. Pendahuluan
Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di Malaysia beroperasi sepenuhnya bermula 30 Mac 2020 iaitu apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan seluruh negara pada 18 Mac 2020. Sepanjang PKP, semua institusi pendidikan ditutup dan tiada aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka dilakukan. Ini merupakan satu cabaran baru yang perlu dihadapi oleh semua orang termasuk guru-guru, murid-murid, dan ibu bapa dan ia merupakan pelaksanaan kali pertama secara serentak dengan tahap persediaan yang masih rendah oleh semua pihak.
Tiga prinsip asas PdPR yang perlu diambil perhatian ialah; tiada murid yang tercicir dalam pembelajaran, asas pembelajaran dipenuhi, dan mengutamakan sosioemosi murid (KPM, 2021). Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui manual PdPR versi 1 yang dikeluarkan pada 2 Oktober 2020, terdapat 3 pendekatan pelaksanaan PdPR yang diusulkan iaitu secara dalam talian, luar talian, atau off-site. Pihak sekolah melalui guru-guru boleh memilih salah satu, gabungan atau semua pendekatan yang dirasakan sesuai untuk melaksanakan PdPR, bergantung kepada kesesuaian dan keperluan murid-murid.
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) merupakan program khas di mana percantuman kelas-kelas murid-murid berkeperluan khas pembelajaran digabungkan dalam sekolah yang sama dengan murid-murid arus perdana. Murid-murid khas pembelajaran ini terdiri daripada anak-anak yang mempunyai Sindrom Down, palsi serebral, autisme, intelek, hiperaktif, lewat perkembangan, disleksia, dan sebagainya.
Ibu bapa dan penjaga merupakan perantara yang paling penting antara guru-guru dan murid- murid PPKI kerana murid-murid PPKI memerlukan bimbingan penuh untuk melaksanakan sesi PdPR terutamanya dari segi penggunaan alat peranti seperti komputer, tablet dan telefon bimbit. Anak-anak ini memerlukan bantuan untuk membaca, mengakses tugasan, dan memahami setiap arahan yang diberi oleh guru-guru dan seterusnya menyiapkan tugasan mereka. Pendekatan PdPR yang sesuai untuk setiap murid perlu dilaksanakan agar mereka dapat mengikuti sesi PdPR tanpa sebarang kesulitan, bukan sahaja kepada murid-murid tetapi juga kepada ibu bapa mereka. Bagi ibu bapa yang bekerja, cabarannya pasti lebih besar dari segi masa. Murid-murid PPKI juga tidak setiap masa berada dalam keadaan yang sihat dan bersedia untuk belajar. Semua pihak perlu memahami situasi masing-masing supaya ia tidak menjejaskan sesi PdPR yang berlangsung.
Kajian ini dilakukan bagi mengkaji keberkesanan PdPR yang telah dilaksanakan dalam kalangan murid-murid PPKI Sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu, Kuching. Kajian ini bertujuan untuk:
1) Mengenalpasti keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dalam kalangan murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu, Kuching.
2) Mengenalpasti kesan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) terhadap ibubapa murid-murid PPKI Sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu, Kuching.
2. Tinjauan Literatur
Penggunaan teknologi menjadi asas penting bagi memastikan kelancaran PdPR kerana alat peranti seperti telefon bimbit dan komputer menjadi medium pilihan utama untuk menghubungkan murid-murid dan guru-guru. Jika di sekolah murid-murid boleh mendengar dan melihat guru-guru mengajar di hadapan mereka, namun semasa PdPR, murid-murid memerlukan skrin bergambar untuk memahami apa yang guru mereka ingin sampaikan.
Menurut kajian Hairia’an, N. H. & Dzainudin, M. (2020), kanak-kanak lebih aktif dalam sesi pembelajaran yang menggunakan teknologi. Minat mereka meningkat dan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.
Murid-murid Pendidikan Khas mempunyai kekurangan dari segi fizikal dan intelek dan ada juga yang bermasalah penglihatan dan pendengaran. Murid-murid PPKI memerlukan orang dewasa untuk membimbing mereka dalam pembelajaran. Dalam erti kata lain, ibu bapa adalah pengganti guru-guru mereka. Mereka juga memerlukan sokongan dari segi penyediaan alat dan sumber pembelajaran. Menurut Mesman, N., & Abd. Majid, Z. (2021), kesediaan murid-murid mengikuti pembelajaran di rumah memerlukan sokongan prasarana peranti dan kemudahan capaian internet yang baik. Dalam perkara ini, faktor pendapatan ibu bapa mempengaruhi.
Tanpa jaringan internet yang memuaskan, PdPR tidak dapat dilakukan dengan lancar dan mencapai objektif PdPR sepenuhnya (Shamsuddin, S. S. S., Sukari, A. & Shakor, M. F. A.
(2021).
Meskipun mereka mempunyai sumber PdP seperti peranti dan modul yang diperlukan, namun mereka tetap memerlukan penerangan berulang untuk memahami setiap arahan yang diberi.
Kepelbagaian kaedah PdPR banyak membantu murid-murid PPKI untuk fokus semasa belajar.
Penggunaan video pembelajaran misalnya amat berkesan dan memberi impak positif dalam menarik minat murid-murid kerana mengandungi elemen hiburan dan animasi yang menyeronokkan (Zazila, S. Z. L., & Ahmad, N. R., 2021).
Penglibatan ibu bapa dan penjaga murid-murid PPKI Sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu, Kuching dalam PdPR menunjukkan pelbagai reaksi dan penerimaan pada awal pelaksanaannya. Namun, guru-guru PPKI sentiasa memberi informasi dan penerangan yang berkaitan dengan pendekatan dan kaedah PdPR dari semasa ke semasa. Menurut Zuriani et al.
(2021), pengaruh utama kepada kesediaan ibu bapa untuk melibatkan diri dengan PdPR anak- anak mereka ialah motivasi peribadi. Ibu bapa harus mempunyai keinginan yang tinggi untuk mempastikan anak-anak mereka mengikuti PdPR dengan jayanya demi kelangsungan pembelajaran mereka. Fakta ini disokong oleh Zaini et al. (2021) yang bersetuju bahawa tahap motivasi dan persepsi ibu bapa mempengaruhi tahap kesediaan mereka mengikuti PdPR anak- anak. Oleh yang demikian, ibu bapa dan guru-guru perlu membina hubungan yang baik agar proses PdPR berjalan lancar dan mudah. Komunikasi yang berterusan amat penting supaya tiada murid-murid yang ketinggalan sepanjang sesi PdPR meskipun tidak berada bersama guru- guru mereka. Murid-murid sekolah rendah mempunyai sikap positif dan motivasi tinggi terhadap PdPR (Mahad, I., Magesvaran, U. & Hamzah, I. N. S., 2021).
Guru-guru PPKI yang menjadi nadi utama kejayaan PdPR mesti mengatasi segala cabaran yang dihadapi sama ada mereka bersedia atau tidak. Mereka perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan penggunaan teknologi maklumat. Selain itu, komitmen dan motivasi turut memainkan penting (Nasir, N. M. & Mansor, M. (2021). Guru-guru yang mempunyai tahap kesediaan yang tinggi akan menjadi yakin untuk melaksanakan PdPR dengan penuh semangat.
Hassan, N. & Majid, R. A. (2021) mendapati guru-guru pendidik khas mempunyai tahap
kesediaan yang tinggi terhadap pelaksanaan PdPR meskipun menghadapi pelbagai cabaran dan pengalaman terdahulu berkaitan pengajaran dan pembelajaran di rumah. PdPR telah mengubah pendekatan dan kaedah pengajaran guru-guru selaras dengan keperluan pendidikan semasa.
3. Metodologi Kajian
3.1 Responden Kajian
Responden kajian terdiri daripada ibubapa atau penjaga murid-murid PPKI di Sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu, Kuching. Melalui kaedah persampelan bertujuan, sasaran responden adalah seramai 50 orang dengan maklumbalas melebihi 60%. Sepanjang sesi PdPR, semua murid PPKI menggunakan telefon bimbit untuk mendapat akses kepada sumber pembelajaran.
Kaedah soal selidik dilakukan untuk mendapatkan data bagi kajian ini.
3.2 Soal Selidik Secara Dalam Talian
Satu soal selidik secara dalam talian diagihkan di platform Google Form dan boleh diakses oleh ibu bapa melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram. Responden boleh menjawab soal selidik melalui pautan yang diberi. Mereka hanya boleh menjawab sekali sahaja. Jangkaan masa yang diperuntukkan untuk menjawab soal selidik itu ialah minimum 5 minit. Pautan soal selidik dihantar melalui telefon bimbit melalui Penolong Kanan Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu dan kemudian menghantar pautan tersebut dalam kumpulan WhatsApp ibubapa untuk dijawab oleh ibu bapa dan penjaga. Ibubapa dan penjaga diberi tempoh untuk menjawab soal selidik iaitu dalam masa tujuh hari dari tarikh pautan diberi.
3.3 Instrumen
Soal selidik ini terdiri daripada 3 bahagian. Dalam bahagian pertama (arahan), dinyatakan bahawa soal selidik ini dilakukan untuk tujuan penyelidikan semata-mata. Ini dijawab secara sukarela dan tiada nama perlu dinyatakan. Semua dapatan dari soal selidik ini digunakan untuk kajian pendidikan. Bahagian kedua (A dan B) merupakan maklumat latarbelakang dan tahap pengetahuan responden. Manakala bahagian ketiga (C dan D) merupakan skala yang direka untuk pembolehubah kajian. Skala yang digunakan dalam soal selidik ini diubahsuai daripada kajian terdahulu. Semua item dinilai berdasarkan skala Likert 5-mata daripada ‘Sangat Setuju’
hingga ‘Sangat Tidak Setuju’ seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Soal selidik ini mengandungi 20 soalan.
Jadual 1: Skala Likert untuk mengukur tahap keberkesanan.
Kategori Skala
Sangat Tidak Setuju 1
Tidak Setuju 2
Tidak Pasti 3
Setuju 4
Sangat Setuju 5
3.4 Analisis Data
Data yang diperolehi dari soal selidik yang dilakukan dianalisis melalui interpresi skor min seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2. Terdapat tiga kategori tahap keberkesanan iaitu tahap rendah, tahap sederhana dan tahap tinggi. Tahap rendah berada pada skor min 1.00 – 2.33, tahap sederhana berada pada skor min 2.34 – 3.66, manakala tahap tinggi berada pada skor 3.67 – 5.00.
Jadual 2: Interpresi skor min dan tahap keberkesanan PdPR dalam kalangan murid-murid PPKI
Skor Min Tahap Interpresi
1.00 – 2.33 Rendah Kurang tahap keberkesanan PdPR dalam kalangan murid-murid PPKI 2.34 – 3.66 Sederhana Sederhana tahap keberkesanan PdPR dalam kalangan murid-murid PPKI 3.67 – 5.00 Tinggi Tinggi tahap keberkesanan PdPR dalam kalangan murid-murid PPKI
Jadual 2 di atas telah diubahsuai daripada kajian yang terdahulu oleh Zazila, S. Z. L. & Ahmad, N. R. (2021).
4. Dapatan Kajian
Sejumlah 33 orang responden telah menjawab soal selidik bermula dari 23 hingga 29 Februari 2022, iaitu 70% daripada keseluruhan responden. Statistik deskriptif digunakan dalam analisis kajian ini bagi menjelaskan Bahagian A dan Bahagian B responden, iaitu demografi dan tahap pengetahuan ibu bapa terhadap pelaksanaan PdPR. Hasil dapatan ini juga menjawab semua objektif kajian dalam bentuk peratusan (%), min (M), dan sisihan piawai (SP) dalam Bahagian C dan Bahagian D.
Bahagian A: Demografi Responden
Kajian ini melibatkan 33 orang responden yang terdiri dari ibu bapa dan penjaga murid-murid PPKI Sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu, Kuching, Sarawak. Profil demografi ini dianalisis berdasarkan data yang diperoleh daripada borang soal selidik (Google Form) di Bahagian A.
Maklumat berkaitan demografi responden ditunjukkan dengan jelas dalam Jadual 3, Jadual 4, Jadual 5, dan Jadual 6 serta Rajah 1, Rajah 2, Rajah 3, dan Rajah 4.
Jadual 3: Demografi Umur Umur
Kekerapan Peratusan Peratusan kesahan
Peratusan kumulatif
Kesahan 21 – 30 tahun 2 6.1% 6.1% 6.1%
31 – 40 tahun 14 42.4% 42.4% 48.5%
41 – 50 tahun 13 39.4% 39.4% 87.9%
51 – 60 tahun 4 12.1% 12.1% 100%
61 tahun dan ke atas 0 0% 0% 100%
Jumlah 33 100.0 100.0
Rajah 1: Demografi Umur
6.1
42.4 39.4
12.1 5
10 15 20 25 30 35 40 45 50
21 - 30 Tahun 31 - 40 Tahun 41 - 50 Tahun 51 - 60 Tahun 61 Tahun dan ke atas
Peratus
Umur
Umur
Jadual 3 dan Rajah 1 menunjukkan demografi mengikut umur 33 orang responden yang telah menjawab soal selidik ini. Data menjelaskan responden yang berumur di antara 31 hingga 40 tahun merupakan lingkungan umur majoriti iaitu 42.4%. Ini diikuti dengan kumpulan dalam lingkungan umur 41 hingga 50 tahun iaitu 39.4%. Responden berumur 51 hingga 60 tahun mewakili 12.1% manakala 6.1% merupakan kumpulan responden berumur antara 20 hingga 30 tahun.
Jadual 4: Demografi Pekerjaan Pekerjaan
Kekerapan Peratusan Peratusan kesahan
Peratusan kumulatif
Kesahan Kakitangan kerajaan 8 24.2% 24.2% 24.2%
Kakitangan swasta 10 30.3% 30.3% 54.5%
Bekerja sendiri 4 12.1% 12.1% 66.6%
Tidak bekerja 11 33.3% 33.3% 100%
Jumlah 33 100% 100%
Rajah 2: Demografi Pekerjaan
Jadual 4 dan Rajah 2 menunjukkan demografi pekerjaan responden. Maklumat yang menunjukkan peratusan tertinggi ialah responden tidak berkerja iaitu 33.3% manakala 30.3%
responden adalah kakitangan swasta. Data turut menunjukkan 24.2% merupakan kakitangan kerajaan dan 12.1% bekerja sendiri.
Jadual 5: Demografi Kelulusan Akademik Kelulusan Akademik
Kekerapan Peratusan Peratusan kesahan
Peratusan kumulatif
Kesahan SPM/Sijil 22 66.7% 66.7% 66.7%
Diploma/STPM 6 18.2% 18.2% 84.9%
Ijazah Sarjana Muda 2 6.1% 6.1% 91%
Ijazah Sarjana 3 9.1% 9.1% 100%
PHD 0 0% 0% 100%
Jumlah 33 100.0 100.0
24.2 30.3
12.1
33.3
0 10 20 30 40
Kakitangan Kerajaan
Kakitangan swasta
Bekerja sendiri Tidak bekerja
Peratus
Pekerjaan
Pekerjaan
Rajah 3: Demografi Kelulusan Akademik
Jadual 5 dan Rajah 3 menunjukkan demografi kelulusan akademik ibu bapa dan penjaga murid- murid PPKI sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu, Kuching. Data menunjukkan majoriti responden mempunyai sijil atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu 66.7% atau 22 orang. 18.2%
merupakan lulusan Diploma atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). 3 orang responden memiliki Ijazah Sarjana iaitu 9.1% manakala 6.1% mempunyai Ijazah Sarjana Muda.
Jadual 6: Demografi Masalah Pembelajaran Anak Masalah Pembelajaran Anak
Kekerapan Peratusan Peratusan kesahan
Peratusan kumulatif
Kesahan Disleksia 2 6.1% 6.1% 6.1%
Autisme 8 24.2% 24.2% 24.2%
Palsi Serebrum 2 6.1% 6.1% 36.4%
Sindrom Down 1 3% 3% 39.4%
ADHD 4 12.1% 12.1% 51.5%
Intelek 3 9.1% 9.1% 60.6%
Lewat Perkembangan 11 33.3% 33.3% 93.9%
Penglihatan 1 3% 3% 96.9%
Pendengaran 1 3% 3% 100%
Jumlah 33 100.0 100.0
66.7
18.2
6.1 9.1
0 0
10 20 30 40 50 60 70 80
SPM/Sijil Diploma/STPM Ijazah Sarjana Muda
Ijazah Sarjana PHD
Peratus
Kelulusan Akademik
Kelulusan Akadem
ik
Rajah 4: Demografi Masalah Pembelajaran Anak
Jadual 6 dan Rajah 4 di atas menunjukkan data demografi masalah pembelajaran anak-anak responden iaitu murid-murid PPKI Sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu, Kuching. 11 orang atau 33.3% anak-anak responden mengalami lewat perkembangan manakala 24.2% adalah anak- anak autisme. Data menunjukkan 12.1% anak-anak responden mengalami hiperaktif atau ADHD. 9.1% pula mengalami masalah berkaitan intelek dan 6.1% pula masing-masing mempunyai masalah palsi serebrum dan disleksia. Masalah Sindrom Down, penglihatan, dan pendengaran pula masing-masing menunjukkan peratusan yang sama iaitu 3% atau seorang sahaja.
Bahagian B: Tahap Pengetahuan Ibu Bapa Terhadap Pelaksanaan PdPR
Bahagian B menunjukkan data berkaitan tahap pengetahuan responden terhadap pelaksanaan PdPR bagi murid-murid PPKI Sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu, Kuching. Data tersebut ditunjukkan dalam Jadual 7, Jadual 8, dan Jadual 9, serta Carta 1, Carta 2 dan Carta 3.
Jadual 7: Pendekatan PdPR digunakan Pendekatan PdPR
Kekerapan Peratusan Peratusan kesahan
Peratusan kumulatif
Kesahan Dalam talian 21 63.6% 63.6% 63.6%
Luar talian 4 12.1% 12.1% 75.7%
Gabungan dalam & luar talian 8 24.2% 24.2% 100%
Off site 0 0% 0% 100%
Jumlah 33 100% 100%
6.1
24.2
6.1 3
12.1 9.1
33.3
3 3
0 5 10 15 20 25 30 35
Peratus
Masalah Pembelajaran Anak
Masalah Pembelajaran Anak
Carta 1: Pendekatan PdPR digunakan
Jadual 7 dan Carta 1 menunjukkan 4 jenis pendekatan yang digunakan sepanjang pelaksanaan PdPR seperti disarankan KPM. Data jelas menunjukkan majoriti, iaitu 21 responden atau 63.6% menyatakan PdPR dilaksanakan secara dalam talian, iaitu kaedah pembelajaran menggunakan data internet dan peranti elektronik seperti komputer, tablet dan sebagainya.
Aplikasi yang digunakan adalah seperti Google Meet, Delima, Edu Web TV, e-permainan, dan banyak lagi. 24.2% atau 8 orang responden menyatakan kaedah gabungan dalam dan luar talian telah digunakan sepanjang PdPR. Kaedah luar talian yang dimaksudkan adalah kaedah pembelajaran tanpa penggunaan data internet seperti menggunakan modul dan buku aktiviti, video dan audio kiriman guru melalui telefon pintar atau latihan bertulis seperti lembaran kerja yang diambil di sekolah. Baki 4 orang responden atau 12.1% pula menyatakan hanya kaedah luar talian sahaja yang digunakan sepanjang tempoh PdPR dijalankan.
Jadual 8: Tempoh Pelaksanaan PdPR Sehari Pendekatan PdPR
Kekerapan Peratusan Peratusan kesahan
Peratusan kumulatif
Kesahan 1 – 2 jam sehari 18 54.5% 54.5% 54.5%
2 – 3 jam sehari 11 33.3% 33.3% 87.8%
3 – 4 jam sehari 4 12.1% 12.1% 100%
Melebihi 4 jam 0 0% 0% 100%
Jumlah 33 100% 100%
Carta 2: Tempoh Pelaksanaan PdPR Sehari
63.60%
12.10%
24.20% 0%
Pendekatan PdPR yang digunakan
Dalam talian Luar talian
Gabungan dalam & luar talian Off site
54.50%
33.30%
12.10% 0%
Tempoh Pelaksanan PdPR Sehari
1 - 2 jam sehari 2 - 3 jam sehari 3 - 4 jam sehari Melebihi 4 jam
Jadual 8 dan Carta 2 menunjukkan tempoh pelaksanaan PdPR sehari untuk murid-murid PPKI Sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu, Kuching. 18 orang atau 54.5% responden menyatakan 1 hingga 2 jam sehari diperuntukkan untuk sesi PdPR anak-anak mereka. 33.3% atau 11 orang pula menyatakan 2 hingga 3 jam sehari digunakan untuk sesi PdPR manakala 4 orang lagi yang mewakili 12.1% responden menyatakan 3 hingga 4 jam sehari diperuntukkan untuk sesi PdPR anak-anak khas ini.
Jadual 9: Jumlah Mata Pelajaran Sehari Pendekatan PdPR
Kekerapan Peratusan Peratusan kesahan
Peratusan kumulatif
Kesahan 2 12 36.4% 36.4% 36.4%
3 13 39.4% 39.4% 75.8%
4 7 21.2% 21.2% 97%
Melebihi 4 1 3% 3% 100%
Jumlah 33 100% 100%
Carta 3: Jumlah Mata Pelajaran Sehari
Jadual 9 dan Carta 3 menunjukkan data bagi jumlah mata pelajaran sehari sepanjang sesi PdPR dilaksanakan. 39.4% atau 13 orang responden menyatakan 3 subjek diajar sehari manakala 36.4% atau 12 orang pula menyatakan hanya 2 subjek yang diajar dalam sehari. 21.2% atau 7 orang pula menyatakan 4 subjek yang diajar sehari manakala 3% atau seorang menyatakan lebih daripada 4 subjek yang diajar sehari.
Bahagian C: Tahap Keberkesanan PdPR Terhadap Murid-Murid PPKI
Data untuk menilai tahap keberkesanan PdPR terhadap murid-murid PPKI Sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu, Kuching diperoleh melalui soal selidik di Bahagian C, yang mengandungi 8 item semuanya. Semua item memberi dapatan yang dikehendaki oleh penyelidik mengenai objektif utama kajian iaitu tahap keberkesanan PdPR dalam kalangan murid-murid PPKI Sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu, Kuching. Setiap item soalan dinilai berdasarkan min 5 skala likert iaitu Sangat Tidak Setuju (STS) =1, Tidak Setuju (TS) =2. Tidak Pasti (TP) =3, Setuju (S) =4, san Sangat Setuju (SS) = 5. Nilai min yang semakin tinggi menunjukkan semakin tinggi tahap keberkesanan PdPR.
36.40%
39.40%
21.20%
3%
Jumlah Mata Pelajaran Sehari
2 3 4 Melebihi 4
Jadual 10: Tahap Keberkesanan PdPR
No Item STS TS TP S SS Min SP
S1 Memahami kandungan
pembelajaran kerana mempunyai arahan yang jelas.
3% 3% 18.2% 51.5% 24.2% 3.91 .898
S2 Mudah mengakses bahan pembelajaran melalui alat peranti/sumber PdP yang ada di rumah.
3% 3% 24.2% 48.5% 21.2% 3.82 .901
S3 Melibatkan diri dengan aktif dalam pembelajaran.
6.1% 0% 18.2% 57.6% 18.2% 3.82 .937 S4 Lebih fokus dalam pembelajaran. 6.1% 9.1% 30.3% 36.4% 18.2% 3.51 1.077 S5 Tertarik dengan bahan pembelajaran
yang diberikan.
3% 15.2% 15.2% 45.5% 21.2% 3.67 1.063 S6 Seronok menjalani pembelajaran. 6.1% 9.1% 15.2% 45.5% 24.2% 3.73 1.103 S7 Meningkatkan kemampuan berfikir
dan tahap pengetahuannya.
6.3% 9.4% 25% 34.4% 25% 3.62 1.140 S8 Meningkatkan motivasinya untuk
belajar.
6.3% 6.3% 25% 40.6% 21.9% 3.65 1.080
Rajah 5: Tahap Keberkesanan PdPR
Jadual 10 dan Rajah 5 menunjukkan tahap keberkesanan PdPR dalam kalangan murid-murid PPKI melalui nilai peratusan (%), min (M), dan sisihan piawai (SP). Item yang menunjukkan nilai min paling tinggi pada tahap tinggi adalah item pertama iaitu “Memahami kandungan pembelajaran kerana mempunyai arahan yang jelas” dengan nilai min 3.91 dan sisihan piawai 0.898 manakala item yang menunjukkan nilai min paling rendah pada tahap sederhana ialah item keempat iaitu “Lebih fokus dalam pelajaran” dengan nilai min 3.51 dan sisihan piawai 1.077. Berdasarkan dapatan kajian ini, PdPR menunjukkan tahap keberkesanan yang positif dalam kalangan anak-anak PPKI Sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu, Kuching kerana tiada item menunjukkan skor min tahap rendah.
3 3 6.1 6.1 3 6.1 6.3 6.3
3 3 0 9.1 15.2 9.1 9.4 6.3
18.2 24.2 18.2
30.3 15.2 15.2 25 25 51.5 48.5 57.6
36.4
45.5 45.5 34.4 40.6 24.2 21.2 18.2 18.2 21.2 24.2 25 21.9
0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
80%
90%
100%
S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8
Peratus
Nilai (Soalan)
Tahap Keberkesanan PdPR Terhadap Murid-murid PPKI
Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju
Bahagian D: Kesan Pelaksanaan PdPR Terhadap Ibu Bapa dan Penjaga
Jadual 11 menunjukkan kesan pelaksanaan PdPR terhadap ibu bapa dan penjaga murid-murid PPKI Sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu, Kuching. Data diperoleh dari hasil borang soal selidik dalam Bahagian D. Ia mengandungi 5 item yang menjawab soalan kedua kajian iaitu kesan PdPR terhadap ibu bapa. Semakin tinggi nilai min (M), semakin besar kesannya terhadap ibu bapa.
Jadual 11: Kesan Pelaksanaan PdPR
No Item STS TS TP S SS Min SP
D1 Ibu bapa/penjaga mempunyai peranti/sumber pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi untuk sesi PdPR.
3% 9.1% 27.3% 36.4% 24.2% 3.70 1.028
D2 Ibu bapa/penjaga mempunyai masa yang cukup untuk membimbing anak semasa sesi PdPR.
3% 12.1% 30.3% 33.3% 21.2% 3.58 1.045
D3 Ibu bapa/penjaga memahami subjek yang dipelajari anak sepanjang sesi PdPR.
0% 0% 24.2% 48.5% 27.2% 4.03 0.717
D4 Ibu bapa/penjaga tidak merasa terbeban dengan sesi PdPR.
3% 15.2% 15.2% 45.5% 21.2% 3.67 1.063 D5 Menyokong pelaksanaan PdPR pada
masa akan datang.
6.1% 9.1% 21.2% 33.3% 30.3% 3.73 1.163
Rajah 6: Kesan Pelaksanaan PdPR
Jadual 11 dan Rajah 6 di atas menunjukkan item yang mendapat nilai min tertinggi ialah item yang ketiga, ‘Ibu bapa dan penjaga memahami subjek yang dipelajari anak sepanjang sesi PdPR’ dengan nilai skor min (M) = 4.03 dan sisihan piawai (SP) = 0.717, iaitu pada tahap tinggi. Item yang mendapat skor min terendah pula ialah item yang kedua, ‘Ibu bapa dan penjaga mempunyai masa yang cukup untuk membimbing anak semasa sesi PdPR’. Skor min yang diperoleh ialah 3.58 dengan sisihan piawai (SP) = 1.045, iaitu pada tahap sederhana.
3 3 0 3 6.1
9.1 12.1
0
15.2 9.1 27.3 30.3
24.2
15.2 21.2 36.4 33.3
48.5
45.5 33.3
24.2 21.2 27.2 21.2
30.3
0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
80%
90%
100%
D1 D2 D3 D4 D5
Peratus
Nilai (Soalan)
Kesan Pelaksanaan PdPR Terhadap Ibu bapa/Penjaga
Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju
5. Perbincangan
Dapatan yang diperolehi dalam Bahagian C merujuk kepada tahap keberkesanan PdPR dalam kalangan murid-murid PPKI sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu, Kuching. Melebihi 50%
responden bersetuju bahawa pelaksanaan PdPR memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran anak-anak mereka. Setiap aspek yang dikaji dalam borang soal selidik menunjukkan intepresi yang memuaskan iaitu dengan 3 item berada pada skor min tahap sederhana manakala 5 item berada pada skor min tahap tinggi. Ringkasnya, meskipun sesi pembelajaran dilakukan di rumah, murid-murid PPKI mampu memahami subjek yang mereka pelajari kerana guru-guru memberi arahan yang jelas tentang subjek yang diajari. Murid-murid juga mudah mengakses bahan pembelajaran dengan adanya peranti seperti telefon bimbit dan komputer.
Ibu bapa juga bersetuju bahawa anak-anak mereka melibatkan diri dengan aktif semasa PdPR.
Murid-murid PPKI boleh fokus dalam pembelajaran dan merasakan bahan pembelajaran yang diberi menarik minat mereka. Ini menyebabkan mereka merasa seronok semasa belajar. PdPR juga mampu meningkatkan daya fikir dan tahap pengetahuan murid-murid PPKI. Motivasi mereka turut meningkat sepanjang tempoh pelaksanaan PdPR. Ini disokong oleh kajian terdahulu yang menyatakan kaedah pelaksanaan PdPR mampu mengubah sikap dan motivasi murid (Rosli, S. N. W., Majid, R. A. & Mansor, A. Z., 2021).
Dalam Bahagian D, pelaksanaan PdPR didapati turut memberi kesan positif kepada ibu bapa dan penjaga murid-murid PPKI. 4 daripada 5 item menunjukkan nilai skor min pada tahap tinggi manakala 1 item mendapat skor min pada tahap sederhana. Semua item mendapat tahap setuju lebih daripada 50% responden. Peratusan tertinggi mendapati ibu bapa setuju bahawa PdPR menyebabkan ibu bapa lebih memahami subjek yang anak-anak mereka pelajari. Ibu bapa menyokong pelaksanaan PdPR pada masa akan datang. Antara sebabnya ialah ibu bapa mempunyai peranti dan sumber pembelajaran yang mencukupi untuk menyediakan anak-anak dengan sesi PdPR.
Kebanyakan ibu bapa menyatakan mereka tidak merasa terbeban dengan pelaksanaan PdPR untuk anak-anak mereka dan mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk membimbing anak-anak sepanjang sesi PdPR dijalankan. Kajian yang dilakukan oleh Saifudin, N. H. A. &
Hamzah, M. I. (2021) mendapati pendidikan norma baharu secara dalam talian semakin diterima murid dan guru. Ibu bapa turut mendapati anak-anak mereka mendapat kesan positif hasil pelaksanaan PdPR. Fakta ini dibuktikan oleh kajian Mahalingam, N. & Jamaludin, K. A.
(2021) yang menyatakan antara impak positif pelaksanaan PdPR ialah sesi pembelajaran yang menyeronokkan, murid kekal fokus dan meningkat motivasinya. Tahap kecekapan murid turut meningkat terutamanya dalam penerokaan e-pembelajaran. Kirin et al. (2021) bersetuju bahawa kemahiran menggunakan e-platform mengurangkan kos masa dalam mencari sumber pembelajaran secara fizikal.
6. Rumusan
Meskipun pelaksanaan PdPR untuk murid-murid PPKI Sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu merupakan kali pertama, namun ia telah menunjukkan kesan positif kepada murid-murid.
Kajian ini membuktikan PdPR juga sesuai dilaksanakan untuk murid-murid pendidikan khas pembelajaran dengan adanya sokongan daripada ibu bapa. Ibu bapa merupakan perantara utama di antara murid-murid dan guru-guru PPKI kerana mereka yang membimbing dan
memantau anak-anak mereka melakukan tugasan yang diberi setelah diberikan penerangan yang jelas oleh guru-guru.
Kesan yang paling ketara terhadap murid-murid PPKI ialah mereka lebih memahami kandungan subjek yang diajar kerana guru-guru subjek memberi penerangan yang jelas tentang topik yang dipelajari. Ini menunjukkan guru-guru sangat memahami betapa pentingnya komunikasi dengan murid-murid ini meskipun tidak secara berdepan. Ibu bapa pula lebih memahami subjek yang dipelajari anak-anak mereka sepanjang tempoh PdPR. Tempoh PdPR sudah pastinya mendekatkan lagi hubungan dia antara ibu bapa, murid-murid dan guru-guru kerana komunikasi sebenar berlaku di antara ibu bapa dan guru-guru. Ibu bapa yang memahami penerangan daripada guru-guru akan memahami tugasan yang diberi dan seterusnya membantu anak-anak mereka untuk menyiapkan tugasan dengan jayanya.
Dapatan ini memberi implikasi kepada guru-guru PPKI Sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu khususnya dan pihak sekolah amnya bahawa mereka berada pada landasan yang betul dalam usaha melaksanakan pengajaran menggunakan pendekatan dalam dan luar talian. Selain itu, data ini boleh digunakan oleh pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan pihak lain yang berminat untuk menilai kejayaan pelaksanaan PdPR untuk murid-murid PPKI. Pada masaa akan datang, skop kajian ini boleh diperluaskan lagi melibatkan sekolah-sekolah lain dalam daerah Kuching atau bahagian-bahagian lain di negeri Sarawak.
Rujukan
Hairia’an, N. H. (2020). Pengajaran Dan Pemudahcaraan Dalam Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 9, 18-28.
Hassan, N. &. (2021). Persepsi Guru Pendidikan Khas Terhadap Pengajaran Dan
Pembelajaran Atas Talian Sewaktu Pandemik Covid-19. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 239-251.
Kirin, A. S. (2021). Impak Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Online: Kajian Kes
Terhadap Pelajar sekolah Rendah, Menengah dan Universiti Semasa Pandemik Covid-19. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 2(1), 127-136.
Mahad, I. M. (2021). Sikap Dan Motivasi Murid Sekolah Rendah Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Talian Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11(1), 16-28.
Mahalingam, N. &. (2021). Impak Dan Cabaran Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Atas Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 104-115.
Mesman, N. &. (2021). Kajian Kesediaan Pelajar Mengikuti Pembelajaran Dalam Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Membendung Covid-19 Fasa 2.
Journal of Education and Pedagogy, 3(1), 195-202.
Nasir, N. M. (2021). Cabaran Guru Dalam Melaksanakan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR): Suatu Pemerhatian Awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 6(7), 416-421.
Rosli, S. N. (2021). Pelaksanaan PdPR Terhadap Murid Ketidakupayaan Pendengaran:
Pandemik Covid-19. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 174-188.
Saifudin, N. H. (2021). Cabaran Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) dalam Talian Dengn Murid sekolah Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3, 250-264.
(OKU) Masalah Pembelajaran di Malaysia. Journal of Quran Sunnah Education and Social Needs, 5.
Zaini, Z. H. (2021). Kesediaan Ibu Bapa Terhadap Penglibatan dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Jurnal Kesidang, 6, 80-95.
Zazila, S. Z. (2021). Keberkesanan Penggunaan Video Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Tahun 6 Semasa Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).
Journal of ICT in Education, 1, 76-99.
Zuriani, H. Z. (2021). Kesediaan Ibu Bapa Terhadap Penglibatan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Jurnal Kesidang Kolej Universiti Islam Melaka, 6, 80 95.
Pautan Soal Selidik: https://forms.gle/kGryYsPhx71xY29m6