175
KEBERKESANAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DALAM TALIAN (e-PEMBELAJARAN) TERHADAP SISWA PENDIDIK
MATEMATIK INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
(EFFECTIVENESS OF ONLINE LEARNING AND TEACHING (e-LEARNING) FOR STUDENTS OF MATHEMATICS EDUCATORS
INSTITUTE OF TEACHER EDUCATION CAMPUS)
1Norhasliza Abdullah, Ph.D
2Wan Haspinah Wan Hussin
3Ravikumar Varatharaj, Ph.D
1-2Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
3Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
1 Corresponding author: [email protected]
ABSTRAK
Aspek pembelajaran dan pengajaran turut terkesan akibat daripada pandemik COVID-19. Wabak ini telah menjadi agen transformasi dan pemangkin kepada pelaksanaan pembelajaran dalam talian (e-pembelajaran) secara komprehensif. Bagi menilai keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian satu kajian telah dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap keberkesanan dan halangan yang dihadapi oleh siswa pendidik Matematik. Set soal selidik diedarkan kepada 273 orang siswa pendidik Matematik yang sedang mengikuti pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian di semua IPG Kampus. Statistik deskriptif dan inferensi digunakan bagi menganalisa data-data yang berkaitan untuk menjawab soalan kajian Dapatan kajian menunjukkan tahap keberkesanan penggunaan pembelajaran dalam talian berada pada tahap tinggi (min = 4.242) dan halangan yang dihadapi berada pada tahap sederhana (min=2.545). Secara terperincinya, halangan personaliti, gaya pembelajaran dan organisasi berada pada min yang rendah berbanding halangan arahan, teknologi dan situasi berada pada tahap yang sederhana. Dapatan analisis regresi berganda menunjukkan model yang dibentuk mempunyai nilai F yang signifikan pada aras kebarangkalian 0.05. Dapatan kajian juga menunjukkan faktor halangan organisasi (F=38.291, p< 0.05) menyumbangkan sebanyak 12.1% kepada
176
keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian. Ini menunjukkan bahawa faktor halangan organisasi (β = -.352, p<0.05) merupakan petunjuk atau peramal utama keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian. Namun faktor halangan lain tidak memberi kesan kepada pembelajaran dan pengajaran. Walaupun hasil kajian menunjukkan tahap keberkesanan adalah tinggi namun setiap halangan yang dihadapi oleh siswa pendidik perlu diambil tindakan segera agar keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dapat dipertingkatkan lagi.
Kata kunci: e-Pembelajaran, keberkesanan, halangan, pembelajaran dan pengajaran.
ABSTRACT
Aspects of learning and teaching were also affected as a result of the COVID-19 pandemic. This epidemic has been a transformation agent and a catalyst to the comprehensive implementation of online learning (e-learning). To evaluate the effectiveness of online learning and teaching, a study was conducted to identify the level of effectiveness and barriers faced by students of Mathematics educators. A set of questionnaires was distributed to 273 students of Mathematics educators who are following online learning and teaching at all IPGK. Descriptive and inferential statistics were used to analyze the relevant data to answer the research questions.
The results showed that the level of effectiveness of the use of online learning was at a high level (mean=4.242) and the obstacles encountered were at a moderate level (mean=2.545). In detail, personality, learning style and organizational barriers were at a low mean compared to instructional, technological and situational barriers were at moderate levels. The results of multiple regression analysis showed that the model formed had a significant F value at the probability level of 0.05. The findings of the study also showed that organizational barrier factors (F=38.291, p<0.05) contributed 12.1% to the effectiveness of online learning and teaching. This indicates that the organizational barrier factor (β=.352, p<0.05) is the main indicator or predictor of the effectiveness of online learning and teaching. Yet other barriers do not affect learning and teaching. Although the results of the study show that the level
177
of effectiveness is high but every obstacle faced by student educators must be taken immediate action so that the effectiveness of learning and teaching can be further improved.
Keywords: STEM, teacher training institute, practice, demographics.
PENGENALAN
Penyebaran wabak Covid-19 keseluruh dunia memberi kesan terhadap sektor ekonomi, kewangan, sosial dan pendidikan. Dalam konteks pendidikan, bermula Mac 2020 aktiviti pembelajaran secara formal yang melibatkan hampir 600 juta pelajar di seluruh dunia terjejas akibat arahan penutupan institusi-institusi pendidikan sama ada di peringkat sekolah mahu pun institusi pengajian tinggi (Goyal, 2020). Dalam situasi pandemik, semua institusi melaksanakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara dalam talian. Impak Covid 19 terhadap pendidikan menyebabkan berlakunya transformasi penggunaan platform digital secara meluas (Kandri 2020; Strielkowski 2020) seperti pelaksanaan seminar dalam talian, penggunaan buku digital, analisis data dalam talian dan interaksi maya. Gonzalez et al. (2020) berpandangan bahawa situasi pandemik Covid 19 memberi impak positif dalam konteks penyuburan penggunaan pembelajaran secara dalam talian. Keadaan yang mendesak menyebabkan, guru dan murid bertungkus lumus berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dalam aspek penggunaan alatan digital serta aplikasi pembelajaran dan pengajaran dalam talian (PdPdT) supaya proses PdP dapat dijalankan dengan berkesan.
Seiring dengan perkembangan era globalisasi dan keperluan semasa dalam abad ke-21, institusi-institusi pengajian tinggi perlu mempunyai hala tuju masing- masing dalam memberi cabaran pendidikan kepada siswa pendidik siswa pendidiknya. Kaedah pembelajaran elektronik merupakan salah satu kaedah PdP yang penting pada masa kini. Ia turut dinyatakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025. Pembelajaran dalam talian merupakan lonjakan
178
kesembilan yang memberikan penekanan terhadap pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi. Kadar penggunaan internet di Malaysia pada masa kini pada tahap 67% iaitu ketujuh tertinggi di Asia (Ally, 2008). Kepentingan pembelajaran dalam talian mampu menjadi satu model pembelajaran bersepadu (blended learning) yang akan menjadi pendekatan pedagogi utama semua Institut Pengajian Tinggi (IPT). Siswa pendidik akan mendapat manfaat daripada prasarana siber yang mantap untuk menggunakan pelbagai teknologi masa kini.
Malaysia kini masih mengambil langkah menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan iaitu rakyat dinasihatkan untuk terus kekal di rumah atau Bekerja Dari Rumah/ BDR (Work From Home).
Situasi ini telah banyak mengubah lanskap kehidupan setiap individu di dunia pada hari ini. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memutuskan agar semua PdP dilaksanakan secara dalam talian dan semua aktiviti PdP bersemuka ditangguhkan.
Keputusan ini telah mengubah mod PdP daripada pembelajaran secara bersemuka digantikan dengan pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian. Institut Pendidikan Guru (IPG) juga turut terkesan dengan situasi ini dan semua aktiviti PdP dilaksanakan secara dalam talian. Walaupun pembelajaran dan pengajaran dalam talian (e-pembelajaran) bukanlah sesuatu yang baharu, namun pelaksanaan yang komprehensif secara tiba-tiba menyebabkan pensyarah dan siswa pendidik tidak benar-benar bersedia. Malah terdapat banyak kekangan dan halangan yang dapat dikenal pasti daripada penyelidik lepas bahawa Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian (PDPdT) perlu diperincikan (Kanuka & Anderson 2007;
Rana et al., 2014).
Pernyataan Masalah
Keterbatasan pergerakan dan hubungan yang menyebabkan PdP secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan telah digantikan dengan pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian. Kaedah pembelajaran dalam talian yang dahulunya hanya dijalankan sebagai nilai tambah kepada pembelajaran bersemuka, telah menjadi satu
179
keperluan. IPG turut mengambil langkah menggunakan kaedah pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian bagi memastikan silibus pengajaran dapat disampaikan dengan sebaik mungkin dan sesi pembelajaran agar tidak tertangguh.
Melalui pelaksanaan PdPDT, siswa pendidik dan pensyarah tidak perlu bertemu secara bersemuka tetapi hanya melalui ruang maya. Menurut Dewi Surani dan Hamidah Hamidah (2020), 62% menyatakan pembelajaran dalam talian memberi manafaat, maka adalah wajar proses PdP secara e-pembelajaran pada peringkat institusi pengajian tinggi tetap terus berjalan dan dimanfaatkan sebaik-baiknya.
Namun sebaliknya menurut Tuan Nguyeng (2015), keberkesanan pengajaran secara dalam talian dilihat kurang berkesan berbanding pengajaran secara bersemuka.
Jika diperincikan lagi dari segi pengaplikasian didapati terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh siswa pendidik. Antara cabaran terhadap siswa pendidik adalah capaian kepada kemudahan internet, iaitu halangan teknologi merujuk kepada Gorard & Selwyn (2000), halangan teknologi termasuk keupayaan komputer yang mampu mengakses internet, menurut Kramarae (2001) halangan teknologi adalah kos komputer dan kos pengaksesan internet, masalah teknikal (Bischolf, 2000), serta pengaksesan kepada teknologi (Schilke, 2001). Hasil kajian juga disokong oleh O’Connor et al. (2003) yang menyatakan bahawa pelajar yang mempunyai talian internet akan mempengaruhi kekerapan dan kebolehan mengakses e-pembelajaran.
Manakala Schilke (2001) menyatakan halangan situasi adalah dikaitkan dengan situasi atau persekitaran seseorang itu berada. Item untuk halangan situasi termasuk terlalu sibuk dengan kerja lain, tidak mengurus masa dengan baik dan gangguan daripada kerja lain, hal rumah dan tempat belajar yang tidak selesa. Ini menyokong kajian Pollard dan Hillage (2001) yang berpendapat bahawa pelajar bukan sahaja memerlukan sokongan tetapi juga memerlukan tempat untuk belajar tanpa gangguan. Ini menunjukkan persekitaran untuk pelajar boleh dikira sebagai halangan dalam proses pembelajaran.
180
Dalam kajian lain menyatakan halangan organisasi adalah kurang sokongan daripada pensyarah, kurang kemahiran dan latihan terhadap penggunaan teknologi berkaitan e-pembelajaran (Siti Azura et al., 2021). Dapatan kajian menyokong pendapat O’Connor et al. (2003) bahawa polisi institusi memainkan peranan yang penting. Selain itu, dapatan kajian ini disokong oleh kajian Mohd Koharuddin Mohd Balwi dan Adanan Mat Junoh (2003) yang menunjukkan masalah yang berkaitan dengan peribadi seseorang termasuk seperti tidak minat terhadap aplikasi komputer, tidak selesa dengan ICT, tidak memiliki komputer sendiri dan kemudahan internet di tempat kediaman. Faktor inilah yang menghalang keberkesanan pembelajaran. Oleh itu, daripada penelitian kajian-kajian lepas menunjukkan halangan bagi membolehkan pelaksanaan PdPDT. Namun pelaksanaan PdPDT perlu diaplikasi secara menyeluruh dalam sistem pengurusan akademik di IPG bagi memastikan proses PdP tetap berjalan walaupun aktiviti PdP secara bersemuka tidak dibenarkan.
Sehubungan itu, satu kajian bagi mengenalpasti keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian di PdP telah dilaksanakan bagi memastikan sistem ini benar- benar membantu proses PdP dalam kalangan siswa pendidik. Kajian juga dijalankan bagi mengetahui tahap keberkesanan dan halangan yang dihadapai oleh siswa pendidik dalam pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran dalam talian.
Kerangka Konsep Kajian
Rajah 1 ialah kerangka konseptual yang diguna pakai dalam kajian ini. Penyelidik memilih pemboleh ubah tidak bersandar sebagai faktor-faktor halangan pembelajaran siswa pendidik manakala pemboleh ubah bersandar adalah keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian.
181
Rajah 1
Kerangka Konsep Kajian
Objektif Kajian
i. Mengenal pasti tahap keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian.
ii. Mengenal pasti tahap faktor halangan yang dihadapi oleh siswa pendidik semasa pembelajaran dan pengajaran dalam talian.
iii. Mengukur sumbangan faktor halangan terhadap keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian.
Soalan Kajian
i. Apakah tahap keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian?.
ii. Apakah tahap halangan-halangan yang dihadapi oleh siswa pendidik dalam pembelajaran dan pengajaran dalam talian?
iii. Adakah faktor-faktor halangan mempengaruhi keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian?
Hipotesis Kajian
Untuk perincian hipotesis:
Ho1: Faktor halangan memberikan sumbangan yang signifikan dalam meramal keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian.
182
Batasan Kajian
Kajian ini melibatkan siswa pendidik yang sedang belajar dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG Kampus. Sampel yang dipilih secara persampelan bertujuan (purposive sampling). Walau bagaimanapun, terdapat batasan kajian ini kerana pemilihan sampel hanya dari siswa pendidik yang yang sedang belajar di IPG Kampus serta major dan elektif Matematik sahaja. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik yang diubah suai dan diadaptasi dari soal selidik Siti Azura et al. (2021) dengan sedikit pengubahsuaian untuk kesesuaian kajian ini.
TINJAUAN LITERATUR
Proses pembelajaran dan pengajaran telah mengalami banyak perubahan seiring dengan perkembangan teknologi masa kini. Penggunaan kaedah pengajaran berbantukan komputer telah diperluaskan ke dalam sektor pendidikan agar ia dapat menyaingi perubahan-perubahan pendidikan masa kini. Secara umumnya, pembelajaran elektronik (e-pembelajaran) adalah satu bentuk PdP yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau internet) untuk menyampaikan isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Internet, intranet, satelit, tape audio / video, TV interaktif dan CD ROM adalah sebahagian media elektronik yang dimaksudkan di dalam kategori ini (Kaplan, 1999). Aktiviti PdPDT memerlukan pengajar dan siswa pendidik saling berhubungan melalui sistem elektronik seperti internet, televisyen, radio dan seumpamanya. Menurut Hargis et al. (2013) pembelajaran dalam talian adalah satu proses pembelajaran yang efektif dan efisien.
Pengajar boleh menjalankan aktiviti pengajaran secara segerak (synchronously) atau secara tidak segerak (asynchronously).
Bates (2001) seorang pakar dalam bidang e-pembelajaran menjelaskannya dengan mengunakan konsep Kontinum e-Pembelajaran (e-Learning Continuum).
Penerangan konsep ini ditunjukkan pada Rajah 1. Ia bermula dengan situasi tanpa pembelajaran atas talian kepada pembelajaran atas talian sepenuhnya. Ia merangkumi
183
empat kaedah pembelajaran iaitu kaedah pembelajaran bersemuka di dalam kelas, pembelajaran bersemuka dengan bantuan teknologi, pembelajaran kurang bersemuka bersama PdP atas talian dan akhir sekali pembelajaran jarak jauh.
Rajah 1
Konsep Kontinum e-Pembelajaran
(Sumber : Diadaptasi daripada Bates, 2001)
Berdasarkan kajian-kajian lepas, Yusup (2012) telah membincangkan tentang penggunaan e-pembelajaran yang berkesan dalam PdP serta model dan amalan terbaik penggunaan e-pembelajaran khususnya pembelajaran dalam talian.
Beliau mendapati banyak kajian menunjukkan bahawa e-pembelajaran telah meningkatkan keberkesanan sistem pendidikan atau latihan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) khususnya di institusi yang mengamalkan pendidikan terbuka dan jarak jauh atau yang mengamalkan mod pembelajaran teradun. Beliau juga menyatakan institusi pengajian tinggi menggunakan pendekatan e-pembelajaran dalam dua kaedah umum iaitu secara dalam talian sepenuhnya atau secara blended learning iaitu gabungan antara pembelajaran konvensional atau bersemuka dan pembelajaran dan pengajaran dalam talian.
Dalam kajian Dewi Surani dan Hamidah Hamidah (2020) yang bertujuan untuk mengenal pasti persepsi siswa pendidik terhadap pembelajaran dalam talian di Universiti Bina Bangsa, Serang, Indonesia mendapati 80% responden bersedia untuk
184
mengikuti pembelajaran dalam talian, 62% responden menyatakan pembelajaran dalam talian memberi manafaat dan 32% menyatakan kesukaran yang dihadapi semasa mengikuti pembelajaran dalam talian adalah untuk memahami kandungan pembelajaran. Dalam kajian tersebut, merumuskan pelaksanaan pembelajaran dalam talian perlu dirancang, dilaksanakan dan dinilai keberkesanannya dalam usaha untuk mengurangkan halangan dan masalah yang dihadapi dan pada masa yang sama untuk memaksimumkan pencapaian hasil pembelajaran.
Menurut Ally (2008) pula pembelajaran dalam talian adalah penggunaan internet untuk mengakses bahan pembelajaran; berinteraksi dengan kandungan, pengajar, dan rakan siswa pendidik; mendapatkan sokongan semasa proses pembelajaran berlaku agar dapat menimba ilmu, membina sesuatu yang bermakna dan dapat berkembang hasil daripada pengalaman pembelajaran. Manakala kajian oleh Zuhal Hussein. (2017) menyatakan adalah sangat penting bagi pendidik untuk memastikan e-pembelajaran dapat memberi manfaat dan meningkatkan hasil pembelajaran siswa pendidik serta memberikan teknik pengajaran yang lebih cemerlang untuk hasil pembelajaran yang lebih baik. Kebaikan pembelajaran dalam talian banyak dibahaskan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu.
Seterusnya Hui Yong Tay (2015) menyatakan pembelajaran dalam talian adalah lebih terbuka dan masa siswa pendidik yang diperuntukkan untuk belajar juga lebih anjal dan fleksibel, sementara Kurniawan (2012) menekankan kelebihan e- pembelajaran yang boleh dijalankan di mana-mana saja dan pada bila-bila masa. Ini menunjukkan pembelajaran dalam talian dapat melatih siswa pendidik lebih berdikari dan belajar mengikut kesesuaian sendiri dan menjadikan seseorang siswa pendidik lebih berkeyakinan dan produktif dalam siswa pendidikan mereka. Ini disokong oleh Jenal (2017) dengan kemunculan pelbagai teknologi ICT telah mewujudkan pelbagai medium komunikasi yang membolehkan maklumat-maklumat dapat disalurkan dengan lebih pantas dan menjadikan proses pembelajaran berkesan. Manakala kajian yang dilaksanakan oleh Mohd Noorhadi Mohd Yusof dan Zurinah Tahir (2017) yang melihat kepentingan dan keperluan penggunaan teknologi media semasa dalam
185
pembelajaran merumuskan perkembangan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi telah membantu pendidik dan siswa pendidik dalam melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan.
Meskipun, berdasarkan kajian lepas secara keseluruhannya penggunaan aplikasi-aplikasi pembelajaran secara dalam talian telah ada peningkatan, tetapi masih terdapat halangan besar dalam pelaksanaannya (Kanuka & Anderson 2007;
Rana et al., 2014). Oleh itu, satu keperluan kajian dalam konteks pembelajaran dalam talian untuk mendapatkan maklumat yang jelas berkenaan aspek pembelajaran dalam talian dalam situasi norma baharu.
METODOLOGI KAJIAN
Bahagian ini membincangkan reka bentuk kajian, instrumen, populasi dan sampel kajian serta analisis data.
Reka Bentuk dan Pengumpulan Data Kajian
Reka bentuk kajian ini adalah reka bentuk tinjauan yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen dalam pengumpulan data. Analisis data adalah secara statistik deskriptif dan inferensi. Statisitk deskriptif digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang taburan demografi iaitu jantina, umur, agama, bangsa, dan semester pengajian semasa. Dapatan data dianalisis dengan menggunakan kaedah kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Kaedah ini digunakan untuk menjawab soalan kajian pertama dan kedua. Statistik inferensi digunakan untuk membuat generalisasi keputusan kajian yang diperoleh daripada sampel kajian kepada populasi kajian (Chua, 2006).
Analisis ini untuk menguji hipotesis sama ada berpadanan dengan data kajian.
186
Instrumen Kajian
Soalan soal selidik mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A, B dan C mengandungi Bahagian A; Demografi, Bahagian B; Keberkesanan Pembelajaran dan Pengajaran serta Bahagian C; Faktor-Faktor Halangan. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik yang diubah suai dan diadaptasi dari soal selidik Siti Azura et al. (2021) dengan sedikit pengubahsuaian untuk kesesuaian kajian ini. Terdapat 23 item untuk mengukur persepsi siswa pendidik terhadap Keberkesanan Pembelajaran dan Pengajaran, manakala pemboleubah faktor-faktor halangan mempunyai 24 item.
Daripada kajian yang dijalankan oleh Siti Azura et al. (2021) yang dilaksanakan mendapati keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian menunjukkan julat nilai pekali kebolehpercayaan Alpha 0.934. Manalaka tahap halangan pula menunjukkan julat nilai pekali kebolehpercayaan Apha 0.915 Nilai-nilai Alpha yang diperoleh bagi setiap konstruk yang dikaji adalah melebihi 0.90. Oleh itu, instrumen kajian ini mempunyai indeks kebolehpercayaan yang baik dan boleh diterima.
Pensampelan
Kajian ini melibatkan siswa pendidik major dan elektif matematik yang sedang belajar dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Sampel yang dipilih secara persampelan bertujuan (purposive sampling). Soal selidik diedarkan secara online dengan menggunakan google form kepada siswa pendidik Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK). Sampel kajian adalah seramai 273 orang daripada 913 orang.
Mengikut Krejcie dan Morgan (1970) bagi populasi 900-950 orang, sampel kajian yang sepatutnya antara 269-274 orang. Soal selidik diedar secara dalam talian dengan menggunakan Google Form. Teknik ini membolehkan responden menjawab soal selidik tanpa dipengaruhi oleh pengkaji. Hal ini di sokong oleh Cohen et al. (2007) dengan penyataan bahawa responden akan mempunyai masa mencukupi untuk menjawab soal selidik, selesa dengan persekitaran dan mengelakkan tekanan oleh pengkaji.
187
Analisis Data
Data kajian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi.
Statistik deskriptif dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) bagi mendapatkan frekuensi, min dan sisihan piawai bagi menjawab soalan kajian pertama dan kedua. Manakala statistik regresi berganda kaedah Stepwise dijana untuk mendapatkan jawapan kepada hipotesis kajian.
Dapatan data dianalisis dengan menggunakan kaedah kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Kaedah ini digunakan untuk menjawab soalan kajian pertama dan kedua. Menurut Briggs dan Coleman (2007), min ialah pengukuran yang baik untuk menentukan pemusatan markah dengan tepat. Satu garis panduan bagi skor min telah ditetapkan bagi menentukan keberkesanan PdPDT terhadap pembelajaran siswa pendidik dalam kajian ini. Jadual 2 merupakan garis panduan menentukan tahap dimensi kesediaan guru. Min dibahagikan kepada tiga tahap berdasarkan interprestasi skor min yang dicadangkan oleh Noraini (2010).
Jadual 2
Garis Panduan Skor Min
Skor Min Tahap
1.00 hingga 2.40 Rendah
2.41 hingga 3.80 Sederhana
3.81 hingga 5.00 Tinggi
Sumber: Noraini (2010)
Manakala bagi Statistik inferensi digunakan untuk membuat generalisasi keputusan kajian yang diperoleh daripada sampel kajian kepada populasi kajian (Chua, 2006). Data dianalisis menggunakan statistik regresi berganda kaedah Stepwise. Penganalisaan data adalah berkaitan dengan pemboleh ubah bersandar keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian dengan pemboleh ubah bebas, iaitu faktor-faktor halangan. Penggunaan statistik tersebut untuk mengukur sumbangan faktor-faktor halangan (personaliti, gaya pembelajaran, arahan,
188
organisasi dan teknologi) ke atas keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian. Data kajian ini dianalisis menggunakan SPSS versi 24. Skala Likert 5 Mata digunakan sebagai mengenal pasti tahap persetujuan responden bagi setiap pernyataan. Setiap soalan menggunakan Skala Likert dibahagikan kepada skala 5 (sangat setuju), 4 (setuju) , 3 (tidak pasti), 2 ( tidak setuju) dan 1 (sangat tidak setuju).
Manakala nilai tafsiran min dibahagikan kepada tiga (Mohd Majid, 2000). Nilai tafsiran min ditunjukkan dalam Jadual 3 di bawah.
Jadual 3
Petunjuk Skor Min dan Interpretasi
Pernyataan/Skor Min Peringkat Skala
Tahap Rendah 1.00-2.33
Sangat Tidak Setuju (STS) 1
Tidak Setuju (TS) 2
Tahap Sederhana 2.34 – 3.66
Tidak Pasti (TP) 3
Setuju (S) 4
Tahap Tinggi 3.67 – 5.00
Sangat Setuju (SS) 5
Sumber: Diadaptasi daripada Mohd Majid (2000)
DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini menghuraikan dapatan kajian. Bahagian pertama membentangkan dapatan deskripsi keberkesanan dalam pembelajaran dan pengajaran dalam talian.
Seterusnya, data kajian diperincikan untuk tahap faktor halangan yang dihadapi oleh siswa pendidik semasa pembelajaran dan pengajaran dalam talian. Dapatan juga untuk menjawab hipotesis kajian hubung kait antara pemboleh ubah faktor-faktor halangan dan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian.
Demografi Responden
Statisitk deskriptif digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang taburan demografi iaitu jantina, umur, agama, bangsa dan semester pengajian semasa siswa
189
pendidik. Perincian profil demografi memberikan gambaran secara jelas sampel yang terlibat dalam kajian seperti pada Jadual 1.
Jadual 1
Taburan Responden Mengikut Faktor Demografi
Profil Demografi Bilangan Siswa Pendidik Peratus (%)
Jantina
Lelaki 64 23.4
Perempuan 209 76.6
Umur
18-20 tahun 209 76.6
21-23 tahun 55 20.1
24- 25 tahun 1 0.4
> 26 tahun 8 2.9
Agama
Islam 120 44.0
Kristian 33 12.1
Buddha 112 41.0
Hindu 6 2.2
Lain-Lain 2 0.7
Bangsa
Melayu 120 43.9
Cina 133 48.8
India 6 2.2
Lain-lain 14 5.1
Semester Pengajian Semasa
PISMP Semester 1 114 41.8
PISMP Semester 2 5 1.8
PISMP Semester 3 126 46.2
PISMP Semester 4 2 0.7
PISMP Semester 5 22 8.1
PISMP Semester 6 0 0.0
PISMP Semester 7 4 1.5
Analisis Deskriptif Keberkesanan dalam Pembelajaran dan Pengajaran dalam Talian
Dapatan analisis deskriptif bagi soalan kajian pertama, iaitu tahap keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian seperti dipaparkan pada Jadual 4.
190
Jadual 4
Tahap Keberkesanan Pembelajaran dan Pengajaran dalam Talian
Keberkesanan
Peringkat Min SP Interpretasi
Rendah Sederhana Tinggi Kandungan
pengajaran dalam talian
5 (1.8%)
226 (82.8%)
42 (15.4%)
4.235 .562 Tinggi
Interaksi dalam talian
13 (4.8%)
201 (73.6%)
59 (21.6%)
4.218 .719 Tinggi
Maklumbalas dari pensyarah
12 (4.4%)
181 (66.3%)
80 (29.3%)
4.236 .693 Tinggi
Strategi motivasi yang digunakan oleh pensyarah
6 (2.2%)
178 (65.2%)
89 (32.6%)
4.289 .658 Tinggi
Rupa bentuk am medium pembelajaran digunakan
8 (3.0%)
201 (73.6%)
64 (23.4%)
4.240 .677 Tinggi
Keseluruhan keberkesanan
5 (1.8%)
248 (90.9%)
20 (7.3%)
4.242 .548 Tinggi
Jadual 4 menunjukkan tahap keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian siswa pendidik Matematik di IPG Kampus. Keseluruhan dapatan menunjukkan nilai min yang tinggi iaitu 4.242. Ini bermakna 7.3% (20 orang) berpendapat keseluruhan pembelajaran dalam talian memberikan kesan yang baik kepada mereka. Strategi motivasi yang digunakan oleh pensyarah mencatatkan keberkesanan yang paling tinggi (min=4.289) diikuti dengan rupa bentuk am medium pembelajaran digunakan (min=4.240). Maklumbalas dari pensyarah (min = 4.236), kandungan pengajaran dalam talian (min = 4.235) dan interaksi dalam talian (min=
4.218) juga mencatat min yang tinggi. Secara keseluruhannya, pembelajaran dan pengajaran dalam talian siswa pendidik Matematik di IPGK berada pada tahap yang tinggi.
191
Analisis Deskriptif Tahap Faktor Halangan Yang Dihadapi Oleh Siswa Pendidik Semasa Pembelajaran dan Pengajaran dalam Talian
Seterusnya dapatan analisis deskriptif bagi soalan kajian kedua, iaitu tahap faktor halangan yang dihadapi oleh siswa pendidik dalam pembelajaran dan pengajaran dalam talian seperti dipaparkan pada Jadual 5. Halangan adalah rintangan yang dihadapi oleh siswa pendidik iaitu jika tidak diatasi akan membawa kesan yang negatif terhadap proses pembelajaran. Halangan boleh membawa kesan kepada pembelajaran serta tahap kepuasan pembelajaran seseorang individu (Giles,1999).
Bagi 24 item yang dinilai, dapatan menunjukkan tafsiran skor min mencatat nilai 2.545 iaitu dapat diinterpretasi pada tahap yang sederhana. Analisis ke atas ke semua item yang dikaji mempunyai nilai skor min antara 2.024 (rendah) hingga 3.346 (sederhana). Secara keseluruhannya, dapatan kajian membuktikan bahawa tidak terdapat faktor halangan yang besar dalam pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran dalam talian. Halangan yang paling tinggi ialah halangan arahan merujuk kepada tahap kualiti bahan pengajaran dalam talian, maklum balas daripada pensyarah dan arahan serta penerangan daripada pensyarah menunjukkan min 3.346 yang juga tahap sederhana.
192
Jadual 5
Tahap Faktor Halangan Yang Dihadapi Oleh Siswa Pendidik Semasa Pembelajaran dan Pengajaran dalam Talian
Halangan Peringkat Min SP Interpretasi
Rendah Sederhana Tinggi Halangan
personaliti
238 (87.5%)
32 (11.8%)
3 (1.1%)
2.024 .783 Rendah Halangan gaya
pembelajaran
178 (65.2%)
89 (32.6%)
6 (2.2%)
2.404 1.020 Rendah Halangan
arahan
42 (15.5%)
221 (80.9%)
10 (3.7%)
3.346 .729 Sederhana Halangan
organisasi
221 (80.9%)
48 (17.7%)
4 (1.5%)
2.056 .851 Rendah Halangan
teknologi
105 (38.5%)
155 (56.8%)
13 (4.8%)
3.057 1.021 Sederhana Halangan
situasi
112 (41.0%)
147 (54.0%)
14 (5.1%)
3.073 1.007 Sederhana Semua
halangan
209 (76.5%)
61 (22.5%)
3 (1.1%)
2.545 .663 Sederhana
Analisis Statistik Inferensi
Hipotesis kajian dibina berdasarkan ramalan ataupun andaian terdapatnya hubung kait antara pemboleh ubah. Berdasarkan jadual ouput (Jadual 6), didapati tiga daripada lima pemboleh ubah peramal, iaitu faktor halangan arahan, organisasi dan situasi adalah peramal dalam model regresi.
Jadual 6
Dapatan Regresi Berganda Kaedah Stepwise Bagi Faktor-Faktor Halangan dan Keberkesanan Pembelajaran dan Pengajaran Dalam Talian Keseluruhan
Model R R2 R2 Terlaras ∆ R2
1 .352a .124 .121 .51374
2 .407b .166 .160 .50214
3 .426c .182 .173 .49834
a. Peramal: (Malar), Organisasi
b. Peramal: (Malar), Organisasi, Arahan
c. Peramal: (Malar), Organisasi, Arahan, Situasi
193
Berdasarkan dapatan pada Jadual 6 memaparkan dua nilai dalam model ini ialah R dan R2. R ialah korelasi antara pemboleh ubah tak bersandar dengan pemboleh ubah bersandar, manakala R2 menerangkan sumbangan pemboleh ubah tak bersandar terhadap variasi yang wujud dalam pemboleh ubag bersandar. Berdasarkan nilai R2 didapati faktor halangan organisasi mempengaruhi keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian sebanyak 12.1% perubahan dalam variasi pemboleh ubah bersandar iaitu keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian disumbangkan oleh faktor halangan organisasi. Dapatan kajian juga menunjukkan faktor halangan organisasi (F=38.291, p< 0.05) menyumbangkan sebanyak 12.1% kepada keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian. Ini menunjukkan bahawa faktor halangan organisasi (β = -.352, p<0.05) merupakan peramal utama ke atas keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian.
Gabungan antara faktor halangan organisasi dan arahan meningkat dengan perbezaan sebanyak 3.9% (16.0-12.1) lagi sumbangan kepada pengaruh keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian. Kombinasi faktor halangan organisasi dan arahan (β = -.377, p <0.05) menambah 3.9% lagi pengaruh terhadap keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian. Bagi gabungan faktor organisasi, arahan dan situasi mempengaruhi 18.2% keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian. Bagi gabungan faktor organisasi, arahan dan situasi (β = - .309, p <0.05) bertambah lagi sebanyak 13% terhadap keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian.
Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pemboleh ubah peramal dengan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian. Nilai signifikan di bawah 0.05 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan. Jadual 7 menunjukkan pekali regresi bagi pemboleh ubah peramal yang mempengaruhi keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian.
194
Jadual 7
Dapatan Regresi Berganda Kaedah Stepwise Mengikut Faktor Peramal Terhadap Keberkesanan Pembelajaran dan Pengajaran dalam Talian
Model B β t Sig.
1 Malar 4.708 57.804 .000
Halangan organisasi -.227 -.352 -6.188 .000
2 Malar 4.220 27.391 .000
Halangan organisasi -.243 -.377 -6.729 .000
Halangan arahan .156 .207 3.697 .000
3 Malar 4.339 26.839 .000
Halangan organisasi -.199 -.309 -4.903 .000
Halangan arahan .165 .219 3.928 .000
Halangan situasi -.078 -.143 -2.267 .024
Berdasarkan Jadual 8 pula menunjukkan pemboleh ubah faktor halangan personaliti, gaya pembelajaran dan teknologi tidak mempengaruhi pengaruh terhadap keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian. Oleh sebab tidak mempengaruhi, maka pemboleh ubah ini disingkirkan daripada model peramal regresi berganda ini.
Jadual 8
Dapatan Regresi Berganda Kaedah Stepwise Mengikut Faktor-Faktor Halangan dan Keberkesanan Pembelajaran dan Pengajaran Dalam Talian
Model Β T Sig.
1 Gaya pembelajaran -.031b -.442 .659
Situasi -.119b -1.844 .066
Arahan .207b 3.697 .000
Teknologi -.044b -.698 .486
Personaliti -.141b -1.807 .072
2 Gaya pembelajaran -.017c -.241 .810
Situasi -.143c -2.267 .024
Teknologi -.055c -.877 .381
Personaliti -.167c -2.192 .029
3 Gaya pembelajaran .048d .648 .517
Teknologi .008d .119 .905
Personaliti -.123d -1.512 .132
a. Pemboleh Ubah Bersandar: Keberkesanan b. Model Peramal: (Constant), Organisasi
c. Model Peramal: (Constant), Organisasi, Arahan
d. Model Peramal: (Constant), Organisasi, Arahan, Situasi
195
PERBINCANGAN
Aspek Tahap Keberkesanan Pembelajaran Dan Pengajaran Dalam Talian Secara
Dapatan kajian menunjukkan aspek tahap keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian dapat diinterpretasikan pada tahap yang tinggi iaitu jumlah skor min keseluruhan mencatat nilai min 4.242 iaitu melebihi 3.81 (tahap tinggi).
Analisis ke atas kesemua 23 item mempunyai nilai skor min antara 4.218 hingga 4.289 (tinggi). Ini menunjukkan tahap keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian di siswa pendidik Matematik IPG Kampus adalah tinggi.
Bagi aspek keberkesanan yang tertinggi ialah strategi motivasi yang digunakan oleh pensyarah iaitu 4.289. Dapatan ini disokong oleh hasil kajian Siti Azura et al. (2021) yang mengatakan bahawa peranan pensyarah adalah faktor penting yang mempengaruhi penyertaan siswa pendidik dalam pembelajaran dalam talian. Manakala dari segi rupa bentuk portal pembelajaran dalam talian, ia menyumbang min juga tinggi iaitu 4.240. Ini selari dengan pendapat Lynch (2002) yang merumuskan bahawa siswa pendidik ghairah dan tertarik dengan e- pembelajaran jika antara mukanya direka bentuk dengan menarik dan teratur. Pada kebiasaaanya, pensyarah menggunakan Google Classroom sebagai pelantar untuk berkomunikasi dengan siswa pendidik secara tidak segerak dalam hal pembelajaran.
Manakala pelantar Google Meet sebagai medium pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran secara segerak.
Seterusnya aspek maklumbalas dari pensyarah menunjukkan min keseluruhannya 3.89. Dapatan disokong oleh Aviv dan Golan (1998) yang menyatakan semasa pembelajaran dalam talian terutama dalam perbincangan, kebanyakan siswa pendidik hanya terlibat secara pasif dan hanya sedikit sahaja yang mengemukakan soalan. Beliau mencadangkan agar perbincangan secara elektronik
196
perlu dirancang dengan baik, berfokus dan berpanduan sepanjang proses pembelajaran agar wujud pengalaman pembelajaran yang berkesan.
Dari segi rupa bentuk portal pembelajaran dalam talian, ia menyumbang min yang tinggi iaitu 3.83. Ini selari dengan pendapat Lynch (2002) yang merumuskan bahawa siswa pendidik ghairah dan tertarik dengan e-pembelajaran jika antara mukanya direka bentuk dengan menarik dan teratur. Bagi aspek interaksi dalam talian, min keseluruhannya masih berada pada tahap yang tinggi iaitu 3.82. Ini bersamaan dengan kajian Wu & Hiltz (2003) yang dijalankan di New Jersey.
Faktor Halangan Yang Dihadapi Siswa pendidik Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran Dalam Talian
Halangan adalah rintangan yang dihadapi oleh siswa pendidik yang mana jika tidak diatasi akan membawa kesan yang negatif terhadap proses pembelajaran. Halangan boleh membawa kesan kepada pembelajaran serta tahap kepuasan pembelajaran seseorang individu (Giles,1999). Bagi 24 item yang dinilai, dapatan menunjukkan tafsiran skor min keseluruhan mencatat nilai 2.545 iaitu dapat diinterpretasi pada tahap yang sederhana. Analisis ke atas ke semua item yang dikaji mempunyai nilai skor min antara 2.024 (rendah) hingga 3.346 (sederhana).
Dapatan kajian juga menunjukkan halangan situasi mencatat min 3.073 yang sederhana. Menurut Schilke (2001) halangan situasi adalah dikaitkan dengan situasi atau persekitaran seseorang itu berada. Item untuk halangan situasi termasuk terlalu sibuk dengan kerja lain, tidak mengurus masa dengan baik dan gangguan daripada kerja lain, hal rumah dan tempat belajar yang tidak selesa. Ini menyokong kajian Pollard dan Hillage (2001) yang berpendapat bahawa siswa pendidik bukan sahaja memerlukan sokongan tetapi juga memerlukan tempat untuk belajar tanpa gangguan.
Ini menunjukkan persekitaran untuk siswa pendidik boleh dikira sebagai halangan dalam proses pembelajaran.
197
Halangan teknologi mencatat min sederhana iaitu 3.057. Halangan teknologi merujuk kepada halangan mengenai teknologi pembelajaran. Menurut Gorard dan Selwyn (2000), halangan teknologi termasuk keupayaan komputer yang mampu mengakses internet, menurut Kramarae (2001), halangan teknologi adalah kos komputer dan kos pengaksesan internet, masalah teknikal (Bischolf, 2000), serta pengaksesan kepada teknologi (Schilke, 2001). Dapatan kajian juga disokong oleh O’Connor et al. (2003) yang menyatakan bahawa siswa pendidik yang mempunyai talian internet akan mempengaruhi kekerapan dan kebolehan mengakses e- pembelajaran. Begitu juga halangan gaya pembelajaran merujuk kepada keselesaan siswa pendidik terhadap teknologi dan menyesuaikan e-pembelajaran sebagai gaya pembelajarannya mencatat min 2.404 iaitu tahap berada pada tahap yang sederhana.
Faktor halangan yang menunjukkan berada pada tahap rendah ialah halangan organisasi pula mencatat min 2.056. Item untuk halangan organisasi adalah kurang sokongan daripada pensyarah, kurang kemahiran dan latihan terhadap penggunaan teknologi berkaitan e-pembelajaran. Dapaatan kajian menyokong pendapat O’Connor et al. (2003) bahawa polisi institusi memainkan peranan yang penting.
Halangan personaliti pula mencatat min yang terendah iaitu 2.024. Halangan personaliti adalah merujuk kepada persepsi kewujudan halangan-halangan disebabkan diri sendiri dan sikap terhadap e-pembelajaran. Hasil kajian ini disokong oleh kajian Mohd Koharuddin Mohd Balwi dan Adanan Mat Junoh (2003) yang menunjukkan masalah yang berkaitan dengan peribadi seseorang termasuk seperti tidak minat terhadap aplikasi komputer, tidak selesa dengan TMK, tidak memiliki komputer sendiri dan kemudahan internet di tempat kediaman. Faktor inilah yang menghalang keberkesanan pembelajaran.
KESIMPULAN
Pembelajaran dan pengajaran dalam talian merupakan satu alternatif yang dapat membantu para pendidik untuk melaksanakan proses pembelajaran dalam pandemik
198
COVID-19. Dapatan kajian mendapati tahap keberkesanan yang tinggi menunjukkan bahawa pembelajaran dan pengajaran dalam talian menyediakan peluang kepada generasi baharu dengan aktiviti pembelajaran dan komunikasi yang lebih baik tanpa mengambil kira faktor masa dan tempat. Komitmen semua pihak termasuk pihak pengurusan organisasi, pensyarah mahupun siswa pendidik amat diperlukan bagi menjamin keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian. Kemudahan komputer dan teknologi internet telah memberi peluang kepada semua pihak untuk meneruskan aktiviti pembelajaran dan pengajaran tanpa perlu bersemuka. Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu pihak-pihak yang berkenaan bagi mengambil kira keperluan meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi baharu yang diperlukan untuk melaksanakan transformasi terhadap sistem pendidikan terutamanya di IPG Kampus.
RUJUKAN
Ally, M. (2008). Foundations of educational theory for online learning. The Theory and Practice of Online Learning, 15-44.
Aviv & Golan, (1998). Pedagogical communication patterns in collaborative telelearning. Journal of Education Technology Systems.
Bates, T. (2001). National strategies for e-learning in post-secondary education.
UNESCO: International Institute for Education Planning.
Bishoff. (2000). the elements of effective online teaching: overcoming barriers to success. In K. W. White & B. H. Weight (Eds). The online teaching guide:
A Campeau, D.
R., & Higgins, C. A. (1995). Computer self-efficacy: Development of a measure and Initial Test. MIS Quaterly, 189-211.
Briggs, A., & Coleman, M. (2007). Research methods in educational leadership and management. Sage Publication Inc.
Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan statistik penyelidikan. Mc Craw Hill Sdn Bhd.
Cohen, Manion., & Marrison. (2011). Research methods in education (7th ed.).
Routledge Taylor & Francis Group.
199
Dewi Surani & Hamidah Hamidah. (2020).Students perceptions in online class learning during the Covid-19 pandemic. IJoASER, 3(3), 83-95.
Gonzalez, T., M. A. De La Rubia., K. P. Hincz., M. Comas-Lopez., L. Subirats., S.
Fort., & G. M. Sacha. (2020). Influence of COVID-19 confinement in students performance in higher education. Arxiv Preprint Arxiv.
Goyal, S. (2020). Impact of coronavirus on education in India.
Giles. (1999). An examination of persistence and dropout n the online computer conferenced classroom [Unpublished doctoral dissertation]. Virginia Polytechnic Institute and State University.
Gorard & Selwyn. (2000). Researching the role of digital technology in widening participation. ERIC.
Hargis, J., Cavanaugh, C., Kamali, T., & Soto, M. (2013). A federal higher education iPad mobile learning initiative: Triangulation of data to determine early effectiveness. Journal of Innovation in Higher Education, 39(1).
Hui Yong Tay. (2015). Curriculum, teaching and learning (CTL). Academic Group, National Institute of Education, Nanyang Technological University, Singapore.
Ismail Zain (2002). Aplikasi multimedia dalam pengajaran. Sanon Printing Sdn. Bhd.
Jenal. (2017, March). Persepsi siswa pendidik terhadap penggunaan sistem rangkaian media sosial telegram sebagai alat pembelajaran modul Matematik: satu tinjauan kes di Kolej Komuniti Kuala Langat. eProceedings iCompEx17 Academic Paper.
Kandri, Salah-Eddine. (2020). How COVID-19 is driving a long-overdue revolution
in education. World Economic Forum.
https://Www.Weforum.Org/Agenda/2020/05/How-Covid-19-Is-Sparking-A Revolution-In-Higher-Education/
Kanuka, Heather., & Terry Anderson. 2007. Ethical issues in qualitative e-learning research. International Journal Of Qualitative Methods, 6(2), 1-14.
Kearsley et al. (1995). The effective & impact of online learning in graduate education. Education Technology, 37-42.
Kramarae, C. (2001). The third shift: Women learning online. AAUW Educational Foundation.
200
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities, 38, 607-610.
Lynch, M. M. (2002). The online educator: A guide to creating the virtual classroom.
Routledge.
Kementerian Pengajian Tinggi (2011). Dasar E-Pembelajaran Negara Institusi Pengajian Tinggi.
Muzatar Mat Yusof & Hasmadi Hassan (2019). Kaedah e-pembelajaran semasa menjalani latihan industri dalam kalangan siswa pendidik Politeknik di Malaysia. The International Journal of Humanities Technology and Civilization. 1 (6),49-50.
Mohd Majid Konting (2000). Kaedah penyelidikan pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Noorhadi Mohd Yusof & Zurinah Tahir. (2017). Kepentingan penggunaan media sosial teknologi maklumat dalam pendidikan IPTA. e-BANGI, 12 (3), 1- 10.
Mohd Koharuddin Mohd Balwi & Adanan Mat Junoh. (2003). Kesediaan siswa pendidik universiti Malaysia menggunakan e-pembelajaran sebagai satu alat pembelajaran. satu kajian kes [Tesis sarjana yang tidak diterbitkan].
Universiti Teknologi Malaysia.
Noraini Idris (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Mc Graw Hill.
O’Connor, C., Sceiford, E., Wang, G., Fourcar, Scocki, D., & Griffin, O. (2003).
Departure, abandonmment, and dropout of e-learning: Dilemma and Solutions. www.masie.com
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025.
http://hes.moe.gov.my/event/
Pollard, E., & Hillage, J. (Eds). (2001). Exploring e-learning. The Institute for Emploment Studies. Brighton.
Rana, Hemant, Rajiv Rajiv & Manohar Lal (2014). E-learning: Issues and challenges.
International Journal Of Computer Applications, 97(5), 20-24.
Schilke, R.A. (2001). A case study of attrition in web-based instruction for adults:
Updating Garland’s model of barriers to persistence in distance educational.
201
So, H.J., & Bonk, C. J. (2010). Examining the roles of blended learning approaches in computer-supported collaborative learning (CSCL) environments: A Delphi study. Educational Technology & Society, 13 (3), 189-200.
Strielkowski, Wadim. (2020). COVID-19 pandemic and the digital revolution in academia and higher education.
Wu, D., & Hiltz, S. R. (2003). Online discussions and perceived learning. AMCIS Proceedings, 86.
Yusup Hshim (2012). Penggunaan e-pembelajaran dalam pembelajaran dan pengajaran yang berkesan [Paper presentation]. Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru (KKPG), 1-25.
Zuhal Hussein. (2017). Leading to intention: The role of attitude in relation to technology acceptance model in e-learning. Procedia Computer Science, 105,159-164.