KAJIAN LEPAS DAN SOROTAN KARYA
2.2 KAJIAN LEPAS
2.2.3 Kajian Program Latihan dalam Pengurusan Insan IPBI
Berdasarkan penelitian, terdapat banyak kajian yang membincangkan mengenai IPBI.
Kajian-kajian ini boleh dibahagikan kepada beberapa tema kajian tertentu iaitu mengikut jenis-jenis atau aspek-aspek pembangunan setiap institusi tersebut. Pertama, kajian-kajian mengenai IPBI secara umum iaitu merangkumi semua atau sebahagian dari aspek-aspek pembangunan. Kedua, kajian-kajian yang memfokuskan setiap jenis IPBI mengikut aspek-aspek pembangunannya seperti institusi peribadatan, institusi pendidikan, institusi perbankan, institusi kewangan, institusi pentadbiran, institusi sosioekonomi, institusi kemasyarakatan, institusi perubatan, institusi kehakiman dan institusi ketenteraan. Ketiga, kajian-kajian yang memfokuskan program latihan dalam pengurusan insan IPBI. Tema kajian yang ketiga ini menjadi fokus utama penelitian terhadap kajian-kajian lepas dalam bahagian ini.
Terdapat beberapa orang penyelidik yang menumpukan kajiannya kepada beberapa jenis IPBI secara umum dalam aspek-aspek tertentu. Antaranya ialah Fadzila Azni
72
Ahmad (2010), Mohd Roslan Mohd Nor (2012) dan Farah Farhana Johari (2014).
Kajian oleh Fadzila Azni Ahmad (2010) menumpukan kepada kaedah pengurusan di IPBI di Malaysia. Kajian Fadzila Azni Ahmad (2010) menilai kaedah pengurusan paling banyak diguna pakai di IPBI di Malaysia dari perspektif tasawur, epistemologi, ontologi dan aksiologi. Kajian tesis ini berbeza dengan kajian Fadzila Azni Ahmad (2010) dari aspek subjek kajiannya dan aspek penganalisisan data kajian. Selain meneliti semua IPBI secara umum, terdapat ramai penyelidik yang memfokuskan terhadap satu-satu jenis IPBI seperti kajian mengenai institusi peribadatan, institusi pendidikan, institusi perbankan, institusi kewangan, institusi pentadbiran, institusi sosioekonomi, institusi kemasyarakatan, institusi perubatan, institusi kehakiman dan institusi ketenteraan.
Kajian Mohd Roslan Mohd Nor (2012) pula memfokuskan mengenai sejarah perkembangan IPBI di Malaysia. Kajiannya mendapati bahawa pada awal 1980-an, kerajaan memulakan program Islamisasi secara intensif termasuklah agenda untuk menaiktarafkan IPBI. Malah, banyak usaha telah diberikan oleh kerajaan dalam melaksanakan Islam secara sederhana di Malaysia. Hasilnya, banyak IPBI telah ditubuhkan untuk mempromosikan agenda kesederhanaan dan membuktikan bahawa agama bukanlah satu ancaman kepada negara untuk menjadi progresif. Hal ini merupakan kunci bagi negara untuk berjaya dalam aspek ekonomi, pentadbiran, dan institusi dengan kestabilan politiknya.
Selain itu, kajian Farah Farhana Johari (2014) pula mendapati bahawa walaupun IPBI semakin berkembang pesat di Malaysia, namun didapati bahawa pernyataan visi dan misi IPBI di Malaysia yang dipamerkan tidak serasi dengan asas utama PBI dan
73
memerlukan usaha daripada IPBI bagi memastikan setiap aspek pengurusannya selari dan bertepatan dengan asas utama PBI.
Antara penyelidik yang menumpukan kajian mereka terhadap institusi peribadatan ialah Muhammad Syukri Salleh (2002), Yusmini Md. Yusoff dan Mohd Anwarulhaq Sulaiman (2004), Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad dan Radiah Abdul Kader (2012) dan Mohd Yahya Mohd Hussin, Fidlizan Muhammad, Azila Abdul Razak dan Nurul Fadly Habidin (2014). Institusi pendidikan merupakan antara jenis IPBI yang paling banyak dijadikan sebagai sampel kajian. Kajian-kajian mengenai institusi pendidikan telah dilaksanakan oleh penyelidik-penyelidik seperti Md Zuki Hashim (1997), Faridah Mydin Kutty (2003), Mohd Sukeri Hamid (2004), Mohd. Zaidi Mohd. Zain (2005), Narshima Abdul Rahman (2005), Rosliza@ Rosli Mahmud (2005), Supyan Hussein (2007), Fadzila Azni Ahmad (2010) dan Abang Mohd. Razif Abang Muis (2014).
Selain itu, terdapat para penyelidik yang memfokuskan kajian mereka terhadap IPBI dalam aspek perbankan. Antara penyelidik yang melakukan kajian institusi perbankan ialah Zainal Abidin Mohd Tahir (2002), Mohd Fauzwadi Mat Ali (2004), Mohd Daud Awang (2007), Nathan dan Ribiere (2007) dan Yoosuf Cader et al. (2013). Penyelidik yang memfokuskan kajian terhadap IPBI dalam aspek kewangan ialah seperti Nor
‘Azzah Kamri (2007), Mohd Zamerey Abdul Razak (2008), Fadzila Azni Ahmad (2014) dan Siti Arni Basir, Ilhaamie Abdul Ghani Azmi, Sharifah Hayaati Syed Ismail, Patmawati Ibrahim dan Hasam Albanna Mohamed (2017). Siti Arni Basir et al. (2017) memfokuskan pelaksanaan pengurusan kualiti Islam Malaysia MS1900 terhadap Pusat Zakat Melaka.
74
Kajian mengenai institusi pentadbiran pula telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik seperti Anisah Ab Ghani dan Muhammad Safiri Ismail (2010), Sayuti Ab Ghani, Mohd Hamran Mohamad, Hasan Al-Banna Mohamed dan Basri Abdul Ghani (2011) dan Noor Aini Mohd Salleh (2014). Seterusnya, kajian mengenai institusi sosioekonomi pula telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik seperti Kaslam Shawal dan Bahrom Hasan (2007), Hairunnizam Wahid (2009), Ram Al Jaffri Saad, Kamil Md. Idris dan Zainol Bidin (2009), Ahmad Shahir Makhtar dan Adibah Abdul Wahab (2010), Fidlizan Muhammad, Mohd Yahya Mohd Hussin, Salwa Amirah Awang dan Abdul Majid Tahir Mohamed (2012), Md Hairi Md Hussain, Kamil Md. Idris dan Ram Al Jaffri Saad (2012), Ahmad Hidayat Buang dan Saidatul Badrul Mohd Said (2014), Azman Ab Rahman, Mohamad Yazis Ali Basah, Mahdhir Abdullah, Mohammad Noorizzudin Nooh dan Ahmad Anis Mohd Fauzi (2014), Ram Al Jaffri Saad, Norazita Marina Abdul Aziz dan Norfaiezah Sawandi (2014), Abd Halim Mohd Noor, Mohamed Saladin Abdul Rasool, Rozman Md. Yusof, Siti Mariam Ali dan Rashidah Abdul Rahman (2015) dan Heru Susetyo (2015).
Selain itu, terdapat penyelidik yang memfokuskan kajian mereka terhadap IPBI dalam aspek kemasyarakatan seperti Zalina Zakaria (2007). Kajian mengenai institusi perubatan juga telah ada dilakukan oleh penyelidik-penyelidik seperti Khadher Ahmad, Mohd Farhan Md Ariffin dan Ishak Suliaman (2014), Haslinda Lukman, Latifah Abd. Majid dan Wan Nasyrudin Wan Abdullah (2015), Khadher Ahmad, Fauzi Deraman, Mohd Farhan Md Ariffin dan Wan Noor Azila Wan Kamaruzaman (2015) dan Mohd Farhan Md Ariffin, Khadher Ahmad, Muhammad Ikhlas Rosele dan Mohamad Zaim Isamail (2015).
75
Selain itu, terdapat penyelidik yang memfokuskan kajian mereka terhadap IPBI dalam aspek perundangan. Antaranya ialah seperti Mohamed Azam Mohamed Adil (2000), Raihanah Abdullah (2000), Mohd Nazri Ahmad (2001), Amir Husin Md Nor dan Siti Safwati Mohd Sharif (2006), Ruzman Md. Noor (2007), Nasrul Hisyam Nor Muhamad (2008), Siti Zubaidah Ismail (2008), Basri Ibrahim dan Syed Mohd Azmi Syed Abd Rahman (2009), Raihanah Abdullah (2009), Raihanah Azahari, Bahiyah Ahmad dan Asmak Ab. Rahman (2012) dan Pg Ismail Pg Musa dan Siti Zubaidah Ismail (2015).
Institusi ketenteraan merupakan antara jenis IPBI yang dijadikan sebagai sampel kajian namun tidaklah menjadi tumpuan utama para penyelidik. Antara penyelidik yang mengkaji institusi ini ialah Wan Yahaya Wan Ahmad (t.t.), Shaykh Wan, Jamsari Ezad Azraai, Abu Hassan Ashari Mohd Zulfazdslee, Rozali Ermy Azziaty dan Mohd Yunus Mohd Yusrizal (2011), Burhanuddin Jalal (2015a) dan Burhanuddin Jalal (2015b).
Berdasarkan penelitian terhadap kajian-kajian yang berkaitan dengan program latihan dalam pengurusan insan IPBI mendapati bahawa belum ada kajian yang benar-benar memfokuskan secara khusus aspek tersebut. Setakat penelitian, hanya terdapat beberapa kajian yang menyentuh secara umum dan sedikit sahaja mengenai program latihan dalam pengurusan insan IPBI. Antaranya ialah kajian oleh Jaafar Abd. Rahman (1996), Mohd Yusri Ngah (2004), Junaidah Hashim (2009), Ilhaamie Abdul Ghani Azmi (2010) dan Abang Mohd. Razif Abang Muis (2014).
Jaafar Abd. Rahman (1996) meneliti aspek falsafah program latihan dalam pengurusan insan yang dilaksanakan oleh beberapa buah institusi di Malaysia seperti Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri (BTN), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
76
(DBKL), Inspen Management Consultant Sdn. Bhd. (INSPEN) dan AMR Consultant Sdn. Bhd. (AMR). Dapatan kajian mendapati bahawa konsep-konsep dalam program latihan yang dilaksanakan itu tidak menyeluruh dan hanya mementingkan aspek pembangunan fizikal pekerja melebihi aspek kerohanian. Pengamalan konsep-konsep juga didapati lebih bertujuan memberi kesedaran dan keinsafan dalam jangka masa yang singkat. Berbeza pula dengan kajian oleh Mohd Yusri Ngah (2004). Beliau meneliti program latihan dalam pengurusan insan yang dilaksanakan oleh Institut Latihan Kakitangan MARA (ILHAM) terhadap para pekerja Majlis Amanah Rakyat (MARA). Hasil dapatan mendapati bahawa program latihan yang berunsurkan rohani dilaksanakan dengan begitu baik dan terancang sepanjang tahun, menyeluruh untuk setiap anggota institusi.
Abang Mohd. Razif Abang Muis (2014) pula memfokuskan mengenai program-program pembangunan insan berteraskan Islam dengan fokus kajian di IPBI dalam aspek pendidikan. Melalui penelitian terhadap dapatan kajian, program pembangunan insan di KUIS dapat dikategorikan kepada dua bahagian utama iaitu program akademik dan program bukan berbentuk akademik. Walau bagaimanapun, kajiannya hanya tertumpu kepada golongan sasar yang berbeza iaitu hanya terhadap golongan pelajar dan bukannya golongan pekerja.
Dalam konteks yang lebih luas, Junaidah Hashim (2009) meneliti mengenai tahap kesedaran para pekerja Muslim mengenai amalan pengurusan insan berteraskan Islam di IPBI di Malaysia. Dapatan kajiannya mendapati bahawa para pekerja Muslim di IPBI terpilih di Malaysia mempunyai tahap kesedaran yang tinggi mengenai amalan pengurusan insan berteraskan Islam. Perkara ini turut dipersetujui oleh Ilhaamie Abdul
77
Ghani Azmi (2010) dengan penambahan bahawa amalan pengurusan insan yang diamalkan oleh IPBI di Malaysia turut memberikan impak yang positif terhadap perkembangan dan prestasi institusi. Oleh yang demikian, hasil tinjauan kajian lepas, kajian berkenaan IPBI yang memfokuskan terhadap program latihan dalam pengurusan insan yang berteraskan Islam masih belum dijalankan oleh para penyelidik dan kajian selanjutnya perlu dijalankan bagi mengenal pasti program latihan dalam pengurusan insan IPBI.