• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sumber Alam Sebagai Peralatan dalam Program Latihan dalam Pengurusan Insan Berteraskan Islam

ASAS-ASAS PROGRAM LATIHAN DALAM PENGURUSAN INSAN BERTERASKAN ISLAM

4.4 PRINSIP-PRINSIP PROGRAM LATIHAN DALAM PENGURUSAN INSAN BERTERASKAN ISLAM

4.4.3 Sumber Alam Sebagai Peralatan dalam Program Latihan dalam Pengurusan Insan Berteraskan Islam

Sumber alam merupakan entiti yang diamanahkan oleh Allah SWT kepada manusia.

Dalam aspek pengurusan, Fadzila Azni Ahmad (2013:41) merumuskan tiga panduan berkaitan penggunaan sumber alam dalam aktiviti pengeluaran dan pengurusan.

Pertama, sumber alam merupakan anugerah daripada Allah SWT kepada manusia untuk dimanfaatkan dalam kehidupan mengikut keperluan. Kedua, sumber alam merupakan satu bentuk ujian kepada manusia untuk melihat kemampuan manusia mengekalkan statusnya sebagai hamba dan khalifah Allah SWT dalam menggunakannya untuk aktiviti pengurusan. Hal ini bermakna, sumber alam hanyalah berperanan sebagai alat untuk mencapai keredaan Allah SWT. Hal ini ditekankan oleh Allah SWT dalam firmannya yang bermaksud:

165

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya, bahawa Dia menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan dan untuk merasakan kamu sedikit dari rahmat-Nya dan supaya kapal-kapal belayar laju dengan perintah-rahmat-Nya, dan juga supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurnia-Nya dan seterusnya supaya kamu bersyukur” (al-Rum 30:46).17

Ketiga, sumber alam merupakan hak milik mutlak Allah SWT yang tiada hadnya dan dikurniakan kepada hamba-Nya yang dikehendaki. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“(Pengutusan Nabi Muhammad SAW, kepada umat manusia seluruhnya) itu (yang menjadi rahmat) adalah limpah kurnia Allah SWT, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan sememangnya Allah SWT mempunyai limpah kurnia yang besar”

(al-Jumu‘at, 62:4).18

Segala sumber yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia mempunyai tujuan yang tertentu. Menurut Mohd Shukri Hanapi (2013:211), terdapat tiga tujuan utama Allah SWT menjadikan sumber alam ini ialah pertama, untuk kerohanian iaitu merujuk bagaimana kewujudan, keesaan, kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah SWT. Kedua, untuk pembangunan intelek iaitu akal yang merujuk kepada kejadian sumber alam sebagai bahan untuk difikirkan oleh manusia yang diciptakan oleh Allah SWT dengan kebolehan berfikir. Dengan kewujudan sumber alam, manusia boleh menggunakan akalnya untuk meneliti, mengkaji, memerhati dan memahami segala kejadian untuk dimanfaatkan sebagai peralatan pembangunan. Ketiga, untuk kegunaan

17 Allah SWT menyebutkan nikmat-nikmat yang telah Dia limpahkan kepada makhluk-Nya, antara lain Dia mengirimkan angin yang membawa khabar gembira akan kedatangan rahmat-Nya, iaitu berupa hujan yang akan turun sesudahnya (Ibn Kathi>r, 2004).

18 Maksudnya ialah pemberian yang dianugerahkan Allah SWT kepada Rasulullah SAW iaitu kenabian yang besar dan perkara yang diberikan oleh Allah SWT secara khusus kepada umatnya, iaitu diutus-Nya Rasulullah SAW kepada mereka (Ibn Kathi>r, 2004:174).

166

manusia dalam aspek jasmani yang merujuk kepada peranan sumber alam untuk memenuhi keperluan hidup manusia seperti makanan, pakaian, perhiasan, peralatan, tempat tinggal dan sebagainya. Bagi memenuhi keperluan manusia ini, Allah SWT menjadikan sumber alam ini agar tunduk dan patuh kepada manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah SWT telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nikmat-Nya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah SWT dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah SWT yang menerangi kebenaran” (Luqma>n, 31:20).19

“Allah SWT yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal belayar padanya dengan perintah-Nya dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurnia-Nya dan juga supaya kamu bersyukur” (al-Ja>thiyyat, 45:12).20

19 Allah SWT mengingatkan kepada makhluk-Nya akan semua nikmat yang telah Dia limpahkan kepada mereka, bahawa Dia telah menundukkan bagi mereka semua bintang yang di langit sebagai penerangan buat mereka di malam hari dan di siang harinya. Dia telah menciptakan pula bagi mereka awan, hujan, salju serta embun yang ada di langit, dan Dia jadikan langit bagi mereka sebagai atap yang terpelihara.

Dan Allah SWT telah menciptakan bagi mereka bumi ini sebagai tempat tinggal yang disertai sungai-sungainya, pepohonannya, tanam-tanamannya, dan buah-buahannya. Dia telah melimpahkan pula kepada mereka nikmat-nikmat-Nya yang lahir dan yang batin, iaitu dengan mengutus para rasul dan menurunkan kitab-kitab-Nya kepada mereka untuk menyingkirkan semua keraguan dan penyakit.

Tetapi dengan adanya semua itu tidaklah mereka semuanya beriman, bahkan di antara mereka ada orang-orang yang membantah tentang keesaan Allah SWT dan diutus-Nya para rasul. Bantahan mereka terhadap hal itu tidak berdasarkan pengetahuan, tidak bersandarkan kepada alasan yang benar, tidak pula berdasarkan kitab yang ada lagi benar (Ibn Kathi>r, 2004:408).

20 Allah SWT menyebutkan tentang nikmat-nikmat-Nya yang telah Dia berikan kepada hamba-hamba-Nya melalui apa yang telah Dia tundukkan bagi mereka, iaitu laut. “Supaya kapal-kapal dapat berlayar padanya dengan izin-Nya.” Sesungguhnya yang menjadikan demikian ialah Allah SWT, Dialah yang memerintahkan kepada laut untuk membawa kapal-kapal dapat berlayar padanya. “Dan supaya kamu dapat mencari sebahagian kurnia-Nya” iaitu melalui perdagangan dan mata pencarian lainnya. “Dan mudah-mudahan kamu bersyukur” iaitu kerana memperoleh pelbagai keperluan yang didatangkan daripada pelbagai tempat yang jauh kepada kalian (Ibn Kathi>r, 2004:338).

167

Hal ini menunjukkan sumber alam mempunyai kedudukan yang lebih rendah berbanding dengan manusia bagi memudahkan manusia untuk memanfaatkannya.

Secara keseluruhannya, dalam aspek PBI, sumber alam merupakan alat pembangunan semata-mata. Segala sumber alam yang wujud merupakan hak milik mutlak Allah SWT yang dikurniakan kepada manusia untuk digunakan mengikut kadar keperluan dan etika yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Segala kurniaan ini pula sebagai pengukur untuk melihat kemampuan manusia yang diberikan hak milik sementara itu dapat menguruskannya dan menyempurnakan tugasnya sebagai hamba Allah SWT dan seterusnya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah SWT dalam memakmurkan dan mentadbir alam ini (Muhammad Syukri Salleh, 2003a; Mohd Shukri Hanapi, 2013:211).

Dalam konteks pembentukan asas-asas program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam, sumber alam perlu diletakkan sebagai salah satu komponen utama dalam kandungan program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam ini.

Berasaskan hakikat bahawa sumber alam merupakan entiti yang diamanahkan oleh Allah SWT kepada manusia, maka, ia perlu diurus dengan baik dan manusia perlu dididik dan dilatih dalam menggunakan dan memanfaatkan sumber alam yang diamanahkan kepada manusia.

4.4.4 Kesepaduan Dunia dan Akhirat dalam Program Latihan dalam