• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAEDAH PENYELIDIKAN

3.4 KAEDAH PENGANALISISAN DATA

Kaedah penganalisisan data merupakan suatu proses analisis dan interpretasi data selepas pengumpulan data dilaksanakan. Terdapat tiga pendekatan analisis data

132

kualitatif. Pertama, pendekatan interpretasi. Kedua, pendekatan antropologi sosial.

Ketiga, pendekatan penyelidikan kolaboratif sosial. Pendekatan interpretasi ialah pendekatan yang membenarkan seseorang pengkaji menjadikan tindakan sosial dan aktiviti manusia sebagai teks (Miles & Huberman, 1994). Dengan kata lain, tindakan manusia dilihat sebagai satu koleksi simbol yang menjelaskan tentang makna. Sebagai contoh, data temu bual atau pemerhatian boleh ditranskripsikan menjadi teks untuk dianalisis. Selain itu, pendekatan antropologi sosial dan penyelidikan kolaboratif sosial pula menggunakan kajian kes atau subjek dalam suasana yang diberikan ke arah mencapai sesuatu perubahan atau tindakan (Miles & Huberman, 1994).

Walau bagaimanapun, tidak wujud satu panduan khusus yang digariskan ketika menjalankan penganalisisan data. Penganalisisan data yang dilakukan tersebut perlulah berdasarkan tahap kecekapan, kemampuan dan ketinggian tahap keilmuwan seseorang pengkaji (Patton, 1997). Perkara ini sesuai dengan matlamat analisis dan interpretasi data iaitu untuk menghuraikan maksud sebenar data-data yang terkumpul agar dapat difahami oleh pembaca (Winarno Surachmad, 1970).

Dalam kajian ini, penganalisisan dan interpretasi data primer dan data sekunder menggunakan kaedah analisis kandungan. Secara khusus, pendekatan analisis kandungan kualitatif digunakan untuk meneliti dan menjelaskan secara sistematik makna atau kandungan yang kompleks, besar dan tidak tersusun dokumen yang dikaji.

Data yang dikumpulkan dianalisis untuk membentuk tema-tema umum atau khusus (Othman Lebar, 2012).

133 3.4.1 Kaedah Analisis Kandungan Kualitatif

Secara umumnya, terdapat dua bentuk kaedah analisis kandungan iaitu kaedah analisis kandungan kualitatif dan kaedah analisis kandungan kuantitatif (Mayring, 2000; Elo

& Kyngas, 2008). Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah analisis kandungan kualitatif. Kaedah analisis kandungan kualitatif merupakan suatu teknik penyelidikan membuat kesimpulan secara sistematik dan objektif dengan mengenal pasti ciri-ciri spesifik mesej tertentu (Rohana Yusof, 2003:34).

Menurut Syed Arabi Idid (1992:105), kaedah ini sesuai digunakan untuk menganalisis kandungan dalam pelbagai bidang ilmu. Ia digunakan bagi mengkaji beberapa istilah, perkataan, konsep, tema, frasa atau ayat yang ada dalam media-media seperti media cetak dan bahan-bahan elektronik. Kaedah analisis yang digunakan ini sesuai untuk menganalisis dapatan data yang dikumpulkan oleh pengkaji dan seterusnya menjawab persoalan-persoalan kajian demi memenuhi objektif kajian seperti yang dinyatakan dalam Bab 1. Analisis kandungan kualitatif dilakukan dengan dibantu perisian Atlas.ti versi 8.0 (PAV8) bagi menyusun data yang telah diperoleh.

Analisis kandungan kualitatif merupakan analisis yang meneliti dan menjelaskan secara sistematik makna dan kandungan tersurat dokumen yang dikaji. Dalam kajian ini, analisis menggunakan kaedah ini dibuat untuk mencapai objektif kajian pertama dan kedua iaitu mengenal pasti asas-asas program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam dan mengenal pasti program latihan dalam pengurusan insan IPBI terpilih di ILIM. Data diperoleh melalui buku-buku, jurnal, artikel, laman sesawang dan lain-lain. Selain itu, maklumat daripada temu bual berstruktur turut digunakan.

134

Kaedah analisis kandungan kualitatif juga digunakan untuk mencapai objektif kajian ketiga dan keempat iaitu menganalisis dan merumuskan program latihan dalam pengurusan insan ILIM berdasarkan asas-asas program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam yang telah dibina.

Penganalisisan menggunakan kaedah analisis kandungan kualitatif ini dilihat sesuai untuk memudahkan penelitian dan pengenalpastian terhadap asas-asas program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam dan juga program latihan dalam pengurusan insan IPBI terpilih di ILIM. Melalui kaedah ini juga, pengkaji dapat menganalisis dan merumuskan program latihan dalam pengurusan insan ILIM. Dalam kajian ini, data primer diperoleh melalui temu bual berstruktur dengan informan yang mewakili sampel kajian iaitu IPBI terpilih di Malaysia. Data sekunder pula diperoleh daripada buku, kertas kerja, jurnal, tesis, disertasi, akhbar dan bahan penerbitan yang lain.

Kaedah pemerhatian tanpa turut serta juga digunakan dalam kaedah pengumpulan data Untuk menganalisis data-data tersebut, PAV 8 digunakan sebagai peralatan analisis data kualitatif kajian ini.

3.4.2 Perisian Atlas.ti Versi 8.0 (PAV8)

PAV8 merupakan salah satu daripada perisian analisis data kualitatif dengan bantuan komputer (computer-assisted qualitative data analysis software, CAQDAS). PAV8 sebagaimana CAQDAS yang lain dibina bagi membantu pengkaji membongkar secara sistematik kisah di sebalik data kualitatif. Tugas utama PAV8 adalah menyediakan alat bagi memudahkan kod diproses dan dikategorikan mengikut tema dalam bentuk visual dan jaringan (network) bagi tujuan tafsiran (Othman Talib, 2014). Pemilihan PAV8

135

berbanding dengan CAQDAS yang lain adalah disebabkan beberapa asas yang telah dipertimbangkan. Pertama, PAV8 mudah digunakan, mesra pengguna, lengkap dengan perkara-perkasa asas dalam analisis kualitatif seperti konsep kod dan memo yang perlu dikuasai oleh seseorang pengkaji. Kedua, PAV8 menawarkan sokongan kepakaran dan teknikal yang mudah diperoleh. Sokongan ini juga termasuk dari sumber-sumber internet yang mudah untuk dirujuk jika timbul sebarang masalah (Othman Talib, 2014).

Terdapat empat kelebihan menggunakan PAV8. Pertama, PAV8 mampu menganalisis data yang banyak dan pelbagai. Kedua, mengurangkan kesukaran kekerapan fenomena. Ketiga, menentukan data yang menyimpang. Keempat, membantu membuat keputusan terhadap persampelan (Silverman, 2000). Selain itu, terdapat empat bentuk aplikasi PAV8 dalam kajian kualitatif. Pertama, aplikasi menggunakan data “open-ended”, persoalan, akaun, imej, video, fail audio atau peta. Kedua, kajian yang memerlukan kepakaran dan penjelasan dari perspektif responden. Ketiga, kajian yang memerlukan triangulasi antara kaedah pengutipan data yang berbeza seperti temu bual mendalam dan temu bual separa berstruktur. Keempat, kajian yang memerlukan analisis perbandingan (Ani Munirah Mohamad, 2013).

3.4.3 Penganalisisan Data Primer

Dalam kajian ini, proses analisis data primer memasukkan teks temu bual yang telah dilaksanakan ke dalam PAV8. Tugas utama PAV8 adalah untuk menyediakan alat bagi memudahkan kod diproses dan dikategorikan mengikut tema dalam bentuk visual dan jaringan (network) bagi tujuan pentafsiran (Othman Talib, 2014). Menurut Ani

136

Munirah Mohamad (2013) dan Othman Talib (2014), terdapat lapan prosedur penggunaan PAV8 dalam penganalisisan data kajian. Pertama, mencipta Hermeneutic Unit. Kedua, menentukan Primary Document. Ketiga, membuat quotation. Keempat,

menentukan kod yang digunakan. Kelima, analisis menggunakan network. Keenam, mengenal pasti data menggunakan Query Tool. Ketujuh, menghasilkan memo dan kelapan, menghasilkan output iaitu dapatan kajian. Berdasarkan lapan prosedur penggunaan PAV8 dalam penganalisisan data bagi kajian ini dapat membantu pengkaji untuk menjadikan analisis kajian ini lebih terorganisasi, mencipta kod dan menganalisis data kajian secara berstruktur dan sistematik.

Dalam konteks kajian ini, PAV8 digunakan untuk menganalisis data kualitatif yang diperoleh melalui kaedah temu bual berstruktur, kaedah pemerhatian tanpa turut serta dan kaedah kajian dokumen. Terdapat lima langkah utama untuk menganalisis data kualitatif. Pertama, menyediakan data untuk analisis; kedua, membaca dan meneliti data untuk membiasakan diri dengannya; ketiga, membersihkan data sebelum dianalisis; keempat, melakukan pengekodan data dan kelima, meneliti semula senarai kod untuk tujuan laporan dapatan (Ani Munirah Mohamad, 2014).

3.4.4 Penganalisisan Data Sekunder

Dalam kajian ini, penganalisisan data sekunder dilakukan dengan menggunakan data-data yang berbentuk bahan-bahan bertulis seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.

Prosedur penganalisisan data kajian ini bermula dengan pembacaan, penelitian dan penganalisisan bahan-bahan bacaan bertulis yang berkaitan bagi mengenal pasti asas-asas program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam, mengenal pasti

137

program latihan dalam pengurusan insan IPBI terpilih di ILIM dan menganalisis serta merumuskan program latihan dalam pengurusan insan ILIM.

Terdapat tiga bahagian utama yang dianalisis dalam bahagian ini. Pertama, pembentukan asas-asas program latihan dalam pengurusan insan berteraskan Islam berdasarkan aspek acuan, prinsip-prinsip dan matlamat PBI yang dibentuk berdasarkan penelitian dan penganalisisan terhadap bahan-bahan bertulis yang berkaitan dengannya. Kedua, pengenalpastian program latihan dalam pengurusan insan IPBI terpilih di ILIM berdasarkan maklumat daripada temu bual berstruktur dan juga penelitian dan penganalisisan terhadap bahan-bahan bertulis yang berkaitan dengannya. Ketiga, penganalisisan bentuk, kategori dan matlamat program latihan dalam pengurusan insan ILIM berdasarkan hasil kajian dokumen dan pemerhatian tanpa turut serta.