• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEMPEN BUDI BAHASA DALAM KALANGAN REMAJA KAJIAN KES:

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "KEMPEN BUDI BAHASA DALAM KALANGAN REMAJA KAJIAN KES: "

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

KEBERKESANAN PENGURUSAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN MALAYSIA DALAM MEMARTABATKAN

KEMPEN BUDI BAHASA DALAM KALANGAN REMAJA KAJIAN KES:

JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN NEGERI SARAWAK

Lenny Lydiati Lah

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Program Pengurusan Seni)

2006 2006

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

(2)

i KEBERKESANAN PENGURUSAN KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, KESENIAN

DAN WARISAN MALAYSIA DALAM MEMARTABATKAN KEMPEN BUDI BAHASA DALAM KALANGAN REMAJA

KAJIAN KES:

JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN NEGERI SARAWAK

LENNY LYDIATI LAH

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

( Program Pengurusan Seni )

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2006

(3)

ii

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN

JUDUL : KEBERKESANAN PENGURUSAN KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN MALAYSIA DALAM MEMARTABATKAN KEMPEN BUDI BAHASA DALAM KALANGAN REMAJA

KAJIAN KES: JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN NEGERI SARAWAK.

SESI PENGAJIAN : 2003/ 2004 Saya : LENNY LYDIATI LAH

Mengaku membenarkan Tesis/ Laporan* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis/ Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pengdigitan untuk membangunkan Pangkalan Data kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis/ laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi

5. * sila tandakan ( / )

SULIT (mengandungi maklumat yang berdajah keselamatan atau kepentingan termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan

____________________________ ____________________________

Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia

Tarikh: Tarikh:

Alamat Tetap:

Lot 9556, Desa Indah, Bandar Baru Permaijaya, 98000, Miri.

Catatan: * Tesis/ Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda.

* Jika Tesis/ Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/

organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/ laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

(4)

iii PENGAKUAN

Projek bertajuk ‘Keberkesanan Pengurusan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) Malaysia dalam Memartabatkan Kempen Budi bahasa dalam Kalangan Remaja’ telah disediakan oleh Lenny Lydiati Lah dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni.

Diterima untuk diperiksa oleh:

_______________________________

(Puan Noria Ak Tugang) Tarikh:

_______________________________

(5)

iv PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, syukur saya naikkan kepada Tuhan, kerana kasih dan berkat yang Dia berikan sepanjang menjalankan penyelidikan ini. Tanpa kasih dan berkat-Nya saya tidak mungkin dapat melaksanakan penyelidikan ini dengan sempurna. Syukur sekali lagi kepada Tuhan atas kebaikan-Nya.

Dengan kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibubapa saya iaitu Encik Lah Ngau dan Pua atas sokongan yang telah mereka berikan dan doa yang mereka panjatkan kepada Tuhan sepanjang penyelidikan dan pengajian saya di UNIMAS. Kepada kedua-dua adik-beradik saya, Ellyvia Embang Lah dan Leonard Lah serta ahli keluarga yang lain, sekalung penghargaan buat kalian di atas sokongan kalian.

Tidak lupa juga, ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada penyelia saya Puan Noria anak Tugang iaitu salah seorang pensyarah Program Pengurus Seni.

Begitu juga kepada pensyarah yang lain Puan Qistina Donna, Cik Karen Audrey Samy, Cik Ema dan Puan Rahah Hj Hasan setinggi penghargaan saya berikan kepada semua. Segala tunjuk ajar dan sokongan yang diberikan sangat berharga buat saya dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Seterusnya, setinggi penghargaan juga ingin kalungkan kepada setiap responden yang telah ditemuramah iaitu kepada Encik Saini bin Lihi (Timbalan Pengarah I, di Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Sarawak), Cikgu Marvis Janang (Guru

(6)

v Kaunseling di SMK DPHA Gapor, Stampin ), Cikgu Hadiah Bt Amit (PKHEM di SMT Sejingkat), Cikgu Fazal Bt Hamid (Ketua Panatia Moral di SMT Sejingkat), Cikgu Susan anak Juhin (Guru Bidang Bahasa di SMK Bau), Cikgu Rimem Noim (Guru Pendidikan Moral di SMK Bau) dan Cikgu Suzie anak Runis (Guru Kaunseling di SMK Lake, Bau). Tanpa kerjasama daripada semua saya tidak dapat memperolehi maklumat yang berguna untuk menyiapkan penyelidikan ini. Terima kasih sekali lagi.

Yang terakhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sahabat yang telah membantu baik secara langsung atau tidak langsung sepanjang menjalankan penyelidikan ini. Kepada Cikgu Jessing dan keluarga, Cikgu Charles dan tunang, Cikgu Asas, Cikgu Laykim, Rebecca Awa, Suraini Otoh, Enkenis Sidi, Shinlena Babai, Sandra Lisih, Aizaline Kimjth, Diana Micheal dan sahabat yang lain yang telah membantu setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan. Dengan bantuan dan dorongan daripada kalian saya telah menyiapkan penyelidikan ini dengan baik. Terima kasih sekali lagi semoga Tuhan memberkati kalian.

Sekian, terima kasih.

(7)

vi ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKASURAT

HALAMAN TAJUK i

BORANG PENGESAHAN ii

PENGAKUAN iii

PENGHARGAAN iv - v

ISI KANDUNGAN vi - ix

ABSTRAK x

ABSTRACT xi

BAB 1 PENGENALAN

1.0 PENGENALAN 1 - 2

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

1.1.1 Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) Malaysia dan Jabatan Kebudayaan,

Kesenian dan Warisan Negeri Sarawak (JKKWNS) 3 - 4 1.1.2 Kempen Budi Bahasa (“Budi Bahasa, Budaya Kita”) 5 - 6 1.2 DEFINISI ISTILAH

1.2.1 Kempen 6

1.2.2 Budi 7

1.2.3 Bahasa 7 - 8

1.2.4 Budi Bahasa 8 – 9

(8)

vii MUKA SURAT

1.2.5 Budaya Malaysia 9 - 10

1.2.6 Remaja 10 - 12

1.3 OBJEKTIF KAJIAN 12 - 13

1.4 HIPOTESIS KAJIAN 13

1.5 SKOP KAJIAN 13 - 14

1.6 PEMASALAHAN KAJIAN 14 - 15

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN 15 - 16

1.8 BATASAN KAJIAN 17

1.9 KESIMPULAN 17

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.0 PENGENALAN 18

2.1 KANDUNGAN UMUM 18 - 22

2.2 SUMBANGAN KAJIAN 22 - 28

2.3 KESIMPULAN 29

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 PENGENALAN 30

3.1 LOKASI KAJIAN 30 - 31

3.2 SUMBER DATA 31 - 32

3.3 DATA PRIMER 32 - 33

3.4 DATA SEKUNDER 33 - 34

(9)

viii MUKA SURAT

3.5 POPULASI 34

3.6 PERSAMPELAN 35

3.7 INSTRUMEN KAJIAN 35 - 36

3.8 LIMITASI KAJIAN 36 - 37

3.9 KESIMPULAN 38

BAB 4 ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN

4.0 PENGENALAN 39 - 41

4.1 ANALISA TEMURAMAH BERSAMA RESPONDEN 41

BAHAGIAN A

Analisa mengenai pendapat responden terhadap Kempen Budi Bahasa 42 - 46 BAHAGIAN B

Analisa penilaian sambutan remaja terhadap kempen

i) Analisis penglibatan remaja dalam kempen 47 - 51 ii) Analisis penerimaan remaja terhadap kempen 51 - 53 iii) Analisis pemahaman remaja terhadap kempen 54 - 55 BAHAGIAN C

Analisa mengenai perbandingan remaja dahulu dan sekarang 55 - 62 4.2 KEMPEN BUDI BAHASA NILAI MURNI FASA KEDUA 62 - 65

4.3 KESIMPULAN 66 - 67

(10)

ix BAB 5 RUMUSAN DAN KESIMPULAN MUKA SURAT

5.0 PENGENALAN 68 - 69

5.1 RUMUSAN 69 - 76

5.2 CADANGAN DAN SARANAN 76 - 84

5.3 FAKTOR-FAKTOR MASALAH SOSIAL REMAJA 84 - 88 5.4 CADANGAN MENGATASI MASALAH SOSIAL REMAJA 89 - 90 5.5 CADANGAN UNTUK PENYELIDIK MASA HADAPAN 90 - 91

5.6 KESIMPULAN 92

BIBLIOGRAFI 93 - 94

LAMPIRAN 95 - 118

(11)

x ABSTRAK

Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji sejauh mana peranan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dalam memartabatkan Kempen Budi Bahasa dalam kalangan remaja hari ini. Dengan ini, penyelidik menyentuh keberkesanan pengurusan KeKKWa, yakni pelaksanaan aktiviti dan program, sambutan dan penerimaan generasi muda khususnya remaja terhadap kempen tersebut.

(12)

xi ABSTRACT

This research is conducted to study the role of Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) in the Campaign of Budi Bahasa among the teenagers. In this research, the researcher pointed out the effectiveness of KeKKWa management from the activities and programmes that they had held. This also examines the respond and acceptance of new generation especially teenager toward this campaign.

(13)

1 BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dan kompleks dengan pelbagai bangsa, agama, adat resam dan kebudayaannya. Rakyatnya pula hidup aman dan harmoni kerana mereka saling menghormati dan saling membantu. Oleh yang demikian, nilai budi bahasa sangat berharga dalam kehidupan rakyat Malaysia suatu ketika dahulu. Nilai ini diamalkan sejak turun temurun oleh setiap lapisan masyarakat daripada yang tua hingga yang muda. Namun, hanya disebabkan tuntutan hidup yang dibawa oleh arus kemodenan semakin tinggi dan mencabar telah mula mengikis amalan dan nilai ini dalam kehidupan generasi kini.

Justeru itu, Kempen Budi Bahasa yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’

Seri Abdullah Ahmad Badawi ini merupakan usaha murni Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan untuk rakyat Malaysia (Buku Panduan “Budi Bahasa Budaya Kita”, 2005). Menurut Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, kempen ini bertujuan untuk menerapkan dan mewujudkan semula ciri-ciri dan amalan budi bahasa yang merupakan budaya dalam rakyat Malaysia suatu ketika dahulu. Ini jelas menunjukkan bahawa budi bahasa merupakan satu nilai yang sangat tinggi dan telah menjadi budaya yang disanjungi oleh generasi dahulu.

Sesuai dengan mesej yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, semasa pelancaran kempen tersebut, “Pengamalan nilai-nilai murni serta kesantunan budi bahasa adalah penting terutamanya bagi negara yang berbilang

(14)

2 kaum seperti Malaysia” beliau berpendapat bahawa budi bahasa yang diamalkan mampu untuk mewujudkan rasa hormat dalam kalangan rakyat Malaysia agar hidup aman dan harmoni.

Bagi menghasilkan kajian ini, penyelidik memfokuskan golongan remaja sebagai sasaran dan melihat keberkesanan pengurusan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dalam menjalankan aktiviti dan program. Ini kerana, walaupun kempen ini telah dilancarkan serta telah disiarkan dan dipromosikan oleh media massa yang terdapat di Malaysia, namun kesedaran remaja akan kehadiran dan makna sebenar kempen tersebut masih menjadi tanda tanya. Masih wujud lagikah budaya berbudi bahasa di hati remaja hari ini?

Mengapa masalah sosial, budaya samseng dan buli masih wujud lagi?

Melalui pemerhatian kita, kemerosoton akhlak remaja pada hari ini sangat jelas menunjukkan bahawa kementerian perlu menjalankan aktiviti dan program yang telah dirancangkan. Ini memperlihatkan bahawa kementerian ini perlu memainkan peranan mereka dengan lebih efektif lagi dalam membantu memupuk dan menyemai budi bahasa dan nilai murni dalam kalangan remaja hari ini (Buku Panduan Kempen Budi Bahasa, 2005). Oleh itu, aktiviti dan program yang telah dirancangkan untuk membantu usaha memberi kesedaran dan memartabatkan budi bahasa dalam kalangan remaja hari ini perlu dilaksanakan dengan bersemangat. Ia bertujuan untuk menyedarkan remaja bahawa betapa tegasnya kerajaan mengadakan kempen ini dan betapa perlunya nilai dan amalan budi bahasa ini ditanam dalam diri mereka.

(15)

3 1.1 Latarbelakang Kajian

1.1.1 Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dan Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Sarawak (JKKWNS)

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan merupakan sebuah kementerian yang berfungsi untuk mengekalkan pengembangan seni dan budaya, penggunaan bahasa Melayu, pengukuhan seni budaya dan juga merupakan sumber untuk seni budaya.

Kementerian ini memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan dan memelihara budaya murni rakyat Malaysia lebih-lebih lagi budaya berbudi bahasa yang sejak turun temurun telah diamalkan.

Bagi menjalankan penyelidikan ini, penyelidik mencari maklumat melalui Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Sarawak (JKKWNS). JKKWNS bertempat di Tingkat 5, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, Kuching. Melalui JKKWNS ini, penyelidik mendapatkan maklumat mengenai hal-hal yang berkaitan dengan kempen budi bahasa dari segi aspek pengurusan aktiviti dan program serta cara promosi yang mereka gunakan. Selain itu, penyelidik juga akan mendapatkan maklumat mengenai sambutan dan penerimaan masyarakat khususnya remaja peringkat sekolah menengah terhadap kempen ini.

Visi bagi kementerian ini adalah “Ke Arah Bangsa Malaysia yang Berbudaya Luhur”.

Ini menunjukkan bahawa matlamat kementerian ini adalah untuk membantu membentuk peribadi yang mulia dalam hati rakyat agar lebih berpekerti mulia dan bertamadun dari segi

(16)

4 pemikiran dan tingkahlaku. Manakala misi kementerian ini pula adalah untuk

“Menyemarakan dan Merakyatkan Seni dan Budaya, Mengekalkan Warisan Negara”.

Misi ini pula mencerminkan bahawa betapa kementerian ini berusaha untuk mengekalkan dan memelihara warisan negara Malaysia dengan menganjurkan pelbagai aktiviti dan program yang berkaitan dengan seni dan budaya. Antaranya adalah Kempen Budi Bahasa yang telah dilancarkan pada 11 Januari 2005. Ini bertujuan untuk memelihara dan menyemai kembali budaya berbudi bahasa dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri agar tidak lapuk di telan arus kemodenan.

Objektif bagi kementerian ini pula adalah seperti berikut;

i) Memberi pengetahuan asas dan pendidikan, melahirkan dan meningkatkan bilangan pengiat seni dan budaya di seluruh negara.

ii) Menjalankan penyelidikan dan pemuliharaan, warisan khazanah bangsa untuk diterbitkan sebagai bahan bacaan dan sebaran umum.

iii) Memberi khidmat nasihat untuk meningkatkan kesedaran dalam hal-hal berkaitan dengan budaya dan seni kepada pelanggan.

iv) Memupuk pembentukkan jati diri rakyat ke arah melahirkan sebuah masyarakat madani.

v) Membantu mengadakan program-program khas ke arah peningkatan industri pelancongan negara.

(17)

5 1.1.2 Latarbelakang Kempen Budi Bahasa (“Budi Bahasa, Budaya Kita”)

Kempen Budi Bahasa ini telah dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan telah dilancarkan pada 11 Januari 2005 yang lalu di Kuala Lumpur oleh Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Kempen ini sebenarnya telah diilhamkan oleh Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim dan diberi mandat oleh Kabinet melalui Perdana Menteri Malaysia sendiri. Kempen ini dilaksanakan agar amalan penggunaan bahasa yang santun akan diterapkan ke dalam semua institusi seperti kekeluargaan, kemasyarakatan, pembelajaran dan perkhidmatan. (Armin Azhari Saleh, Julai 2005).

Matlamat kempen tersebut adalah;

a) Mendedah dan menanam erti pelbagai nilai murni dan nilai budi bahasa b) Menggalak penghayatan dan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan

anggota masyarakat

c) Sebagai intisari jati diri peribadi serta perilaku anggota masyarakat dalam hidupan harian.

Pelancaran kempen ini sebenarnya bertujuan untuk menangani masalah kemerosotan akhlak masyarakat Malaysia lebih-lebih lagi anak-anak muda masa kini. Ini menunjukkan keperihatinan kerajaan terhadap kepentingan budi bahasa dan nilai murni dalam pembangunan negara dan dalam menangani perubahan yang dialami oleh masyarakat Malaysia (Abd.

Rahman Abd. Rashid, Julai 2005). Sesuai dengan pendapat seorang penulis iaitu Abd. Rahim

(18)

6 Abd. Rashid menyatakan bahawa budi bahasa dan nilai murni dalam kehidupan melambangkan peradaban dan ketinggian budaya hidup sesuatu masyarakat atau bangsa.

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa apabila budi bahasa diketengahkan sebagai unsur budaya maka bangsa Malaysia akan menjadi bangsa yang beradap tingggi, dihormati dan disanjung. Sepanjang tahun ini, pelbagai aktiviti dan program yang dijalankan oleh kerajaan untuk memyemai kembali nilai budi bahasa dalam kalangan masyarakat hari ini seperti mengadakan ceramah, penulisan esei dan menyiarkan periklanan yang berbentuk nasihat dan pengajaran.

1.2 Definisi istilah kempen, budi, bahasa, budi bahasa, budaya Malaysia

1.2.1 Kempen

Menurut Kamus Dwibahasa (2001), kempen bermakna siri aktiviti yang terancang.

Sesebuah kempen pada dasarnya adalah sesuatu program yang dirancang terlebih dahulu, yakni aktivitinya dilakukan secara berperingkat untuk memastikan objektif program tersebut berjaya atau tidak. Bagi kempen budi bahasa ini, pelbagai aktiviti dan program yang telah dirancangkan dan separuh daripadanya telah dilaksanakan yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai bagi memartabatkan budi bahasa.

(19)

7 1.2.2 Budi

Menurut penulisan di dalam buku Seminar Kefahaman Budaya (1999), budi merupakan “sistem nilai tertinggi mereka yang didasari oleh etika dan moraliti serta hubungan sosial”. Sehubungan dengan itu juga, budi menjadi penggerak kepada pelakuan, tindakan dan emosi untuk berperanan sebagai anggota agama, masyarakat dan budaya. “Berkait rapat dengan conscience, kesedaran, kata hati, perasaan, rasa, hati (kalbu), berhati perut dan merupakan satu keseluruhan sifat, sikap, pemikiran, pengucapan, pelakuan dan akhlak yang menjelaskan persoalan dalam manusia pancaran nilai utama bagi menetapkan corak akhlak atau moral dan nilai manusia”. Ini adalah pendapat seterusnya pula menyatakan bahawa budi merupakan nilai yang tinggi dalam aspek kehidupan manusia.

1.2.3 Bahasa

Menurut Abd. Rahman Abd. Rashid (2005), bahasa adalah satu set simbol yang paling utama dalam masyarakat kerana melalui bahasa ini masyarakat dapat menghasilkan, menyatakan, berkongsi idea, nilai, kepercayaan dan pengetahuan sesama sendiri. Beliau juga berpendapat bahawa bahasa mampu memberi kesan sama ada yang baik mahupun yang buruk kerana ia umpama sebilah pedang yang tajam apabila tidak digunakan dengan betul akan membawa padah kepada diri sendiri. Oleh itu, dalam menjayakan kempen ini, bahasa telah diberi penekanan kerana ia menjadi aset perantaraan yang paling utama. (Rohaidah Mashudi

& J. Sham Wahid, 2005)

(20)

8 Peribahasa “kerana santan pulut binasa, kerana mulut badan binasa” menunjukkan bahawa hanya dengan mengeluarkan beberapa patah perkataan yang negatif akan membawa padah kepada sesiapa yang mengucapkannya. Selari dengan pendapat Ma’aroff Abdul Rahman (2005) yang menyatakan bahawa ketegangan dapat dielakkan apabila kita berbicara mengikut prinsip komunikasi yang betul iaitu kesantunan bahasa. Dengan ini, seseorang akan dapat menjalinkan hubugan persahabatan dan kemesraan yang lebih erat dengan sahabatnya kerana kesantunan bahasa yang dia miliki. Akhirnya, terbentuklah sebuah masyarakat yang bertamadun dan bermaruah kerana wujudnya perpaduan, persefahaman dan keharmonian dalam negara.

“Bahasa dalam pembinaan tamadun baharu pada abad ini bukanlah setakat berfungsi sebagai alat komunikasi tetapi berperanan meningkatkan maruah dan kecermelangan budaya bangsa.”

(Abd. Rahim Abd. Rashid (p.8), 2005)

1.2.4 Budi bahasa

Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (2005), budi bahasa bermakna “kehalusan sikap dan hubungan yang disampaikan melalui bahasa yang tinggi nilainya dengan orang lain”. Juga melambangkan keperibadian dan kebudayaan bangsa yang meletakkan bangsa itu dengan menghargai sesuatu yang baik khususnya perkara yang menyentuh soal perkembangan tingkah laku, perangai, pertuturan, pergaulan dan penghargaan terhadap orang lain. Budi

(21)

9 bahasa yang dimiliki oleh masyarakat mewujudkan suasana yang harmoni dan rasa saling hormat menghormati dalam kehidupan masyarakat majmuk.

Menurut Yahya Othman (2005), budi bahasa bermaksud amalan yang bertujuan memupuk sifat kesalingan antara individu dengan menggunakan bahasa yang sopan, menunjukkan rasa hormat, memberikan penghargaan, serta menghormati dan memahami kedudukan seseorang.

Daripada pelbagai maksud dan pendapat yang disebut di atas, penyelidik merumuskan pengertian budi bahasa adalah seperti berikut. Budi bahasa adalah sifat kesantunan yang mulia yang lebih menjurus kepada penggunaan bahasa. Seseorang itu akan disanjung dan dipandang mulia apabila dia memiliki budi bahasa yang tinggi semasa bergaul dengan orang ramai. Ini kerana budi bahasa merangkumi makna yang kompleks seperti budi dan pekerti yang baik, beretika, berketerampilan dan mempunyai jati diri yang kukuh. Seseorang yang tidak berbudi bahasa akan dianggap sebagai masyarakat yang lemah dari segi akal budi, tingkah laku dan pertuturan mereka. Justeru itu, kerajaan berusaha untuk memulihkan dan mempertahankan budi bahasa agar tidak diabaikan oleh masyarakat dengan mengadakan kempen budi bahasa untuk semua rakyat Malaysia.

1.2.5 Budaya Malaysia

“Budi bahasa Budaya Kita” merujuk kepada sikap berbudi bahasa adalah budaya kita yang sebenar dan harus di miliki oleh setiap lapisan masyarakat kerana ia merupakan budaya timur yang mulia. Negara Malaysia mempunyai rakyat yang pelbagai bangsa, agama, adat

(22)

10 resam dan budaya. Kepelbagaian ini telah mewujudkan suasana yang harmoni dan bersatu padu kerana bangsa, agama, adat resam dan budaya juga turut memainkan peranan yang tersendiri dalam membantu menjayakan kempen budi bahasa ini. Oleh sebab itulah, kempen ini diadakan khas untuk semua masyarakat dan golongan bagi mengingatkan peranan mereka sebagai rakyat Malaysia yang sebenar (Rohaidah Mashudi & J. Sham Wahid, 2005).

1.2.6 Remaja

Remaja merupakan golongan yang memerlukan perhatian yang serius kerana mereka merupakan golongan yang sedang menjalani suatu proses kematangan, kedewasaan dan kesempurnaan untuk membesar sebagai pewaris bangsa (Robiah K. Hamzah, 2001). Beliau juga berpendapat bahawa golongan yang dipanggil remaja adalah mereka yang berumur dalam lingkungan 11 tahun hingga 19 tahun. Golongan ini akan mengalami peringkat peralihan yang mampu mencabar kehidupan mereka yang berlaku dari segi fizikal atau psikologi yang dikenali sebagai peringkat akil baligh.

Apabila berada di tahap perkembangan ini, perubahan berlaku dari segi biologi dan psikologi serta turut mempengaruhi emosi remaja. Ini adalah suatu tahap yang dilanda “ribut dan tekanan” (G. Stanley Hall, 1846-1924).

“Peringkat remaja adalah suatu tahap yang dilanda “ribut dan tekanan” (“a time of storm and stress”) akibat berlakunya perubahan biologi dan psikologi dan didapati bahawa remaja mengalami kekecewaan menunjukkan emosi yang

(23)

11 tidak stabil dan tidak dapat melakukan penyesuaian.”

(G. Stanley Hall, 1846-1924)

Robiah K. Hamzah (2001) menyatakan bahawa remaja dianggap sebagai angkatan (pelapis) baharu yang mencabar masyarakat moden. Ini kerana mereka merupakan generasi yang akan menguasai dan mempengaruhi keadaan semasa generasi-generasi muda yang akan datang ini. Namun apa yang berlaku sekarang, telah memperlihatkan bahawa remaja tidak mengendahkan nilai-nilai murni dan budi bahasa yang harus mereka amalkan. Malah mereka tanpa segan silu melanggar disiplin bersama-sama rakan dan berpuas hati jika sama-sama dikenakan tindakan disiplin (Mohd. Amin H.A. Shariff, 1998). Pendek kata remaja merupakan golongan yang suka mencuba, bebas dan mahu mencari identiti sebenar diri mereka. Oleh itu, perubahan remaja bukan sahaja dari segi tingkah laku mereka tetapi emosi dan ragam juga turut berlaku.

Jika dilihat pada dekad ini, situasi remaja masa kini sangat berbeza dengan remaja pada tahun 1970-an dan 1980-an. Remaja sekarang mulai melalaikan tanggungjawab mereka sebagai “orang timur” yang harus mengamalkan budaya ketimuran mereka sendiri iaitu budi bahasa. Mereka sangat mudah terpengaruh melalui persekitaran seperti pergaulan dan didikan yang diberikan. Pengaruh dari barat yang mereka amalkan dalam kehidupan harian mereka sedikit demi sedikit melunturkan budaya ketimuran yang mereka miliki selama ini.

Malah, rancangan-rancangan menarik yang disiarkan oleh beberapa stesen penyiaran telah mampu mempengaruhi minda dan tingkah laku remaja berbanding dengan rancangan

(24)

12 dan program yang berbentuk pengajaran. Misalnya, rancangan hiburan dan rancangan realiti TV yang semakin mendapat liputan yang meluas. Rancangan seperti ini sedikit demi sedikit telah mendorong remaja untuk terpengaruh dengan cara berpakaian, berfikir dan bertindak.

Seterusnya akan menenggelamkan budaya, asal usul dan acuan masyarakat sendiri yang dikenali sebagai “orang timur” di mata dunia.

1.3 Objektif Kajian

Setiap kajian yang dijalankan mempunyai objektifnya yang tersendiri. Begitu juga dengan kajian yang dijalankan ini. Antara objektif untuk kajian ini ialah untuk mengkaji tahap kesedaran dan kefahaman remaja terhadap makna sebenar kempen yang telah dilancarkan oleh kerajaan ini. Ini bertujuan untuk mengukur pemahaman mereka terhadap budi bahasa dan kempen tersebut agar mereka lebih perihatin terhadap usaha kerajaan dan mengamalkan budaya tersebut dalam kehidupan seharian mereka. Objektif yang seterusnya adalah untuk mengkaji faktor-faktor kemerosotan akhlak remaja masa kini. Ini bertujuan untuk melihat pengaruh senario yang berlaku sekarang yang telah menggalakkan berlakunya masalah sosial dalam kalangan remaja masa kini.

Selain itu, objektif lain untuk kajian ini juga adalah mengkaji keberkesanan pengurusan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan melalui beberapa aktiviti dan program yang telah dijalankan untuk memartabatkan kempen budi bahasa ini kepada remaja.

Seterusnya pula adalah untuk mengkaji sambutan masyarakat khususnya remaja terhadap kempen dan promosinya. Ini bertujuan untuk melihat aspek pengurusan iaitu pelaksanaan dan

Referensi

Dokumen terkait