• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGUASAAN MURID TERHADAP KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 6 DI SEKOLAH RENDAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENGUASAAN MURID TERHADAP KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 6 DI SEKOLAH RENDAH"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

126

PENGUASAAN MURID TERHADAP KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 6 DI

SEKOLAH RENDAH Tangama a/p Andey

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Matematik merupakan mata pelajaran teras yang amat penting di sekolah. Kegagalan pelajar dalam menguasai matematik banyak dipengaruhi oleh kelemahan memahami konsep dan kemahiran penyelesaian masalah. Oleh itu proses pengajaran dan pembelajaran matematik melibatkan kefahaman konsep dan penguasaan dalam kemahiran aktiviti penyelesaian masalah. Penyelesaian masalah berbentuk ayat merupakan masalah yang biasa dihadapi oleh pelajar-pelajar sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Kajian telah dibuat kepada pelajar-pelajar Tahun Lima di sebuah sekolah untuk menganalisis pola kesilapan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar tersebut. Kajian ini menggunakan temubual seperti yang dicadangkan dalam Prosedur Newman. Keputusan menunjukkan pelajar-pelajar banyak membuat kesilapan dalam pemahaman ayat dan mentransformasikan masalah kepada ayat matematik. Di samping itu terdapat juga kesilapan lain seperti kemahiran proses, enkoding dan kecuaian. Di sini guru-guru perlu mengentahui pola-pola kesilapan dan kesalahan pelajar dalam penyelesaian masalah matematik. Ini dapat membantu pelajar meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran tersebut. Di samping itu guru-guru juga perlu mengetahui penguasaan kemahiran penyelesaian masalah oleh seseorang pelajar pada umumnya bergantung kepada faktor bahasa, resos matematik, kepercayaan, heuristik dan kawalan.

ABSTRACT

Mathematic has been an important subject in school.Pupils fail to acquire the skills in Mathematic due to not understanding the concept and not acquiring the problem solving techniques.To add on that the teaching and learning of mathematics involves understanding the concept and problem solving skills.

Problem solving which involves sentences is a basic type of problem which faced by primary and secondary students.A research has been carried out with year 6 pupils in a school to analyse the mistakes done by the pupils.In this research an interview method by Newman Procedure was used.

The result shows that students make most mistaken when coming to understanding sentences and transforming problems into Mathematical sentence.Besides that there are other mistakes such as processing skills,encoding and carelessness.Here,teachers need to know the types of mistakes mode and pupils mistakes in solving Mathematical Problem.This can help improve students performance in Mathematics .Moreover , teachers should know that to acquire the problem solving skills,the students depend on language factors,Mathematical resources,trust,heuristic and control.

(2)

127 PENGENALAN

Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan bagi menangani cabaran pada abad ke – 21 ini untuk menghasilkan pendidikan yang kualitinya bertaraf dunia (Kementerian Pendidikan 2001) bagi meningkatkan kualiti pula, banyak perubahan telah dilakukan kepada sistem pendidikan negara. Ini termasuklah perubahan terhadap kurikulum, pedagogi, penilaian dan pengurusan yang merupakan strategik utama untuk memenuhi tujuan tersebut. Era globalisasi pendidikan semakin berkembang pesat terutamanya pada zaman milenium ini. Dunia pendidikan mengalami pelbagai perubahan di mana satu ledakan ilmu yang bukan sahaja perlu dipelajari malah perlu dikuasai. Ia menjadi satu kemestian untuk melengkapkan diri seseorang individu agar berupaya menghadapi keseimbangan hidup di dunia kontemporari yang semakin mencabar.

Perubahan ini tidak terkecuali dalam pendidikan matematik, Pendidikan Matematik di Malaysia telah mengalami satu perubahan dalam kurikulum matematik bermula daripada kemahiran asas matematik, latih tubi kefahaman konsep sehinggalah kepada penyelesaian masalah.Kemahiran penyelesaian masalah pula telah dimasukkan ke dalam tiap – tiap topic sekolah rendah yang terdiri daripada toppik nombor bulat dan operasi, pecahan dan operasi, perpluhan dan operasi, timbangan berat, ukuran dan sukatan, wang, purata dan graf.

Matematik ialah ilmu berstruktur dan berhierarki, justeru itu setiap individu pelajar mesti memahami dan menguasai konsep-konsep asas dalam matematik. Tambahan pula boleh dikatakan setiap aktiviti sosial manusia tidak terpisah daripada menggunakan matematik.Menurut Cole (tahun tidak dinyatakan, dalam Madis bin Araji 1997) kajian telahdibuat ke atas suku bangsa Kepelle di Liberia mendapati individu yang tidak memilikipendidikan sekolah mendapat markah yang rendah dan aras soalan masalah yangdapat dijawab amat rendah berbanding individu yang mendapat pendidikan.

PERNYATAAN MASALAH

Strategik pengajaran penyelesaian masalah merupakan salah satu cabang kearah kesepaduan matlamat pembelajaran matematik. Penekanan kepada penyelesaian masalah dalam kurikulum matematik adalah bertepatan dengan keperluan Negara dan dunia masa kini. National Council of Teachers of Mathematics (1989) telah mengenalpasti lima tujuan utama pendidikan matematik di semua sekolah.Salah satunya ialah menjadi insan yang mampu untuk menyelesaikan masalah.Menurut National Council of Teachers of Mathematics (1989) lagi, penyelesaian masalah harus dijadikan focus utama dalam kurikulum matematik dan tidak boleh dipisahkan daripada semua aktiviti matematik. Beagle (1979) pula berpendapat bahawa intisari pengajaran matematik ialah penyelesaian masalah.

Antara faktor yang menyebabkan wujudnya masalah pencapaian akademik ialah kurangnya usaha untuk mengenal pasti kelemahan pelajar serta kurangnya aktiviti pengukuhan dalam pendidikan untuk mewujudkan asas yang mantap bagi perkembangan selanjutnya. Sekiranya keadaan tersebut dibiarkan berlanjutan, sudah

(3)

128

pasti akan menimbulkan impak negatif terhadap sistem pendidikan negara kita. Selain berlakunya keciciran pelajar dalam mata pelajaran Matematik, peluang pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dalam bidang Matematik atau jurusan yang berkaitan dengannya turut terjejas.

Seterusnya, pelajar akan mengalami kesukaran semasa mencari pekerjaan. Sekiranya, tuntutan bagi tenaga manusia yang celik ilmu gagal dipenuhi, hatta, wawasan unggul Malaysia untuk menjadi Negara maju menjelang tahun 2020 tentulah susah direalisasikan. Oleh itu, dengan mengambil kira empat faktor iaitu sikap pelajar terhadap Matematik, minat pelajar terhadap Matematik, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya, pengkaji cuba mengenal pasti hubungan antara faktor-faktor tersebut dengan pencapaian Matematik pelajar.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif kajian seperti berikut.

1. Menentukan minat pelajar terhadap penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar sekolah rendah Jasin, Melaka.

2. Mengenal pasti hubungan antara minat pelajar dengan pendekatan guru dalam penyelesaian masalah

3. Menentukan pendekatan guru terhadap penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar sekolah rendah Jasin, Melaka.

PERSOALAN KAJIAN

Persoalan yang ingin ditonjolkan adalah mengenai minat dan tahap penguasaan pelajar terhadap menjawab soalan penyelesaian masalah dalam mata pelajaran matematik tahun enam.

1. Apakah tahap minat pelajar dalam penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar sekolah rendah Jasin, Melaka?

2. Apakah tahap pendekatan guru dalam penyelesaian masalah dari persepsi pelajar sekolah rendah Jasin, Melaka?

3. Adakah terdapat hubungan antara minat dengan pendekatan guru dalam penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar sekolah rendah Jasin, Melaka? HIPOTESIS KAJIAN

Hipotesis kajian ini ialah seperti berikut.

Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara minat dengan pendekatan guru dalam penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar sekolah rendah Jasin, Melaka.

(4)

129 KEPENTINGAN KAJIAN

Ini penting bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Pegawai Pendidikan,Pentadbir Sekolah, guru dan ibu bapa dalam memberi tumpuan yang lebih dalam proses Penyelesaian Masalah. Ini kerana 75% adalah soalan yang berbentuk penyelesaian masalah di dalam peperiksaan UPSR. Kursus intensif dan motivasi patut diberikan kepada guru dan pelajar supaya ilmu yang mendalam dalam aspek penggunaan penyelesaian masalah dapat diperluaskan dan dipraktikkan dengan berkesan. Kajian ini juga dapat memberi panduan dalam mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran penyelesaian masalah serta memberi kesedaran kepada guru matematik tentang kemahiran yang patut dikuasai olehpelajar. Di samping itu pelajar dapat mencuba atau meneroka teknik pembelajaran yang baik dan dapat membantu pelajar, seterusnya menarik minat pelajar untuk belajar.

BATASAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jasin di negeri Melaka. Kajian melibatkan pelajar tahun 60 orang pelajar yang telah menduduki peperiksaan UPSR, ini berdasarkan data yang dikutip pada bulan Oktober di mana peperiksaan UPSR telah berlangsung. Data dalam kajian ini dikumpulkan melalui borang soal selidik dan kejujuran telah ditegaskan semasa instrumen ditadbirkan di bawah bimbingan penyelidik sendiri. Subjek kajian atau pelajar tidak dibenarkan berbincang di antara satu sama lain semasa menjawab dan mereka diingatkan dari masa ke semasa bahawa tiada jawapan yang betul bagi setiap item. Setiap item dibacakan sekurang-kurangnya dua kali kepada subjek kajian atau pelajar dan segala kesukaran dalam memahami kehendak item dijelaskan oleh penyelidik. Ini kerana umur subjek kajian atau pelajar yang masih muda iaitu 12 tahun.

Kajian ini hanya dimengkaji minat pelajar dalam menyelesaikan masalah dan pendekatan guru dalam menyelesaikan masalah. Minat pelajar dan pendekatan guru dikaji hanya secara keseluruhan tanpa ada aspek-aspek dalam pembolehubah tersebut. Selain itu, kajian hanya mengkaji tahap dari minat pelajar dan pendekatan guru dalam menyelesaikan masalah dan mengkaji hubungan antara minat pelajar dengan pendekatan guru dalam menyelesaikan masalah.

METODOLOGI

Graziano dan Raulin (1996) mendefinisikan kajian dengan lebih ringkas sebagai suatu pencarian yang sistematik terhadap maklumat serta suatu proses penyelidikan. Metadologi kajian merupakan suatu proses, suatu set perkakasan bagi melaksanakan suatu penyelidikan dan perolehan maklumat, serta juga suatu seni bagi melaksanakan suatu karya sains (Adams dan Schvaneveldt, 1985). Kaedah yang dipilih seharusnya berbentuk diskriptif dan dilakukan secara tinjauan yang tersusun dan sistematik bagi menjamin keberkesanan hasil.

Sehubungan dengan itu, bagi melaksanakan kajian ini dengan efektif penekanan diberikan kepada beberapa aspek misalnya reka bentuk kajian, tempat kajian, sampel

(5)

130

kajian, instrumen kajian, analisis data, prosedur dan limitasi. Bagi memperkuatkan penemuan literatur , kajian emprikal melalui soal selidik dijalankan untuk mendapatkan maklum balas responden tentang minat mereka dan pendekatan guru yang diberikan kepada mereka.

REKA BENTUK KAJIAN

Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklum balas daripada sampel kajian. Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan. Responden dikehendaki membaca dan menandakan jawapan di ruang yang disediakan dalam borang soal selidik yang diberikan. Ia merupakan satu alat yang dibentuk secara khusus untuk mengumpul maklumat bagi tujuan analisis yang dapat menjawab persoalan kajian.

Wiersma (1995, dalam Prosiding Kebangsaan Pendidikan Matematik, 2002)mengatakan bahawa kajian tinjauan berbentuk korelasi adalah kaedah yang sesuai untuk mengkaji perhubungan antara dua atau lebih pemboleh ubah dan banyak digunakan dalam penyelidikan pendidikan.

Kaedah ini melibatkan tiga langkah penting iaitu proses penyediaan soal selidik, pengumpulan data dan penganalisisan data. Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) instrument amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan. Maka, alat penyelidikan ini telah diuji kesahan dan kebolehpercayaannya terlebih dahulu dalam kajian rintis bagi memastikan keberkesanan hasil kajian.

POPULASI KAJIAN

Populasi adalah kumpulan sasaran pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan. Sebuah sekolah di daerah Jasin iaitu SJK(T) Jasin dipilih untuk dijalankan kajian. Pelajar – pelajar di sini terdiri daripada pelbagai jenis sosio – ekonomi dan juga persekitaran yang berbeza.

SAMPEL KAJIAN

Menurut Mohd.Majid Konting (2000), sampel ialah sumber untuk mendapatkan data. Sampel kajian juga didefinisikan sebagai responden-responden kajian yang dipilih untuk mewakili sesuatu populasi.Sejumlah 60 orang pelajar tahun 6 dari sebuah sekolah iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dijadikan sampel bagi kajian ini. Pelajar ini dibahagikan kepada satu kumpulan , dimana kumpulan terdiri daripada 60 orang pelajar.Soalan matematik berayat terdiri daripada komponen seperti maklumat yang diberi dan keperluan soalan.Murid menjelaskan bahawa sesuatu yang digambarkan semasa mereka menyelesaikan soalan matematik.Ini akan membantu murid murid fahami cara menyelesaikan masalah matematik.

Dalam kajian ini, kaedah persampelan yang digunakan ialah kaedah persampelan rawak. Sekolah - sekolah ini tidak mengamalkan system persampelan kelompok iaitu streaming.Oleh itu persampelan kajian dipilih

(6)

131 secara rawak.Pelajar tahun 6 dipilih untuk menjadi sampel kerana golongan ini dianggap telah melalui dan seharusnya telah menguasai kemahiran asas (3M) iaitu membaca, menulis dan mengira. Pelajar-pelajar yang dijadikan sampel kajian ini terdiri daripada tahap penguasaan yang berbeza iaitu pandai, sederhana dan lemah.

Jadual 1. Sampel bagi Kajian

Tahun Sekolah Lelaki Perempuan Jumlah

6 SJKT Jasin 25 35 60

Jumlah 28 32 60

INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan set soal selidik sebagai instrumen kajian.Ini adalah instrumen soal selidik merupakan lebih praktikal dan berkesan. Dalam alat kajian ini terdapat dua bahagian .Bahagian A adalah mengenai maklumat minat pelajar.Justeru itu Bahagian B adalah mengenai Pendekatan Guru.Penggunaan sampel yang banyak dapat memberikan ketepatan anggaran statistic sampel untuk mengganggar parameter populasi.Berikut adalah soal selidik yang dina menggunakan Format Skala Likert 4 mata.

Skala 1 Amat Tidak Setuju (ATS) Skala 2 Tidak Setuju (TS)

Skala 3 Setuju (S) Skala 4 Amat setuju (AS)

Pelajar dan guru dikehendaki bulatkan di nombor skala yang diberikan berdasarkan kepada pendapat mereka dengan jujur atau mengiakan keadaan yang dicadangkan oleh pernyataan.

KAJIAN RINTIS

Bagi mendapatkan kesahan kajian yang dijalankan satu kajian rintis telah dijalankan dikalangan 60 orang pelajar di sebuah sekolah Tamil di Ladang Jasin Lalang , dimana ia tidak termasuk dalam kajian sebenar.Kajian ini menggunakan 28 item yang mewakili 4 faktor yang terdapat dalam bahagian Adab B borang soal selidik bertujuan menguji kebolehpercayaan soal selidik.

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Bagi menjalankan penyelidikan ini , kebenaran untuk menjalankan kajian dipohon daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan , Kementerian Pendidikan Malaysia , Jabatan Pelajaran Melaka dan juga Fakulti Pendidikan Universiti

(7)

132

Kebangsaan Malaysia.Seterusnya adalah langkah – langkah yang disusun untuk memastikan proses dankajian ini dapat dijalankan dengan sempurna.

Ujian diagnosis ditadbirkan terlebih dahulu dan murid-murid yang terlibat diberi kebebasan untuk menjawab soalan tersebut tanpa had masa diberikan. Semasa ujian diagnosis dijalankan gangguan-gangguan yang berbentuk emosi dan psikologi seboleh-bolehnya dikurangkan kerana ini dapat menggurangkan gangguan kepada murid-murid tersebut.

Setelah ujian tersebut ditadbirkan, kertas jawapan dipungut dan murid-murid tersebut diberikan waktu selama 30 minit. Pemberitahuan awal diberikan agar murid-murid tersebut tidak digalakkan untuk berinteraksi antara satu sama lain untuk membincangkan persoalan yang diberikan yang ujian tadi.Guru-guru yang terlibat dalam kajian ini menanda skrip/ kertas jawapan murid dengan teliti dan seberapa segera yang mungkin. Setelah semua skrip jawapan diperiksa, murid-muird tersebut ditemu bual dengan mengunakan prosedur Newman dan kajian bebas dijalankan Langkah 1

Mendapatkan surat kebenaran bagi menjalankan kajian di sekolah – sekolah yang di pilih daripada Fakulti Pendidikan.

Langkah 2

Memohon kebenaran daripada ketua jabatan iaitu pentadbir dari setiap sekolah yang akan terlibat dalam kajian untuk membuat kajian sekolah tersebut.

Langkah 3

Menemui dan mendapat bantuan seorang guru matematik tahun 6 untuk memilih dan mengumpulkan sampel yang sesuai dengan persampelan rawak.

Langkah 4

Borang soal selidik akan diedarkan selepas sampel kajian dikenalpasti.Masa yang diperuntukan untuk menjawab set soalan yang diagihkan kepada pelajar.

Langkah 5

Borang soal selidik yang telah ditanda akan dikumpul dan disusun. Langkah 6

(8)

133 Langkah 7

Membuat rumusan terhadap kajian yang yang telah dijalankan dan seterusnya memneri cadangan atau idea yang bernas untuk kajian lanjutan bagi meningkatkan pencapaian matematik pelajar tahun 6 dalam penyelesaian masalah.

ANALISIS DATA

Analisis data dibuat secara kuantitatif dan data yang diperolehi dianalisis dengan kaedah atistik. Ujian deskriptif digunakan untuk mengetahui tanggapan pelajar terhadap kecenderungan minat mereka pada pengajaran guru matematik dan juga untuk mengetahui sejauh manakah responden terhadap penyelesaian masalah matematik. Data yang dipungut melalui borang soal selidik dianalisis dengan menggunakan bantuan komputer. Perisian komputer yang digunakan dalam kajian ini ialah Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS PC + VERSION 19.0). Statistik yang digunakan adalah kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Penggunaan jadual taburan min terhadap sesuatu item untuk melihat kesignifikanan serta keselarasan bagi merujuk kepada objektif dalam kajian ini.

RUMUSAN DAN CADANGAN

Bagi Menjalankan kajian bertajuk Penguasaan Murid terhadap Kemahiran Penyelesaian Masalah Dalam Pembelajaran Matematik tahun 6 Di Sekolah Rendah seramai 60 orang murid tahun 6 dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jasin dijadikan sampel kajian.Tiga objektif yang ditujukan bagi menjalankan kajian ini iaitu i) menentukan minat pelajar terhadap penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar sekolah rendah Jasin, Melaka. Mengenal pasti hubungan antara minat pelajar dengan pendekatan guru dalam penyelesaian masalah Menentukan pendekatan guru terhadap penyelesaian masalah dalam kalangan sekolah rendah Jasin, Melaka.

Dimana terdapat 3 persoalan kajian dalam tajuk kajian ini iaitu i)Apakah tahap minat pelajar dalam penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar sekolah rendah Jasin, Melaka? ii)Adakah terdapat hubungan antara minat dengan pendekatan guru dalam penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar sekolah rendah Jasin, Melaka? iii) Adakah terdapat hubungan antara minat dengan pendekatan guru dalam penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar sekolah rendah Jasin, Melaka?

Daripada kajian yang dijalankan hipotesis kajian didapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara minat dengan pendekatan guru dalam penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar sekolah rendah Jasin, Melaka.

(9)

134

RUJUKAN

Alias Baba. 1997. Statistik penyelidikan dalam pendidikan dan sains sosial. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Aidah Suraya bt Hj. Md Yunus, Sharifah bt Mohd Nor dan Habsah bt Ismail. 1993. Analisis Kesilapan Masalah-Masalah berkaitan Nombor Perpuluhan dan Pecahan bagi pelajaran-pelajaran Tahun Lima Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Ilmu Pendidikan. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM. Pp 15-32.

Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia .1995. Pukal Latihan: Penyelesaian Masalah Dalam Matematik.

Faridah Salleh. 2000. Keupayaan menyelesaikan masalah Matematik bukan rutin dikalangan pelajar cemerlang akademik.

Koh Lee Ling,et al. Kesan pembelajaran koperatif terhadap sikap dan pencapaian Matematik bagi murid – murid sekolah rendah di sekitar Bandar Kuching. Lee Lai Guan & et al. Satu tinjauan pelbagai aspek membaca murid – murid tadika.

Newell, A & Simon, H.A. 1972. Human Problem Solving. Englewood Cliff N.J: Prentice-Hall Inc.

Mohd. Majid Konting. 1994. Kaedah Penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Newman, A .1983. Strategies for Diagnosis and Remediation. Sydney: Harcourt Brace Jovanovich Group.

Rahim Hj.Mohd.Nor .1997. Kemahiran penyelesaian masalah Matematik dikalangan pelajar Menengah Rendah.

Saedah Sukiran. 2007. Hubungan pencapaian awal Matematik kanak – kanak Prasekolah dengan status sosio – ekonomi (SSE) keluarga. Samsudin Drahman,Satu Anjakan Dalam Teknik Penyelesaian Masalah Matematik KBSR.

Tengku Sharifah. 2004. Masalah Minat Pelajar – Pelajar Tahun 6 Dan Pendekatan Guru Terhadap Soalan Penyelesaian Masalah Bagi Mata Pelajaran Matematik: Satu Tinjauan Di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1 di Negeri Kelantan. Zulimah Mukid,et al. 2009. Satu Kaedah meningkatkan minat murid darjah 4

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil penelitian yang telah dilakukan dapat disimpulkan pada RS Ibnu Sina bahwa ada hubungan yang bermakna antara contact personnel dengan pemanfaatan layanan

1.1 Melakukan manipulasi aljabar dalam perhitungan teknis yang berkaitan dengan perbandingan, fungsi, persamaan dan identitas trigonometri 1.2 Merancang model matematika dari

Setelah diberikan selama 4 minggu, total leukosit ikan nila yang diberi perlakuan bakasang B2 (100 ml/kg pakan) minggu ke-3 berbeda sangat nyata dibandingkan dengan total

Hasil dari penelitian ini adalah adanya identitas budaya urban yang terlihat dalam Jazz Traffic Festival seperti gaya hidup dan tidak bisa terlepasnya teknologi

Dengan adanya perkembangan teknologi informasi dalam bidang pendidikan, maka pada saat ini sudah dimungkinkan untuk diadakan belajar jarak jauh dengan

Berdasarkan hasil penelitian tindakan kelas (PTK) yang peneliti lakukan dengan judul “penerapan strategi Example Non Example untuk meningkatkan hasil belajar siswa pada mata

(5) Untuk kepentingan pemeriksaan di pengadilan dalam perkara pidana atau perdata, atas permintaan hakim sesuai dengan Hukum Acara Pidana dan Hukum Acara Perdata, Walikota

Jumlah Saham yang ditawarkan 525.962.624 Saham Biasa Atas Nama dengan Nilai Nominal Rp... HAK MEMESAN EFEK TERLEBIH DAHULU (HMETD) PT LEO INVESTMENTS Tbk