K ESAN KONTEKSTUAL PENGAJARAN TERHADAP MOTIVASI DAN PENCAPAIAN PELAJAR SEKOLAH DALAM FIZIK
LAPORAN AKHIR
Oleh:
Zurida Haji Ismail, Ph.D.
Ahmad Nurulazam Md. Zain, Ph.D.
Mohd Ali Samsuddin
September 2004
,
Q,
.I(l.-HI
PUSAT PENGAJIAN II..MUPE;NDfDfKANUNIVERSITI SAINS MALAYSIA SCHOOL OF EDUCATIONAL STUDIEs '-"'--I8O",-,,,-o.HO"':::::',,,,-',,,
PENGAJARAN KONTEKSTUAL:
Bolehkah Menjadikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains Efektif!
PENGAJARAN KONTEKSTUAL:
BOLEHKAH MENJADlKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS EFEKTIF?
Allmad Nurulazam Molld Zain, Zurida Haji Ismail dan Mohd Ali Samsuddin
ABSTRAK
Sains seringkali dianggap sebagai suatu matapelajaran yang sukar lagi membosankan. Pengajaran guru yang lebih mengutamakan
penyampaian dan penyaluran maklumat kepada pelajar turut mempengaruhi sikap dan minat pelajar tentang sains. Justeru, guru perlu mencari alternatifkepada pengajaran secara transmisi kepada suatu pendekatan yang boleh melibatkan pelajar secara aktifdalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan kontekstual yang berlandaskan prinsip-prinsip konstruktivisme menjadikannya antara alternatifterbaik untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran sains yang efektifdan seterusnya memperbaiki prestasi para pelajar dalam mata pelajaran sains. Artikel ini membincangkan keberkesanan pendekatan kontektual dalam proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan dapatan dari kajian-kajian yang telah dijalankan.
, Pengenalan
Antara cabaran yang digariskan dalam Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan yang tinggi dan memandang ke hadapan, dan bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
Cabaran ini adalah berkaitan secara Iangsung dengan pendidikan sains.
Penggubalan kurikulum KBSR dan KBSM adalah selaras dengan aspirasi yang perlu direalisasikan. Sains ditawarkan sebagai satu mata pelajaran
6
PBNGAJARAN KONTHKSTUAL:
Bolehkah Melljadikall Pellgajara/l dall Pembelajarall Sai/ls Efektif?
dan pelajar dan penggunaan peta konteks (Lee&Bao, 2002) bagi melihat hubungan antara pengajaran kontekstual dengan motivasi pelajar dalam pembelajaran fizik.
Dapatan daripada pentadbiran soal selidik Motivasi Dalam Pembelajaran Fizik menunjukkan bahawa pelajar yang didedahkan dengan teknik pengajaran kontekstuallebih bermotivasi mempelajari fizik berbanding pelajar yang menerima pengajaran konvensional. Analisis dilakukan terhadap skala-skala yang terkandung di dalam instrumen Motivasi Dalam Pembelajaran Fizik. Pemerhatian yang dilakukan ke atas kelas yang terlibat dengan pengajaran kontekstual juga mendapati pelajar memberikan respons yang positifterhadap pengajaran kontekstual. Dapatan ini juga konsisten dengan dapatan hasil temubual dengangurudan pelajar yang terlibat dengan pengajaran kontekstual. Majoriti pelajar yang diminta untuk melukis peta konteks mengakui bahawa terdapat hubungan antara pengajaran kontekstual dengan motivasi mereka untuk mempelajari fizik.
Pendedahan awal secara sistematik yang diberikan kepada guru-guru sains seharusnya membolehkan pelaksanaan pengajaran kontekstual dibuat mengikut langkah-langkah yang ditetapkan. Justeru, adalah penting guru- gurusains dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi bagi membolehkan mereka melaksanakan kurikulum seperti yang dihasratkan. Latihan dan kursus perlu dirancang dengan struktur bantuan dan amalan yang praktikal agar tidak mengganggu perjalanan kelas dan mengabaikan kebajikan pelajar (Mohd Lazim&Zurida, 1994). Usaha ke arah ini telah dimulakan pada bulan Januari tahun 2003 dengan penglibatan seramai lebih enam puluh guru sains sekolah menengah dari seluruh negara untuk menjadi jurulatih utama bagi negeri masing-masing dalam kursus anjuran pihak USM, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Tenaga dan Multimedia. Guru-guru berkenaan dilatih menjadi pakar dalam Tenaga Diperbaharui Dan Kecekapan Tenaga dan mereka didedahkan kepada pendekatan pengajaran secara kontekstual (Ahmad Nurulazam Md. Zain, Mohd Ali Samsudin dan Zurida Ismail, 2003). Jurulatih utama ini dipeIltanggungjawabkan untuk melatih guru-guru pakar dari setiap negeri yang kemudiannya akan melatih guru-guru lain di semua sekolah menengah di jeluruh negara.
Pandangan pelajar-pelajar dan guru-guru
Kajian keberkesanan pengajaran kontekstual terhadap proses pengajaran
14
PENGAJARAN KONTEKSTUAL:
Bolehkah Menjadikan Pengajaran dan Pembelajararr'Sains Efektif?
dan pembelajaran sains fizik turut meninjau pandangan para guru dan pelajar. Guru-guru yang ditemubual memberikan pandangan yang positif terhadap langkah menyampaikan fizik secara kontekstual. Majoriti guru memberikan pandangan dari sudut proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas. Antara pandangan yang diberikan ialah pendekatan kontekstual menjadikan pengajaran mereka bertambah menarik, menarik minat pelajar dan memudahkan pelajar untuk memahami konsep- konsep yang ingin diajar. Terdapat juga yang melihat daripada sudut penilaian dan pengukuran dengan merujuk kepada kecenderungan soalan- soalan yang digubal ke arah kontekstual dan ini membantu pelajar untuk lebih mudah memahami soalan fizik. Analisis prestasi pelajar bagi setiap item yang dikategorikan mengikut Taksonomi Bloom mendapati pelajar- pelajar boleh menjawab soalan-soalan aras pemikiran tinggi dengan agak baik (Zurida, Mohd Ali&Ahmad Nurulazam, 2003).
Guru-guru yang ditemuramah mengakui bahawa mereka sedaya-upaya cuba melaksanakan pengajaran kontekstual di dalam kelas. Dalam aspek-aspek tertentu, terdapat guru yang ditemuramah yang berkeinginan membawa pelajar-pelajarke kilang-kilangdanmelibatkan pelajar dengan aktiviti projek- projek sains yang berkaitan dengan konsep-konsep yang cuba disampaikan, namunkekangan masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran menyebabkan pendekatan kontekstual yang diamalkan lebih memberi tumpuan terhadap aktiviti di dalam kelas. Untuk mengatasi masalah tersebut, guru-guru disarankan menggunakan komputer (Ahmad Nurulazam Md. Zain, 1988), Ahmad Nurulazam Md. Zain&Fauziah Sulaiman, 1994); Fauziah Sulaiman
& Ahmad Nurulazam Md. Zain (1997) bagi membantu pelajar memahami konsep dengan baik disampitig menjadikan aktiviti pembelajaran menarik.
Program-program multimedia turutmempunyai peranannya tersendiri dalam membolehkan para pelajar melihat perkaitan antara teori dan aplikasinya dalam konteks.
f
Temubual kumpulan fokus dengan beberapa orang pelajar yang mengikuti pengajaran kontekstual mengakui bahawa usahagurumenghubungkan fizik dengan situasi kehidupan sebenar dalam pengajaran menarik perhatian mereka untuk mempelajari fizik. Apabila ditanya mengapa usaha guru menghubungkan fizik dengan situasi kehidupan seharian mereka menarik perhatian mereka, pelajar-pelajar yang ditemubual menyatakan bahawa mereka berasa seronok apabila mendapati wujudnya fizik dalam kehidupan seharian mereka.15
-
,
PENGAJARAN KONTEKSTUAL:
Bolehkah Melljadikall Pellgajaf{/II dall Pembelajarall Saills Efektij'l
.Penutup
Analisis prestasi pelajar menunjukkan kepada perlunya sains diajar dengan cara yang lebih menarik dan bermakna jika mutu pencapaian ingin ditingkatkan. Pembelajaran bermakna dan pengajaran efektif dikatakan berlaku apabila pelajar-pelajar boleh mengaplikasikan pengetahuan yang diajar dan berfikir pada aras pemikiran tinggi. Jika guru menggunakan aktiviti serta kaedah pengajaran yang sesuai, pengetahuan, kemahiran- kemahiran serta sikap yang ingin dipupuk dapat dilakukan dengan baik dan berkesan. Justeru, para pendidik perlu bijak dalam mengadunkan isi pelajaran dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Dapatan-dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan kontekstual boleh membantuguruuntuk meningkatkan minat dan kefahaman pelajar dalam sains serta meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. Ciri-ciri pendekatan kontekstual yang berlandaskan prinsip-prinsip konstruktivisme menjadikannya antara aItematif terbaik untuk menghasilkan pengajarandanpembelajaran sains yang efektif dan seterusnya memperbaiki prestasi parapelajar dalam mata pelajaran sains.
Prinsip-prinsip pembelajaran yang memanfaatkan pengetahuan serta pengalaman awal pelajar melalui perbincangan dan aktiviti berdasarkan konteks sebenar membolehkan pe1ajar melihat aplikasi konsep-konsep sains dalam menyelesaikan masalah. Dengan carainipelajar-pelajar akan membina sendiri pengertian terhadap isi pelajaran disamping meningkatkan kemahiran berfikir pada aras tinggi.
BIBLIOGRAFI
Ahmad Nurulazam Md. Zain (1988). Effectiveness of Instructional Computing in Teaching Science,SAlNSAB, 63-70
Ahmad Nurulazam Md. Zain (1994). Activities in A Science Classroom Prior to A Test - Kertas kerja yang dibentangkan dalam 1994 ICET World Assembly, Istanbul, Turkey, 18-22 July 1994.
Ahmad Nurulazam Md. Zain & Fauziah Sulaiman (1994). A Computer Simulation Program for the Teaching ofEnergy Conservation,Science and Iechnology Education in a DemandingSociety,National Institute for Curriculum Development, Enschede, the Netherlands, 618-625, K. Boersma,K.Kortland and J. van Trammel (Ed.)
16
1
! 1