• Tidak ada hasil yang ditemukan

Manusia Sebagai Hamba dan Khalifah Allah SWT dalam Program Latihan dalam Pengurusan Insan Berteraskan Islam

ASAS-ASAS PROGRAM LATIHAN DALAM PENGURUSAN INSAN BERTERASKAN ISLAM

4.4 PRINSIP-PRINSIP PROGRAM LATIHAN DALAM PENGURUSAN INSAN BERTERASKAN ISLAM

4.4.1 Manusia Sebagai Hamba dan Khalifah Allah SWT dalam Program Latihan dalam Pengurusan Insan Berteraskan Islam

Definisi manusia dari aspek peranan dan tanggungjawabnya mempunyai perkaitan yang sangat rapat dengan keperluan manusia terhadap latihan. Menurut Tajul Ariffin Noordin (2009:97), dalam bidang sains sosial, insan atau manusia sering dirujuk sebagai haiwan sosial. Bezanya, manusia lebih berakal dan mempunyai tingkah laku yang lebih kompleks berbanding haiwan-haiwan lain. Manusia dianggap lahir daripada keluarga haiwan sehingga terdapat disiplin ilmu yang menganggap manusia sebagai “haiwan rasional” dan “haiwan ekonomi” serta mempunyai potensi untuk menjadi rasional dan mengkaji sistem kerasionalan manusia (Shaharom TM Sulaiman, 1997:81). Dari perspektif Islam, pengertian-pengertian tersebut tidak sesuai digunakan dan tidak tepat kerana lahir daripada pendekatan evolusi akal yang bertentangan dengan Islam.

152

Manusia dari perspektif Islam pula berbeza dengan konsep manusia dari perspektif lazim. Al-Qur’an telah menjelaskan istilah-istilah yang berkaitan dengan manusia.

Salah satu istilah yang paling banyak dijumpai dalam al-Qur’an ialah istilah al-Insan.

Perkataan al-Insan, berakar kata ins yang bererti jinak dan harmonis sekali gus bertentangan dengan maksud “haiwan liar”. Kata insan digunakan al-Qur’an untuk merujuk kepada manusia keseluruhannya. Perkataan al-Insan disebut sebanyak 65 kali dalam al-Qur’an (H. Ismet Junus, 2013:27). Berdasarkan definisi tersebut, dapat dirumuskan bahawa insan daripada perspektif Islam merujuk kepada perwatakan dan tindakan individu yang bergantung kepada keadaan, situasi dan juga persekitaran.

Dalam diri manusia, terdapat dua unsur asas iaitu unsur rohani dan jasmani. Unsur rohani pula terdiri daripada perkaitan antara akal, hati dan perasaan yang mempunyai asas kepada personaliti manusia itu sendiri (Ibn Miskawayh, 1961; Pasukan Penyelidik UTM, 2005:11; Abd Jalil Borham, 2008:1).

Oleh yang demikian, aspek rohani ini perlu dibangunkan dan dikembangkan seiring dengan perkembangan jasmani seseorang. Manusia akan cenderung ke arah kebendaan dan keduniaan mata jika penekanan ditumpukan kepada aspek jasmani semata-mata. Begitu juga sebaliknya, apabila manusia hanya menumpukan aspek rohani sahaja, maka mereka terarah untuk meninggalkan kehidupan dunia. Bagi membangunkan seseorang insan, keseimbangan antara unsur rohani dengan jasmani merupakan satu keperluan (Al-Nawawi, 1983). Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah SWT kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba

153

Allah SWT) sebagaimana Allah SWT berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi;

sesungguhnya Allah SWT tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan” (al-Qas}as}, 28:77).13

Program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam seharusnya meletakkan tujuan membangunkan potensi manusia secara menyeluruh sebagai persediaan bagi membolehkan manusia memenuhi peranan dan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah SWT yang merungkaikan tanggungjawab manusia terhadap diri sendiri, orang lain dan seluruh alam ini. Kedua-dua peranan dan tanggungjawab yang besar ini perlu dianalisis dengan teliti agar matlamat utama program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam menjadi lebih jelas (Rohana Hamzah, 2010:12).

Keterlibatan manusia dalam aspek pengurusan bukannya sebagai hamba kepada pengurusan semata-mata, sebaliknya masih dianggap mengekalkan status selaku hamba dan khalifah Allah SWT (Fadzila Azni Ahmad, 2013:56). Hal ini kerana, manusia merupakan sebaik-baik ciptaan Allah SWT yang mempunyai unsur-unsur fizikal, roh, akal dan nafsu yang tidak dimiliki oleh makhluk-makhluk lain (Abu Hamid Al-Ghazaliy, 1973). Sebagai hamba, manusia dikehendaki menyembah Allah

13 “Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah SWT kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi.” Maksudnya, gunakanlah harta yang berlimpah dan nikmat yang berpanjangan sebagai kurniaan Allah SWT kepadamu ini untuk bekal ketaatan kepada Tuhanmu dan mendekatkan diri kepada-Nya dengan mengerjakan pelbagai amal pendekatan diri kepada-Nya, yang dengannya kamu akan memperoleh pahala di dunia dan akhirat. “Dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi.” Iaitu yang dihalalkan oleh Allah SWT berupa makanan, minuman, pakaian, rumah dan perkahwinan. Sesungguhnya manusia mempunyai kewajiban terhadap Allah SWT, dan manusia mempunyai kewajipan terhadap diri sendiri, dan mempunyai kewajipan terhadap ahli keluarga, dan mempunyai kewajipan terhadap orang-orang yang datang bertamu, maka tunaikanlah kewajipan itu kepada haknya masing-masing. “Dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah SWT telah berbuat baik kepadamu.” Maksudnya, berbuat baiklah kepada sesama makhluk Allah sebagaimana Allah SWT telah berbuat baik kepadamu.

“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi” iaitu janganlah cita-cita yang sedang kamu jalani itu untuk membuat kerosakan di muka bumi dan berbuat jahat terhadap makhluk Allah SWT.

(Ibn Kathi>r, 2004:298).

154

SWT yang berkuasa menciptakan dan memiliki seluruh alam ini. Manusia juga perlu melakukan tanggungjawab yang sebaik-baiknya terhadap Allah SWT berasaskan rasa keihsanan yang tinggi. Sebagai khalifah pula, manusia berperanan untuk membangunkan, mentadbir, dan mengurus sumber alam ini (Haron Din, 2015:18).

Dalam konteks pengurusan, manusia juga memiliki tanggungjawab penyempurnaan amanah supaya diri sendiri, institusi, sumber dan sistem terurus dengan baik dan hikmahnya kepada manusia akan lebih sempurna bertunjangkan daya keihsanan yang mantap (Sidek Baba, 2012; Ahmad Bashir Aziz, 2015:103). Hal ini diterangkan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada-Ku” (al-Dha>riya>t, 51:56).14

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:

Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.

Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya” (al-Baqarat, 2:30).15

14 “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada-Ku.” Maksudnya, Allah SWT mencipta jin dan manusia dengan tujuan untuk menyuruh mereka beribadah kepada-Nya, bukan kerana Allah SWT memerlukan mereka. Mengenai firman Allah SWT yang bermaksud, “Melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku,” Ali bin Abi Thalhah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas, “ertinya, melainkan supaya mereka mahu tunduk beribadah kepada Allah SWT, baik secara sukarela mahupun terpaksa” dan itu pula yang menjadi pilihan Ibnu Jarir. Sedangkan Ibnu Juraij menyebutkan, “Yakni, supaya mereka mengenal Allah SWT.”

Masih mengenai firman-Nya, “melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada-Ku.” Al-Rabi’ bin Anas menyatakan, “maksudnya tidak lain kecuali untuk beribadah.” As-Suddi mengemukakan, “di antara ibadah itu ada yang bermanfaat dan ada pula yang tidak bermanfaat” (Ibn Kathi>r, 2004:546).

15Bersumberkan dari Hasan al-Basri dan Qatadah, Ibnu Jarir menyatakan bahawa, firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.” Maksudnya, Allah SWT berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku akan melakukan hal tersebut.”

155

Gabungan kedua-dua peranan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah SWT ini merupakan hakikat manusia yang berfungsi sebagai pelaku dalam PBI (Mohd. Affandi Hassan, 1992:56; Mohd Shukri Hanapi, 2013:209). Peranan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah SWT dalam aspek pembangunan melibatkan tiga dimensi hubungan. Pertama, hubungan secara menegak iaitu hubungan manusia dengan Penciptanya, Allah SWT. Kedua, hubungan secara mendatar yang merangkumi hubungan manusia sesama manusia dan sumber alam; dan ketiga, hubungan mendalam yang melibatkan komponen-komponen dalaman manusia (Muhammad Syukri Salleh, 2003b:54; Fadzila Azni Ahmad, 2013:57).

Menurut Fadzila Azni Ahmad (2013:58), dalam pelaksanaan PBI terutamanya dalam aspek pengurusan IPBI, manusia menjadi satu entiti penting kerana tahap keimanannya yang akan menjadi ukuran kejayaannya iaitu al-fala>h} dan ini seterusnya menjurus kepada matlamat utama setiap hamba dan khalifah Allah SWT iaitu mendapat keredaan Allah SWT atau mard}a>t Alla>h. Bagi mencapai matlamat tersebut, manusia harus menjadikan peranannya dalam pengurusan institusi sebagai manifestasi untuk menunaikan tanggungjawab. Dalam dimensi hubungan menegak, mereka mesti tunduk dan patuh kepada Allah SWT dengan cara beribadah kepada-Nya. Dalam dimensi hubungan mendatar pula, manusia mesti berperanan sebagai khalifah Allah SWT. Bagi mempertahankan status sebagai hamba dan khalifah Allah SWT, keseimbangan komponen-komponen dalaman seperti hati, akal, nafsu dan roh dalam

Ertinya, Allah SWT memberitahu hal tersebut kepada para malaikat. Ibnu Jarir menyatakan, maksudnya, Allah SWT berfirman, “Aku akan menjadikan di muka bumi seorang khalifah dari-Ku yang menjadi pengganti-Ku dalam memutuskan perkara secara adil di antara semua makhluk-Ku. Khalifah tersebut adalah Adam a.s. dan mereka yang menepati posisinya dalam ketaatan kepada Allah SWT dan pengambilan keputusan secara adil di tengah-tengah umat manusia” (Ibn Kathi>r, 2004:101).

156

dimensi hubungan mendalam menjadi faktor penentu (Abu Hamid Al-Ghazaliy, 1973).

Dalam konteks pengurusan IPBI, manusia perlu mendapat panduan dan latihan yang berterusan melalui program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam yang dilaksanakan dalam institusi. Program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam tersebut semestinya berbeza dengan program latihan yang konvensional yang hanya mengambil kira kekuatan fizikal, akal, kemahiran dan segala perkara yang berbentuk lahir semata-mata. Program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam yang dirancang dan dilaksanakan perlu merangkumi aspek hubungan secara menegak iaitu hubungan manusia dengan Penciptanya, Allah SWT (h}abl min Alla>h) dan hubungan secara mendatar yang merangkumi hubungan manusia sesama manusia dan sumber alam (h}abl min al-na>s); serta hubungan mendalam yang melibatkan komponen-komponen dalaman manusia. Hal ini bermakna setiap kandungan program latihan perlu berpaksikan aspek ketauhidan kepada Allah SWT serta menanam nilai-nilai murni Islam yang universal agar menjadi asas dalam diri pekerja atau peserta yang mengikuti program latihan tersebut dalam membentuk akhlak dan gaya hidup yang baik (Supyan Hussin, 2012).

4.4.2 Ibadah Sebagai Perkaedahan dalam Program Latihan dalam