• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAHAP KEFAHAMAN DAN PENERIMAAN BUDAYA MELAYU DAN BUDAYA ISLAM TERHADAP GOLONGAN MUALAF DI NEGERI PERLIS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "TAHAP KEFAHAMAN DAN PENERIMAAN BUDAYA MELAYU DAN BUDAYA ISLAM TERHADAP GOLONGAN MUALAF DI NEGERI PERLIS"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

International Journal of Social Science Research (IJSSR) eISSN: 2710-6276 | Vol. 4 No. 3 [September 2022]

Journal website: http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

TAHAP KEFAHAMAN DAN PENERIMAAN BUDAYA MELAYU DAN BUDAYA ISLAM TERHADAP GOLONGAN

MUALAF DI NEGERI PERLIS

Atif Che Adnan1* dan Nor Aisyah Ahmad2

1 2 Pusat Bahasa dan Pengajian Umum, Kolej Universiti Islam Perlis, Perlis, MALAYSIA

*Corrresponding email: atifadnan@kuips.edu.my

Article Information:

Article history:

Received date : 29 August 2022 Revised date : 3 September 2022 Accepted date : 6 September 2022 Published date : 11 September 2022 To cite this document:

Che Adnan, A., & Ahmad, N. A.

(2022).TAHAP KEFAHAMAN DAN PENERIMAAN BUDAYA MELAYU DAN BUDAYA ISLAM TERHADAP GOLONGAN MUALAF DI NEGERI PERLIS. International Journal of Social Science Research, 4(3), 141- 153.

Abstrak: Masyarakat di Malaysia masih terperangkap dengan bentuk segregasi kesan daripada dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh penjajah British yang mengasingkan kegiatan ekonomi mengikut etnik- etnik di Tanah Melayu. Golongan mualaf atau lebih dikenali sebagai “saudara baharu” merupakan antara sasaran dakwah yang mesti diberi perhatian menerusi bimbingan, sokongan serta bantuan dalam pelbagai aspek seperti pendidikan, emosi, sosial, ekonomi dalam mengharungi cabaran menjalani kehidupan baru supaya tidak berada dalam keadaan yang terasing dengan kehidupan Islam masyarakat Melayu walaupun berbeza kaum. Justeru, kajian tinjauan deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman dan penerimaan golongan mualaf terhadap kebudayaan masyarakat Melayu di negeri Perlis. Soal selidik diedarkan kepada 119 mualaf di negeri Perlis. Dapatan kajian telah mendapati nilai min bagi tahap kefahaman golongan mualaf terhadap kebudayaan masyarakat Melayu (min = 3.12) berada pada tahap yang tinggi. Di samping itu, nilai min bagi tahap penerimaan golongan mualaf terhadap kebudayaan masyarakat Melayu di negeri Perlis (min = 2.94) berada pada tahap sederhana. Dapatan ini menunjukkan bahawa golongan mualaf memberi respons yang positif terhadap kebudayaan masyarakat Melayu di negeri Perlis.

Dapatan ini juga menunjukkan bahawa golongan mualaf di negeri Perlis (MNP) mempunyai kefahaman dalam membezakan budaya Melayu dan budaya Islam menurut al-Quran dan al-Sunnah.

Kata Kunci: Tahap kefahaman, tahap penerimaan, golongan mualaf, budaya Melayu, budaya Islam.

(2)

1. Pengenalan

Perlis adalah salah sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai kepelbagaian etnik iaitu Melayu, Cina, India dan Siam dan etnik lain-lain lagi. Maka, kepelbagaian etnik ini telah wujud pelbagai adat resam dan agama di seluruh daerah-daerah negeri Perlis meliputi Arau, Kaki Bukit, Kangar, Kuala Perlis, Padang Akbar, dan Simpang Empat. Kaum Melayu sangat sinonim dengan orang yang beragama Islam. Hal ini apabila golongan mualaf memeluk Islam, secara tidak langsung, mereka perlu memahami dan menerima kebudayaan Melayu sedikit demi sedikit. Sememangnya, tidak semua orang yang lahir ke dunia ini berada dalam keluarga dan suasana Islam, terdapat juga segelintir individu yang terpaksa mencari hidayah dan ajaran agama untuk pegangan hidup mereka. Golongan ini dipanggil mualaf, iaitu istilah yang biasanya digunakan untuk golongan yang baharu sahaja memeluk agama Islam atau individu bukan Islam yang terdorong untuk memahami dan mendalami agama Islam. Mereka ini merupakan golongan yang sangat istimewa dan suci daripada dosa kerana apabila pertama kali bergelar mualaf, mereka diumpamakan seolah-olah dilahirkan semula sebagai bayi yang suci dari noda dan dosa dunia (Zufhika et al., 2022). Berdasarkan jadual 1, statistik golongan Abstract: Malaysian society is still trapped in a form of segregation as a result of the subdivision policy and the order introduced by the British colonialists who segregated economic activities according to ethnicities in Malaysia. The reverts or better known as "new brothers and sisters" are among the targets of da'wah that must be given attention through guidance, support and assistance in various aspects such as education, emotions, social, economic in facing the challenges in starting anew; so as not to be isolated from Islamic lifestyle of the Malay community despite different races.

Therefore, this descriptive survey study aims to identify the level of understanding and acceptance of reverts to the culture of the Malay community in Perlis.

Questionnaires were distributed to 119 reverts in Perlis.

The findings of the study have found that the mean value of the level of understanding of the converts to the culture of the Malay community (mean = 3.12) is at a highest level. In addition, the mean value for the level of acceptance of reverts to the culture of the Malay community in Perlis (mean = 2.94) is at a moderate level. Findings show that they gave a positive response to the culture of the Malay community in Perlis. These results also show that the converts in the state of Perlis have an understanding in distinguishing between Malay culture and Islamic culture according to al-Quran and al-Sunnah.

Keywords: Level of understanding, acceptance, reverts, Malay culture, Islamic culture.

(3)

mualaf yang berada di Perlis memperlihatkan peningkatan golongan mualaf yang memeluk agama Islam semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Jadual 1: Jumlah Keseluruhan Golongan Mualaf di Perlis 1982-2022 Kategori Jantina 1982-

2017

2018 2019 2020 2021 2022 Jumlah Mengikut Jantina

Dewasa Lelaki 418 13 26 24 19 13 513

Perempuan 773 14 28 21 16 3 855

Kanak- Kanak

Lelaki 0 0 4 3 3 0 10

Perempuan 0 0 3 2 9 1 12

Jumlah Mengikut Tahun 1191 27 61 50 47 17 1390

Sumber: Jabatan Agama Islam Perlis (2022)

Mualaf amat memerlukan bimbingan serta dorongan daripada masyarakat secara amnya, dan umat Islam di sekelilingnya secara khususnya untuk memastikan mereka terus berada dalam landasan dan jalan kebenaran, iaitu cahaya syiar Islam yang sebenar-benarnya. Namun begitu, perkara ini bukan sesuatu yang sukar bagi individu mualaf untuk menerimanya kerana Malaysia merupakan negara yang terkenal dan unik dengan negara berbilang kaum. Setiap kaum tersebut bebas mengamalkan budaya kaum masing-masing. Walaupun begitu, pertembungan kepelbagaian budaya yang ditempuhi menyebabkan golongan mualaf sukar mengkategorikan di antara budaya yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dengan budaya Islam yang sebetulnya. Oleh yang demikian, kajian ini telah membincangkan analisis tahap kefahaman, dan penerimaan budaya Melayu dan budaya Islam terhadap golongan MNP.

Penelitian terhadap tahap ini penting dalam membentuk perpaduan antara kaum, mencapai kedamaian, bahkan kemajuan dan kemakmuran negara juga dapat dipertingkatkan selari dengan nilai-nilai murni yang telah digariskan oleh Islam. Hal ini amat penting bagi membina integrasi dengan kefahaman daripada pelbagai etnik terhadap kebudayaan Melayu sebagai etnik majoriti perlu diambil kira, begitu juga sebaliknya termasuklah golongan mualaf. Dengan wujudnya kefahaman yang mendalam, maka akan terbina perilaku dan tindakan yang bersifat akomodatif iaitu sedia menerima golongan etnik lain yang berbeza, yang mempunyai kelainan dalam pelbagai aspek kehidupan, kebiasaan, adat resam dan agama.

2. Kajian Lepas 2.1 Pengertian Mualaf

Di Malaysia, perkataan mualaf sangat signifikan dengan perkataan ‘saudara baru’, dan ‘saudara muslim’ yang merujuk kepada orang yang baru memeluk agama Islam. Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, saudara baru Cina, saudara baru India atau lain-lain masyarakat dirujuk dan diistilahkan sebagai mualaf oleh masyarakat Islam amnya dan masyarakat Melayu (Anuar,1999). Mualaf merupakan mereka yang telah melafazkan kalimah syahadah dan golongan Muslim yang wajar diberi bimbingan dan perhatian oleh golongan yang lebih berkelayakan (Anuar,2005). Mualaf juga boleh didefinisikan sebagai orang-orang yang dipujuk dan dijinakkan iaitu mereka yang dipujuk dan dijinakkan hatinya dengan harapan dapat menguatkan pegangan mereka terhadap Islam atau orang-orang yang dipujuk supaya tertarik untuk memeluk Islam (Amran Kasimin,1985). Selain itu, mualaf dilihat juga sebagai orang yang baru memeluk agama Islam dan imanya belum teguh dan mereka berhak menerima sebahagian tertentu daripada harta zakat (Dusuki Ahmad,1980). Mualaf juga ditakrifkan sebagai kalangan manusia yang baru memeluk agama Islam dan berhak mendapat zakat dan pemberian tersebut bertujuan untuk melunakkan hati dan menguatkan keimanan mereka.

(Ahmad Redzuwan,2005). Konsep mualaf menurut Islam atau disebut juga sebagai saudara

(4)

baru atau saudara muslim merupakan mereka yang telah bertukar pegangan agama dan kepercayaan kepada agama Islam. Mereka yang telah dilatih hatinya dengan Islam ini sangat memerlukan perhatian, bimbingan dan dorongan yang sewajarnya dalam memberi kefahaman kepada mereka berkenaan agama, terutama hal-hal akidah dan ibadah asas seperti konsep bersuci, mandi, solat, puasa dan sebagainya. Hal ini disebabkan oleh taklifan syarak yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka sebaik sahaja mereka melafazkan syahadah. Hal ini mungkin memberikan sedikit impak kepada golongan mualaf dan jika mereka tidak dibimbing dengan baik mungkin boleh menimbulkan perasaan tidak senang dalam kalangan mualaf (Irwan et.all., 2015).

2.2 Kepercayaan Islam dan Melayu

Kehidupan masyarakat Melayu terdahulu sering dikaitkan dengan kepercayaan khurafat.

Pengaruh kepercayaan khurafat dalam masyarakat Melayu begitu banyak di suatu ketika dulu sesuai dengan kepercayaan animisma dan dinamisma yang merupakan kepercayaan asal mereka dan pengaruh Hindu yang datang kemudiannya (Yusoff Senik, 1995). Namun demikian, agama merupakan satu faktor penting dalam kehidupan manusia. Agama memainkan peranan yang penting dalam membentuk pandangan semesta dan budaya hidup seseorang individu dan masyarakatnya. Agama tidak hanya sebagai satu pegangan kepercayaan atau amalan yang bersifat ritual, malahan ia juga merupakan satu sistem hidup yang mengatur kehidupan dalam menentukan matlamat hidup sama ada di dunia mahupun kehidupan selepas mati. Secara umumnya, kepercayaan agama Islam ke alam Melayu merupakan satu zaman transformasi kepada umat Melayu yang asalnya dalam kegelapan kepada cahaya. Selama ini, umat Melayu dibelenggu dengan paham dan pegangan yang bergantung kepada mitos dan khayalan namun Islam telah mempengaruhi dan mencorakkannya untuk kesejahteraan ummah (H. Puteh Baharuddin, 2015). Bahkan bahawa Islam telah banyak memberi kesan kepada sosio budaya orang Melayu secara amnya namun masih terdapat adat dan amalan Melayu yang tidak mencerminkan ajaran Islam. Justeru, adalah penting untuk difahami bahawa Islam, meskipun sinonim dengan bangsa tertentu, adalah agama yang berdiri atas prinsipnya dan tidak tertakluk kepada bangsa atau adat tertentu. Memahami Islam melalui sumber-sumber asasnya seperti Al- Quran dan Hadis adalah solusi yang utama dalam mengatasi kekeliruan berkaitan hubungkaitan Melayu-Islam ini (A. Nisar Mohammad, 2020).

2.3 Golongan Mualaf dalam Kehidupan

Dalam masyarakat majmuk di Malaysia terdapat kepelbagaian etnik yang mempunyai adat, budaya, agama, bangsa dan kaum yang berbeza-beza. Dengan itu tidak hairanlah pergaulan dan interaksi yang berlaku dalam masyarakat membawa kepada percampuran adat dan budaya di negara ini. Begitu juga dengan pegangan agama yang mana berlakunya pertukaran agama dalam kalangan orang bukan Islam. Masyarakat bukan Islam sudah mula mengenal, memahami dan mengkaji tentang Islam, seterusnya memeluk agama Islam (JAKIM, 2010).

Secara umumnya, untuk melalui proses pertukaran agama asal bukanlah sesuatu yang mudah.

Saudara baharu memilih Islam semestinya untuk mendapatkan ketenangan dan kesejateraan hidup tetapi mereka perlu menghadapi cabaran di dalam kehidupan baharu untuk terus belajar dan memahami kehidupan yang baharu. Penerimaan dan sokongan masyarakat sekeliling umumnya masyarakat Melayu yang majoriti yang beragama Islam sangat penting ketika mereka menghadapi segala permasalahan dan cabaran tersebut sendirian. Dengan kata lain, umat Islam perlu memberi sokongan dan bimbingan kepada mereka agar terus yakin dan beriman kepada Allah swt supaya mereka tidak lagi terpesong kepada agama asal. Malah semua masyarakat Islam harus berkerjasama bagi mengambil langkah yang proaktif bagi

(5)

memberi semangat atau motivasi, memberi bantuan dan perhatian yang serius kepada golongan ini agar mereka sentiasa kuat dan tabah menghadapi ujian bagi menuju jalan kebenaran bagi mencapai keredhaan Allah s.w.t (Noreha Che Abah et al., 2019). Apabila sahaja seseorang itu mengambil keputusan untuk memeluk Islam, bermakna di situ sudah ada cabaran untuknya seperti yang telah dirasai oleh orang-orang terdahulu. Cabarannya menjadi lebih besar apabila gambaran Islam di kalangan orang bukan Islam itu tidak berapa elok. Lantaran itu sesiapa bergelar mualaf atau diertikan sebagai saudara baru perlulah bersedia untuk menghadapinya.

Pertama dengan diri sendiri, kedua, dengan keluarga dan seterusnya dengan masyarakat sekeliling. Orang yang memeluk Islam ini terbahagi kepada beberapa kumpulan. Pertama orang yang memahami Islam dan menerimanya secara ikhlas dan yang kedua mereka yang menerima Islam secara berpura-pura atau tidak ikhlas, manakala yang ketiga adalah orang-orang yang menerima Islam dalam keadaan yang tidak begitu bersedia.

3. Metodologi Kajian

Pengumpulan maklumat dalam kajian ini adalah menggunakan teknik pemgumpulan primer dengan menggunakan kaedah pengedaran borang soal selidik yang menggunakan kaedah tinjauan kepada fokus responden kajian iaitu golongan MNP. Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 119 orang mualaf iaitu terdiri daripada bangsa Cina, India, dan Siam.

Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik. Bagi mendapat data, satu set soal selidik dengan menggunakan skala likert 4 tahap iaitu ‘Sangat Tidak Setuju’, ‘Tidak Setuju’, ‘Sangat Setuju’ dan ‘Setuju’. Persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah persampelan bertujuan dan memfokuskan kepada 119 resppnden dalam kalangan MNP. Seterusnya, pengkaji menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) bagi menganalisis data. Data dianalisis secara deskriptif untuk menunjukkan maklumat dalam bentuk jadual dengan menggunakan min bagi memudahkan pembacaan hasil penyelidikan penyelidik. Kajian ini mengkategorikan skor min kepada tiga mata iaitu min = 1.00 hingga 2.00 ialah rendah, min = 2.01 hingga 3.00 ialah sederhana dan min = 3.00 hingga 4.00 ialah tinggi.

Lokasi pemilihan kajian bagi penyelidikan ini dijalankan di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan Perlis dan One Center Malaysia Perlis (OCM) kerana kedua- dua institusi menjadi lokasi utama golongan MNP mempelajari ilmu agama Islam.

(6)

4. Dapatan Kajian dan Perbincangan

4.1 Kefahaman dan Penerimaan Budaya Melayu dan Islam

Dapatan yang dikemukakan dalam kajian ini meliputi tahap kefahaman dan penerimaan budaya Melayu dan Islam terhadap golongan MNP. Soalan-soalan bagi kompetensi tahap kefahaman golongan mualaf dalam budaya masyarakat Melayu terdapat 10 soalan. Manakala bagi tahap penerimaan golongan ini terhadap budaya masyarakat Melayu terdapat 10 soalan. Ini merupakan perkara yang penting kerana di dalam kajian ini, pengkaji dapat membuat kesimpulan berkenaan kompetensi yang sesuai digunakan untuk seseorang mualaf menyesuaikan diri dalam budaya masyarakat Melayu dan Islam. Bagi penentuan parameter tahap pengukuran min terhadap cabaran tersebut dijelaskan seperti dalam jadual 4.1.

Jadual 4.1: Menunjukkan Interpretasi Skor Min Bagi Melaporkan Dapatan Deskriptif Statistik

Bil Skor Min Interpretasi

1. 1.00-2.00 Lemah

2. 2.01-3.00 Sederhana

3. 3.01-4.00 Tinggi

4.1.1 Tahap Kefahaman Budaya Melayu dalam Kalangan Golongan MNP

Jadual 4.2 menunjukkan kekerapan, peratusan dan min tahap kefahaman golongan MNP terhadap budaya masyarakat Melayu. Analisis menunjukkan bahawa setiap item dalam kefahaman golongan MNP terhadap budaya masyarakat Melayu berada pada tahap tinggi dan sederhana. Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah ‘Saya dapat mengenali budaya masyarakat Melayu melalui pemerhatian dan pergaulan dengan mereka’ (min =3.49. Dari kekerapan dan peratusan menunjukkan seramai 69 orang MNP (68%) menyatakan sangat setuju, seramai 41 orang MNP (34.5%) setuju, seramai 7 orang MNP (5.9%) menyatakan tidak setuju dan seramai 2 orang MNP (1.7%) sengat tidak setuju.

Manakala item yang mempunyai min yang paling rendah ialah ‘terdapat banyak persamaan di antara budaya tradisional dan budaya moden dalam masyarakat Melayu’ (min = 2.47). Dari kekerapan dan peratusan menunjukkan seramai 70 orang MNP (58.8%) menyatakan tidak setuju, seramai 42 orang MNP (35.3%) menyatakan setuju, seramai 7 orang MNP (5.9%).

Secara keseluruhan menunjukkan bahawa kefahaman golongan MNP terhadap budaya masyarakat Melayu berada pada tahap tinggi (min=3.12)

(7)

Jadual 4.2: Tahap Kefahaman Golongan Mualaf Terhadap Budaya Masyarakat Melayu

Berpandukan analisis deskriptif, kajian mendapati tahap kefahaman golongan MNP terhadap budaya masyarakat Melayu berada pada tahap tinggi (min keseluruhan = 3.12). Ini menunjukkan kefahaman terhadap budaya Melayu di kalangan golongan MNP telah terbina.

Menurut Zainab & Wan Ibrahim (2009) menyatakan golongan mualaf dapat meningkatkan kefahaman terhadap budaya masyarakat Melayu apabila mereka bergaul dengan rakan-rakan Melayu dan rakan-rakan mereka yang telah memeluk Islam sebelum mereka. Ini bertepatan dengan item 1 yang menyatakan “Saya dapat mengenali budaya masyarakat Melayu melalui pemerhatian dan pergaulan dengan mereka” mendapat min teringgi iaitu 3.34.

Bil Item STS TS S SS Min Interpretasi

1. Saya dapat mengenali budaya masyarakat Melayu melalui pemerhatian dan pergaulan dengan mereka.

2 (1.7%)

7 (5.9%)

41 (34.5%)

69 (58%)

3.49 Tinggi

2. Saya mengetahui budaya masyarakat Melayu.

2 (1.7%)

3 (2.5%)

56 (47.1)

58 (48.7%)

3.43 Tinggi 3. Saya mengetahui bahawa

terdapat budaya masyarakat Melayu yang bertetangan dengan tuntutan ajaran Islam

2 (1.7%)

4 (3.4%)

64 (53.8%)

49 (41.2%)

3.34 Tinggi

4. Saya dapat membezakan budaya Islam dengan budaya masyarakat Melayu.

1 (0.8%)

18 (15.1%)

34 (28.6%)

66 (55.5%)

3.39 Tinggi

5. Budaya masyarakat Melayu merupakan budaya yang mudah diikuti oleh bangsa lain.

1 (0.8%)

27 (22.7%)

75 (63.0%)

16 (33.4%)

2.89 Sederhana

6. Saya tahu, dengan mengamalkan budaya masyarakat Melayu mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia.

1 (0.8%)

7 (5.9%)

95 (79.8%)

16 (13.4%)

3.06 Tinggi

7. Terdapat banyak persamaan di antara budaya tradisional dan budaya moden masyarakat.

0 (0%)

70 (58.8%)

42 (35.3%)

7 (5.9%)

2.47 Sederhana

8. Terdapat banyak pengaruh budaya Islam ke dalam budaya Melayu.

0 (0%)

8 (6.7%)

96 (80.7%)

15 (12.6%)

3.06 Tinggi

9. Saya mengetahui budaya masyarakat Melayu adalah bersumberkan al-Quran dan al- Sunnah.

0 (0%)

6 (5.0%)

93 (78.2%)

20 (16.8)

3.12 Tinggi

10. Budaya masyarakat Melayu adalah relevan untuk diamalkan oleh semua golongan pada masa kini.

0 (0%)

22 (18.5)

83 (69.7%)

14 (11.8%)

2.93 Sederhana

(8)

Tambahan lagi, melalui pemerhatian dan pergaulan ini, golongan MNP dapat mengetahui banyak pengaruh budaya Islam ke dalam budaya Melayu. Ini berdasarkan item 8 “Terdapat banyak pengaruh budaya Islam ke dalam budaya Melayu” dan item 9 “Saya mengetahui budaya masyarakat Melayu adalah bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah”. Walaupun begitu, masyarakat Melayu masih tidak dapat memberi kefahaman kepada golongan MNP tentang perbezaan budaya Melayu dan budaya Islam secara keseluruhan (Athiroh & Fariza 2009). Oleh itu, boleh dikatakan juga bahawa faktor pengkajian juga menjadi titik awal golongan MNP melibatkan diri dalam hubungan antara agama.

Berdasarkan analisis kajian menunjukkan golongan MNP dapat membezakan budaya masyarakat Melayu dan budaya Islam. Terdapat 2 item berada pada tahap tinggi. Antara item tersebut ialah item 3 yang menyatakan “Saya mengetahui bahawa terdapat budaya masyarakat Melayu yang bertetangan dengan tuntutan ajaran Islam” dan item 4 yang menyatakan “Saya dapat membezakan budaya Islam dengan budaya masyarakat Melayu”. Dapatan kajian menunjukkan, item 3 dan 4 mendapat min yang tinggi iaitu 3.34 dan 3.39 yang menunjukkan golongan MNP mengetahui bahawa terdapat budaya masyarakat Melayu yang bertentangan dengan tuntutan ajaran Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.

Jika dilihat dari hasil dapatan kajian ini juga, golongan MNP sudah mengkaji serba sedikit tentang perbezaan antara budaya Melayu dan Islam melalui program yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat negeri Perlis (MAIPs) dan kelas-kelas bimbingan suadara baru yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan negeri Perlis dan One Center Malaysia Perlis (OCM). Jadi golongan MNP tidak mempunyai masalah besar dalam membezakan budaya Melayu dan budaya Islam.

4.1.2 Tahap Penerimaan Golongan MNP terhadap Budaya Masyarakat Melayu

Jadual 4.3 menunjukkan kekerapan, peratusan dan min bagi tahap penerimaan golongan MNP terhadap budaya masyarakat Melayu. Analisis menunjukkan bahawa setiap item dalam penerimaan golongan MNP terhadap budaya masyarakat Melayu barada pada tahap tinggi dan sederhana. Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah ‘Saya bersyukur dan gembira dapat mengenali kebudayaan Melayu’ (min 3.26). Dari kekerapan dan peratusan menunjukkan seramai 84 orang (70.6%) MNP menyatakan setuju, seramai 33 orang (27.7%) MNP menyatakan sangat setuju dan seramai 2 orang MNP (1.7%) menyatakan tidak setuju.

Manakala item yang mempunyai min yang paling rendah ialah ‘saya tertarik dengan Islam disebabkan dengan kebudayaan Melayu’ (min = 2.32). Dari kekerapan dan peratusan menunjukkan seramai 86 orang (72.3%) MNP menyatakan tidak setuju, seramai 22 orang (18.5%) MNP menyatakan setuju, seramai 9 orang (7.6%) MNP menyatakan sangat setuju dan seramai 2 orang (1.7%) MNP menyatakan sangat tidak setuju. Secara keseluruhannya menunjukkan bahawa penerimaan golongan MNP terhadap budaya masyarakat Melayu berada pada tahap sederhana (min = 2.94)

(9)

Jadual 4.3: Tahap Penerimaan Golongan Mualaf Terhadap Budaya Masyarakat Melayu

Bil Item STS TS S SS Min Interpretasi

1. Saya bersyukur dan gembira kerana mengenali kebudayaan Melayu.

0 (0%)

2 (1.7%)

84 (70.6%)

33 (27.7%)

3.26 Tinggi

2. Saya mampu menyesuaikan diri dalam kalangan masyarakat Melayu.

1 (0.8%)

20 (16.8%)

72 (60.5%)

26 (21.8)

3.03 Tinggi

3. Kebudayaan Melayu mampu memupuk persefahaman yang baik dalam kalangan masyarakat Melayu.

0 (0%)

5 (4.2%)

93 (78.2%)

21 (17.6%)

3.13 Tinggi

4. Saya tidak mengalami sebarang masalah sepanjang beramal dengan kebudayaan Melayu.

1 (0.8%)

29 (24.4%)

65 (54.6%)

24 (20.2%)

2.94 Sederhana

5. Saya suka beramal dengan kebudayaan Melayu.

0 (0%)

25 (21.0%)

69 (58.0%)

25 (21.0%)

3.00 Sederhana 6. Saya berpuas hati dengan

kehidupan baru selepas memeluk Islam dengan mengamalkan kebudayaan masyarakat Melayu.

0 (0%)

20 (16.8%)

69 (58.0%)

30 (25.2%)

3.08 Tinggi

7. Saya mampu membina hubungan sosial yang baik dalam pergaulan bersama ahli keluarga yang bukan Muslim dengan menerapkan kebudayaan masyarakat Melayu.

0 (0%)

21 (17.6%)

81 (68.1%)

17 (14.3%)

2.97 Sederhana

8. Hidup saya dipengaruhi oleh kebudayaan Melayu.

3 (2.5%)

32 (26.9%)

75 (63%)

9 (7.6%)

2.76 Sederhana 9. Saya bersedia untuk

mengubah gaya hidup dengan mengamalkan kebudayaan masyarakat Melayu.

0 (0%)

28 (23.5%)

83 (69.7%)

8 (6.7%)

2.83 Sederhana

10. Saya tertarik dengan Islam disebabkan dengan kebudayaan Melayu.

2 (1.7%)

86 (72.3%)

22 (18.5)

9 (7.6)

2.32 Sederhana

Berpandukan analisis deskriptif, kajian mendapati tahap penerimaan golongan MNP terhadap budaya Melayu berada pada tahap sederhana iaitu min 2.94. Ini menunjukkan bahawa golongan MNP dapat menerima dan menyesuaikan diri mereka terhadap kebudayaan masyarakat Melayu.

Item 1 yang menyatakan “Saya bersyukur dan gembira kerana mengenali kebudayaan Melayu”

merupakan item yang tertinggi min iaitu 3.26. Bukan itu sahaja, item 2 dan 3 juga medapat min yang tinggi bagi menunjukkan golongan MNP mampu menyesuaikan diri dan memupuk persefahaman yang baik dalam kalangan masyarakat Melayu. Pengalaman hidup golongan MNP berhubung rapat dengan kehidupan mereka sebelum memeluk Islam dan didapati aspek kesepaduan budaya masyarakat Melayu, banyak mempengaruhi kehidupan. Ini selari dengan kajian Tan Y. S. (2011) menyatakan tahap kesepaduan yang tinggi boleh ditemui dalam kehidupan komuniti Cina yang pernah tinggal di perkampungan masyarakat Melayu Muslim.

(10)

Jika dilihat item 8 dan 9, penerimaan golongan MNP terhadap budaya Melayu pada tahap sederhana skor min 2.76 dan 2.83. Oleh itu, masyarakat Melayu perlu berganding bahu mengambil langkah proaktif dalam membantu, sokongan moral dan memberi penjelasan dengan jelas mengenai Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Hal ini kerana sokongan sosial boleh membantu dalam menangani masalah saudara baru yang memerlukan bantuan dan dorongan selepas memeluk agama Islam (Aimi Wafa Ahmad & Nur Najwa Abd Rahman, 2020). Dengan erti kata lain, seseorang itu mempunyai makna hidup yang lebih baik sekiranya menerima sokongan sosial dari masyarakat sekeliling. (Marianne G. Dunn & Karen M O’Bien, 2009).

Hal ini bertepatan dengan seruan Allah SWT kepada manusia supaya sentiasa memberi sokongan sesama manusia dengan saling ingat-mengingati di antara satu sama lain. Hal ini dapat dilihat melalui firman Allah SWT di dalam al-Quran dalam Surah al-Maidah, ayat kedua;

ا ْوُن َواَعَت َو ىَلَع

ِ رِبْلا ى ٰوْقَّتلا َو

Maksudnya:

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa”.

Menurut al-Akhfash, ayat ini adalah satu perintah kepada seluruh manusia untuk saling tolong menolong dalam mengerjakan kebajikan dan takwa, iaitu hendaklah sebahagian kamu menolong sebahagian yang lain. Beliau turut menggesa manusia supaya berusaha untuk mengerjakan dan mengaplikasikan apa yang telah diperintahkan Allah S.W.T (al-Qurtubi 2014) menunjukkan betapa pentingnya sistem sokongan dalam hal kebajikan dan taqwa. Hal ini kerana masyarkat Islam telah ditugaskan oleh Allah S.W.T untuk memimpin umat manusia, iaitu memberi jalan petunjuk kepada mereka dan meningkatkan mereka ke kemuncak yang mulia dan gemilang bersesuaian dengan saranan agar masyarakat Islam bekerjasama dan saling membantu dalam gerak kerja kebajikan dan taqwa.

Hal ini turut bertepatan dengan hadis riwayat al-Bayhaqi dalam al-Sunan daripada ‘A’ishah yang menyatakan “Kaum muslimin itu setara darahnya; orang-orang yang lemah (antara mereka) berjalan di bawah perlindungan mereka yang kuat, dan mereka adalah penolong bagi selain mereka.” Hadis ini juga menunjukkan hendaklah kaum muslimin saling membantu dan menyokong antara satu sama lain lebih-lebih lagi orang yang lemah dan memerlukan (al- Qurtubi 2014).

Berdasarkan daripada al-Quran dan al-Sunnah di atas, jelas menunjukkan kepentingan wujudnya sistem sokongan dan saling membantu sesama masyarakat Islam lebih-lebih lagi orang yang lemah dan mempunyai kekurangan seperti golongan mualaf. Dalam hal ini kepentingan sokongan tidak dapat dinafikan dalam membantu menangani cabaran dan masalah yang dihadapi golongan mualaf di samping membantu pengislahan kepada kehidupan Islam yang lebih baik melalui pengajaran syariat Islam dan tazkiyah nafs (Anuar Puteh 2000).

(11)

5. Kesimpulan

Golongan MNP telah memperlihatkan bahawa mereka dapat memahami dan menerima budaya masyarakat Melayu ke dalam lingkungan kehidupan mereka seharian. Penyelidik mendapati hasil daripada kajian ini bahawa majoriti MNP dapat berakulturasi dengan baik dalam kalangan majoriti masyarakat Melayu meskipun terdapat pertentangan budaya Melayu dengan budaya Islam. MNP dapat menolak budaya Melayu yang bertentangan dengan budaya Islam kerana mereka tahu bahawa terdapat pengamalan budaya Melayu yang boleh menjejaskan kepercayaan akidah berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Bahkan, usaha yang berterusan dan konsisten mengikuti kelas pengajian agama dalam kalangan MNP anjuran PERKIM dan OCM telah membolehkan mereka mendalami agama Islam dan membentuk integrasi kaum.

6. Penghargaan

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) kerana telah menyediakan Geran Penyelidikan Jangka Pendek atau Short Term Grant (STG-025) kepada penyelidik untuk menjalankan kajian. Tidak lupa juga institusi PERKIM dan OCM serta golongan MNP kerana sudi menjayakan kajian ini dan banyak membantu dalam menyampaikan segala maklumat yang diperlukan oleh penyelidik.

Rujukan

al-Quran al-Karim

Amran Kasimin. (1985). Saudara Baru Cina di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Bangi:

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anuar Puteh. (2000). Kepentingan Khidmat Nasihat Terhadap Saudara Baru.

SeminarKebangsaan Sempena 30 Tahun UKM: Dakwah dan Kaunseling Islam. 7-8 Ogos 2000.Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anuar Puteh, Razaleigh Muhamat @ Kawangit dan Rosmani Hussin. (2015). Pelaksanaan Kurikulum Bimbingan Saudara Baru di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dalam Isu-Isu Pengurusan Saudara Muslim. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azarudin Awang & Azman Che Mat (2020). Sinkretisme Budaya dalam Kehidupan Baru Komuniti Mualaf. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences (Vol. 3).Terengganu: Universiti Sultan Zainal Abidin.

Azarudin Awang dan Khadijah Mohd Khambali @ Hambali. (2015). Faktor PemelukanAgama Islam: Kajian Terhadap Komuniti Saudara Muslim Cina di Negeri Terengganu. Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa No. 22. Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah.

Baharuddin H. Puteh, 2015. Islam Dan Kebudayaan Melayu Di Era Globalisas di Malaysia.

Jurnal Sosial Budaya: Media Komunikasi Ilmu-Ilmu Sosial dan Budaya, Vol.10

Chua Yan Piaw (2006). Kaedah dan statistik penyelidikan: kaedah penyelidikan: buku 1.

McGraw-Hill.

Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2001). Research Methods in Education (5th ed.).

Oxford Routledge Falmer Publisher.

Creswell, J. W. 2012. Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating Quantitative and Qualitative Research (Fourth Edition). Boston, United States of America:

Pearson Education Inc.

Dusuki Haji Ahmad. (1990). Kamus Pengetahuan Islam. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Harrington, A. (2005). Modern Social Theory. 1-13.

(12)

Harris, A. L., Lang, M., Yates, D., & Kruck, S. E. (2008). Incorporating Ethics and Social Responsibility in IS Education. Journal of Information Systems Education, 22(3), 183 189.

Harun, R., Hock, L. K., & Othman, F. (2011). Environmental Knowledge and Attitude among Students in Sabah. World Applied Sciences Journal, 14, 83-87.

Ibnu Hibban, Abu Hatim Muhammad bin Hibban Al-Busti. (2016). Raudhatul Uqala Wa Nuzhatul Fudhala. Bayrut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Irwan, M.S, Azman, A.R, Mahazan, A.M, Nuradli Ridzwan Shah, M.D, Wan Mohd. Fazrul Azdi, W.R, Rose Irnawaty, Ibrahim, Siti Nurunnajwa Shamsudin, Nusaibah Anuar Musaddad & Norlina Ismail. (2015). Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa vol. 6 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (2010). Garis Panduan Pengurusan Saudara

Baru. Selangor: Shah Alam.

Khadijah Mohd Khambali, Azarudin Awang, Suraya Sintang, Nur Farhana Abdul Rahman, Wan Adli Wan Ramli, Khairul Nizam Mat Karim. (2017). Muhajir Penjana Interaksi dan Toleransi Beragama Saudara Baru Muslim-Non-Muslim. Akademika, 87(2), 63 76.

Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nisar Mohammad Ahmad, (2020). Definisi Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia Dan Kesannya Terhadap Kefahaman Dan Amalan Ajaran Islam di Malaysia.

Jurnal Sains Insani. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Noreha Che Abah, Asmawati Suhid & Fathiyah Mohd Fakhrudin. (2019). Isu dan Cabaran Saudara-Baru. Jurnal AL-ANWAR, 8, 1–13.

Nur Athiroh Masyaa’il Tan Abdulllah & Fariza Md Sham. (2009). Keperluan Memahami Psikologi Saudara Muslim. Jurnal Hadhari. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nur Zufhika Zamzuri Arif & Khazri Osman. (2022). Pendekatan dakwah terhadap golongan Malaysia.

al-Qaradawi, Yusuf. (2005). Fatawa Qaradawi. Selangor: Crescent News (KL) Sdn Bhd.

al-Qurtubi, Muḥammad ibn Aḥmad. (2014). Tafsir al-Jami’ li Ahkam al-Quran. Bayrut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Razaleigh Muhamat @ Kawangit, Abdul Ghafar Don & Abu Dardaa Mohamad. (2012).

Dakwah Kepada Golongan Muallaf Orang Asli Di Kelantan. Al-Hikmah, 4, 87–105.

Ros Aiza Mohd Mokhtar, & Cik Zarrina Sa’ari. (2016). Sinkretisme dalam Adat Tradisi Masyarakat Islam.Jurnal Usuluddin (Vol. 43). Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Sanusi Osman. (1986). Ikatan Etnik dan Ras di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti Teknologi MARA.40475-ID-islam-dan-kebudayaan-melayu-di-era globalisasi- di-malaysia. (2015). In Lembaga penelitian dan pengabdian kepada Masyarakat.

Siti Khatijah Yasin & Fadzli Adam. (2017). Sensitiviti Agama Dalam Hubungan Masyarakat Pelbagai Kaum Di Malaysia. Proceeding of International Conference of Empowering Islamic Civilization. Terengganu: Universiti Islam Sultan Zainal Abidin.

Syarul Azman Shaharunddin, Razaleigh Muhamat @ Kawangit, Hanis Najwa Shaharuddin.

(2014). Integrasi Golongan Mualaf Cina Terhadap Kebudayaan Masyarakat Melayu Berdasarkan Demografi Di Negeri Selangor. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah Volume 1. Bangi: Kolej Universiti Islam Selangor.

Tan Y. S. (2011). Akulturasi Peranakan Cina di Tirok,Terengganu. Jurnal Terjemahan Alam dan Tamadun Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Yusof Senik. (2015). Kepercayaan Khurafat tentang Saidina Ali di Kalangan Masyarakat Melayu di Malaysia. Volume 1. Jurnal Usuluddin. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

(13)

Zainab Ismail & Wan Ibrahim Wan Ahmad. (2009). Populasi Cina di Malaysia: Kepelbagaian Agama dan Penerimaan ke atas Cina Muslim. The Journal of Al-Hikmah.

Zulfikha.N.(2022). Pendekatan Dakwah Terhadap Golongan Mualaf. Seminar Dakwah &

Wahdah Al-Ummah 2022, Interaksi Dakwah di Malaysia Merentas Zaman.

Referensi

Dokumen terkait

Dapatan kajian menunjukkan persepsi wanita Islam luar bandar terhadap iklan di televisyen berada pada tahap min yang tinggi iaitu dengan nilai min 3.67, diikuti dengan persepsi wanita

Dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar SPI terhadap perkhidmatan di perpustakaan berada pada tahap yang tinggi iaitu dengan nilai min 3.54, diikuti dengan

Dapatan kajian dalam Jadual 4.24 mengenai pengaruh Kursus Pendidikan Islam terhadap pergaulan dengan rakan-rakan berada pada tahap tinggi apabila skor nilai min

Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan pelajar mengenai nama serta proses pemikiran lapan jenis peta pemikiran i-Think berada pada tahap yang rendah namun pengetahuan

Dapatan kajian dalam Jadual 4.24 mengenai pengaruh Kursus Pendidikan Islam terhadap pergaulan dengan rakan-rakan berada pada tahap tinggi apabila skor nilai min

Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi, tahap kemahiran yang sederhana, tahap sikap yang sederhana,

Dapatan menunjukkan bahawa tahap penguasaan dalam latihan menulis huruf juga berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min sebanyak 4.43.. Tahap penguasaan kanak-kanak

1 TAHAP KEFAHAMAN MASYARAKAT TERHADAP KONSEP TANAH ADAT DAN UNDANG- UNDANG TANAH ADAT: KAJIAN DI NEGERI SEMBILAN LEVEL OF UNDERSTANDING AMONG COMMUNITY TOWARDS THE CONCEPT OF