• Tidak ada hasil yang ditemukan

kenyataan media

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "kenyataan media"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

PR.KASA 42/2021

UNTUK SIARAN SEGERA 18 MEI 2021

1 KENYATAAN MEDIA

KEMENTERIAN ALAM SEKITAR DAN AIR

PELAKSANAAN PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PERKHIDMATAN NYAHENAP CEMAR) 2021

MAMPU MENGURANGKAN RISIKO PENCEMARAN SUMBER AIR

1. Dianggarkan terdapat 1.3 juta premis di Malaysia yang masih menggunakan tangki septik. 90% daripada pemilik premis ini tidak menyelenggara dan mengosongkan tangki septik secara berkala. Tindakan ini menyebabkan berlakunya pencemaran ke atas sumber air. Penyelenggaraan atau nyahenap cemar secara berjadual amat penting bagi melindungi masyarakat daripada terdedah kepada penyakit bawaan air seperti taun, hepatitis dan sebagainya.

2. Oleh itu, semua pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni mana-mana premis bersambung dengan tangki septik atau mempunyai tangki septik perlu melakukan nyahenap cemar secara berjadual berdasarkan kepada pewartaan “Peraturan- Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Perkhidmatan Nyahenap Cemar) 2021” yang telah berkuatkuasa mulai 30 Mac 2021. Kerja-kerja nyahenap cemar secara berjadual ini akan dilakukan oleh lndah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd.

3. Bagi memastikan peraturan baharu ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, notis pemberitahuan untuk melakukan kerja nyahenap cemar akan dikeluarkan secara berperingkat kepada pemilik premis mulai 1 Jun 2021. Jadual nyahenap cemar adalah seperti berikut:

i. tangki septik di dalam kawasan pengoperasian pihak berkuasa tempatan (PBT), nyahenap cemar dijadualkan setiap 2 tahun sekali; dan

ii. tangki septik yang terletak di luar sempadan mana-mana PBT, nyahenap cemar dijadualkan setiap 3 tahun sekali.

- Tamat -

Kementerian Alam Sekitar dan Air 18 Mei 2021

(2)

PR.KASA 42/2021

UNTUK SIARAN SEGERA 18 MEI 2021

2 MAKLUMAT TAMBAHAN

1. Pemilik tangki septik juga boleh mendapatkan perkhidmatan nyahenap cemar daripada IWK di luar penjadualan, sekiranya tangki septik memerlukan pengosongan yang lebih cepat daripada tarikh penjadualan asal.

2. Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai pelaksanaan “Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Perkhidmatan Nyahenap Cemar) 2021” ini, pemilik premis boleh menghubungi pihak IWK di talian:

i. 03-2780 1100;

ii. memuat turun apllikasi mudah alih IWK di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei AppGallery;

iii. melayari laman web www.iwk.com.my

Referensi

Dokumen terkait

Peningkatan rata-rata hasil dari dilakukannya kegiatan siklus I dan ke siklus II sebesar 26,09% dalam masing-masing indikator seperti indikator banyak benda, membilang dengan

World Health Organization, Western Pacific Regional Office http:// www.wpro.who.int/topics/influenza_h1n1_2009/en, accessed on 9 November 2010.. Global Alert and Response, World Health