• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sorotan Literatur Bersistematik: Cabaran Penggunaan Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dalam Kalangan Pelajar dan Guru

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Sorotan Literatur Bersistematik: Cabaran Penggunaan Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dalam Kalangan Pelajar dan Guru"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Sorotan Literatur Bersistematik: Cabaran Penggunaan Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dalam Kalangan

Pelajar dan Guru

(Systematic Literature Highlights: Challenges on the Use of Technology for Teaching and Learning of Mathematics among

Students and Teachers)

Noor Kasemawati Uthman1*, Siti Mistima Maat1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia

*Pengarang Koresponden: nkasemawati@gmail.com

Accepted: 15 December 2022 | Published: 31 December 2022

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.4.16

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Semenjak pandemik COVID-19, pelaksanaan pengajaran secara digital telah digunapakai bagi menggantikan pengajaran sedia ada. Pengajaran digital, yang menggunkan medium pembelajaran secara atas talian merupakan salah satu daripada penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Pelaksanaan pengajaras secara digital telah digunapakai pada ketika itu supaya pelajar boleh belajar seperti biasa. Pelbagai medium seperti aplikasi Whatsapp, aplikasi Telegram, aplikasi media sosial (Facebook) dan Google Classroom telah diperkenalkan bagi melaksanakannya. Justeru itu, penggunaan medium ini secara tidak langsung telah menggantikan pembelajaran secara bersemuka kepada suatu bentuk pengajaran digital. Namun, terdapat pelbagai cabaran yang harus didepani oleh guru dalam pelaksnaannya, kerana ia merupakan norma baru dalam sistem Pendidikan negara pada ketika itu. Cabaran yang akan dihadapi guru bagi melaksanakan proses pengajaran Matematik dengan menggunakan kaedah pembelajaran secara atas talian akan dikenalpasti dalam kajian ini. Kajian ini memberi tumpuan kepada tiga cabaran utama dalam mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran matematik menggunakan medium atas talian iaitu kesediaan teknologi, kesediaan guru dan kesediaan pelajar. Sebanyak 261 artikel telah melalui 4 peringkat dalam model PRISMA iaitu pengenalpastian, saringan, kelayakan dan kemasukan. Hanya tiga puluh satu kajian pelaksanaan PdP secara atas talian untuk subjek Matematik antara tahun terbitan 2018-2022 yang diambil daripada Scopus, Web of Science (WoS) dan Google Scholar dijadikan sebagai rujukan bagi kajian ini. Dapatan menunjukkan bahawa cabaran yang dihadapi oleh pelajar mahupun guru ialah tahap kesediaan teknologi dari aspek kebolehcapaian internet dan kemudahan peranti seperti komputer, kesediaan guru dan kesediaan pelajar dari aspek pengetahuan dan sikap mereka dalam melaksanakan pengajaran matematik menggunakan medium PdP secara atas talian.

Kata kunci: Pembelajaran secara atas talian, kesediaan guru, kesediaan pelajar, teknologi digital

Abstract: Abstract: Since the COVID-19 pandemic, the implementation of digital teaching has been used to replace existing teaching. Digital teaching, which uses an online learning medium is one of the uses of technology in teaching and learning (PdP). The implementation of digital tutoring was used at that time so that students could learn as usual. Various mediums such as Whatsapp applications, Telegram applications, social media applications (Facebook) and

(2)

Google Classroom have been introduced to implement this. Therefore, the use of this medium has indirectly replaced face-to-face learning to a form of digital teaching. However, there are various challenges that teachers must face in its implementation, because it was a new norm in the country's Education system at that time. The challenges that teachers will face in implementing the process of teaching Mathematics by using online learning methods will be identified in this study. This study focuses on three main challenges in applying mathematics teaching and learning using the online medium, namely technology readiness, teacher readiness and student readiness. A total of 261 articles have gone through 4 stages in the PRISMA model, namely identification, screening, qualification and inclusion. Only thirty-one online PdP implementation studies for Mathematics subjects between the publication years 2018-2022 taken from Scopus, Web of Science (WoS) and Google Scholar are used as a reference for this study. Findings show that the challenges faced by both students and teachers are the level of technological readiness from the aspect of internet accessibility and the convenience of devices such as computers, the readiness of teachers and the readiness of students from the aspect of their knowledge and attitude in implementing mathematics teaching using the PdP medium online.

Keywords: Online learning, teacher readiness, student readiness, digital technology

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Terdapat empat kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar dalam Pembelajaran abad ke 21(PAK-21), antaranya ialah mereka harus mampu untuk berfikir secara kritis, boleh berkomunikasi dengan baik, dapat berkolaboratif dengan orang lain dan sangat kreatif. Bagi memenuhi keperluan pembelajaran abad ke-21, kreativiti merupakan elemen yang sangat penting untuk guru menjana dan mengaplikasikan pengajaran mereka. Kaedah pedagogi yang baru telah diperkenalkan apabila negara dilanda pandemik COVID19. Apabila sekolah diarahkan tutup oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), kaedah pembelajaran telah berubah serta merta. Guru menggunakan kaedah pembelajaran secara atas talian bagi menggantikan kaedah pembelajaran sebelum ini. Pelbagai platform digunakan untuk melaksanakan kaedah pembelajaran ini, antaranya ialah penggunaan aplikasi Whatsapp, aplikasi Telegram, aplikasi Zoom, aplikasi Google Classroom dan aplikasi Microsoft Teams.

Konsep pembelajaran secara atas talian atau e-pembelajaran, merupakan perubahan Pendidikan dari segi kaedah pembelajaran secara bersemuka kepada suatu bentuk digital yang merangkumi sistem pembelajaran serta isi kandungannya. Pertiwi dan Sutama (2020), telah mentakrifkan kelas secara atas talian sebagai teknologi pembelajaran dengan kemudahan aplikasi berdasarkan Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) dan persidangan video dalam kajian mereka. Manakala Dea dan Firdausi (2019), menyatakan bahawa kelas secara atas talian adalah kelas di mana internet, multimedia dan teknologi digunakan sebagai medium untuk aktiviti pembelajaran semasa mengajar dalam talian. Dalam kajian oleh Rahman et al. n.d., kelas secara atas talian ditakrifkan sebagai konsep pembelajaran digital, di mana pengguna iaitu pelanggan dengan pelayan dihubungkan melalui rangkaian internet. Melalui beberapa kajian ini, dapat kita simpulkan bahawa, penggunaan kaedah kelas atas talian atau lebih mudah kita takrifkan sebagai kaedah pembelajaran atas talian memerlukan rangkaian internet bagi pelaksanaanya.

Pembelajaran atas talian telah lama diperkenalkan, walau bagaimanapun penggunaan secara menyeluruh hanya digunakan selepas pengumuman PKP. Semasa PKP, pembelajaran atas talian merupakan kaedah pedagogi yang paling sesuai digunakan bagi menggantikan

(3)

pembelajaran konvensional. Pendekatan yang digunakan dalam pembelajaran atas talian dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) adalah berbeza dengan pembelajaran secara bersemukaiaitu tugas untuk menyampaikan pengetahuan kepada pelajar dilakukan oleh guru sahaja. Manakala dalam pembelajaran atas talian, focus utama adalah kepada pelajar itu sendiri.

Pelajar perlu aktif dan berdikari kerana perancangan pembelajaran adalah bergantung kepada pelajar itu sendiri.

Definasi pembelajaran atas talian ini sering kali berubah selaras dengan kemajuan teknologi terkini. Dalam konteks yang lebih luas, pengajaran bagi pembelajaran atas talian tidak terhad kepada satu-satu masa yang sama atau segerak malah pengajaran boleh dilakukan pada waktu yang berbeza atau tidak segerak. Bahan pengajaran adalah mengikut pilihan pelajar dimana pencarian maklumat tidak terbatas malah maklumat juga adalah yang terkini (Wahyu Yahya 2006 n.d.).

Terdapat kebaikan dan keburukan dalam pembelajaran atas talian. Pengendalian perisian yang digunakan dalam pembelajaran secara atas talian bukan sahaja memerlukan seseorang yang mempunyai kompetensi yang tinggi malah ia juga melibatkan harga yang sangat tinggi bagi memperoleh peranti yang sesuai dengan kaedah pembelajaran (Butcher 2020). Justeru itu, kajian ini dibuat untuk mensintesiskan kajian empirikal tentang cabaran penggunaan pembelajaran secara atas talian untuk PdP Matematik dalam kalangan pelajar dan guru.

2. Metodologi

Hanya artikel jurmal terbitan tahun 2018 hingga tahun 2022 digunakan dalam kajian ini.

Pengkaji mendapati bilangan artikel kajian yang berkaitan dengan tajuk kajian banyak dihasilkan dalam lingkungan tahun 2020 hingga tahun 2022. Walau bagaimanapun, pengkaji menggunakan artikel dari tahun 2018 hingga tahun 2019 bagi melihat perbezaan penggunaan teknologi sebelum berlakunya pandemik COVID-19 dengan selepas berlakunya pandemik tersebut. Artikel-artikel jurnal yang dikumpul dianalisis menggunakan kaedah PRISMA.

Melalui kaedah ini, artikel yang dikumpul akan dikenalpasti (identification), dibuat pemeriksaan (screening), melihat kelayakan (eligibility) dan yang terpilih (inclusion). Dengan menggunakan kaedah ini, artikel jurnal yang relevan dapat disentesiskan. Carta aliran PRISMA dipaparkan pada Rajah 1, adaptasi dan pengubahsuaian daripada (Page et al. (2021)

a) Pengenalpastian (Identification)

Fasa pertama dalam sorotan literatur bersistematik merangkumi proses pengenalan seperti yang terdapat dalam garis panduan PRISMA. Dua istilah penting muncul dari soalan penyelidikan:

cabaran dan faktor penggunaan teknologi. Untuk menambah istilah ini, penulis mencari sinonim. Menggunakan tesaurus Internet, seperti thesaurus.com, dan merujuk kepada kata kunci yang digunakan dalam kajian sebelumnya, serta meminta pendapat pakar, istilah dan variasi yang relevan telah digunakan. Beberapa istilah, seperti kesediaan teknologi, kesediaan guru, kesediaan pelajar serta cabaran guru dan pelajar menggunakan pembelajaran atas talian, telah diperiksa hasil daripada pendekatan ini. Bagi memproses kombinasi istilah ini, fungsi carian seperti fungsi kod medan, carian frasa, kad bebas, pemotongan dan pengendali Boolean telah digunakan (Jadual 1).

Artikel dari dua pangkalan data terkemuka, iaitu Scopus dan Web of Science, digunakan dalam kajian ini. Kedua-dua pangkalan data ini merupakan sumber metadata penerbitan dan penunjuk impak yang paling komprehensif. Dari pangkalan data yang dipilih, sejumlah 261 artikel yang

(4)

mungkin telah dikenalpasti, iaitu 88 dari pangkalan data Scopus dan 173 dari pangkalan data Web of Science.

Pangkalan Data Kata Kunci

Scopus TITLE-ABS-KEY ((‘technology readiness*’ OR

‘teacher readiness*’ OR ‘student readiness*’ AND [‘challenges teachers and students to use digital classrooms’ OR ‘challenges teachers and students to use challenges teachers and students to use digital classrooms’))

Web of Science TS = ((‘technology readiness*’ OR ‘teacher

readiness*’ OR ‘student readiness*’ AND [‘challenges teachers and students to use digital classrooms’ OR ‘challenges teachers and students to use challenges teachers and students to use digital classrooms’))

b) Pemeriksaan (Screening)

Proses penyaringan berlaku selepas artikel telah dikenapasti. Satu set kriteria (Jadual 2) digunakan untuk menentukan sama ada artikel tersebut dimasukkan atau dikecualikan daripada kajian. Saringan pertama dalam pemilihan artikel ini ialah dengan membuat semakan seperti memastikan artikel tersebut bukan merupakan artikel sorotan literatur bersistematik, siri buku, buku, bab dalam buku dan prosiding persidangan. Artikel yang diterbitkan antara tahun 2018 hingga tahun 2022 merupakan artikel yang telah dipilih dalam kajian ini. Penulis menggunakan kertas penyelidikan yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Proses ini telah menyebabkan pengecualian sebanyak 167 artikel kerana ia tidak memenuhi kriteria untuk kemasukkan.

Hasilnya, 261 artikel didapati sesuai untuk pemeriksaan lanjut dan setelah disaring 77 artikel pendua telah dikeluarkan. Berdasarkan kriteria kemasukan dan pengecualian, terdapat 55 artikel yang tinggal untuk penilaian dalam peringkat yang terhasil.

Kriteria Kelayakan Pengecualian

Jenis Sumber Jurnal (artikel) buku, siri buku, bab dalam buku, ulasan sistematik artikel, prosiding persidangan

Bahasa Bahasa Inggeris Bahasa selain dari Bahasa Inggeris

Tempoh Penerbitan 2018-2022 2017 dan tahun sebelumnya

c) Kelayakan (Eligibility)

Sebanyak 55 buah artikel telah dibuat penyaringan semula bagi memastikan ianya memenuhi standard yang diperlukan dalam kajian ini. Pembacaan semula tajuk, abstrak, dapatan dan perbincangan kajian dilakukan apabila membuat proses pengisihan. Sebanyak 24 buah artikel telah dibuang kerana tidak menghuraikan dan membincangkan cabaran dalam melaksanakan pengajaran menggunakan pembelajaran atas talian.

d) Terpilih (Inclusion)

Selepas proses pengisihan, hanya 31 buah artikel telah dipilih keranan memenuhi standard dan keperluan kajian.

(5)

Rajah 1. PRISMA Sorotan Literatur Bersistematik disesuaikan dari Page et al. (2021)

Jadual 3: Dapatan Kajian No Penulis(Tahun) Rekabentuk

Kajian

Negara Kesediaan teknologi

Kesediaan guru

Kesediaan pelajar 1. (Radmehr &

Goodchild 2022)

QN US

2. (Kier & Johnson

2022) QL US

3. (Segbenya et al.

2022) QN Ghana

4. (Main & Slater

2022) M

M

Australi a

5. (DeCoito

&

Estaiteyeh 2022)

M M

Kanada

Artikel yang dipilih untuk kajian sistematik

(n=31) boleh diakses untuk

kelayakan (n=55)

Pengeluaran artikel kerana tidak berkaitan dengan

cabaran penggunaan teknologi untuk PdP dalam

kalangan pelajar dan guru.

n=24 Rekod setelah penapisan

(n=77)

Pengulangan Artikel (n=22) Pengecualian artikel iaitu prosiding, buku, sorotan literatur bersistematik, prosiding persidangan, selain daripada Bahasa Inggeris dan penerbitan

sebelum tahun 2018.

(n=261)

Pengenalpastian rekod melalui sumber pangkalan data WOS

(n = 173) Pengenalpastian rekod melalui sumber

pangkalan data Scopus (n=88)

(6)

6. (Cavanaugh et al. 2022)

QN US

7. (Sukumaran et al.

2021)

M M

Malaysi a

8. (Sukma

&

Priatna 2021)

QN Indones

ia

9. (Che Hussin et

al. 2021) QN Malaysi

a 10. (Izhar et

al.

2021)

QL Malaysi

a

11. (Drijvers et al.

2021) QN Sepany

ol

12. (Junus et

al.

2021)

M M

Indones ia

13. (Sofianidis et al.

2021) QL Cyprus

14. (Pichardo et al.

2021) QN Sepany

ol

15. (Aldon et

al. 2021) QN Peranci

s

16. (Irfan et

al.

2020)

QL Indones

ia

17. (Hamid et al.

2020) QN Pakista

n 18. (Mishra et al.

2020) M

M

Indones ia

19. (Mulenga

&

Marbán 2020)

M M

India

20. (Butcher 2020)

QN Afrika

21. (Almusharraf &

Khahro 2020) QN Arab

Saudi 22. (Alea et

al. 2020) QN Filiphin

a

23. (Rasmitadila et

al. 2020) QL Indones

ia

24. (Sowanto et al.

2020) QN Eropah

25. (Jeong et al.

2020)

QN Sepany

ol

26. (Cassibba et al.

2020) QN Italy

27. (Al-Ataby 2020)

QL UK

28. (Gómez-García

et al. 2020) QN Sepany

ol

(7)

29. (Mailizar et al.

2020) QN Indones

ia 30. (Leontyeva

2018) QN Rusia

31. (Albelbisi

& Yusop 2018)

QN Malaysi

a

3. Dapatan Kajian

Berdasarkan rajah 2, artikel terbitan dari Indonesia merupakan artikel yang terbanyak membuat kajian tentang cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran secara atas talian iaitu 6 artikel (Sukma & Priatna, 2021; Junus et al., 2021; Irfan et al., 2020; Mishra et al., 2020; Rasmitadila et al., 2020; Mailizar et al., 2020). 4 artikel adalah terbitan dari Malaysia (Sukumaran et al., 2021; Che Hussin et al., 2021; Izhar et al., 2021; Albelbisi & Yusop, 2018), Amerika Syarikat (Radmehr & Goodchild, 2022; Cavanaugh et al., 2022) dan Sepanyol (Drijvers et al., 2021; Pichardo et al., 2021; Jeong et al., 2020; Gómez-García et al., 2020).

Manakala 2 artikel adalah dari Australia (Dalitz, 2022; Main & Slater 2022), Eropah (Sowanto et al., 2020) dan Filipina (Alea et al., 2020). Hanya 1 artikel dari Afrika (Butcher, 2020), Arab Saudi (Almusharraf & Khahro, 2020), Cyprus (Sofianidis et al., 2021), Ghana (Segbenya et al., 2022), India (Mulenga & Marbán 2020, Italy (Cassibba et al. 2020), Kanada (DeCoito &

Estaiteyeh 2022), Pakistan (Hamid et al. 2020), Perancis (Aldon et al. 2021), Rusia (Leontyeva, 2018), dan United Kingdom (Al-Ataby, 2020).

Rajah 2: Negara terlibat dalam Kajian Negara terlibat dalam kajian

UK Rusia Perancis Pakistan Kanada

Italy India Ghana Cyprus Arab Saudi Afrika Filiphina Eropah Australia

US Sepanyol Malaysia Indonesia

1 1 1 1 1 1 1 1 1

1

2 2

4 4

6

0 1 2 3 4 5 6 7

(8)

Bagi tahun terbitan pula, hanya 2 kajian yang diterbitkan pada tahun 2018(Leontyeva, 2018;Albelbisi & Yusop, 2018). Tiada artikel yang berkaitan dengan cabaran pengajaran dalam pembelajaran atas talian pada tahun 2019. Artikel terbitan tahun 2020 adalah paling banyak diterbitkan iaitu sebanyak 14 artikel (Mailizar et al., 2020; Gómez-García, et al. 2020;

AlAtaby,2020; Jeong et al., 2020; Sowanto et al., 2020; Rasmitadila et al., 2020; Almusharraf

& Khahro, 2020; Butcher, 2020; Mulenga & Marbán, 2020; Mishra et al., 2020; Hamid et al., 2020; Irfan et al., 2020; Mulenga & Marbán, 2020). Pada tahun 2021, sebanyak 9 artikel telah diterbitkan (Aldon et al. 2021; Pichardo et al. 2021; Sofianidis et al. 2021; Junus et al. 2021;

Drijvers et al. 2021; Izhar et al. 2021; Che Hussin et al. 2021; Sukma & Priatna 2021). Tahun 2022, sebanyak 6 artikel telah diterbitkan (Cavanaugh et al., 2022; DeCoito & Estaiteyeh, 2022; Main & Slater, 2022; 2022; Segbenya et al., 2022; Dalitz, 2022; Radmehr & Goodchild, 2022). Tahun terbitan adalah seperti Rajah 3.

Rajah 3: Tahun Terbitan

Rekabentuk kajian kuantitatif adalah bentuk kajian yang paling banyak digunakan (Radmehr

& Goodchild, 2022; Segbenya et al., 2022; Cavanaugh et al., 2022; Sukma & Priatna, 2021;

Che Hussin et al., 2021; Drijvers et al., 2021; Pichardo et al., 2021; Aldon et al., 2021; Hamid et al., 2020; Butcher, 2020; Almusharraf & Khahro 2020; Alea et al., 2020; Sowanto et al., 2020; Jeong et al., 2020). Terdapat 6 kajian menggunakan kaedah kualitatif (Dalitz, 2022; Kier

& Johnson, 2022; Izhar et al., 2021; Watkins & Portsmore, 2021; Sofianidis et al., 2021; Irfan et al., 2020; Rasmitadila et al., 2020; Al-Ataby, 2020), manakala 6 lagi menggunakan kaedah gabungan kuantitatif dan kualitatif (Sullivan, 2022; Main & Slater, 2022; DeCoito &

Estaiteyeh, 2022; Sukumaran et al., 2021; Valls Martínez et al., 2021; Junus et al., 2021; Mishra et al., 2020; Mulenga & Marbán, 2020). Rajah 4 menunjukkan rekabentuk kajian dalam arttikel yang berkaitan dengan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran secara atas talian.

Rajah 4: Rekabentuk Kajian 15

Tahun Terbitan Artikel

14

10 9

6

5 2

0

2022 2021 2020 2019 2018

Rekabentuk Kajian

Gabungan 6

Kualitatif 6

Kuantitatif 19

0 5 10 15 20

(9)

Berdasarkan skop kajian, didapati pelbagai artikel dihasilkan berkaitan dengan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran. Setelah 31 artikel yang berkaitan dengan tumpuan kajian dianalisis, terdapat hanya 1 artikel membincangkan ketiga-tiga cabaran dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran matematik menggunakan pembelajaran secara atas talian. Manakala 9 artikel hanya membincangkan cabaran yang berkaitan dengan kesediaan guru dan 8 artikel lagi hanya berkaitan dengan kesediaan pelajar. Sebanyak 3 artikel membincangkan tajuk berkaitan dengan kesediaan teknologi dan kesediaan guru, 5 artikel membincangkan kesediaan teknologi dengan kesediaan pelajar dan 5 artikel lagi membincangkan cabaran berkaitan dengan kesediaan pelajar dan kesediaan guru.

4. Perbincangan

4.1 Kesediaan Teknologi

Cabaran pertama dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Matematik menggunakan pembelajaran secara atas talian adalah kesediaan teknologi. Rata-rata kajian yang telah dijalankan dalam 12 artikel yang disenaraikan, telah membincangkan tentang sambungan internet yang tidak stabil. Ketidakstabilan isyarat dan kos data internet yang tinggi merupakan cabaran yang disenaraikan dalam kajian oleh Sukma dan Priatna (2021). Pelaksanaan pembelajaran secara atas talian tidak disertai dengan keupayaan untuk menggunakan platform yang dapat menyokong pembelajaran tersebut (Irfan et al. 2020).

Pelaksanaan pembelajaran secara atas talian bergantung kepada perkakasan teknologi seperti platform dan aplikasi yang digunakan (Sukumaran et al. 2021). Kekurangan kemudahan fizikal yang inovatif antara cabaran dalam konteks ketidaksediaan teknologi (Leontyeva 2018).

Kesukaran dan masalah yang berkaitan dengan teknologi terdiri daripada memuat turun kesilapan, isu-isu dengan installation, masalah login, masalah dengan audio dan video (Dhawan 2020).

Hanya 73% pelajar mempunyai kemudahan internet dan 71.4% pelajar mempunyai komputer atau komputer riba untuk pembelajaran secara atas talian. Walaupun dapatan ini menunjukkan lebih daripada responden mempunyai capaian internet dan komputer/komputer riba, ianya masih tidak mencapai 100% responden (Hamid et al. 2020). Cabaran utama semasa mengajar dalam talian adalah sambungan internet yang tidak stabil (Mishra et al. 2020). Guru menyatakan kesediaan mereka untuk beralih kepada pembelajaran seacra atas talian, walau bagaimanapun, mereka merasa terhalang kerana kekurangan kemudahan, peralatan, dan pembangunan kapasiti untuk pembelajaran secara atas talian(Alea et al. 2020). Penyelidikan ini (Junus et al. 2021) juga mengetengahkan dua isu kerap yang dihadapi oleh pensyarah: akses internet yang tidak stabil dan pengurusan diri. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua isu ini menjadi penghalang bagi pensyarah dan pelajar. Cabaran ini harus dilihat dengan memikirkan bagaimana Langkah penyelesaian yang perlu diambil oleh pihak berwajib dalam menangani isu tersebut agar pembelajaran dalam talian akan terus kekal relevan di masa akan datang.

4.2 Kesediaan Guru

Cabaran yang kedua ialah kesediaan guru untuk melaksanakan pengajaran matematik menggunakan pembelajaran secara atas talian. Batasan dalam menyampaikan bahan, terutamanya apabila kursus mempunyai banyak persamaan matematik, kurangnya pengetahuan untuk mengedit video atau animasi menggunakan pelbagai perisian pembuat animasi.

Keterbatasan tersebut merupakan cabaran guru sebelum memulakan pengajaran secara atas talian. Guru mesti sekurang-kurangnya menguasai perisian persembahan, pemprosesan teks, penilaian, dan persidangan video untuk menggunakan pembelajaran dan pengajaran atas talian

(10)

((Irfan et al. 2020). Dapatan ini selari dengan dapatan oleh Sukma & Priatna (2021), iaitu kurangnya pengetahuan dalam teknologi maklumat menyebabkan guru menghadapi kesukaran untuk menggunakan platform seperti Zoom untuk menerangkan dan menulis simbol matematik.

Pelaksanaan pembelajaran STEM memerlukan guru dengan pengkhususan, yang dapat menerapkan pengetahuan dan kemahiran serta nilai untuk menyelesaikan masalah, boleh bekerjasama dengan orang lain dan mahir dalam mengintegrasikan teknologi (Sukumaran et al. 2021). Ketidaksediaan guru dan kekurangan kemahiran guru dalam menerapkan system pembelajaran atas talian serta ketidakupayaan untuk berinteraksi dengan baik kepada pelajar merupakan cabaran kepada pelaksanaan pembelajaran secara atas talian (Leontyeva 2018).

Sikap guru memainkan peranan penting dalam pembelajaran atas talian. Skor tinggi diperolehi dalam kajian yang dijalankan oleh (Mulenga dan Marbán (2020) kerana guru mempunyai kemahiran teknologi yang baik dan mempunyai alat teknologi yang diperlukan untuk memudahkan interaksi dalam pengajaran secara atas talian. Tempoh pengalaman pengajaran dan pengkhususan sangat berkait rapat dengan kesediaan untuk pembelajaran secara atas talian (Alea et al. 2020). Sikap guru mempengaruhi pelaksanaan pembelajaran secara atas talian.

Apabila guru menyatakan bahawa dia tidak berminat untuk menggunakan aplikasi PdP dalam talian, secara tidak langsung guru ini dikatakan tidak menjalankan pelajaran dalam talian semasa penutupan sekolah (Izhar et al. 2021).

Penekanan terhadap tugas dan kewajipan guru dalam mengajar semasa pembelajaran secara atas talian, dan keupayaan guru untuk memahami teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memberi kesan kepada kejayaan pembelajaran dalam talian. Guru yang tidak mempunyai pengalaman mengajar dalam talian atau mengalami kesukaran mengintegrasikan teknologi dalam pengajarannya biasanya akan merasa sukar untuk menjalankan pembelajaran dalam talian kerana pengajaran ini memerlukan guru untuk menguasai pelbagai aplikasi(Rasmitadila et al. 2020). Kepercayaan guru memainkan peranan dalam penglibatan mereka dalam pembelajaran secara atas talian (Drijvers et al. 2021).

Cabaran guru adalah bagaimana mereka memberi maklum balas tentang pembelajaran dan kemajuan pelajarnya (Radmehr dan Goodchild 2022; Cassibba et al. 2020). Kesediaan pensyarah agak tinggi (4 hingga 5 pada skala) walaupun mereka mempunyai tahap pengalaman sederhana dalam e-pembelajaran(Junus et al. 2021). Salah satu faktor utama yang mempengaruhi keberkesanan pembelajaran jarak jauh kecemasan adalah amalan pengajaran, guru tidak mempunyai pedagogi dalam talian, bahan pengajaran dalam talian yang terhad dan tidak mempunyai alat teknologi yang menyokong pembelajaran secara atas talian (Sofianidis et al. 2021).

Cabaran utama yang perlu dihadapi oleh guru semasa perintah berkurung: (a) pengurusan pembelajaran dalam talian untuk memberi sokongan kepada pembelajaran pelajar melalui metodologi tertentu; (b) pengurusan pembelajaran dalam talian bagi membangunkan penilaian;

(c) pengurusan pembelajaran dalam talian untuk memberi sokongan kepada pelajar yang menghadapi kesukaran dan / atau menjalani situasi yang sukar / membangunkan pembelajaran inklusif; dan (d) pengurusan pembelajaran secara atas talian untuk mengeksploitasi potensinya bagi memupuk proses matematik biasa (Aldon et al. 2021).

(11)

Melalui 18 artikel yang telah disenaraikan dalam kajian ini, peranan guru terutama dari segi sikap dan pengetahuan mereka dalam menggunakan teknologi bagi tujuan pengajaran adalah menjadi faktor kepada keberkesanan dalam penyampaian pengajaran dalam talian.

4.3 Kesediaan Pelajar

Kesedian pelajar merupakan cabaran yang ketiga dalam melaksanakan pengajaran matematik menggunakan pembelajaran secara atas talian. Dalam kajian ini juga, didapati bahawa sesetengah pelajar tidak mempunyai kemudahan untuk belajar menggunakan pembelajaran secara atas talian dan sikap pelajar itu sendiri yang tidak peka dengan tugasan yang diberikan oleh guru dalam talian.

Dalam persekitaran pembelajaran atas talian, pelajar didapati tidak cukup bersedia untuk mengimbangi kerja, keluarga, dan kehidupan sosial mereka dengan kehidupan pembelajaran mereka. Kandungan dalam talian adalah semua teori dan tidak membiarkan pelajar berlatih dan belajar dengan berkesan (Dhawan 2020). Cabaran berkaitan dengan pelajar dan tindak balas mereka terhadap keperluan pengajaran dalam talian, yang merangkumi sambungan internet dan tahap pemahaman pelajar (Mishra et al. 2020).

Kurangnya interaksi dengan pengajar, masa tindak balas telah menyebabkan kesukaran bagi pelajar untuk melakukan projek kumpulan dalam mod pembelajaran secara atas talian sepertimana dapatan kajian oleh (Hamid et al. 2020). Majoriti pelajar telah menilai secara negatif peralihan pembelajaran tradisional kepada pembelajaran dalam talian dan prestasi guru mereka semasa peralihan, sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan inovasi yang berkaitan dengan pengurusan strategik teknologi maklumat (Pichardo et al., 2021).

Pelajar boleh membina reaksi mereka dalam mod tak segerak dengan berfikir, mempertimbangkan, dan menganalisis. Sebaliknya, sesi segerak boleh memberi tekanan tambahan kepada keupayaan untuk bertindak balas dengan segera (Che Hussin et al. 2021).

Motivasi pelajar dapat dibina dengan adanya sokongan dari pihak guru. Ini selaras dengan dapatan dalam kajian (Almusharraf dan Khahro 2020), di mana tahap kepuasan pelajar terhadap pembelajaran adalah tinggi disebabkan adanya sokongan yang diterima daripada pengajar, penyampaian dalam talian multimodal kursus, panduan dan susulan pengajar dan pendekatan berpusatkan pelajar.

Penyertaan aktif pelajar dalam aktiviti pembelajaran diperlukan untuk melihat keberkesanan pembelajaran secara atas talian. Walau bagaimanapun, motivasi pelajar sentiasa berubah. Oleh yang demikian, guru berperanan untuk mengekalkan semangat pelajar untuk terus belajar (Rasmitadila et al. 2020). Pemantauan dan pemahaman pelajar terhadap sesuatu subjek amat penting untuk memastikan pembelajaran secara atas talian dapat dilaksanakan (Radmehr &

Goodchild 2022).

5. Kesimpulan

Kajian ini dijalankan bagi memberi tumpuan kepada tiga cabaran utama dalam melaksanakan pengajaran matematik menggunakan pembelajaran secara atas talian iaitu kesediaan teknologi, kesediaan guru dan kesediaan pelajar. Cabaran kepada kesediaan teknologi terutama masalah kemudahan seperti kebolehcapaian internet dan pemilikan peranti elektronik seperti komputer perlu diatasi. Ini bersamaan dengan kajian yang dilakukan oleh Yahaya et al. (2021), masalah yang dihadapi oleh pelajar IPTA semasa menggunakan pembelajaran atas talian ialah isu berkenaan dengan internet, belajar secara maya tidak berkesan dan tidak selesa.

(12)

Cabaran kepada guru adalah bagaimana guru mengadakan ruang pembelajaran dalam talian bagi menghasilkan perubahan persekitaran pembelajaran tradisional iaitu bersemuka kepada pembelajaran atas talian. Terdapat pelbagai kaedah pengajaran dalam talian termasuk e- pembelajaran, m-pembelajaran, blended learning dan hybrid learning yang boleh digunakan guru dalam melaksanakan pembelajaran digital. Bagi mengurangkan masalah berkaitan dengan capaian internet, guru boleh menggunakan aplikasi seperti whatsapp, telegram, youtube dan tik tok untuk dijadikan platform untuk berinteraksi dengan pelajar. Google Classroom, Learning Management System dan Massive Open Online Course (MOOC) adalah antara platform yang boleh digunakan sebagai tempat untuk mengumpul semua bahan pengajaran serta ruang untuk pelajar menghantar tugasan bagi tujuan pentaksiran. Dalam pembelajaran secara atas talian, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam membuat media untuk menyokong proses pembelajaran (Pertiwi & Sutama 2020).

PdP menggunakan pembelajaran secara atas talian memberi banyak implikasi positif kepada guru dan pelajar. Pelbagai bahan pembeljaran dapat diteroka dengan lebih luas apabila pelajar menggunakan e-pembelajaran. Dalam kajian ini juga, menyatakan bahawa penggunaan aplikasi dalam pembelajaran dan pengajaran Matematik menjadi lebih mudah difahami kerana penggunaan grafik yang menarik.

Dalam melaksanakan pembelajaran atas talian ini, pelajar pula berperanan untuk lebih mendisplinkan diri dan bersedia mempersiapkan diri untuk belajar sendiri. Menjadi tanggungjawab mereka sendiri untuk fokus dan selalu hadir ke kelas.

Pengintegrasian teknologi, kaedah pengajaran dan platform yang sesuai dapat memberi pelbagai impak positif dalam pelaksanaan pembelajaran secara maya ini. Menurut kajian oleh Ghofur et al., n.d., guru lebih kreatif dan berinovasi semasa menyediakan bahan pembelajaran apabila menggunakan Google Classroom. Oleh yang demikian, kajian lanjutan yang dicadangkan ialah untuk mengenalpasti impak dan keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran secara atas talian untuk subjek Matematik dalam kalangan pelajar dan guru.

Rujukan

Al-Ataby, A. (2020). Technology-Enhanced Learning and Teaching in COVID-19 Era:

Challenges and Recommendations. International Journal for Innovation Education and Research www.ijier.net. Retrieved from www.ijier.net

Albelbisi, N. A. & Yusop, F. D. (2018). Secondary School Students’ Use of and Attitudes toward Online Mathematics Homework. TOJET: The Turkish Online Journal of Educational Technology, hlm. Vol. 17. Retrieved from http://www.myimaths.com.

Aldon, G., Cusi, A., Schacht, F. & Swidan, O. (2021). Teaching mathematics in a context of lockdown: A study focused on teachers’ praxeologies. Education Sciences 11(2): 1–

21. doi:10.3390/educsci11020038

Alea, L. A., Fabrea, M. F., Roldan, R. D. A. & Farooqi, A. Z. (2020). Teachers’ Covid-19 awareness, distance learning education experiences and perceptions towards institutional readiness and challenges. International Journal of Learning, Teaching and Educational Research. Society for Research and Knowledge Management.

doi:10.26803/ijlter.19.6.8

Almusharraf, N. M. & Khahro, S. H. (2020). Students’ Satisfaction with Online Learning Experiences during the COVID-19 Pandemic. International Journal of Emerging Technologies in Learning 15(21): 246–267. doi:10.3991/ijet.v15i21.15647

(13)

Butcher, J. (2020). Public-Private Virtual-School Partnerships and Federal Flexibility for Schools during COVID-19 POLICY BRIEF.

Cassibba, R., Ferrarello, D., Mammana, M. F., Musso, P., Pennisi, M. & Taranto, E. (2020).

Teaching Mathematics at Distance: A Challenge for Universities.

doi:10.3390/educsci1

Che Hussin, C. H., Juhan, N., Lasaraiya, S. & Nasrullah, A. A. (2021). Students’ Perspectives In Studying Mathematics Subject Through E-Learning Tools At Foundation Education Level. Journal of Information System and Technology Management 6(23):

108–117. doi:10.35631/jistm.623009

Dea & Firdausi, T. R. (2019). Evaluasi Penerapan Kelas Digital pada SMP Al-Azhar 21 Sukoharjo. Academia: Journal of Multidisciplinary Studies. .

Dhawan, S. (2020). Online Learning: A Panacea in the Time of COVID-19 Crisis. Journal of Educational Technology Systems 49(1): 5–22. doi:10.1177/0047239520934018 Drijvers, P., Thurm, D., Vandervieren, E., Klinger, M., Moons, F., van der Ree, H., Mol, A.,

et al. (2021). Distance mathematics teaching in Flanders, Germany, and the Netherlands during COVID-19 lockdown. Educational Studies in Mathematics 108(1–2): 35–64. doi:10.1007/s10649-021-10094-5

Ghofur, A., Rachma, E. A., Kunci, K., Guru, P. & Digital, K. (n.d.). PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN KELAS DIGITAL. IJCCS, hlm.

Vol. x, No. x. Retrieved from https://classroom.google.com.

Gómez-García, M., Hossein-Mohand, H., Trujillo-Torres, J. M., Hossein-Mohand, H. &

Aznar-Díaz, I. (2020). Technological factors that influence the mathematics performance of secondary school students. Mathematics 8(11): 1–14.

doi:10.3390/math8111935

Hamid, R., Sentryo, I. & Hasan, S. (2020). Online learning and its problems in the Covid-19 emergency period. Jurnal Prima Edukasia 8(1): 86–95. doi:10.21831/jpe.v8i1.32165 Irfan, M., Kusumaningrum, B., Yulia, Y. & Widodo, S. A. (2020). Challenges During The

Pandemic: Use Of E-Learning In Mathematics Learning In Higher Education. Infinity Journal 9(2): 147. doi:10.22460/infinity.v9i2.p147-158

Izhar, N. A., Al-dheleai, Y. M. & Si Na, K. (2021). Teaching in the Time of Covid-19: The Challenges Faced By Teachers in Initiating Online Class Sessions. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences 11(2).

doi:10.6007/ijarbss/v11- i2/9205

Jia Ling, T., Effendi, M. & Mohd Matore, E. (n.d.). Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik: Sorotan Literatur Bersistematik. doi:10.37134/jpsmm.vol11.1.5.2021

Junus, K., Santoso, H. B., Putra, P. O. H., Gandhi, A. & Siswantining, T. (2021). Lecturer readiness for online classes during the pandemic: A survey research. Education Sciences 11(3). doi:10.3390/educsci11030139

Leontyeva, I. A. (2018). Modern distance learning technologies in higher education:

Introduction problems. Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology Education 14(10): 1–8. doi:10.29333/ejmste/92284

Mailizar, Almanthari, A., Maulina, S. & Bruce, S. (2020). Secondary school mathematics teachers’ views on e-learning implementation barriers during the COVID-19 pandemic: The case of Indonesia. Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology Education 16(7). doi:10.29333/EJMSTE/8240

Mishra, L., Gupta, T. & Shree, A. (2020). Online teaching-learning in higher education during lockdown period of COVID-19 pandemic. International Journal of Educational Research Open 1: 100012. doi:10.1016/j.ijedro.2020.100012

(14)

Moher, D., Liberati, A., Tetzlaff, J., Altman, D. G. & Group*, P. (2009). Preferred reporting items for systematic reviews and meta-analyses: the PRISMA statement. Annals of internal medicine 151(4): 264–269.

Mulenga, E. M. & Marbán, J. M. (2020). Prospective teachers’ online learning mathematics activities in the age of COVID-19: A cluster analysis approach. Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology Education 16(9). doi:10.29333/EJMSTE/8345 Noor Khairunnisa Hasmuddin, S. M. M. (n.d.). Impak Dan Cabaran Pelaksanaan E-

Pembelajaran Matematik.

Page, M. J., McKenzie, J. E., Bossuyt, P. M., Boutron, I., Hoffmann, T. C., Mulrow, C. D., Shamseer, L., et al. (2021). The PRISMA 2020 statement: An updated guideline for reporting systematic reviews. International Journal of Surgery 88: 105906.

doi:10.1016/J.IJSU.2021.105906

Pertiwi, R. & Sutama, S. (2020). Membudayakan Kelas Digital Untuk Membimbing Siswa dalam Pembelajaran di Tengah Pandemi Covid-19. JKTP: Jurnal Kajian Teknologi Pendidikan 3(4): 350–365. doi:10.17977/um038v3i42020p350

Pichardo, J. I., López-Medina, E. F., Mancha-Cáceres, O., González-Enríquez, I., Hernández- Melián, A., Blázquez-Rodríguez, M., Jiménez, V., et al. (2021). Students and teachers using mentimeter: Technological innovation to face the challenges of the covid-19 pandemic and post-pandemic in higher education. Education Sciences 11(11).

doi:10.3390/educsci11110667

Radmehr, F. & Goodchild, S. (2022). Switching to Fully Online Teaching and Learning of Mathematics: The Case of Norwegian Mathematics Lecturers and University Students During the Covid-19 Pandemic. International Journal of Research in Undergraduate Mathematics Education. doi:10.1007/s40753-021-00162-9

Rahman, N. S. B. A., Zolkifli, Z. F. B. M., Ling, Y.-L., dan Komunikasi, J. T. M., Sarawak, P. K., Matematik, J. & dan Komputer, S. (n.d.). Kepentingan Kemudahan Teknologi dan

Motivasi Membentuk Kesedaran Pelajar dalam Pembelajaran Digital.

Rasmitadila, Aliyyah, R. R., Rachmadtullah, R., Samsudin, A., Syaodih, E., Nurtanto, M. &

Tambunan, A. R. S. (2020). The perceptions of primary school teachers of online learning during the covid-19 pandemic period: A case study in Indonesia. Journal of Ethnic and Cultural Studies 7(2): 90–109. doi:10.29333/ejecs/388

Sofianidis, A., Meletiou-Mavrotheris, M., Konstantinou, P., Stylianidou, N. & Katzis, K.

(2021). Let students talk about emergency remote teaching experience: secondary students’ perceptions on their experience during the covid-19 pandemic. Education Sciences 11(6). doi:10.3390/educsci11060268

Sukma, Y. & Priatna, N. (2021). Mathematics Teachers’ Response To Online Learning During The Covid-19 Pandemic: Challenges And OpportunitieS. Kalamatika: Jurnal Pendidikan Matematika 6(1): 1–14. doi:10.22236/kalamatika.vol6no1.2021pp1-14 Sukumaran, S., Mohd Shahid, N. S., Abdullah, N. & Thiagarajah, S. (2021). E-Learning of

STEM in Malaysian Higher Education Institutions: Status and challenges. Asian Journal of University Education 17(4): 259–271. doi:10.24191/ajue.v17i4.16192 WahyuYahya2006_AplikasiE-learning. (n.d.).

Yahaya1, M., Hayat, W., Pengajian, A. P., Kemasyarakatan1, S. & Pascasiswazah2, P. P.

(2021). Cabaran Pelajar Melalui Kaedah Pembelajaran Atas Talian: Kajian Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia. Journal Of Media And Information Warfare, hlm.

Vol. 14.

Referensi

Dokumen terkait

Bagi tahap minat pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, majoriti pelajar mempunyai tahap minat yang sederhana tetapi kekerapan bagi

Keputusan kajian mendapati bahawa kebanyakan pelajar tahun kedua yang dikaji mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap kesediaan dalam penggunaan e-learning dengan

Merujuk kepada persoalan kajian kedua dengan purata min 3.70, dapatan kajian menyatakan bahawa guru-guru di sekolah yang dikaji berminat untuk melengkapkan diri

Untuk mengkaji sejauh mana minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dari aspek kesediaan pelajar, kebolehan pelajar,

Selari dengan dapatan kajian Dawkins (1995), dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa mengejek pelajar lain dengan panggilan nama yang buruk merupakan kategori perlakuan buli

Berdasarkan hasil dapatan kajian boleh disimpulkan bahawa tahap amalan kemahiran abad ke 21 dalam PdP dalam kalangan guru Matematik Sekolah Rendah di Daerah Sepang berada

Selari dengan dapatan kajian Dawkins 1995, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa mengejek pelajar lain dengan panggilan nama yang buruk merupakan kategori perlakuan buli secara

Justeru, kajian ini telah menunjukkan bahawa tahap perlaksanaan PdPR dalam kalangan guru sekolah rendah adalah tinggi dan cabaran guru dalam menjayakan perlaksanaan PdPR adalah