• Tidak ada hasil yang ditemukan

KOLEKSI MUZIUM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "KOLEKSI MUZIUM"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

PENGURUSAN KONSERVASI KOLEKSI TEMBAGA

DI

MUZIUM ADAT-ISTIADAT DIRAJA NEGERI KELANTAN.

Mohamad Zulhafizuddin Bin Aziz

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)

2013

(2)

hl.t

Khidmat Maklumat Akaol' nil<:

UNlVERSITI MALAYSlA ' {A ..

PENGURUSAN KONSERV ASI KOLEKSI TEMBAGA DI MUZIUM ADAT­

ISTIADA T DIRAJA NEGERI KELANTAN.

MOHAMAD ZULHAFIZUDDIN BIN AZIZ 26914

Projek ini merupakan salah satu keperluan Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK

2013

(3)

UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK

BORANG PENGESAHAN PENULISAN

JUDUL: PENGURUSAN KONSERV ASI KOLEKSI TEMBAGA DI MUZIUM ADAT-ISTIADAT DIRAJANEGERI KELANTAN

SESI PENGAJIAN : 2012/2013

Saya MOHAMAD Zl1LHAFIZUDDIN BIN AZIZ

Mengaku membenarkan tesis/Laporan* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja

3. _ Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis/ laporan ini sebagai pertukaran bahan antara institusi pengajian tinggi

5. **sila tandakan ( -V )

D

SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKT A

RASMII972)

D

TERHAD (mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)

I2J

TIDAK TERHAD

Tanoatangan ~enyelia

-

Tarikh: \

I1t / b /'),,0\ ~

Tarikh:

l q I G {20 J3

Alamat Tetap:

Tandat~liS

D/A KEDAl FARIDAH KAMPUNG MORAK, 16040 TUMPAT,

KELANTAN.

Catatan: *Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Saljana dan SaIjana Muda Jika TesisiLaporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasal organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesisllaporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

ii

(4)

PENGAKUAN

Projek bertajuk " PENGURUSAN KONSERVASI KOLEKSI TEMBAGA 01 MUZIUM AOAT-ISTIAOAT OIRAJA NEGERI KELANTAN" telah disediakan oleh Mohamad ZulhaflZuddin Bin Aziz dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni).

Diterima untuk diperiksa oleh:

(DR NORIA TUGANG)

Tarikh:

19 ~6fUJ/3

1

iii

(5)

PENGHARGAAN

Alhamdullillah syukur ke hadrat Illahi dengan berkat usaha dan bantuan dari semua pihak, akhirnya penyelidikan "Pengurusan Konservasi Koleksi Tembaga Oi Muzium Adat­

Istiadat Negeri Kelantan" beIjaya disempurnakan.

Penyelidikan ini merupakan sebahagian dari syarat untuk bergraduat di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bagi memenuhi keperluan Ijazah SaIjana Muda Seni Gunaan Pengurusan Seni dan telah dilaksanakan dengan jayanya. Kejayaan untuk menyiapkan kajian ini bukanlah kejayaan saya seorang sahaja malah melibatkan ban yak pihak yang banyak membantu sarna ada secara langsung atau tidak langsung.

Sel1Ubungan dengan itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia saya, Dr. Noria Tugang, yang tidak jemu-jemu memberikan nasihat serta dorongan dan semangat kepada saya untuk menyiapkan kajian saya ini. Tanpa bantuan dan tunjuk ajar dari beliau sudah tentu kajian ini tidak mampu disiapkan sepenuhnya. Segala jasa dan pengorbanan beliau amat dihargai.

Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya iaitu Aziz Bin Jaafar dan Wan Hasmah Binti Wan Mat yang telah banyak membantu dari pelbagai aspek termasuk melaburkan wang ringgit semata-mata untuk melihat anak lelakinya ini berjaya dalam menyiapkan penyelidikan ini. Selain itu, tidak lupa juga kepada semua adik beradik dan ternan.. istimewa dalam memberikan semangat dan peransang kepada saya. J asa kalian tidak akan dilupakan dan akan dikenang hingga ke akhir hayat. Kalianlah nadi kehidupan

iv

(6)

dan sumber inspirasiku. Tidak ketinggalan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Pusat Perkhidmatan Maklumat Akademik (CAIS) UNIMAS, Pustaka Negeri Kelantan, dan pihak Perbadanan Muzium Negeri Kelantan iaitu En. Mohd Aluwi Bin Che Ali, En. Wan Jaafar Bin Wan Yusof, Pn. Zuhaimi Binti Mohd Zain dan En. Wan Azman Bin Jamaluddin yang merupakan informan saya.

Buat rakan-rakan seperjuangan Program Pengurusan Seni (2010-2013) terutamanya, Mohd Aidil Fazuwa yang telah memberikan idea dan saling membantu di dalam setiap masalah yang dihadapi, terima kasih diucapkan. Kenangan kita bersama tidak akan dilupakan.

Akhir sekali, setinggi-setinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam menyiapkan kajian "Pengurusan

Konserva~i Koleksi Tembaga Oi Muzium Adat-Istiadat Negeri Kelantan". Tanpa kerjasama anda semua pastinya kajian ini tidak berjaya.

Sebelum saya mengundur diri, izinkan saya memohon maaf seandainya terdapat sebarang kesilapan sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Yang baik itu datang dari-Nya dan yang buruk itu datang dari saya sendiri.

v

(7)

fusat Kbidm:lt Ma uOJat aDi'miK UNIVERSm MALAYSIA SARAWAK

JADUAL KANDUNGAN

Muka surat

PENGHARGAAN iii

JADUAL KANDUNGAN v

ABSTRAK - V1l1

ABSTRACT IX

PET A NEGERI KELANTAN X

BABSATU:PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

1.2 Pennasalahan Kajian 3

1.3 Hipotesis 3

1.4 Objektif 4

1.5 Skop Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Limitasi Kajian 6-7

BAB 2: SOROTAN KESUSA TERAAN

2.1 Pengenalan 8

2.2 Sejarah Negeri Kelantan 8-9

2.3 Latar Belakang Negeri Kelantan 10

2.4 Sejarah Bandar Kota Bharu 11-12

2.5 Latar Belakang Muzium Adat Istiadat Diraja N egeri Kelantan 13 2.6 Lokasi Muzium Adat Istiadat Diraja Negeri Kelantan 14

2.7 Konsevasi 15-16

2.8 Restorasi 17

2.9 Definisi Muzium 18-19

vi

1-2

(8)

I

3.0 Peranan Konservator 20

3.1 Kaitan Dari Segi Pengurusan Konservasi 21-24

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 25

3.Z Reka Bentuk Kajian 26

3.3 Kaedah Kajian 27

3.4 Sumber Data 27

3.4.1 Kajian Keperpustakaan 27-28

3.4.2 Kajian Kerja Lapangan 29

3.4.2.1 Kualitatif 30

3.5 Proses Kajian Tinjauan 30-31

3.6 Kaedah Pengumpulan Data 32

3.7 Kaedah Analisa Data 32

BAB 4: ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 33

4.2 Analisa Data 34

4.2.1 Temuramah 34

4.2.2 Pengurusan Muzium 35-36

4.2.3 Prosedur Pengurusan Koleksi 37-46

4.2.4 Pemeliharaan Koleksi 47-50

4.2.5 Ancaman Kerosakan Koleksi Tembaga 51-52 4.3 Masalah Yang Dihadapi Dalam Pemeliharaan Koleksi 53 4.4 Langkah Yang Diaplikasikan Dalam Pemeliharaan Koleksi 54-58

4.5 Pemerhatian 59-61

vii

! J

(9)

4.6 Rumusan 62 BAB 5: KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Kesimpulan 63-65

5.3 Cadangan 66-68

5.4 Cadangan Kepada Pengkaji Akan Datang 69,.71 RUJUKAN

Buku

Kamus Tesis Internet LAMPIRAN

Respondan

viii

l

(10)

,

ABSTRAK

Kajian ini adalah berkaitan pengurusan konservasi koleksi Tembaga yang telah dijalankan di Muzium Adat-Istiadat negeri Kelantan. Pengurusan merupakan aspek yang penting dalam memelihara koleksi agar sentiasa berada dalam keadaan baik. Kajian ini

dilakukan untuk meneliti secara lebih mendalam tentang kaedah-kaedah, serta prosedur yang telah telah ditetapkan dalam proses pemeliharaan koleksi Tembaga. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pengurusan yang melibatkan perancangan dan pelaksanaan

yang berterusan oleh pihak Muzium Adat-Istiadat Negeri Kelantan berdasarkan prosedur pengurusan koleksi merupakan pelindung utama kepada kestabilan setiap koleksi. Secara keseluruhannya, kajian ini dapat digunakan sebagai rujukan kepada pelbagai pihak terutamanya yang mempunyai kepentingan seperti pelajar dan pengkaji yang akan datang.

ix

I

I

(11)

ABSTRACT

This study is related to the conservation management of the Copper collection was conducted at the Museum customs Kelantan. Management is an important aspect 10 maintaining a collection so as to be in good condition. This study was conducted to examine in more depth about the rules and procedures set forth in the preservation process Copper collection. The findings show that management involves continuous planning and execution by the Museum of Tribal-State Ceremonial based collection management

procedures is key to the protector of stability every collection. Overall, this study can be used as a reference to the various parties who have an interest primarily as students and researchers in the future.

x

(12)

Peta Negeri Kelantan

xi

(13)

BABI PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Menurut Abu Samah (2004) muzium secara umumnya adalah temp at mengumpul, memelihara, mempamerkan bukti kebendaan yang mengaitkannya dengan manusia dan persekitaran.

Pada zaman klasik Yunani Museum turut dikenali sebagai 'a place sacred to the Muse specifically, the great institution for literature and scientific studies built and equipped by ptolomy I at Alexandria, which was virtually a university of Hellesnistic world'.

(www.angelfire.com/mtimuzium/menu.htm)

Muzium yang pertama ditubuhkan adalah di Iskandariah, Mesir pada abad ke 3 sebelum Masihi. Muzium memainkan peranan yang penting sebagai tanda ketamadunan kebudayaan dan kesenian sesebuah masyarakat. Sebagai khazanah ilmu, muzium secara umumnya merupakan tempat "mengumpul, memelihara, mempamerkan bukti kebendaan yang mengaitkannya dengan manusia dan persekitaran".

Pengertian ini diperluaskan lagi oleh Majlis Muzium Antarabangsa (IeOM) sebagai

"Institusi bersifat tetap, tidak mencari keuntungan, memberi khidmat kepada masyarakat dan perlcembangannya, terbuka kepada umum, memperolehi, merawat, menghubungkan dan mempamerkan untuk tujuan pembelajaran, pendidikan dan hiburan, bukti-bukti tinggalan manusia dan persekitarannya". (www.muziumsarawakldefinisimuzium.htm)

1

(14)

Muzium berperanan sebagai wadah atau medium untuk menyampaikan serta mempersembahkan warisan kebudayaan dan kesenian negara yang tidak temilai kepada masyarakat umum khasnya untuk tatapan generasi yang akan datang supaya warisan­

warisan ini tidak len yap mengikut arus permodenan.

Oleh itu, dasar-dasar tertentu yang melibatkan fungsi-fungsi muzium seperti Dasar Perolehan Koleksi, Dasar Penyelidikan, Teknik dan Konsep Pameran, Kaedah Konservasi serta Program Pendidikan dan Pengembangan Permuziuman telah digubal dan menjadi asas panduan kepada pegawai dan kakitangan muzium yang bertanggungjawab menggerakannya.

Kajian yang dilakukan pengkaji adalah untuk mengkaji keberkesanan aktiviti konservasi yang dilakukan oleh pihak Muzium Adat-Istiadat Negeri Kelantan sebagai pusat kajian pengkaji. Selain itu, juga mengkaji permasalahan-permasalahan yang sering dihadapi dalam usaha menjalankan konservasi koleksi seperti kajian awal, teknik dan kaedah yang digunakan, dokumentasi, spesifikasi rawatan bahan, serta aspek lain yang harus diteliti dengan lebih mendalam dalam mengekalkan keadaan asal koleksi-koleksi tersebut.

2

(15)

,....

1.2 Permasalahan Kajian

Permasalahan kajian merupakan persoalan yang ingin dicungkil oleh pengkaji.

Pennasalahan ini cuba dikupas oleh pengkaji dalam kajian ini. Dalam menjalankan kajian ini, terdapat beberapa permasalahan kajian yang diandaikan oleh pengkaji. Antaranya dari segi tiada makmal konservasi di labatan Muzium Negeri Kelantan dan faktor kekurangan tenaga pakar dalam proses pengurusan konservasi.

1.2 Hipotesis

Berdasarkan hipotesis daripada p emerhati an, pemeliharaan yang diambil oleh pihak Muzium Adat dalam memelihara koleksi tembaga didapati berkesan.

pengkaji -Istiadat D

mendapati iraja Negeri

langkah Kelantan

Walaupun demikian, bukan sahaja aspek nilai estetika sahaja yang perlu dipelihara bahkan aspek tempoh hayat dan keadaan fizikal koleksi juga perlu diambil kira dalam memuatkannya untuk pameran.

Walaupun nilai estetika sesuatu objek kesenian mesti dipelihara, tetapi aspek-aspek seperti dari egi visual serta tarikan pengunjung akan koleksi tersebut perlulah juga diambil kira.

3

l

(16)

1.3 Objektif Kajian

Kaj ian ini adalah untuk menjelaskan peranan pihak Muzium Adat Istiadat Diraja Negeri Kelantan di Unit Pemeliharaan tentang corak pengurusan yang diamalkan untuk mengekalkan nilai estetika dan sejarah asal sesuatu koleksi tembaga yang dirawat menggunakan prosedur restorasi atau dikenali sebagai kuratif. Untuk mencapai matlamat ini, terdapat dua objektifkhusus dirangka agar hipotesis kajian dapat diuji iaitu:

1.3.1 Mengenalpasti kaedah pengurusan berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan dalam pemeliharaan koleksi tembaga di Muzium Adat-Istiadat Negeri Kelantan.

1.2.2 Meneliti langkah-langkah yang diaplikasikan oleh pihak muzium dalam usaha pemeliharaan koleksi tembaga di Muzium Adat-Istiadat Negeri Kelantan untuk memastikan koleksi tembaga dapat dipelihara dengan baik untuk generasi yang akan datang.

4

(17)

"1J51t Khi~mat l\faklumat Akademik UMVERSlTl rvl~ LAYSIA SARAWAK

1.4 Skop Kajian

Kajian ini khusus dijalankan di bahagian Unit Konservasi, Muzium Adat Istiadat Diraja Negeri Kelantan sebagai pusat kajian pengkaji. Antara skop kajian utama ialah pengkaji lebih memfokuskan kajian dari segi aspek-aspek konservasi yang dilakukan oleh pihak Muzium Adat Istiadat Diraja Negeri Kelantan. Selain itu, pengkaji turut ingin mengkaji kaedah atau teknik konservasi bahan koleksi dari pelbagai aspek seperti keIja­

keIja penganalisaan, penyelidikan, rawatan dan pemeliharaan koleksi muzium di samping menganalisis keIja-keIja pencegahan kerosakan dan membaikpulih koleksi yang dijalankan.

Kajian ini dibuat juga adalah untuk mendalami permasalahan yang sering dihadapi oleh pihak muzium dari segi mendapatkan peruntukan untuk rawatan konservasi bahan koleksi supaya aktiviti rawatan bahan dapat dijalankan mengikut prosedur yang sepatutnya.

Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui adakah semua peralatan dan kemudahan yang sedia ada mencukupi untuk menjalankan kerja rawatan bahan. Di samping juga untuk menyelidik peranan pihak lain yang turut bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti konservasi ini.

5

(18)

1.5 Kepentingan Kajian

Dengan adanya kajian ini, pengkaji berharap agar hasil kajian yang diperoleh dapat memberi manfaat kepada Muzium Adat Istiadat Diraja Negeri Kelantan dan bahagian­

bahagian Tain yang terlibat agar sistem konservasi mereka lebih teratur dan sistematik.

Selain itu, kajian ini diharap dapat memberi pemahaman yang lebih terperinci, khusus dan jelas kepada masyarakat umum tentang kaedah yang digunakan oleh pihak Muzium Adat Istiadat Diraja Negeri Kelantan di samping berupaya menjadi panduan dan sumber rujukan kepada para penggemar seni, budaya dan warisan yang akan datang terutama dari aspek konservasi.

1.6 Limitasi Kajian

Terdapat limitasi yang mungkin berlaku semasa menjalankan kajian ini. Antaranya kekurangan populasi kajian yang penting dalam bidang kajian menyebabkan maklumat yang diperoleh adalah terhad dan tidak berkembang dengan lebih luas. Malab, sukar untuk -

mendapatkan populasi kajian sehingga perlu mengadakan sesi tertentu untuk berjumpa dengan mereka. Oleh itu pengkaji membuat surat sokongan yang disahkan oleh pihak universiti untuk menjalankan kajian di tempat tersebut.

Masalah dari segi kurangnya sumber rujukan bagi bidang yang dikaji mengenai pengurusan konservasi tembaga. Kebanyakan buku yang telah dikaji adalah berkenaan dengan pengurusan muzium lebih tertumpu kepada muzium luar negara dan kurangnya aktiviti konservasi di Malaysia dibukukan. Contohnya; buku yang digunakan adalah dari penulis luar seperti Preserving What Is Valued: Museums, Conservation, and First Nations oleh Miriam Clavir lebih membincangkan aspek konservasi di luar negara.

6

(19)

,....,---

Muzium Adat Istiadat Diraja Negeri Kelantan yang menjadi lokasi kajian yang dirancang iaitu di Unit Pemeliharaan. Limitasi yang berlaku adalah kurangnya aktiviti konservasi yang dijalankan ke atas koleksi tembaga dan kebanyakannya lebih memelihara koleksi tekstil, keris, dan lain-lain lagi. Hal ini juga mungkin berlaku disebabkan kebanyakan koleksi tembaga yang ada masih dalam keadaan yang baik dan tidak memerlukan proses restorasi.

7

I

(20)

BAB2

SOROTAN KESUSASTERAAN

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji menjalankan kajian literatur atau sorotan kesusasteraan mengenai kajian-kajian lepas untuk memperoleh maklumat yang berkaitan dengan konservasi. Menurut Chua Yan Piaw (2006) dalam bukunya Kaedah Penyelidikan, mendefinisikan kajian literatur sebagai membuat rujukan secara kritikal dan sistematik ke atas dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat, idea, data, dan kaedah memperoleh maklumat, yang berkaitan dengan tajuk kajian yang akan dilaksanakan.

Pengkaji menggunakan pelbagai jenis media cetak dan media elektronik dalam membuat kajian literatur ini antaranya memperoleh data daripada buku, kamus, jurnal, majalah, tesi , dan internet. Maklumat yang dirujuk daripada hteratur ini termasuklah teori, reka bentuk kajian, instrumentasi, prosedur kajian, kaedah pengumpulan data dan dapatan kajian.

2.2 Sejarab Negeri Kelantan

Nama "Kelantan" dikatakan pencemaran daripada perkataan "gelam hutam", iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolarn tanah". Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan serambi mekah pada masa dahulu.

8

(21)

Sejarah awal Kelantan tidak begitu jelas, tetapi temuan arkeologi mempertunjukkan kesan petempatan manusia di zaman prasejarah. Kelantan awal mempunyai perhubungan dengan Empayar Funan, Empayar Khmer, Srivijaya dan Siam. Kira-kira 1411, Raja Kumar, raja Kelantan, membebaskan negeri itu dari Siam. Beliau memakai gelaran Sultan Iskandar Shah apabila memeluk Islam. Kelantan kemudian menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting pada akhir abad ke-15.

Pada ]499, Kelantan menjadi negeri vasal Kesultanan Melaka. Dengan kejatuhan Melaka pada 1511, Kelantan dibahagikan dan diperintah oleh ketua-ketua kecil. Dengan ancaman o]eh Siam pada 1603, kebanyakan ketua kecil Kelantan bemaung di bawah Persekutuan Pattani Besar. Kerajaan pusat di Pattani membahagikan Kelantan kepada 4 wilayah iaitu Kelantan Timur, Kelantan Barat, Legeh dan Ulu Kelantan. Kira-kira 1760, seorang putera raja Kelantan Barat berjaya dalam penyatuan wilayah Kelantan sekarang.

Tidak lama kemudian, pada 1764, Long Yunus iaitu putera raja Kelantan Timur, anak Long Sulaiman beIjaya merampas takhta kerajaan dan mengisytiharkan diri sebagai Raja Kelantan. Walaubagaimanapun, dengan kemangkatannya, Kelantan dipengaruhi oleh Terengganu.

Pada 1800, Raja Muhammad mengisytiharkan diri sebagai sultan pertama Kelantan.

Pada 1812, baginda melepaskan diri daripada pengaruh Terengganu dan menjadi negara ufti Siam yang berasingan. Pada 1820-an, Kelantan merupakan salah satu daripada negeri yang terbanyak penduduk serta termakmur di Semenanjung Tanah Melayu kerana berjaya mengelakkan perang dan pertikaian yang menimpa negeri-negeri di selatan dan barat. Siam terus memainkan peranan yang mustahak di Kelantan pada seluruh abad ke-19.

9

(22)

Oi bawah syarat Petjanjian British-Siam pada 1909, Siam menyerahkan tuntutan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Britain, dan Kelantan menjadi salah satu daripada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah Residen British.

Kelantan merupakan tempat pertama di Malaya yang ditakluk oleh J epun yang menyerangnya pada 8 Disember 1941. Semasa pendudukan Jepun, Kelantan sekali lagi dikawal oleh Siam, tetapi selepas kekalahan Jepun pada Ogos 1945, Kelantan kembali kepada pemerintahan British.

Kelantan menjadi sebahagian Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan

-

bersama-sama dengan negeri lain, mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, Kelantan menjadi salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia.

(http://wupid.umk.edu.my/20 11 lind ex. php/info-kelantanl sej arah -kelantan.html)

2.3 Latar Belakang Negeri Kelantan

Abdul Halim Nasir (1979), menjelaskan bahawa Kelantan terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia di antara garisan lintang 40 32' dan 16' di utara dan garis bujur 101 37' di timur. Di utara ialah Laut China Selatan di mana terdapat pantai lautnya sepanjang 60 batu. Di sebelah barat ialah Negeri Perak dan Negara Thailand, sempadan dengan Negeri Perak terdapat banjaran gunung Titiwangsa. Banjaran gunung inilah yang menjadi benteng atau sempadan yang memutuskan perhubungan lalulintas di antara kedua negeri tersebut.

Luas negeri Kelantan ialah kira-kira 5713 batu persegi. Sebahagian besar muka buminya masih hutan terutamanya di bahagian selatan, timur dan barat. Penduduk­

penduduk negeri Kelantan terdiri dari berbagai bangs a iaitu Melayu, India, Cina dan Siam.

10

(23)

Orang Melayu adalah golongan yang terbanyak iaitu melebihi 90 peratus dari jumlah senua penduduk dan diikuti oleh orang Cina dan India serta Siam, dan sedikit lain-lain bangsa.

Jumlah penduduk di Negeri Kelantan pada tahun 1969 ialah kira-kira 714,943 orang.

Negeri Kealntan terbahagi kepada 10 jajahan pentadbiran iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Putih, Bachok, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.

2.4 Sejarah Bandar Kota Bharu

Kota Bharu merupakan sebuah pusat pemerintahan bagi Negeri Ke1antan. Lahirnya Kota Bham ini kerana ibu negeri yang sebelumnya iaitu Kota Saba selalu dilanda banjir dan runtuh ke daIam Sungai Kelantan. Oleh itu, Almarhum Sultan Muhammad ke-2 (Long Senik) berpendapat pusat pemerintahan patut dipindahkan ke tenpat lain. Pada tahun 1844 baginda telah berkenan mendirikan sebuah istana baru di kawasan yang lebih selamat dari ancaman banjir dan lebih sesuai untuk dijadikan pus at pemerintahan, iaitu kawasan daratan ke timur Sungai Kelantan.

Pada tahun tersebut, baginda telah merasmikan pengisytiharan nama Kota Bharu sebagai ibu negeri Kelantan,mengambil sempena kota yang baru siap itu. Bagi mengelakkan kesamaan nama iaitu Kota Bharu yang sarna dengan nama istana tersebut, Almarhum Sultan Muhammad ke-2 menitahkan supaya nama istana ditukar kepada nama baru iaitu Istana Balai Besar. Dari semenjak pengisytiharan tersebut hinggalah ke tahun 1885,boleh dikatakan kemajuan negeri telah bertambah, keamanan dan perhubungan erat daIam negeri mahupun luar negeri telah tercapai dengan sepenuhnya. Nama negeri Kelantan pada masa itu sentiasa disanjung tinggi oleh seluruh negeri dan negara-negar jiran.

11

..

I

(24)

Sejak terdirinya Istana Balai Besar dan Bandat Kota Bham dalam tahun 844 masihi, rakyatr mula membuat mmah-mmah kediaman dan kampung halamari mereka masing­

masing di sebelah hilir dan hulu kawasan Buluh Kubu atau Dalam Kubu. Lama-kelamaan menjadi perkampungan yang besar. Pada zaman awalnya, Kota Bham mempakan sebuah bandar yang kecil lagi sempit kawasannya. Pada mulanya Kota Bham mempunyai keluasan seluas 10.12 hektar yang dikelilingi oleh parit sebagai kubu dan dipagari pula pokok-pokok buluh. Di dalam kawasan kubu itulah didirikan mmah-mmah kediaman orang betjasa kepada raja dan negeri. Manakala bagi orang biasa pula mendirikan mmah di kawasan sekitarnya.

Bandar Kota Bham berkembang dan maju sejak dari tahun 1903 Masihi apabila satu pentadbiran bam diasaskan. Bagi memastikannya sebagai ibu negeri, mulai tahun 1939 bandar Kota Bham telah diwartakan sebagai sebuah bandar dan ditadbir oleh Lembaga Bandaran Kota Bham, dab pentadbiran ini ditukar kepada Majlis Bandaran Kota Sham pada tahun 1953. Pada tahun 1971 pula Majlis Bandaran Kota Bham talah dimansuhkan dan ditukar kembali ke taraf Lembaga Bandaran Kota Bham. Pada tahun 1978 Lembaga Kota Bham telah dinaikkan tarafnya kepada Majlis Perbandaran Kota Sham (MPKB) sehingga sekarang.

Kini Kota Bham mempunyai masa hadapan yang cerah dengan siapnya lebuhraya Timur-Bli!at (dari Gerik, Perak ke Jeli), petjalanan Kota Bham dengan pantai barat dapat dipendekkan. Penumpuan kerajaan ini ialah untuk memajukan bandar Kota Bham selaras dengan tarafnya sebagai ibu negeri.

12

Gambar

JADUAL KANDUNGAN

Referensi

Dokumen terkait

Kajian yang dijalankan ini sangat penting dalam memberi pengetahuan dan pemahaman yang lebih jelas kepada semua umumnya mengenai perkaitan yang wujud di antara kadar denyutan