• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kesan Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Kesan Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Kesan Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) dalam Pendidikan Matematik: Tinjauan Literatur Bersistematik

(SLR)

(The Effect of Project Based-Learning (PBL) in Mathematics education: Systematic Literature Review (SLR))

Kissanraj Nagaraj1*, Muhammad Sofwan Mahmud1

Fakulti Pendidikan, University Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia.

*Pengarang Koresponden: p111157@siswa.ukm.edu.my Accepted: 15 January 2023 | Published: 31 January 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.4.22

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Pembelajaran berasaskan projek atau “Project Based Learning” (PBL) menggalakkan murid untuk berfikir secara kritis, kreatif, bersistematik dan logik. Terdapat dua isu utama yang wujud adalah tentang tahap pencapaian Matematik murid yang rendah melalui pentaksiran antarabangsa TIMSS dan PISA serta kekurangan minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) menerusi kaedah konvensional. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kesan pelaksanaan kaedah PBL yang paling kerap dikaji oleh pengkaji-pengkaji melalui tinjauan sistematik kajian-kajian lepas dan mendirikan kerangka konseptual berdasarkan analisis yang dilaksanakan. Scopus, WOS dan Google Scholar telah digunakan dalam penyaringan artikel kajian lepas. Proses SLR merangkumi strategi pencarian, kriteria pemilihan, proses pemilihan, pengumpulan dan analisis data bagi artikel yang diperoleh. Sebanyak 28 buah artikel diperoleh melalui kriteria yang telah ditetapkan seperti tahun penerbitan, jenis bahasa, dan bidang kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa PBL dapat meningkatkan pencapaian akademik, penglibatan dalam pembelajaran, kefahaman dan semangat inkuiri murid. Kerangka konseptual dibangunkan berdasarkan kesan pelaksanaan PBL yang kerap ditegaskan dalam kajian lepas. Kesimpulannya, guru harus bersikap terbuka untuk menerima PBL sebagai perubahan positif dalam proses PdP. Selain itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh menyelitkan pembelajaran menerusi aktiviti dalam kurikulum sekolah. Kajian ini berharap akan membantu pengkaji- pengkaji untuk mendapat tahu tentang hala tuju kajian, metodologi, latar belakang kajian dan dapatan kajian yang akan membantu dalam kajian-kajian masa depan.

Kata kunci: Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL), projek dalam matematik, pendidikan matematik, tinjauan literatur bersistematik, pembelajaran abad ke-21

Abstract: Project Based Learning (PBL) encourage students to think critically, creatively, systematically, and logically. There are two major issues that need to be discussed which are the low level of achievement in Mathematics of students through international assessment TIMSS and PISA and student were lack of interested in the conventional teaching and learning method. The main goal of the study is to analyse the impact of the implementation of PBL method most frequently research by researchers through a systematic literature review of past studies and establish a conceptual framework based on the analysis. SCOPUS, WOS and Google Scholar have been used in screening past research articles. The SLR process includes search strategies, selection process, data collection and analysis for the obtained articles. A

(2)

total of 28 articles were obtained through pre-determined criteria such as year of publication, type of language and field of study. The results showed that PBL can improve students’

academic achievement, students’ involvement, understandings, and inquiry spirit. The conceptual framework was developed based on the impact of the implementation which has been frequently emphasized in previous studies. In conclusion, teachers should be open to accepting PBL as a positive change in the PdP process. In addition, the Ministry of Education Malaysia (MOE) can incorporate learning through activities in the school curriculum. This study hopes to help researchers to find out about the direction of the study, methodology, research background and research findings that will help in future studies.

Keywords: Project Based Learning (PBL), maths project, mathematics education, systematic literature review, 21st-century learning skills

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Kaedah PBL adalah suatu pendekatan pedagogi yang merangsang kemahiran abad ke 21 murid.

Kaedah PBL berupaya membina pemikiran yang kritis, kreatif, sistematik dan logik (Bennette et al., 2022). Ia adalah pendekatan jangka masa panjang yang meraikan kebolehan, kemahiran berfikir serta bakat murid. Kaedah pengajaran dengan menggunakan kaedah PBL dapat meningkatkan tahap pemahaman konsep dan merangsang kreativiti murid melalui pembelajaran yang aktif (Chen & Lin, 2019). Menurut Han et al. (2016) PBL ditakrifkan sebagai kaedah sistematik yang memusatkan murid dalam pembelajaran pengetahuan dan kemahiran menerusi proses penyiasatan lanjut serta hasil tugas yang direka dengan teliti.

Pendekatan PBL perlu dipraktikkan bermula daripada peringkat sekolah rendah dengan menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) serta Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada peringkat sekolah menengah.

Kaedah PBL dapat menghasilkan generasi berwibawa yang berkelayakan dalam bidang pendidikan untuk memacu kemajuan negara. Perlaksanaan PBL dalam sistem pendidikan di sekolah adalah untuk mempraktikkan murid dalam menghadapi segala cabaran global dan perubahan pembelajaran abad ke-21 (Hakim et al., 2019). Hadiyanti et al. (2020) menekankan bahawa kaedah PBL merangkumi pemikiran kritis, kritikal, penyelesaian masalah dan proses inkuiri dan kerja berpasukan. Demir & Onal (2020) telah menjalankan kajian mengenai kesan pendekatan PBL terhadap sikap murid terhadap pencapaian akademik mereka. Dapatan kajian lepas menunjukkan bahawa murid yang didedahkan dengan kaedah PBL mempunyai pencapaian akademik yang lebih tinggi, jika dibandingkan dengan kaedah pembelajaran tradisional.

Kaedah pelaksanaan PBL dapat menangani isu pembelajaran murid yang kurang berminat dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) konvensional. Menurut kajian Serin (2019) berpendapat bahawa, pembelajaran kaedah konvensional berpusatkan guru hanya melibatkan tiga aktiviti sahaja iaitu penyampaian pengajaran, sesi soal jawab dan murid diberi latihan walaupun mereka kurang atau tidak memahami konsep pembelajaran yang disampaikan oleh gurunya. Manakala murid memiliki sikap positif yang tinggi dengan menggunakan kaedah PBL dalam sesi PdP (Mailizar & Johar, 2021). Menurut kajian Malaysia murid dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui kaedah pembelajaran berasaskan aktiviti (Mohamed et al., 2019). Oleh itu, matapelajaran Matematik boleh diajar dengan menggunakan kaedah PBL bagi meningkatkan minat dan penglibatan murid secara penuh.

(3)

Tambahan pula, pelaksanaan PBL dapat mengatasi isu pencapaian akademik yang rendah terutamanya dalam subjek Matematik. Malaysia telah menyertai pentaksiran antarabangsa iaitu Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA). TIMSS dan PISA adalah instrumen untuk menilai tahap kognitif murid dari segi penaakulan dan aplikasi. Pada tahun 1999 dan 2009 Malaysia telah menyertai pentaksiran tersebut bagi menguji tahap pencapaian pelajar Malaysia dalam subjek Matematik dan Sains. Keputusan bagi TIMSS dan PISA tersebut tidak memberangsangkan, di mana murid negara Malaysia membuktikan bahawa masih berada pada tahap pencapaian yang lemah. Isu ini perlu dipertimbangkan kerana tahap pencapaian tersebut mewakili tahap penguasaan murid di Malaysia terutamanya dalam subjek Matematik.

Keputusan dalam pentaksiran TIMSS pada tahun 2011 adalah Malaysia memperoleh kedudukan yang ke 26 daripada 42 buah negara. Manakala, pada tahun 2012 pula, hasil keputusan pentaksiran PISA adalah berada pada kedudukan 52 daripada 65 buah negara yang bertanding. Pada tahun 2018, kedudukan negara Malaysia adalah 48 daripada 77 buah negara terdapat peningkatan pada skor keputusan pentaksiran antarabangsa TIMSS dan PISA (Gorur, 2009). Walau bagaimanapun, peningkatan ini tetap memerlukan usaha untuk menyediakan murid dalam menangani pentaksiran antarabangsa tersebut dengan penerapan pelaksanaan PBL dalam pendidikan.

SLR ini dikendalikan bertujuan untuk menganalisis artikel yang berkaitan dengan kesan pelaksanaan PBL dalam Matematik. Terdapat banyak kesan positif terhadap pelaksanaan PBL dalam Matematik kepada warga guru dan murid. Oleh itu, hasil analisis dan kajian yang dijalankan boleh menjadi panduan kepada penyelidik dan pendidik lain mengenai impak dan kepentingan pelaksanaan kaedah PBL dalam sesi PdP.

2. Metodologi

Kajian yang dijalankan turut berpandukan gambar rajah aliran Perfect Reporting Items for Systematic Review and Meta-Analyses (PRISMA) dalam proses pemilihan artikel yang berkaitan dengan persoalan kajian yang dikemukakan (Moher et al., 2009). Menurut Liberati et al. (2009), gambar rajah aliran PRISMA ini melibatkan empat peringkat iaitu pengenalpastian, penyaringan, peringkat kelayakan dan peringkat memasukkan artikel dalam kajian SLR.

Strategi Pencarian Artikel

Dalam proses ini, artikel-artikel kajian empirical telah dikenal pasti berkaitan dengan tajuk kajian. Pangkalan data iaitu SCOPUS, Web of Science (WOS) dan Google Scholar digunakan dalam pencarian artikel SLR. Dua pemboleh ubah ditentukan iaitu kesan pelaksanaan dan pembelajaran berasaskan projek (PBL). Kata kunci “Project Based Learning” dan

“Mathematic education” digunakan untuk mencari artikel yang relevan dalam Bahasa Inggeris. Perkataan sinonim dengan pemboleh ubah telah dikenal pasti dan operator Boolean dibina untuk membina “search string” seperti berikut.

Jadual 1: Kata Kunci dan Pangkalan Data digunakan dalam Pencarian Artikel Pangkalan data Kata kunci yang digunakan

SCOPUS TITLE-ABS-KEY(("effect*" OR "impact" OR "impression" OR

"overview" OR "meaning” OR "influence" OR "consequence”) AND ("project base* learning”) AND ("mathematics education"))

Web of Science (WOS) TS = (("effect*" OR "impact" OR "impression" OR "overview" OR

"meaning” OR "influence" OR "consequence”) AND ("project base*

learning”) AND ("mathematics education"))

(4)

Google Scholar ((Project+based+learning)+(Mathematic+Maths)+(Education))

Kriteria Pemilihan Artikel

Dalam peringkat ini, penapisan artikel telah ditetapkan dari segi tahun penerbitan, bahasa, jenis bahan rujukan dan bidang kajian artikel jurnal bagi mendapatkan artikel yang menepati kriteria kajian. Artikel-artikel yang diterbitkan daripada tahun 2018 hingga 2022 sahaja dipilih bagi memastikan kerelevanan artikel adalah terkini. Pemilihan artikel dihadkan dalam lima tahun merupakan tempoh topik pencarian masih merangkumi isu-isu terkini. Seterusnya artikel Bahasa Inggeris dipilih agar mudah memahami dan mentafsir isi kandungan sesuatu artikel serta pangkalan data yang dipilih hanya menerbitkan artikel yang berbahasa Inggeris.

Manakala, kajian yang dijalankan hanya menggunakan artikel jurnal yang mempunyai akses terbuka dalam bidang matematik dan mengecualikan prosiding, persidangan, tesis dan buku dalam pemilihan bahan rujukan. Hal ini disebabkan artikel jurnal merupakan bahan rujukan yang mempunyai pelaporan yang terperinci (Moher et al., 2009). Kriteria penerimaan dan penolakan artikel ditunjukkan dalam Jadual 2 seperti berikut.

Jadual 2: Kriteria Penerimaan dan Penolakan Artikel

Kriteria Penerimaan Penolakan

Tahun terbitan Penerbitan daripada 2018 hingga 2022.

Penerbitan sebelum tahun 2018.

Bahasa Bahasa Inggeris Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia

dan bahasa lain-lain.

Jenis bahan rujukan Artikel Jurnal Tesis, Proceeding, persidangan

dan buku.

Bidang kajian artikel jurnal dalam bidang Matematik Selain daripada bidang Matematik

Proses Pemilihan Artikel

Proses pemilihan artikel untuk tinjauan literatur adalah dikendalikan pada bulan April 2022.

Rajah 1 menunjukkan gambar rajah aliran proses pemilihan artikel yang diubahsuai dan diadaptasi daripada gambar rajah aliran PRISMA (Tawfik et.al., 2019). Kajian SLR ini menggunakan artikel yang diperoleh daripada tiga jenis pangkalan data yang digunakan adalah 7643 buah artikel di saring menggunakan kriteria yang telah ditentukan sebelum dimasukkan kepada peringkat kelayakan untuk penapisan yang lebih terperinci. Berpandukan gambar rajah aliran proses pemilihan artikel yang disertakan terdapat empat kriteria tambahan bagi proses pengecualian artikel sebelum dimasukkan dalam kajian SLR yang dilaksanakan. Antaranya adalah, tajuk artikel yang tidak menepati konteks kajian, artikel yang sama daripada tiga pangkalan data, artikel yang tidak memenuhi kriteria penerimaan kajian seperti artikel yang tidak memiliki data empirikal dan berbentuk ulasan serta artikel yang tidak mempunyai teks penuh turut dikecualikan. Manakala, tajuk artikel yang menepati konteks kajian, artikel diteliti mengikut kesesuaian konteks yang tiada duplikasi, artikel memenuhi kriteria penerimaan kajian seperti artikel yang mempunyai data empirikal serta bukan berbentuk ulasan, dan artikel yang mempunyai teks penuh adalah dipilih sebagai kriteria penerimaan tambahan. Di samping itu, setelah menjalani saringan dan beberapa penelitian terhadap artikel yang telah diperoleh, terdapat 28 buah artikel di kenal pasti dan akan dimasukkan dalam kajian SLR yang telah menepati kesemua kriteria pemilihan ditetapkan.

(5)

Rajah 1: Gambar Rajah Aliran Proses Pemilihan Artikel

Pengumpulan Data dan Analisis Data

Pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan 28 buah artikel yang didapati daripada 3 pangkalan data iaitu SCOPUS, WOS dan Google Scholar. Data dikumpul dengan mengekstrak tajuk, nama penulis, tahun, dan tujuan kajian PBL bagi setiap artikel kajian lepas ke dalam sebuah jadual yang dibina menggunakan perisian Microsoft Excel 2016. Analisis data

Tajuk artikel yang menepati konteks kajian dan di muat turun SCOPUS = 37, WOS = 11 dan

Google Scholar = 32 (n= 80)

Jumlah artikel selepas saringan dijalankan

SCOPUS = 55, WOS = 60 dan Google Scholar = 15,100

(n=15,215)

Artikel yang mempunyai teks penuh SCOPUS = 55, WOS = 60 dan

Google Scholar = 256 (n=371)

Carian artikel daripada 3 pangkalan data SCOPUS =11,086, WOS = 230

dan Google Scholar = 19,500 (n=30,816)

Artikel yang diterbitkan sebelum tahun 2018, artikel selain Bahasa Inggeris, tesis, prosiding, persidangan,

buku dan bukan bidang pendidikan Matematik dikecualikan SCOPUS = 11,031, WOS = 170 dan

Google Scholar = 4,400 (n= 15,601)

Artikel yang tidak mempunyai teks penuh dikecualikan

SCOPUS = 0, WOS = 0 dan Google Scholar = 14,844

(n= 14,844)

Tajuk artikel yang tidak menepati konteks kajian dikecualikan SCOPUS =18, WOS = 49 dan Google

Scholar = 224 (n= 291)

Artikel diteliti mengikut kesesuaian konteks dan tiada duplikasi SCOPUS = 10, WOS = 3 dan Google

Scholar = 30 (n=43)

Artikel yang sama daripada 3 pangkalan data dikecualikan SCOPUS = 27, WOS = 8 dan Google

Scholar = 2 (n= 37)

Artikel yang digunakan untuk analisis kajian

SCOPUS = 10, WOS = 3 dan Google Scholar = 15

(n=28)

Artikel yang tidak memenuhi kriteria penerimaan kajian dan berbentuk

ulasan dikecualikan

SCOPUS = 0, WOS = 0 dan Google Scholar = 15

(n= 15)

Mengenal pastiPenapisanKelayakanTermasuk

(6)

dijalankan dengan menggunakan jadual yang telah dibina dan mengkategorikan kesan PBL yang dihuraikan oleh setiap artikel. Selain itu, hasil analisis data yang dijalankan akan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan carta pai. Jadual 3 menunjukkan senarai artikel kajian lepas, berserta dengan nama dan negara penulis serta aspek-aspek lain yang digunakan dalam kajian. Artikel yang dipilih adalah berpandukan ciri-ciri penerimaan dan penolakan yang telah ditetapkan.

Jadual 3: Senarai Artikel Kajian Lepas

Bil Nama Penulis Tajuk Kajian

1 Demir & Onal, 2020 The effect of technology-assisted and project-based learning approaches on students’ attitudes towards mathematics and their academic achievement.

2 Lazic et al., 2021 The influence of project-based learning on student achievement in elementary mathematics education.

3 Bowen & Peterson, 2018 Exploring Authenticity Through an Engineering-Based Context in a Project-Based Learning Mathematics Activity.

4 Chen & Lin, 2019 A practical Action Research Study of the Impact of Maker- Cantered STEM-PJBL on a Rural Middle school in Taiwan.

5 Pratiwi et al., 2020 The Influence of Project-based Learning (PjBL) and Learning Style om Mathematics Communication Skills of Junior High School Students.

6 Jazuli et al., 2019 The Effects of Brain-Based Learning and Project-Based Learning Strategies on Student Group Mathematics Learning Outcomes Student Visual Learning Styles.

7 Hakim et al., 2019 STEM Project-Based Learning Models in Learning Mathematics to Develop 21st Century Skills.

8 Nasution et al., 2021 Pre-Service Teachers’ Perception on The Implementation of Project Based Learning in Mathematic Class.

9 Guntur & Retnawati, 2020 Beginner Teacher's Perception of Application of Project Based Learning in Mathematics Learning.

10 Hadiyanti et al., 2020 Development of mathematics e-module with STEM

collaborative project-based learning to improve mathematical literacy ability of vocational high school students.

11 Susanti et al., 2020 The Effect of Problem-Based Learning (PBL) Model on Mathematical Communication Skills of Junior High School Students – A Meta-Analysis Study

The Utilization of Project Based Learning and Guided Discovery Learning: Effective Methods to Improve Students’

Mathematics Ability.

12 Wahyuningsih et al., 2021 The Effect of Online Project-Based Learning Application on Mathematics Students' Visual Thinking Continuum in Covid- 19 Pandemic.

13 Ramadhani & Fitri, 2020 A Project-Based Learning into Flipped Classroom for ePUB3 Electronic Mathematics Learning Module (eMLM)-based on Course Design and Implementation.

14 Serin, 2019 Project Based Learning in Mathematics Context

15 Geiger, 2019 Using mathematics as evidence supporting critical reasoning and enquiry in primary science classrooms

16 Yusrizal & Pulungan, 2021 The Effect of Project Based Learning Model on Student Mathematics Learning Outcomes in the Covid-19 Pandemic Era.

17 Bennett et al., 2022 A Mathematics Pipeline to Student Success in Data Analytics through Course-Based Undergraduate Research.

(7)

18 Craig & Marshall, 2019 Effect of project-based learning on high school Students' state- mandated, standardized math and science exam performance.

19 Diego-Mantecon et al., 2021 An attempt to evaluate STEAM project-based instruction from a school mathematics perspective.

20 Dori et al., 2020 Mathematics for Computer Science: A Flipped Classroom with an Optional Project.

21 Hann, 2019 Investigating the impact of teacher practices and noncognitive factors on mathematics achievement.

22 Hossein-Mohand et al., 2021 Analysis of the Use and Integration of the Flipped Learning Model, Project-Based Learning, and Gamification

Methodologies by Secondary School Mathematics Teachers.

23 Kwon et al., 2021 When I Believe, I Can: Success STEMs from My Perceptions.

24 Mohamed et al., 2019 Project Based Learning in Flipped Classroom Based on Student's Cognitive Style.

25 Drovosekov et al., 2019 The Use of Project Activity in Teaching Mathematics.

26 Farrell & Carr, 2019 The effect of using a project-based learning (PBL) approach to improve engineering students’ understanding of statistics.

27 Mailizar & Johar, 2021 Examining Students’ Intention to Use Augmented Reality in a Project Based Geometry Learning Environment.

28 Wijaya & Zhou, 2021 Improving the Creative Thinking Skills of the Next Generation of Mathematics Teachers Using Dynamic Mathematics Software.

3. Dapatan Kajian

Objektif utama kajian SLR yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesan pelaksanaan PBL dalam proses PdP. Di samping itu, kajian dijalankan untuk membina kerangka konseptual yang kerap digunakan oleh pengkaji dalam kajian-kajian lepas berdasarkan pelaksanaan PBL.

Daripada hasil penelitian kajian lepas, terdapat 28 buah artikel menepati semua kriteria yang telah ditentukan.

Latar Belakang Kajian

Daripada 28 artikel-artikel yang dipilih memiliki pengkaji daripada 13 buah negara termasuk Malaysia. Kebanyakan artikel yang relevan dengan tajuk kajian dari Benua Asia. Antara kajian dari negara Indonesia adalah (Hadiyanti et al., 2020; Hakim et al., 2019; Jazuli et al., 2019;

Mailizar & Johar, 2021; Nasution et al., 2021; Pratiwi et al., 2020; Ramadhani & Fitri, 2020;

Susanti et al., 2020; Wahyuningsih et al., 2021; Yusrizal & Pulungan, 2021). Terdapat juga penulis kajian dari negara Turkey (Demir & Onal, 2020), Taiwan (Chen & Lin, 2019), Israel (Dori et al., 2020), Russia (Drovosekov et al., 2019), Ireland (Farrell & Carr, 2019), Malaysia (Mohamed et al., 2019) dan China (Wijaya & Zhou, 2021). Di samping itu, pilihan kajian tertinggi kedua adalah dari Benua Amerika Utara iaitu, artikel dari negara Amerika syarikat (Bennett et al., 2022; Bowen & Peterson, 2019; Craig & Marshall, 2019; Hann, 2019; Kwon et al., 2021; Serin, 2019;). Selain itu, terdapat 4 artikel dari Benua Eropah iaitu, negara Finland (Geiger, 2019), Spain (Diego-Mantecon et al., 2021; Hossein-Mohand et al., 2021 dan Serbia (Lazic et al., 2021).

Reka bentuk kajian-kajian yang dilaksanakan adalah berbeza. Antaranya adalah pendekatan kualitatif, kuantitatif dan kedua-duanya sekali (Mix Method). Bilangan kajian yang menggunakan pendekatan kuantitatif adalah lebih daripada pendekatan lain. Sebanyak 20 buah artikel mengunakan pendekatan kuantitatif (Bennett et al., 2022; Bowen & Peterson, 2019;

Carr, 2019; Craig & Marshall, 2019; Demir & Onal, 2020; Dori et al., 2020; Farrell & Mailizar

& Johar, 2021; Geiger, 2019; Hakim et al., 2019; Hann, 2019; Hossein-Mohand et al., 2021;

Jazuli et al., 2019; Lazic et al., 2021; Mohamed et al., 2019; Nasution et al., 2021; Pratiwi et

(8)

al., 2020; Pulungan, 2021; Ramadhani & Fitri, 2020; Saidalvi et al ., 2019; Susanti et al. 2020;

Yusrizal & Kwon et al., 2021). Manakala 6 kajian menggunakan pendekatan kualitatif (Chen

& Lin, 2019; Diego-Mantecon et al., 2021; Drovosekov et al., 2019; Serin, 2019;

Wahyuningsih et al., 2021; Wijaya & Zhou, 2021). Hanya 2 kajian iaitu (Guntur & Retnawati, 2020; Hadiyanti et al., 2020) pengkaji menggunakan gabungan pendekatan kualitatif dan kuantitatif.

Tema Analisis

Hasil daripada kajian yang dijalankan mendapati bahawa kesemua artikel kajian lepas dibahagikan kepada enam kesan pelaksanaan PBL dalam pendidikan Matematik. Jadual 4 menunjukkan senarai artikel kajian lepas mengikut kesan pelaksanaan PBL dalam subjek Matematik. Terdapat empat aspek utama yang dibincangkan dalam kebanyakan artikel iaitu pencapaian akademik, penglibatan, kefahaman dan semangat inkuiri.

Pencapaian Akademik

Menurut (Bowen & Peterson 2019; Craig & Marshall 2019; Demir & Onal 2020; Drovosekov et al. 2019; Hann 2019; Lazic et al., 2021; Mohamed et al., 2019; Yusrizal & Pulungan, 2021) Kajian menunjukkan bahawa proses PdP dalam Matematik yang menggunakan pendekatan PBL membawa kesan positif kepada pencapaian murid. Terdapat 22 artikel daripada tinjauan kajian literatur yang telah mengkaji kesan pelaksanaan PBL terhadap pencapaian akademik.

Menurut Serin (2019), PBL dapat meningkatkan tahap motivasi dan pencapaian akademik seseorang murid. Kaedah ini mendorong murid menguasai sesuatu topik yang ingin dipelajari.

Di samping itu, kaedah ini mampu mengurus pembelajaran kendiri dengan adanya bimbingan rakan-rakan.

Penglibatan Murid

Terdapat 10 kajian yang menyokong penglibatan murid dalam PBL adalah tinggi (Bowen &

Peterson, 2019: Chen & Lin, 2019; Guntur & Retnawati, 2020). Bowen & Peterson (2019) berpendapat bahawa kaedah PBL dapat meningkatkan penglibatan murid secara aktif sambil mengukuhkan pengetahuan sedia ada murid.

Kefahaman Murid

Pelaksanaan PBL dapat meningkatkan kefahaman murid dalam sesuatu pembelajaran (Bowen

& Peterson 2019; Nasution et al., 2021). Terdapat 11 artikel membincang tentang kesan pelaksanaan PBL terhadap kefahaman murid. Kajian Elina et al. (2020) membuktikan bahawa pengaplikasian PBL mendorong pengetahuan dan pemahaman murid. Dapatan kajian membuktikan bahawa kaedah PBL dalam Matematik, dapat membantu murid dalam memahami sesuatu konsep pembelajaran. Hal ini disokong oleh kajian-kajian (Dori et al., 2020;

Farrell & Carr, 2019; Mailizar & Johar, 2021) PBL memberi kesan terhadap pemahaman konseptual murid.

Semangat Inkuiri

PBL merangsang kemahiran dan sifat ingin tahu murid sehingga mereka dapat menyiapkan sesuatu tugasan yang ditujukan. Tambahan pula, PBL adalah berfokus kepada belajar melalui pelaksanaan iaitu pelbagai aktiviti bersifat penerokaan, penyiasatan dan penyoalan. Terdapat 7 artikel kajian lepas yang menegaskan semangat ingin tahu murid dapat dipertingkatkan melalui pelaksanaan PBL (Bennett et al., 2022; Geiger 2019; Hakim et al., 2019; Kwon et al., 2021;

Wahyuningsih et al., 2021; Wijaya et al., 2021). Menurut artikel Pratiwi et al. (2020) PBL merupakan satu strategi meningkatkan semangat inkuiri murid yang dapat membantu dalam tahap kecerdasan mereka.

(9)

Jadual 3: Senarai Artikel Mengikut Kesan Pelaksanaan PBL

Bil Nama Penulis Negara

Reka Bentuk Kajian

Tahun

1 Demir & Onal 2020 Turkey / /

2 Lazic et al. 2021 Serbia / /

3 Bowen & Peterson 2018 United State / / / /

4 Chen & Lin 2019 Taiwan / /

5 Pratiwi et al. 2020 Indonesia / /

6 Jazuli et al. 2019 Indonesia / /

7 Hakim et al. 2019 Indonesia / /

8 Nasution et al. 2021 Indonesia / / /

9 Guntur & Retnawati 2020 Indonesia / / /

10 Hadiyanti et al. 2020 Indonesia / / /

11 Susanti et al. 2020 Indonesia /

12 Wahyuningsih et al. 2021 Indonesia / / /

13 Ramadhani & Fitri 2020 Indonesia /

14 Serin 2019 United State /

15 Geiger 2019 Finland / / /

16 Yusrizal & Pulungan 2021 Indonesia / /

17 Bennett et al. 2022 United State / / /

18 Craig & Marshall 2019 United State / /

19 Diego-Mantecon et al. 2021 Spain /

20 Dori et al. 2020 Israel / /

21 Hann 2019 United State / /

22 Hossein-Mohand et al. 2021 Spain / /

23 Kwon et al. 2021 North

America

/ /

24 Mohamed et al. 2019 Malaysia / /

25 Drovosekov et al. 2019 Russia / /

26 Farrell & Carr 2019 Ireland / /

27 Mailizar & Johar 2021 Indonesia / /

28 Wijaya et al. 2021 China / /

4. Kerangka Konseptual

Kesan pelaksanaan PBL yang didapati daripada artikel kajian lepas adalah pencapaian dalam akademik, penglibatan, kefahaman dan semangat inkuiri murid. Rajah 2 menunjukkan bilangan dan peratusan artikel mengikut kesan pelaksanaan kaedah PBL yang digunakan oleh artikel kajian lepas. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat lima jenis kesan pelaksanaan kaedah PBL yang telah di kenal pasti.

Kesan pelaksanaan PBL dalam Matematik yang paling kerap di kaji oleh pengkaji ialah tahap pencapaian murid iaitu 22 artikel bersamaan dengan 44%. Di samping itu, aspek kefahaman murid dalam pembelajaran Matematik pula mempunyai 11 artikel kajian lepas bersamaan (22%), diikuti dengan aspek penglibatan murid yang mempunyai 10 artikel kajian lepas (20%).

Akhir sekali aspek semangat inkuiri murid adalah tiga artikel kajian lepas (14%). Dapatan-

Semangat Inkuiri

Penglibatan murid Kefahaman murid

Kuantitatif Kualitatif Pencapaian Akademik

(10)

dapatan kajian ini adalah kerap dibincangkan oleh pengkaji-pengkaji kajian lepas.

Perbincangan yang dijalankan ini dapat membantu pelbagai pihak pendidik terhadap kesan pelaksanaan PBL dalam Matematik pada masa akan datang.

Rajah 2: Bilangan artikel dan peratusan mengikut kesan pelaksanaan PBL dalam Matematik

Kajian SLR yang dijalankan turut membangunkan kerangka konseptual berdasarkan kesan pelaksanaan yang paling kerap digunakan oleh pengkaji lepas. Rajah 3 menunjukkan kerangka konseptual yang telah dibangunkan melalui hasil analisis kajian SLR yang telah dijalankan.

Rajah 3: Kerangka Konseptual Kesan Pelaksanaan PBL

5. Perbincangan Kajian

Dapatan kajian SLR menjelaskan bahawa pelaksanaan PBL dalam Matematik dapat meningkatkan pencapaian akademik murid. Kajian terhadap pencapaian akademik murid kerap dibincangkan oleh pengkaji-pengkaji lepas. Berdasarkan kajian Demir & Onal (2020) dan Dori et al. (2020) mendapati bahawa PBL dapat meningkatkan tahap pencapaian akademik murid.

Kajian tersebut menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif untuk membuktikan keberkesanan PBL dalam proses PdP Matematik. Pembelajaran berasaskan aktiviti ini dapat meningkatkan skor atau keputusan TIMMS dan PISA menerusi pembelajaran yang aktif dengan melibatkan murid secara langsung. Hal ini benar, kerana PBL bagi subjek Matematik dilaksanakan menggunakan pelbagai kaedah seperti penerokaan, penyelesaian masalah,

44%

20%

22%

14%

Kesan Pelaksanaan PBL dalam Matematik

Pencapaian Akademik Penglibatan Murid Kefahaman Murid Semangat Inkuiri

Semangat Inkuiri Penglibatan Murid

Kefahaman Murid Pencapaian Akademik

(11)

eksperimen dan projek (Serin, 2019; Lazic et al., 2021). Pelaksanaan PBL menggalakkan murid untuk mempelajari sesuatu menerusi penerokaan dan penglibatan secara aktif (Lazic et al., 2021). PBL turut digunakan untuk membantu dalam pembelajaran berasaskan masalah bagi menggalakkan pembelajaran secara mendalam. Menurut Mohamed et al. (2019) pembelajaran secara mendalam bermaksud murid akan menyelesaikan masalah yang diberikan secara penerokaan atau inkuiri. Di samping itu, kajian Yusrizal & Pulungan (2021) dan Craig &

Marshall (2019) menyatakan bahawa pelaksanaan PBL dalam PdP membolehkan murid untuk menguasai konsep, aplikasi dan kemahiran Sains dan Matematik secara mendalam walaupun murid ketinggalan disebabkan pandemik. Murid turut dapat mengukuhkan kemahiran berfikir, kreativiti, komunikasi kolaboratif membuat, sesuatu keputusan dalam menyelesaikan masalah.

Selain itu, PBL juga berkesan dalam PdP terutamanya meningkatkan kefahaman dan penglibatan murid. Perkara ini selari dengan kajian pengkaji lepas (Bowen & Peterson, 2019;

Dori et al., 2020; Farrell & Carr, 2019; Geiger, 2019; Mailizar & Johar, 2021; Nasution et al., 2021. Pembelajaran berasaskan aktiviti ini memberikan pengalaman dan melatih peserta dengan mengimplementasikan kefahaman sedia ada murid dalam sesuatu penyelesaian masalah. Hasil kajian yang dilaksanakan oleh Nasution et al. (2021) membuktikan, aktiviti PBL mempunyai kesan yang positif pada sikap pelajar terhadap kefahaman serta boleh meningkatkan pemikiran kritikal dan pemikiran kreatif murid dalam proses pembelajaran.

Kaedah PBL menggalakkan murid untuk mengenali sesuatu menerusi penerokaan dan menguasai kefahaman yang sedia ada.

Keputusan kajian-kajian lepas ini juga menunjukkan terdapat perbezaan terhadap penglibatan murid antara menggunakan PBL dengan pendekatan konvensional. Chen & Lin (2019) telah menyatakan bahawa keberkesanan P&P bergantung kepada kaedah pembelajaran yang dilaksanakan dan PBL dikategorikan sebagai kaedah pembelajaran yang memenuhi dengan banyak kelebihan. Motivasi, penglibatan dan kefahaman merupakan tiga faktor yang didapati meningkat apabila murid menggunakan pendekatan PBL (Bowen & Peterson, 2019). Namun kajian-kajian lepas membuktikan faktor penglibatan murid meningkat lebih tinggi berbanding dengan faktor-faktor lain. Perancangan PBL yang berstruktur dan terancang ini bersesuaian dengan model Teori Vygotsky yang menggalakkan penglibatan aktif murid dalam aktiviti pembelajaran kendiri iaitu usaha mereka dalam memperoleh ilmu baru dengan mendedahkan mereka kepada situasi benar (Guntur & Retnawati, 2020).

Impak kepada pembelajaran murid berasaskan aktiviti seperti yang dinyatakan oleh (Bennett et al., 2022; Geiger, 2019; Wahyuningsih et al., 2021) adalah murid menjadi lebih bermotivasi dan sentiasa bersifat ingin tahu. PBL bersifat terbuka dimana pembelajaran berlaku secara tidak langsung melalui proses menghasilkan satu hasil projek yang bermakna dalam kehidupan sebenar murid itu sendiri (Wijaya & Zhou, 2021). Dalam proses menghasilkan projek, murid mesti berhadap dengan pelbagai masalah dan persoalan. PBL membina keyakinan diri murid supaya sentiasa bersedia menghadapi masalah berkaitan dunia sebenar mereka. Menurut Kwon et al. (2021) menegaskan bahawa, mereka perlu menyelidik, menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mereka cipta. Elemen-elemen ini akan melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Dengan ini, perkembangan murid menyeluruh, dapat menghasilkan hasil kerja projek mengikut minat, kebolehan serta sumber bahan di persekitaran mereka. Murid sentiasa bermotivasi dan terdorong dengan semangat ingin tahu yang tinggi dalam pembelajaran atau sesuatu penyelesaian masalah.

Kekangan yang menghalang pelaksanaan PBL dalam pendidikan Matematik adalah, sikap guru yang memilih kaedah pengajaran melalui penguasaan isi kandungan subjek tanpa mengambil kira tahap kecerdasan dan minat murid yang pelbagai. Minat dan motivasi dalam pembelajaran

(12)

juga meningkat jika murid mengaplikasikan sesuatu konsep yang dipelajari dengan amalan hidup seharian mereka di luar waktu persekolahan. Kaedah guru yang bersifat konvensional kurang berkesan kepada murid pada zaman ini. Kegagalan kefahaman murid yang tidak menyeluruh adalah disebabkan kaedah P&P yang diamalkan di dalam kelas, lebih menumpukan kepada guru sebagai penyalur maklumat. Disebabkan kaedah konvensional ini, murid tidak melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan malah, ada yang bertindak sebagai pemerhati sahaja. Apabila semua murid terlibat melaksanakan kerja projek secara hands-on pembelajaran akan menjadi lebih efektif. Maka guru-guru perlu lebih kreatif dalam mengintegrasikan pendekatan PBL dalam topik-topik Matematik untuk meninggalkan impak yang besar terhadap pembelajaran seperti yang telah dibuktikan melalui kajian-kajian terdahulu.

Merujuk kepada jadual 3 kerangka konseptual dibangunkan melibatkan kesan pelaksanaan PBL dalam pembelajaran Matematik. Hasil daripada kajian lepas, didapati keempat-empat kesan ini mempunyai kesinambungan yang tersirat di mana semua aktiviti pembelajaran bergantung sepenuhnya kepada pencapaian akademik murid. Bagi mencapai pencapaian yang cemerlang, seseorang murid perlu mempunyai kefahaman yang menyeluruh terhadap sesuatu pembelajaran. Kefahaman murid boleh ditingkatkan jika adanya penglibatan aktif sewaktu sesi PdP. Dengan mewujudkan sesi PdP yang berpandukan aktiviti “hands on”, murid belajar secara aktif dengan melakukan penyiasatan inkuiri melalui kaedah penyiasatan. Namun, terdapat juga beberapa kesan lain melalui pelaksanaan PBL terhadap murid kurang dikaji dalam kajian-kajian lepas. Oleh itu, penyemakan semula dan penelitian perlu dilakukan pada bahagian kerangka konseptual yang dibina untuk kajian pada masa hadapan.

6. Kesimpulan

Kesimpulannya, kebayakan kajian dalam pendekatan ini kerap dikaji terutamanya pada tahun 2021 menunjukkan di beri penekanan yang tinggi dalam pendidikan Matematik supaya melahirkan generasi yang seiring dengan kehendak global. PBL berkonsepkan Pembelajaran Abad Ke-21 seharusnya dilaksanakan secara menyeluruh dalam pendidikan di Malaysia selaras dengan perubahan transformasi sekolah gelombang kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Diharap bahawa perubahan kurikulum dan cara pelaksanaan ini, dapat dihayati oleh warga pendidik dengan baik.

7. Kepentingan Kajian

Kajian SLR yang dijalankan boleh penambahbaikan agar dapatan kajian yang diperoleh adalah lebih terperinci. Kajian empirikal perlu dijalankan untuk mengesahkan kesahihan kerangka konseptual yang dibentuk bagi membandingkan empat kesan pelaksanaan PBL yang kerap kali digunakan oleh pengkaji lepas. Justeru, penelitian yang sistematik perlu dilaksanakan untuk mengkaji kesan lain yang kurang diteliti melalui kajian SLR. Hal ini kerana, jika terdapat kesan lain, kerangka konseptual yang dibangunkan perlu diubahsuai berpandukan dapatan kajian terbaru. Berdasarkan penambahbaikan yang dijalankan, hasil dapatan kajian pada masa hadapan akan lebih mantap dan menyumbang kepada kesan pelaksanaan PBL dalam proses PdP Matematik. Kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada warga pendidik semua tahap pendidikan untuk memantapkan kualiti PdP.

(13)

Rujukan

Bennett, K. P., Erickson, J. S., Svirsky, A., & Seddon, J. C. (2022). A Mathematics Pipeline to Student Success in Data Analytics through Course-Based Undergraduate Research.

The Mathematics Enthusiast, 19(3), 730–750. https://doi.org/10.54870/1551- 3440.1573

Bowen, B., & Peterson, B. (2018). Exploring Authenticity Through an Engineering-Based Context in a Project-Based Learning Mathematics Activity. Journal of Pre-College Engineering Education Research (J-PEER), 9(1). https://doi.org/10.7771/2157- 9288.1073

Chen, C. S., & Lin, J. W. (2019). A Practical Action Research Study of the Impact of Maker- Centered STEM-PjBL on a Rural Middle School in Taiwan. International Journal of Science and Mathematics Education, 17(S1), 85–108. https://doi.org/10.1007/s10763- 019-09961-8

Craig, T. T., & Marshall, J. (2019). Effect of project‐based learning on high school students’

state‐mandated, standardized math and science exam performance. Journal of

Research in Science Teaching, 56(10), 1461–1488. https://doi.org/10.1002/tea.21582 Demir, C. G., & Önal, N. (2021). The effect of technology-assisted and project-based

learning approaches on students’ attitudes towards mathematics and their academic achievement. Education and Information Technologies, 26(3), 3375–3397.

https://doi.org/10.1007/s10639-020-10398-8

Diego-Mantecon, J. M., Prodromou, T., Lavicza, Z., Blanco, T. F., & Ortiz-Laso, Z. (2021).

An attempt to evaluate STEAM project-based instruction from a school mathematics perspective. ZDM – Mathematics Education, 53(5), 1137–1148.

https://doi.org/10.1007/s11858-021-01303-9

Dori, Y. J., Kohen, Z., & Rizowy, B. (2020). Mathematics for Computer Science: A Flipped Classroom with an Optional Project. Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 16(12), em1915. https://doi.org/10.29333/ejmste/9149

Drovosekov, S. E., Telegina, N. V., Vasbieva, D. G., & Zakharova, V. L. (2019). The Use of Project Activity in Teaching Mathematics. EURASIA Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 15(8), 1–11.

https://doi.org/10.29333/ejmste/108439

Farrell, F., & Carr, M. (2019). The effect of using a project-based learning (PBL) approach to improve engineering students’ understanding of statistics. Teaching Mathematics and Its Applications: An International Journal of the IMA, 38(3), 135–145.

https://doi.org/10.1093/teamat/hrz005

Geiger, V. (2019). Using mathematics as evidence supporting critical reasoning and enquiry in primary science classrooms. ZDM, 51(6), 929–940. https://doi.org/10.1007/s11858- 019-01068-2

Gorur, R. (2016). Seeing like PISA: A cautionary tale about the performativity of

international assessments. European Educational Research Journal, 15(5), 598–616.

https://doi.org/10.1177/1474904116658299

Guntur, M. I. S., & Retnawati, H. (2020). Beginner Teacher’s Perception of Application of Project-Based Learning in Mathematics Learning. JIPM (Jurnal Ilmiah Pendidikan Matematika), 8(2), 108. https://doi.org/10.25273/jipm.v8i2.5048

Hadiyanti, N. F. D., Hobri, Prihandoko, A. C., Susanto, Murtikusuma, R. P., Khasanah, N. &

Maharani, P. (2020). Development of Mathematics e-module with STEM

Collaborative Project-based Learning to Improve Mathematical Literacy Ability of Vocational High School Students. Journal of Physics, 1839, 1–8.

(14)

Hakim, L., Sulatri, Y., Mudrikah, A., & Ahmatika, D. (2019). STEM Project-Based Learning Models in Learning Mathematics to Develop 21st Century Skills. Proceedings of the International Conference of Science and Technology for the Internet of Things.

https://doi.org/10.4108/eai.19-10-2018.2281357

Han, S., Rosli, R., Capraro, M. M., & Capraro, R. M. (2016). The Effect of Science,

Technology, Engineering and Mathematics (STEM) Project Based Learning (PBL) on Students’ Achievement in Four Mathematics Topics. Journal of Turkish Science Education, 13, 3–30. https://doi.org/10.12973/tused.10168a

Hann, T. (2019). Investigating the impact of teacher practices and noncognitive factors on mathematics achievement. Research in Education, 108(1), 22–45.

https://doi.org/10.1177/0034523719842601

Hossein-Hossein-Mohand, H., Trujillo-Torres, J. M., Gómez-García, M., Hossein-Hossein- Mohand, H., & Campos-Soto, A. (2021). Analysis of the Use and Integration of the Flipped Learning Model, Project-Based Learning, and Gamification Methodologies by Secondary School Mathematics Teachers. Sustainability, 13(5), 2606.

https://doi.org/10.3390/su13052606

Jazuli, L. O. A., Solihatin, E., & Syahrial, Z. (2019). The Effects of Brain-Based Learning and Project-Based Learning Strategies on Student Group Mathematics Learning Outcomes Student Visual Learning Styles. Pedagogical Research, 4(4).

https://doi.org/10.29333/pr/5949

Kwon, H., Capraro, R. M., & Capraro, M. M. (2021). When I Believe, I Can: Success STEMs from My Perceptions. Canadian Journal of Science, Mathematics and Technology Education, 21(1), 67–85. https://doi.org/10.1007/s42330-020-00132-4

Lazić, B. D., Knežević, J. B., & Maričić, S. M. (2021). The influence of project-based learning on student achievement in elementary mathematics education. South African Journal of Education, 41(3), 1–10. https://doi.org/10.15700/saje.v41n3a1909

Liberati, A., Altman, D. G., Tetzlaff, J., Mulrow, C., Gøtzsche, P. C., Ioannidis, J. P. A., Clarke, M., Devereaux, P. J., Kleijnen, J., & Moher, D. (2009). The PRISMA Statement for Reporting Systematic Reviews and Meta-Analyses of Studies That Evaluate Health Care Interventions: Explanation and Elaboration. PLoS Medicine, 6(7), e1000100. https://doi.org/10.1371/journal.pmed.1000100

Mailizar, M., & Johar, R. (2021). Examining Students’ Intention to Use Augmented Reality in a Project-Based Geometry Learning Environment. International Journal of Instruction, 14(2), 773–790. https://doi.org/10.29333/iji.2021.14243a

Mohamed, H., Saidalvi, A., & Tashiron, N. A. (2019). Project Based Learning in Flipped Classroom Based on Student’s Cognitive Style. International Journal of Recent Technology and Engineering, 7(6), 1–5.

Moher, D., Liberati, A., Tetzlaff, J., & Altman, D. G. (2009). Preferred reporting items for systematic reviews and meta-analyses: the PRISMA statement. BMJ, 339(jul21 1), b2535–b2535. https://doi.org/10.1136/bmj.b2535

Nasution, M. D., Ahmad, A., & Mohamed, Z. (2021). Pre-Service Teachers’ Perception on the Implementation of Project Based Learning in Mathematic Class. Infinity Journal, 10(1), 109. https://doi.org/10.22460/infinity.v10i1.p109-120

Pratiwi, G., Sova, F., Putra, F. G., Yunian Putra, R. W., Kusuma, A. P., & Rahmawati, N. K.

(2020). The Influence of Project-based Learning (PjBL) and Learning Style om Mathematics Communication Skills of Junior High School Students. Journal of Physics: Conference Series, 1467(1), 012064. https://doi.org/10.1088/1742- 6596/1467/1/012064

Ramadhani, R., & Fitri, Y. (2020). A Project-Based Learning into Flipped Classroom for ePUB3 Electronic Mathematics Learning Module (eMLM)-based on Course Design

(15)

and Implementation. Universal Journal of Educational Research, 8(7), 3119–3135.

https://doi.org/10.13189/ujer.2020.080740

Serin, H. (2019). Project Based Learning in Mathematics Context. International Journal of Social Sciences &Amp; Educational Studies, 5(3), 232–236.

https://doi.org/10.23918/ijsses.v5i3p232

Susanti, N., Juandi, D., & Tamur, M. (2020). The Effect of Problem-Based Learning (PBL) Model on Mathematical Communication Skills of Junior High School Students – A Meta-Analysis Study. JTAM (Jurnal Teori Dan Aplikasi Matematika), 4(2), 145.

https://doi.org/10.31764/jtam.v4i2.2481

Tawfik, G. M., Dila, K. A. S., Mohamed, M. Y. F., Tam, D. N. H., Kien, N. D., Ahmed, A.

M., & Huy, N. T. (2019). A step-by-step guide for conducting a systematic review and meta-analysis with simulation data. Tropical Medicine and Health, 47(1), 1–9.

https://doi.org/10.1186/s41182-019-0165-6

Wahyuningsih, S., Qohar, A., Satyananda, D., & Atan, N. A. (2021). The Effect of Online Project-Based Learning Application on Mathematics Students’ Visual Thinking Continuum in Covid-19 Pandemic. International Journal of Interactive Mobile Technologies (IJIM), 15(08), 4. https://doi.org/10.3991/ijim.v15i08.21565

Wijaya, T. T., Zhou, Y., Ware, A., & Hermita, N. (2021). Improving the Creative Thinking Skills of the Next Generation of Mathematics Teachers Using Dynamic Mathematics Software. International Journal of Emerging Technologies in Learning (IJET), 16(13), 212. https://doi.org/10.3991/ijet.v16i13.21535

Yusrizal, Y., & Pulungan, S. A. (2021). The Effect of Project Based Learning Model on Student Mathematics Learning Outcomes in the Covid-19 Pandemic Era. Budapest International Research and Critics Institute (BIRCI-Journal): Humanities and Social Sciences, 4(4), 7810–7816. https://doi.org/10.33258/birci.v4i4.2700

Referensi

Dokumen terkait