Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies , reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
Kembangkan legasi adunan herba ibu
Mac 29, 2021 @ 11:50am
Noor Baini Masri
KUALA LUMPUR: Kepakaran ibunda tercinta dalam mengadun herba tradisional menjadi inspirasi buat Noor Baini Masri, 57, menceburi bidang perniagaan berasaskan herba dan perawatan tradisional.
Baginya, setiap ilmu dan kepakaran yang dimiliki oleh ibunya, Sharifah Umi Kelesom Syed Mohd Zain yang menjadi pengamal perubatan tradisional tidak seharusnya dibiarkan berkubur begitu sahaja.
Disebabkan itu, wanita kelahiran Dungun, Terengganu ini nekad untuk meneruskan legasi ibunya dalam menghasilkan produk berasaskan herba yang berkhasiat untuk kesihatan dan berkualiti menerusi syarikatnya, Sulur Herba Resource yang ditubuhkannya pada tahun 2015.
"Saya memilih untuk menghasilkan Pomegranate & Lemongrass Tea yang diilhamkan daripada minuman yang disajikan oleh ibu kepada pelanggannya. Ketika itu, ia disediakan dalam bentuk cecair dan di sejukbeku untuk menjaga keaslian rasa dan membuatnya tahan lebih lama.
"Namun, cara itu tidak begitu relevan untuk diteruskan dan kami membuat keputusan untuk memodenkan penghasilannya dengan mengolahnya kepada bentuk serbuk yang di peket secara sachet agar lebih mudah dinikmati tanpa menjejaskan keaslian rasa dan khasiatnya.
Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies , reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
"Teh yang berharga RM35 sekotak ini sesuai dijadikan relaxing tea dan berkhasiat dalam mencegah Alzheimer dan membantu mencantikkan kulit. Khasiat serai yang terkandung di dalamnya pula membantu menyegarkan tubuh dan mewangikan badan," kata beliau.
Malah teh pracampuran ini mendapat banyak permintaan daripada pengusaha spa di seluruh negara sebagai sajian minuman kepada setiap pelanggan yang mendapatkan rawatan di spa mereka," jelasnya.
Selain itu, beliau turut mengeluarkan produk minuman Ginger Plus+ merupakan teh pracampuran dengan teh hitam, kunyit hitam dan halia hitam sesuai untuk semua peringkat umur.
"Ginger Plus+ boleh dinikmati oleh semua wanita dan lelaki. Teh yang dijual pada harga RM45 ini tinggi kandungan antioksidan dan bersifat zero kalori.
"Pengambilan yang konsisten, membantu menurunkan berat badan, membantu melancarkan peredaran darah, membantu menstabilkan hormon serta meningkatkan tenaga dan stamina badan.
"Kedua-dua produk ini telah menjalani proses R&D selama setahun bagi memastikan ia benar- benar mematuhi standard dan piawaian yang telah ditetapkan. Pelbagai prosedur perlu kami patuhi seperti Amalan Pengilangan Baik (GMP) selain mendapatkan kelulusan pihak berkuasa sebelum memasarkannya," katanya.
Kepakaran ibunya dalam perubatan tradisional telah dianugerahkan Tokoh Srikandi Ibu Perbidanan oleh Persatuan Pengamal Urut Terapeutik & Penjagaan Melayu Malaysia (PUTRAM) 2017.
"Ibu turut menyediakan khidmat urutan home spa iaitu Sulur Herba Beauty Spa & Postnatal di Bandar Baru Bangi. Khidmat urutan di home spa ini tidak terhad kepada wanita selepas bersalin sahaja tetapi juga kepada mereka yang mempunyai masalah saraf dan yang mahu memanjakan tubuh," katanya.
Selain produk-produk tersebut, Sulur Herba Resource turut memiliki beberapa produk lain khusus untuk wanita selepas bersalin seperti param, pilis, batu tungku, tungku bayi, barut bayi dan bengkung ibu. Terdapat juga produk kosmetik seperti magic lip balm, sabun, minyak wangi dan balm ibu dan anak yang dihasilkan daripada ekstrak gaharu.
Buat mereka yang ingin menikmati khasiat produk-produk keluaran Sulur Herba Resource ini bolehlah mendapatkannya di pautan Sulur Herba HQ di platform e-dagang Shopee.
Manakala mereka yang berminat berurut dan mendapat khidmat spa pula boleh menghubungi talian 011-3019 2711 atau 019-282 3211 bagi membuat temu janji.