KLUSTER SOSIAL KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PERAYAAN CHAP GOH MEI
SEMASA TEMPOH
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)
26 FEBRUARI 2021
1 Dikemaskini pada 19 Februari 2021
Arahan Tetap
Merangkumi
Tarikh AktivitiKeagamaan
Pada 26 Februari 2021
(1 hari)
Kapasiti Kehadiran di Rumah Ibadat Bukan Islam
Tidak melebihi 50%
daripada saiz ruang rumah ibadat
Tanggungjawab • JK Pengurusan Rumah Ibadat
• Tuan rumah
• Peraturan 16 P.U.(A) 65/2021
• Tertakluk kepada ketetapan yang dikeluarkan oleh MKN serta pertimbangan Kerajaan Negeri dan Kementerian Wilayah Persekutuan bagi rumah ibadat di Wilayah Persekutuan.
• Arahan, peraturan dan SOP di bawah Kementerian / Jabatan / Agensi
• Lain- lain arahan dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan
Aktiviti Penerangan Ringkas Kawasan yang
terlibat
Sabah, Pahang, Negeri Sembilan, Terangganu, Kelantan, Perak, Melaka, Kedah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya
Aktiviti keagamaan
Aktiviti di rumah ibadat bukan Islam DIBENARKAN dengan had kehadiran tidak melebihi 50% daripada saiz ruang rumah ibadat dan tertakluk kepada ketetapan MKN dan pertimbangan Kerajaan Negeri dan Kementerian Wilayah Persekutuan bagi rumah ibadat di Wilayah Persekutuan.
Tarikh dan lokasi aktiviti sembahyang
Aktiviti sembahyang pada tarikh 26 Februari 2021 DIBENARKAN di Rumah Ibadat Bukan Islam. Aktiviti sembahyang juga dibenarkan di halaman rumah masing-masing tetapi tidak boleh melepasi kawasan halaman rumah.
Aktiviti pemantauan
Pemantauan pematuhan SOP akan dipantau oleh Pegawai-Pegawai Perpaduan yang telah dilantik dibawah Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].
AKTIVITI DAN PROTOKOL KEAGAMAAN / SEMBAHYANG CHAP GOH MEI DI RUMAH IBADAT DAN DI HALAMAN RUMAH MASING-MASING DALAM TEMPOH PKPB
▪ Aktiviti keagamaan di Rumah Ibadat Bukan Islam dan di halaman rumah kediaman.
2
Semua aktiviti dibenarkan kecuali
▪ Senarai Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan seperti berikut:
a) Perarakan
b) Bersalaman dan bersentuhan
KLUSTER SOSIAL KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Dikemaskini pada 19 Februari 2021