Kewangan Sosial Islam
•ISLAMIC SOCIAL FINANCE•
PROSIDING PERSIDANGAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM MALAYSIA KE-3 2016 PROCEEDINGS OF THE 3 RD CONFERENCE ON MALAYSIAN ISLAMIC
ECONOMICS AND FINANCE (CMIEF) 2016
Disunting oleh:
Sharifah Shazwani Syed Mohamed Muhammad Hakimi Mohd Shafiai
Amiratul Nadiah Hasan Suhaili Alma’amun
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI • 2016
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016
ii
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM (CMIEF) 2016
Cetakan Pertama, 2016
Hak cipta Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM) Universiti Kebangsaan Malaysia
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun,
sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu.
Diterbitkan dan dicetak oleh
Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
http://www.ekonis-ukm.my/
Tarikh dan Tempat Persidangan:
24 Ogos 2016 / 21 Zulkaedah 1437
International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia, Jalan Elmu Off Jalan Universiti, 59100 Kuala Lumpur
Anjuran Bersama:
Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia, Institut Islam Hadhari UKM, International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia,
Pusat Penyelidikan Antarabangsa Ekonomi Dan Kewangan Islam (IRCIEF), KUIS, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM),
Persatuan Alumni Sahabat Ekonomi Islam, UKM
ISBN 978-983-3198-94-8
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016
iii
ISI KANDUNGAN
Isi Kandungan iii
Kata Pengantar vi
WAQF & CROWDFUNDING
Aplikasi Konsep Istibdal ke Arah Penjanaan Dana Wakaf Oleh Perbadanan Wakaf Selangor
Oleh Afiffudin Mohammed Noor & Che Zuina Ismail
1 Peranan Waqaf Dalam Meningkatkan Pendapatan Nelayan Tradisional di
Kuala Langat
Oleh Aidil Afandi Mohamad Alias, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai & Mohd Adib Ismail
8
Potensi Waqf Dalam Pengurusan Bekalan Sumber Air Terawat di Kalangan Negara Islam Terpilih
Oleh Mohammad Nasrul Hakim Roslan & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai
18 Wakaf Penerbangan Sebagai Bentuk Baru “Perniagaan Sosial Islam”:
Kajian di Air Riths Airline.
Oleh Mohd Salleh Abd Kadir & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai
31 Implikasi Pendedahan Pelaporan Wakaf Dalam Penyata Kewangan: Kajian
Terhadap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
Oleh Nur Fahana Zahari, Nur Adila Ayub & Hairunnizam Wahid
43 Isu-isu dan Penglibatan Organisasi Bukan Kerajaan di Dalam
Crowdfunding
Oleh Anisa Syazwani Aris
53 Equity Crowdfunding Patuh-Syariah di Malaysia
Oleh Hud Sabri, Shahida Shahimi & Suhaili Alma’amun 62 Dana Untuk Pendidikan di Universiti Melalui Crowdfunding: Satu Kajian
Awal
Oleh Nur Saadah Rozali, Suhaili Alma’amun & Shifa’ Mohd Nor
78 Potensi Sukuk dalam Membangunkan Tanah Wakaf di Malaysia:
Satu Tinjauan
Oleh: Latifah Nuroniah Selamat & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai
89 Proposal Penubuhan Platform Crowdfunding Berasaskan Wakaf Dari Segi
Perundangan Malaysia
Oleh Nur Sakinah Nabilah Nor Saeran, Suhaili Alma’amun & Asma Hakimah Ab. Halim
104
The Role of Muslim Millionaires in Enhancing Waqf-Based Crowdfunding: A Proposed Framework
Oleh Wan Shamilah Wan Mohammed, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai, Mohd Fairuz Md Salleh
129
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016
iv
TAKAFUL
Review On Trust in Takaful Agent-Client Relationship
Oleh Aimi Fadzirul Kamarubahrin & Syadiyah Abdul Shukor 236 Melindungi Golongan Berpendapatan Rendah Melalui Takaful Mikro:
Prospek & Cabaran
Oleh Mardziah Idris & Hendon Redzuan
245 Penganggaran Tahap Kesolvenan Pengendali Takaful Dengan Skor-Z
Altman
Oleh Noor Huzaidah Husin, Rubayah Yakob& Hairunnizam Wahid
264 Kajian Empirikal Terhadap Penentu Kepada Polisi Luput Pelan Takaful
Keluarga
Oleh Norasykeen binti Mohd Baharom & Rubayah Yakob
280 Penerimaan Penjawat Awam Terhadap Skim Perlindungan Takaful
Keluarga di Putrajaya
Oleh Ratna Edayu Bt Jumiran & Hendon Redzuan
291
ZAKAT & PERCUKAIAN
Analisis Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Agihan Zakat: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor
Oleh Ahmad Fathi Aminuddin, HairunnizamWahid & Mohd Ali Mohd Nor
142 Pengagihan Zakat Perubatan di Malaysia: Peranan Bank Rakyat
Oleh Mohd Yusof Bin Ismail Hairunnizam WahidZulkefly Abdul Karim 158 Localization Model for Education Zakat Distribution Among University
Students: A Theoretical Proposal to Islamic Religious Councils in Malaysia (IRC) With Cooperation of Selangor Zakat Board (LZS)
Oleh Noor Afiqah Che Soh, Hairunnizam Wahid& Mohd Ali Mohd Nor
167 Lokalisasi Agihan Zakat Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi: Satu Kajian
Atas Status Anak Negeri
Oleh Nurul Aqilah Jalaludin, Noor Afiqah Che Soh & Hairunnizam Wahid
181 Lokalisasi dan Sosialisasi Antara Amil Dan Asnaf:
Kajian di Malaysia
Oleh Ramizah Begam Abd Aziz, Hairunnizam Wahid &Mohd Ali Mohd Nor
191 Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Agihan Zakat:
Kajian di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Oleh Samsiah Jumati, Hairunnizam Wahid &Mohd Ali Mohd Nor
200 Analisis Perubahan Pola Agihan Zakat: Kajian Kes Negeri Kelantan
Oleh Wan Nurhanini Wan Hassim & Hairunnizam Wahid 213 Layanan Cukai Terhadap Amalan Kewangan Sosial Islam di Malaysia
Oleh Nur Liyana Omar, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai & Suhaili Alma’mun 226
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016
v
KONTRAK DAN PEMBIAYAAN ISLAM
Potensi Pembiayaan Kewangan Islam Dalam Peningkatan Produktiviti Perladangan Kelapa Sawit di Kalangan Pekebun Kecil
Oleh Muhammad Zaid Fahmi Bin Mahadzir
313 Kontrak Al-Murabahah Purchase Order (MPO): Implementasi Dalam
Produk Pembiayaan Kenderaan Daripada Sudut Memenuhi Keperluan Pengguna
Oleh Nazhatul Shima Abdul Rahman & Hairunnizam Wahid
322 Pengurusan Dana Masjid Di Malaysia: Satu Kajian Mengenai Penggunaan
Akaun Amanah
Oleh Norakma Sabran, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad
334 Pemahaman Penjawat Awam Terhadap Produk Pembiayaan Perumahan
Secara Islam Oleh Kerajaan
Oleh Norzulaily Binti Ahmad Kamal, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai &
Ruzian Markom
343 Maqasid Al-Shariah in Ar-Rahnu
Oleh Nur Rasyidah Kamaruzaman & Salina Haji Kassim 357
LAIN-LAIN ISU BERKAITAN EKONOMI ISLAM
Impak Kepercayaan Dan Kesetiaan Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) Terhadap Risiko Kecairan
Oleh Nurul Ain Mohd Pauzi, Aisyah Abdul Rahman & Shifa Mohd Nor
367 Tingkah Laku Perancangan Persaraan dan Isu Caruman KWSP Pekerja
Sektor Swasta di Melaka
Oleh Nurul Fariha Jamaludin, Suhaili Alma’amun & Hairunnizam Wahid
381 Faktor-faktor Mempengaruhi Pemilihan Produk Halal Farmaseutikal
Oleh Rabiatul Aiisyah Muhammad, Mohd Ali Mohd Noor & Hairunnizam Wahid 394 Perkembangan Industri Makanan Halal Jepun di Malaysia
Oleh Sharifah Shazwani Syed Mohamed, Mohd Ali Mohd Noor &
Muhammad Hakimi Mohd Shafiai
405 Pasar Islam: Sebuah Model Masyarakat Ekonomi Madani Kajian Menerusi
Al-Quran, Hadis Dan Pasar Pada Masa Khulafaurrasyidin
Suwandi, Muhammadi Hakimi Mohd Shafiai & Wan Nasyrudin Wan Abdullah
414
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016
vi
KATA PENGANTAR
Persidangan Ekonomi dan Kewangan Islam Malaysia (CMIEF) 2016 ini bertemakan KEWANGAN ISLAM SOSIAL. Penganjuran persidangan ini merupakan kesinambungan daripada persidangan CMIEF 2015 di mana penganjurnya adalah Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS) Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan Institut Islam Hadhari, UKM.
Namun pada tahun 2016, pihak EKONIS telah bekerjasama dengan Institut Islam Hadhari UKM, International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia, Pusat Penyelidikan Antarabangsa Ekonomi Dan Kewangan Islam (IRCIEF) KUIS, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Persatuan Alumni Sahabat Ekonomi Islam, UKM bagi sama-sama menjayakan penganjuran CMIEF 2016
Persidangan ini diadakan adalah lebih tertumpu bagi membincangkan hasil kajian dalam bidang kewangan Islam sosial dan juga bidang-bidang lain yang berkaitan dengan ekonomi dan kewangan Islam. Disamping itu, persidangan ini juga merupakan menjadi wadah perbincangan ilimah antara penyelidik, pensyarah, pelajar pascasiswazah dan juga pengamal industri di Malaysia. Melalui prosiding persidangan ini, kertas kerja yang mempunyai potensi akan diterbitkan di dalam jurnal berindeks selain dikumpulkan untuk memberi manfaat kepada semua pihak.
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
43
PROCEEDING OF THE 3rd CONFERENCE ON MALAYSIAN ISLAMIC ECONOMICS AND FINANCE (CMIEF) 2016 PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
IMPLIKASI PENDEDAHAN PELAPORAN WAKAF DALAM PENYATA KEWANGAN: KAJIAN TERHADAP MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR ______________________________________________________________________
Nur Fahana Zahari1 Nur Adila Ayub2 Hairunnizam Wahid3 Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600 UKM Bangi, Selangor ABSTRAK
Pendedahan maklumat berkaitan wakaf adalah penting bagi meningkatkan tahap keyakinan masyarakat terhadap sesebuah Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dalam menguruskan dana wakaf. Sejak kebelakangan ini, institusi MAIN sebagai institusi pemegang amanah pengurusan harta umat Islam di sesebuah negeri telah melakukan pelbagai inovasi dan strategi dalam mengembangkan harta wakaf di Malaysia termasuklah pengenalan beberapa skim wakaf seperti skim wakaf korporat, wakaf tunai, wakaf harta tak alih dan sebagainya. Namun begitu, persoalannya ialah sejauhmanakah tahap pendedahan maklumat tersebut didedahkan secara jelas dan terperinci kepada pemegang taruh seperti institusi dan masyarakat Islam. Ini kerana, pihak pemegang taruh ini amat mengharapkan segala dana yang telah disumbangkan dalam bentuk wakaf berjaya menghasilkan manfaat terhadap umat Islam. Isu lain yang timbul juga ialah masih tiada lagi satu bentuk pendedahan pelaporan wakaf yang seragam antara institusi MAIN. Sebagai institusi pemegang amanah, pihak MAIN perlu menunjukkan akauntabiliti serta ketelusan mereka kepada orang ramai melalui pelaporan kewangan yang kemas dan sistematik yang akhirnya bakal memaklumkan kepada pemegang taruh bagaimana mereka telah menguruskan harta wakaf dengan lebih berkesan. Justeru, objektif kajian ini ialah mengkaji pengurusan perakaunan institusi wakaf di Malaysia serta mengkaji sama ada kesan amalan pendedahan perakaunan pelaporan kewangan oleh institusi wakaf terhadap harta wakaf. Kajian ini memfokuskan terhadap dua institusi MAIN yang bertanggungjawab untuk menguruskan harta wakaf iaitu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Perbadanan Wakaf Selangor (PWS). Penyata wakaf oleh MAIS akan dianalisis menggunakan analisis pelaburan dan istibdal yang terdapat dalam laporan kewangan pengurusan wakaf mengikut standard piawaian pelaporan wakaf oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) sebagai tanda aras pengurusan wakaf yang terbaik. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa, MAIS telah berjaya memberi satu pelaporan pengurusan wakaf yang baik dan berkesan. Namun begitu, kajian mendapati institusi MAIS mempunyai pengurusan wakaf yang agak cekap, telus dan akauntabiliti serta laporan kewangan yang mudah dicapai oleh pemegang taruh. Ini adalah kerana pelaporan wakaf oleh MAIS melalui PWS telah mengikut rangka kerja perakaunan yang tepat serta pendedahan yang perlu didedahkan kepada orang awam. Beberapa cadangan dan implikasi dasar turut dibincangkan dalam kajian ini.
Kata Kunci: Majlis Agama Islam Negeri, pendedahan kewangan wakaf, pemegang taruh
1Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UKM.e-mail: [email protected]
2Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UKM.e-mail: [email protected]
3Pensyarah Kanan di FEP, UKM; email; [email protected]
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
44
ABSTRACT
Disclosure of information relating to waqf is important to increase the level of public confidence towards Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) in managing the waqf fund. In recent years, MAIN institutions as institutional asset management trustee Muslims in a country has made many innovations and strategies in developing the waqf in Malaysia include the introduction of a number of waqf schemes such as waqf scheme corporate skim corporate endowment, waqf funds, waqf immovable property and others. However, the question is to what extent the disclosure of such information is disclosed in a clear and detailed to stakeholders such as institutions and Muslim communities. This is because, the stakeholder hopes that all funds that have been donated in the form of waqf managed to produce benefits to the Muslims. Another issue that arises, there is still no form of reporting of financial statement of waqf disclosure between institutions MAIN. As an institutional trustee, MAIN have to show the accountability and transparency have to the public through financial reporting and systematic updates that ultimately will inform stakeholders how they were managing waqf more effectively. Thus, the objective of this study was to investigate the accounting management of waqf institutions in Malaysia as well as study whether the effect of accounting disclosure practices of financial reporting by the institution of waqf endowments. This study focuses on two organisation of waqf which are Majlis Agama Isalam Selangor (MAIS) through Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) and Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Both waqf statement by MAIS and MAIDAM will be analyzed using content analysis of financial statements by management of waqf endowments reporting standards by the Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) as the benchmark for the best endowment management. The results of this study show that, this two organisation have managed to give a good endowment management reporting and effective. However, the study found that MAIS institutions have efficient management in waqf, transparency and accountability as well as the financial statements are easily reached by stakeholders. This is because the reporting of the waqf by MAIS through PWS had followed proper accounting framework and disclosure should be disclosed to the public. Some proposals and policy implications are discussed in this study.
PENGENALAN
Perakaunan Islam boleh ditakrifkan sebagai suatu pengiraan hasil-hasil pekerjaan yang halal menurut kaedah syarak yang dijalankan berdasarkan perbandingan pendapatan dan perbelanjaan.
Manakala, Perakaunan Wakaf pula boleh ditakrifkan sebagai prosedur asas piawaian perakaunan yang menepati prinsip wakaf menurut kehendak syarak. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu yang tertentu maka hendaklah kamu menulis dan hendaklah seorang penulis diantara kamu menulisnya dengan adil dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya...”
(Al-Baqarah 2: 282) Berdasarkan firman di atas, jelaslah bahawa perakaunan Islam penting dalam sesebuah organisasi bukan sahaja organisasi yang berasaskan keuntungan malah organisasi yang bukan berasaskan keuntungan seperti institusi zakat, baitulmal dan wakaf. Wakaf merupakan sebuah institusi yang boleh meningkatkan ekonomi umat Islam di samping dapat mendekatkan diri pewakaf kepada Allah s.w.t. Keberkesanan manfaat sistem wakaf kepada masyarakat Islam dapat dilihat melalui pengurusan perakaunan institusi wakaf itu sendiri. Ini dapat dilihat daripada kejayaan pengurusan wakaf di Mesir iaitu dengan menubuhkan Universiti Al-Azhar menggunakan hasil wakaf dan telah melahirkan jutaan orang penuntut dari seluruh dunia.
Di Singapura pula, semua harta wakaf ditadbir oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) di bawah The Administration of Muslim Law Act (AMLA, 1969). Pada tahun 1995, semua harta wakaf wajib didaftarkan di bawah MUIS. Seramai 170,000 pekerja Muslim di Singapura yang menyumbang kepada dana wakaf melalui potongan gaji dengan jumlah potongan tahunan
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
45
sebanyak lebih kurang 6 juta dolar Singapura. Ini bermakna, pekerja Muslim Singapura menyumbang sebanyak 35.29 dolar Singapura setahun secara hitung panjang untuk tujuan berwakaf.
Begitu juga di Malaysia, pengurusan harta wakaf telah dikelola oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang merupakan pemegang amanah tunggal dan berperanan sebagai pentadbir wakaf yang bertanggungjawab memelihara, membangun dan menguruskan harta wakaf. MAIN juga bertanggungjawab ke atas semua aktiviti yang dijalankan di atas tanah wakaf miliknya serta menjaga tanah-tanah tersebut sebaik mungkin. Pada 27 Mac 2004, MAIN telah menubuhkan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR). Penubuhan JAWHAR yang merupakan agensi peringkat persekutuan, telah menyaksikan JAWHAR berkongsi cita-cita dengan seluruh umat Islam di negara ini untuk memacu pembangunan tadbir urus terbaik dalam bidang wakaf, zakat, mal dan haji.
Namun begitu, sehingga kini tiada lagi Piawaian Perakaunan Islam bagi menyeragamkan pelaporan kewangan Islam untuk institusi wakaf, zakat dan baitulmal di negara ini (Anna, 2015).
MAIN menghadapi masalah dalam penyeragaman laporan kewangan tahunan terutamanya yang melibatkan transaksi berkaitan wakaf. Ketidakpastian mengenai amalan perakaunan ini akan mengakibatkan kegagalan tehadap pematuhan konsep akauntabiliti. Justeru kajian ini berpendapat pihak MAIN perlu mempunyai satu piawaian perakaunan wakaf melalui sistem perakaunan dan pelaporan yang baik serta dapat dicapai oleh pemegang taruh serta orang ramai dan sekaligus dapat mempertingkatkan kenyakinan orang ramai terhadap institusi wakaf di Malaysia.
Objektif kajian ini ialah mengkaji aspek pengurusan perakaunan institusi wakaf di Malaysia dan mengenal pasti sama ada amalan pendedahan perakaunan pelaporan kewangan oleh institusi wakaf telah memuaskan hati pihak pemegang taruh. Ini mungkin dapat diterjemahkan dengan membawa beberapa indikator wakaf termasuklah aspek jumlah pelaburan wakaf dalam jangka masa pendek serta jumlah harta wakaf yang telah diistibdal oleh pihak MAIN. Kajian ini memfokuskan kepada dua institusi wakaf iaitu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dengan membandingkan pelaporan kewangan di dua institusi tersebut. Hasil kajian ini diharapkan dapat meningkatkan kenyakinan orang ramai untuk terus menyokong organisasi ini dan membantu pihak-pihak tertentu menetapkan standard terhadap perakaunan dan pelaporan wakaf.
KAJIAN LEPAS
Terdapat beberapa kajian mengenai pendedahan pelaporan kewangan wakaf telah dilakukan.
Dalam kajian-kajian lepas menyatakan pembangunan wakaf di negara Islam yang lain telah menjadi dorongan kepada beberapa institusi wakaf Indonesia dalam menguruskan wakaf. Sebagai contoh, dalam kajian Abu Bakar (2005) model pengurusan wakaf di Al-Azhar, Mesir telah memberi suntikan semangat kepada Darussalam Islamic Boarding School untuk menggunakan sistem model pengurusan wakaf Al-Azhar sebagai rujukan.
Hasil kajian oleh Anna Che Azmi (2015) mendapati bahawa, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mempunyai pengurusan wakaf yang cekap, telus dan akauntabiliti. PricewaterhouseCoopers, Singapura yang merupakan juruaudit MUIS melaporkan laporan kewangan MUIS dengan membentangkan pandangan yang tepat dan adil.
Namun begitu, Ihsan et. al (2009) menyatakan bahawa laporan yang dibuat oleh pemegang amanah perlu memberi pendedahan laporan kewangan yang mencukupi untuk kepentingan pemegang taruh, seperti pemberi wakaf, pertubuhan bukan kerajaan dan waris. Beliau juga berpendapat bahawa, laporan-laporan ini bukan sahaja perlu menyediakan maklumat kewangan tetapi juga maklumat bukan kewangan yang menggambarkan bagaimana wakaf telah menyumbang kepada kebajikan sosial dan ekonomi persekitaran mereka. Pandangan ini disokong oleh Yaacob (2008) yang menekankan bahawa laporan kewangan wakaf perlu selari dengan prinsip syariah.
Manakala menurut Hidayatul Ihsan & Muhammad Ahyar, (2011) dan Yaacob et al. (2012) menyatakan bahawa, fenomena perbezaan amalan perakaunan wakaf mungkin disebabkan oleh ketiadaan standard perakaunan bagi wakaf. Selain itu, ketidakpastian mengenai amalan perakaunan dalam sektor kebajikan dan lain-lain organisasi yang bukan berasaskan keuntungan adalah kerana
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
46
kegagalan untuk mewujudkan satu definisi terhadap konsep akauntabiliti dan pertanggungjawaban yang dapat diterima umum dalam sektor ini (Cordery dan Morley, 2005 & Ihsan, 2007). Justeru itu, MAIN perlu mewujudkan standard pelaporan wakaf yang seragam bagi mempertingkatkan kenyakinan orang ramai dan pemegang taruh terhadap institusi wakaf di Malaysia.
MUIS juga menunjukkan pengurusan wakaf yang bagus dimana dalam aspek pembangunan harta wakaf mereka bekerjasama dengan pihak yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut iaitu WARESS. WARESS sentiasa mempastikan semua aktiviti hartanahnya adalah menepati kehendak syariah. Bentuk aset yang diakui oleh syariah adalah seperti perumahan atau apartmen, ruang pejabat, taman industri/perniagaan dan kedai runcit. Bertitik tolak dari asas ini, WARESS membangunkan kegiatan hartanah dan pelaburannya. Salah satu dari kejayaan besar WARESS adalah menerbitkan S$25 juta Bon Musyarakah bagi membeli sebuah bangunan di 11 Beach Road bagi menggantikan 20 tanah wakaf MUIS yang berada di kawasan yang tidak berpotensi dan berada di luar zon perdana pembangunan. Majlis Fatwa Singapura telah membenarkan penukaran tanah wakaf yang tidak berpotensi kepada wakaf yang lebih berpotensi tinggi dilakukan. Bon ini merupakan bon Islam pertama diwujudkan di Singapura bagi membeli bangunan pejabat 6 tingkat yang berharga S$31.5 juta atau S$919 kaki persegi. Bon ini menggunakan dua prinsip iaitu Musyarakah (partnership) dan Ijarah (leasing). MUIS telah mengadakan perjanjian perkongsian dengan pihak pelabur bon untuk membeli bangunan tersebut dengan berkongsi untung dan rugi. Pihak MUIS menyumbang sebanyak S$9 juta, manakala pihak pelabur bon sebanyak S$25 juta, iaitu sumbangan modal dan perkongsian untung mengikut nisbah 26.5 peratus (MUIS) dan 73.5 peratus (pelabur) (Fazlur Rahman Kamsani, DTZ Debenham Tie Leung, 2005).
Menurut kajian oleh Puad, Rafdi et al. (2014) dalam kajian di Majlis Agama Islam Selangor mendapati bahawa masih terdapat kakitangan yang kurang professional dan kekurangan latihan. Ini adalah kerana tahap pengetahuan yang luas, kemahiran yang tinggi serta etika profesional membantu dalam kejayaan pengurusan wakaf. Alina (2011) telah membincangkan isu ini dan menyatakan bahawa struktur pengurusan wakaf Malaysia menghadapi isu ejensi yang serius. Ini adalah kerana menurut beliau, MAIN bukan sahaja mengurus malah dalam masa yang sama mengawal selia wakaf. Penulis ini berpendapat bahawa untuk menjadikan pengurusan lebih efektif, perlu kepada pemisahan tugas antara mengurus (manage) dan mengawal selia (regulate).
Dengan kata yang lain, pengurusan harta wakaf perlu diserahkan kepada pengurus yang professional dan bukannya diserahkan kepada MAIN semata-mata. Bagi institusi wakaf yang ditadbir sendiri pula, gaya pengurusan dan tadbir urus adalah berbeza dari gaya pengurusan MAIN.
Maka, penyelarasan pengurusan dan tadbir urus perlu dijalankan agar lebih seragam dan memudahkan keputusan dilaksanakan. Penyelarasan in adalah untuk mengelakkan penindihan peranan yang mungkin boleh menimbulkan salah faham dan kerugian sumber ekonomi terutamanya dalam pengurusan kewangan dan pembangunan harta wakaf. Mempunyai pengurusan dan pelaporan yang selaras akan meningkatkan lagi potensi dalam pembangunan wakaf.
METODOLOGI
Kaedah analisis yang digunakan dalam kajian ini analisis secara diskriptif menggunakan data sekunder data kewangan MAIN. Maklumat diperolehi daripada artikel ilmiah, jurnal dan juga maklumat-maklumat yang diperolehi daripada laman web. Data kewangan MAIN diperolehi daripada penyata kewangan MAIS dan MAIDAM dalam tempoh lima tahun bermula tahun 2009 hingga 2013. Penyata kewangan MAIS diperolehi di portal rasmi MAIS manakala penyata kewangan MAIDAM diperolehi daripada Penyata Kewangan MAIDAM bagi tahun berakhir 31 Disember setiap tahun bermula tahun 2009 hingga tahun 2013.
Kajian ini membuat pemilihan elemen yang berkaitan dengan pendedahan pelaporan kewangan dengan merujuk kepada kajian lepas oleh Anna (2015). Kajian ini juga menggunakan kaedah analisis kandungan (content analysis) dengan menganalisis tujuh elemen pendedahan harta wakaf iaitu bentuk wakaf, syarat berkaitan wakaf, pengurusan dan pentadbiran wakaf, kawalan pajakan harta wakaf, aplikasi bentuk pelaburan dalam pembangunan harta wakaf bagi menjana pendapatan (mudharabah, bai’ bithamanil ajil, dan musyarakah), penyelenggaraan,
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
47
pengubahsuaian dan penggantian wakaf dan istibdal. Seterusnya kajian ini melakukan analisis kandungan dengan membandingkan dua bentuk pelaporan kewangan oleh MAIS dan MAIDAM untuk mengkaji kemungkinan kesan pendedahan pelaporan kepada pihak pemegang taruh dalam aspek jumlah wang wakaf yang dilaburkan dalam pelaburan mudarabah jangka pendek dan istibdal4.
HASIL KAJIAN
Berdasarkan Jadual 1, dapatan yang diperolehi menunjukkan terdapat lima elemen pelaporan bagi wakaf yang kerap didedahkan oleh MAIS dalam tempoh lima tahun. Elemen yang kerap didedahkan adalahbentuk-bentuk wakaf, syarat berkaitan wakaf, pengurusan dan pentadbiran wakaf, istibdaldan aplikasi bentuk pelaburan dalam pembangunan harta wakaf bagi menjana pendapatan (mudharabah, bait bitamal ajil, musyarakah) dengan peratusan 100 peratus.
Hasilkajian ini mendapati dua elemen yang tidak didedahkan, 0 peratus iaitu elemen kawalan pajakan harta wakaf dan penyelenggaraan, pengubahsuaian dan penggantian wakaf. Peratusan keseluruhan bagi tahun 2009 hingga 2013 adalah 73 peratus.
Indeks pelaporan pendedahan wakaf MAIS: Berdasarkan Jadual 1, nilai indeks yang dikaji menunjukkan laporan kewangan MAIS mempunyai pengurusan wakaf yang cekap, telus dan akauntabiliti. Namun begitu, peratusan keseluruhan untuk tahun 2009 hingga 2013 adalah sama iaitu 73 peratus. Ini menunjukkan, laporan kewangan MAIS tiada perubahan kearah pendedahan pelaporan kewangan yang lebih baik dari segi inovasi dan kepelbagaian. Sepatutnya pelaporan kewangan ini bertambah baik dari semasa ke semasa bagi menarik orang ramai untuk membaca laporan kewangan serta menggalakkan mereka untuk menyumbang kepada masyarakat yang tidak berkemampuan. Selain itu, dengan adanya pelaporan yang lebih baik dan telus akan lebih meyakinkan orang ramai untuk terus menderma kerana mereka dapat lihat aktiviti yang telah dijalankan oleh MAIS.
Indeks pelaporan pendedahan wakaf MAIDAM: Berdasarkan nilai indeks di Jadual 1, dapatan menunjukkan terdapat dua elemen yang kerap didedahkan dalam tempoh lima tahun oleh MAIDAM iaitu prinsip peraturan wakaf dan aplikasi bentuk pelaburan dalam pembangunan harta wakaf (mudharabah, bai’ bithaman ajil dan musyarakah) dengan peratusan 100 peratus. Selain itu, elemen pengurusan dan pentadbiran wakaf mewakili 83 peratus tidak mendedahkan bayaran kepada penerima manfaat didalam penyata kewangan. Namun begitu, MAIDAM telah menyerahkan penyata kewangan kepada pihak audit, mempertahankan hak wakaf, mengawalselia harta wakaf serta jika terdapat sebarang perubahan berhubung dengan harta wakaf mestilah melalui institusi kewangan. Disamping itu, MAIDAM juga tidak menggadaikan harta wakaf untuk menjelaskan hutang.
Hasil kajian ini menunjukkan MAIDAM tidak mendedahkan elemen penyelenggaran, pengubahsuaian dan penggantian harta wakaf dengan peratusan 50 peratus. Berdasarkan laporan kewangan, pihak MAIDAM tidak mempunyai peruntukan terhadap penggantian harta wakaf dan hanya menyediakan peruntukan untuk penyelenggaraan harta wakaf sahaja. Kajian ini juga mendapati, bentuk-bentuk wakaf, kawalan pajakan harta wakaf dan istibdal tidak diberi pendedahan dalam laporan tahunan kewangan MAIDAM. Hasil kajian ini mendapati MAIDAM mempunyai peratusan indeks pelaporan pendedahan yang sama bagi tempoh lima tahun dengan peratusan keseluruhan 53 peratus dimana MAIDAM juga menunjukkan tiada perubahan kearah pendedahan pelaporan kewangan yang lebih baik dari segi inovasi dan kepelbagaian. Dengan pendedahan pelaporan yang mencukupi ia dapat menarik pemegang taruh dan orang ramai untuk membaca laporan kewangan serta mempertingkatkan kenyakinan orang ramai terhadap MAIDAM.
4 Istibdal bermaksud menjual apa yang kurang atau telah hilang hasil atau pendapatan daripada mawquf dan membeli apa yang lebih baik daripadanya serta menjadikannya sebagai ganti.
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
48
Jadual 1: Perbandingan Pelaporan Pendedahan wakaf oleh MAIS dan MAIDAM
No. Elemen Pendedahan
MAIS MAIDAM
2009 2010 2011 2012 2013 2009 2010 2011 2012 2013 1 Bentuk-bentuk wakaf
Kumpulan Wang Wakaf (Hartanah, loji dan peralatan) - aset tetap 1 1 1 1 1 0 0 0 0 0
Wang Wakaf Khas - asets semasa 1 1 1 1 1 0 0 0 0 0
Peratusan 100% 100% 100% 100% 100% 0% 0% 0% 0% 0%
2 Syarat berkaitan wakaf 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1
Peratusan 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100%
3 Pengurusan dan pentadbiran wakaf
Penyerahan laporan kewangan kepada pihak audit 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1
Bayaran kepada penerima manfaat 1 1 1 1 1 0 0 0 0 0
Mempertahankan hak wakaf (perbelanjaan wakaf) 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1
Pengawal seliaan harta wakaf 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1
Sebarang perubahan dalam harta wakaf mestilah melalui Institusi Kewangan Islam
1 1 1 1 1 1 1 1 1 1
Tidak boleh menggadaikan harta wakaf menjelaskan hutang 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1
Peratusan 100% 100% 100% 100% 100% 83% 83% 83% 83% 83%
4 Kawalan pajakan harta wakaf
Kadar sewaan mengikut harga semasa 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Dokumen sokongan pajakan wakaf (borang kebenaran) 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Peratusan 0% 0% 0% 0% 0% 0% 0% 0% 0% 0%
5 Aplikasi bentuk pelaburan dalam pembangunan harta wakaf bagi menjana pendapatan (mudharabah, bait bitamal ajil, musyarakah)
1 1 1 1 1 1 1 1 1 1
Peratusan 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100%
6 Istibdal 1 1 1 1 1 0 0 0 0 0
Peratusan 100% 100% 100% 100% 100% 0% 0% 0% 0% 0%
Peratusan Keseluruhan 73% 73% 73% 73% 73% 53% 53% 53% 53% 53%
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
49
Jadual 2: Implikasi Pelaporan Pendedahan wakaf MAIS dan MAIDAM
Tahun MAIS MAIDAM
Pelaburan (RM)
% Perubahan
Istibdal % Perubahan
Pelaburan (RM)
% Perubahan
Istibdal 2009 14,200,000
(29%)
2,364,978 (24%)
2,335,961
(5%) nil
2010 11,900,000 (24%)
-8.81 2,335,818 (23%)
-0.62 11,519,893 (23%)
66.28
nil 2011 4,300,000
(9%)
-46.91 1,833,420 (18%)
-12.05 12,215,641 (24%)
2.93
nil 2012 7,550,000
(15%)
27.42 1,720,019 (17%)
-3.19 12,258,667 (24%)
0.17
nil 2013 11,250,000
(23%)
19.68 1,734,917 (17%)
0.43 12,510,795 (25%)
1.01
nil
Jumlah 49,200,000 9,989,152 50,840,957
Purata 9840000 -0.02 1997830 -0.03 10168191 0.17
Nota: nilai dalam kurungan adalah peratusan nisbah pelaburan dan Istibdal bagi lima tahun.
Merujuk Jadual 2, dapatan menunjukkan kepada dua elemen yang kerap didedahkan dalam tempoh lima tahun oleh MAIS iaitu prinsip peraturan wakaf dan aplikasi bentuk pelaburan dalam pembangunan harta wakaf (mudharabah, bai’ bithaman ajil dan musyarakah) dan istibdal dengan peratusan 100 peratus. Berdasarkan laporan tahunan MAIS menunjukkan nilai pelaburan pada tahun 2010 (RM11,900,000) dan tahun 2011 (RM4,300,000) menunjukkan penurunan yang agak ketara. Namun demikian, bermula pada tahun 2012 menunjukkan peningkatkan yang baik sebanyak RM7,555,000 dengan nisbah 15 peratus dan pada tahun 2013 berlaku perubahan peningkatan sebanyak RM11,250,000 dengan nisbah pelaburan sebanyak 23 peratus. Purata keseluruhan pelaburan MAIS disepanjang 5 tahun tersebut adalah sebanyak RM9,840,000.
Seterusnya, berdasarkan nilai pelaburan yang didedahkan oleh MAIDAM menunjukkan peningkatan yang konsisten disepanjang 5 tahun tersebut iaitu pada tahun 2009 (RM2,335,961) sehingga 2013 (RM12,510,795). Peningktan ini menunjukkan MAIDAM membuat pelaburan yang efektif melalui dana wakaf yang diperolehi dengan nisbah dari 5 peratus (2009) sehingga 25 peratus (2013), ini menunjukkan pengurusan pelaburan yang baik oleh MAIDAM.
Bagi Istibdal pula, berdasarkan laporan MAIS menunjukkan harta wakaf yang telah diistibdalkan telah menurun dari tahun 2009 (RM2,364,978) sehingga tahun 2012 (RM1,720,019).
Namun, pada tahun 2013 mula meningkat sebanyak RM1,734,917 dengan nibah 17 peratus.
Namun, penurunan hasil Istibdal ini bukan disebabkan kerugian atau sebaliknya disebabkan oleh nilai pasaran harga tanah tersebut. Namun demikian, bagi MAIDAM pula tidak terdapat maklumat laporan kewangan bagi nilai Istibdal ini adalah disebabkan MAIDAM tidak mengurus harta wakaf yang diistibdalkan kerana telah pengambilan tanah wakaf oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN).
Merujuk kepada sejarah MAIDAM, di Terengganu keterlibatan tanah wakaf dengan pengambilan tanah oleh pihak kerajaan bermula sejak tahun 1951 lagi (Mohd Afandi Mat Rani, 2008).
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
50
1 2 3 4 5
Pelaburan MAIS -8.81% -46.91% 27.43% 19.68%
Istibdal MAIS -0.62% -12.05% -3.19% 0.43%
Pelaburan MAIDAM 66.28% 2.93% 0.18% 1.02%
Istibdal MAIDAM 0 0 0 0 0
-60.00%
-40.00%
-20.00%
0.00%
20.00%
40.00%
60.00%
80.00%
peratus
Rajah 1: Peratus perubahan terhadap pelaburan dan Istibdal MAIS dan MAIDAM
Berdasarkan Rajah 1, menunjukkan peratus perubahan terhadap pelaburan dan Istibdal bagi MAIS dan MAIDAM. Melihat kepada trend kenaikan peratus pelaburan MAIS bermula dari negatif 8.81 peratus kepada 27.43 (2012) dan 19.68 (2013). Menunjukkan MAIS berjaya menambahbaik pelaburan wakaf dalam tempoh 5 tahun ini. Bagi istibdal pula MAIS juga menunjukkan trend peratusan meningkat yang agak kecil iaitu 0.43 peratus pada tahun 2013 dan purata keseluruhan peratus perubahan adalah 0.03. Manakala, bagi MAIDAM pula peratus perubahan pelaburan menunjukkan trend penurunan dari segi peratusan perubahan dari tahun 2009 (66.28%) sehingga 2013 (1.02%), walaupun nilai pelaburan MAIDAM meningkat tetapi jumlah peningkatan adalah dalam peratusan yang kecil disebabkan itu kita dapat lihat graf bagi pelaburan MAIDAM menurun.
Bagi istibdal pula tidak dapat dikenalpasti disebabkan maklumat berkitan dengan transaksi istibdal tidak terdapat dalam laporan kewangan MAIDAM.
Kesimpulan, hasil kajian ini mendapati MAIS mempunyai peratusan perubahan yang baik dalam pelaporan kewangan untuk elemen pelaburan bagi tempoh lima tahun dengan peratusan bagi tahun terakhir 2013 adalah 19.68 peratus. Peningkatan ini menunjukkan kesan dari pelaporan kewangan yang dapat menarik pemegang taruh untuk terus berwakaf. Selain itu, MAIDAM juga menunjukkan perubahan ke arah pendedahan pelaporan kewangan yang lebih baik dari segi inovasi dan kepelbagaian. Namun begitu, MAIDAM masih perlu meningkatkan lagi pengurusan harta wakaf agar lebih kukuh serta dapat memberi manfaat kepada institusi tersebut. Dengan pendedahan pelaporan yang mencukupi ia dapat menarik pemegang taruh dan orang ramai untuk membaca laporan kewangan serta mempertingkatkan kenyakinan orang ramai terhadap MAIDAM begitu juga dengan MAIS.
PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI DASAR
Elemen asas wakaf: Pendedahan pelaporan kewangan adalah penting dalam sesebuah oraganisasi sama ada yang berasaskan keuntungan dan bukan berasakan keuntungan seperti MAIN. Dalam hal ini, melihat kepada hasil kajian mendapati bahawa masih terdapat kekurangan pendedahan dalam elemen asas wakaf. Dimana, elemen asas wakaf ini terdiri daripada tiga bentuk wakaf iaitu wakaf am, wakaf khas dan wakaf tunai.
Merujuk kepada hasil kajian MAIDAM mendedahkan wakaf am dan wakaf khas di dalam laporan kewangan mereka tetapi diasingkan dari kunci kira-kira. Ini adalah kerana mereka mewujudkan nota penjelasan harta wakaf yang menerangkan dengan lebih jelas tentang wakaf am
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
51
dan akaf khas. Namun begitu, mereka hanya meletakkan anggaran nilai tanah tersebut tanpa memberi maklumat yang jelas tentang aktiviti yang dilaksanakan keatas tanah tersebut. Manakala, didapati penyata kewangan MAIS mereka mendedahkan hanya wakaf khas sahaja dan memberi pendedahan yang jelas dan terperinci bagi setiap aktiviti yang telah dilaksanakan seperti urusan terimaan dan pembayaran bagi saham wakaf khas dan istibdal. Namun begitu, MAIS tidak memberi pendedahan mengenai wakaf tunai dan wakaf am.
Kesimpulannya, kedua-dua institusi wakaf ini perlu mendedahkan laporan kewangan berkenaan ketiga-tiga bentuk wakaf tersebut (selari dengan pengurusan wakaf di PWS) kerana maklumat ini adalah penting kepada pemegang taruh. Melihat kepada laporan yang dibuat oleh kedua-dua negeri ini menunjukkan usaha yang bagus, namun demikian penambaikkan dari segi pendedahan maklumat wakaf perlu lebih mendalam terutamanya wakaf am dan wakaf tunai. Ini kerana, pada era globalisasi ini wakaf am adalah penting untuk meningkatkan ekonomi umat islam terutamanya dari segi pembangunan. Selain itu, wakaf tunai juga turut memainkan peranan penting bagi meningkatkan penjanaan terhadap wakaf am dan juga wakaf khas. Oleh yang demikian, pihak MAIN perlu memberi penekanan kepada setiap negeri mengenai pendedahan wakaf ini.
Aplikasi bentuk pelaburan dalam pembangunan harta wakaf bagi menjana pendapatan:
“Wakaf adalah antara pelaburan berpotensi yang boleh dikembangkan untuk membiayai pelbagai aktiviti ekonomi untuk kepentingan masyarakat. Sifat semula jadi wakaf menjadikannya satu platfom yang sangat berkesan untuk kemampanan pertumbuhan ekonomi," petikan kata Encik Muzaffar selaku Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic Berhad. Wakaf ialah amalan menyerahkan harta wakaf kepada pihak pentadbir bagi tujuan amal dan kepentingan umum, tetapi apa yang tidak ada dalam pasaran hari ini ialah wakaf secara komersial. Maka dapat dilihat usaha MAIS dan MAIDAM dalam menjana harta wakaf melalui pelaburan di dalam bentuk yang berbeza.
Namun demikian, MAIS dan MAIDAM perlu memperkasakan lagi aktiviti pelaburan wakaf mengembangkan ekonomi umt Islam. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank Badlisyah Abd Ghani, untuk menempatkan wakaf dalam pasaran kewangan, perlu ada rangka kerja undang-undang yang kondusif yang akan membolehkan pemerbadanannya dengan secara efektif.
Sekiranya kita ada undang-undang ini, akan datang wakaf boleh menjadi komponen pasaran kewangan Islam yang lebih besar, seperti di era kegemilangan tamadun peradaban Islam sebelum ini. Selain itu, bagi membentuk rangka kerja undang-undang itu, perlu ada dialog antara kerajaan persekutuan dan negeri kerana undang-undang berkaitan wakaf ketika ini berada di bawah bidang kuasa MAIN.
Istibdal: Istibdal ditakrifkan sebagai proses menjual aset wakaf dan membeli yang baru untuk memaksimunkan kepentingan wakaf. Istibdal dijalankan dengan membeli harta benda yang baru menggantikan harta wakaf yang hancur. Jika harta wakaf itu tidak memberi faedah. Dalam penyata kewangan MAIS istibdal dinyatakan secara berasingan daripada wakaf lain dan diletakkan dalam kun kira-kira sebagai liabilii semasa. Dalam laporan kewangan MAIS menyatakan bahawa penggantian harta wakaf yang dibuat mestilah mepunyai nilai yang sama atau melebihi nilai harta wakaf tersebut. ini menunjukkan MAIS mematuhi salah satu syarat AAOFI. MAIDAM pula tidak mendedahkan dalam laporan kewangan. Namun demikian, bagi negeri Terengganu bagi pengurusan Istibdal tanah-tanah wakaf diambil alh oleh PBN.
KESIMPULAN
Melihat kepada keseluruhan pelaporan kewangan bagi MAIS dan MAIDAM kedua-dua negeri telah berjaya memberi satu pelaporan pengurusan wakaf yang baik dan berkesan. Namun demikian, MAIN perlu mempunyai pelaporan yang seragam bagi meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam laporan kewangan tersebut. Selaras dengan tujuan kajian ini iaitu untuk mengkaji aspek pengurusan perakaunan institusi wakaf di Malaysia serta mengkaji sama ada amalan pendedahan perakaunan pelaporan kewangan oleh institusi wakaf adalah mencukupi dan memadai untuk memuaskan hati pihak pemegang taruh. Disamping itu, kajian ini juga turut melihat kesan dari amalan pelaporan kewangan oleh kedua-dua negeri iaitu berdasarkan kepada peningkatan dan penurunan dalam
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
52
pelaburan dan istibdal. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat dijadikan sumbangan kepada pihak penggubal undang-undang dalam menetapkan standard terhadap perakaunan dan pelaporan wakaf.
Di samping itu, kajian ini juga diharapkan dapat meningkatkan akauntabiliti institusi wakaf dalam memenuhi kehendak pemegang taruh dan seterusnya di harapkan dapat meningkatkan keyakinan orang ramai untuk terus menyokong organisasi ini.
RUJUKAN
Anna Che Azmi (2015), The Sharia Compliance of Financial Reporting Practises: A Case Study on Waqf ,
Fazlur Rahman Kamsani dan DTZ Debenham Tie Leung. (2005). Islamic Real Estate Finance and Middle East Opportunities. Presentation at REDAS Seminar ‘Construction and Property Prospects 2005, Orchard Hotel, Singapore, 11 Jan 2005.
Hidayatul Ihsan & Muhammad Ahyar Adnan. (2011), Waqf Accounting and The Construction of Accountability. Humanomics Journal, 27(4), 252–269.
Hidayatul Ihsan & Shahul Hameed (2011), Waqf Accounting and Management in Indonesia Waqf Instittutions: The Cases of Two Waqf Institutions, Humanomics, 27(4), 252- 269
Puad, N. A. M., et al. (2014). Issues and challenges of Waqf instrument: A case study in MAIS.
Conference of Management and Muamalah (CoMM 2014) Synergyzing Knowledge On Management And Muamalah.
Rohana Othman & Azlan Mohd Thani (2010), Islamic Social Reporting Of Islamic Companies in Malaysia, International Bussiness & Economics Research Journal, 9(4), 135-144.
Tunku Alina Bte Raja Muhd. (2011). Unleashing the Potential of the Waqf as an Economic Institution in Malaysia,(Kuala Lumpur: INCEIF University Ph. D Thesis, 2011)