Kewangan Sosial Islam
•ISLAMIC SOCIAL FINANCE•
PROSIDING PERSIDANGAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM MALAYSIA KE-3 2016 PROCEEDINGS OF THE 3 RD CONFERENCE ON MALAYSIAN ISLAMIC
ECONOMICS AND FINANCE (CMIEF) 2016
Disunting oleh:
Sharifah Shazwani Syed Mohamed Muhammad Hakimi Mohd Shafiai
Amiratul Nadiah Hasan Suhaili Alma’amun
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI • 2016
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016
ii
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM (CMIEF) 2016
Cetakan Pertama, 2016
Hak cipta Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM) Universiti Kebangsaan Malaysia
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun,
sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu.
Diterbitkan dan dicetak oleh
Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
http://www.ekonis-ukm.my/
Tarikh dan Tempat Persidangan:
24 Ogos 2016 / 21 Zulkaedah 1437
International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia, Jalan Elmu Off Jalan Universiti, 59100 Kuala Lumpur
Anjuran Bersama:
Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia, Institut Islam Hadhari UKM, International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia,
Pusat Penyelidikan Antarabangsa Ekonomi Dan Kewangan Islam (IRCIEF), KUIS, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM),
Persatuan Alumni Sahabat Ekonomi Islam, UKM
ISBN 978-983-3198-94-8
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016
iii
ISI KANDUNGAN
Isi Kandungan iii
Kata Pengantar vi
WAQF & CROWDFUNDING
Aplikasi Konsep Istibdal ke Arah Penjanaan Dana Wakaf Oleh Perbadanan Wakaf Selangor
Oleh Afiffudin Mohammed Noor & Che Zuina Ismail
1 Peranan Waqaf Dalam Meningkatkan Pendapatan Nelayan Tradisional di
Kuala Langat
Oleh Aidil Afandi Mohamad Alias, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai & Mohd Adib Ismail
8
Potensi Waqf Dalam Pengurusan Bekalan Sumber Air Terawat di Kalangan Negara Islam Terpilih
Oleh Mohammad Nasrul Hakim Roslan & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai
18 Wakaf Penerbangan Sebagai Bentuk Baru “Perniagaan Sosial Islam”:
Kajian di Air Riths Airline.
Oleh Mohd Salleh Abd Kadir & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai
31 Implikasi Pendedahan Pelaporan Wakaf Dalam Penyata Kewangan: Kajian
Terhadap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
Oleh Nur Fahana Zahari, Nur Adila Ayub & Hairunnizam Wahid
43 Isu-isu dan Penglibatan Organisasi Bukan Kerajaan di Dalam
Crowdfunding
Oleh Anisa Syazwani Aris
53 Equity Crowdfunding Patuh-Syariah di Malaysia
Oleh Hud Sabri, Shahida Shahimi & Suhaili Alma’amun 62 Dana Untuk Pendidikan di Universiti Melalui Crowdfunding: Satu Kajian
Awal
Oleh Nur Saadah Rozali, Suhaili Alma’amun & Shifa’ Mohd Nor
78 Potensi Sukuk dalam Membangunkan Tanah Wakaf di Malaysia:
Satu Tinjauan
Oleh: Latifah Nuroniah Selamat & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai
89 Proposal Penubuhan Platform Crowdfunding Berasaskan Wakaf Dari Segi
Perundangan Malaysia
Oleh Nur Sakinah Nabilah Nor Saeran, Suhaili Alma’amun & Asma Hakimah Ab. Halim
104
The Role of Muslim Millionaires in Enhancing Waqf-Based Crowdfunding: A Proposed Framework
Oleh Wan Shamilah Wan Mohammed, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai, Mohd Fairuz Md Salleh
129
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016
iv
TAKAFUL
Review On Trust in Takaful Agent-Client Relationship
Oleh Aimi Fadzirul Kamarubahrin & Syadiyah Abdul Shukor 236 Melindungi Golongan Berpendapatan Rendah Melalui Takaful Mikro:
Prospek & Cabaran
Oleh Mardziah Idris & Hendon Redzuan
245 Penganggaran Tahap Kesolvenan Pengendali Takaful Dengan Skor-Z
Altman
Oleh Noor Huzaidah Husin, Rubayah Yakob& Hairunnizam Wahid
264 Kajian Empirikal Terhadap Penentu Kepada Polisi Luput Pelan Takaful
Keluarga
Oleh Norasykeen binti Mohd Baharom & Rubayah Yakob
280 Penerimaan Penjawat Awam Terhadap Skim Perlindungan Takaful
Keluarga di Putrajaya
Oleh Ratna Edayu Bt Jumiran & Hendon Redzuan
291
ZAKAT & PERCUKAIAN
Analisis Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Agihan Zakat: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor
Oleh Ahmad Fathi Aminuddin, HairunnizamWahid & Mohd Ali Mohd Nor
142 Pengagihan Zakat Perubatan di Malaysia: Peranan Bank Rakyat
Oleh Mohd Yusof Bin Ismail Hairunnizam WahidZulkefly Abdul Karim 158 Localization Model for Education Zakat Distribution Among University
Students: A Theoretical Proposal to Islamic Religious Councils in Malaysia (IRC) With Cooperation of Selangor Zakat Board (LZS)
Oleh Noor Afiqah Che Soh, Hairunnizam Wahid& Mohd Ali Mohd Nor
167 Lokalisasi Agihan Zakat Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi: Satu Kajian
Atas Status Anak Negeri
Oleh Nurul Aqilah Jalaludin, Noor Afiqah Che Soh & Hairunnizam Wahid
181 Lokalisasi dan Sosialisasi Antara Amil Dan Asnaf:
Kajian di Malaysia
Oleh Ramizah Begam Abd Aziz, Hairunnizam Wahid &Mohd Ali Mohd Nor
191 Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Agihan Zakat:
Kajian di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Oleh Samsiah Jumati, Hairunnizam Wahid &Mohd Ali Mohd Nor
200 Analisis Perubahan Pola Agihan Zakat: Kajian Kes Negeri Kelantan
Oleh Wan Nurhanini Wan Hassim & Hairunnizam Wahid 213 Layanan Cukai Terhadap Amalan Kewangan Sosial Islam di Malaysia
Oleh Nur Liyana Omar, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai & Suhaili Alma’mun 226
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016
v
KONTRAK DAN PEMBIAYAAN ISLAM
Potensi Pembiayaan Kewangan Islam Dalam Peningkatan Produktiviti Perladangan Kelapa Sawit di Kalangan Pekebun Kecil
Oleh Muhammad Zaid Fahmi Bin Mahadzir
313 Kontrak Al-Murabahah Purchase Order (MPO): Implementasi Dalam
Produk Pembiayaan Kenderaan Daripada Sudut Memenuhi Keperluan Pengguna
Oleh Nazhatul Shima Abdul Rahman & Hairunnizam Wahid
322 Pengurusan Dana Masjid Di Malaysia: Satu Kajian Mengenai Penggunaan
Akaun Amanah
Oleh Norakma Sabran, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad
334 Pemahaman Penjawat Awam Terhadap Produk Pembiayaan Perumahan
Secara Islam Oleh Kerajaan
Oleh Norzulaily Binti Ahmad Kamal, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai &
Ruzian Markom
343 Maqasid Al-Shariah in Ar-Rahnu
Oleh Nur Rasyidah Kamaruzaman & Salina Haji Kassim 357
LAIN-LAIN ISU BERKAITAN EKONOMI ISLAM
Impak Kepercayaan Dan Kesetiaan Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) Terhadap Risiko Kecairan
Oleh Nurul Ain Mohd Pauzi, Aisyah Abdul Rahman & Shifa Mohd Nor
367 Tingkah Laku Perancangan Persaraan dan Isu Caruman KWSP Pekerja
Sektor Swasta di Melaka
Oleh Nurul Fariha Jamaludin, Suhaili Alma’amun & Hairunnizam Wahid
381 Faktor-faktor Mempengaruhi Pemilihan Produk Halal Farmaseutikal
Oleh Rabiatul Aiisyah Muhammad, Mohd Ali Mohd Noor & Hairunnizam Wahid 394 Perkembangan Industri Makanan Halal Jepun di Malaysia
Oleh Sharifah Shazwani Syed Mohamed, Mohd Ali Mohd Noor &
Muhammad Hakimi Mohd Shafiai
405 Pasar Islam: Sebuah Model Masyarakat Ekonomi Madani Kajian Menerusi
Al-Quran, Hadis Dan Pasar Pada Masa Khulafaurrasyidin
Suwandi, Muhammadi Hakimi Mohd Shafiai & Wan Nasyrudin Wan Abdullah
414
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016
vi
KATA PENGANTAR
Persidangan Ekonomi dan Kewangan Islam Malaysia (CMIEF) 2016 ini bertemakan KEWANGAN ISLAM SOSIAL. Penganjuran persidangan ini merupakan kesinambungan daripada persidangan CMIEF 2015 di mana penganjurnya adalah Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS) Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan Institut Islam Hadhari, UKM.
Namun pada tahun 2016, pihak EKONIS telah bekerjasama dengan Institut Islam Hadhari UKM, International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia, Pusat Penyelidikan Antarabangsa Ekonomi Dan Kewangan Islam (IRCIEF) KUIS, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Persatuan Alumni Sahabat Ekonomi Islam, UKM bagi sama-sama menjayakan penganjuran CMIEF 2016
Persidangan ini diadakan adalah lebih tertumpu bagi membincangkan hasil kajian dalam bidang kewangan Islam sosial dan juga bidang-bidang lain yang berkaitan dengan ekonomi dan kewangan Islam. Disamping itu, persidangan ini juga merupakan menjadi wadah perbincangan ilimah antara penyelidik, pensyarah, pelajar pascasiswazah dan juga pengamal industri di Malaysia. Melalui prosiding persidangan ini, kertas kerja yang mempunyai potensi akan diterbitkan di dalam jurnal berindeks selain dikumpulkan untuk memberi manfaat kepada semua pihak.
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
158
PROCEEDING OF THE 3rd CONFERENCE ON MALAYSIAN ISLAMIC ECONOMICS AND FINANCE (CMIEF) 2016 PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
PENGAGIHAN ZAKAT PERUBATAN DI MALAYSIA:
PERANAN BANK RAKYAT
_________________________________________________________________________
Mohd Yusof Bin Ismail 1 Hairunnizam Wahid2 Zulkefly Abdul Karim3 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
43600, UKM Bangi, Selangor ABSTRAK
Isu kesihatan menjadi isu yang sentiasa wujud selagi ada kehidupan. Setiap tahun, Kerajaan terpaksa memperuntukkan jutaan Ringgit bagi menampung keperluan kepada masyarakat. Pembinaan hospital- hospital baru serta klinik-klinik seoalah menjadi agenda wajib di dalam belanjawan kerajaan. Dari kacata mata lain, beban kos perubatan juga meningkat seiring kemajuan negera. Pelbagai penyakit dikesan dan menghingapi rakyat. Tekanan hidup melampau menunjukkan kos perubatan menjadi faktor utama di dalam kehidupan seharian. Perbincangan Zakat Perubatan jarang dibincangkan di dalam kerangka masyarakat umat Islam di Malaysia.Prestasiagihan zakatyang baik dan cekap pula sangat dititikberatkan bagi memastikan agenda pembasmian kemiskinan dan pembangunan masyarakat dicapai.Kajianini bertujuan untuk mengkaji peranan Bank Rakyat di dalam pengagihan zakat perubatan kepada Asnaf yang dipilih bagi tahun 2013 hingga 2015.Kajian juga mencadangkan agar mekanisma yang lebih baik di dalam pengagihan kepada zakat perubatan agar ianya dapat membantu asnaf yang memerlukan di saat ditimpa ujian penyakit dan juga keperluan peralatan perubatan dan juga bantuan kepada mangsa bencana.
Kata kunci: Zakat Perubatan, Bank Rakyat, Majlis Penasihat Shariah, Pengurusan agihan zakat
PENGENALAN
Zakat mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam Islam.Pengamalan berzakat merupakan persoalan pokok dalam agama Islam.Hakikat ini dapat dilihat melalui kedudukannya sebagai salah satu daripada rukun Islam berasaskan sabdaan Rasulullah s.a.w melalui sabdaannya yang bermaksud:
"Islam diasaskan atas lima perkara: kesaksian bahawa tiada tuhan selain daripada Allah dan Muhammad pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan fardu haji dan berpuasa di bulan Ramadhan”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Inilah salah satu ibadah yang menjadi ujian berat kepada umat manusia pada hari ini. Dengan peningkatan mendadak keperluan hidup disusuli dengan kenaikan harga barangan dan kos kepenggunaan yang memuncak menyebabkan manusia semakin terarah untuk mengawal harta dan
1Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UKM.e-mail: [email protected]
2Pensyarah Kanan di FEP, UKM; email; [email protected]
3 Prof Madya di FEP, UKM; mail: [email protected]
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
159
juga berlumba-lumba mencari peluang menambah sumber pendapatan. Sekaligus ada di kalangan umat Islam yang menyangka bahawa mereka tidak diwajibkan mengeluarkan zakat ke atas harta mereka. Ada juga yang menyangka bahawa mengeluarkan zakat itu hanya pada bulan Ramadhan sahaja, iaitu zakat fitrah. Sedangkan zakat di dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu zakat ke atas harta dan zakat ke atas badan (zakat fitrah). Inilah ujian dan fitnah yang terdapat pada harta itu.
Firman Allah SWT di dalam surah al-Anfal ayat 28: َ
“Ketahuilah bahawa sesungguhnya harta-harta dan anak-anak kamu adalah ujian dan fitnah, dan sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah adalah ganjaran yang besar”.
Ramai dalam kalangan manusia yang lupa dan melupakan akan hak-hak Allah baik dalam harta mereka dan diri mereka sama ada kerana kejahilan mereka akan akibatnya, atau kerana keingkaran terhadap nikmat-nikmat kurnian Allah, atau kerana kebakhilan, cintakan dunia dan sebagainya.
Allah mengingatkan kita di dalam surah at-Taubah, ayat 34 dan 35:
“Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menginfakkannya di jalan Allah, maka berikanlah khabar gembira kepada mereka bahawa mereka akan mendapat azab yang pedih. Ingatlah hari ketika emas dan perak dipanaskan dalam neraka jahannam, lalu dengan itu diseterika dahi, lambung dan belakang mereka, lalu dikatakan kepada mereka "Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakan akibat dari apa yang kamu simpan itu".
Zakat ditakrifkan sebagai harta atau nilai milik sempurna yang wjib diserahkan kepada amil atau mana-mana asnaf mengikut keutamaan, atas kadar yang ditetapkan pada atau dalam tempoh hawl kerana Allah SWT. Terdapat 8 golongan asnaf yang berhak menerima zakat iaitu al-Fuqara’
(golongan fakir), al-Masakin (golongan miskin), Amil, al-Gharimin (golongan berhutang), muallaf, ibn sabil (golongan bermusafir), al-Riqab (hamba) dan fi-sabilillah (golongan berjuang dijalan Allah)
Di Malaysia, segala urusan berkaitan memungut dan mengagihkan zakat serta segala urusan berkaitan agama di negeri-negeri adalah di bawah tanggungjawab Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)4. Tanggungjawab ini merupakan salah satu daripada fungsi teras dalam pentadbiran MAIN yang telah dilaksanakan sejak sekian lama. Di peringkat negeri undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan zakat termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri masing-masing, di mana di dalamnya terkandung peruntukan mengenai pentadbiran Islam di peringkat negeri secara umumnya.
Kebanyakan negeri tidak mempunyai perundangan atau enakmen khas mengenai zakat.
Sehingga ini hanya Kedah dan Sabah sahaja yang mempunyai undang-undang khas mengenai Zakat Negeri Selangor sedang dalam peringkat penggubalan enakmen khas mengenai zakat dan dijangka akan dapat membentang perundangan zakatnya tidak beberapa lama lagi. Di samping Selangor, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP) juga sedang bergerak ke arah yang sama. Pihak Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JWZH) serta Jabatan Peguam Negara telah selesai merangka perundangannya dan kini sedang disemak oleh Bahagian Gubalan Jabatan Peguam Negara sebelum dapat dibentang ke Parlimen. Apabila Akta ini diluluskan, ianya akan menjadi model law untuk dapat dicontohi oleh negeri-negeri lain yang belum mempunyai perundangan yang khusus mengenai zakat.
Namun begitu persoalan kajian ini ialah sejauhmanakah pengagihan zakat dapat dilakukan secara efisien dan cekap oleh MAIN. Ini kerana isu pengagihan zakat masih menjadi isu utama yang sering dibincangkan dalam kalangan pengkaji (Muhammad Syukri, 2004; dan Sanep &
Hairunnizam, 2004). Masalah ini akan menjejaskan keyakinan masyarakat untuk membayar zakat melalui saluran formal (Sanep, 2006). Kecekapan prestasi agihan zakat adalah sesuatu yang dipandang penting oleh masyarakat terutamanya oleh pembayar zakat (Eza Ellany at. Al, 2014).
4 Butiran (1) Senarai Kedua, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, zakat terletak di bawah bidang kuasa negeri-negeri.
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
160
Terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan kecekapan pengagihan zakat seperti melalui kaedah lokalisasi turut juga dibincangkan (Muhammad Syukri, 2006). Kebanyakan kajian yang ada banyak membincangkan aspek agihan zakat terhadap asnaf fakir dan miskin (Azninainie et al, 2013).
Namun begitu, kajian ini berpendapat dimensi perbincangan berkenaan pengagihan zakat perlu diperluaskan lagi kepada bentuk pengagihan zakat yang lain termasuklah aspek zakat perubatan dan mengutakan lagi keberkesanankonsep lokalisasi dalam agihan zakat perubatan5 di hospital kerajaan (Muhammad Hafiz et. al, 2016). Jumlah dana yang diperuntukkan oleh institusi zakat semakin bertambah ekoran keperluan yang meningkat serta kenaikan harga ubat-ubatan dan juga kos rawatan yang semakin mendesak. Berdasarkan Laporan Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Kuala Lumpur menunjukkan jumlah dana yang disalurkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan juga Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan PPUKM mengikut tahun bagi membantu pesakit dalam kalangan asnaf yang memerlukan (Muhammad Hafiz et. al, 2016). Namun begitu kajian ini berpendapat, institusi kewangan juga boleh membantu pihak MAIN dalam mengagihkan zakat terutamanya berfokuskan kepada aspek zakat perubatan, iaitu institusi kewangan Bank Rakyat6 yang turut sama berperanan mengagihkan zakat di seluruh Malaysia (Norilmiyah, 2014). Namun kajian ini akan mengkaji peranan Bank Rakyat dalam mengagihkan zakat dalam bentuk zakat perubatan yang mana kajian zakat perubatan masih lagi kurang dibincangkan secara akademik. Kajian ini juga akan mengkaji peranan serta bidang kuasa Bank Rakyat melalui Jawatankuasa Syariah (JS) dalam mengagihkan zakat sertapengkategorian asnaf al-ghariminoleh JS dan hubungannya dengan agihan zakat perubatan.
KAJIAN LEPAS
Kajian-kajian berkaitan topik zakat telah banyak dijalankan sebelum ini terutamanya aspek pengurusan zakat seperti aspek kutipan dan juga aspek pengagihan zakat kepada pelbagai asnaf.
Ahmad Hidayat Buang (2000) contohnya telah mengariskan beberapa asas pengurusan zakat yang telah disebut di dalam Al Quran dan hadith seperti berlaku keadilan dalam pungutan zakat, memudahkan pungutan zakat, jumlah dan kaedah bayaran hendaklah jelas dan tepat, harta yang dipungut bukan dari harta yang paling disukai, pihak pengurusan zakat berilmu dan berkelayakan, wujud badan yang mengawasi pengurusan zakat, mempercepatkan agihan, amil wajib menjalankan tugas dengan tegas serta menggalakan muslim membayar zakat melalui nasihat dan kempen.
Kesemua asas-asas pengurusan tersebut agar pengurusan zakat lebih effisen dan mencapai objektif ibadah zakat.
Cadangan dan inovasi berkaitan bagi mempertingkatkan kecekapan kutipan zakat juga diutarakan oleh ramai pengkaji. Antaranya kajian pengkorporatan institusi zakat (Nor Ghani et al., 2001), kesedaran masyarakat terhadap pembayaran zakat yang diiktilaf (Sanep & Hairunnizam, 2004), penguatkuasaan undang-undang pembayaran zakat (Kamil, 2006), meningkatkan kesedaran membayar zakat di kalangan masyarakat termasuklah kumpulan pekerja professional (Mohd Ali, Hairunnizam & Nor Ghani, 2004) dan penggunaan kaedah bayaran zakat pendapatan melalui skim potongan gaji kakitangan (Hairunnizam, Sanep & Mohd Ali, 2007). Terdapat kajian yang mencadangkan penyelesaian masalah pengagihan zakat kepada asnaf-asnaf yang memerlukan, contohnya kajian oleh Muhamad Syukri (2006) mencadangkan struktur baru yang di dalam urusan
5Secara umumnya bantuan zakat perubatan kepada asnaf adalah bertujuan meringankan kos rawatan kesihatan yang dihadapi mereka semasa mendapatkan rawatan di hospital. Bantuan ini, bukanlah dalam bentuk cek atau wang tunai tetapi bantuan terus kepada pihak hospital yang merangkumi pembiayaan kos penbedahan, kos rawatan, ubat-ubatan, peralatan perubatan, makanan tambahan dan lain-lain.
6Bank Rakyat ditubuhkan pada tahun 1954 yang dikenali pada waktu itu sebagai Bank Agong Kampong Berkerjasama-sama Persekutuan Tanah Melayu Dengan Tanggongan (Bank Agong) secara rasminya didaftarkan dan Menteri Besar Perlis, Tan Sri Sheikh Ahmad Mohd Hashim dipilih sebagai Presiden Lembaga Penaja. Cawangan pertama di Jalan Petri, Sungai Petani dipindahkan ke Jalan Ibrahim, Sungai Petani, Kedah. Ibu Pejabat pertama didirikan di Bukit Mertajam.
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
161
pengagihan zakat iaitu penyetempatan atau melokalisasikan kuasa pengurusan zakat kepada suatu daerah atau penempatan yang tertentu.
Menurut Muhamad Syukri (2006), konsep lokalisasi pengagihan zakat berlaku di mana kuasa kutipan dan agihan zakat diperuntukan kepada pusat pengurusan zakat dijalankan dalam lokaliti atau kawasan yang tertentu secara relatifnya adalah lebih kecil. Konsep ini akan mengecilkan kuasa pusat pengurusan zakat kepada lokaliti tertentu seperti daerah, mukim, kampong atau kariah untuk mengutip hasil zakat daripada pembayar zakat yang wajib dan seterusnya mengagihkan kepada golongana asnaf yang memerlukan di kawasan lokaliti tersebut.
Amil zakat yang dilantikkan dapat mengesan dan menyalurkan zakat kepada asnaf dengan lebih tepat dan dekat dengan penerima zakat. Ini secara tidak langsung akan memudahkan pihak pengurusan zakat untuk berinteraksi dengan masyarakat kerana berlakunya perubahan struktur pentadbiran dan akauntabiliti yang merangkumi sempadan geografi. Proses lokalisasi ini, akan dapat mengatasi masalah jurang komunikasi antara pusat pengurusan zakat dan asnaf. Ini kerana kegagalan pusat pengurusan zakat mengenalpasti fakir dan miskin secara tepat dan dapat mengurangkan karenah birokrasi kerana proses ini melibatkan kakitangan yang terdiri orang tempatan dalam proses ini. (Muhammad Syukri, 2006). Selain itu, lokalisisasi juga mampu memperbaiki kualiti hidup asnaf melalui perubahan sikap yang positif untuk meningkatkan pendapatan (Hairunnizam & Sanep, 2012).
Kajian oleh Hairunnizam (2009) pula telah menjelaskan bahawa institusi zakat amat penting dalam pengurusan zakat, ia adalah perantara di antara pembayar dan penerima zakat (asnaf). Institusi ini mempunyai tanggungjawab yang amat besar, iaitu memastikan kutipan zakat dapat dilakukan dengan cekap dan diagihkan zakat tersebut dengan cekap dan berkesan kepada asnaf. Seandainya institusi ini gagal berfungsi dengan baik, maka sistem zakat tidak berjaya untuk dilaksanakan. Institusi zakat seharusnya menunjukkan nilai-nilai Islam yang tinggi, seperti amanah dan adil dalam pengurusan zakat dan bersifat profesionalisme. Cabaran institusi zakat menguruskan zakat pada masa kini ialah tidak seperti zaman dahulu di mana seorang amil sangat diyakini oleh masyarakat setempat berdasarkan latar belakang mereka sebagai ustaz, guru agama dan imam.
Manakala Azninainie et al. (2013) pula telah mengkaji tentang pengagihan zakat di negeri Kelantan berdasarkan data laporan zakat dari tahun 2003 hingga 2012. Hasil kajian mendapati bahawa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengamalkan corak agihan yang cenderung kepada membantu asnaf fakir dan miskin. Dasar ini masih kekal seperti yang telah diamalkan oleh kerajaan negeri pada sebelumnya. Melalui pengekalan dasar ini, MAIK berkeyakinan dana zakat yang diagihkan dapat memberi bantuan secara menyeluruh untuk jangka masa panjang dan percaya bahawa golongan asnaf fakir miskin perlu diberi peluang menukar keadaan kehidupan dan kedudukan ekonomi mereka ke arah yang lebih baik.
Kajian berkaitan zakat perubatan adalah terhad dan antara bentuk agihan zakat yang terkini adalah zakat perubatan yang bertujuan meringankan beban kos perubatan pesakit.Subaib (2009) mencadangkan supaya menubuhkan farmasi di pelbagai lokaliti yang berbeza dengan menyediakan rawatan kepada golongan miskin tanpa mengenakan sebarang caj atau dengan bayaran yang minimum. Bantuan zakat perubatan telah diagihkan kepada asnaf yang tertentu seperti asnaf fakir, miskin, muallaf dan gharimin yang meliputi bantuan perubatan kronik, rawatan bulanan, peralatan dan juga bantuan dialisis (Zurina, et al. 2013). Selain bantuan secara terus, kewujudan zakat perubatan dalam bentuk Tabung Pesakit Kronik dan Kecemasan di hospital-hospital terpilih bagi membantu asnaf yang mendapatkan rawatan kesihatan di hospital tersebut. Terdapat kajian diperingkat antarabangsa berkaitan penggunaan dana zakat perubatan bagi membiayai kos rawatan pesakit. Dengan menggunakan wang zakat, bantuan akan diberikan melalui caruman insuran kesihatan kepada rakyat miskin (Mohamed, 2007) dan juga menawarkan perkhidmatan rawatan kesihatan secara percuma kepada rakyat (Public Health Institute; Shaikh 2011). Penggunaan zakat perubatan ini menjadikan pengagihan lebih terus kepada asnaf yang berkelayakan. Menurut World Health Organization (WHO), kesihatan adalah suatu keadaan yang sempurna daripada aspek fizikal, mental dan sosial dan bukan semata-mata bebas daripada pelbagai penyakit dan cacat.
Tahap penjagaan kesihatan yang baik bukan sahaja memberi kesan kepada kualiti hidup individu bahkan turut memberikan kesan kepada pembangunan ekonomi negara. Kajian Bloom, Canning &
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
162
Savilla (2001) mendapati bahawa tahap kesihatan individu lebih signifikan menyumbang kepada agregat output negara berbanding tahap pendidikan individu.
METODOLOGI
Kajian ini menggunakan beberapa laporan zakat oleh Bank Rakyat serta data sekunder. Data yang diperoleh daripadaLaporan Kewangan Tahunan Bank Rakyat bermula tahun 2011 sehingga 2014 serta Laporan Zakat Bank Rakyat dan Mesyuarat Jawatankuasa Zakat Perniagaan Bank Rakyat Di bawah Asnaf (JZPBA). Kesemua data yang diperoleh telah disahkan oleh Ketua Audit Negara Malaysia.
HASIL KAJIAN
Bank Rakyat meneruskan usaha untuk mengukuhkan kedudukan kewangannya. Pembiayaan secara berhemah dan dasar-dasar pengurusan risiko yang ketat tidak menghalang Bank daripada mencapai keputusan positif. Pada tahun 2014, keuntungan bersih Bank Rakyat meningkat 2.68 peratus kepada RM1.96 billion berbanding RM1.91 billion yang dicatatkan pada tahun 2013.
Perkembangan dan keuntungan Bank Rakyat terus memberangsangkan setiap tahun. Ini dapat ditunjukkan di Jadual 1.
Jadual 1: Keuntungan dan zakat oleh Bank Rakyat Tahun 2011-2015 (RM)
2011 2012 2013 2014 2015
Keuntungan sebelum cukai dan zakat (RM Bilion)
2.09 2.11 2.12 2.18 2.01*
Zakat (RM Juta) 33.6 45 34 39 40.3
Nota: *Keuntungan Kumpulan Bank Rakyat
Sumber: Laporan Kewangan Bank Rakyat 2011-2015
Berdasarkan Bidang Rujukan Syariah Bank Rakyat telah menetapkan Pembentukan Jawatankuasa Syariah (JS) Bank Rakyat adalah satu keperluan yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ia bertujuan untuk memastikan semua pengurusan aktiviti, produk, urusniaga, operasi dan zakat Bank Rakyat dan semua anak syarikatnya mematuhi Syariah sepanjang masa sebagai sebuah intitusi kewangan Islam lengkap sepenuhnya yang diperbadankan di Malaysia.
Salah satu peranan dan tanggungjawab JS adalah:
“3.10 Menasihati Bank Rakyat berhubung pengiraan, peruntukan dan pengagihan zakat dan mengesahkan senarai penerima zakat selepas keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Zakat Perniagaan Bank di bawah asnaf (JZPBA).”
Bagi memastikan JZPBA berperanan dengan betul dan menepati tanggungjawab, JS dilantik sebagai penasihat JZPBA bagi memastikan pengurusan zakat mematuhi Syariah. Wakil JS atau penasihat zakat tersebut hendaklah memberikan khidmat nasihat berhubung hal-hal zakat yang merangkumi pengiraan, peruntukan, pengagihan, isu had kifayah (jumlah yang mencukupi) dan kelayakan asnaf berkaitan hal-hal yang selari dengan prinsip dan keperluan Syariah. Peruntukan zakat adalah jumlah keseluruhan zakat perniagaan bank yang cukup haul dan nisab pada tahun tersebut. Peruntukan agihan zakat perniagaan Bank Rakyat dikategorikan kepada 2 bahagian iaitu (1) Zakat Negeri : Peruntukan agihan sebanyak 5/8 bahagian daripada peruntukan zakat perniagaan tahunan kepada Majlis Agama Islam Negeri atau Pusat Zakat Negeri. (Zakat Negeri ) Jumlah peruntukan bayaran zakat negeri-negeri di seluruh Malaysia adalah tertakluk kepada keuntungan cawangan yang di setiap negeri. (2) Zakat Asnaf: iaitu peruntukan agihan sebanyak 3/8 bahagian daripada peruntukan zakat perniagaan tahunan secara terus kepada 6 kategori asnaf seperti di Jadual 2.
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
163
Jadual 2: Kategori asnaf oleh Bank Rakyat
No. Kategori Asnaf Peratusan1
1. Fi sabilillah: Segala bentuk usaha yang memenuhi makna jihad fisabilillah ( jihad di jalan Allah ) demi untuk meninggikan syariat Islam
50%
2. Miskin: Seseorang yang mempunyai harta atau pendapatan yang melebihi 50 peratus tetapi tidak mencapai haddul kifayah untuk keperluan asas diri dan tanggungannya.
30%
3. Fakir: Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan halal atau yang menerima pendapatan tidak sampai 50% peratus daripada keperluan asas harian diri dan tanggungannya mengikut ukuran hidup yang sederhana.
5%
4. Muallaf: Mereka yang dijinakkan hatinya atau yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau mereka yang baru memeluk Islam dan belum kukuh Islamnya.
5%
5. Gharimin: Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri, keluarga, tanggungannya atau masyarakat dan memerlukan penyelesaian segera yang dibenarkan oleh Syarak.
5%
6. Ibnu Sabil: Orang yang terputus bekalan (perbelanjaan) semasa perjalanan (safar) dan orang yang hendak memulakan perjalanan (safar) yang diharuskan oleh syarak.
5%
Jumlah 100%
Nota: 1Perubahan peratusan peruntukan zakat mengikut kategori asnaf adalah bergantung kepada kelulusan mesyuarat JZPBA dengan sokongan Penasihat Syariah dari masa ke semasa.
Sumber: Polisi Bil 135 – Pengurusan Zakat Perniagaan Bank Rakyat
Berdasarkan Polisi Bil 135 – Pengurusan Zakat Perniagaan Bank Rakyat, pihak Bank Rakyat telah menetapkan pecahan pengagihan zakat asnaf perniagaan mengikut kategori asnaf seperti Jadual 3 di bawah:
Jadual 3: Peruntukan agihan zakat untuk kategori asnaf Kategori Peratusan Peruntukan
Asal (2012)
Peruntukan Asal (2013)
Peruntukan Asal (2014)
Peruntukan Asal (2015) Fisabilillah 50 7,637,796.00 7,687,500.00 7,687,500.00 6,973,500.00 Miskin 30 4,582,677.00 4,612,500.00 4,612,500.00 4,184,100.00
Fakir 5 763,779.60 768,750.00 768,750.00 697,350.00
Mualaf 5 763,779.60 768,750.00 768,750.00 697,350.00
Gharimin 5 763,779.60 768,750.00 768,750.00 697,350.00 Ibnu Sabil 5 763,779.60 768,750.00 768,750.00 697,350.00 Jumlah 100 15,275,591.28 15,375,000.00 15,375,000.00 13,947,000.00 Sumber: Laporan Zakat Bank Rakyat 2012-2015
Nota: Jumlah pengagihan boleh dipindahkan mengikut keutamaan yang berlaku. Namun ianya perlu dikemukakan permohonan di dalam JZPBA.
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
164
Kajian ini mendapati kategori zakat perubatan adalah termasuk di dalam kategori asnaf gharimin7 iaitu asnaf yang dibebani hutang berdasarkan laporan zakat Bank Rakyat. Walaupun jumlah peruntukan kecil (hanya 5%) daripada jumlah zakat yang diagihkan oleh Bank Rakyat, namun pengagihan zakat perubatan kepada asnaf menunjukkan peningkatan setiap tahun kecuali tahun 2015. Daripada senarai permohonan dan kelulusan JZPBA menunjukan zakat perubatan diberikan kepada 3 kategori iaitu
a) Bantuan Perubatan / Kos Pembedahan b) Pembelian Alatan Bantuan Kesihatan c) Bantuan Bencana Alam
Jadual 4: Kategori bantuan zakat Perubatan oleh Bank Rakyat Tahun 2013-2015 (RM)
Kategori 2013 2014 2015
Bantuan Perubatan/ Kos Pembedahan 442,129.05 307171.40 195,900.25
Pembelian Alatan Bantuan Kesihatan 15,496.00 2,200 347,339.75
Bantuan Bencana Alam 15000.00 17,200.00 121,000.00
JUMLAH 472,625.05 328,585.40 664,240.00
Sumber: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Zakat Perniagaan Bank Rakyat di Bawah Asnaf (JZPBA) 2013-2015
IMPLIKASI DASAR DAN PERBINCANGAN
Berdasarkan kepada pengagihan zakat perubatan ianya menunjukkan jumlah agihan yang agak besar iaitu bagi kategori Bantuan Perubatan/ Kos Pembedahan berjumlah RM195,900.25 dan RM347,339.75 bagi kategori Pembelian Alatan Bantuan Kesihatan bagi tahun 2015 sahaja.
Walaupun berlaku sedikit penurunan pada tahun 2014 (RM328,585.40), jumlah kelulusan bagi tahun 2015 meningkat sebanyak 50.3 peratus. Ini jelas menunjukkan keperluan asnaf kepada zakat perubatan ini perlu diberikan penekanan kerana masih ramai asnaf yang memerlukan. Sumbangan zakat al-gharimin bagi bantuan bencana alam (banjir) juga bagi membaikpulih rumah penerima zakat. Jumlah ini penerima sebenarnya jauh lebih besar kepada pengagihan zakat lebih banyak diberikan di dalam kategori asnaf miskin dan fakir.
Agihan yang cekap perlu dilaksanakan pada tahun semasa kutipan wang zakat diperoleh (Eza Ellany et al. 2014). Beberapa cadangan dicadangkan untuk meningkatkan prestasi agihan zakat perubatan di Bank Rakyat. Antara cadangan tersebut ialah mempergiatkan kempen kesedaran tanggungjawab umat Islam untuk menggunakan perkhidmatan perbankan Islam di Bank Rakyat kerana dengan cara tersebut setiap keuntungan daripada perniagaan Bank Rakyat akan dipulangkan kepada masyarakat Islam melalui zakat yang dikeluarkan berbanding pemilihan perkhidmatan konversional yang tidak menitik beratkan soal pembayaran zakat.
KESIMPULAN
Bank Rakyat merupakan salah satu institusi yang penting di dalam membangunkan ekonomi (perbankan) umat Islam di Malaysia. Keuntungan hasil operasi Bank telah menyumbang kepada agihan dana zakat yang cekap adalah amat diperlukan bagi menjamin matlamat untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf kehidupan masyarakat Islam ke tahap yang lebih baik tercapai, khusunya zakat perubatan. Oleh itu, prestasi pengurusan kewangan dan prestasi agihan zakat yang cekap perlu dikekalkan dan dipertingkatkan lagi ke tahap yang lebih baik. Melalui pengurusan
7Pada prinsipnya ulama’ fiqh telah menentukan kriteria tertentu bagi al-ghârim yang berhak menerima zakat ditinjau dari faktor penyebab atau dibebani hutang.Ada dua jenis penyebab seseorang dibebani hutang atau menjadi al-gharimiaitu Ghârim limaslahati nafsihiiaitu dibebani hutang demi kemaslahatan dirinya dan Ghârim li ishlâhi dzatil bainiaitu dibebani hutang karena mendamaikan manusia, qabilah atau suku.Kedua jenis al-ghârim diatas berhak menerima zakat tetapi dengan syarat tambahan pada ghârim linafsihi iaitu harus dalam keadaan miskin. Sedangkan untuk ghârim li ishlâhi dzatil bain maka boleh diberi zakat meskipun dia seorang yang kaya (Abu Riyadl Nurcholis Mursidi, 2010 )
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
165
yang cekap maka keyakinan masyarakat akan bertambah dan sekaligus menjana kepada peningkatan kutipan di masa akan datang. Pertambahan dan peningkatan dana kutipan zakat akan membolehkan lebih banyak perancangan dan pembangunan dapat dijalankan unutuk meningkatkan taraf ekonomi masyarakat Islam.
Perlaksanaan zakat perubatan oleh Bank Rakyat yang mana telah dipantau dan dipastikan sistem dan prosedur yang ditetapkan maka ianya dapat membantu proses lokalisasi pengurusan zakat kepada asnaf yang memerlukan. Setiap cawangan Bank Rakyat di seluruh Negara menjadi agen perubahan untuk mengenalpasti dan seterusnya mengemukakan permohonan kepada pihak JZPBA untuk kelulusan. Kewujudan 149 Cawangan seluruh Negara sekurang-kurangnya memudahkan asnaf untuk memohon bantuan dana zakat perubatan.
RUJUKAN Al Quran
Abu Riyadls Nurcholis Mursidi. 2010. Kreteria Gharimin Penerima Zakat. Majalah As-Sunnah Edisi 04-05/Tahun XIV/1431/2010M. Surakarta. Yayasan Lajnah Istiqomah.
Adibah Abdul Wahab & Joni Tamkin Borhan. 2015. Analisis Prestasi Kutipan Zakat di Malaysia.
Dlm.Nor Aini Ali, Azizi Che Seman & Mohamad Taqiuddin Mohamad (pnyt). Isu Kotemporari Pengurusan dan Pembayaran Zakat di Malaysia, hlm. 1-20. Kuala Lumpur:
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Ahmad Hidayat & Saidatul. 2014. Pentadbiran zakat dan kesedaran masyarakat Islam membayar zakat di daerah Kota Belud Sabah. Sains Humanika 2(1): 125-134.
Ahmad Hidayat Buang. 2000. Pengurusan Zakat: Satu Analisis Dari Perspektif Al Quran dan Al- Sunnah. Jurnal Syariah, 8(2), 89-102.
Aino Moktar.2016. Mengapa masih berlapar? Harakah. 27-30 Jun: F8 Akta Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas 1978)
Eza Ellany, Mohd Rizal &Mohamat Sabri. 2014. Prestasi kecekapan agihan kewangan dan bukan kewangan dalam kalangan institusi zakat di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia 48(2): 51- 60.
Faiz Mat Isa, Hairunnizam & Sanep. 2014. Pengukuran prestasi menggunakan nisbah aliran tunai dan nisbah tradisi: perbandingan di antara Majlis Agama Islam Selangor dan Majlis Agam Islam dan Adat Melayu Perak. Dlm. Prosiding International Conference Muamalat, Economic & Islamic Finance.310-325.
Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad. 2012. Cadangan penyetempatan pengagihan zakat di Malaysia: Adakah amil sudah bersedia? Jurnal Ekonomi Malaysia, 46(2), 17–27.
Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad. 2014. Faktor mempengaruhi tahap keyakinan agihan zakat:
Kajian terhadap masyarakat Islam di Selangor. Jurnal Ekonomi Malaysia 48(2): 41-50.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, Mohd Ali Mohd Nor& Maryam Abd Rashid, 2015, Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Agihan zakat: Perbandingan antara Majlis Agama Islam Negeri. Dlm Nor Aini Ali et.al (penyt). Isu Kontemporari agihan zakat di Malaysia. Kuala Lumpur: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
hlm 21-35.
Hairunnizam, Sanep & Radiah. 2009. Pengagihan zakat oleh institusi zakat di Malaysia: Mengapa masyarakat Islam tidak berpuas hati? Shariah Journal 17(1): 89-112.
Harunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Noor. 2007. Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan di Malaysia. Islamiyyat, 29, 53-70.
http://www.mainpp.gov.my (Diakses pada 10 Mei 2016) http://www.zakatpenang.com (Diakses pada 10 Mei 2016)
Ismail Hj Ahmad & Masturah Main. 2014. The efficiency of zakat collection and distribution:
Evidence from two stage analysis. Journal of Economics and Development 35(3): 133-170.
Kamil Md Idris.2006. Kesan Persepsi Undang-undang dan Penguatkuasaan Zakat Terhadap Gelagat Kepatuhan Zakat Pendapatan Gaji. Dlm. Abdul Ghafar Ismail &Hailani Muji Tahir (pnyt.). Zakat: Pensyariatan, Perekonomian dan Perundangan. Bangi.
Penerbit UKM.