ASAS-ASAS PROGRAM LATIHAN DALAM PENGURUSAN INSAN BERTERASKAN ISLAM
4.3 ACUAN PROGRAM LATIHAN DALAM PENGURUSAN INSAN BERTERASKAN ISLAM
dibincangkan dalam Bab 2 sebelum ini. Faktor pertama, program latihan dalam pengurusan insan ini berkaitan dengan pekerja dalam sesebuah institusi termasuklah IPBI yang merupakan mekanisme utama pelaksanaan PBI. Faktor kedua, setakat ini, belum terdapat kajian atau karya yang membincangkan secara khusus mengenai program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam dan seterusnya tidak terdapat lagi kajian atau karya khusus mengenai asas-asas program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam yang dibentuk berdasarkan acuan, prinsip-prinsip dan matlamat utama PBI. Dalam bahagian ini, asas-asas program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam dibentuk berdasarkan acuan, prinsip-prinsip dan matlamat utama PBI. Pengenalpastian ini akhirnya membentuk asas-asas program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam yang berdasarkan acuan, prinsip-prinsip dan matlamat utama PBI.
4.3 ACUAN PROGRAM LATIHAN DALAM PENGURUSAN INSAN BERTERASKAN ISLAM
Tasawur secara umumnya merupakan acuan, asas dan teras sesuatu perkara. Secara etimologinya, tasawur merupakan asas, gambaran, tanggapan dan cara pandang terhadap segala sesuatu (Mohd Shukri Hanapi, 2013:3). Mohd. Kamal Hassan (1993) menyatakan bahawa tasawur membawa makna gambaran atau penjelasan yang komprehensif dan hakiki mengenai sesuatu. Apabila perkataan tasawur digabungkan bersama-sama dengan perkataan Islam, maka ia membentuk tasawur Islam yang bermaksud gambaran komprehensif atau hakiki mengenai Islam yang bertujuan memperjelaskan secara keseluruhan prinsip asas Islam secara benar sehingga menjadi
145
asas kepada pandangan hidup dan bersebati dalam diri seseorang insan (Haron Din, 1992:3; Ramli Awang, 2002:6; Muhammad Syukri Salleh, 2003a:21; Fadzila Azni Ahmad, 2010:30; Mohd Shukri Hanapi, 2013:11).
Tasawur Islam memainkan peranan yang penting dan merupakan asas atau acuan bagi setiap aspek kehidupan manusia. Hal ini bermakna, setiap tindakan manusia dipengaruhi dan dicorakkan oleh tasawurnya (Mohd. Kamal Hassan, 1993;
Muhammad Syukri Salleh, 2003a:21). Menurut Ramli Awang (2002) dan Muhammad Syukri Salleh (2003a:21), terdapat tiga elemen utama dalam tasawur Islam iaitu pertama, Allah SWT sebagai Pencipta, kedua, manusia merupakan makhluk dan ketiga, sumber alam juga adalah makhluk seperti manusia, tunduk dan patuh kepada Pencipta iaitu Allah SWT.
Dalam konteks PBI, ia mestilah didasarkan dengan tasawur Islam yang meletakkan aspek akidah tauhid sebagai paksi utama dalam PBI. Hal ini selari dengan pandangan Mohd. Affandi Hassan (1992:57) yang menyatakan bahawa dalam proses menerapkan konsep akidah tauhid dalam pembangunan, gambaran atau world-view berkenaan dengan aspek akidah tauhid perlu difahami terlebih dahulu kerana ia merupakan asas utama dalam memberikan gambaran yang jelas mengenai Islam. Aspek tasawur Islam ini amat penting dalam aspek PBI. Dalam aspek program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam juga tidak boleh mengetepikan aspek tasawur Islam ini. Dapat disimpulkan juga bahawa, program latihan dalam pengurusan insan yang berpaksikan akidah tauhid ini perlu mempunyai tiga elemen utama iaitu pertama, program latihan dalam pengurusan insan tersebut mestilah menjurus kepada pemantapan aspek akidah, pengamalan kolektif akhlak mulia dan wawasan iman dan muamalah Islam; kedua,
146
matlamat program latihan dalam pengurusan insan tersebut mestilah berkait dengan iman dan amal. Matlamat akhirnya ialah mencapai mard}a>t Alla>h; dan ketiga, semua bentuk program latihan dalam pengurusan insan tersebut hendaklah mampu mencapai matlamat yang telah ditetapkan (Syamsul Bahri Andi Galigo, 2007:1).
Acuan atau asas kepada PBI ialah tasawur Islam yang meletakkan akidah tauhid sebagai paksi atau teras utama. Akidah membentuk tasawur seseorang manusia ini menjadi pemangkin perkembangan bidang lain dalam pembangunan manusiawi (Ahmad Munawar Ismail & Kamarul Azmi Jasmi, 2016:29). Akidah tauhid merupakan konsep ketuhanan yang merupakan asas keimanan dan keyakinan manusia tentang kewujudan dan keesaan Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya.”
(al-Ikhlas, 112:1-4).
“(Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Dia mempunyai anak sedang Dia tidak mempunyai isteri? Dia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya. Yang demikian (sifat-sifat-Nya dan kekuasaan-Nya) ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka beribadatlah kamu kepada-Nya dan (ingatlah) Dialah yang mentadbirkan segala-galanya” (al-An‘am, 6:101-102).
Akidah tauhid berasaskan tiga konsep pokok, iaitu iman, ilmu dan amal. Iman dalam pengertian ringkasnya ialah keyakinan terhadap kewujudan dan keesaan Allah SWT dan komitmen terhadap ajaran wahyu yang disampaikan oleh Allah SWT melalui para nabi dan rasul, yang akhirnya mempengaruhi cara berfikir dan bertindak (Mohd.
147
Affandi Hassan, 1992:20). Pendekatan yang bersepadu dalam PBI semestinya meletakkan aspek akidah tauhid ini sebagai teras utama. Akidah tauhid ini merupakan inti pati ajaran Islam dan tanpa akidah tauhid tidak akan wujudnya Islam. Oleh itu, konsep akidah tauhid ini mencerminkan pandangan dunia dan pandangan alam yang bersepadu dan bertujuan menghubungkan manusia dengan Penciptanya iaitu Allah SWT dan menghubungkan manusia sesama manusia dan alam (Ahmad Munawar Ismail & Kamarul Azmi Jasmi, 2016:17).
Program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam seharusnya bersandarkan tasawur PBI yang meletakkan aspek akidah tauhid ini sebagai paksi utama. Program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam yang dilaksanakan juga hendaklah mengukuhkan aspek h}abl min Alla>h dan h}abl min al-na>s. Penyedia program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam seharusnya mempunyai kefahaman tentang tasawur Islam yang jelas mengenai prinsip, dasar, falsafah serta hala tuju program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam. Aspek akidah tauhid ini harus merentasi semua bidang kerana ia mendasari dan menjadi tunjang kepada perkembangan ilmu-ilmu lain (Sidek Baba, 2016; Ahmad Munawar Ismail & Kamarul Azmi Jasmi, 2016:29).
Siri program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam yang dirancang dan dilaksanakan semestinya mengukuhkan hubungan menegak (h}abl min Alla>h) iaitu hubungan manusia dengan Allah SWT dan hubungan mendatar (h}abl min al-na>s) iaitu merangkumi hubungan manusia sesama manusia dan manusia dengan alam. Hal ini bermakna segala bentuk dan kandungan dalam program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam mestilah mengutamakan aspek akidah tauhid iaitu hubungan
148
manusia dengan Allah SWT serta menanam nilai-nilai Islam yang universal agar menjadi asas dalam diri peserta program latihan tersebut bagi membentuk akhlak dan gaya hidup yang baik (Supyan Hussin, 2012). Wan Liz Ozman Wan Omar (1996:54) mengukuhkan lagi pernyataan Supyan Hussin (2012) tersebut dengan menyatakan bahawa terdapat implikasi-implikasi yang positif jika aspek akidah tauhid diterapkan dalam pelbagai aspek termasuklah dalam program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam.
Secara khususnya, penghayatan aspek ini memberikan lapan kesan utama terhadap minda, sikap dan tindakan seseorang Muslim iaitu pertama, seseorang Muslim bersikap terbuka, tidak jumud dan tidak sempit fikirannya. Dengan itu, seseorang Muslim tersebut menjadi seorang pekerja yang amanah, cekap dan berdisiplin. Kedua, aspek akidah tauhid ini melahirkan insan yang mempunyai maruah diri dan keyakinan diri yang tinggi; ketiga, menjana insan yang mempunyai sifat rendah diri dan tawaduk;
keempat, menjadikan seseorang insan itu soleh, berani dan menegakkan kebenaran;
kelima, tidak mudah berputus asa ketika berlaku kegagalan; keenam, membangunkan insan yang mempunyai tahap kesabaran, keazaman dan kesungguhan yang tinggi;
ketujuh, mewujudkan sikap aman dan membuang sifat dengki, tamak dan iri hati dan;
kelapan, menjadikan manusia patuh dan tunduk kepada peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah SWT (Wan Liz Ozman Wan Omar, 1996:50).
Akidah tauhid turut menjadi sumber kekuatan dalam membangunkan insan. Apabila insan memiliki ikatan dengan Penciptanya iaitu Allah SWT, dengan sendirinya tasawurnya sudah berpaut dalam lingkungan keesaan terhadap Allah SWT. Apabila ikatan ini diperkukuhkan dengan amalan, ia meletakkan Allah SWT lebih utama
149
daripada insan dan juga sebagai sumber utama kepada segala-galanya (Sidek Baba, 2012:205). Dalam proses membentuk pembangunan insan yang unggul, aspek utama yang dititikberatkan oleh Rasulullah SAW ialah mendidik dan melatih dengan menerapkan akidah yang mantap dalam diri setiap umat Islam iaitu dengan beriman kepada Allah SWT dan menerapkan akhlak Islam dalam kehidupan. Tujuan utama Rasulullah SAW menerapkan akidah yang mantap dan akhlak Islam ini adalah untuk memperlengkapkan umat Islam dengan kefahaman Islam secara mendalam agar mereka dapat mengendalikan kehidupan berasaskan ajaran Islam dan seterusnya membina sahsiah dan kekuatan yang mantap dalam semua aspek kehidupan (Al-Nawawiy, 1983; Razaleigh Muhamat@ Kawangit, 2015:20; Mohd Roslan Mohd Nor
& Ahmad Zaki Berahim Ibrahim, 2010; Syamsul Bahri Andi Galigo, 2007:2).
Sebarang usaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam pengurusan insan termasuklah dalam aspek program latihan perlu berteraskan tasawur Islam yang meletakkan aspek akidah tauhid sebagai paksi utama. Program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam yang sebenar ialah integrasi daripada latihan berbentuk fizikal dan pendisiplinan aspek spiritual manusia ke arah mencapai nilai kebahagiaan spiritual yang merupakan kebahagiaan yang bersifat abadi. Setiap pengisian dalam program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam yang diadakan seharusnya mempertingkatkan pengetahuan mengenai aspek akidah tauhid ini (Razaleigh Muhamat@ Kawangit, 2015:20; Ahmad Munawar Ismail & Kamarul Azmi Jasmi, 2016:29).
Dalam erti kata lain, program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam semestinya menjadikan pekerja dalam sesebuah institusi menghubungkan diri mereka
150
kepada Allah SWT dalam setiap pekerjaan dan tindakannya dalam kehidupan seharian.
Bagi mengukuhkan akidah tauhid pada diri pekerja, Islam telah mengemukakan kaedah untuk membentuk jiwa manusia tentang kefahaman tentang keimanan kepada Allah SWT sebagai salah satu asas dalam program latihan dalam pengurusan insan.
Terdapat beberapa kaedah yang boleh dijadikan asas pemantapan akidah tauhid dalam kalangan peserta program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam. Pertama, membuka jiwa dengan kalimah tauhid (la> ila>h}a illa Lla>h). Kalimah ini akan menjadi membentuk fitrah manusia yang sentiasa berkembang ke arah yang positif. Kedua, menanamkan kefahaman dalam kalangan peserta tentang konsep halal dan haram menurut Islam serta membiasakan diri untuk meyakini dan mengamalkannya. Ketiga, mengutamakan pelaksanaan ibadah solat lima waktu sepanjang pelaksanaan program latihan sehingga menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan. Keempat, menanamkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW, sebagai idola dalam kehidupan serta mencintai bacaan al-Qur’an sehingga pola pemikirannya sentiasa tertumpu kepada keinginan mencontohi akhlak dan kehidupan Rasulullah SAW dan merealisasikan kandungan isi al-Qur’an (Abu Hamid Al-Ghazali>y, 1973; Syamsul Bahri Andi Galigo, 2007:4)
Berdasarkan perbincangan dalam bahagian ini, dapat dirumuskan beberapa perkara dalam acuan program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam. Pertama, akidah tauhid merupakan paksi utama program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam. Kedua, elemen-elemen utama tasawur Islam ini ialah hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam.
151
4.4 PRINSIP-PRINSIP PROGRAM LATIHAN DALAM PENGURUSAN