• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bagi tahun kewangan 2021, Bank Muamalat mencatatkan pertumbuhan tujuh peratus jumlah aset kepada RM27.6 bilion, berbanding RM25.8 bilion pada tahun kewangan sebelumnya

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Bagi tahun kewangan 2021, Bank Muamalat mencatatkan pertumbuhan tujuh peratus jumlah aset kepada RM27.6 bilion, berbanding RM25.8 bilion pada tahun kewangan sebelumnya"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

KUALA LUMPUR: Bank Muamalat Malaysia Bhd (Bank Muamalat) meraih keuntungan sebelum zakat dan cukai (PBZT) lebih tinggi kepada RM256.6 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021, melonjak 46.8 peratus berbanding RM174.8 juta yang dicatatkan tahun sebelumnya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Kamarudin, berkata prestasi positif yang dicatatkan pada tahun dikaji itu sebahagian besarnya didorong oleh peningkatan

(2)

jumlah pendapatan, pertumbuhan pembiayaan yang kukuh dan kualiti aset yang lebih baik.

"Bank Muamalat kekal berdaya tahan dalam tempoh yang mencabar, walaupun terdapat risiko yang timbul daripada kebangkitan semula COVID-19 dan sekatan yang memberi kesan kepada operasi perniagaan. Pengetatan sekatan COVID-19 menjejaskan individu dan perniagaan, namun bank terus membantu pelanggan yang menghadapi kekangan kewangan," katanya dalam satu kenyataan.

Bagi tahun kewangan 2021, Bank Muamalat mencatatkan pertumbuhan tujuh peratus jumlah aset kepada RM27.6 bilion, berbanding RM25.8 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.

Ia sebahagian besarnya disumbangkan oleh pertumbuhan 14.46 peratus atau peningkatan RM2.6 bilion dalam jumlah pembiayaan kasar kepada pelanggan, daripada RM18.2 bilion kepada RM20.9 bilion, setakat 31 Disember 2021, terutamanya daripada segmen perbankan pengguna.

Khairul berkata, Bank Muamalat juga terus meningkatkan kualiti asetnya, dengan Pembiayaan Terjejas Kasar berada pada 0.83 peratus pada 31 Disember 2021, berbanding 1.07 peratus yang dicatatkan pada 31 Disember 2020.

"Bank Muamalat telah memberi penekanan yang lebih besar untuk memperkukuh perniagaan melalui pelan strategik 5-Tahun baharunya dengan mempergiatkan usaha pendigitalan, pengembangan berterusan pangkalan pelanggan dan kecekapan perkhidmatannya," katanya.

Sementara itu, beliau menjelaskan, pelaksanaan lebih pantas dos penggalak COVID-19 oleh kerajaan membuka jalan untuk negara kembali normal.

"Hasilnya, semua sektor ekonomi domestik diunjur berkembang pada 2022. Selepas mengharungi pandemik dengan landasan kukuh, Bank Muamalat menjangkakan prestasi yang lebih baik untuk 2022, yang timbul daripada momentum positif pada 2021 dan ditambah dengan keupayaan digital dan teknologi yang dipertingkatkan," katanya.

Khairul berkata, walaupun sektor ekonomi domestik semakin pulih, Bank Muamalat memberi jaminan kepada pelanggan bahawa bantuan pembayaran Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) kekal tersedia kepada pelanggan.

"Mereka yang masih mengalami masalah kewangan boleh memohon bantuan seperti Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) bagi pelanggan yang terjejas banjir.

"Ia tersedia untuk pelanggan B50 yang terjejas banjir yang layak, yang telah mendaftar untuk bantuan bantuan banjir bank. Pelanggan boleh memohon URUS Banjir selepas tamat tempoh bantuan banjir Bank atau sehingga 31 Julai 2022, yang mana lebih awal.

(3)

"Bank juga meneruskan Skim Sokongan Ketahanan Kewangan (PERTAMA). Ia untuk pelanggan individu dan perusahaan mikro, dengan melaksanakan pembiayaan, terjejas oleh COVID-19, dengan sekurang-kurangnya 25 peratus kehilangan pendapatan.

Permohonan ditutup pada 30 Jun ini," katanya.

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

Referensi

Dokumen terkait

Selain agensi kerajaan, Bank Muamalat Malaysia Berhad BMMB; sebuah institusi kewangan Islam, telah bekerjasama dengan Perbadanan Wakaf Selangor PWS untuk mewujudkan skim wakaf tunai

Journal of the Department of Agriculture, Journal of the Department of Agriculture, Western Australia, Series 4 Western Australia, Series 4 Volume 6 Number 9 1965 Article 7 1-1-1965