• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen penilaian kendiri pembelajaran ungkapan algebra tingkatan dua

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen penilaian kendiri pembelajaran ungkapan algebra tingkatan dua"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen penilaian kendiri pembelajaran ungkapan algebra tingkatan dua

ABSTRAK

Kesahan adalah sejauh mana instrumen mengukur apa yang hendak diukur dan kebolehpercayaan adalah keupayaan suatu kajian untuk memperoleh nilai yang serupa apabila pengukuran yang sama diulangi. Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan item soal selidik daripada kecacatan.Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen soal selidik penilaian kendiri pembelajaran Ungkapan Algebra Tingkatan Dua. Soal Selidik telah disahkan melalui kesahan muka dan kesahan kandungan instrumen yang melibatkan lima orang pakar dalam bidang Matematik dan dua orang pakar bidang Bahasa manakala kesahan konstruk dan kebolehpercayaan instrumen dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) Versi 27.0. Seramai 145 orang pelajar Tingkatan Dua terlibat dalam kajian ini.

Dapatan kajian menunjukkanindeks kesahan kandungan-item (I-CVI) berkisar antara 0.800 hingga 1.000 dan indeks kesahan kandungan-skala (S-CVI / Ave) adalah 0.973. Skor nisbah kesahan kandungan (CVR) menunjukkan bahawa semua item disahkan penting oleh pakar.

Muatan faktor bagi setiap item berada dalam julat 0.539 hingga 0.846, manakala keputusan analisis kebolehpercayaan adalah α=0.950. Keputusan menunjukkan instrumen mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan sesuai digunakan untuk pelajar Tingkatan Dua menilai pembelajaran Ungkapan Algebra pada domain kognitif pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Implikasi kajian iniadalah guru akan mendapat maklumat tentang pembelajaran Ungkapan Algebra pelajar secara langsung daripada instrumen yang dibina.

Referensi

Dokumen terkait

Validitas adalah kemampuan untuk mengukur sejauh mana tes mengukur apa yang seharusnya diukur secara tepat. 70 Sebuah instrumen dikatakan valid apabila mampu

Manakala, indeks kebolehpercayaan item dan responden USDAi yang diperolehi turut menunjukkan keabsahan dan keupayaan untuk mengukur penguasaan struktur dalaman kata

Penelitian ini bertujuan untuk (1) menghasilkan instrumen penilaian otentik yang layak digunakan untuk mengukur keterampilan proses sains dan keterampilan berpikir kritis peserta

Valid berarti instrumen tersebut dapatdigunakan untuk mengukur apa yang hendak diukur (Sugiyono, 2010: 348).Untuk menguji tingkat validitas instrument penelitian

Abstrak : Objektif projek ini adalah untuk menghasilkan satu prototaip perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Matematik Tingkatan Empat bagi mempelajari tajuk Ungkapan