• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kejuruteraan perisian 'hangat' di pasaran kerja

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Kejuruteraan perisian 'hangat' di pasaran kerja"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

Kejuruteraan perisian 'hangat' di pasaran kerja

September 26, 2020 @ 10:30am

- Gambar hiasan

Headline Kejuruteraan perisian ‘hangat’ di pasaran kerja Language Bahasa Melayu

Media Title BH Online Section/Page No Rencana, Minda Pembaca.

Date 26 September 2020 Journalist Nur Liyana Sulaiman

Source https://www.bharian.com.my/rencana/minda- pembaca/2020/09/735249/kejuruteraan-perisian- hangat-di-pasaran-kerja

Remarks Kejuruteraan, ICT.

(2)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

Bidang kejuruteraan perisian paling dikehendaki dan berpeluang mendapat pekerjaan masa kini.

Peranan dimainkan perisian semakin mendapat perhatian dalam urusan kehidupan manusia.

Ia akan terus menjadi nadi utama pelbagai bidang di negara ini. Ledakan teknologi dan internet masa kini, membuatkan kejuruteraan perisian menjadi medium komunikasi dan maklumat dalam memacu sektor ekonomi negara.

Bidang kejuruteraan perisian antara bidang terpantas berkembang di dunia. Mengikut laman businessinsider.com dan thebalancecarees.com, bidang kejuruteraan perisian berkembang seiring pesatnya ekonomi dan teknologi.

Kepesatan teknologi banyak dipengaruhi rangkaian berkelajuan tinggi 5G, robotik, kecerdasan buatan (AI), Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan terkini internet kebendaan (IOT).

Revolusi teknologi masa depan akan menyaksikan perkakasan, perisian dan pangkalan berhubungan dalam realiti.

Terdapat banyak perisian dihasilkan yang membuktikan dunia sedang menuju masa depan digital.

Lihat sahaja aktiviti urus niaga tanpa tunai, pertemuan secara maya, aplikasi pesanan makanan secara maya, aplikasi pesanan teksi dan aplikasi yang boleh dimuat turun telefon pintar.

Istilah pembangunan perisian boleh digunakan untuk setiap jenis pembangunan perisian sama ada aplikasi seperti Microsoft Word atau pembangunan aplikasi yang kompleks untuk perniagaan atau pembangunan perisian untuk pembangunan hiburan.

Inilah realiti masa kini yang menjadikan kejuruteraan perisian mendapat permintaan luar biasa dalam dunia normal baharu. Pembangunan perisian juga tidak terlepas peluang dalam revolusi teknologi.

Perkembangan pesat peranan perisian dalam kehidupan harian kini memudahkan banyak urusan harian. Untuk menghasilkan perisian yang baik, teknik sistematik diperlu bagi membangunkan perisian yang memenuhi keperluan hidup dan boleh beroperasi dengan cekap.

Penggunaan prinsip kejuruteraan yang baik dalam membangunkan perisian adalah menepati kualiti perisian yang diharapkan seperti mesra pengguna.

Pengurusan pembangunan perisian, kejuruteraan keperluan, reka bentuk, pengaturcaraan, penentusahan pengesahan dan penyenggaraan adalah kitar hayat umum dalam membangunkan perisian.

Sasaran utama kejuruteraan perisian adalah menyediakan perisian berkualiti pada waktu tertentu dalam anggaran bajet dan memenuhi keperluan.

Justeru, kejuruteraan perisian amatlah penting pada zaman ini kerana perisian khusus diperlukan hampir setiap industri termasuklah perniagaan, pendidikan, perubatan dan sebagainya.

Kejuruteraan perisian menjadi lebih penting seiring zaman dengan ledakan teknologi bagi memenuhi keperluan masa kini.

(3)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

Pentingnya kejuruteraan perisian adalah membina sesuatu yang tidak ada sebelumnya dan menyelesaikan masalah yang rumit dengan mengautomasikan aktiviti berkenaan dalam bentuk perisian yang mudah digunakan.

Ini adalah bidang yang unik kerana kejuruteraan perisian dapat menyelesaikan masalah saintifik dan kejuruteraan dengan kreatif dan sistematik.

Nur Liyana Sulaiman

PhD Kejuruteraan Perisian Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Referensi

Dokumen terkait

Based on the description of the problem above, the author will design an application design for an internship finder to find out user experience in finding information about an

Survey Question Rating On a Scale of 1–4 1 Campus Connect Support for Syllabus Design Faculty Feedback 3.48 2 Campus Connect Support for Board of Studies Presentation Management