Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN di bawah kod bidang 210102, 210103 DAN 210107 bagi menyertai sebut harga berikut:
Dokumen sebut harga boleh diperolehi mulai 10 Jun 2013 di Laman Web Perolehan www.eperolehan.com.my (untuk pembekal yang berdaftar dan telah diperbolehkan penggunaan sistem eP sahaja).
Syarikat perlu mengunci masuk cadangan tawaran teknikal serta cadangan tawaran harga ke dalam sistem ePerolehan (tawaran yang tidak dihantar melalui Sistem tidak akan diperakukan).
Dokumen sebut harga yang telah lengkap diisi secara manual hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga di Seksyen Perolehan Bahagian Kewangan, Aras 7, Blok C4, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62662 Putrajaya sebelum atau pada jam 12.00 tengahari, 18 Jun 2013 (Selasa). Tawaran yang lewat tidak akan diterima.
NAMA TAWARAN :
MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH PERKHIDMATAN SISTEM ENCRYPTION E-MEL BAGI MELINDUNGI MAKLUMAT TERPERINGKAT DI KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI) NO. TAWARAN
SEBUTHARGA : MOSTI/PTM/11/2013/SH TARIKH IKLAN : 10 JUN 2013
TARIKH TUTUP : 18 JUN 2013 (SELASA) – JAM 12 TENGAHARI KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN
INOVASI
KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA