• Tidak ada hasil yang ditemukan

Keresahan dan Kebimbangan dalam Bahasa Kedua serta

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Keresahan dan Kebimbangan dalam Bahasa Kedua serta"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Keresahan dan Kebimbangan dalam Bahasa Kedua serta Hubungannya dengan Kemahiran Bertutur Murid (Students’ Anxiety in Second Language and its Relationship with

Students' Speaking Skills)

Nurulhayani Muhamad Sepian1*, Shahlan Surat1, Saemah Rahman1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor, Malaysia

*Pengarang Koresponden: [email protected]

Received: 25 April 2023 | Accepted: 20 June 2023 | Published: 30 June 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.2.14

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Pembelajaran bahasa kedua terutamanya Bahasa Inggeris sering menjadi kebimbangan dan keresahan para murid di Malaysia. Satu kajian tinjauan telah dijalankan untuk mengkaji hubungan di antara keresahan dan kebimbangan bahasa kedua murid dengan kemahiran bertutur. Seramai 370 orang murid tahun 5 sekolah rendah telah dipilih sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif dan inferensi dengan menggunakan kaedah kuantitatif bagi tujuan pengutipan data. Instrumen tahap keresahan dan kebimbangan bahasa kedua di adaptasi daripada ‘Foreign Languange Classroom Anxiety Scale’ oleh Horwitz et al (1986) dan ujian lisan Cambridge peringkat B1 telah digunakan.

Dapatan kajian menunjukkan tahap keresahan dan kebimbangan bahasa kedua murid berada di tahap sederhana (min=2.8) dan tahap kemahiran bertutur bahasa kedua murid berada di tahap sederhana tinggi(min=3.37). Keseluruhannya, kajian ini mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara keresahan dan kebimbangan bahasa kedua dengan kemahiran bertutur bahasa kedua murid (r=0.440). Oleh itu, melalui kajian ini, diharapkan keresahan dan kebimbangan bahasa kedua dapat dikurangkan sekaligus membantu meningkatkan kemahiran bertutur bahasa kedua murid. Pendidik juga boleh menghasilkan teknik atau kaedah yang sesuai bagi meningkatkan lagi kemahiran bertutur bahasa kedua murid.

Kata kunci: keresahan dan kebimbangan bahasa kedua, kemahiran bertutur bahasa kedua, sekolah rendah

Abstract: Learning a second language, especially English, is often the concern and worry for students in Malaysia. A survey study was conducted to examine the relationship between students' second language anxiety and speaking skills. A total of 370 year 5 primary school students were selected as study respondents. This study uses a descriptive and inferential approach by using quantitative methods for the purpose of data collection. Second language anxiety and anxiety level instruments adapted from the 'Foreign Language Classroom Anxiety Scale' by Horwitz et al (1986) and Cambridge oral test level B1 were used. The findings of the study show that the level of students’ second language anxiety is at a moderate level(min=2.8) and the level of students’ second language speaking skills is at a medium-high level(min=3.37).

Overall, this study found that there is a significant relationship between second language anxiety and students' second language speaking skills(r=0.440). Therefore, through this study, it is hoped that anxiety of the second language can be reduced while helping to improve the students' speaking skills in second language. Educators can also produce appropriate techniques or methods to further improve students' speaking skills in second language.

(2)

Keywords: Second language anxiety, second language speaking skill, primary school.

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Sistem pendidikan negara hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk melahirkan murid yang serba boleh dan berdaya saing secara global. Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang utama digunakan oleh masyarakat antarabangsa dalam pelbagai urusan. Demi melahirkan murid yang mampu bersaing di medan global, semua murid diwajibkan mempelajari Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Menurut Gill (2002), adalah umum diketahui peranan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sistem pendidikan di Malaysia. Bahasa Inggeris telah wujud di dalam sistem pendidikan Malaysia sebelum era kemerdekaan lagi. Laporan Rahman Talib 1960 telah mencadangkan sistem pendidikan menggunakan dwibahasa sebagai medium penyatuan bangsa di Malaysia.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha unuk memantapkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Pelan pembangunan pendidikan Malaysia (PPPM) telah menggariskan enam aspirasi murid dalam usaha untuk bersaing secara global. Di antaranya ialah murid perlu menguasai kemahiran dwibahasa.

Setiap kanak-kanak akan menguasai Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan serta Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa sekurang- kurangnya pada tahap minima. Selain daripada itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia juga telah merancang 11 anjakan yang sesuai bagi menaiktaraf kualiti pendidikan murid.

Anjakan kedua transformasi ialah memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan.

Selain itu, satu program dasar iaitu High Immersive Programme atau lebih dikenali sebagai HIP juga merupakan salah satu usaha kerajaan untuk memantapkan lagi kemahiran bahasa kedua iaitu Bahasa Inggeris dalam kalangan murid. High Immersive Programme (HIP) merupakan sebuah program yang diperkenalkan di bawah dasar MBMMBI yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid melalui pendedahan yang lebih tinggi kepada bahasa tersebut di sekolah.

2. Pernyataan Masalah

Hasil daripada pembelajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, murid mengalami keresahan dan kebimbangan bahasa kedua. Menurut Mak (2011); Hashemi & Abbasi (2013), kebimbangan penutur bahasa asing dan bahasa kedua adalah antara topik yang paling kerap dibincangkan oleh penyelidik dan pendidik kerana ia memberi kesan negatif terhadap prestasi murid dan keupayaan mereka untuk bertutur dengan baik dalam bahasa sasaran. Hal ini menunjukkan bahawa kebimbangan dan keresahan bahasa kedua merupakan masalah global yang memberi kesan negatif kepada murid dan murid pelbagai peringkat umur. Di negara kita, keresahan dan kebimbangan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua telah di alami murid bandar mahupun luar bandar. Kebimbangan Bahasa Inggeris wujud tanpa mengira persekitaran demografi murid (Tuan Muhammad Hanif dan Faizah ,2021).

(3)

Disebabkan wujudnya permasalahan keresahan dan kebimbangan Bahasa kedua ini, kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji hubungan di antara keresahan dan kebimbangan bahasa kedua murid dengan kemahiran bertutur. Objektif kajian ini adalah untuk:

i. Mengenal pasti tahap keresahan dan kebimbangan bahasa kedua murid ii. Mengenal pasti tahap kemahiran bertutur murid dalam bahasa kedua

iii. Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan di antara keresahan dan kebimbangan bahasa kedua murid dengan kemahiran bertutur.

3. Tinjauan Literatur

Keresahan Dan Kebimbangan Bahasa Kedua

Horwitz et al. (1986) menggariskan bahawa keresahan dan kebimbangan adalah perasaan ketegangan yang subjektif, keresahan, kegelisahan, dan kebimbangan yang berkaitan dengan rangsangan autonomi sistem saraf. Kebimbangan nampaknya berkaitan dengan situasi yang berpotensi berlaku itu belum berlaku tetapi masih menimbulkan kebimbangan dan ketakutan.

Menurut McIntyre (1998), kebimbangan dan keresahan bahasa kedua ialah kebimbangan dan reaksi emosi negatif yang timbul semasa belajar atau menggunakan bahasa kedua. Murid yang mengalami emosi negatif seperti sedih, marah dan tertekan semasa sesi pembelajaran dan pengajaran merupakan murid yang mengalami keresahan kebimbangan bahasa kedua. Cheng (2001) pula menyatakan bahawa kebimbangan bahasa kedua merujuk kepada perasaan tegang dan gementar yang dialami oleh pelajar bahasa kedua semasa mengunakan Bahasa Inggeris.

Mereka kebiasannya berasa gementar dan takut melakukan untuk melakukan kesilapan.

Pelajar bahasa Inggeris yang berasa tertekan di dalam bilik darjah kerana mereka biasanya malu atau takut melakukan kesilapan semasa berkomunikasi dalam bahasa sasaran.

Bagi kajian ini, keresahan dan kebimbangan bahasa kedua didefinisikan sebagai kerisauan dan reaksi emosi negatif yang muncul semasa mempelajari atau menggunakan bahasa kedua.

Antara emosi negatif yang dialami oleh murid ialah gementar, kecewa, tertekan,takut dan malu. Murid juga tidak berasa yakin dengan diri dan tidak selesa semasa pembelajaran dan pengajaran bahasa kedua.

Kemahiran Bertutur

Menurut Chaney (1998), bertutur ialah proses membuat dan berkongsi makna dengan menggunakan simbol lisan dan bukan lisan dalam konteks yang berbeza. Bagi kajian ini, kemahiran bertutur didefinisikan sebagai kemahiran lisan. Ia merupakan kemahiran penghasilan perkataan dan ayat secara lisan. Dengan bertutur, murid boleh berkomunikasi dengan orang lain secara langsung atau secara tidak langsung. Untuk bertutur, murid perlu menghasilkan komponen bahasa tertentu seperti tatabahasa, kosa kata dan kecekapan berkomunikasi.

4. Metodologi Kajian

Metodologi merupakan aspek yang perlu diberi perhatian bagi mendapatkan hasil kajian yang baik dan boleh dipercayai. Kaedah-kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Reka bentuk kajian yang digunakan untuk kajian ini ialah kajian kuantitatif. Kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif dengan menggunakan kaedah kuantitatif bagi tujuan pengutipan data. Soal selidik sebagai instrumen yang sesuai kerana amat berkesan dalam kajian yang berbentuk tinjauan selain daripada itu ia juga dapat mengumpulkan maklumat dengan cepat. Bagi menganalisa data yang diperolehi, penyelidik menggunakan perisian Special Package for the Social Statistic (SPSS) for Window versi 22.

(4)

Populasi bagi kajian ini ialah murid tahun 5 sekolah rendah di daerah Pasir Gudang, Johor.

Jumlah populasi terkini ialah 10,999 orang murid. Sampel bagi kajian ini ialah 370 orang murid tahun 5 di 7 buah sekolah rendah di Pasir Gudang, Johor. Kaedah persampelan yang digunakan dalam kajian ini ialah persampelan secara rawak.

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah orang soal selidik dan juga ujian lisan.

Bagi mengenalpasti tahap keresahan dan kebimbangan bahasa kedua, kajian ini akan menggunakan borang soal selidik yang akan diedarkan kepada murid tahun 5 sekolah rendah yang telibat. Instrumen untuk mengenalpasti tahap keresahan dan kebimbangan bahasa kedua ini di adaptasi daripada ‘Foreign Languange Classroom Anxiety Scale’ oleh Horwitz et al (1986). Instrumen ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan juga bahagian B. Bahagian A adalah maklumat demografi. Bahagian ini mengumpul latar belakang responden iaitu jantina, bangsa dan juga agama. Bahagian B pula merupakan mengandungi 33 item yang perlu dijawab dalam 5 skala likert. Bagi mengenalpasti tahap kemahiran bertutu murid dalam bahasa kedua, kajian ini akan menggunakan ujian lisan Cambridge peringkat B1 yang akan diedarkan kepada murid tahun 5 sekolah rendah yang terlibat.

Prosedur kajian dimulakan dengan pemilihan tajuk kertas projek, perbincangan dengan penyelia. Kemudian permohonan untuk menjalankan soal selidik dimohon. Soal selidik diedarkan kepada responden secara rawak. Responden diberi penerangan yang jelas dan masa yang secukupnya bagi menjawab soalan soal selidik yang diberikan. Segala maklumat dan informasi responden adalah dirahsiakan dan digunakan untuk kajian ini sahaja.

Maklumat daripada responden yang dikumpulkan kemudiannya di analisa dengan menggunakan Special Package for the Social Statistic (SPSS) for Windows version 27. Dalam kajian yang dijalankan ini, dua jenis statistik digunakan untuk menganalisis data kajian ni iaitu analisis statistik deskriptif dan juga analisis statistik inferensi.

5. Dapatan Kajian Dan Perbincangan

Kajian ini melibatkan 370 orang murid tahun lima dari sekitar daerah Pasir Gudang, Johor.

Jadual dibawah telah menerangkan tentang latar belakang responden secara lebih mendalam.

Jadual 5.1: Demografi Responden Kajian

Maklumat Responden Frekuensi/ Kekerapan Peratusan (%) Jantina

Lelaki 118 44.7

Perempuan 146 55.3

Bangsa

Melayu 253 95.8

Cina 2 0.8

India 6 2.3

Lain-lain 3 1.1

Agama

Islam 252 95.8

Kristian 5 1.9

Buddha 2 0.8

Hindu 4 1.5

Lain-lain 0 0

(5)

Berdasarkan jadual 5.1 di atas, seramai 253 orang murid atau 95.8% adalah kaum Melayu.

Kaum Cina seramai 2 orang (0.8%), Kaum India 6 orang murid (2.3%) dan diikuti dengan lain-lain kaum seramai 3 orang (1.1%).

Dapatan kajian mengenai tahap kemahiran bahasa kedua murid diinterpretasikan dengan menggunakan skala likert 5 poin Nunnaly dan Bernstein (1994) seperti dalam Jadual 5.2 di bawah.

Jadual 5.2: Interpretasi Skor Min Skala Likert Empat Poin

Skor Min Tahap

1.00 – 2.00 Rendah

2.01 – 3.00 Sederhana Rendah

3.01 – 4.00 Sederhana Tinggi

4.01 – 5.00 Tinggi

Tahap Keresahan Dan Kebimbangan Bahasa Kedua

Hasil daripada analisa deskriptif, tahap skor min bagi tahap keresahan dan kebimbangan bahasa kedua murid ialah m= 2.86 manakala sisihan piawai pula sp=0.57. Dapatan menunjukkan bahawa tahap keresahan dan kebimbangan bahasa kedua murid berada pada tahap sederhana rendah. Jadual dibawah menunjukkan tahap keresahan dan kebimbangan bahasa kedua murid.

Jadual 5.3: Tahap Keresahan Dan Kebimbangan Bahasa Kedua

Min Sisihan Piawai Tahap

Keresahan dan kebimbangan bahasa kedua 2.86 0.57 Sederhana Rendah

Analisis menunjukkan bahawa murid mengalami keresahan dan kebimbangan bahasa kedua, namun hanya di tahap sederhana rendah. Kebimbangan dan keresahan bahasa kedua yang dialami oleh murid tidaklah terlalu mebimbangkan, memandangkan ianya cuma berada di tahap sederhana rendah. Namun sekiranya tidak dibendung dengan lebih awal, keresahan dan kebimbangan bahasa kedua murid boleh meningkat kepada tahap tinggi. Oflaz (2019) menyatakan selepas tahap kebimbangan pelajar di pembelajaran bahasa dikesan, Kaedah Tindak Balas Fizikal Keseluruhan telah digunakan untuk mengurangkan kebimbangan bercakap, untuk menyokong pembelajaran bahasa dengan tindakan, dan untuk memastikan pembelajaran melalui latihan dan pengalaman. Kaedah Tindak Balas Fizikal Keseluruhan Oflaz (2019) ini boleh diguna pakai oleh guru dan pendidik bagi membantu mengurangkan keresahan dan kebimbangan bahasa kedua murid.

Tahap Kemahiran Bertutur Bahasa Kedua

Hasil daripada analisa deskripif, tahap skor min bagi tahap kemahiran bertutur bahasa kedua murid ialah m=3.37 manakala sisihan piawai pula sp=0.87. Dapatan menunjukkan bahawa tahap kemahiran bertutur bahasa kedua murid berada pada tahap sederhana tinggi.

Jadual 5.4: Tahap Kemahiran Bertutur Bahasa Kedua

Min Sisihan Piawai Tahap

Kemahiran bertutur bahasa kedua 3.37 0.87 Sederhana Tinggi

Kemahiran bertutur bahasa kedua yang dimiliki murid adalah bagus kerana hasil analisis menunjukkan tahap yang sederhana tinggi. Kemahiran bertutur bahasa murid boleh diperbaiki sedikit lagi mencapai tahap yang tinggi. Dengan kecekapan, kemahiran dan ilmu yang dimiliki

(6)

oleh guru dan juga pendidik di sekolah mampu memantapkan lagi kemahiran bertutur bahasa kedua murid. Horwitz et al. (1986) menganggap bahawa pendidik boleh membantu pelajar menghadapi kebimbangan atau mewujudkan suasana bilik darjah tanpa tekanan. Sehubungan dengan perkara ini, Young (1990) mendapati bahawa sikap pengajar seperti: membenarkan pelajar menjawab secara sukarela daripada memanggil mereka untuk menjawab; dan tenang, peramah, sabar, dan rasa yang baik personaliti humor, oleh bahagian pengajar, menyumbang kepada menurunkan kebimbangan.

Hubungan Di Antara Keresahan Dan Kebimbangan Bahasa Kedua Dengan Kemahiran Bertutur Bahasa Kedua.

Hasil analisis mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara keresahan dan kebimbangan bahasa kedua dengan kemahiran bertutur bahasa kedua murid (r=0.440, p=.000). Melalui analisis statistic inferensi yang telah dijalankan, hasil ujian korelasi Pearson mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara keresahan dan kebimbangan bahasa kedua dengan kemahiran bertutur murid (p<0.005). Maka hipotesis null (H0) bagi kajian ini ditolak. Manakala kekuatan hubungan antara kedua-dua pembolehubah tersebut mempunyai hubungan korelasi sederhana kuat.

Jadual 4: Nilai Pekali Korelasi Pearson Keresahan dan kebimbangan bahasa

kedua (r)

Signifikan (p<0.05)

Hubungan

Kemahiran bertutur

bahasa kedua 0.440 0.00 Sederhana Tinggi

Hal ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang penting di antara keresahan dan kebimbanganbahasa kedua murid dengan kemahiran bertutur murid. Semakin tinggi tahap tahap keresahan dan kebimbangan bahasa kedua murid, semakin rendah kemahiran bertutur bahasa kedua murid. Al-Shboul et al. (2013) juga telah membuat kesimpulan bahawa terdapat hubungan negatif antara ‘self-profiency’ dengan kebimbangan. Murid yang tidak menganggap diri mereka mahir dalam bahasa Inggeris mengalami tahap yang tinggi dalam kebimbangan dan sebaliknya.

6. Kesimpulan

Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa keresahan dan kebimbangan bahasa kedua mempunyai impak terhadap kemahiran bertutur bahasa kedua murid. murid yang mempunyai keresahan dan kebimbangan bahasa kedua akan mengalami gangguan semasa bertutur dalam bahasa tersebut. Dapatan juga menunjukkan murid mempunyai kemahiran bertutur bahasa kedua yang sederhana tinggi, namun akibat daripada keresahan dan kebimbangan bahasa kedua yang di alami oleh murid, murid tidak dapat bertutur dengan baik semasa ujian dijalankan.

Kajian seperti ini memberikan impak yang besar terhadap dunia pendidikan. Hal ini kerana, keresahan dan kebimbangan bahasa kedua ini sering berlaku terhadap murid tidak mengira bahasa dan bangsa. Guru dan juga pendidik sering memikirkan punca dan faktor kemahiran bertutur bahasa kedua murid. Apabila hubungan di antara keresahan dan kebimbangan bahasa kedua murid dengan kemahiran bertutur bahasa kedua murid dapat dibuktikan, maka mereka dapat membantu murid dengan lebih optimum. Pembelajaran dan pengajaran guru dapat disusun mengikut tahap keresahan dan kebimbanagn bahasa kedua murid. Pendidik juga boleh

(7)

menghasilkan teknik atau kaedah yang sesuai bagi meningkatkan lagi kemahiran bertutur bahasa kedua murid seperti menggunakan teknologi maklumat seiring dengan zaman teknologi yang semakin pesat membangun.

Kajian lanjutan juga boleh dilakukan bagi kajian ini bagi memastikan keresahan dan kebimbangan bahasa kedua murid dapat diatasi dengan lebih baik. Antara cadangan yang sesuai bagi kajian lanjutan ialah menggunakan lebih ramai sampel kajian dari pelbagai latar belakang. Di dalam kajian ini, pengkaji menggunakan sampel yang tidak meluas latar belakangnya. Latar belakang sampel juga mungkin memainkan peranan yang penting dlam keresahan dan kebimbangan bahasa kedua murid ini. Selain itu, instrumen yang lebih sesuai untuk mengukur tahap kemahiran bertutur Bahasa kedua murid juga diperlukan. Di dalam kajian ini, pengkaji menggunakan ujian lisan Cambridge B1 untuk mengkaji tahap kemahiran bertutur bahasa kedua murid. Namun semasa ujian dijalankan, ada beberapa orang sampel memaklumkan bahasa mereka sebenarnya mempunyai kemahiran bertutur bahasa kedua yang baik. Disebabkan oleh keresahan yang melanda apabila mendengar ianya suatu ujian, sampel- sampel ini terus merasa gugup dan gementar menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan dengan bail. Kesimpulannya, kajian lanjutan seterusnya perlulah mengambil kira pelbagai faktor bagi memastikan kajian yang dijalankan dapat memberi manfaat kepada murid.

Rujukan

Al-Shboul, M., Ahmad, I., Nordin, M., & Rahman, Z. 2013. Foreign language anxiety and achievement: Systematic review. International Journal of English Linguistics, 32-45.

Chaney, A. 1998. Teaching Oral Communication in Grades K-8. USA. A Viacom Company.

Cheng, Y.S. 2001. “Learners’ beliefs and second language anxiety.” Concentric: Studies in English Literature and Linguistics 27 (2): 209–223. Retrieved from http://www.concentriclinguistics.url.tw/ch/upload/articlesfs91402102553135620.pd f

Djafri, F., & Wimbarti, S. 2018. Measuring foreign language anxiety among learners of different foreign languages: In relation to motivation and perception of teacher’s behaviors. Asian-Pacific Journal of Second and Foreign Language Education, 3(1), 1-15.

Hashemi, M., & Abbasi, M., 2013. The Role of the Teacher in Alleviating Anxiety in Language Classes. International Research Journal of applied and Basic Sciences, 4(3), 640-646

Horwitz, E.K., Horwitz, M.B., Cope, J., 1986. Foreign language classroom anxiety. Modern Language Journal, 70 (2), 125–132.

MacIntyre, P. D., Noels, K. a, & Clément, R. 1998. Biases in self-ratings of second language proficiency: The Role of Language Anxiety. Language Learning, 47(2), 265–387 Mak, B. 2011. An Exploration of speaking-in-class anxiety with Chinese ESL learners Nunnally, J. C., & Bernstein, I. H. 1994. Psychometric theory. New York: McGraw Hill.

Oflaz,A. 2019. The foreign language anxiety in learning german and the effects of total physical response method on students’ speaking skill. Journal of Language and Linguistic Studies, 15(1), 70-82.

Tuan Muhammad Hanif, Faizah Idrus. 2021. Profiling English Language learning anxiety among selected rural area secondary school students in Malaysia: a case study.

International Journal of English Language Teaching.

Young, D. J. 1990. An Investigation of Students' Perspective on Anxiety and Speaking.

Foreign Language Annals, 539-567.

Referensi

Dokumen terkait

Daripada permasalahan yang telah dikenalpasti, penyelidik merasakan adalah penting untuk mengkaji tahap kemahiran membaca, bertutur, mendengar dan menulis dalam

Persoalan kajian: Adakah terdapat tahap korelasi yang tinggi dan signifikan antara kebimbangan ujian, motivasi ekstrinsik dan intrinsik dalam kalangan pelajar kursus bahasa Arab

Kemahiran bertutur pula merujuk keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan

Tokoh-tokoh Islam di atas mengutarakan pelbagai kaedah untuk merawat tekanan, ketakutan, kemurungan, kebimbangan atau pelbagai penyakit lain, namun sepanjang kajian

Kajian ini dijalankan bagi menjawab soalan kajian: (1) apakah pandangan murid terhadap kemampuan pendekatan pembelajaran bahasa secara holistik meningkatkan

Kajian bertujuan untuk mengenal pasti gaya dan strategi pembelajaran yang digunakan oleh pelajar Perancis dalam menguasai kemahiran bertutur, mendengar, menulis dan membaca

Untuk itu, kajian mengenai kebimbangan bahasa dan kaitannya dengan amalan kerohanian adalah penting untuk dilaksanakan bagi membantu pelajar, guru dan ibu bapa dalam

Bagi Menjalankan kajian bertajuk Penguasaan Murid terhadap Kemahiran Penyelesaian Masalah Dalam Pembelajaran Matematik tahun 6 Di Sekolah Rendah seramai 60 orang