• Tidak ada hasil yang ditemukan

PROGRAM LATIHAN DALAM PENGURUSAN INSAN INSTITUSI PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM DI INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "PROGRAM LATIHAN DALAM PENGURUSAN INSAN INSTITUSI PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM DI INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA"

Copied!
372
0
0

Teks penuh

(1)

PROGRAM LATIHAN DALAM PENGURUSAN INSAN INSTITUSI PEMBANGUNAN

BERTERASKAN ISLAM DI INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA

ABANG MOHD. RAZIF BIN ABANG MUIS

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

2017

(2)

PROGRAM LATIHAN DALAM PENGURUSAN INSAN INSTITUSI PEMBANGUNAN

BERTERASKAN ISLAM DI INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA

oleh

ABANG MOHD. RAZIF BIN ABANG MUIS

Tesis yang diserahkan untuk memenuhi keperluan bagi

Ijazah Doktor Falsafah

Ogos 2017

(3)

ii

PENGHARGAAN

ِميِحهرلٱ حۡمَٰنِهرلٱ ِ هللَّٱ بِسۡمِ

Dengan Nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah SWT. Syukur ke hadrat Allah SWT yang telah mengurniakan segala nikmat, rahmat dan kasih sayang-Nya sekali gus memberikan kekuatan, kesihatan, kelapangan masa kepada pengkaji untuk menghasilkan tesis ini. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda SAW.

Dalam perjalanan menyiapkan tesis ini, pengkaji ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan berbanyak-banyak ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan tunjuk ajar dan bantuan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Pertamanya, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Fadzila Azni Ahmad selaku penyelia utama dan Dr. Azrin Ibrahim selaku penyelia bersama yang sentiasa memberikan tunjuk ajar, nasihat, dorongan, semangat dan cadangan-cadangan bernas kepada pengkaji sejak permulaan kajian ini dilakukan sehingga selesai. Semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran buat kedua-dua penyelia pengkaji ini.

Sekalung budi dan ucapan terima kasih kepada semua pensyarah di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM) yang menjadi tempat rujukan pengkaji. Kemesraan, tunjuk ajar, nasihat dan dorongan mereka sangat memberi inspirasi dan manfaat untuk perkembangan idea dan kandungan tesis ini. Di samping itu, ucapan terima kasih juga dirakamkan buat semua ahli jawatankuasa pengurusan dan staf pentadbiran ISDEV, USM atas segala kerjasama dan bantuan yang telah diberikan kepada pengkaji sepanjang berada di ISDEV, USM. Hanya Allah SWT sahaja sebaik-baik pemberi ganjaran kebaikan di dunia dan akhirat buat mereka.

(4)

iii

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua institusi pembangunan berteraskan Islam (IPBI) yang terpilih di Malaysia dan juga Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) yang sudi memberikan kerjasama dan bantuan kepada pengkaji dengan menyalurkan pelbagai maklumat, data dan segala perkara yang berkaitan dengan penyelidikan tesis ini. Pengkaji juga merakamkan berbanyak- banyak terima kasih kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atas bantuan dalam aspek kewangan dengan memberikan biasiswa MyBrain15 kepada pengkaji sepanjang tempoh pengajian dan penyelidikan tesis ini.

Pengkaji ingin merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua sahabat seperjuangan yang sentiasa memberikan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung, mendoakan, memberikan idea, tunjuk ajar dan memberikan kata-kata semangat dan motivasi sepanjang penyelidikan tesis ini. Penghargaan teristimewa buat ayahanda dan bonda pengkaji yang dicintai, Abg Muis Abg Zain dan Dyg Hajijah Abg Talip, serta adik-beradik tersayang, Abg Mohd Shukri Abg Muis, Abg Mohd Sabirin Abg Muis dan Dyg Nur Hidayah Abg Muis atas doa restu yang pastinya tidak putus- putus, serta dorongan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Semoga Allah SWT merahmati seluruh ahli keluarga pengkaji yang dikasihi ini.

Akhir kata, terima kasih banyak-banyak kepada semua pihak yang berjasa sepanjang tempoh pengajian ini serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan tesis ini sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa baik yang telah diberikan. Semoga rahmat Allah SWT sentiasa dilimpahkan buat semua. Semoga usaha penulisan tesis ini juga diterima sebagai ibadah untuk memperkayakan ilmu pengetahuan dan mencapai keredaan Allah SWT.

Abang Mohd. Razif Abang Muis

Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia

Pulau Pinang 14 Ogos 2017

(5)

iv

SENARAI KANDUNGAN

PENGHARGAAN ii

SENARAI KANDUNGAN iv

SENARAI JADUAL ix

SENARAI RAJAH x

SENARAI SINGKATAN xi

PANDUAN TRANSLITERASI xv

ABSTRAK xvi

ABSTRACT xviii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 1

1.2.1 Perkembangan Institusi Pembangunan Berteraskan Islam 2 1.2.2 Perkembangan Program Latihan dalam Pengurusan Insan 7

1.2.2(a) Sejarah dan Perkembangan Awal Program Latihan

dalam Pengurusan Insan 9

1.2.2(b) Program Latihan dalam Pengurusan Insan

Berdasarkan Sejarah Awal Islam 11

1.2.2(c) Program Latihan dalam Pengurusan Insan

di Malaysia 17

1.2.2(d) Program Latihan dalam Pengurusan Insan IPBI

di Malaysia 20

1.3 Pernyataan Masalah 25

1.4 Objektif Kajian 37

1.5 Persoalan Kajian 38

1.6 Definisi Operasional 41

1.6.1 Program Latihan 41

1.6.2 Pengurusan Insan 46

1.6.3 Institusi Pembangunan Berteraskan Islam 48

1.7 Skop dan Batasan Kajian 50

1.8 Kepentingan Kajian 51

1.9 Sumbangan Kajian 52

1.10 Organisasi Tesis 53

1.11 Kesimpulan 55

(6)

v

BAB 2 KAJIAN LEPAS DAN SOROTAN KARYA

2.1 Pendahuluan 56

2.2 Kajian Lepas 56

2.2.1 Kajian Pengurusan Insan 57

2.2.1(a) Kajian Amalan Pengurusan Insan dari

Perspektif Institusi 57

2.2.1(b) Kajian Keberkesanan dan Kepentingan

Amalan Pengurusan Insan 59

2.2.1(c) Kajian Pengurusan Insan dari Perspektif Islam 61

2.2.2 Kajian Program Latihan 64

2.2.2(a) Kajian Asas dan Konsep Program Latihan 65 2.2.2(b) Kajian Pengurusan dan Pelaksanaan Program

Latihan 65

2.2.2(c) Kajian Penilaian Keberkesanan dan Kepentingan

Program Latihan 67

2.2.2(d) Kajian Program Latihan dari Perspektif Islam 69 2.2.3 Kajian Program Latihan dalam Pengurusan Insan IPBI 71

2.3 Analisis Kajian Lepas 77

2.4 Sorotan Karya 79

2.4.1 Program Latihan dalam Pengurusan Insan 79

2.4.1(a) Konsep Program Latihan dalam Pengurusan Insan 80 2.4.1(b) Penentuan Keperluan Program Latihan dalam

Pengurusan Insan 84

2.4.1(c) Bentuk Program Latihan dalam Pengurusan Insan 86 2.4.1(d) Kandungan Program Latihan dalam Pengurusan

Insan 87

2.4.1(e) Matlamat Program Latihan dalam Pengurusan

Insan 89

2.4.2 Pembangunan Berteraskan Islam 93

2.4.2(a) Tasawur Pembangunan Berteraskan Islam 93 2.4.2(b) Elemen-elemen Pembangunan Berteraskan Islam 98 2.4.2(c) Prinsip-prinsip Pembangunan Berteraskan Islam 101 2.4.2(d) Matlamat Pembangunan Berteraskan Islam 103 2.4.3 Pengurusan Institusi Pembangunan Berteraskan Islam 104

2.5 Analisis Sorotan Karya 107

2.6 Kerangka Konseptual 108

2.7 Kesimpulan 110

(7)

vi BAB 3 KAEDAH PENYELIDIKAN

3.1 Pendahuluan 111

3.2 Reka Bentuk Kajian 111

3.3 Kaedah Pengumpulan Data 115

3.3.1 Sumber Data Utama 115

3.3.2 Sumber Data Primer 116

3.3.2(a) Kaedah Temu Bual Berstruktur 117

3.3.2(b) Kaedah Pemerhatian Tanpa Turut Serta 120 3.3.2(c) Justifikasi Pemilihan Sampel Kajian 124

3.3.3 Sumber Data Sekunder 130

3.4 Kaedah Penganalisisan Data 131

3.4.1 Kaedah Analisis Kandungan Kualitatif 133

3.4.2 Perisian Atlas.ti Versi 8.0 (PAV8) 134

3.4.3 Penganalisisan Data Primer 135

3.4.4 Penganalisisan Data Sekunder 136

3.5 Tatacara Kajian 137

3.6 Kesimpulan 142

BAB 4 ASAS-ASAS PROGRAM LATIHAN DALAM PENGURUSAN INSAN BERTERASKAN ISLAM

4.1 Pendahuluan 143

4.3 Acuan Program Latihan dalam Pengurusan Insan Berteraskan

Islam 144

4.4 Prinsip-prinsip Program Latihan dalam Pengurusan Insan

Berteraskan Islam 151

4.4.1 Manusia Sebagai Hamba dan Khalifah Allah SWT dalam Program Latihan dalam Pengurusan Insan Berteraskan Islam 151 4.4.2 Ibadah Sebagai Perkaedahan dalam Program Latihan dalam

Pengurusan Insan Berteraskan Islam 156

4.4.3 Sumber Alam Sebagai Peralatan dalam Program Latihan dalam Pengurusan Insan Berteraskan Islam 164

4.4.4 Kesepaduan Dunia dan Akhirat dalam Program Latihan dalam Pengurusan Insan Berteraskan Islam 167

4.4.5 Penekanan Nilai-nilai Islam dalam Program Latihan dalam

Pengurusan Insan Berteraskan Islam 170

4.4.5(a) Nilai Ihsan 172

4.4.5(b) Nilai Keadilan 177

4.4.5(c) Nilai Amanah 179

(8)

vii

4.4.5(d) Nilai Kesederhanaan 183

4.4.5(e) Nilai Toleransi 185

4.4.5(f) Nilai Muhasabah Diri 186

4.5 Matlamat Utama Program Latihan dalam Pengurusan Insan

Berteraskan Islam 188

4.6 Kesimpulan 192

BAB 5 PROGRAM LATIHAN DALAM PENGURUSAN INSAN IPBI TERPILIH DI ILIM

5.1 Pendahuluan 193

5.2 Maklumat Asas Institusi 194

5.2.1 Jenis Institusi 194

5.2.2 Pengendali Program Latihan Institusi 195

5.3 Penyedia Program Latihan dalam Pengurusan Insan IPBI Terpilih 197 5.3.1 Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) 199 5.3.2 Pusat Perundingan dan Latihan IKIM (PPLI) 200

5.3.3 Institut Pengurusan Malaysia (MIM) 202

5.3.4 Institut Bank-bank Malaysia (IBBM) 204

5.3.5 Institut Kewangan dan Perbankan Islam Malaysia (IBFIM) 206

5.3.6 Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) 206

5.3.7 Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) 209 5.3.8 Institut Latihan dan Kefahaman Islam ATM (ILMI) 212

5.4 Program Latihan dalam Pengurusan Insan ILIM 214

5.4.1 Bentuk Program Latihan dalam Pengurusan Insan ILIM 215 5.4.2 Kategori Program Latihan dalam Pengurusan Insan ILIM 218 5.4.2(a) Program Latihan dalam Pengurusan Insan di PPUI 220 5.4.2(b) Program Latihan dalam Pengurusan Insan di PPKI 223 5.4.2(c) Program Latihan dalam Pengurusan Insan di PPSD 226 5.4.2(d) Program Latihan dalam Pengurusan Insan di PQIT 228 5.4.2(e) Program Latihan dalam Pengurusan Insan di PEKI 231 5.4.2(f) Program Latihan dalam Pengurusan Insan di PB 232 5.4.2(g) Program Latihan dalam Pengurusan Insan di PTM 233 5.4.3 Matlamat Program Latihan dalam Pengurusan Insan ILIM 235

5.5 Kesimpulan 236

(9)

viii

BAB 6 ANALISIS PROGRAM LATIHAN DALAM PENGURUSAN INSAN ILIM

6.1 Pendahuluan 237

6.2 Acuan Program Latihan dalam Pengurusan Insan ILIM 237 6.3 Prinsip-prinsip Program Latihan dalam Pengurusan Insan ILIM 242

6.3.1 Manusia Sebagai Hamba dan Khalifah Allah SWT dalam Program Latihan dalam Pengurusan Insan ILIM 243

6.3.2 Ibadah Sebagai Perkaedahan dalam Program Latihan

dalam Pengurusan Insan ILIM 247

6.3.3 Sumber Alam Sebagai Peralatan dalam Program Latihan

dalam Pengurusan Insan ILIM 255

6.3.4 Kesepaduan Dunia dan Akhirat dalam Program Latihan

dalam Pengurusan Insan ILIM 258

6.3.5 Penekanan Nilai-nilai Islam dalam Program Latihan

dalam Pengurusan Insan ILIM 259

6.4 Matlamat Utama Program Latihan dalam Pengurusan Insan ILIM 262 6.5 Rumusan Program Latihan dalam Pengurusan Insan ILIM 264 6.6 Cadangan Penambahbaikan Program Latihan dalam Pengurusan

Insan ILIM 267

6.7 Kesimpulan 269

BAB 7 PENUTUP

7.1 Pendahuluan 270

7.2 Penemuan Utama dan Rumusan Kajian 270

7.3 Implikasi Kajian dan Cadangan Dasar 280

7.3.1 Implikasi Teoretikal 280

7.3.2 Implikasi Praktikal 281

7.4 Cadangan Kajian Masa Hadapan 281

7.4.1 Skop Kajian 282

7.4.2 Subjek Kajian 282

7.4.3 Kaedah Penyelidikan 283

7.5 Kesimpulan 283

BIBLIOGRAFI 284

(10)

ix

SENARAI JADUAL

Halaman Jadual 1.1 Kedudukan 100 Negara dalam IPR Tahun 2016 26 Jadual 1.2 Kedudukan Negara Umat Islam dalam IPR Tahun 2016 27 Jadual 1.3 Statistik Tangkapan Kes Rasuah Tahun 2012 Hingga 2016 29 Jadual 1.4 Jumlah Aduan Mengikut Kategori Tahun 2012 Hingga 2016 30 Jadual 1.5 Hubung Kait antara Objektif Kajian dengan Persoalan Kajian 39

Jadual 3.1 Senarai Informan Kajian 120

Jadual 3.2 Senarai IPBI dan Justifikasi Pemilihan IPBI yang Menjadi

Sampel Kajian 126

Jadual 3.3 Hubung Kait Objektif Kajian, Persoalan Kajian, Kaedah

Pengumpulan Data dan Kaedah Penganalisisan Data 138 Jadual 5.1 Pengendali dan Penyedia Program Latihan di IPBI Terpilih 195 Jadual 5.2 Pusat Latihan ILIM dan Jumlah Program Latihan dalam

Pengurusan Insan yang Ditawarkan 219

Jadual 5.3 Program Latihan dalam Pengurusan Insan yang Ditawarkan

oleh PPUI 220

Jadual 5.4 Program Latihan dalam Pengurusan Insan yang Ditawarkan

oleh PPKI 223

Jadual 5.5 Program Latihan dalam Pengurusan Insan yang Ditawarkan

oleh PPSD 226

Jadual 5.6 Program Latihan dalam Pengurusan Insan yang Ditawarkan

oleh PQIT 228

Jadual 5.7 Program Latihan dalam Pengurusan Insan yang Ditawarkan

oleh PEKI 231

Jadual 5.8 Program Latihan dalam Pengurusan Insan yang Ditawarkan

oleh PB 232

Jadual 5.9 Program Latihan dalam Pengurusan Insan yang Ditawarkan

oleh PTM 233

Jadual 6.1 Rumusan Program Latihan dalam Pengurusan Insan ILIM 264 Jadual 7.1 Ringkasan Jawapan Bagi Objektif Kajian dan Persoalan

Kajian 275

(11)

x

SENARAI RAJAH

Halaman

Rajah 2.1 Lompang Kajian 78

Rajah 2.2 Kerangka Konseptual Kajian 109

Rajah 3.1 Elemen Reka Bentuk Kajian 114

Rajah 3.2 Tatacara Pelaksanaan Kajian 141

Rajah 5.1 Bentuk Program Latihan dalam Pengurusan Insan yang

Ditawarkan ILIM 215

Rajah 5.2 Pecahan Kategori Program Latihan yang Ditawarkan

oleh PPUI 222

Rajah 5.3 Pecahan Kategori Program Latihan yang Ditawarkan

oleh PPKI 225

Rajah 5.4 Pecahan Kategori Program Latihan yang Ditawarkan

oleh PPSD 227

Rajah 5.5 Pecahan Kategori Program Latihan yang Ditawarkan

oleh PQIT 230

Rajah 5.6 Pecahan Keseluruhan Kategori Bidang Program Latihan

yang Ditawarkan ILIM 234

Rajah 6.1 Akidah Tauhid dalam Program Latihan dalam Pengurusan

Insan ILIM 239

Rajah 6.2 Prinsip Manusia Sebagai Hamba dan Khalifah Allah SWT

dalam Program Latihan dalam Pengurusan Insan ILIM 244 Rajah 6.3 Penekanan Ibadah Khusus dalam Program Latihan dalam

Pengurusan Insan ILIM 248

Rajah 6.4 Penekanan Ibadah Umum dalam Program Latihan dalam

Pengurusan Insan ILIM 251

Rajah 6.5 Penekanan Amalan-amalan Utama dalam Program Latihan

dalam Pengurusan Insan ILIM 252

Rajah 6.6 Prinsip Sumber Alam sebagai Peralatan dalam Program

Latihan dalam Pengurusan Insan ILIM 256

(12)

xi

SENARAI SINGKATAN

ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia a.s. ‘Alayh al-S}ala>t wa al-Sala>m

(Semoga terlimpah berkat dan keamanan kepada mereka) ATM Angkatan Tentera Malaysia

Bil. Bilangan

BIMB Bank Islam Malaysia Berhad

BPA Biro Pengaduan Awam

BPI Bahagian Pembangunan Insan JAKIM

BTN Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri

CAQDAS Computer Assisted Qualitative Data Analysis Software (Perisian Analisis Data Kualitatif dengan Bantuan Komputer) DBKL Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Dlm. Dalam

Ed. Seorang Editor

Eds. Dua Orang Editor atau Lebih

H Hijrah

Hal. Halaman

IBBM Institut Bank-bank Malaysia

IBFIM Institut Kewangan dan Perbankan Islam Malaysia IKIM Institut Kefahaman Islam Malaysia

ILIM Institut Latihan Islam Malaysia ILHAM Institut Latihan Kakitangan MARA

ILKAP Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan ILMI Institut Latihan dan Kefahaman Islam ATM

(13)

xii

INDAH Institut Dakwah dan Latihan Islam

INSPEN Inspen Management Consultant Sdn. Bhd.

INTAN Institut Tadbiran Awam Negara

IPBI Institusi Pembangunan Berteraskan Islam

IPR Indeks Persepsi Rasuah

IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam

ISDEV Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam JAIN Jabatan Agama Islam Negeri

JAIP Jabatan Agama Islam Perak JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JIM Pertubuhan Jemaah Islam Malaysia JKSM Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia JKSN Jabatan Kehakiman Syariah Negeri

JPA Jabatan Perkhidmatan Awam

KAGAT Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia KIAS Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra

KIJ Kolej Islam Johor

KIPSAS Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah KPKI Kolej Perbankan dan Kewangan Islam KUIM Kolej Universiti Islam Malaysia KUIM Kolej Universiti Islam Melaka KUIN Kolej Universiti Insaniah

KUIS Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor KUSZA Kolej Agama Sultan Zainal Abidin

LTH Lembaga Tabung Haji

(14)

xiii

M Masihi

MAIN Majlis Agama Islam Negeri

MARA Majlis Amanah Rakyat

MAS Perkhidmatan Pentadbir Melayu

MCS Perkhidmatan Awam Malaya

MIM Institut Pengurusan Malaysia

MMKK Maktab Melayu Kuala Kangsar

No. Nombor

PAS Parti Islam Se-Malaysia PAV8 Perisian Atlas.ti Versi 8.0

PB Pusat Bahasa

PBB Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

PBI Pembangunan Berteraskan Islam

PDPN Pusat Daya Pengeluaran Negara PDRM Polis Diraja Malaysia

PEKI Pusat Ekonomi dan Kewangan Islam PERKIM Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia PPIM Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPKI Pusat Pembangunan Keluarga Islam PPLI Pusat Perundingan dan Latihan IKIM PPUI Pusat Pengurusan dan Undang-undang PPSD Pusat Pengajian Sains Dakwah

PPZ Pusat Pungutan Zakat

PQIT Pusat Al-Qur’an dan Ilmu Teras

PTI Pusat Transformasi Insan

(15)

xiv PTM Pusat Teknologi Maklumat PUSRAWI Pusat Rawatan Islam Sdn. Bhd.

r.a. Rad}iya ’Lla>h ‘anh

(Semoga Allah meredainya - bagi seorang lelaki) Rad}iya ’Lla>h ‘anha>

(Semoga Allah meredainya - bagi seorang wanita) SAW S}alla ’Lla>hu ‘alayh wa Sallam

(Semoga Allah SWT memberkati dan merahmatinya) SL1M Skim Latihan 1Malaysia

SM Sebelum Masihi

SPRM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SWT Subh}a>nahu wa Ta‘a>la>

(Maha Suci dan Maha Agung)

t.t. Tiada Tahun

UDM Universiti Darul Iman

UIAM Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

UNESCO Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan, Bangsa- bangsa Bersatu

UNITI Kolej Universiti Teknologi Islam UniSZA Universiti Sultan Zainal Abidin USAS Universiti Sultan Azlan Shah USM Universiti Sains Malaysia

YADIM Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

YaPEIM Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia

(16)

xv

PANDUAN TRANSLITERASI

PENDEK PANJANG DIFTONG

a

a>

ay

ْ يَأ

i

i>

ْ يِإ

aw

ْ وَأ

u

u>

ْ وُأ

HURUF RUMI HURUF ARAB HURUF RUMI HURUF ARAB

t}

ط

-

ا

z}

ظ

b

ب

ع

t

ت

gh

غ

th

ث

f

ف

j

ج

q

ق

h}

ح

k

ك

kh

خ

l

ل

d

د

m

م

dh

ذ

n

ن

r

ر

w

و

z

ز

h

s

س

,

ء

sy

ش

y

ي

s}

ص

t

ة

d}

ض

Sumber: Pedoman Transliterasi Huruf Arab Ke Huruf Rumi, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (1992)

(17)

xvi

PROGRAM LATIHAN DALAM PENGURUSAN INSAN INSTITUSI PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM DI INSTITUT LATIHAN ISLAM

MALAYSIA

ABSTRAK

Isu-isu semasa yang berkaitan dengan jenayah melibatkan institusi pembangunan berteraskan Islam (IPBI) dan orang-orang Islam dilaporkan sering kali berlaku. Salah satu kaedah untuk mengatasi permasalahan ini adalah dengan menjadikan program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam sebagai medium untuk membangunkan insan yang cemerlang dalam aspek jasmani dan rohani.

Sehubungan itu, apakah asas-asas program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam? Adakah program latihan dalam pengurusan insan IPBI di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) selari dengan asas-asas tersebut? Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan mencapai empat objektif kajian. Pertama, mengenal pasti asas- asas program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam. Kedua, mengenal pasti program latihan dalam pengurusan insan IPBI terpilih di ILIM. Ketiga, menganalisis program latihan dalam pengurusan insan ILIM berdasarkan asas-asas program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam. Keempat, merumuskan dan mencadangkan penambahbaikan program latihan dalam pengurusan insan ILIM berdasarkan asas-asas program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam.

Kesemua objektif kajian tersebut dicapai menggunakan reka bentuk penerokaan dan deskriptif serta terbahagi kepada tiga fasa kajian. Kaedah temu bual berstruktur, kaedah pemerhatian tanpa turut serta dan kaedah kajian dokumen digunakan untuk mengumpul data kajian ini. Ia dianalisis berdasarkan kaedah analisis kandungan kualitatif dengan dibantu perisian Atlas.ti versi 8 (PAV 8). Fasa pertama kajian ini

(18)

xvii

telah menggariskan asas-asas program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam yang merangkumi acuan, prinsip-prinsip dan matlamat utama. Acuan program latihan dalam pengurusan insan ialah akidah tauhid yang menjadi paksi utama dalam pembangunan berteraskan Islam. Prinsip-prinsipnya pula dibahagikan kepada lima prinsip utama. Pertama, manusia sebagai hamba dan khalifah Allah SWT. Kedua, ibadah sebagai perkaedahan pembangunan. Ketiga, sumber alam sebagai peralatan pembangunan. Keempat, kesepaduan dunia dan akhirat; dan kelima, penekanan nilai- nilai Islam. Matlamat utama dan akhirnya adalah mard}a>t Alla>h atau keredaan Allah SWT. Dalam fasa kedua kajian ini, lima daripada sepuluh buah IPBI terpilih dikenal pasti mengguna pakai program latihan dalam pengurusan insan ILIM. Fasa ketiga kajian pula menganalisis program latihan dalam pengurusan insan ILIM. Ia dapat dibahagikan kepada 5 bentuk utama dan terdapat 12 kategori. Secara keseluruhannya, program latihan dalam pengurusan insan ILIM ini adalah selari dengan asas-asas program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang boleh ditambahbaikkan bagi menjadikan program latihan dalam pengurusan insan ILIM lebih baik. Dapatan kajian ini memberikan impak penting kerana ia menjadi asas untuk memperkembangkan lagi program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam yang menyeluruh merangkumi pembangunan insan dalam aspek jasmani dan rohani yang berdasarkan tasawur Islam terutamanya dalam bidang pengurusan insan umumnya dan juga terhadap para pekerja Muslim di IPBI khususnya di Malaysia.

(19)

xviii

TRAINING PROGRAM IN HUMAN MANAGEMENT OF THE ISLAMIC- BASED DEVELOPMENT INSTITUTIONS IN INSTITUT LATIHAN ISLAM

MALAYSIA

ABSTRACT

Current issues related to crimes involving Islamic-based development institutions (IPBI) and Muslims been frequently reported. One of the methods to overcome this problem is by making the training program in human management as a medium to develop human excellence in the physical and spiritual aspects. In accordance to that, what are the basis of the training program in the Islamic-based human management? Does the IPBI training programs in human management in Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) is in line with these basis? Therefore, this study aims to achieve four research objectives. Firstly, to identify the basis of the training program in the Islamic-based human management. Secondly, to identify the IPBI training program in the human management in ILIM. Thirdly, to analyse training programs in human management in ILIM based on the basis of the training program in Islamic-based human management. Fourthly, to conclude and suggest for improvement of the training programs in the human management in ILIM based on the basis of the training program in Islamic-based human management. All of the research objectives were achieved through exploratory and descriptive research design and is divided into three phase. The structured interview method, observation without participation method and document review method were used to collect the data in this research. It was analysed using qualitative content analysis method with the help of Atlas.ti version 8 (PAV 8) software. The first phase of this study has outlined the basis of training programs in Islamic-based human management including the mould,

(20)

xix

principles and the ultimate goal. The mould of the training program in human management is the creed of akidah tauhid as the main axis of Islam-based development. The principles are divided into five main principles. First, human beings as slaves and the Caliph of Allah SWT. Second, the act of worship as the development methodology. Third, natural resources as tools of development. Fourth, integration between the world and the hereafter; and fifth, the emphasis on Islamic values. The ultimate goal of the training program in human management is a mard}a>t Alla>h or the pleasure of Allah SWT. In the second phase of this study, five out of ten IPBI were identified to apply the training programs in human management by the ILIM. In the third phase of this study, ILIMs training program in the human management were analysed. The training program at ILIM can be divided into 5 main forms with 12 categories. Overall, the ILIMs training program in human management is in line with the basis of training programs in Islamic-based human management that has been used as the main measurement in analysing the findings. However, there are few things that can be done to better improve training programs in human management in ILIM. The findings give important impact because it lay as a foundation to further develop holistic training programs in Islamic-based human management that encompass human development in the physical and spiritual based on the world view of Islam especially in the human management field in general, and also to the workers in IPBI especially in Malaysia.

(21)

1 BAB 1 PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Secara umumnya, kajian ini bertujuan meneliti asas-asas program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam dan program latihan dalam pengurusan insan institusi pembangunan berteraskan Islam (IPBI) terpilih di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Lebih khusus, kajian ini bertujuan mengenal pasti asas-asas program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam dan mengenal pasti program latihan dalam pengurusan insan IPBI terpilih di ILIM. Kajian ini juga bertujuan menganalisis program latihan dalam pengurusan insan ILIM berdasarkan asas-asas program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam. Hasil penganalisisan tersebut, kajian ini merumuskan dan mencadangkan penambahbaikan program latihan dalam pengurusan insan ILIM berdasarkan asas-asas program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam.

Sebagai permulaan, bab ini membincangkan latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, definisi operasional, skop dan batasan kajian, kepentingan kajian, sumbangan kajian, organisasi tesis dan kesimpulan.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Perbincangan dalam bahagian latar belakang kajian ini dibahagikan kepada dua fokus utama. Pertama, perbincangan mengenai perkembangan IPBI. Kedua, perbincangan mengenai perkembangan program latihan dalam pengurusan insan yang merangkumi

(22)

2

sejarah dan perkembangan awal program latihan dalam pengurusan insan, program latihan dalam pengurusan insan berdasarkan sejarah awal Islam, program latihan dalam pengurusan insan di Malaysia dan program latihan dalam pengurusan insan IPBI di Malaysia. Perbincangan bahagian latar belakang kajian ini seterusnya menjurus kepada perbincangan isu-isu berkaitan dengan program latihan dalam pengurusan insan IPBI di ILIM dalam bahagian pernyataan masalah.

1.2.1 Perkembangan Institusi Pembangunan Berteraskan Islam

IPBI merupakan institusi yang bertunjangkan falsafah dan prinsip-prinsip pembangunan berteraskan Islam (PBI). PBI pula merupakan pembangunan menyeluruh yang bertunjangkan ketauhidan kepada Allah SWT, berlandaskan tasawur Islam dan bersumberkan epistemologi Islam. PBI berbeza daripada pembangunan konvensional atau pembangunan Barat kerana PBI menyatupadukan kedua-dua aspek jasmani atau material dan aspek rohani atau spiritual dalam semua kegiatan pembangunan termasuklah pembangunan ibadah, pembangunan pendidikan, pembangunan pentadbiran, pembangunan pengurusan, pembangunan ekonomi, pembangunan perundangan dan sebagainya (Fadzila Azni Ahmad, 2013:1;

Muhammad Syukri Salleh, 1990:xix).

Oleh yang demikian, IPBI merupakan institusi yang bertindak sebagai mekanisme utama dalam pelaksanaan PBI. IPBI merangkumi institusi-institusi seperti institusi peribadatan, institusi pendidikan, institusi perbankan, institusi kewangan, institusi pentadbiran, institusi perundangan, institusi perubatan, institusi sosioekonomi,

(23)

3

institusi kemasyarakatan dan institusi ketenteraan (Fadzila Azni Ahmad, 2013:1;

Farah Farhana Johari, 2015:6; Noor Aini Mohd Salleh, 2015:10).

Pada zaman awal perkembangan Islam, IPBI terawal yang wujud ialah institusi peribadatan iaitu masjid. Masjid Quba}>’ merupakan institusi peribadatan sekali gus IPBI pertama yang dibina oleh Rasulullah SAW. Masjid Quba>’ dibina pada tahun ke- 13 kenabian Rasulullah SAW atau tahun pertama Hijrah (H) bersamaan dengan tahun 622 Masihi (M). Masjid ini turut menjadi model atau asas pembangunan masjid-masjid yang lain oleh umat Islam. Setelah tiba di Madinah, Rasulullah SAW dan para sahabat telah membina Masjid Nabawi yang seterusnya menjadi pusat pembangunan utama umat Islam ketika itu (Mohammad E. Ayub, 1996:3; Sidi Gazalba, 1994:126).

Rasulullah SAW telah menjadikan masjid sebagai sebuah pusat pelaksanaan hubungan antara manusia dengan Allah SWT (h}abl min Alla>h) dan hubungan manusia sesama manusia (h}abl min al-na>s). Fungsi masjid ketika zaman Rasulullah SAW ialah sebagai pusat ibadah, pusat kegiatan ilmu dan dakwah, pusat kegiatan sosial, pusat penyebaran syiar Islam, hospital, pusat pemerintahan dan pentadbiran, pusat pembentukan akhlak, pusat pembiayaan dan kewangan, tempat menuntut hak dan keadilan, pusat pertahanan dan ketenteraan serta pusat kebajikan. Fungsi ini turut dimainkan oleh hampir semua masjid yang dibangunkan pada zaman awal perkembangan Islam (Muhammad Syukri Salleh, 2002; Asmak Ali & Hashim Mat Said, 2008:30; Sulaiman Shakib Mohd Nor, Shariff Mustaffa, Abdul Halim Zulkiflee & Mohd Ridwanto Syaful Anwar, 2008).

Kini, institusi masjid tidak lagi berfungsi seperti pada zaman awal Islam sehinggalah zaman sebelum kejatuhan kerajaan Islam ‘Uthma>niyyat pada tahun 1924 M dan tidak

(24)

4

lebih hanya sebagai sebuah institusi peribadatan sahaja iaitu sebagai tempat menunaikan solat dan ibadah-ibadah tertentu semata-mata. Fungsi dan peranan masjid pada zaman awal Islam telah diambil alih oleh institusi-institusi yang lebih tertumpu kepada aspek-aspek pembangunan yang tertentu seperti aspek pendidikan, aspek perundangan, aspek sosial, aspek perekonomian, aspek ketenteraan dan sebagainya (Aminuddin Ruskam, 2008:21). Menurut Fadzila Azni Ahmad (2010:7), IPBI yang dibangunkan pada peringkat awal ini masih bersifat eksklusif kerana hanya tertumpu pada satu-satu aspek pembangunan tertentu. Walau bagaimanapun, IPBI yang telah wujud ini tetap menjalankan fungsi dan peranannya sebagai mekanisme utama PBI.

Di Malaysia, pembangunan dan perkembangan IPBI merupakan hasil daripada pelbagai usaha yang dilakukan untuk merealisasikan PBI. Usaha-usaha pelaksanaan PBI di Malaysia umumnya dan pembangunan IPBI di Malaysia khususnya dilihat lebih terkedepan berbanding dengan negara-negara umat Islam yang lain (Fadzila Azni Ahmad, 2010:9).1 IPBI yang berfokus kepada aspek-aspek tertentu seperti aspek

1 Kenyataan ini berasaskan kepada Perkara 3 (1) dan Perkara 12 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perkara 3 (1) menyatakan bahawa Islam merupakan agama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

Perkara 12 (2) pula menyatakan bahawa adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri untuk menubuhkan, menyenggarakan, membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam, mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan sebarang perbelanjaan sebagaimana yang perlu (Perlembagaan Persekutuan, 2009: 20 dan 28). Walau bagaimanapun, Fadzila Azni Ahmad (2013:

2-3) menyatakan bahawa pada peringkat awal, usaha pelaksanaan PBI di Malaysia masih terlalu sempit, perlahan dan tidak bersepadu kerana masih dipengaruhi oleh fahaman sekularisme. Hal ini turut berlaku kerana pada peringkat awal, elemen-elemen dalam perlembagaan tersebut seperti dalam Perkara 3 (1) ditafsirkan sebagai tanggungjawab melaksanakan Islam dalam majlis-majlis keraian dan sambutan perayaan hari-hari kebesaran Islam semata-mata. Kesedaran untuk merealisasikan PBI dalam konteks yang lebih menyeluruh hanya bermula pada akhir dekad 60-an dan awal dekad 70-an. Gerakan-gerakan Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pertubuhan Jemaah Islam Malaysia (JIM), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan pertubuhan Al-Arqam merupakan antara pelopor awal dalam mencetuskan kesedaran tentang pentingnya pembangunan yang berteraskan Islam. Usaha pelaksanaan PBI oleh pihak kerajaan hanya mula dipandang serius ketika pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia keempat dan kemudiannya diteruskan oleh penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima. Usaha ini telah melahirkan IPBI dari setiap aspek pembangunan seperti aspek peribadatan, aspek pendidikan, aspek perbankan, aspek kewangan, aspek pentadbiran dan sebagainya yang lebih formal, tersusun dan bersepadu (Ahmad Fauzi Abdul Hamid, 2003:129; Fadzila Azni Ahmad, 2013:3). Dari aspek peribadatan, pembangunan institusi masjid bertitik tolak daripada kesedaran usaha pihak kerajaan untuk memenuhi keperluan rakyat beragama Islam dalam

(25)

5

pendidikan2, aspek perbankan, aspek kewangan, aspek pentadbiran, aspek perundangan, aspek perubatan, aspek sosioekonomi, aspek kemasyarakatan, aspek ketenteraan dan sebagainya mula dibangunkan setelah institusi peribadatan atau masjid sebagai sebuah IPBI yang utama telah kehilangan fungsi dan peranannya dalam aspek-aspek tersebut (Sulaiman Shakib Mohd Nor, Shariff Mustaffa, Abdul Halim Zulkiflee & Mohd Ridwanto Syaful Anwar, 2008:82).

Perkembangan IPBI di Malaysia dalam aspek pendidikan amat ketara pada peringkat pendidikan tinggi.3 Selain itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pula

menunaikan ibadah-ibadah asas seperti solat, zakat dan haji. Pembangunan institusi masjid merupakan sebahagian daripada bahagian utama dalam pelan pembangunan lima tahun negara. Jaringan kebangsaan masjid turut dibentuk agar sistem maklumat bagi institusi masjid dapat diuruskan secara berkesan (Fadzila Azni Ahmad, 2013:4).

2 Antara IPBI yang lebih tertumpu kepada aspek-aspek tertentu ialah institusi pendidikan Islam.

Kegemilangan peradaban Islam berkait rapat dengan unsur pendidikan dan ilmu pengetahuan.

Penubuhan negara Islam Madinah oleh Rasulullah SAW telah menyaksikan institusi masjid dinobatkan sebagai sebuah institusi pendidikan dari aspek rohani dan jasmani sehingga menjadi mercu tanda kegemilangan peradaban dan kedaulatan umat Islam. Pendidikan yang bermula di masjid ini akhirnya membawa kepada penubuhan institusi pendidikan Islam yang lebih bersistematik. Ia jelas dapat dilihat daripada kesan kecemerlangan intelektual yang mewarnai kehidupan masyarakat sekitar abad ke-3 H hingga ke-5 H (Zulkiflee Haron, Mohd Nasir Ripin dan Farahwahida Mohd Yusof, 2008:2). Bermula daripada institusi pendidikan di rumah dan masjid maka tercetus usaha untuk mewujudkan pengajian di institusi yang lebih formal dan sistematik dikenali sebagai al-suffa>t dan al-kutta>b. Ia dianggap sebagai institusi pendidikan berbentuk formal yang terulung dalam sejarah pendidikan Islam. Dalam usaha mempelbagaikan dan memberikan wadah terhadap kepesatan perkembangan institusi pendidikan Islam peringkat pertama, maka telah terbentuk institusi pendidikan rasmi yang lebih sistematik. Beberapa buah institusi pendidikan terpenting pada sekitar abad ke-3 H hingga ke-5 H atau 9 M hingga 11 M mewakili secara keseluruhan tahap perkembangan institusi-institusi pendidikan Islam. Peranan institusi tersebut jelas mempengaruhi era keemasan pencapaian ilmu pengetahuan. Hasil daripada kecemerlangan yang dicapai di sekitar tiga abad ini berfungsi sebagai model dan sumber inspirasi kepada pertumbuhan institusi pendidikan Islam zaman kemudiannya. Institusi pendidikan sekitar tiga abad tersebut secara umumnya dapat dikategorikan seperti berikut iaitu pertama, institusi al-suffa>t dan al-kutta>b; kedua, institusi pendidikan dan perpustakaan seperti Bayt al-Hikma>t di Baghdad dan di seluruh wilayah Islam pada akhir abad ke-2 hingga ke-4 H; ketiga, institusi pendidikan dan masjid seperti Universiti al-Azhar di Mesir yang menyerlahkan pencapaian keilmuwan dan pendidikan Islam menjelang abad ke-4 H; dan keempat, institusi madrasah yang menampilkan model madrasah dalam sejarah perkembangan institusi pendidikan tinggi Islam, iaitu Madrasah Niza>miyyat di Baghdad dan wilayah jajahan ‘Abba>siyyat pada akhir abad ke-4 atau ke-5 H (Zulkiflee Haron, Mohd Nasir Ripin dan Farahwahida Mohd Yusof, 2008:2).

3 Antara institusi pendidikan tinggi Islam yang dibangunkan ialah seperti Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), yang ditubuhkan pada tahun 1980 dan dikenali sebagai Universiti Darul Iman (UDM) pada tahun 2006 sebelum dinaiktarafkan menjadi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) iaitu Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada tahun 2010, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang ditubuhkan pada tahun 1983, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) yang ditubuhkan pada tahun 1994, Kolej Islam Johor (KIJ) yang ditubuhkan pada tahun 1995, Kolej Universiti Islam

(26)

6

merupakan IPBI yang berfokus kepada aspek pentadbiran Islam. JAKIM telah ditubuhkan untuk menggubal dasar dan menyelaraskan pembangunan dan kemajuan hal ehwal Islam di Malaysia termasuklah menyelaraskan aktiviti persijilan halal di Malaysia (Noor Aini Mohd Salleh, 2015:2; JAKIM, 2017).

Selain IPBI yang telah dikemukakan, terdapat banyak lagi IPBI dari aspek pembangunan lain yang telah ditubuhkan di Malaysia. Antaranya ialah institusi sosioekonomi yang bertanggungjawab mengurus pelaksanaan ibadah zakat dan wakaf seperti institusi pengurusan zakat seperti Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ) yang ditubuhkan pada tahun 1991, Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang ditubuhkan pada tahun 1994 dan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) yang ditubuhkan pada tahun 2004; institusi kewangan4 seperti Lembaga Tabung Haji (LTH) yang ditubuhkan pada tahun 1963, Syarikat Takaful Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1984, Takaful Nasional Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada tahun 1993 dan Pasaran Modal Islam yang ditubuhkan pada tahun 1994; institusi perbankan seperti Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang ditubuhkan pada tahun 1983 dan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) yang ditubuhkan pada tahun 1999 ; institusi perundangan seperti Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang ditubuhkan pada tahun 1996 dan mahkamah-mahkamah syariah peringkat negeri;

Antarabangsa Selangor (KUIS) yang ditubuhkan pada tahun 1996, Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) yang ditubuhkan pada tahun 1996, Kolej Universiti Teknologi Islam (UNITI) yang ditubuhkan pada tahun 1997, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) yang ditubuhkan pada tahun 1997 dan dinaiktarafkan menjadi IPTA iaitu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada tahun 2007, Kolej Perbankan dan Kewangan Islam (KPKI) yang ditubuhkan pada tahun 1998, Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) yang ditubuhkan pada tahun 1999 yang kini dikenali sebagai Universiti Islam Sultan Azlan Shah (USAS), Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) yang ditubuhkan pada tahun 1999 dan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang ditubuhkan pada tahun 2006 (Pasukan Penyelidik USM, 2004; Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012).

4 Penjenisan dan pengkategorian institusi kewangan dan institusi perbankan berdasarkan senarai bank- bank Islam dan institusi pembangunan kewangan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (2016a

& 2016b).

(27)

7

institusi perubatan seperti Pusat Rawatan Islam Sdn. Bhd. (PUSRAWI) yang ditubuhkan pada tahun 1984, Hospital Tawakal yang ditubuhkan pada tahun 1984 dan Pusat Perubatan Koperasi Al-Hilal Sdn. Bhd. (KOHILAL) yang ditubuhkan pada tahun 1996; institusi kemasyarakatan seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang ditubuhkan pada tahun 1997; institusi dakwah seperti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada tahun 1974; dan institusi ketenteraan seperti Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) yang ditubuhkan pada tahun 1985 (Fadzila Azni Ahmad, 2013:7; Burhanuddin Jalal, 2015a:1; Bank Negara Malaysia, 2016a & 2016b).

Secara ringkasnya, perbincangan mengenai perkembangan IPBI ini termasuklah IPBI di Malaysia ini membawa perbincangan yang menjurus kepada perkembangan aspek pengurusan insan dalam kalangan pekerja secara umumnya dan aspek program latihan dalam pengurusan insan yang dilaksanakan dalam institusi tersebut secara khususnya.

Oleh yang demikian, perkembangan program latihan dalam pengurusan insan diteliti secara umumnya dan seterusnya penelitian dilakukan terhadap perkembangan program latihan dalam pengurusan insan berdasarkan sejarah awal Islam, di Malaysia dan di IPBI di Malaysia.

1.2.2 Perkembangan Program Latihan dalam Pengurusan Insan

Perbincangan sebelum ini menggambarkan bahawa perkembangan IPBI di Malaysia terutamanya selepas tahun 1980-an adalah sangat memberangsangkan (Fadzila Azni Ahmad, 2013:7). Kini, semakin banyak institusi termasuklah IPBI di Malaysia memberikan penekanan dan perhatian terhadap aspek pengurusan insan para

(28)

8

pekerjanya sebagai salah satu strategi untuk menghadapi persaingan dan cabaran yang timbul hasil perubahan yang berlaku dalam persekitaran global. Pengurusan insan merupakan salah satu aspek utama dalam pengurusan sesebuah institusi termasuklah IPBI yang menumpukan program-program seperti program latihan yang merangkumi pendidikan, pembelajaran dan pembangunan diri setiap pekerja serta keseluruhan institusi yang bertujuan meningkatkan keberkesanan dan produktiviti institusi tersebut.

Pekerja merupakan penggerak utama dan merupakan aset paling bernilai dalam sesebuah institusi kerana prestasi sebuah institusi tersebut banyak bergantung kepada kualiti pekerja yang dimiliki.

Program latihan merupakan salah satu cabang yang terbesar dan terpenting dalam aspek pengurusan insan dalam sesebuah institusi termasuklah IPBI (Rossilah Jamil, 2008:1; Ab. Aziz Yusof, 2015:63). Dalam kebanyakan institusi, program latihan disediakan oleh jurulatih, pengurus, konsultan dan pekerja yang berpengalaman.

Walau bagaimanapun, terdapat institusi yang mengambil individu luar sebagai jurulatih kepada pekerja-pekerja mereka. Jurulatih ini terdiri daripada individu atau institusi-institusi tertentu seperti universiti, kolej komuniti, institut teknikal dan vokasional, penyedia produk, firma-firma konsultan, institusi profesional dan institusi kerajaan (Noe, 2010:25). Latar belakang dan perkembangan program latihan dalam pengurusan insan ini dapat dibahagikan kepada empat bahagian utama iaitu sejarah dan perkembangan awal program latihan dalam pengurusan insan, program latihan dalam pengurusan insan berdasarkan sejarah awal Islam, program latihan dalam pengurusan insan di Malaysia dan program latihan dalam pengurusan insan IPBI di Malaysia.

(29)

9

1.2.2(a) Sejarah dan Perkembangan Awal Program Latihan dalam Pengurusan Insan

Dari perspektif sejarah dan perkembangannya, program latihan bukanlah sesuatu yang baru pada abad ke-21 M, tetapi telah melalui beberapa tahap perkembangan sejak peringkat awal tamadun manusia dan telah berubah secara beransur-ansur mengikut sistem kehidupan pada masa kini. Sejarah dan perkembangan program latihan dapat dilihat melalui beberapa tahap iaitu tahap awal, tahap pertengahan dan tahap moden.

Tahap awal program latihan bermula sejak tahun 2100 Sebelum Masihi (SM). Program latihan dan pemindahan kemahiran pada zaman dahulu dilaksanakan secara tidak formal dan lebih tertumpu kepada aktiviti pertukangan melalui program perantisan.

Bagi mengawal dan menggalakkan perkembangan program latihan pada zaman tersebut, semua peraturan dan prosedur latihan termaktub dalam The Code of Hammurabi iaitu undang-undang pertama di dunia. Undang-undang ini telah digubal

semasa pemerintahan Raja Babylon VI mulai tahun 1792 hingga 1728 SM (Ibrahim Mamat, 1996:13; Clark, 2015).

Program perantisan merupakan salah satu bentuk program latihan yang digunakan secara meluas terutamanya semasa Zaman Pertengahan. Disebabkan permintaan tenaga kerja dalam bidang pertukangan yang semakin meningkat, kebanyakan kanak- kanak pada zaman ini dikerah menjadi perantis kepada pakar-pakar atau orang-orang yang berpengalaman dalam bidang pertukangan. Hal ini untuk memastikan supaya pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini dapat diperturunkan kepada kanak- kanak tersebut sebagai persediaan untuk mereka memasuki alam pekerjaan (Clark, 2015).

(30)

10

Selepas program latihan dalam bidang pertukangan berkembang dengan pesatnya, ia disusuli pula dengan program latihan dalam bidang lukisan dan ukiran untuk mencantikkan kuil-kuil purba. Bidang ini berkembang dengan pesatnya sejajar dengan perkembangan agama Kristian pada masa tersebut, terutamanya di Itali.

Perkembangan ini diikuti pula dengan program latihan dalam bidang ketenteraan.

Program latihan ketenteraan pada masa tersebut tertumpu kepada program melatih tentera dalam seni mempertahankan diri bagi mencapai hasrat memperluaskan jajahan taklukan dan mempertingkatkan aspek pertahanan negara (Ibrahim Mamat, 1996:14).

Sejarah program latihan tahap pertengahan pula bermula apabila beberapa buah universiti seperti Universiti Paris, Perancis ditubuhkan untuk melatih rahib dalam bidang keagamaan, terutamanya agama Kristian. Program latihan rahib agama Kristian mula diajar secara formal di luar universiti di negara-negara Skandinavia iaitu bermula di Denmark Folk High School di Rodding pada tahun 1844. Program ini diasaskan oleh Biskop F.S. Grundtvig. Pusat latihan di Rodding juga melatih pelajar dalam bidang koperasi. Program melatih rakyat di Denmark berkembang dengan pesatnya kerana sokongan dan aspirasi yang tinggi dalam kalangan petani yang ingin memperjuangkan nasib mereka daripada terus ditindas oleh pihak tuan tanah (Ibrahim Mamat, 1996:13; Clark, 2015).

Pandangan dan ajaran Grundtvig mengenai agama Kristian telah menarik minat yang tinggi dalam kalangan penduduk dalam pergerakan koperasi dan pertanian. Program latihan di Denmark berasaskan prinsip-prinsip agama Kristian semata-mata dan bukan berasaskan kecemerlangan akademik dan vokasional. Kebanyakan pelatih terdiri daripada golongan petani. Idea Grundtvig ini terus berkembang ke negara Sweden,

(31)

11

Norway dan Finland dengan corak latihan yang sedikit berbeza. Tumpuan program latihan lebih diberikan terhadap usaha menanamkan semangat kebangsaan, semangat koperasi dan pembentukan watak. Walau bagaimanapun, tumpuan kurang diberikan dalam aspek keagamaan Kristian (Ibrahim Mamat, 1996:13; Clark, 2015).

Perkembangan program latihan pada era moden berlaku di Amerika Syarikat dengan pesatnya apabila beberapa buah institusi pendidikan tinggi seperti Universiti Oklahoma, Universiti Chicago, Michigan State dan Wisconsin menubuhkan Pusat Pendidikan Lanjutan yang dibiayai oleh Yayasan Kellogg. Kebanyakan klien pusat- pusat ini ialah institusi dan kumpulan profesional yang ingin mempertingkatkan kemampuan institusi dan kebolehan diri secara berterusan (Ibrahim Mamat, 1996:13;

Clark, 2015). Idea pendidikan lanjutan ini menjadi begitu popular pada tahun 1950-an dan 1960-an sehingga pihak Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan, Bangsa- bangsa Bersatu (UNESCO) memberikan peruntukan bagi menyebarkan konsep dan program latihan dalam pelbagai bidang ke seluruh dunia, terutamanya negara-negara membangun. UNESCO telah berjaya menubuhkan beberapa buah pusat latihan di negara-negara dunia ketiga seperti di Tsito dan di Ghana pada tahun 1962, di Senegal pada tahun 1967, di Cyprus pada tahun 1967 dan di India pada tahun 1977 (Ibrahim Mamat, 1996:13; Clark, 2015).

1.2.2(b) Program Latihan dalam Pengurusan Insan Berdasarkan Sejarah Awal Islam

Aspek pengurusan berteraskan Islam telah lama wujud iaitu sejak zaman Rasulullah SAW dan terus berkembang pada zaman Khalifah al-Ra>syidi>n, kerajaan Umayyat, kerajaan ‘Abba>siyyat sehingga zaman Turki ‘Uthma>niyyat. Kemajuan dan

(32)

12

perkembangan ilmu dalam aspek tersebut menjadi perlahan pada zaman kejatuhan kerajaan Turki ‘Uthma>niyyat. Kesempatan ini telah digunakan oleh para sarjana Barat dengan meneroka bidang pengurusan, pentadbiran dan seumpamanya hingga tampil sebagai bidang yang penting bagi setiap pengurus dan pentadbir pada masa kini (Mohd Yusri Ngah, 2004:51; Muhammad Nubli Abdul Wahab, 2008a:24).

Menurut Mohd. Nasir Omar (2005:58) dan Mohd Yusri Ngah (2004:51), perkembangan tersebut menjadikan ilmu-ilmu Islam turut dibahaskan oleh para sarjana Islam berdasarkan pandangan dan sumber-sumber rujukan Barat yang nyata tidak sesuai dengan kehendak dan matlamat Islam. Walaupun sistem pengurusan dari perspektif Barat dalam era global mendahului pengurusan berteraskan Islam, namun para sarjana Islam tetap berusaha memperkembangkan bidang pengurusan berteraskan Islam dalam setiap aspek dan fungsinya. Program latihan merupakan satu aspek penting dalam bidang pengurusan berteraskan Islam umumnya dan bidang pengurusan insan berteraskan Islam khususnya.

Perbincangan dalam bahagian ini hanya merujuk kepada sejarah dan perkembangan awal program latihan dalam pengurusan insan pada zaman perkembangan awal Islam iaitu pada zaman Rasulullah SAW dan zaman empat Khalifah al-Rasyidi>n sahaja dan tidak meneliti perbincangan mengenai program latihan dalam pengurusan selepas zaman perkembangan awal Islam tersebut. Dalam sejarah awal perkembangan Islam ini, secara umumnya, program latihan dalam pengurusan insan dilaksanakan secara tidak formal. Abderrahman Hassi (2012:1039) menyenaraikan sekurang-kurangnya terdapat empat bentuk program latihan dalam pengurusan insan yang dilaksanakan pada sejarah awal perkembangan Islam. Pertama, berbentuk kaedah komunikasi secara

(33)

13

langsung. Kedua, melalui h}alaqat. Ketiga, kaedah perantisan dan keempat, kaedah pelantikan cubaan. Dalam Islam, Allah SWT telah memerintahkan manusia supaya mengamalkan Islam secara menyeluruh dan memberikan panduan kepada manusia melalui al-Qur'an dan Hadith. Allah SWT telah memberikan penghuraian bagi perkara-perkara yang memerlukan huraian lanjut dan memberikan prinsip-prinsip umum bagi perkara-perkara yang difikirkan sendiri oleh manusia berpandukan prinsip- prinsip umum. Dalam konteks inilah individu Muslim bekerja dan berusaha. Malah pekerjaan merupakan satu fitrah dalam diri manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka, Nabi Soleh. Dia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah Allah SWT!

Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya. Dialah yang menjadikan kamu daripada bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu, mintalah ampun kepada Allah SWT daripada perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepada-Nya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hamba- Nya” (Hu>d, 11:61).5

Nabi Muhammad SAW secara khusus merupakan model bagi manusia dalam melakukan pekerjaan. Dengan pendekatan yang digunakan Rasulullah SAW, para

5 Allah SWT berfirman, “Dan kepada Thamud (Kami utus).” Mereka adalah orang-orang yang bertempat tinggal di kota-kota Hajar yang terletak di antara Tabuk dan Madinah. Mereka hidup sesudah kaum 'Ad, lalu Allah mengutus seorang rasul kepada mereka yang juga dari kalangan mereka, saudara mereka Soleh. Lalu Nabi Soleh memerintahkan mereka agar menyembah Allah SWT semata-mata.

Kerana itu, Soleh a.s. berkata kepada mereka: “Dia telah menciptakan kalian dari tanah.” Maksudnya, Dia memulakan penciptaan kalian daripada tanah; dari tanah Dia menciptakan nenek moyang kalian, iaitu Adam. “dan menjadikan kalian pemakmurnya.” Yakni Dia menjadikan kalian sebagai para pembangun yang memakmurkan bumi dan yang menggarap pemanfaatannya. Kerana itu, mohonlah ampunan-Nya atas dosa-dosa kalian yang telah lalu kemudian bertaubatlah kepada-Nya dalam menjalani masa depan kalian, yakni janganlah kalian ulangi lagi dosa-dosa itu pada masa akan datang.

Sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmat-Nya) lagi memperkenankan (doa hamba-Nya). Maksud ayat tersebut sama dengan apa yang disebutkan oleh Allah SWT dalam ayat yang lain, iaitu: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. (al-Baqarat, 2:

186), hingga akhir ayat (Ibn Kathi>r, 2004).

(34)

14

sahabat Baginda SAW semuanya bekerja, malah menjadi usahawan dan ahli perniagaan berjaya seperti ‘Abdul Rah{ma>n ‘Awf dan Abu> Darda>’. Isteri Rasulullah SAW, Siti Khadi>jat r.a. pula merupakan seorang ahli perniagaan wanita yang amat dihormati (Mohd Yusri Ngah, 2004:52). Islam menitikberatkan aspek latihan terhadap pekerja yang bertujuan meningkatkan keperluan bidang kerja dan juga pembangunan diri mereka. Latihan merupakan suatu tuntutan dalam pengurusan insan yang harus ada pada setiap pekerja. Rasulullah SAW mengambil inisiatif melatih para sahabatnya dalam aspek pengurusan dan pentadbiran urusan umat Islam dengan membekalkan panduan, tunjuk ajar dan nasihat. Rasulullah SAW merupakan orang yang pertama menggalas tanggungjawab dalam menyediakan pekerja-pekerja yang berkelayakan dan berkualiti untuk memenuhi pelbagai jawatan dalam pentadbiran negara Islam Madinah (Ahmad Ibrahim Abu Sin, 1991:316). Rasulullah SAW melatih ulama fiqh sebelum dihantar ke segenap wilayah taklukan Islam bagi mengajar urusan agama kepada umat Islam yang lain berdasarkan Hadith yang diriwayatkan oleh ‘Ali> Abi>

T{a>lib yang bermaksud:

“Rasulullah SAW mengutusku ke Yaman, maka aku berkata,

“Wahai Rasulullah SAW, engkau mengutusku untuk menjadi hakim di tengah manusia sementara aku seorang pemuda dan tidak mengerti bagaimana memberikan keputusan.” Ali berkata, “Baginda SAW lalu meletakkan tangannya ke dadaku seraya berdoa”, “Ya Allah SWT, tunjukilah hatinya dan teguhkanlah lisannya.” Ali berkata, “Setelah itu aku tidak ragu-ragu dalam memutuskan antara dua perkara” (Riwayat Ibn Maja>t, No. Hadith: 2310).

Dalam aspek ketenteraan misalnya, Rasulullah SAW memberikan keizinan kepada kaum wanita untuk turut serta dalam menghulurkan bantuan dalam peperangan. Kaum wanita turut diberikan latihan yang sesuai seperti menyediakan perkhidmatan yang sewajarnya kepada pasukan tentera seperti merawat tentera-tentera yang sakit dan

(35)

15

menyediakan makanan (Mohd Yusri Ngah, 2004:54; Yusma Fariza Yasin, 2016). Pada zaman Khalifah al-Rasyidi>n, program latihan secara lebih formal dan tersusun dengan mengikut jejak langkah Rasulullah SAW telah dilaksanakan. Khalifah ‘Umar al- Khatta>b r.a. pada masa pemerintahannya sentiasa mencari peluang untuk bersemuka dengan pegawai-pegawainya dan semua umat Islam pada musim haji. Perhimpunan agung pada musim haji merupakan musim persidangan, muktamar dan program latihan kepada gabenor-gabenor dan pegawai-pegawai wilayah untuk bertukar-tukar pendapat dan pengalaman dalam menyelesaikan segala permasalahan dan isu-isu dalam pengurusan yang timbul dalam pentadbiran mereka (Ab. Aziz Yusof, 2015:64;

Mohd Yusri Ngah, 2004:54).

Selain itu, Khalifah ‘Umar al-Khatta>b r.a. pernah menggalakkan umat Islam supaya melibatkan diri dalam tiga jenis latihan berbentuk fizikal yang turut dianjurkan oleh Rasulullah SAW, iaitu berlatih memanah, menunggang kuda dan berenang. Ketiga- tiga jenis latihan ini mempunyai maksud yang mendalam terhadap keterampilan fizikal dan pembangunan jasmani. Individu yang mempunyai kemahiran memanah akan berusaha mendapatkan daya tumpuan yang baik dan mendisiplinkan dirinya supaya mampu menjadi pemanah yang mahir. Begitu juga halnya dengan kemahiran berenang dan menunggang kuda yang memerlukan kekuatan yang konsisten dan ketangkasan yang luar biasa (Ab. Aziz Yusof, 2015:64).

Khalifah Abu> Bakar al-S{iddi>q r.a., Khalifah ‘Umar al-Khatta>b r.a., Khalifah ‘Uthman Affan r.a. dan Khalifah ‘Ali> Abu T{a>lib r.a. sewaktu zaman pemerintahan mereka turut menulis surat kepada gabenor masing-masing. Antara isi utama kandungan surat tersebut ialah arahan yang berhubungan dengan aspek pengurusan dan panduan-

(36)

16

panduan latihan berkaitan dengan urusan perundangan, bertindak adil dan memberi hak yang adil kepada rakyat, menimbang segala rayuan dan memperkemaskan lagi urusan pengurusan dan pentadbiran umat Islam. Mereka turut menyeru semua gabenor agar mengamalkan konsep kesederhanaan, bersifat zuhud dalam segala tindakan, tidak menerima sebarang hadiah, memenuhi permintaan rakyat dan selalu mengunjungi orang yang sakit (Mohd Yusri Ngah, 2004:54).

Berdasarkan perbincangan dan huraian tersebut, Islam turut mengambil berat terhadap kebolehan, keupayaan dan kualiti pekerja dalam menggalas tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan tidak mengetepikan pembangunan insan terutamanya dari aspek kerohanian. Rasulullah SAW menegaskan perkara ini dalam Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. yang bermaksud:

“Jika amanah telah disia-siakan, tunggu saja kehancuran terjadi.”

Ada seorang sahabat bertanya, “Bagaimanakah maksud amanah disia-siakan?” Rasulullah SAW menjawab, “Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu” (Riwayat al- Bukha>riy, No. Hadith: 6015).

Kesimpulannya, program latihan dalam pengurusan insan berdasarkan sejarah awal Islam dilaksanakan secara tidak formal. Walau bagaimanapun, ia tetap dilaksanakan secara menyeluruh iaitu merangkumi aspek latihan kemahiran, pengetahuan, keupayaan, sikap dan kerohanian yang didasarkan kepada ketauhidan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

(37)

17

1.2.2(c) Program Latihan dalam Pengurusan Insan di Malaysia

Perkembangan program latihan di Malaysia pula berlaku mengikut bidang-bidang tertentu seperti program latihan dalam bidang pengurusan dan pentadbiran, kepolisan, perguruan, vokasional, pertanian dan sebagainya. Program latihan dalam bidang pengurusan dan pentadbiran misalnya telah bermula sejak zaman penjajah lagi. Pada tahun 1920-an dan 1930-an, bakal pegawai, terutama di peringkat daerah, telah diberikan program latihan pra-perkhidmatan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MMKK). Bakal pegawai yang berkeinginan memasuki perkhidmatan Perkhidmatan Awam Malaya (MCS) pula diberikan program latihan secara ikatan (attachment) atau di bawah pembelajaran (under-study), terutama di pejabat tanah jajahan British di England (INTAN, 1979; Ibrahim Mamat, 1996:17).

Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, usaha membangunkan negara memerlukan penglibatan dan komitmen tinggi para pentadbir, memandangkan sektor perkhidmatan awam dikenal pasti sebagai jentera pelaksana utama bagi menjayakan projek-projek pembangunan. Oleh itu, peranan dan kepentingan latihan menjadi semakin kritikal untuk meningkatkan kebolehan, kemahiran dan kompetensi para pentadbir (Wan Kozil Wan Ahmad, 2012:47).

Peluang latihan terbuka dengan lebih meluas apabila Perkhidmatan Pentadbir Melayu (MAS) berpeluang memasuki perkhidmatan MCS. Begitu juga dengan graduan baru yang turut diberikan peluang mengikuti program latihan secara ikatan (attachment) untuk menjadi pegawai MCS. Penekanan program latihan tersebut lebih tertumpu kepada memenuhi keperluan politik daripada memenuhi keperluan pengurusan dan ini

(38)

18

sejajar dengan proses Malaysianisasi6 yang berlaku selepas merdeka (Ibrahim Mamat, 1996:15).

Selepas merdeka, kerajaan menyedari bahawa program latihan untuk pegawai tadbir Melayu dalam bidang pentadbiran sangat diperlukan. Bagi mencapai hasrat tersebut, sebuah pusat latihan7 ditubuhkan di Port Dickson, Negeri Sembilan pada September 1959. Kursus yang ditawarkan pada masa tersebut lebih menumpukan kepada aspek pentadbiran tanah, pentadbiran kewangan dan kerajaan tempatan. Keperluan program latihan untuk pegawai tadbir Melayu terus diberikan penekanan dari semasa ke semasa sehingga tertubuhnya Dewan Latihan Pegawai-pegawai Kerajaan pada tahun 1963 yang lebih menekankan keperluan dan strategi pegawai kerajaan mendampingi kumpulan klien (Wan Kozil Wan Ahmad, 2012:47; Ibrahim Mamat, 1996:15).

6 Proses Malaysianisasi merupakan proses penggantian pegawai ekspatriat British dengan warganegara Malaya yang berlaku dalam tempoh awal kemerdekaan Malaysia (Shaari Mohd. Noor, 2014:26).

7 Bagi memperkemaskan sistem pentadbiran, pada September 1959, pihak kerajaan telah menyewa sebuah bangunan yang terletak di tepi pantai kira-kira 13 kilometer dari bandar Port Dickson untuk memberikan latihan bagi pegawai-pegawai pentadbirnya. Pada awal penubuhannya, institusi ini dikenali sebagai Dewan Latihan Pegawai-pegawai Kerajaan dan diletakkan di bawah pentadbiran Pejabat Perjawatan Persekutuan. Berkonsepkan pusat latihan berkediaman, Dewan Latihan ini dilengkapi dengan 16 buah bilik tidur, lengkap dengan perkakas, bilik mandi dan tandas. Pengetuanya yang pertama ialah B.W.B. Chapman sementara Encik Abdul Majid Mohd Yusoff ialah anak watan yang pertama dilantik menjadi Pengetua Dewan Latihan pada tahun 1962. Bahagian ini terdiri daripada dua komponen iaitu Bahagian Latihan dan Kerja-arah dan Dewan Latihan Pegawai-pegawai Kerajaan.

Secara umumnya Bahagian Latihan dan Kerja-arah melaksanakan perancangan program latihan bagi pegawai-pegawai di Jabatan Persekutuan melalui tawaran biasiswa serta kursus di dalam dan di luar negara termasuk program latihan khas bagi semua Pegawai Pentadbir dalam Perkhidmatan Dalam dan Luar Negeri. Selain itu, Bahagian ini menggubal dasar latihan dan kemajuan kerjaya serta memantau pelaksanaannya melalui Dewan Latihan Pegawai-pegawai Kerajaan dan Jabatan-jabatan Persekutuan.

Selari dengan perancangan yang digagaskan, Dewan Latihan Pegawai-pegawai Kerajaan di Port Dickson pula menganjurkan kursus-kursus jangka pendek bagi pegawai perkhidmatan awam. Dewan Latihan ini terus berkembang dan beroperasi dengan nama barunya Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) mulai Jun 1972 dan berpindah premis operasi di Jalan Elmu, Petaling Jaya. Selain INTAN, entiti yang dikekalkan di bawah Bahagian Latihan dan Kemajuan Kerjaya pada masa tersebut ialah Sekolah Bahasa Cina dan Pusat Pentadbiran Pembangunan Asia (Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), 2017).

(39)

19

Program latihan seterusnya berkembang dalam jangka masa Rancangan Malaysia Pertama. Institusi latihan, sama ada anjuran kerajaan atau swasta dikehendaki memenuhi keperluan program latihan dalam bidang kemahiran, pengurusan, perniagaan dan teknikal. Oleh itu, Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN) telah ditubuhkan pada tahun 1962 untuk mengendalikan kursus-kursus pengurusan dan perniagaan. Seterusnya, Institut Pengurusan Malaysia pula telah ditubuhkan pada tahun 1966 dan Bahagian Pembangunan Latihan dan Kerjaya, Jabatan Perkhidmatan Awam pula telah ditubuhkan pada tahun 1969 (Ibrahim Mamat, 1996:15; Zol Hilmi Hamdan, 1991:22).

Strategi program latihan menjadi lebih tersusun apabila Unit Pembangunan Pentadbiran di Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan satu laporan kajian mengenai keperluan tenaga manusia pada tahun 1969. Laporan tersebut mengesyorkan penubuhan sebuah institusi yang benar-benar berorientasikan pembangunan untuk memberikan program latihan pengurusan kepada pegawai pada semua peringkat dalam pentadbiran semua agensi kerajaan. Hasil syor ini, tertubuhlah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) pada 1 September 1972. INTAN berperanan sebagai sebuah institusi latihan pengurusan dan pentadbiran yang gigih dan berkesan dalam pembangunan negara (Wan Kozil Wan Ahmad, 2012:48; Ibrahim Mamat, 1996:17; Zol Hilmi Hamdan, 1991:22).

Selain itu, beberapa buah maktab perguruan untuk melatih bakal guru dan guru sekolah vokasional telah dibina untuk menyediakan generasi muda yang berkemahiran dan berkelayakan dalam bidang pertukangan, elektrik, jentera dan pembinaan. Di samping itu, pusat-pusat latihan belia diwujudkan untuk melahirkan belia yang berkebolehan

(40)

20

dalam bidang yang berkaitan dengan perindustrian. Badan-badan berkanun juga telah menganjurkan program latihan jangka masa pendek untuk para petani, nelayan, peniaga, pengusaha kilang dan usahawan untuk mempertingkatkan kemahiran mereka.

Semua program latihan kemahiran dan vokasional ini merupakan satu strategi penting untuk memenuhi matlamat perindustrian negara (Ibrahim Mamat, 1996:15; Zol Hilmi Hamdan, 1991:22).

1.2.2(d) Program Latihan dalam Pengurusan Insan IPBI di Malaysia

Perbincangan mengenai sejarah dan perkembangan program latihan dalam pengurusan insan ini menggambarkan bahawa program latihan merupakan salah satu cabang yang terbesar dan terpenting dalam disiplin pengurusan insan dalam sesebuah institusi termasuklah IPBI di Malaysia. Secara umumnya, pengurusan insan merupakan satu proses yang bermatlamatkan mengemaskinikan, menambah baik kualiti dan membantu insan atau tenaga kerja untuk mencapai dan meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran, minda, perwatakan dan keupayaan yang disesuaikan dengan realiti dan perubahan yang berlaku demi kelangsungan, peningkatan produktiviti dan daya saing institusi (Panel Akademi Pengurusan YaPEIM, 2011:135; Abderrahman Hassi, 2012:3).

Kebanyakan institusi turut menganggap bahawa pengurusan insan sebagai satu usaha yang penting ke arah pembangunan institusi. Konsep program latihan merupakan satu intervensi formal dan terancang yang dilakukan oleh institusi bertujuan membekalkan pekerjanya dengan kemahiran (skills), pengetahuan (knowledge) dan keupayaan (abilities) yang diperlukan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka

Referensi

Dokumen terkait

Kesimpulan daripada kajian ini mendapati bahawa minat staf akademik terhadap semua jenis dan format program latihan dalam PPP adalah pada tahap sederhana dan tinggi. Oleh itu,

Justeru, dalam konteks kajian ini, untuk mendapatkan maklumat mengenai pembinaan pernyataan visi dan misi yang diguna pakai oleh institusi PBI di Malaysia

Hasil kajian melalui analisis data dengan menggunakan perisian ATLAS-Ti menunjukkan terdapat enam cabaran pelaksanaan program PMI di JAKIM iaitu kandungan

Bengkel dan kursus pembangunan kerjaya mestilah lebih kerap dilaksanakan dalam setahun supaya latihan yang diikuti oleh penjawat awam tersebut dapat dimanfaatkan

Dalam kajian ini, keberkesanan program latihan merujuk hasil daripada program AKRAB yang ingin dicapai melalui penilaian program AKRAB yang dijalankan dari peringkat

Maklumbalas tersebut membuatkan pengurus latihan bersetuju bahawa pihak ILIM mestilah kerap mengadakan bengkel dan kursus secara bersiri bagi mempertingkatkan kemahiran dan membangunkan

AMTRAK K a j i a n ini merupakan suatu kajian penerimaan guru-guru terhadap keberkesanan pengurusan latihan dalaman di tigabelas buah sekolah menengah dalam Daerah Kota Setar, Kedah