• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kepimpinan Autentik Dalam Teknik Dan Vokasional (Tvet)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Kepimpinan Autentik Dalam Teknik Dan Vokasional (Tvet)"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

141

KEPIMPINAN AUTENTIK DALAM KONTEKS PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (TVET)

Azimah A. Samah, PhD

Jabatan Sains Sosial

IPG Kampus Pendidikan Teknik Kompleks Pendidikan Nilai Bandar Enstek, Negeri Sembilan azimahsamah@yahoo.com

PENGENALAN

Era perubahan yang semakin pesat dan tidak menentu mendesak pentadbiran sesebuah organisasi dipimpin oleh pemimpin yang memiliki ciri-ciri kepemimpinan yang unggul. Hal ini kerana pemimpin yang melakukan perubahan akan berhadapan dengan pelbagai cabaran, terdedah kepada persaingan dan konflik serta mewujudkan ketidakselesaan. Oleh itu, dalam melakukan perubahan pemimpin perlu mempunyai kekuatan intelektual dan ketajaman daya analisis bagi membina wawasan dan mampu menggariskan misi, visi dan matlamat yang jelas.

Pemimpin perlu melihat kepimpinan sebagai satu tanggungjawab dan amanah dan bukan satu keistimewaan yang melayakkan berada dalam kedudukan tinggi dalam hieraraki organisasi. Peranan pemimpin pendidikan hari ini perlu memberikan penekanan yang lebih kepada usaha untuk membentuk sifat manusia. Pemimpin pendidikan berhadapan dengan kumpulan manusia yang besar jumlah dan pelbagai ragamnya. Orang bawahannya terdiri daripada guru, staf dan pelajar daripada latar belakang yang berbeza. Dalam suasana ini, pemimpin perlu berkebolehan memimpin orang bawahannya menuju kepada matlamat yang sama dan menghasilkan kerja yang positif dan produktif serta berkewibawaan.

(2)

142

Untuk mencapai status negara maju seperti yang terkandung dalam wawasan 2020, usaha perlu dipergiatkan lagi bagi membangunkan pekerja berpengetahuan, iaitu berdaya saing, fleksibel, dinamik dan berorientasikan prestasi dan kecemerlangan. Menurut Fazlina (2008), bagi mewujudkan persekitaran yang menyokong pembangunan pekerja berpengetahuan sangat penting. Justeru itu, pembangunan budaya yang mengutamakan prestasi tinggi di semua peringkat daripada sekolah hingga ke tempat kerja perlu diberi penekanan.

Untuk menghasilkan pekerja yang berprestasi tinggi, tunggak kepimpinan juga mesti dipegang oleh individu yang berkaliber serta mampu mempengaruhi orang lain untuk mencapai misi dan visi sesuatu organisasi. Jika sesuatu organisasi mempunyai pemimpin yang cemerlang, organisasi tersebut mampu menghasilkan modal insan yang bertaraf antarabangsa yang mana sering diperkatakan dalam kalangan pemimpin-pemimpin di Malaysia. Pembangunan modal insan yang berkualiti juga mampu meningkatkan ekonomi negara seiring dengan negara-negara maju.

Autentik berasal dari bahasa Yunani bermaksud menjadi dirimu yang sesungguhnya (to thine own self be true). Menjadi diri sendiri adalah kata kunci autentik. Selain itu autentik juga melambangkan keperibadian terbuka bagi seseorang pemimpin terhadap orang lain, berlaku jujur dan melakukan setiap perkara dengan betul dan ikhlas.

Menurut Northhouse (2010), kepemimpinan adalah satu proses dimana seorang individu mempengaruhi sekelompok individu untuk mencapai tujuan bersama. Kepemimpinan juga adalah proses memotivasi sekelompok orang untuk berkolaborasi bersama untuk mencapai sesuatu yang hebat (Vroom dan Jago, 1988). Manakala Bishop (2013), menyatakan kepimpinan autentik adalah perkembangan tentang perilaku organisasi positif dan konteks organisasi positif, yang berfokus pada kekuatan dan kapasiti psikologi yang dapat diukur, dikembangkan dan dikelola secara efektif di tempat kerja. Kepimpinan autentik juga melambangkan keperibadian terbuka bagi seseorang pemimpin terhadap orang lain, berlaku jujur dan melakukan setiap perkara dengan betul. Pemimpin yang autentik

(3)

143

juga berpegang teguh kepada perjalanan hidupnya sendiri serta berkeupayaan untuk membuang sikap ego.

Menurut Gardner (2005), kepemimpinan autentik mempunyai kaitan rapat dengan etika dan kepemimpinan transformasi. Organisasi dan warganya memerlukan pemimpin yang autentik serta mempunyai idea transformasi supaya mereka dapat meningkatkan perubahan dalam mana-mana kapasiti yang mereka mainkan. Manakala Abdul Ghafar Mahmud (2011) telah menyenaraikan ciri-ciri penting bagi seorang pemimpin pendidikan yang berkesan di alaf baharu ini iaitu pemimpin yang mempunyai:

(i) keupayaan untuk membezakan kebenaran dan kebatilan;

(ii) keupayaan untuk berfikir dan bertindak berasaskan kebenaran, secara bijaksana, rasional dan lapang dada;

(iii) keupayaan untuk melaksanakan tanggungjawab, menyempurnakan kerja, menunaikan janji dan mengotakan ikrar sebagai pendidik;

(iv) keupayaan untuk menerima keunikan dan menghormati perbezaan dan pandangan orang lain;

(v) keupayaan bekerja secara sepasukan sebagai anggota organisasi;

(vi) keupayaan mengamalkan nilai-nilai dan prinsip- prinsip yang dianjurkannya dan mengotakan kata- katanya; dan

(vii) jujur, tulus dan bertanggungjawab terhadap tindak- tanduknya.

TEORI KEPIMPINAN DALAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (TVET)

Perspektif peribadi (The Personal Perspective)

Menurut Antonakis (2011), ciri keperibadian ialah dapat dilihat dan diukur, berbeza dengan individu lain, menunjukkan kestabilan dalam

(4)

144

menghadapi pelbagai situasi dan mempunyai sikap, keputusan dan tingkah laku yang boleh diramal.

Seterusnya ciri-ciri interpersonal, seperti sosial dan emosi yang tinggi, pintar, empati, diplomasi, responsif, bersikap terbuka terhadap kerjasama, penyelesaian konflik, komunikatif, kemampuan menanamkan komitmen, mempunyai

semangat berpasukan dan hubungan yang matang dan akhirnya mempunyai ciri-ciri pengurusan seperti kemampuan membuat keputusan, berorientasikan hasil, analitis, berwawasan, terbuka untuk berubah dan bersedia mengambil risiko (Yukl, 2002).

Dalam konteks kepemimpinan TVET individu tersebut perlu mempunyai kecerdasan kognitif tinggi atau mempunyai pengetahuan yang luas, bercita-cita tinggi, bertenaga, mempunyai inisiatif, kematangan emosi yang tinggi, mempunyai keyakinan diri, mempunyai karisma berkeyakinan, mempunyai kredibiliti, jujur, bertanggungjawab

dan mempunyai sifat humor.

Perspektif Fungsi (The Functional Perspective).

Perspektif fungsi adalah berkaitan fungsi kepimpinan serta melibatkan elemen behavioristik atau tingkahlaku. Aspek utama dalam perspektif fungsi adalah peranan kepimpinan terdiri daripada pelbagai peranan.

Peranan asas adalah pengurusan dan kepimpinan. Dalam kepimpinan perspektif fungsi pengurusan sebenar pengurusan pentadbiran, yang merangkumi kakitangan dan perancangan operasi, pelaporan, penilaian dan sebagainya.

Oleh itu dalam konteks kepimpinan TVET dari segi perspektif fungsi, seseorang pengurus perlu berperanan dalam mencari maklumat dan membuat keputusan serta berhubung dengan pelbagai pihak. Selain itu ia juga perlu memanafaatkan setiap aktivit bersama dengan orang bawahan.

(5)

145

Perspektif Institusi (The Institutional Perspective)

Faktor utama dalam perspektif institusi adalah tumpuan dari pengurusan dalam organisasi. Pemimpin TVET yang hebat akan memikirkan bagaimana untuk menaikkan nama institusi dari segi hubungan serta rangkaian dengan agensi luar. Selain itu kepimpinan institusi juga menekankan kemampuan menggerakkan orang bawahan. Menurut Podolny (2010), peranan kepemimpinan untuk berubah organisasi menjadi institusi dengan memasukkan organisasi dengan nilai dan mewujudkan organisasi yang berbeza identiti dan rasa tujuan yang sebenarnya diinternalisasi oleh ahli organisasi sangat bermakna.

Perspektif Situasi (The Situational Perspective)

Menurut Yukl (2002), pemimpin yang berkesan terus membaca keadaan dan menilai bagaimana menyesuaikan tingkah laku mereka dengan keadaan. Mereka perlu fleksibel dan inovatif dalam menyesuaikan diri dengan keadaan keadaan yang sentiasa berubah.

Dalam konteks kepimpinan TVET situasi yang dimaksudkan adalah dengan mengambil kira perkembangan semasa terutama berkaitan pengurusan bengkel, peralatan dan mesin supaya keadaan ini selari dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0.

Perspektif Hubungan (The Relational Perspective)

Menurut Hosking (2011), seseorang pemimpin perlu memberi tumpuan terhadap individu dalam organisasi serta mengambil tahu tentang perkembangan individu tersebut. Dalam konteks pemimpin TVET, hubungan antara pemimpin dengan orang bawahan perlu ada hubungan yang baik serta mesra antara satu sama lain. Ini akan menjadikan organisasi atau jabatan menjadi lebih kuat dari segi fungsi. Pemimpin juga tidak boleh memberikan tumpuan hanya pada seseorang individu sahaja sebalik tumpuan harus diberikan kepada semua individu di dalam sesebuah organisasi tersebut.

Perspektif Posisi (The Positional Perspective)

Perspektif posisi adalah kedudukan dari mana pemimpin tersebut menjalankan pengaruh serta mempunyai hubungan dengan orang,

(6)

146

proses, situasi, produk, struktur, budaya dan sebagainya. Tumpuan perlu diberikan kepada kepimpinan serta dapat menggunakan kuasa dan pengaruh ditempat yang betul. Menurut Clegg (2006), perspektif posisi adalah proses integrasi dalam komunikasi serta mempunyai hubungan interpersonal yang baik terhadap semua individu serta bijak menggunakan kedudukan dalam pelbagai posisi demi memajukan sesebuah organisasi.

KESIMPULAN

Pengkaji-pengkaji kepimpinan sebelum ini telah mengemukakan pelbagai teori dan model kepimpinan yang dikatakan berkesan.

Secara amnya pendekatan kepada kajian kepimpinan dibahagikan kepada empat kumpulan besar iaitu teori sifat (traits), teori tingkah laku (behavioral), teori kepimpinan kontingensi dan situasi, dan teori- teori pendekatan kepimpinan baharu yang antaranya merangkumi kepimpinan transaksional, pengajaran dan transformasional. Walau bagaimanapun, sejak 3 kebelakangan ini pengkaji-pengkaji Barat sudah mula menunjukkan kecenderungan dan minat mereka untuk melihat semula kepimpinan daripada aspek manusiawi yang lebih menyeluruh dan bukannya hanya berasaskan pemikiran rasional semata-mata.

Kenyataan ini selaras dengan pendapat Peters dan Waterman (1982) dalam Shamsudin Haron (2011) yang menjelaskan bahawa kepimpinan masa kini perlu menerapkan elemen soft stuff iaitu elemen penting yang melibatkan nilai-nilai bersama, gaya serta kemahiran kepimpinan yang mencakupi aspek kemanusiaan yang positif dan tidak terhad kepada konteks body mind semata-mata. Tambahan pula, beberapa kajian di Barat juga secara jelas telah menyentuh aspek dalaman (inner-self) pemimpin itu sendiri dalam usaha untuk menggerakkan perubahan dalam organisasinya.

Hal ini telah dinyatakan secara jelas oleh Julie Orlov (2000) dalam Shamsudin Haron (2011) yang menyebut, "The blind spot in leadership is not in what we know - not in what leaders do and how

(7)

147

they do it - but the who we are, and the inner place or source form where we operate, both individually and collectively, and the processess through which we translate that inner action into the world". Berdasarkan pernyataan di atas, jelas menggambarkan kepimpinan pada masa kini bukan hanya bergantung kepada apa dan bagaimana seseorang pemimpin itu bertindak bahkan kepimpinan juga perlu dilihat dari aspek dalaman atau inner-self pemimpin itu sendiri. Justeru, pemimpin pada hari ini bukan sahaja perlu mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran semata bahkan apa yang lebih penting adalah persiapan dalaman yang meliputi aspek psikologikal, kerohanian, emosi dan spiritual. Malahan bukan itu sahaja, pemimpin juga adalah mereka yang membetulkan dirinya terlebih dahulu sebelum membetulkan orang lain, pemimpin adalah mereka yang percaya kepada keupayaan dirinya, pemimpin adalah mereka yang bersiap sedia mempertahankan kebenaran dan hak individu di bawahnya demi kepentingan organisasi dan pemimpin adalah mereka yang bertindak selaras dengan apa yang diungkapkannya (Avolio et. al. 2004).

Kepimpinan yang baik dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET) dapat menggarap serta menghubungkan pelbagai persepktif iaitu perspektif peribadi, perspektif fungsi, perspektif institusi, perspektif situasi, perspektif hubungan dan perspektif posisi dalam satu satu masa supaya sesuatu organisasi atau jabatan menjadi lebih berdaya maju dan berdaya saing.

RUJUKAN

Abdul Ghafar Mahmud. (2011). Haluan Kerja Pendidikan:

Merealisasikan Agenda Transformasi Pendidikan Negara.

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Antonakis, J. (2011). Predictors of Leadership: The Usual Suspects and the Suspect Traits, in: A. Bryman, (ed.). The Sage Handbook of Leadership. Los Angeles: Sage.

(8)

148

Bishop, William H. (2013). Defining the Authenticity in Authentic Leadership. The Journal of Values-Based Leadership, 6(1), 1-8

Chatman, J. A., & Kennedy, J. A. (2010). Psychological perspectives on leadership. US: Harvard Busness Press.

Clegg, S. R., D. Courpasson and N. Phillips. (2006). Power and Organizations. London: Sage.

Fazlina Yunus, (2008). Kepimpinan Autentik dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional di Politeknik. UTHM.

Gardner, W.L., Avolio, B.J., Luthans, F., May, D.R., & Walumbwa, F.O. (2005). “Can you see the real me?” A self-based model of authentic leader and follower development. The Leadership Quaterly, 16, 343-372.

Hosking, D. M. (2011). Moving Relationality: Meditations on a Relational Approach to Leadership, in: A. Bryman, (ed.). (2011).

The Sage Handbook of Leadership. Los Angeles: Sage.

Northouse.P. G (2010). Leadership: Theory and Practice, Fifth Edition. Thousand Oaks, California: SAGE Publication.

Podolny, J. M, R. Khurana, and M. L. Besharov. (2010). Revisiting the Meaning of Leadership, in: N. Nohria, and R. Khurana, (eds.).

(2010). Handbook of Leadership Theory and Practice. Boston:

Harvard Business School Press.

Robinson. S, O’Dea. V, (2014). Authentic Leadership to thine own self be true. Article Insight.

Vroom, V. H., and A. G. Jago. (1988). The New Leadership: Managing Participation in Organizations. Englewood Cliffs: Prentice-Hall.

Yukl, G. (2002). Leadership in Organizations. Upper Saddle River:

Prentice-Hall.

Referensi

Dokumen terkait

Pengesahan dilakukan bersama pakar pada setiap empat pusingan soal selidik untuk mendapatkan item-item yang mempunyai kesepakatan tinggi dalam kalangan pakar dengan menggunakan

Kajian kes mengenai Iatar belakang pendidikan teknik dan vokasional (PTV) usahawan kecil Bumiputera Parit Raja dan keperluannya dalam perniagaan yang diceburi adalah bertujuan

Dapatan kajian yang diperoleh bagi persoalan kajian ini menunjukkan tahap amalan kemahiran komunikasi (Communication Skills) oleh guru pelatih Aliran Teknik dan Vokasional,

Berdasarkan hasil analisis data mengenai penerapan teknik modelling terhadap keterampilan vokasional dalam membuat keset untuk siswa tunagrahita ringan dapat dianalisis

Oleh demikian adalah penting untuk memastikan bahawa keusahawanan diserapkan ke dalam pendidikan vokasional dan budaya keusahawanan dipupuk melalui sistem pendidikan teknik

Sementara itu, ekonomi dan faktor persekitaran iaitu bahasa politik memberi pengaruh yang kuat dalam hubungkait kepimpinan dan gender, manakala faktor persekitaran iaitu

Tatakaedah kajian menggunakan Teknik Delphi yang temu bual bersama tujuh orang pakar bidang pendidikan vokasional telah dijalankan bagi memperoleh kesepakatan

Tujuan Laporan ini dibuat adalah untuk menganalisis kekuatan dan kelemahan pencapaian mata pelajaran Teknik dan Vokasional dalam Peperiksaan Setengah Tahun