• Tidak ada hasil yang ditemukan

pengurusan perolehan koleksi di muzium islam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "pengurusan perolehan koleksi di muzium islam"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM KELANTAN

Siti Norakhma Binti Abd Manah

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)

2015

(2)

PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM KELANTAN

SITI NORAKHMA BINTI ABD MANAH 40225

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Program Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2015

(3)

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa tiada bahagian dalam penyelidikan yang saya jalankan ini telah digunakan sebagai bahagian sokongan untuk keperluan ijazah atau kelulusan sama ada kepada institusi pengajian lain.

_________________________

Siti Norakhma Binti Abd Manah (40225)

(4)

Alexander Anak Chelum

Alexander Anak Chelum

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Grade: _____________

Please tick ()

Final Year Project Report Masters

PhD

DECLARATION OF ORIGINAL WORK

This declaration is made on the ………..day of………..2015.

Student’s Declaration:

I --- (PLEASE INDICATE STUDENT’S NAME, MATRIC NO. AND FACULTY) hereby declare that the work entitled --- is my original work. I have not copied from any other students’ work or from any other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by another person.

___________________ _____________________________

Date submitted Name of the student (Matric No.)

Supervisor’s Declaration:

I --- (SUPERVISOR’S NAME) hereby certifies that

the work entitled --- (TITLE) was prepared by the above named student, and was submitted to the “FACULTY” as a * partial/full fulfillment for the conferment of --- --- (PLEASE INDICATE THE DEGREE), and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student’s work.

Received for examination by: ______________________________ Date: _____________

(Name of the supervisor)

SITI NORAKHMA ABD MANAH, 40225, FACULTY OF APPLIED & CREATIVE ARTS

PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM KELANTAN

Siti Norakhma Abd Manah (40225)

BACHELOR OF APPLIED ARTS WITH HONOURS (ARTS MANAGEMENT)

PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM KELANTAN

(ARTS MANAGEMENT)

(5)

I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick (√)):

CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*

RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organisation where research was done)*

OPEN ACCESS

Validation of Project/Thesis

I therefore duly affirmed with free consent and willingness declare that this said Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and rights as follows:

This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the purpose of academic and research only and not for other purpose.

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the content for the Local Content Database.

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute.

No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS.

This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS permission.

Student signature ________________________ Supervisor signature: ________________

( ) ( ) Current Address:

Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as annexure a letter from the organisation with the period and reasons of confidentiality and restriction.

[The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services]

Lot 317, Kg Kenak, Bunut Susu, 17020, Pasir Mas, Kelantan

(6)

Projek bertajuk “Pengurusan Perolehan Koleksi Di Muzium Islam Kelantan” telah disediakan oleh Siti Norakhma Binti Abd Manah dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni).

Diterima untuk diperiksa oleh:

...

Encik Alexander Anak Chelum Penyelia Program PengurusanSeni

Tarikh:...

(7)
(8)
(9)
(10)
(11)

i

ISI KANDUNGAN

_______________________________________________________________________

HALAMAN

PENGAKUAN

PENGESAHAN

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

BAB 1: PENGENALAN 1.0 Pendahuluan………...1

1.1 Latar Belakang Kajian………..2

1.2 Permasalahan Kajian………5

1.3 HipotesisKajian………5

1.4 Objektif Kajian……….6

1.5 Persoalan Kajian………...6

1.6 Signifikan Kajian………..7

1.7 Skop Kajian………..…9

1.8 Lokasi Kajian………...10

1.9 Kesimpulan………..11

(12)

ii BAB 2: SOROTAN KESUSASTERAAN

2.0 Pendahuluan……….12

2.1 Kesimpulan………...46

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pedahuluan………...47

3.1 Reka Bentuk Kajian………..48

3.2 Kawasan Kajian………....48

3.3 Kerangka Kajian………...49

3.4 Kaedah Pengumpulan Data Primer………...54

3.5 Kaedah Pengumpulan Data Sekunder………..56

3.6 Instrumen Kajian………..57

3.7 Kesimpulan………...59

BAB 4: ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN 4.0 Pendahuluan ………60

4.1 Dapatan Kajian Objektif 1………....62

4.2 Dapatan Kajian Objektif 2………...78

(13)

iii

4.3 Dapatan Kajian Objektif 3………83

4.4 Dapatan Kajian Melalui Pemerhatian ……….89

4.5 Kesimpulan………...91

BAB 5: PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.0 Pendahuluan……… 93

5.1 Perbincangan ………...94

5.2 Penemuan Kajian ………....103

5.3 Cadangan……….106

5.4 Implikasi Kajian ………...108

5.5 Kesimpulan………..110

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

ABRIVIASI

(14)

1 BAB 1

PENGENALAN

1.0 PENDAHULUAN

Kajian ini memfokuskan tentang Pengurusan Perolehan Koleksi di Muzium Islam Kelantan (MIK). Selain itu, kajian ini turut menyentuh tentang kaedah yang digunakan oleh pihak muzium dalam mendapatkan koleksi untuk dipamerkan di dalam Muzium Islam Kelantan. Kajian ini juga membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan oleh pihak pengurusan dalam teknik reka letak koleksi seperti artifak yang terdapat di dalam Muzium Islam Kelantan dan juga tentang penjagaan dan pemeliharaan koleksi Muzium Islam Kelantan.

Pengurusan perolehan koleksi sangat penting dalam organisasi sesebuah muzium.

Pengurusan perolehan koleksi mengambil kira aspek-aspek seperti pendaftaran koleksi yang diterima melalui sewa, derma, peminjaman, pembelian atau pun pertukaran melalui muzium lain. Sesebuah muzium mempunyai prosedur yang telah ditetapkan bagi memperoleh koleksi untuk dipamerkan di muzium. Oleh itu, pihak pengurusan perolehan koleksi memainkan peranan yang penting dalam memastikan koleksi yang diterima dan terdapat di muzium terpelihara.

(15)

2 1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Menurut sebuah buku terbitan Muzium Islam Kelantan, sejarah bangunan Muzium Islam Kelantan adalah bangunan ini terletak di Jalan Sultan, Kota Bharu yang merupakan bekas pejabat lama Majlis Agama Islam dan Aadat Istiadat Melayu Kelantan. Bangunan ini adalah salah sebuah bangunan yang mempunyai ciri-ciri reka bentuk yang unik di bandar Kota Bharu. Kerja-kerja ubahsuai bangunan ini telah dimulakan sejak awal tahun 1991 dan telah siap sepenuhnya menjelang perasmian bangunan tersebut pada 11 November 1991 dengan menelan belanja sebanyak RM218,000. Bangunan yang diubahsuai ini memuatkan Muzium Islam, perpustakaan islam dan asrama pelajar-pelajar Maahad Tahfiz al-Quran.

Bangunan ini asalnya adalah rumah kediaman bekas Menteri Besar Kelantan, iaitu Encik Hassan bin Mohd Salleh pada tahun 1990 sehingga 1920. Bangunan ini dibina pada tahun 1902 dan berasaskan ciri-ciri bangunan rumah Melayu Kelantan-Pattani iaitu pada penghujung abad ke-19 dan pada awal abad ke-20.

Bangunan ini diperbuat daripada kayu cengal terpilih dan atapnya pula menggunakan bata buatan Singgora yang terkenal lebar tebal dan kukuh. Berbagai-bagai jenis ukiran menghiasi setiap pintu, tingkap dan ruang. Pada sesetengah tempat pula ukiran-ukiran ini memagar ayat- ayat suci al-Quran yang digubah dalam satu seni reka dan khat yang cantik dan menarik.

Daun tingkapnya pula dibuat sedemikian rupa (sisik angin) untuk mendapatkan udara walaupun tingkapnya tertutup.

(16)

3

Terdapat sebuah anjung di bahagian hadapan bangunan ini yang menyerupai beberapa bangunan lain yang berdekatan seperti Istana Balai Besar dan Istana Jahar. Fungsi anjung ini antara lain ialah sebagai tempat untuk menyaksikan pelbagai upacara atau pertunjukan yang sering diadakan di Padang Merdeka yang terletak betul-betul di hadapan rumah berkenaan.

Pada tahun 1905, bangunan ini dipilih menjadi tempat sambutan lawatan Maharaja Siam iaitu Maharaja Chulalongkorn Rama V ke Kota Bharu. Pada 3 Julai 1917, rumah ini berserta dengan kawasan telah dibeli oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dengan harga RM15, 000. Pada 9 Ogos 1917, bangunan ini mula dijadikan pejabat Majlis Agama Islam Kelantan setelah berpindah dari pejabat sementaranya di tingkat atas bangunan lama Pejabat Tanah Kota Bharu yang terletak di hadapan Istana Balai Besar.

Tingkat bawah bangunan ini pernah menjadi tempat belajar murid-murid madrasah Muhammadiah Melayu yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan pada tahun 1917.

Penggunaan sepenuhnya kedua-dua bangunan ini menjadi pejabat ialah selepas merdeka apabila sekolah berkenaan berpindah ke bangunan baru di Jalan Merbau pada awal tahun 1956.

(17)

4

Bangunan ini menjadi Pejabat Majlis Agama Islam Kelantan selama 72 tahun 6 bulan iaitu mulai 9 Ogos 1917 sehingga 15 Februari 1990 apabila Majlis Agama Islam Kelantan berpindah ke bangunan baru di Jalan Sultan Yahya Petra Lundang. Selama tiga dekad iaitu bermula tahun 1920 sehingga 1940, rumah ini menyaksikan pelbagai peristiwa bersejarah seperti mesyuarat-mesyuarat, perbincangan forum, tempat menterjemah, menerbit kitab-kitab dan juga pejabat mufti pada masa itu.

Pengubahsuaian.

Sebelum diubahsuai pada tahun 1991, bangunan ini pernah diubahsuai sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1917 dan 1962. Pengubahsuaian ini terpaksa dilakukan bagi menyesuaikan sebuah rumah kediaman kepada ruang pejabat.

Tidak dapat dinafikan bahawa telah berlaku sedikit pindaan dan perubahan daripada reka bentuk asal semasa pengubahsuaian. Beberapa ukiran dan seni khat telah dibuang atau bertukar tempat tetapi tidak mengubah ciri-ciri utama bangunan yang asal.

Kerja-kerja pengubahsuaian pada tahun 1991 ini adalah merupakan pengubahsuaian yang paling besar terhadap bangunan ini. Walaupun berlaku pengubahsuaian, namun bangunan ini rnasih mengekalkan ciri-ciri luar bangunan ini tetapi boleh dikatakan hampir keseluruhan ciri- ciri dalaman seperti struktur bilik tangga dan pintu telah berubah atau dibuang.

(18)

5 1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Muzium Islam Kelantan mempunyai koleksi yang mempunyai nilai-nilai kebudayaan yang tinggi. Terdapat isu yang dikenalpasti oleh pengkaji tentang pengurusan perolehan koleksi di Muzium Islam Kelantan iaitu muzium ini kurang mendapatkan koleksi untuk dipamerkan di muzium disebabkan peruntukan yang terhad. Selain itu, muzium ini hanya mendapatkan koleksi yang tidak terdapat di lokasi kajian sahaja. Ruang galeri yang sempit menyebabkan tiada kepelbagaian teknik reka letak koleksi yang dipamerkan di Muzium Islam Kelantan. Muzium ini juga tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pemeliharaan koleksi terbabit.

(Sumber: hasil temubual bersama informen, Encik Ali Riduan bin Daud)

1.3 HIPOTESIS KAJIAN

Menerusi kajian ini iaitu Pengurusan Perolehan Koleksi di Muzium Islam Kelantan, pengkaji menjangkakan lebih ramai lagi pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi yang akan mengkaji berkenaan dengan pengurusan perolehan koleksi ini. MIK dikenali dengan koleksi seperti artifak yang mempunyai sejarah yang tinggi dan menarik. Ramai pengunjung untuk melihat koleksi yang dipamerkan di muzium terbabit. Pengkaji turut meramalkan bahawa dengan adanya kajian ini, ramai pelajar yang akan berminat untuk mendapatkan ilmu berkenaan dengan pengurusan perolehan koleksi sebagai persediaan mereka untuk membuat tesis nanti. Selain itu, kajian ini juga akan membantu para pegawai dari muzium lain bagi mengkaji semula bahagian pengurusan perolehan koleksi di muzium mereka.

(19)

6 1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Pengkaji mengenalpasti beberapa objektif kajian dalam kajian ini. Antaranya adalah :

1. Mengenalpasti prosedur yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan perolehan koleksi di Muzium Islam Kelantan.

2. Mengetahui teknik reka letak koleksi di Muzium Islam Kelantan.

3. Mengkaji kaedah penjagaan dan pemeliharaan koleksi di Muzium Islam Kelantan.

1.5 PERSOALAN KAJIAN

Terdapat beberapa persoalan kajian dalam kajian ini. Antaranya adalah :

1. Apakah prosedur yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan perolehan koleksi di Muzium Islam Kelantan?

2. Bagaimanakah teknik reka letak koleksi di Muzium Islam Kelantan?

3. Bagaimanakah kaedah penjagaan dan pemeliharaan koleksi di Muzium Islam Kelantan?

(20)

7 1.6 SIGNIFIKAN KAJIAN

Pengkaji menyenaraikan beberapa signifikan kajian yang merangkumi beberapa aspek iaitu:

1.6.1 Muzium Islam Kelantan

Menerusi kajian ini, ia memberi kepentingan kepada kakitangan Muzium Islam Kelantan khususnya pihak pengurusan perolehan koleksi muzium ini. Hal ini kerana melalui kajian ini, pegawai yang terlibat dengan koleksi dapat mengetahui lebih lanjut tentang kaedah untuk menguruskan koleksi yang diterima mahupun melalui inisiatif yang lain. Selain daripada itu juga, kajian ini turut memberi kelebihan kepada pihak pengurusan koleksi bagi membaiki kelemahan yang wujud dalam mengendalikan koleksi di Muzium Islam Kelantan.

1.6.2 Masyarakat

Dengan pengendalian koleksi yang baik dan terancang oleh pihak pengurusan perolehan koleksi Muzium Islam Kelantan, masyarakat memperoleh pendedahan tentang koleksi yang mempunyai sejarah yang agung ini. Pendedahan ini menjadikan masyarakat lebih berilmu tentang keunikan koleksi yang dipamerkan di Muzium Islam Kelantan.

(21)

8 1.6.3 Pelajar

Pendedahan awal tentang sejarah di persekolahan membuatkan pelajar berkeinginan untuk melihat secara langsung akan koleksi yang terdapat di muzium. Pengurusan koleksi yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai yang berkaliber mampu memberikan pendedahan terbaik kepada pelajar berkenaan dengan koleksi yang terdapat di muzium.

1.6.4 Pengkaji akan datang

Dengan adanya kajian pengurusan perolehan koleksi di muzium, ini akan memudahkan bagi pengkaji akan datang menjalankan kajian dengan menjadikan kajian ini sebagai rujukan pada masa akan datang. Pengkaji akan datang akan menjalankan kajian dengan lebih lanjut lagi tentang koleksi di muzium berdasarkan kajian yang telah dilakukan.

(22)

9 1.7 SKOP KAJIAN

1.7.1 Muzium Islam Kelantan

Pengkaji akan menjalankan kajian yang mendalam dengan skop kajian di Muzium Islam Kelantan. Pengkaji akan menggunakan pendekatan temubual dengan pegawai-pegawai di MIK bagi memenuhi butiran maklumat dalam kajian ini. Muzium Islam Kelantan terlibat dengan menjadi medan lokasi pengkaji dalam menjalankan kajian berkenaan pengurusan perolehan koleksi.

1.7.2 Bahagian pengurusan perolehan koleksi Muzium Islam Kelantan

Pengkaji akan bersama-sama dengan pegawai yang terlibat dengan pengurusan perolehan koleksi Muzium Islam Kelantan. Di sini, pengkaji akan meneliti pengurusan kakitangan dalam menguruskan setiap perolehan koleksi yang diterima dan dipamerkan di Muzium Islam Kelantan. Mereka yang terlibat dengan pengurusan perolehan koleksi ini akan membantu pengkaji sama ada secara langsung mahupun tidak dalam kajian ini.

1.7.3 Pengunjung Muzium Islam Kelantan

Pengunjung Muzium Islam Kelantan akan membantu kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji kelak. Mereka akan terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung melalui temubual bebas dengan pengkaji.

(23)

10 1.8 LOKASI KAJIAN

Muzium Islam ditubuhkan pada tahun 1991 beroperasi pada bangunan lama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) terletak di Jalan Sultan Kota Bharu bersebelahan dengan Masjid Muhammadi, Padang Merdeka dan Memorial Perang Dunia Kedua (Bank Kerapu). Muzium ini beralamat di Muzium Islam Kelantan, Jalan Masjid, Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan.

Rajah 1.1: Peta lokasi kajian Muzium Islam Kelantan

(sumber: http://www.muzium.kelantan.gov.my/)

(24)

11 1.9 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, dalam bab satu, iaitu pengenalan, pengkaji menerangkan keseluruhan tentang perkara yang hendak dikaji berkenaan dengan Pengurusan Perolehan Koleksi di Muzium Islam Kelantan.

Pengkaji menjelaskan tentang latarbelakang kajian yang menyentuh tentang perkara berkenaan dengan pengurusan perolehan koleksi di Muzium Islam Kelantan. Dalam bahagian ini pengkaji menjelaskan dengan lebih lanjut lagi tentang istilah muzium menurut ICOM dan juga muzium yang dijadikan medan para penyelidik bagi mendapatkan informasi.

Selain daripada itu, pengkaji turut menjelaskan tentang permasalahan kajian yang dikaji oleh pengkaji. Pengkaji turut menyentuh tentang objektif kajian dalam kajian yang dijalankan ini. Pengkaji menyatakan beberapa objektif sepanjang menjalankan kajian ini. Pengkaji juga menerangkan tentang hipotesis kajian yang diramalkan selepas kajian ini sempurna disiapkan.

Lokasi kajian ini turut dinyatakan oleh pengkaji dalam laporan kajian ini. Pengkaji menerangkan tentang kepentingan kajian ini kepada masyarakat, pengunjung, kakitangan dan ramai lagi. Skop kajian ini merupakan Muzium Islam Kelantan. Pengkaji menyatakan persoalan semasa menjalankan kajian ini. Secara keseluruhan, bab satu menerangkan tentang pokok pangkal perkara yang hendak dikaji oleh pengkaji dalam kajian ini.

Gambar

Rajah 1.1: Peta lokasi kajian Muzium Islam Kelantan

Referensi

Dokumen terkait

Mencadangkan model Kaedah Pengurusan Konflik Organisasi Dari Perspektif Islam yang sesuai digunakan dalam Majlis Bandaraya Shah Alam.. Apakah bentuk KPKOPI yang

Dapatan kajian ini memberikan impak penting kerana ia menjadi asas untuk memperkembangkan lagi program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam yang menyeluruh

Melalui keseluruhan kajian, ini dapat disimpulkan bahawa pihak pengurusan sekolah telah berjaya menerapkan prinsip pengurusan Islam dalam urus tadbir di sekolah

Daripada hasil kajian ini, walaupun faktor pengetahuan prinsip-prinsip pengurusan sisa secara Islam tidak mempunyai hubungan signifikan dengan amalan pengurusan sisa

Malah kajian ini juga penting dilakukan sebagai persediaan awal kepada pihak pengurusan bencana untuk membangunkan sebuah modul ringkas terhadap mangsa bencana

Oleh yang demikian, kajian juga mencadangkan agar aplikasi mudah alih Islam bagi kanak-kanak boleh dibangunkan dengan menggunakan kaedah yang pelbagai seperti

Berdasarkan kajian terhadap pemahaman pengurusan Islam, kajian mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap pendidikan dan pengalaman perniagaan

Pengkaji juga melihat bahawa kepentingan dalam mengkaji kaedah pengurusan koleksi songket Tenun Johor adalah sangat penting kerana ia merupakan salah satu warisan